Posted
on: Feb 23, 2009 - 11:29 AM by anazabri
Nabila
memandu tenang. Shah Alam di waktu malam agak kurang sibuk. Waktu pun sudah
menunjukkan hampir dua belas malam. Kalau tidak kerana perut yang berkeroncong,
dia memang malas hendak keluar. Nani, teman serumahnya pula tidak ada di rumah,
bermalam di rumah pakciknya di Kelang. Ada hal keluarga katanya.
Nabila sampai di simpang tiga dan meneruskan perjalannya kerana dia berada di jalan utama. Tiba-tiba terdengar dentuman yang kuat dari sebelah kiri belakang dan keretanya terpusing 180 darjah dan mengundur memanjat bahu jalan. Nabila terkejut. Kakinya menekan-nekan brek tapi keretanya terus mengundur agak laju. Teringat dia untuk menarik brek tangan dan keretanya berhenti hanya beberapa inci dari longkang.
Nabila tergamam. Dia terdiam di dalam kereta. Tidak ada kereta lain yang lalu lalang. Nabila cuba membuka pintu kereta, tangannya terketar-ketar. Pintu kereta tidak dapat dibukanya. Nabila terus panik. Seorang pemuda berlari ke arah keretanya dan membuka pintu pemandu. Nabila hairan kerana sebentar tadi sahaja dia tidak dapat membukanya.
“Awak ok, tak apa-apa ke?” Tanya pemuda itu cemas. Nabila hanya mengangguk-angguk. “I’m so sorry. It was my fault,” pemuda itu terus bersuara. Nabila cuba berdiri tetapi lututnya terasa amat lemah. Pemuda itu memegang lengan Nabila, “You duduk aja. You’re still in shock.”
“Siapa.....apa langgar saya?” Terketar-ketar suara Nabila. “I....I yang salah. I patut berhenti. I yang langgar you. I’m very sorry.” Nabila memandang pemuda itu. Matanya berkelip-kelip cuba hendak memahami apa yang dia katakan. “Awak? Kenapa?” Nabila bertanya bagai orang bodoh. “Oh God what have I done?” Pemuda itu menepuk dahinya apabila melihat keadaan Nabila yang terlalu panik itu.
Telefonnya berbunyi. Dia merengus apabila melihat nama yang tertera di skrin. Nama yang sama terpapar sejurus sebelum kemalangan tadi. Dia sebenarnya mahu menjawab panggilan itu tadi. Tidak perasan yang di hadapannya ada simpang tiga. Kesal betul kerana kelalaiannya membawa padah. Nasib baik gadis itu tidak cedera.
“Hello!” Keras suaranya. “Hello, Zaf. What time you nak datang ni?” Suara manja menyahut di talian. “Diana, I tak boleh pegi ambil you sekarang. I accident ni,” suaranya masih meninggi. “Apa? You accident?” Diana terkejut, “Siapa langgar you?” Tanyanya lagi. “I yang langgar orang. I won’t be picking you up.” Zafrim menerangkan “Then how am I going to go to Cathy’s party?” Zafrim diam beberapa saat sebelum bersuara lagi dengan suara yang meninggi, “I told you I cannot go. It’s up to you kalau you nak pergi jugak. I have to go now,” dia memutuskan talian. Zafrim berpaling kembali kepada Nabila.
“I’m sorry. Kita panggil tow truck untuk tarik kereta you, ok?” Zafrim bertanya Nabila.
“I tak tau macamana...,”Nabila yang masih kebingungan kehilangan kata-kata.
Zafrim merengus perlahan. Jengkel juga melihat gadis di depannya yang kebingungan terus. “Baru kena langgar sikit paniknya macam kena langgar lori,” gerutu hatinya. Tangannya terus menekan-nekan butang telefon.
“Hello, Zaidi? Tolong aku. Aku baru je langgar orang ni...,” Nabila hanya memerhatikan Zafrim bercakap-cakap di telefon. Dia mendengar Zafrim memberikan lokasi mereka.
“You dah ok?” Tanyanya lagi kepada Nabila. Nabila bangun, “I rasa dah ok dah boleh berdiri ni...”
Zafrim tersenyum, “Buat lawak pulak.” katanya hanya di dalam hati.
“Pasal apa senyum pulak. Langgar orang tengah malam macam ni. Macamana nak pegi kerja besok ni...,” Nabila berkata-kata di dalam hatinya juga.
“You tak nampak I ke?” Entah dari mana dia mendapat kekuatan untuk bertanya soalan kepada pemuda itu. “I tak perasan. Dah last minute baru nampak kereta you. Biasanya takda kereta malam-malam macam ni.”
“Namanya pun jalanraya. Takkan tak da kereta.”
“I tak sangka ada orang yang masih ke sana ke mari, especially malam dah larut macam ni,” suaranya agak ditinggikan. “I betul-betul minta maaf,” Zafrim mengendurkan suaranya apabila melihat Nabila diam.
“So, macamana ni?” Tanya Nabila. “Of course kereta you kena repair. Let me bear the costs. Atau you nak pergi buat police report?” Nabila sedar kalau buat laporan polis mungkin lebih banyak kerenahnya. Pemuda itu pun sudah memberi pengakuan untuk menanggung semua kos. “Kalau macam tu, ok lah. Nak bawa ke workshop pulak macamana. Dah malam ni ada ke yang buka lagi?”
Zafrim memandang Nabila. “I baru call my brother, dia ada kawan yang ada workshop. I minta dia carikan tow truck juga. Kena tunggu ajelah kat sini. Is it ok?” Nabila angguk. Macamlah dia ada pilihan lain. Dia duduk semula di tempat pemandu.
Zafrim mencuri pandang kepada Nabila. Dalam samar cahaya lampu jalan dia melihat wajah yang sedikit pucat kesan dari rasa terkejut. Tetapi wajah itu manis pada penglihatannya, ada ketenangan di wajah itu. Nabila terasa pandangan pemuda itu. Dia membelek-belek beg tangannya. “Sure dia kata aku selekeh habis”, bisiknya dalam hati. “Nak buat macam mana, kelaparan tak sempat nak ambil tudung elok sikit. Bukannya nak tau nak accident dengan mambang ni.” Nabila tersenyum dalam hati dengan monolognya.
“I, Zafrim,” pemuda itu menghulurkan tangannya. Nabila menyambut lemah sambil berkata, “Nabila.”
“Tak tahu berapa lama nak tunggu. Baiklah kita berkenalan. This is my card.” Zafrim menghulurkan kadnya. Nabila menyambut dan menelek kad tersebut. “Muhammad Zafrim Zainuddin, MBA (Finance) Melbourne University, Financial Controller.” Di bawahnya tertera nama syarikat tempat Zafrim bekerja yang beralamat di Shah Alam juga.
“You baru balik kerja ke?” Tanya Nabila. Dia beranggapan yang Zafrim dalam keadaan tergesa-gesa untuk pulang dari pejabat kerana malam sudah agak larut. Zafrim menganggukkan kepalanya seraya berkata, “Ada meeting tadi. Nak dekat end of the year, banyaklah urusan. I nak ke KL sebenarnya, ada majlis.”
“Tak dapat pergi lah ni,” kata Nabila. “It’s not an important function. Tak pergi pun tak apa,” Zafrim menjawab bersahaja. Sememangnya dia tidak mahu pergi ke majlis harijadi Cathy. Dia begitu sibuk dengan kerja-kerja di pejabat di hujung-hujung tahun begitu. Diana, teman wanitanya yang beria-ia mengajaknya. Diana memang gemar majlis-majlis begitu. Dia pasti Diana akan tetap pergi juga walaupun dia tidak dapat menjemput Diana.
“You kerja di Shah Alam juga?” Tanya Zafrim. “UiTM,” jawab Nabila. “Maaflah I takda business card,” Nabila menyambung. “Tak apa, tapi let me have your number senang nak call you bila kereta siap nanti,” balas Zafrim. Nabila memberitahu nombor telefon bimbitnya dan Zafrim menyimpannya di dalam telefonnya sendiri.
“You buat apa keluar malam-malam macam ni?” Tanya Zafrim jujur. Sekadar ingin tahu kenapa gadis manis bertudung di hadapannya itu berada di jalanraya ketika waktu hampir tengah malam. Dahi Nabila berkerut dengan pertanyaan itu, “Hai suka hati orang lah nak keluar bila. Apahal dia ni tanya macam busy body je,” katanya tetapi cuma dalam hati.
Menyedari yang Nabila berasa kurang senang dengan pertanyaannya, Zafrim menyambung, “Janganlah ambil hati I tanya. Kalau you tak nak jawab, takpa.” Nabila membalas dengan senyum tipis, “Tak I tak kecil hati. I lapar tadi. My housemate pegi rumah pakcik dia. So, I takda kawan nak keluar. Ingat nak keluar kejap je nak bungkus bawa balik. Siapa sangka jadi macam ni.”
Zafrim lega mendengar jawapan Nabila. “Oooh...,” itu sahaja yang keluar dari bibirnya. Lebih kurang lima belas minit selepas itu sebuah trak penunda datang untuk menarik kereta Nabila. Zafrim berjabat tangan dengan lelaki yang memandu trak tersebut. Nabila kurang mendengar biji butir perbualan mereka. Cuma apabila lelaki itu mengatakan yang kereta Nabila masih boleh dipandu dia mendengar Zafrim berkata, “Memang boleh tapi takkan nak suruh dia drive lagi dalam keadaan terkejut tu.”
Setelah trak penunda itu pergi, Zafrim berkata, “Let me send you home.” Nabila hanya menurut langkah Zafrim menuju keretanya yang terletak di seberang jalan. Nabila baru sedar yang kereta Zafrim juga kemek dan pecah lampu depan sebelah kiri. Nabila mengagak kos untuk membaikki kereta itu tentu besar. “Kereta you pun teruk juga ni,” komen Nabila. “Tak ada apa sangat ni,” jawab Zafrim. Zafrim membuka pintu sebelah penumpang untuk Nabila. Nabila sedikit gamam. Dia belum pernah berjumpa dengan lelaki yang bersifat “gentleman” seperti di barat. Dia masuk ke dalam tanpa berkata apa-apa. Zafrim menutup pintu kereta dan berjalan ke pintu pemandu.
