HALAMAN UTAMA

Isnin, 30 April 2018

Kek Ngap Sayot



Bahan-Bahanya:
10 biji telur 

ayam16 ozs mentega
1 1/2 gelas gula halus
1/2 botol jem strawberry
1 tin susu manis
1 1/2 tin susu tepung
1 gelas horlicks
1 gelas milo
1 gelas roti waffer ( kisar halus )
1 gelas cornflakes ( kisar halus )
1 gelas Nestum Keluarga
1 botol sederhana / 2 botol kecil Browning Sugar

Cara Membuatnya:
1. Pukul telur dan gula hingga kembang
2. Pukul susu dan mentega dibekas lain sampai putih.
3. Satukan adunan 1 + 2
4. Masukkan tepung gandum
5. Bahagi 3:

  • Pewarna kuning + horlicks + Nestum
  • Pewarna merah + jem + Cornflakes
  • Gula hitam + Milo + Roti Waffer
6. Kukuslah selapis demi selapis sampai habis.

Kek Jerudong Park

Bahan-bahan:
10 biji telur
16 oz mentega
2 gelas tepung gandum
1 gelas gula
1 gelas milo
1 gelas horlicks
1 tin susu manis
1 gelas peanut butter
1 bottle cream cheese

Cara membuatnya:
Pukul gula dengan mentega hingga kembang. Masukkan telur sebiji hingga habis. Kemudian dipukul sebati. Masukkan tepung gandum, susu manis dan gaul rata. Bahagi kepada 4 bahagian.

Aduan pertama milo.
Aduan kedua horlicks. (nak bagi seri sikit rupanya, letak pewarna hijau / merah)
Adunan ketiga Peanut Butter.
Aduan Keempat cream cheese

Kukus berlapis-lapis hingga habis.

Sekian. Selamat mencuba.

Kek Lapis Buluh Perindu

Bahan-bahan:
Bahan A :
10 biji telur ayam
260 gm mentega
1 gelas gula halus
1 gelas tepung roti merie
1 tin kelapa kering (korang agak - agak jelah banyak mana nak pakai sebab mama sendiri pun tak sure takar/sukatan sebenar kelapa kering ni. main anggar macam tu je)
1 tin kecil susu manis
Pewarna hijau

BAHAN B:

10 biji telur
250 gm mentega
1 gelas gula halus
1 gelas tepung roti keben masin (roti Osborne bulat)
1 buku cheese (250 gm)
½ tin susu manis
5 bungkus roti tunjuk/roti rokok
Pewarna pink

Cara membuatnya:

Cara membuat bahan A :
Mentega dipukul dengan gula hingga kembang. Masuk susu, gaul lagi. Masuk telur satu-satu.
Gaul rata. Masuk kelapa dan tepung toti merie. Gaul dan ketepikan.

Cara membuat bahan B :
Telur dan gula dipukul hingga kembang. Ketepikan. Mentega dan susu digaul hingga putih. Campurkan kedua-dua adunan ini dan masuk cheese dan roti keben masin. Kukus adunan warna hijau dahulu sehingga masak dan lapiskan dengan roti tunjuk secara melintang kemudian dilapis dengan warna pink. Kukus lagi. Ulang proses ini sehingga adunan habis dan masak.

Nota : untuk resepi ni mama sengaja bagi perkataan yang ibu mama guna semasa tulis resepi dalam bukunya. Faham tak apa maksud bahan yang dia gunakan tu.. hehehe.. Bahasa Melayu + sleng Melanau.. 😂😂😂 apa - apa je lah ibu. yang penting bagi dia, resepi tu dia sendiri faham dah lah..
1. Tepung roti merie = tepung roti marie
2. Roti keben masin = roti crakers/ roti osborne bulat(dulu guna roti dalam tin yang perlu timbang bila nak membelinya)
3. Roti tunjuk / roti rokok = roti jejari yang ada rasa masin sikit tu.. mama sendiri tak tau nama sebenarnya.. kalau ikut sleng Melanau Belawai sebut 'koi tunyok' kejap mama tunjuk gambarnya ya..
Koi Tunyok @ roti tunjuk

Kek Permaisuri (KEK EKONOMI)

Bahan-Bahan: 
16 oz mentega
16 oz gula halus
16 oz tepung gandum
8 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
 


