HALAMAN UTAMA

Ahad, 30 April 2017

Koleksi Biskut Klasik (80an & 90an)

Kali ni mama nak share resepi biskut yang agak glamour di zaman 80an & 90an (terutama di Sarawak). Semoga perkongsian ini membawa manfaat buat semua. Tujuan mama nak share sebab mama tak nak resepi- resepi klasik ni hilang begitu sahaja. Selamat mencuba...

BISKUT KANA

Buat masa ni mama takde gambar untuk biskut ni. tapi kalau nak macam mana rupa biskut tu, mintak tolong mr google dulu ya. cuma mak boleh bagi tau untuk vesmi yang mama buat ni ikut warna asalnya iaitu warna pink. Biskut ni memang tahan disimpan lama asalkan betul tempat penyimpanannya. rasanya tak berapa manis mungkin sebab penggunaan pelbagai jenis tepung. Bahan :.   

1 gelas gula halus   
1 biji telur ayam  
2 cawan mentega (1 tin kecil)
2 gelas tepung gandum   
2 gelas tepung jagung   
2 gelas tepung kastard   
1 sudu teh baking powder Cara Membuatnya :.

Pukul mentega dan gula sehingga kembang, kemudian masukkan telur dan pukul lagi. Selepas itu masukkan tepung gandum. Dohkan adunan tadi bersama tepung jagung, baking powder dan tepung kastard. Setelah siap terapkan kedalam acuan buah kana. Bakar sehingga masak.

KACANG BATU

Bahan :.

1 kg kacang tanah
2 kg tepung gandum
2 ½ gelas gula halus
1 sudu makan garam
1 sudu makan baking powder
3 sudu planta
½ sudu serbuk perasa (ajinomoto)
5 biji telur ayam
2 sudu makan tepung jagung

Cara Membuatnya :.
Pukul telur, dan planta dengan sehingga putih. Setelah itu, masukkan gula, garam, tepung jagung dan baking powder. Ketepikan.

Untuk memulakan membuat salutan pada kacang, terlebih dahulu tuangkan sedikit (anggaran 1 sudu besar)adunan tadi keatas kacang ratakan dengan memgoncang di dalam bekas. Setelah adunan tersebut sebati barulah dimasukan tepung sedikit demi sedikt. Ratakan dengan cara yang sama. Lakukan secara berselang seli sehingga habis. 

BISKUT OATS

Bahannya:
1 tin mentega (biasa guna golden churn)
½ tin mentega (gunakan sukatan tin mentega) shortening
½ tin gula halus
2 biji telur ayam
4 sudu the baking powder
 ½ tin oat
1 kg tepung gandum
2 sudu teh esen vanila
sedikit buah manisan (ceri cincang warna hijau atau merah)

Cara Membuatnya :
Pukul mentega dengan gula sampai kembang. Masukkan telur satu persatu. Kemudian masukan shortening dan kacau hingga sebati. Setelah itu, masukkan tepung gandum, esen vanila dan gaul hingga rata, selepas itu barulah diuli dengan oat. Setelah doh siap ketilkan sedikit dan bulatkan @ terapkan dengan acuan. Setelah itu, letakkan sedikit buah manisan di atas adunan. Bakar dengan api yang sederhana sehingga masak

BISKUT NESTUM  

Bahannya
1 Kotak tepung naik sendiri
1 tin mentega 
2 gelas gula halus
Sedikit baking powder
1 biji telur ayam
2 gelas bijirin nestum
buah Ceri 

Cara membuatnya: 

Gula dan mentega dipukul hingga kembang. Masukkan telur, baking powder dan tepung naik sendiri. Terapkan dengan acuan yang anda suka @ bulatkan dengan tangan. Sebelum dibakar, celurkan dengan bijirin nestum dan letakkan ceri di atas bikut. Bakar dengan api sederhana sehingga masak  

ROTI KEMBANG.  

Biskut ni rupanya macam kuih bangkit, cuma rasanya lain sikit dan rupanya yang sedikit kekuningan sebab ikut warna planta. Kalau nak letak sikit biji badam untuk hiasan biskut pun boleh)

Bahannya

4 Biji telur Ayam
1 Tin kecil planta
2½ tin planta gula pasir
1 tin planta minyak masak
2 Kati (600gm x 2)tepung kanji
Sedikit tepung gandum
2 sudu teh soda bikarbonat 
1 sudu teh baking powder  

Cara Menbuatnya :

Pukul kesemua bahan. Buat sehingga menjadi doh.Terapkan mengikut acuan (pilihan) dan bakar dengan api sehingga sehingga masak.
 
BISKUT JEREBU 


Biskut Jerebu. Macam biskut makmur kan? bezanya, biskut ni takde inti dan biskut ni rasanya rangup - rangup berlemak.Nak buat pun mudah je ramuan nya.. jum kita semak bahan yang digunakan..