“Kalau you nak makan, kita pergi makan dulu,” Zafrim mempelawa apabila dia sudah duduk di tempat pemandu. “Eh tak payahlah, Encik Zafrim. Menyusahkan you aja. You can just send me home,” Nabila menolak. “I rasa you mesti betul-betul lapar. Kalau tak, takkanlah you sanggup keluar sorang malam-malam macam ni,” balas Zafrim sambil menghidupkan enjin kereta. Memang kata-kata Zafrim itu tidak salah.
Zafrim menuju ke kawasan kedai yang berdekatan. Dia mengajak Nabila ke salah sebuah restoren di situ. Nabila hanya mengikut langkah Zafrim walaupun merasa agak keberatan. Dalam cahaya terang restoren barulah Nabila dapat melihat jelas wajah Zafrim. Pemuda itu berkulit agak cerah. Bertubuh tegap dan tinggi hampir 6 kaki. Pakaiannya kemas. Sememangnya dia dari pejabatnya.
“You nak makan apa?” Tanya Zafrim. Nabila diam. Matanya melihat-lihat menu yang tertera di dinding restoren. Mulutnya berat untuk berkata apa-apa di hadapan Zafrim. Pelayan restoren sudah berdiri di meja mereka bersedia untuk mengambil pesanan. Sebenarnya seumur hidupnya dia tidak pernah makan berdua dengan lelaki. Sewaktu di universiti dulu pun dia akan menolak jika ada kawan lelaki sekuliah mengajaknya. Bukan jual mahal, tetapi itu pesanan ayahnya. Ayahnya memang seorang yang tegas maklumlah anggota polis dan sekarang ini sudahpun bersara. Mereka adik-beradik tidak pernah membantah kata-kata ayah. Walaupun sudah dewasa dan berada jauh dari keluarga Nabila bagai sentiasa merasa yang ayahnya mengetahui gerak gerinya. Sebab itulah di waktu itu dia merasa begitu canggung di hadapan Zafrim.
“I think I’ll have fresh orange,” kata Zafrim. “Malam-malam macam ni I jarang makan nasi,” Zafrim menyambung kata. “Nak jaga badan kot mamat ni,” Nabila berkata dalam hati. Matanya masih terpaku pada senarai menu.
Setelah memesan makanan dan minuman, Zafrim bertanya, “you lecturer ke?” Nabila angguk mengiakan. Zafrim menyedari tingkah laku Nabila yang tidak banyak berkata-kata. “You masih terkejut lagi?” Tanya Zafrim. Nabila menggeleng. Zafrim melahirkan kesalnya lagi kerana tidak berhati-hati menyebabkan kemalangan dan menyusahkan Nabila.
“Talking about menyusahkan you, macamana you nak pergi kerja besok?” Tanya Zafrim. “I rasa I boleh minta tolong my house mate,” jawab Nabila. Tapi sebenarnya dia pun tidak pasti. Ada kalanya Nani, teman serumahnya pergi awal dan ada kalanya pula lambat. “Bukan you kata tadi house mate you tak ada kat rumah?” Zafrim bertanya semula. Nabila tersedar dan mengeluh. Nampaknya dia terpaksa menaikki teksi.
“I can always send you,” Zafrim berkata. Entah kenapa mulutnya begitu ringan sejak dari tadi dengan Nabila. Mungkin didorong rasa bersalah. “Eh tak payah, Encik Zafrim. I can always take the taxi,” Nabila menolak. Pelayan datang kembali dengan pesanan mereka.
“Tak apa, Cik Nabila. That’s the least I could do for you lepas menyusahkan you. Hopefully you tak saman I.”
“Nak saman untuk apa?”
“Manalah tahu, saman kerana menyebabkan you terkejut, susah.” Kata-kata Zafrim disambut dengan senyuman. Mereka mula menikmati hidangan. Tidak ada apa yang mereka bicarakan.
Sebelum Nabila keluar dari kereta, Zafrim mengulangi pelawaannya. Nabila tetap menolaknya. “Kalau macam tu tak apalah Cik Nabila. Nanti kereta you siap I’ll give you a call,” Zafrim akhirnya mengalah.

Keesokan harinya Nabila bersiap
lebih awal. Telefon bimbitnya berdering. Terkejut Nabila apabila mendengar
suara Zafrim di telefon, “Cik Nabila, I kat parking kondo you ni.”
“Kenapa?” Nabila bertanya seperti orang bodoh. Zafrim ketawa sambil berkata, “Let me send you to your office.”
“Kan I dah kata tak payah, Encik Zafrim. I can take a taxi.”
“Habis tu takkanlah you nak suruh I balik semula. I dah sampai ni.”

Nabila serba salah. Dia tidak menyangka yang Zafrim akan datang pagi itu. Akhirnya dia bersetuju. Bergegas dia keluar menuju lift. Zafrim bersandar pada BMW putih sambil tersenyum. Dia kemas dengan kemeja biru muda dan berseluar hitam. “Kayanya dia ni. Satu kereta accident bawak yang lain pulak,” Nabila berkata-kata dalam hati. Nabila mendekati Zafrim dan bagai terpaksa membalas senyum Zafrim.
Seperti tahu apa yang bermain di fikiran Nabila, Zafrim memberitahu, “Ini kereta my father. Pinjam kejap nak tunggu kereta I siap.” Nabila hanya melemparkan senyuman. Zafrim membuka pintu kereta untuk Nabila.
Di dalam perjalanan Zafrim sekali lagi mengatakan yang dia akan menghantar dan mengambil Nabila. Nabila akhirnya tidak berdaya hendak menolak. Kalau ditolak pun dia rasakan yang pasti Zafrim akan datang juga untuk menjemputnya. Dan selama seminggu itu Zafrim menghantar dan mengambil Nabila pergi dan balik kerja.
Pada satu pagi kebetulan Nabila turun dari rumah serentak dengan Nani. Itulah pertama kali Nani bertemu dengan Zafrim. Waktu malamnya Nani berkata kepada Nabila, “Hai kalau accident dengan mamat handsome macam tu, I pun suka jugak.” Hampir tersembur air minuman dari mulut Nabila. Dia ketawa. “Nani, Nani,” Nabila menggeleng kepala. “Tak berbaloilah dengan kesusahannya akibat accident tu, Nani. Nak ke mana-mana pun payah,” Nabila menyambung kata-katanya.
“Eh payah apanya. Pergi balik kerja dia yang ambil dan hantar,” kata Nani. “Haaa kalau you dah berkenan dgn dia, bolehlah kalau nak berkenalan. Nombor telefon dia pun I ada. You nak ke?” Tanya Nabila sambil tersenyum. Temannya Nani memang suka berterus terang tentang apa sahaja. Mereka berkenalan sejak Nabila mula bekerja di Shah Alam. Nani mengiklankan bilik kosong di rumah yang baru sahaja dibelinya dan kebetulan pula Nabila sedang mencari tempat untuk menginap. Namun perkenalan yang baru setahun lebih itu telah menjadi akrab. Nabila amat senang dengan sikap Nani yang tidak suka menyembunyikan apa-apa pun. Segala perasaannya samada senang atau susah akan diluahkan kepada Nabila. Setiap hari ada sahaja cerita dari pejabat yang dibawa pulang untuk dikongsi dengan Nabila. Nani juga memang suka bergurau membuatkan Nabila tidak pernah merasa sunyi walaupun berjauhan dari keluarganya yang di selatan tanah air.
“I ni risau jugaklah, Nani. Dah lebih seminggu ni, kereta tak siap lagi,” Nabila meluahkan kerisauannya. “Bila dia cakap akan siap?” Tanya Nani. “Entahlah, dia tak pernah cakap pun bila akan siap,” jawab Nabila. Nani menepuk dahinya, “Apalah you ni, Nabila. Kalau you tak tanya macamana nak tau? Tanyalah wahai cik kak ooooi.....”
“Nak kena call ke?” Nabila bertanya bodoh. Nani ketawa, “Habis tu you nak tanya macamana? Melalui alam ghaib?” Nabila ikut ketawa. Sebenarnya dia merasa malu untuk bertanya.
Nabila masuk ke bilik untuk mencari kad nama yang diberi oleh Zafrim. Dia keluar bersama telefon bimbitnya. Nabila duduk di sofa panjang. Nani bangun dan duduk di sebelah Nabila, “He he he I nak tumpang sibuk, boleh?” Nabila hanya menjeling. Dia menekan butang telefon dan melekapkan telefon ke telinganya. Nani pula mendekatkan telinganya ke telefon Nabila. Zafrim sudah mengangkat telefon pada deringan pertama, “Hello, Cik Nabila? Ada hal apa?” Kedengaran suara Zafrim di talian. Nabila tergamam. Dia terkejut kerana Zafrim begitu cepat menjawab panggilannya. “Hello, Cik Nabila?” Zafrim menyapa lagi setelah tiada jawapan dari Nabila.
“Er, Encik Zafrim, sa..sa..saya nak tanya pasal kereta saya tu....,” Nabila tergagap-gagap. Nani sudah menutup mulutnya menahan ketawa melihat wajah Nabila yang gelabah. “Kenapa?” Zafrim bertanya lagi. “Agaknya bila kereta tu siap?” Nabila bertanya perlahan. Zafrim terdiam seketika. Sebenarnya baru sebentar tadi mekanik yang membaiki kereta Nabila sudah menelefonnya memaklumkan yang kereta Nabila sudah siap dan boleh diambil pada bila-bila masa. Memang Zafrim sendiri berpesan supaya kereta itu dapat disiapkan dengan segera. Tambahan pula mekanik itu kawan kepada adiknya.
“Err, Cik Nabila, let me call the mechanic first. I’ll call you in a few minutes’ time, ok?”
“Ok, bye,” Nabila mematikan talian.
“So?” Tanya Nani. “Kejap lagi dia call balik. Dia nak call mekanik tu dulu nak tanya,” jawab Nabila. “I rasalah, Nabila kereta you tu dah siap. Dia sengaja taknak beritahu kat you sebab dia nak dating dengan you tiap-tiap hari,” Nani memberikan teorinya. Nabila menepuk bahu Nani, “Apalah punya teori you ni. Tak logik langsung.” Nani ketawa.