Cara membuatnya: 
Gula dan mentega dipukul kembang. Telur dipukul di tempat lain hingga kembang. Satukan kedua adunan. Masukkan tepung gandum sedikit-sedikit. Masukkan esen vanilla. Tambahkan ovalet 1 sudu jika suka. Beri pewarna jika suka atau diberi kismis. Boleh dikukus atau dibakar

KEK SPAN HITAM

 
Bahannya:

10 Biji Telur Ayam
1 Tin Mentega 16 oz
1 Tin Susu Manis
1 Tin Seri Kaya
1 Tin Kecil Nestle Cream
3 Botol Kecil Browning
1 ½ Gelas gula perang
2 gelas tepung gandum
1 sudu kecil esen vanila
1 gelas horlick

CARA MEMBUATNYA :
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Kemudian masukkan telur satu persatu dan pukul lagi sehingga kembang dan sebati. Kemudian, masukkan tepung gadum sedikit demi sedikit, susu manis, nestle cream, horlick, seri kaya, esen vanila dan browning... pukul sehingga sebati dan kemudian kukus selama 4-5 jam.
 
Nota : rupa kek ni mcm kek hari parek (hitam) rasanya sedikit masam sebab guna Nestle Cream, tapi sedap.. kek nya lembut je..

KEK HATI PARI



BAHAN – BAHAN

16 oz Mentega
10 Biji Telur (5 Biji Buang Putihnya)
8 Gelas Tepung gandum
6 Gelas Gula Pasir (2 gelas untuk gula hangus)
½ Kati Kismis hitam yang ditumbuk Lumat
6 Sudu Teh Browning
3 Sudu Teh Bikarbonat
2 Sudu Teh Vanila
1 Tin Susu Manis

CARANYA

Pukul Mentega dengan 4 gelas gula Sampai Kembang, Kemudian, Masukkan telur satu – persatu dan pukul lagi. Kemudian, masukkan tepung, kismis, broning dan bikarbonat. Masakkan gula hingga kuning (petua untuk buat gula hangus, masakkan gula sehingga sedikit perang kemudian campukan satu sudu makan minyak masak supaya gula tidak menjadi keras apabila campur dengan adunan nanti). Kemudian tuangkan ke dalam adunan tadi. Kacau rata – rata dan kukus sehingga masak selama 8 jam.

KEK KUKUS LAPAN JAM

Bahannya:
8 biji Telur Ayam
1 tin mentega (golden churn) 16 oz
½ botol kecil horlick
1 tin kecil susu manis
1 gelas gula halus
1 gelas tepung gandum
1 sudu makan browning
1 sudu kecil vanila
300 gram kismis hitam

Cara membuatnya:

Pukul telur , gula halus dan mentega hingga kembang, kemudian masukkan tepung gandm, pukul hingga rata. Setelah siap masukkan susu manis, horlick, broning, esen vanila dan kismis hitam. Gaul hingga betul – betul sebati. Setelah sebati barulah dikukus dengan api sederhana sehingga 8 jam atau sehingga masak.



KEK GULA MADU

Bahan-bahan:
Butter 16 oz
Horlicks (Botol Kecil)
Susu manis 1/2 tin kecil
Roti Marie dikisar halus dan diayak
Gula Halus 1 1/2 gelas
Ovalette atau Baking Powder 1 sudu teh
Telur 10 biji (asingkan kuning dan putih telur)
Pewarna (browning dan Cocoa atau mengikut citarasa)

Cara membuatnya:
1.Butter dan 1/2 gelas gula diadun berasingan.
2.Telur Putih dan 1/2 gelas gula dipukul hingga kembang.
3.Telur kuning dicampur dengan susu manis, kaya dan 1/2 gelas gula.
4. Campur semua bahan 1-3 sehingga sebati.
5. Campur tepung roti marie dengan horlicks. Kemudian masukkan Ovalette dan vanilla.
6. Lapisan kuih dibahagi kepada 2 bahagian iaitu warna browning dan cocoa atau warna pink dengan browning (mengikut citarasa). Lapiskan satu persatu dan kukus sehingga masak.

KEK SERIKAYA TEBAL / EVERGREEN (KLASIK)



sedap ni.. lagi lama disimpan (keluar minyak) lagi sedap rasanya...