Bahan :

3 sudu besar shortening
2 gelas minyak masak
2 gelas gula halus 
sedikit serbuk penaik
1½ kg tepung gandum 
Susu Everyday atau Fernleaf (untuk disalutkan pada biskut)  

Cara membuatnya:  

Pukul shortening dan gula hingga kembang. Selepas itu, masukkan minyak masak dan bikarbonat atau serbuk penaik. Setelah sebati masukkan tepung gandum sedikit – demi sedikit. Ulikan dalam bentuk bulatan yang kecil. Bakar kan sehingga di permukaan bawah biskut sedikit keperangan. Setelah masak, sejukkan sebentar sebelum diguling dalam susu everyday / fernleaf.

Biskut ni mama dah pernah cuba guna susu tepung jenis lain mcm nespray, dutchlady tapi dalam banyak - banyak jenis susu tu, memang susu everyday dan fernleaf lah yang paling sedap. Tapi terpulanglah dengan citarasa anda sendiri nak guna susu tepung jenis apa pun. Selamat mencuba..  😉 

Resepi asal: Pn. Ramlah Binti Wet, Kampung Belawai (2004)

BISKUT COCONUT BUNNIES  

BAHAN  
4 biji telur (ambil putihnya)
½ camca teh krim of tartar
1 camca teh esen vanila
2 camca besar tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan kacang cincang
1 cawan kelapa kering
2camca besar emping jagung kellogg`s (corn flakes) [ kisar halus] 

CARA MEMBUATNYA  

Pukul putih telur, krim tartar dan esen vanila sehingga berbuih dan masukkan gula sedikit semi sedikit. Pukul sehingga kental dan berkilat. Masukkan kacang, tepung jagung, kelapa dan corn flakes dan gaulkan. Bentukkan ia menjadi bulat dengan sudu besar dan aturkan ianya ke atas dulang pembakar yang dilenserkan. Bakar pada suhu 130ºc selama 1 – 1½ jam atau sehingga bewarna sedikit keperangan. Sejukkan. 

BISKUT OATY – COCONUT TREATS
  

Bahan   
1 cawan mentega
¾ cawan gula kastor
2 camca besar sirap jagung
1 cawan oat (diaruk/ goreng tanpa minyak)
1 cawan kelapa kering
1 cawan kurma cincang
2 cawan emping jagung kellogg`s (diramas halus) 

Cara membuatnya :
Lenserkan dulang pembakar. Panas mentega, gula dan sirap jagung pada kepanasan yang rendah sehingga gula cair. Rebus untuk 1 minit. Kacau oat, kelapa, emping jagung dan kurma cincang itu tadi. Taburkan adunan dulang dan ratakan permukaannya. Bakar dalam ketuhar pada suhu 160ºc selama 25-30 minit atau sehingga bewarna sedikit keperangan. Sejukkan selama 10 minit sebelum dipotong adunan tersebut mengikut kehendak anda.

BISKUT MAKMUR

Bahan Doh/Kulit
500 gm tepung gandung
80 gm gula halus
minyak sapi [ikut lembut boleh dibentuk]

Bahan Inti
300 gm kacang tanah
70 gm gula halus
Gula icing [untuk salut biskut]

Cara

  1. Gaulkan semua bahan Doh sehingga lembut dan boleh dibentukkan.
  2. Kacang tanah dibakar dalam oven selama 20 minit [sehingga kulit boleh tanggal bila di gosok kacang]
  3. Mesinkan kacang dan gaulkan dengan gula.
  4. Ambil doh dan leperkan.
  5. Masukkan inti yg telah dibulat bentuk bujur sebesar biji buah kurma. Bentukkan bujur.
  6. Bakar dalam suhu 180'C selama 20 - 25 mnit [sehingga nampak masak]
  7. Sejukkan baru golekkan dalam gula icing.
  8. Simpan dalam balang kedap udara.
KUIH SIPUT

Bahan-bahan ( 1 balang sederhana )

  • 5 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur  
  • 50gm margerine  
  • 1 s.kecil serbuk jintan manis
  • 1 s.kecil serbuk jintan putih
  • 2 sudu kecil serbuk udang kering
  • 1 sudu kecil garam (ikut rasa)
  • Sedikit serbuk perasa (optional)
  • 3 sudu besar cili boh/serbuk cili                                   
  • Daun bawang /daun sup (dihiris )
  • Santan secukupnya untuk menggaul
Cara-cara 
Gaul semua bahan ( kecuali santan ) hingga bercampur semuanya. Uli dengan santan hingga menjadi doh. Cubit sedikit adunan, gentel bg bulat dan tenyeh atas papan kuih siput. Bila semua dah digentel, boleh lah goreng hingga garing.

Tiada ulasan:

Jadual Solat

Anda mungkin nak baca yang ni..