“Logik sebenarnya, Nabila. Mana ada orang yang sanggup hantar dan ambil kerja kalau bukan tunang ke, suami ke, girlfriend ke. You pun tak pernah kenal dia. Alih-alih dia willing nak hantar dan ambil ke tempat kerja. Kalaulah rumah dia jauh lagilah susah. Eh, kat mana dia tinggal?”
Nabila berkerut. Dia tidak pernah bertanya tempat tinggal Zafrim. Dia cuma mengagak yang Zafrim tinggal di Shah Alam juga. “Entah, I tak pernah tanya. Kat Shah Alam jugak kot. Dia pun kerja kat sini.”
“Apa kena you ni Nabila. Alamat tempat tinggal adalah di antara perkara pertama yang orang tanya bila mula berkenalan.”
“I ni bukan nak berkenalan dengan dia. Dah terpaksa. Kalau tak accident, tak adalah I kenal dia pun.”
“Hish susahlah bercakap dengan orang lurus bendul macam you ni, Nabila.”
Telefon Nabila berdering. “Jangan lupa tanya kat mana dia tinggal,” Nani menyuruh. Nabila mengerling tajam.
“Hello, Encik Zafrim.”
“Hello, Cik Nabila. Err kereta you siap maybe next week.”
“Next week? Kalau macam tu tak apalah.”
“Don’t worry, Cik Nabila. I’ll send you to work lagi next week.”
“Eh tak payah, Encik Zafrim. I can go with my housemate. I taknak susahkan you lagi. You kena datang dari your house pagi-pagi lagi. Rumah you jauh kot?”
“Tak jauhlah. I duduk Subang Jaya.”
“Subang Jaya?” Nabila bertanya dengan nada terkejut.
“Anyway, I pun memang kena pegi kerja kat Shah Alam. It’s not a problem at all.”
Nabila terdiam. Dia memang tidak menyangka yang Zafrim sanggup datang di awal pagi untuk menghantarnya ke tempat kerja. Dia merasa bersalah terhadap Zafrim. “Encik Zafrim, tak payah lah you hantar lagi. I feel guilty pulak. I can go to work with my house mate.”
“No, tak menyusahkan pun. Really, it’s ok,” Zafrim cuba meyakinkan. Nabila terdiam tidak tahu bagaimana hendak menolak lagi. “Macam ni,” sambung Zafrim, “Kalau you rasa guilty, esok you belanja I lunch. You tak kerja kan? I’m going to my office tomorrow, ada kerja sikit. Tengahari I datang ambil you, kita lunch.”
“Lunch?” Nabila bertanya kembali seperti orang bodoh. Nani memandang Nabila dengan mata yang dibulatkan. Dia mengangguk-anggukkan kepalanya memberi isyarat supaya Nabila bersetuju. Dia sudah dapat mengagak sudah pasti Zafrim mengajak Nabila untuk makan tengahari.
“Iye, lunch. Ok ye?” Zafrim bertanya. “Let me think about it.” Zafrim agak terkejut dengan jawapan Nabila. Dia menyangka sudah tentu Nabila akan bersetuju. “Kalau macam tu, I’ll wait for your call,” Zafrim bersuara perlahan. “Bye, Encik Zafrim.” Nabila memutuskan talian.
“What are you doing, Nabila?” Nani membeliakkan matanya. “Apa dia?” Nabila bertanya kembali. “Kenapa you tolak nak pegi lunch dengan dia?” Nani bertanya dengan suara yang tinggi. “I tak tolak, I kata let me think about it.”
“Samalah tu, Cik Nabila. Eh, by the way, korang berdua ni cakap ber”cik” dan ber “encik” ke?” Nani bertanya lagi. “Dah tu nak panggil apa? Kita ni kan kenalah berbudi bahasa, Nani.”
“Hish, ada ka dating ber“encik-encik”,” Nani mencebik. “Kenapa you ni, Nani? Kitorang bukan datinglah. Sekadar pergi balik kerja. Dia pun buat tu sebab dia rasa dah menyusahkan I sebab tu dia offer nak hantar ke tempat kerja.”
Nani menggeleng-gelengkan kepala. Ada kalanya teman serumahnya ini memang pelik. Dia rasakan Nabila terlalu “naive”, tidak mahu memikirkan apa yang tersirat. Akhirnya dia berkata, “Malas nak cakap dengan you ni lah, Nabila. Tak faham-faham. Tapi tengoklah, I gerenti I ni betul.”
“Betul pasal apa, Nani?” Tanya Nabila. Nani mengambil kusyen di sebelahnya dan menepuk tubuh Nabila dengan kusyen tersebut. “You ni kan innocent sangat. I’m sure Encik Zafrim you tu dah jatuh hati dengan you.” Kata-kata Nani disambut dengan ketawa dari Nabila. “I gerenti you ni salah, Nani. Macam you cakap dia tu handsome. Orang handsome dan berjawatan macam tu bukan untuk orang kampung macam I ni. Pulak tu graduate from overseas lagi. Mesti girlfriend keliling pinggang.” Nabila bersuara menutup perbualan mereka tentang Zafrim.
Keesokan
hari Zafrim menelefon Nabila yang tinggal keseorangan di rumah. Nani ke tempat
kerjanya. Memang Nani agak sibuk dengan kerjanya sejak akhir-akhir ini. Terutamanya
kalau dia diberikan pelanggan baru. Kerja tidak mengira siang malam atau hujung
minggu. Tambahan pula kerjanya banyak melibatkan penggunaan komputer. Kalau
tidak ke pejabat dia masih tetap bekerja dari rumah.
“Hello, Cik Nabila. You nak belanja I lunch hari ni kan?” Nabila terdiam tidak tahu bagaimana hendak membalas kata-kata Zafrim. “Hmm tak apa lah kalau you tak sudi...,” Zafrim bersuara seperti merajuk apabila Nabila hanya diam.
“Bukan tak sudi, Encik Zafrim. I tak nak menyusahkan you. You kena datang ambil I lepas tu kena hantar balik pulak,” Nabila menerangkan. “Eh kan dah banyak kali I kata, tak susah. Ok, sekarang I bertolak pergi rumah you,” Zafrim cepat-cepat bersuara. Nabila tidak dapat mengelak lagi. “Kalau macam tu boleh you datang lambat sikit? Nak masuk waktu Dzohor ni, baik solat dulu. You datang around two boleh?” Zafrim mengiakan sahaja.
Apabila Nabila turun ke bawah, Zafrim sudah tercegat di sebelah BMW putih ayahnya. Dia memakai t-shirt berwarna biru gelap dan seluar jeans yang warna birunya sudah agak pudar. Kebetulan Nabila memakai blouse yang juga berwarna biru gelap dan berseluar jeans. Seperti biasa dia membukakan pintu untuk Nabila.
“Hai nampaknya kita ni sehati sejiwa,” Zafrim bersuara sambil tersenyum. “What do you mean?” Nabila bertanya kehairanan. Warna baju kita “tersama”.” Nabila menoleh ke arah Zafrim dan dia baru menyedarinya. Nabila terus berdiam diri.
“You tak suka ke keluar makan dengan I?” Zafrim bertanya apabila minuman yang mereka pesan sudah sampai. Dia sedar yang Nabila tidak banyak bercakap semasa perjalanan singkat mereka pergi dan balik kerja. Tetapi waktu itupun dia menyedari perihal yang Nabila banyak berdiam di hadapannya.
Nabila memandang Zafrim. Memang betul apa yang dikatakan Nani. Zafrim bolehlah dikatakan pemuda yang kacak, ditambah dengan gaya seperti kebanyakan lelaki lain yang menjaga ketrampilan diri. Malah Nabila mengagak yang Zafrim datang dari keluarga yang berada.
“Bukan tak suka, Encik Zafrim. Tapi I betul-betul takut menyusahkan you. Dahlah you bayar semua kos untuk repair my car. Lepas tu hantar dan ambil I dari kerja,” Nabila cuba menerangkan. “Haaaa sebab tu lah I minta you belanja ni, upah I hantar dan ambil you ke tempat kerja,” Zafrim cepat-cepat membalas kata Nabila. Nabila membalas hanya dengan senyuman. Zafrim merenung wajah yang sedang tersenyum itu.
Dia tidak tahu kuasa apa yang menariknya untuk terus berjumpa dengan gadis di hadapannya. Diana sebenarnya lebih cantik dan bergaya dari Nabila. Memang Nabila nampak seperti gadis pendiam. Tetapi pantang fikirannya tercabar, dia akan bersedia untuk berbahas. Pada satu ketika Zafrim melahirkan kemarahannya apabila sebuah motosikal bergerak perlahan di hadapannya. Nabila hanya menyuruhnya bersabar.
“I rasa diorang ni memang sengaja nak menyusahkan kita. Kadang tu bawa motor laju gila, macam tak sayang langsung nyawa sendiri. Ini pulak bawak macam kura-kura. Hish diorang ni memanglah menyusahkan orang,” gerutu Zafrim apabila disuruh bersabar oleh Nabila.
“Tak boleh juga kita salahkan diorang. Jalan ni pun bukannya lebar sangat. Agaknya dia takut nak bawak betul-betul kat tepi jalanraya nanti kereta you ni overtake dia, kot tersinggung dia, terbalik pulak motor dia. Sepatutnya, jalanraya kita ni kena ada lorong khas untuk penunggang motor so that keselamatan diorang terjamin. You pun tak nampak ke yang dia bawa anak sekolah tu, kenalah lebih berhati-hati. Itu tandanya dia sayang nyawa dia dan nyawa anak dia,” panjang lebar penerangan Nabila.
Zafrim terdiam. Dia teringat sistem jalanraya di Australia yang menyediakan lorong bukan sahaja untuk penunggang motosikal tetapi untuk basikal dan bas. Walaupun Nabila tidak pernah ke luar negara, namun pemikirannya dapat menjangkau keperluan pengguna-pengguna jalanraya yang sememangnya sudah pun ada contohnya di negara-negara lain.