Bahan-bahan ( 9'X9'x5' )

·        10biji telur ayam
·        1 packet kecil horlicks
·        1 tin sederhana susu pekat manis
·        16oz@450g mentega
·        1/2 gelas gula halus
·        1 gelas tepung gandum
·        2 botol besar pandan pasta
·        1 tin besar seri kaya

Cara-cara

1. Pukul mentega dan gula hingga gebu.  
2. Masukkan telur satu – persatu dan Pukul hingga kembang  
3. Masukkan selang selikan dengan pukulan 1 minit susu pekat manis, horlicks, seri kaya dan tepung gandum.  
4. Apabila semua bahan sudah dimasukkan, pukul hingga semua bahan sebati dalam tempoh 10minit.  
5. Setelah sebati masukkan 2 botol pandan pasta. Gaulkan hingga rata. Setelah siap kukus sekurang kurangnya 30minit (saya kukus 45minit) atau sehingga masak.

CHEESE MARBLE CHOCOLATE CAKE

 

Bahan-bahan ( bekas bulat 18~21cm @ bks 4 segi 19x19cm )


Bahan A: 
50g butter
150g coklat bar
50g gula
2bj telur (suhu bilik)

Bahan diayak:
50g tepung gandum dan 1 sudu kecil baking powder

Bahan B:
100g cream cheese
20g gula
3 sd besar fresh cream @ fresh milk@whipping cream
1 1/2 sd kecil perahan lemon

Cara-cara

Bhn A utk buat adunan coklat.
  • Cairkn butter dan coklat bar dalam oven selama lebih kurang 50 saat. Kalau nak guna kaedah double boiler pun ok. 
  • Telur dan gula dipukul sampai sebati (dalam 2~3 minit). Masukkn (1) dalam bancuhan ini. Kacau lagi sampai rata.
  • Masukkn bahan diayak dan kacau lagi sampai semua bahan rata. 
  • Sementara itu, panaskan oven pada suhu 170c. 
 
Bhn B pula utk adunan cheese. 
  • Dalam mangkuk lain, pukul cheese sampai jada bentuk krim (lembut). 
  • Masukkan gula dan air lemon dan kacau lagi sampai rata. Selepas itu, masukkan fresh cream dan gaul lg.

Masukkan adunan A dalam bekas kek yang telah dilapik dengan kitchen paper. Tuang pula adunan B. Kacau perlahan. Lebih elok guna lidi atau copstick. Jangan kacau berlebihan, nanti x nmpk kesan marble.

Kalau guna bekas bulat, bakar dlm suhu 180C selama lebih kurang 40~45 min. Kalau guna bekas 4 segi, bakar pada suhu 170C selama 30~35 min. Tambah masa kalau rasa kek kurang masak lagi.

bila kek dah sejuk, keluarkan dari bekas dan potong ikut bentuk yang disukai.. 


KEK LAPIS LIMAU PURUT

Bahan-Bahan
250 grm mentega
2 sudu makan susu pekat
½ sudu makan pasta vanelli
10 kuning telur
4 putih telur
160 grm gula
90 grm tepung Hong Kong
2 sudu makan badam kisar
½ sudu teh baking powder
1½ - 2 sudu makan kulit limau purut (parutkan)
1 tsp warna hijau

Peraturannya
1. Mentega, vanilli dan susu pekat dikacau hingga kembang. Ketepikan.
 
2. Pukul putih telur bersama baking powder hingga kembang. Masukkan gula sedikit-sedikit sehingga habis. Pukul lagi hingga naik dan pekat.
 
3. Masukkan kuning telur satu persatu dan terus pukul hingga sebati.
 
4. Masukkan mentega yang telah dikacau tadi ke dalam adunan putih telur. Kacau rata-rata lalu masukkan tepung sedikit demi sedikit.
 
5. Masukkan badam dan parutan limau purut. Kacau hingga rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Satu biarlah plain dan yg satu lagi dibubuh pewarna hijau.
 
6. Bakarlah selapis demi selapis hingga masak

  
Yang ini Vaneli, fungsi nya untuk mengharumkan kek. Ada beza sikit dengan Vanila..


