HALAMAN UTAMA

Isnin, 30 April 2018

KEK PILIH KASIH

 
Bahan ;.
1 tin mentega (16 oz)- 454 gm
1 tin kecil sri kaya
1 botol kecil horlicks
10 biji telur ayam
1 tin kecil susu manis
½ kati (300gm) biji bijan (Digoreng tanpa minyak)
satu sudu teh esen vanila
2½ gelas kacang (yang telah ditumbuk halus)
2 gelas gula halus (boleh dikurangkan sukatannya)
½ gelas tepung gandum
2 gelas tepung roti marie
1 gelas milo
6 sudu teh gula hitam (browning sugar)

Cara Membuatnya :.

Mentega dipukul bersama gula sampai kembang. Masukkan telur satu persatu. Di bekas berasingan campurkan susu, sri kaya, milo dan horlicks. Setelah sebati barulah dicampur kedalam adunan tadi. Akhir sekali, masukkan kacang dan biji bijan. Gaul rata. Kukus sehingga masak.

Tiada ulasan:

Jadual Solat

Anda mungkin nak baca yang ni..