Matanya masih merenung wajah bujur sirih di hadapannya. Dan ketika itu sepatutnya dia berasa senang hati apabila kereta Nabila sudah siap tetapi ada rasa terkilan apabila dia menyedari yang dia tidak akan bertemu Nabila lagi setiap hari. Kereta Nabila kini berada di rumahnya setelah dihantar oleh mekanik.
Nabila tunduk melihat gelasnya apabila merasakan mata Zafrim sedang merenungnya. “Apahal dia ni, tengok orang macam nak telan.”
“Nabila..,” Zafrim memanggil. Nabila mengangkat wajahnya. Terasa berlainan pula nada Zafrim. “Can we drop this “cik” and “encik” business? Can I just call you Nabila and you call me by my name?” Zafrim meminta. “Ok,” sepatah jawab Nabila.
“Can I ask you something?” Tanya Zafrim. Nabila angguk. “Tapi janji you tak akan marah,” kata Zafrim lagi. Wajah Nabila berkerut. Apa pulak yang hendak ditanya sampai menuntut untuk berjanji sebelum bertanya, Nabila sedikit hairan.
“This is a bit personal,” Zafrim masih belum bertanya. Takut juga dia jika Nabila akan tersinggung. Dahi Nabila makin berkerut, “What is it?” Tanya Nabila.
“Kenapa ...err..errr..you berpakaian tutup aurat macam ni?” Akhirnya keluar soalan dari mulut Zafrim. Nabila terasa hendak ketawa kuat, tapi ditahannya. Hanya tawa kecil yang keluar.
“Kenapa ketawa?” Zafrim bertanya lagi. Dia sendiri tidak merasa lucu dengan pertanyaannya itu. Wajahnya serius. Nabila cuba menghentikan sisa tawanya sebelum menjawab.
“Itu rupanya yang you nak tanya,” kata Nabila. Zafrim angguk beberapa kali, “Tapi I tak nak you bagi jawapan macam orang lain tu,” kata Zafrim. “Jawapan apa?” Tanya Nabila kembali. “Suruhan agama, ada dalam Al Quran. Jawapan yang itu I dah tau. I nak tau why you... YOU tutup aurat macam ni sedangkan ramai lagi yang tak menutup aurat,” Zafrim menuding jarinya kepada Nabila.
“Haa taupun suruhan agama, itupun nak tanya lagi,” Nabila berkata tetapi cuma dalam hati. “Kenapa you nak tahu jawapan yang selain dari tu?” Nabila menyoal Zafrim kembali, masih belum memberikan jawapan. “Iyelah zaman sekarang ni dengan macam-macam fesyen pakaian yang trendy, dan bila orang lain memilih untuk berpakaian mengikut cara moden, you pilih yang begini. Kenapa?”
Nabila diam seketika. Mencari perkataan yang sesuai. “Macam ni lah, Zafrim. Pada I, lepas Al Quran tak ada kitab lain lagi untuk umat Islam, selepas Nabi Muhammad tak ada lagi Allah lantik nabi. Jadi Al-Quran dan Nabi Muhammad sendiri dah melengkapkan kehidupan kita sebenarnya. Kenapa hidup kita nak berkiblat kepada moden dan barat sedangkan apa yang kita ada sudah cukup sempurna?” Nabila memulakan bicara. “Definasi moden dan kemajuan pun subjektif sebenarnya. Islam tidak menentang kemodenan selagi dalam garis-garis Islam. Tidak adil kalau kita katakan menutup aurat ini tidak moden dan tidak maju,” sambung Nabila
Zafrim menunggu kata-kata Nabila lagi, kelihatan seperti belum puas hati. “As for me, I want to do things the best way possible. Di zaman moden ni, kita dihidangkan dengan macam-macam pilihan, so pilihlah yang terbaik. Kalau nak cakap pasal fesyen and trend, pakaian menutup aurat ni pun dah trendy sekarang ni. I’m sure you know.”
Zafrim masih terkebil-kebil. Menutup aurat yang trendy? Ada ke? Hatinya bertanya. Dia tidak berapa tahu sebenarnya.
“Cat Steven setelah masuk Islam, sanggup pelihara janggut dan berjubah serban. Sebab dia terlalu ingin menuruti sunah Nabi. Walaupun ada yang argue, orang Arab yang kafir pun berjubah dan serban. Tetapi, niat di hatinya ialah hanya menuruti sunnah dan perlakuan Nabi. To him, his life as a muslim is indeed too short sebab dia convert masa dia sudah berumur. Jadi dalam masa yang singkat dia mahu mempraktikkan Islam sebanyak mungkin. Kita ni yang lahir dalam Islam, patut malu dengan orang macam dia. Puas hati?” Tanya Nabila apabila Zafrim masih terkebil-kebil. Zafrim angguk perlahan
“I rasa ramai wanita yang bertudung ni tidak mahu ke depan menonjolkan diri, macamana wanita Islam nak berjaya. What do you think?” Tanya Zafrim perlahan. Nabila terdiam seketika. Makan tengahari ke forum perdana ni? Bisik hatinya.
“Sebelum I jawab, I nak tanya you dulu, mereka yang tidak menutup aurat di Malaysia ni pun semuanya berjaya ke?” Bagai tersentak, Zafrim memandang Nabila. Terbayang di matanya pakaian Diana yang menampakkan bahu dan paha. Antara Nabila dan Diana, boleh dia rumuskan Nabila itu lebih berjaya. Seorang pensyarah yang memberi ilmu kepada beratus pelajar universiti, bakal ahli profesional di masa hadapan. Seorang lagi bekerja sebagai setiausaha di sebuah syarikat gergasi, yang keuntungannya juga diraih oleh orang barat.
“I’m sorry kalau you tersinggung. Bukan niat I nak rendahkan maruah wanita. Tapi takkan you aje yang boleh tanya. I pun nak juga tanya soalan kat you, adil kan macam tu?” Nabila cuba bergurau meredakan tegang di wajah Zafrim. Zafrim tersenyum.
“I take it that you’re satisfied?” Tanya Nabila apabila Zafrim tersenyum.
“Ok lah... Tapi kena sambung di lain siaran ni,” Zafrim menyambut gurauan Nabila. Mereka sama-sama ketawa. Hati Zafrim bertambah senang berhadapan dengan Nabila.

Akhirnya
Zafrim membawa kereta Nabila di suatu pagi, kira-kira dua minggu selepas itu.
Nabila terlalu gembira sehingga terlupa yang dia sepatutnya menghantar Zafrim
ke tempat kerjanya pula. Dia masuk ke dalam kereta. Zafrim mengetuk cermin
kereta. Nabila menurunkan cermin kereta.
“Nabila, I nak minta pertolongan you sangat ni,” kata Zafrim sambil tersenyum lebar. “Apa dia?” Nabila bertanya. “Minta you hantar I ke office I, boleh?” Nabila menepuk dahi, “Allah, minta maaf, Zafrim. How stupid of me. Boleh, boleh, I hantar you.” Zafrim berlalu ke sebelah pintu penumpang. Sepanjang perjalanan pagi itu, Zafrim sedar yang Nabila amat ceria. Banyak pula bualannya dengan Zafrim tidak seperti selalunya. Gembira sangat kerana dapat menggunakan keretanya kembali. Ketika Zafrim keluar dari kereta, Nabila bertanya, “Balik nanti macamana pulak?” Zafrim tersenyum sambil berkata, “I thought you’d never ask.”
“Takkanlah macam tu. I can fetch you and send you, If it’s ok with you,” pelawa Nabila. “Pucuk dicita ulam mendatang, Nabila. Memanglah I harap sangat kalau you boleh hantar I balik rumah I petang ni,” kata Zafrim menerima pelawaan Nabila lalu dia berjanji akan menelefon Nabila.
Sepanjang hari itu fikiran Zafrim dipenuhi dengan Nabila. Bagaimana caranya untuk dia terus berjumpa Nabila. Kalau boleh setiap hari dia mahu menatap wajah tenang dan manis itu. Dia tidak pasti kenapa dia tertarik dengan Nabila. Selama ini dia lebih tertarik dengan wanita seperti Diana yang bergaya moden. Ada kalanya Zafrim merasa bangga berdampingan dengan Diana kerana Diana bagai satu lambang kehidupan dunia moden dan maju. Dan bagi mereka, begitulah seharusnya kehidupan di zaman sekarang, keseronokan adalah sebahagian dari kehidupan. Teman dan sahabat keliling pinggang. Sesekali melancong bersama. Trend dan gaya terkini juga menjadi bahagian penting dalam kehidupan mereka.
Tetapi sejak dipertemukan dengan Nabila, Zafrim bagai tidak kisah untuk meninggalkan kehidupan begitu. Ada kala Diana merengek mengajaknya keluar pada malam minggu tetapi dia menolak dengan memberikan alasan badannya tidak sihat atau dia mahu berehat sahaja. Kini Nabila sering menjadi isu utama lamunannya Kelembutan pada wajah itu dan kesabaran serta ketenangan yang tertonjol daripada peribadi Nabila menarik perhatiannya.
Sebelum itu dia mempunyai pandangan yang negatif terhadap gadis-gadis yang menutup aurat seperti Nabila. Dia merumuskan yang rata-rata mereka ini tidak berfikiran terbuka, tidak mengambil tahu soal-soal lain terutama perkembangan dunia luar. Tetapi Nabila tidak begitu. Walaupun Nabila banyak berdiam sepanjang perjalanan pergi dan pulang ke tempat kerja, dia akan bersuara apabila ada yang dia tidak setuju tentang apa yang dikatakan oleh Zafrim. Dan biasanya dia akan bersuara tegas. “You ni pernah jadi juara bahas ke dulu?” Zafrim bertanya mengusik apabila setiap kata-katanya disanggah oleh Nabila setiap kali.
Apabila merasa bosan berseorangan di rumah, Zafrim ke rumah mama dan abahnya di Ampang. Mamanya kehairanan menyambut kedatangan anak sulungnya yang tak pernah ada di rumah pada hujung-hujung minggu apa lagi di malam minggu. Itu adalah antara salah satu sebab mengapa Zafrim tidak mahu tinggal bersama mereka. Tidak mahu bersoal jawab dengan orang tuanya terutamanya mamanya yang sering bertanya dia ke mana jika dia pulang dinihari.