KEK LAPIS KISMIS HAZELNUT


Bahan A
15 biji kuning telur
4 biji putih telur
8 oz gula halus
5 oz tpg Hong Kong atau tpg kek biasa
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar ovalette 

Bahan B
9 oz mentega
2 sudu makan susu pekat
1 sudu teh esen vanilla
Kacang hazelnut 40-50 gm (dicincang kasar-utk ditabur)
2 sudu makan serbuk koko (campur dgn sedikit air panas utk dijadikan pes)
1 sudu teh chocolate emulco (optional)
100 gm kismis hitam/kuning
sedikit pewarna kuning, merah dan hijau

Peraturannya:
1. Pukul Bahan A hingga pekat dan kembang. Ketepikan.

2. Pukul Bahan B sehingga kembang.

3. Satukan Bahan A dan Bahan B dan kacau rata.

4. Bahagi adunan kepada 5 bahagian. Dua bahagian dicampur dengan pes koko dan chocolate emulco. Yg 
3 bahagian lagi, setiap satu diwarnakan dgn pewarna kuning, merah dan hijau.

5. Bakarlah selapis, selapis hingga selesai bermula dgn lapisan coklat dan berakhir juga dgn lapisan coklat. Setiap lapisan menggunakan kira-kira 2 senduk lauk. Anda boleh gunakan loyang berukuran 9"x6" atau 8"x8"
 
6. Bubuh kismis pada setiap lapisan manakala hazelnut cincang pula bolehlah ditaburkan pada lapisan alternate.

psstt: resepi ni mama salin dalam tahun 90an.. mama dalat dari program masakan di telivisyen,tak ingat lagi dah nama program tu.. tapi biasa asal bulan puasa, program tu mesti ada.. sayangnya gambar kek tak de..

KEK LAPIS KANDOS CHEESE

Bahan-bahannya :
20 biji kuning telur
6 biji putih telur
6 oz tepung Hong Kong
10 oz gula halus
16 oz mentega
2 sudu makan susu manis
1 sudu makan ovalet
2 paket serbuk santan segera
6 paket choc. Kandos (36 keping - dipatah dua)- saya gunakan 6 keping chocolate HERSHEY
2 paket cheddar cheese diparut (saya gunakan 1 kotak)
Sedikit warna hijau

Peraturan :
Pukul mentega dan susu hingga kembang.
Pukul telur, gula, ovalet, tepung dan santan hingga pekat.
Satukan adunan dan gaul rata. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dibiar plain dan yg satu lagi di bubuh pewarna hijau.
Bakar warna asal selapis dan taburkan cheese parut. Bila masak lapiskan pula dengan warna hijau dan susun secara rawak(rambang) coklat yang telah dipatahkan 4 dan bakar masak. Lapiskan semula dengan warna asal dan tabur cheese serta bakar masak. Bakar lagi warna hijau dengan ditaburi coklat. Ulang hingga habis.

(Psst... kalau sesaper yg sedang menjaga berat badan tu, makan kek ni ingat2 ye sbb kek ni lemak dgn keju, cokelat dan santan)


Ni la rupa coklat Kandos. Sekarang dah tak jual lagi dah. Kalau ada jumpa pun rasanya dah tak macam dulu.

KEK TAMIL

Bahan:.

8 biji telur ayam
1 tin mentega (16 aun)
½ botol horlick
1 tin kecil susu manisan1 gelas gula halus
1 gelas tepung gandum
1 sudu browning
1 sudu esen vanila
2 gelas kismis hitam

Cara membuatya:.
Pukul telur, mentega dengan gula sampai kembang. Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Setelah itu masukkan susu manis, horlick, browning dan esen vanila. Akhir sekali masukkan kismis hitam. Gaul hingga rata. Setelah siap, kukus sehingga lapan jam atau sehingga masak.

KEK CORNFLAKES EPAL DAN APRIKOT

Koleksi resepi Chef Wan 
Bahan :.

1½ epal dipotong halus
125 gram aprikot (dicincang halus)
1 camca soda
300 ml air(didih)
270 gm mentega
230 gm gula
2 biji telur
4 cawan Nestle Cornflakes
200 gm kismis

Hiasan :.
Ceri bewarna merah

Cara Membuatnya:.
Panaskan air. Setelah mendidih padamkan api, kemudian masukkan soda, Nestle corfnflakes dan kismis. Gaulhingga rata. Setelah itu, masukkan epal yang telah dicincang halus dan gaul lagi. Ketepikan. Ditempat berasingan puku mentega dan gula sehingga kembang. Kemudian masukkan aprikot dan telur satu persatu. Setelah sebati masukkan tepung dan gaul lagi. Setelah siap, campuakan adunan air panas tadi kedalam adunan tersebut. Gaulkan. Akhir sekali hiaskan dengan ceri merah dan bakar selama satu jam atan sehingga masak.