Zafrim sememangnya terbawa-bawa gaya hidup yang pernah dilaluinya di Australia. Dia adalah antara mereka yang mudah bergaul. Rakan-rakannya terdiri dari pelbagai bangsa yang datang dari pelbagai negara. Sudah menjadi kebiasaan dia dan rakan-rakannya bersukan atau bersantai di hujung-hujung minggu. Semasa cuti semester, dia dan kawan-kawannya akan ke luar kota samada hanya untuk berkhemah di tepi-tepi hutan atau sesekali bersukan lasak seperti berkayak dan berbasikal. Pernah juga dia mengikut mereka ke pub beberapa kali. Agaknya kalaulah mamanya tahu yang dia pernah mengunjungi tempat-tempat begitu mahu pengsan orang tua itu.
Dalam perjalanan pulang ke rumah lewat petang itu, Zafrim banyak mendiamkan diri dan Nabila menyedarinya. Hairan juga dia kerana selama dua, tiga minggu dia mengenali Zafrim, tidak pernah putus bualan mereka. Zafrimlah yang selalu mengisi ruang perbualan mereka. Tetapi petang itu Zafrim hanya mendiamkan diri.
“Why are you so quiet?” Nabila bertanya memecah kesunyian. Dia menoleh memandang Zafrim yang kelihatan serius memandu. Dia meminta Zafrim memandu keretanya kerana tidak perlulah Zafrim memberitahu tunjuk arah ke rumahnya. Zafrim mengangkat bahu, “Tak taulah.” Nabila diam tidak tahu hendak memberi reaksi kepada jawapan Zafrim. “Sibuk lagi ke kat office?” Tanya Nabila lagi. “Sibuk dengan kerja perkara biasa,” balas Zafrim. Mereka diam.
Zafrim membelok masuk ke kawasan perumahan tempat dia tinggal di Subang Jaya. Kelihatan deretan rumah teres dua tingkat berdinding putih dan beratap merah. Dia memberhentikan kereta di hadapan rumahnya. Hari sudah senja. Nabila perhatikan rumah Zafrim gelap. “Parents you takda kat rumah ke?” Dia bertanya. Zafrim menoleh memandang Nabila kehairanan. “Kenapa you tanya?” Zafrim menjawab dengan bertanya kembali. “I tengok rumah you gelap macam takda orang.” Zafrim ketawa kecil mendengar kata-kata Nabila. “I duduk sendiri, seorang. My parents tinggal kat Ampang,” Zafrim menerangkan. Nabila hanya mengangguk, terasa malu kerana membuat andaian yang Zafrim tinggal bersama emak dan ayahnya. Sekiranya emak dan ayahnya tinggal di Kuala Lumpur, Nabila rasakan tentu dia akan tinggal bersama mereka. Setelah beberapa tahun berjauhan dari keluarga kerana melanjutkan pelajaran dan kini bekerja pula, Nabila bagai mahu sentiasa berada bersama keluarganya. Namun, Nabila sedar mereka datang dari dua dunia yang berbeza.
“You ingat I ni mummy’s boy ke, duduk bawah ketiak mak je?” Zafrim bertanya bertujuan mengusik Nabila. Nabila menggeleng seraya membuka pintu kereta tetapi tidak jadi keluar dari kereta kerana Zafrim masih di tempat duduk pemandu.
“Nabila,” Zafrim bersuara perlahan. Nabila menoleh. “Lepas ni takdalah kita berjumpa lagi ye?” sambung Zafrim. Nabila diam tidak tahu apa yang perlu dia katakan. Matanya diarahkan semula ke hadapan. Setelah tidak ada jawapan dari Nabila, Zafrim keluar dari kereta. Mereka berdiri di hadapan kereta. “I want to thank you sebab you banyak tolong I,” Nabila menyatakan terima kasihnya kepada Zafrim. Zafrim tersenyum, “That’s quite alright. Banyak kali I bagitau you, it’s not a problem at all. In fact, I’d like to stay in touch with you, if it’s ok with you.”
Nabila hanya mengangguk. “Takkanlah aku nak cakap tak boleh pulak?” Hati Nabila berkata. Dan mereka berpisah. Nabila meneruskan perjalanan pulang dengan satu soalan yang berlegar di mindanya. “Betul ke dia nak jumpa aku lagi?” Sememangnya dia tidak yakin langsung dengan permintaan Zafrim tadi. Dari pemerhatian tentang gaya hidup Zafrim, Nabila pasti teman-teman Zafrim sudah tentu terdiri dari mereka yang berjawatan tinggi dan bekerja di syarikat-syarikat koperat. Cara mereka bergaul juga tentu jauh berbeza dengan dirinya yang berasal dari kampung dan duduk di bandar kerana mencari rezeki.
Tiba di rumah, Nani sudah menunggu. Tengahari tadi mereka makan bersama. Kebetulan Nani hanya bekerja dari rumah pada hari itu. Nani sudah mengetahui tentang Nabila sudah mendapat kembali keretanya dan tentang Nabila menghantar Zafrim pulang. petang itu.
“So, macamana?” Tanyanya tidak sabar. “Macamana apa?” Nabila bertanya kembali sambil menjeling Nani. Dia membuka kasut dan menyimpan dalam almari kasut di sebelah pintu. “Buat-buat tanya pulak. Macamana you hantar Zafrim tadi?” Dia bertanya lagi bertambah rasa tidak sabar.
“I hantar dengan keretalah. Macamana lagi?”
“Buat-buat tak faham pulak you ni, Nabila,” Nani bersuara tinggi. “Dia takda ke kata nak jumpa you lagi ke?”
“Tak ada....” Nabila menjawab sambil berlalu ke biliknya. Terasa malas hendak melayan kerenah Nani. Nani mengeluh dan melangkah ke biliknya juga.

Episod kehidupan Zafrim dan Nabila berjalan terus. Nabila sibuk dengan kerja-kerja di universiti begitu juga dengan Zafrim, sibuk dengan perihal kewangan di syarikat tempat dia bekerja. Namun, di setiap ruang lapangnya, Zafrim sering terkenang Nabila.
“Hoi!” Nabila terkejut apabila Nani menyergahnya dari belakang. Dia mengurut-urut dadanya, “You ni, Nani tak boleh ke pelan-pelan sikit nak tegur orang. Menyergah aje. Nasib baik I ni tak latah. Kalau tak kepala you kena dengan sudip panas lagi berminyak ni,” Nabila mengayun-ayunkan sudip ditangannya ke muka Nani. Nani ketawa.
“I dah panggil nama you dengan lemah lembut Cik Nabila. Tapi you tu tenggelam dalam lamunan nan jauh. Mungkinkah you ni sedang mengenangkan jejaka tampan yang telah berjaya mencuri hati you?” Nani menggayakan suaranya seperti seorang pelakon drama. Nabila hanya menggeleng-gelengkan kepalanya. Sesungguhnya dia memang tidak mendengar panggilan Nani. Dan memang kata-kata Nani itu ada kebenarannya. Entah kenapa Zafrim sering bertandang ke mindanya.
Dalam perjalanan ke pejabat setiap hari dia terkenang waktu-waktu di mana dia menumpang kereta Zafrim dulu. Zafrim selalu saja ada isu untuk dijadikan bahan bualan. Apabila keretanya terlanggar lobang di jalan, Jabatan Kerja Raya menjadi isu bualannya. Apabila ada motosikal yang memotong laju atau pemandu yang bersikap tidak sabar, budaya kehidupan pula jadi bahannya. Dan juga perbualan panjang mereka semasa makan tengahari. Terasa pula ingin mendengar itu semua lagi.
“Mengelamun lagi, Nabila?” Nani menepuk perlahan bahu Nabila. Nabila menggeleng seraya berkata, “Taklah, Nani. Boleh you hulurkan pinggan tu. I nak angkat ikan ni. Haaa…lepas tu, tolong-tolonglah hidang lauk kita ni…” pinta Nabila. Serentak itu telefon Nabila berbunyi. Nani mengambil sudip dari tangan Nabila. “Jawab telefon you. Entah-entah buah hati you telefon.” Nabila ketawa kecil, “Mana ada buah hati, Nani. That must be my mum. Dah dua minggu I tak call kampung.” Nabila melangkah pantas menuju ruang tamu. Telefonnya diletakkan di atas meja di ruang tamu. Dia terkejut melihat nama Zafrim yang tertera di skrin. Nasib baik Nani tidak melihatnya. Nabila menekan punat hijau dan melekapkan telefon di telinga namun tidak ada suara yang keluar dari bibirnya.
“Hello, Nabila?” Zafrim seakan bertanya di hujung talian. “Yyyes….,” tergagap suara yang keluar. “Nabila, this is Zafrim. How are you?” Tanya Zafrim. “I’m fine….,” Nabila masih tidak mempercayai yang menelefonnya itu ialah Zafrim. Dia masuk ke biliknya, tidak mahu Nani mengetahui yang Zafrim menelefonnya. “What have you been doing?” Tanya Zafrim lagi. Mereka berbual seketika tentang aktiviti masing-masing.
Setelah memutuskan perbualan, Nabila termenung seketika di birai katil. Terngiang-ngiang suara Zafrim di telinganya. Dia tidak sedar Nani masuk ke biliknya. Sedar-sedar Nani sudah duduk di sisinya dan tersenyum. “Betul tak I kata? Buah hati you kan?” Nabila ketawa, “Memang buah hati I, Nani. Emak I kat kampung telefon…..” Nabila malas hendak memberitahu perkara yang sebenar. Dia tidak mahu Zafrim menjadi topik perbualan mereka. Nabila mula menyedari isi hatinya sendiri. Hati dan perasaannya sudah pandai menyimpan rasa terhadap Zafrim. Dia tidak dapat nafikan yang saban hari dia pasti teringatkan pemuda itu. Saban hari dia mengharapkan Zafrim akan menelefonnya. Namun, dia sedar cara kehidupan mereka yang jauh berbeza tidak akan memungkinkan Zafrim menghubunginya kembali. Oleh sebab itulah dia tidak mahu menyimpan harapan. Dan mengelak dari berbual tentang Zafrim akan memudahkan dia belajar untuk tidak menyimpan perasaan.
“Jom makan,” Nabila bingkas bangun dari tempat duduknya dan lantas berjalan ke pintu. Nani tiada pilihan lain dan mengekori Nabila. Entah kenapa dia seperti payah hendak mempercayai kata-kata Nabila tadi. Biasanya kalau emaknya yang telefon pasti ada saja cerita dari kampung yang akan terus diberitahu kepadanya. Pada kali itu Nabila bagai hendak mengelak dari membicarakan tentang panggilan telefon yang baru diterimanya.
Dan selepas panggilan itu, beberapa panggilan menyusul lagi. Perbualan telefon mereka makin lama semakin panjang. Dan Nabila bagai tidak berdaya untuk menafikan perasaannya sendiri. Jauh di sudut hatinya, Nabila merasa bimbang. Bimbang sekiranya perasaan itu akan menjadi lebih dalam dan bertukar menjadi sesuatu yang lebih halus. Dia bimbang yang dia akan jatuh cinta dengan Zafrim.
Nabila pasti yang panggilan-panggilan telefon dari Zafrim hanyalah sesuatu yang perlu ditunaikan Zafrim akibat kelalainnya yang menyebabkan kemalangan Nabila dulu. Zafrim tidak pernah lagi mengajaknya keluar. Itu yang menguatkan lagi sangkaannya. Sehinggalah pada satu hari Sabtu Zafrim menelefon dan mengatakan yang dia sudah berada di tempat letak kereta. Nabila terpaksa turun. Dari jauh lagi dilihatnya Zafrim sudah tersenyum. Perlahan diatur langkahnya menuju ke arah Zafrim. Langkah yang dirasakan seperti langkahan kurang pasti.
“I nak minta tolong you,” Zafrim terus berkata selepas bertanya khabar. “Tolong apa?” Nabila mengerutkan dahinya. Apalah yang dapat dia beri pertolongan kepada pemuda yang serba ada di hadapannya itu. “You ikut I dulu. Sampai kat sana I cakap,” jawab Zafrim berahsia. Diperhatikan wajah bujur sirih milik Nabila. Wajah yang sudah menjadi kerinduannya. Namun, dia merasa bimbang sebenarnya untuk mengajak Nabila keluar tanpa sebab. Dia takut sekiranya Nabila menolak pelawaannya. Oleh kerana itulah dia belum pernah menyuarakan hasratnya untuk berjumpa Nabila sehingga hari itu.
“Macamana I nak ikut kalau you tak cakap,” Nabila merasa keberatan. “Ok, ok, I nak minta tolong you carikan present,” Zafrim mengalah sedikit tetapi masih tidak mahu berterus terang hadiah untuk siapa membuatkan Nabila merasa sangsi. Kalau Zafrim tidak mahu berterus terang siapa orang yang akan menerima hadiahnya, Nabila meneka sudah tentu teman wanita Zafrim. Seorang lelaki memerlukan seorang wanita untuk membantunya memilih hadiah untuk seorang wanita yang lain. Sudah tentu wanita itu tidak lain ialah teman wanitanya.
Nabila tunduk sambil melayan persoalan yang timbul di hatinya. Ada satu perasaan ganjil menyelinap di hatinya yang membuatkan dia merasa sayu. Dan dia tidak tahu makna perasaan itu.
Zafrim cepat membuka pintu kereta, sebelum Nabila menolak. Dengan langkah berat Nabila masuk ke dalam kereta. “Tak payah pergi jauh-jauhlah. Kita pergi Mid Valley aja,” Zafrim bersuara tanpa disambut oleh Nabila. Dalam perjalanan Nabila menjadi terlalu diam. Hinggakan ada soalan dari Zafrim yang dia tidak jawab.
Nabila merasa keletihan dibawa dari satu kedai ke kedai yang lain. Tidak tahu dia apa yang dicari Zafrim. Ada kala dia mengomel sendiri, “Tahun lepas dah bagi yang ni, the year before kami bagi painting…” Nabila malas hendak mendengarnya lagi. Perasaan sayu makin memagut hatinya. Dia hendak cepat-cepat mengakhiri seksa itu. Nabila berhenti di hadapan kedai barang kemas dan menunjuk ke arah beberapa utas gelang dan rantai. Zafrim memandang Nabila seraya berkata, “Lelaki tak boleh pakai emas kan?” Nabila berkerut lagi. “Oh rupanya bukan untuk buah hati dia saja, nak beli yang sepadan untuk diri sendiri. Melampau ni, ambil kesempatan mamat ni. Geramnya….,” gerutu hatinya. “How about a wristwatch?” Tanya Nabila mahu menyembunyikan kedengkelan hatinya. Zafrim tersenyum lebar, “You are clever at this.” Lantas dia melangkah masuk ke kedai yang menjual jam. Terkebil-kebil Nabila memerhatikan harga yang tertera tatkala Zafrim memilih-milih.
“You pilihkan yang mana sesuai,” Zafrim menyuruh kepada Nabila sambil menunjukkan jam-jam yang telah dikeluarkan oleh jurujual. “Tak mahal sangat ke?” Terkeluar pertanyaan dari mulut Nabila. Zafrim ketawa. “Harga ni tak terbanding dengan pengorbanan mama dan abah I.” Nabila seakan tergamam mendengar kata-kata Zafrim. Tiba-tiba segala kepiluan di hatinya terbang entah ke mana. Senyum menguntum di bibirnya.
“Ohhh untuk your parents,” Nabila bersuara bagai melahirkan kelegaan di hatinya. “Habis you ingat untuk siapa?” Tanya Zafrim. Nabila hanya menggeleng. Tidak berani dia menentang wajah Zafrim. Takut apa yang tersirat di kalbunya dapat dibaca oleh Zafrim. Dia cuba menumpukan perhatian kepada beberapa pasang jam tangan di hadapan mereka. “You ingat untuk siapa?” Tanya Zafrim lagi, dengan suara yang agak kendur. Nabila pura-pura tidak mendengar. Zafrim hanya memerhatikan wajah yang tiba-tiba berubah cerah. Zafrim perasan yang Nabila terlalu banyak berdiam petang itu. Hinggakan ada soalan-soalan yang diajukan kepada Nabila tidak berjawab. Zafrim sudah mula merasakan yang mengajak Nabila keluar adalah satu kesilapan. Mungkin dia hanya mengganggu ketenteraman hidup Nabila.
“Hmmm I rasa yang ini paling cantik dan nampak klasik sikit. Agaknya sesuai kot dengan your parents,” Nabila menayangkan sepasang jam kepada Zafrim. Zafrim melihat dua utas jam di tangan Nabila. Tali jam bersalut emas dan beberapa butir berlian di permukaannya menggantikan nombor. Zafrim mengambil jam untuk lelaki dan dipakaikan di pergelangan tangannya. “Tak over sangat ke warna gold ni?” Tanya Zafrim. “Tak kot,” jawab Nabila. “I rasa yang lady punya ni very nice. Sweet and petite,” Nabila menambah komentarnya. “Man punya ni, oklah I rasa. It looks classic, doesn’t it?” Nabila bertanya kepada wanita jurujual.
“Mana boleh you tanya sales lady ni. You tanya dia mestilah dia kata ok,” Zafrim bagai membantah. Tetapi sebenarnya hatinya berbunga gembira melihat senyum yang mula menguntum di bibir Nabila. Akhirnya Zafrim membeli jam pilihan Nabila.
“What’s the occasion?” Tanya Nabila apabila mereka sudah menaikki kereta. “Their anniversary yang ke….,” Zafrim bagai mencongak-congak sambil mengundurkan kereta keluar dari ruang letak kereta. “Yang ke tiga puluh satu rasanya.”
“Macam tak sure aje. Tak patut you ni tak ingat,” Nabila bergurau. “Eh I rasa betullah. I’m already 27. Diorang kata they got me after 4 years they got married,” Zafrim menyanggah sangkaan Nabila. Nabila ketawa apabila melihatkan Zafrim begitu beria-ia hendak membuktikan yang dia sebenarnya tidak lupa berapa lama orang tuanya telah mendirikan rumah tangga.
“Apa rancangan you for the rest of the day?” Tiba-tiba Zafrim bertanya. “Tak ada apa-apa,” Nabila menjawab selamba. “Jom ikut I,” Zafrim mengajak. “Ke mana lagi?” Tanya Nabila dengan muka yang berkerut. “I tak solat dzohor lagi ni.”
“You solat kat rumah I aje,” Zafrim memberi cadangan. “Apa? Solat kat rumah you? Hish you ni jangan bergurau,” Nabila bersuara tinggi terkejut dengan cadangan Zafrim. Mana mungkin dia ke rumah Zafrim yang tinggal seorang. Kena tangkap basah pula nanti.
Zafrim ketawa melihatkan Nabila yang begitu terkejut dengan cadangannya. “Nabila, you ni sangka buruk dengan I. Bukan rumah I tapi rumah my parents. Takkanlah I dah hilang akal nak ajak you ke rumah I di Subang Jaya tu. I ni tau jugak batasan-batasan agama.”
Nabila terdiam. Dia kurang senang memikirkan untuk pergi ke rumah orang tua Zafrim. Ada rasa malu di hatinya. “So, macamana?” Tanya Zafrim bila Nabila membisu. “Err.... tak apalah. I balik sajalah,” Nabila teragak-agak hendak menolak. “Adik I, Zaidi pun akan datang dengan wife dia.”
Nabila diam lagi. “Bila berkumpul macam tu I selalu rasa left out sebab tak ada kawan berbual. Zaidi akan sibuk layan wife dia especially bila dah pregnant ni. Hmm orang sayang isteri la katakan. My mum pun sejak ada menantu sibuk layan menantu besides layan my dad,” Zafrim bercerita bagai meminta simpati Nabila. Dia menyambung lagi, “Selalunya I yang akan minta diri paling awal. Bila I nak balik awal, my mum pulak berleter kata I ni dah tak suka duduk kat rumah tu.” Nabila masih membisu.