KEK MADURA

Antara resepi kek yang paling senang dan murah nak buat dan dapatkan bahannya...
 
Bahan :.
 
540 gm majerin Daisy
150 gm mentega kacang
12 biji telur ayam
750gm tepung gandum (diayak bersama serbuk penaik)
3 sudu kecil serbuk penaik (Baking Powder)
3 sudu kecil esen vanila
690 gm gula kastor

Cara membuatya:. 
Majerin, mentega kacang dan gula kastor dipukul sehingga kembang dan putih. Masukkan telur satu persatu sehingga habis, kemudian masukkan tepung yang telah diayak bersama serbuk penaik. Gaul hingga rata, setelah siap bahagikan kepada 2 bahagian dan warnakan dengan warna kuning dan mrah. Masukkan secara berselang seli ke dalam acuan dan bakar sehingga masak. 



KEK CHIFFON PANDAN


Bahan:.

1¾ cawan rata tepung gandum
½ cawan air
½ cawan minyak jagung
6 biji telur ayam (asingkan putihnya)
1 sudu teh baking powder (diayak bersama tepung gandum)
1 botol kecil pandan pasta
1 cawan gula pasir
1 sudu teh cream of tartar

Cara membuatnya:,

pukul putih telur hingga kembang. Masukkan gula dan cream of tartar, pukul lagi sehingga pekat. Bila sudah pekat, masukkan minyak jagung. Setelah itu masukkan tepung sedikit demi sedikit. Akhir sekali masukkan air dan pandan pasta. Gaul sampai sebati. Setelah siap, masukkan kedalam acuan chiffon (boleh pakai acuan biasa) dan dibakar sehingga masak.

KEK WALNUT RAISIN


Bahan:.
A)
 1½ cawan kismis
1 cawan susu pekat manis
1 cawan gula hitam
200 gm coklat dicairkan
6 sudu makan tepung kastard

B)
 4 biji telur ayam (dipukol hingga kembang)
1 cawan buah gajuh gajus (dicincang halus)

C)
1 cawan gula kastor
6 biji telur ayam
1 Sudu teh esen vanila
2½ cawan tepung naik sendiri
1 cawan susu manis
300 gm mentega.

Cara Membuatnya:.

1. Gaulkan adunan A dalam acuan 8 inci dan panaskan diatas api yang sederhana sambil dikacau hingga adunan tadi pekat dan sebati. Ketepikan biar sejuk.

2. Setelah sejuk, sapukan acuan dengan mentega, gaul bahan B dan masukkan (taburkan) ke dalam adunan A. Ketepikan lagi.

3.Pukul mentega dengan gula hingga putih. Masukkan telur satu persatu. Kemudian masukkan tepung dan susu dan digaul sampai sebati.
 
4. Selepas itu, ratakan adunan tadi di atas adunan A dan B. Bakar dalam oven selama 45 minit atau sehingga masak.

KEK TIGA SERANGKAI

Bahan :.

2 gelas mentega
2 gelas gula kastor
6 biji telur ayam
1 sudu makan esen vanila
5 gelas tepung naik sendiri
1½ gelas susu pekat manis
sedikit warna merah dan hijau

Cara membuatnya :.
1. Pukul mentega dengan gula hingga kembang, Kemudian masukkan telur satu persatu dan digaul rata. Masukkan esen vanila.

2. Kemudian masukkan tepung gandum dan susu manis sambil digaul hingga sebati. Bahagikan adunan kepada tiga bahagian. 1 bahagian warna merah, 1 bahagian warna hijau dan 1 bahagian warna asal.

3. Sediakan acuan (8 inci). Masukkan adunan warna merah dan dibakar selama 15 – 20 minit. Kemudian masukkan warna asal dan bakar lagi. Akhir sekali masukkan warna hijau dan bakar hingga masak.

Jadual Solat

Anda mungkin nak baca yang ni..