“Ok kan, Nabila. Kalau diam tu can I take as a yes?” Zafrim bertanya. “I seganlah,” Nabila cuba mengelak. “Tak perlu segan. You just come. Kalau rasa nak balik awal, I’ll send you cepat. Tak adalah my mum berleter sebab I ada reason nak balik awal.”
Akhirnya Nabila menerima ajakan Zafrim.
Sampai sahaja di rumah orang tua Zafrim, Nabila mengikut langkah Zafrim dengan
perlahan menuju pintu. Masuk saja ke dalam rumah banglo yang sederhana itu,
Zafrim berteriak, “I’m home!” Tetapi tidak ada suara yang menyambut. Namun
kedengaran suara orang bercakap-cakap dari arah dapur. Zafrim berteriak lagi
sambil terus melangkah ke dapur. Nabila hanya menuruti Zafrim dari belakang.
“Mama, Zaf balik ni,” Zafrim bersuara di muka pintu dapur. “Hai sejak bila pulak nak kena sambut............,” Mama Zafrim terhenti dari kata-katanya apabila terpandangkan Nabila di belakang Zafrim. “Oooh patutlah buat announcement sampai rumah. Bawa tetamu rupanya,” lantas Mamanya melangkah ke arah Nabila. Nabila segera menghulurkan tangan bersalaman dengan Mama Zafrim. “This is Nabila, Mama. Nabila this is my mum, Madam Suraya,” Zafrim memperkenalkan mereka dan Nabila perasan Zafrim meninggikan suara bila menyebut perkataan “madam”. Sudah tentu dia bergurau dengan panggilan itu.
Dua lagi pasang mata di dapur itu memandang Nabila. Seorang pemuda sedang duduk di meja di tengah-tengah ruang dapur yang agak luas itu. Nabila mengira sudah tentu itu Zaidi, adik Zafrim. Wajah mereka memang seiras. Cuma Zaidi rendah sedikit berbanding Zafrim. Dia bangun dan bersalam dengan Zafrim. Zafrim menepuk bahu Zaidi, “Where’s your lovely wife?” Tanya Zafrim. Zaidi menunjukkan jari ke atas menandakan isterinya berada di tingkat atas. Nabila meneka wanita seorang lagi yang menyambung semula pekerjaan membasuh pinggan mangkuk ialah pembantu rumah Mama Zafrim.
Zaidi dan Zafrim bertukar-tukar khabar. Setelah itu Zafrim bertanya kepada Nabila, “You nak duduk kat dapur ni ke nak duduk kat lounge?” Nabila tidak tahu apa yang mesti dia katakan. “Zaf, takkanlah nak suruh tetamu duduk kat dapur ni,” tegur Mamanya. “Eri, bikin air hantar ke depan,” Puan Suraya menyuruh pembantu rumahnya.
“Eh tak apalah, er....Auntie. Saya duduk sini je. Ada apa-apa nak tolong? Nampak sibuk ni?” Nabila menolak. Dia tidak tahu apa panggilan yang patut untuk Mama Zafrim. “Betul ni, Nabila? You jangan menyesal duduk dapur dengan Madam kami ni. Macam-macam nanti dia suruh you buat,” Zafrim mengusik Nabila dan Mamanya. Puan Suraya menepuk bahu anaknya mesra.
“Just ignore him, Nabila. Duduklah. Tak ada buat apa. Nampak aje sibuk. Yang memasak ni menantu auntie. Dia naik atas kejap. Tak sangka Zaf ni nak balik awal. Selalunya kita dah nak makan barulah nak sampai.” Di ketika itu juga seorang wanita yang Nabila kira sebaya dengannya melangkah masuk ke dapur. Wajahnya putih bersih. Jelas dari paras rupanya menunjukkan dia berdarah kacukan. Memakai gaun untuk wanita mengandung. Dia terus mendapatkan Nabila dan bersalam, “Fadhilah. But just call me Dila,” dia memperkenalkan dirinya.
“Tengok ni, pregnant lady pun kena kerah dengan my mum,” Zafrim masih belum sudah mengusik Mamanya. Fadhilah memegang bahu Nabila sambil tersenyum. “Macam yang Mama cakap, ignore him. I yang volunteer masak hari ni untuk anniversary Mama dengan Abah.” Barulah Nabila menyedari yang mereka sekeluarga berkumpul untuk menyambut ulangtahun perkahwinan orang tua Zafrim. Timbul rasa menyesal dalam hati Nabila kerana bersetuju untuk datang datang. Dia rasakan seperti mengganggu acara keluarga mereka.
“Oh hari ini ke anniversary auntie dengan uncle?” Nabila menjeling marah kepada Zafrim kerana tidak memberitahunya. Zafrim menyedari jelingan Nabila, “Eh kan I bagitau tadi?” Zafrim pura-pura terkejut. Nabila menggeleng deras dan berkata, “No, you didn’t.” Perasaannya bercampur baur, marah dengan Zafrim kerana tidak memberitahunya, malu dengan ahli keluarga Zafrim yang lain kerana dia merasa seperti mengganggu.
Zafrim tersenyum. Entah kenapa dia suka menerima jelingan Nabila. Dan dia lebih seronok berbalas-balas kata dengan Nabila di hadapan Mamanya.. “I ada bagi tau tadi. You tak perasan kot...” Nabila ingin membalas kata-kata Zafrim itu tetapi terdiam apabila ada suara lain yang kedengaran.
“Patutlah riuh. Dah sampai rupanya,” seorang lelaki lingkungan awal enam puluhan masuk ke ruangan dapur. Zafrim mencium tangan lelaki itu. Mata lelaki itu pantas menyedari kehadiran Nabila. Keningnya berkerut. Nabila merasa sedikit kecut melihat wajah Abah Zafrim yang kelihatan serius ditambah dengan kening yang berkerut memandang Nabila. “Nabila, this is my Dad, Zainuddin,” Zafrim memperkenalkan mereka. Encik Zainuddin melangkah menuju ke arah Nabila dan menghulurkan tangannya. Nabila menyambut tangan orang tua itu. Debarannya bertambah apabila dia berdiri dekat dengan Nabila. Ketinggiannya lebih kurang sama dengan Zafrim. Namun, kerana wajah yang serius dan berkerut itu, Nabila merasa begitu kecil.
“Ops, you nak sembahyang Dzohor kan, Nabila?” Zafrim bertanya. Nabila hanya mengangguk. “Dila, tolong ...,” Zafrim meminta Fadhilah menunjukkan bilik untuk Nabila solat. Sebaik sahaja mereka meninggalkan dapur, Puan Suraya memegang tangan Zafrim, “How did you meet her? Dah lama ke kenal dengan dia? Kenapa tak cakap dengan Mama awal-awal?” Bertalu-talu soalan diajukan kepada Zafrim. Zafrim ketawa dan menepuk-nepuk bahu mamanya. “Nanti Zaf cerita. Nak naik bilik kejap,” Zafrim berlalu meninggalkan mereka di dapur dengan seribu persoalan.
Zafrim dan Nabila duduk di set bangku panjang diperbuat dari kayu jati yang terletak di halaman rumah. Hari sudah larut petang. Pekerjaan memasak sudah selesai. Mereka menunggu untuk makan malam. Zaidi dan Fadhilah meminta diri untuk keluar sebentar.
“I shouldn’t have come,” Nabila bersuara. “Kenapa pulak?” Dahi Zafrim berkerut. “Tonight’s dinner is your family affair. I ni mengacau pulak,” jawab Nabila. “Well, you’re a friend of mine. Tak ada salahnya I ajak you datang. You tengoklah, Mama dengan Abah dalam office diorang tu. Dila dengan Zaidi pulak ada aje alasan nak keluar. Kalau you takda memang I akan datang lambat macam yang my mum cakap tadi. Datang awal pun nak buat apa,” Zafrim bagai merungut.
“Komplen tak habis-habis, Zaf,” suara Puan Suraya datang dari belakang mereka. Kedua-duanya menoleh. Puan Suraya dan Encik Zainuddin berjalan beriringan. Mereka duduk di bangku bertentangan dengan Nabila dan Zafrim.
“Maaf, Nabila. Pakcik ada kerja sikit tadi. Minta tolong Makcik tengokkan jugak,” suara Encik Zainuddin lembut. Nabila sudah mulai merasa agak sedikit selesa berada dekat Encik Zainuddin. Walaupun tidak seramah Puan Suraya, Nabila agak senang mendengar bicara Encik Zainuddin. Ayat yang keluar dari bibirnya memang teratur. Memang sesuai dengan kerjayanya dahulu sebagai pensyarah Bahasa Melayu di Maktab Perguruan.
Dia yang menyuruh Nabila memanggilnya “Pakcik”. “Kita orang Melayu, gunalah bahasa Melayu kita,” katanya kepada Nabila. Nabila sudah merasa serba salah dengan panggilannya kepada Mama Zafrim yang sudah dipanggil “Auntie”. Sudahnya dia membahasakan Abah Zafrim “pakcik” dan Mamanya “auntie”.
“Abah I ni namanya dah pencen, tapi aktif menulis,” beritahu Zafrim. “Menulis tu wajib bagi profession pensyarah ni. Nabila, awak pun kena begitu juga. Ilmu yang kita ada jangan simpan, sebarkan kepada seramai manusia yang boleh,” nasihat Encik Zainuddin kepada Nabila. Nabila hanya menganggukkan kepala.
Tidak lama kemudian Zaidi dan Fadhilah sampai. Zaidi membawa satu kotak yang berisi kek. Barulah Nabila tahu yang mereka berdua keluar untuk mengambil kek yang sudah mereka tempah untuk malam itu bukannya keluar tanpa bersebab seperti yang dikatakan oleh Zafrim tadi.
“Wah, ini lagi bagus dari dinner kat hotel,” Puan Suraya bersuara. “Menu menantu sendiri yang masakkan. Malam ni kita boleh berbual lama-lamalah. Kalau celebrate kat hotel, tak selesa nak duduk lama-lama,” tambahnya lagi. Zaidi terus berlalu membawa masuk kek manakala Fadhilah duduk di sebelah Nabila. Seketika kemudian Zaidi datang kembali dan berkata, “Dah nak maghrib ni, Abah. Kita solat dulu.” Mereka semua masuk ke dalam rumah.
Memang jelas kelihatan kemesraan mereka sekeluarga. Kemesraan antara dua pasang suami isteri yang ada di situ juga dapat Nabila rasakan. Malah Nabila merasa kagum dengan Mama dan Abah Zafrim. Walaupun sudah berpuluh tahun, masing-masing saling prihatin. Kasih sayang mereka masih jelas kelihatan. Nabila terkenang ayah dan emaknya di kampung. Nabila tahu mereka masih saling sayang menyayang, tetapi tidak ditunjukkan di hadapan Nabila dan abang-abangnya. Ayahnya sentiasa tegas terhadap mereka.
Selesai makan malam, mereka berehat di halaman. Eri datang menghidangkan kopi bersama kek yang di beli Zaidi dan Fadhilah petang tadi. Zafrim masuk sebentar ke dalam rumah dan keluar semula membawa beg kertas kecil yang mengandungi jam yang dibeli tadi. “This is from us,” dia menghulurkan kepada Abahnya. “Nabila tolong pilih,” Zafrim menyambung. Nabila kurang senang dengan kata-kata Zafrim namun didiamkan sahaja.
“From us tu ....,” Puan Suraya memandang Zafrim dan Nabila dengan tanda tanya. “From us anak-anak Mama,” tingkah Zafrim bersahaja. “Anak-anak Mama dan.....,” Puan Suraya masih mahukan jawapan yang lengkap. “From Zaidi and Fadhilah....and me.....and Nabila,” Nabila terkejut dengan kata-kata Zafrim. Kenapalah dirinya dilibatkan. Nasib baik mereka di halaman rumah, cahaya lampu tidak seterang cahaya lampu di dalam rumah. Nabila dapat rasakan rasa hangat memanjat ke mukanya. Dia mengetap bibir.
“Saya tolong pilih saja. I really didn’t know that your anniversy was today,” Nabila cuba mengecualikan dirinya. Nabila lihat ada senyuman di bibir Puan Suraya sementara Encik Zainuddin hanya diam. Nabila mengalih pandangan kepada Fadhilah. Dia dan Zaidi kelihatan bersahaja. Nabila merasa rimas. Dia sudah mula merasakan kedatangannya bagai disalah ertikan sebagai teman istimewa Zafrim. Sedangkan dia tidak tahu apa yang harus dia harapkan dari Zafrim.
Encik Zainuddin banyak bertanya tentang keluarga Nabila. Nabila berterus terang tentang ayahnya yang sudah pencen dari pasukan polis dan sekarang ini tinggal di kampung dan berkebun sedikit sebanyak. Apabila mereka mengetahui yang Nabila anak perempuan tunggal dan anak bongsu dalam keluarga, Zaidi mengusik, “Mesti manja ni, banyak bodyguard.” Nabila diam. Perasaannya makin bercelaru. Dari mula lagi dia merasakan perbezaan bagai langit dan bumi di antara keluarganya dan keluarga Zafrim. Sewaktu dia menjawab soalan-soalan daripada Encik Zainuddin, Nabila sudah nekad untuk berterus terang tentang kehidupan keluarganya. Biar Zafrim dan keluarganya menyedari yang dirinya bukan datang dari keluarga berada atau yang setaraf dengan kedudukan mereka. Nabila sudah mengambil keputusan itulah kunjungannya yang pertama dan terakhirnya ke rumah Zafrim. Dia akan memadamkan segala rasa yang mulai berputik di sudut hatinya.
Ketika waktu sudah hampir jam 11.00 malam, Nabila memberi isyarat kepada Zafrim untuk pulang. Sebenarnya sudah banyak kali dia memberikan isyarat namun Zafrim seperti tidak menyedarinya.
Sebaik sahaja mereka masuk ke dalam kereta, Nabila bersuara, “You really did not tell me that you’re having you parents’ anniversary celebration tonight.” Suaranya agak tinggi. Dia mahu Zafrim tahu yang dia tidak senang hati dengan apa yang telah dilakukan oleh Zafrim. “Eh bukan ke I kata the present was for their anniversary masa kita beli tadi?” Zafrim cuba membela dirinya. Mereka sudah keluar dari kawasan rumah.
“You cakap present untuk your parents’ anniversary but you didn’t say that today was their anniversary,” tinggi suara Nabila. Zafrim hanya tersengih memandang wajah Nabila. Nabila merengus perlahan.
“About the gift, I wasn’t part of it. Kenapa you babitkan I?” Tanya Nabila dengan nada kesal. “You kan yang tolong pilih tadi. And I could see they were very happy with your choice,” Zafrim tersenyum lebar menjawab pertanyaan Nabila.
Nabila diam. Ada rasa berbuku di hatinya. Ada rasa kesal di hatinya mengikut Zafrim. Dan apabila tiba di rumahnya nanti dia terpaksa berhadapan dengan Nani yang akan bertanya dirinya dengan seribu soalan. Semasa mereka makan malam tadi, Nani menelefonnya bertanya dia di mana. Nabila tidak dapat mengelak selain dari menyatakan yang benar.
Entah kenapa hatinya jadi sayu. Persaannya menjadi terlalu berat. Lantas ada airmata bertakung di kelopak matanya. Apa yang dicakapkan oleh Zafrim tidak didengarinya. “Nabila?...Nabila?” Zafrim memanggilnya beberapa kali. “You kenapa?” Tanya Zafrim. Nabila mengeluarkan tisu dari dalam beg tangannya untuk mengesat matanya. Zafrim memperlahankan kereta dan berhenti di bahu jalan.
“Are you alright?” Zafrim bertanya lagi. Nabila mengangguk. “Then, why are you crying?” Nabila menggeleng pula, “Takdalah.”
“You marah dengan I?” Tanya Zafrim perlahan. Nabila diam. “Tell me kalau you marah dengan I.”
“Just send me home,” Nabila meminta. “But, why are you crying?” Zafrim terusan bertanya. “No! I’m not. Just send me home,” balas Nabila. Suaranya agak tinggi. Zafrim tidak ada pilihan lain lalu meneruskan perjalanan.
Setibanya di perkarangan bangunan kondominium, Zafrim berkata, “I apologise if you didn’t like what I was doing.” Nabila memandang Zafrim dan tersenyum pahit. “Can we meet again?” Tanya Zafrim setelah Nabila hanya diam. “Tengoklah,” sepatah jawab Nabila.
“Nabila,” Zafrim bersuara lemah. Terlintas di fikirannya yang mungkin Nabila tidak mahu lagi bertemu dengannya. “Thanks, Zafrim.” Nabila memandang Zafrim sekilas dan dia terus keluar dari kereta Zafrim. Langkahnya dipercepatkan. Zafrim hanya memandang Nabila yang melangkah pergi dari keretanya. Ada persoalan yang berlegar di kepalanya.

Nani duduk di atas meja rendah mengadap Nabila yang sedang mengesat matanya. “I
tak fahamlah, Nabila,” Nani menyuarakan kehairanan. Sebaik sahaja Nabila
melangkah masuk ke rumah tadi, Nani bagai menyerangnya dengan soalan yang
bertubi-tubi. Yang menghairankan Nani ialah Nabila cuma diam membisu seribu
bahasa. Nabila terus duduk di sofa. Dan dengan tidak semena-mena airmatanya
mengalir keluar. Dan kini sudah hampir sepuluh minit Nani menghadap Nabila yang
dari tadi mengesat airmata yang bagai tidak mahu berhenti mengalir.
“Did you two have a fight?” Nani bertanya lagi. Nabila menggeleng. “Habis tu kenapa yang you ni menangis. Atau Zafrim tak nak jumpa you lagi. Tapi that is not logic. Takkan dia bawa you pergi rumah dia just to hurt you afterwards,” Nani cuba menjawab teka-teki sendiri.
“Entahlah, Nani. I sendiri pun tak faham,” akhirnya Nabila bersuara. Duduk Nani semakin tegak apabila temannya itu mula menunjukkan reaksi. “Let me be honest with you. I’ve started to like him.” Nani ketawa kecil, “Itu yang I nak dengar.” Tetapi Nabila menggeleng lagi. “But, Nani, I don’t think this could work.”
“Kenapa tidak?” Tanya Nani. “I’m sure he wants to be more than just a friend with you. Kalau tak kenapa dia bawa you jumpa keluarga dia hari ni.”
“I realised that fact, Nani. Tapi our backgrounds are so different.”
“Itu bukan ukurannya, Nabila.”
“That is why I’ve decided that I will put a fullstop here.”
“You are wrong, Nabila.”
“Cuba you bandingkan keadaan kami, Nani. My father is a police pensioner. Bukan pegawai polis pun. Cuma polis pangkat sarjan masa dia pencen. His father is a retired professor and is now actively writing. Emak I suri rumah tidak pernah bekerja sepanjang hayatnya. His mother is a retired English teacher. Both his parents aktif menulis sekarang ni sedangkan my parents mencangkul tanah kat kampung. His sister-in-law tu pun datang dari keluarga berada. Her mother is an English. Kalau you tengok Fadilah tu, Nani, cantik sungguh I rasa.”
“Kenapalah you ni fikir macam tu pulak. You sendiri pun pernah kata manusia ni sama sahaja. I kenal you ni sebagai seorang yang ideal sebab itulah I pernah cakap dengan you yang you ni memang layak jadi pensyarah,” Nani agak hairan melihat pendirian Nabila yang berbeza dari apa yang dia kenal selama ini.
“Tapi, this is different. Soal hati, perasaan. Hati dan perasaan I sudah mula ada rasa sayang. I rasa terlalu jauh bezanya antara dia dan I, Nani. If this does not work out.....,” Nabila menyuarakan isi hatinya.
Nani merasa bingung dengan apa yang Nabila perkatakan. Itulah pertama kali dia tidak dapat membalas kata-kata Nabila. “You tau, Nani. The first time his father laid his eyes on me, muka dia macam tak percaya. Agaknya dia tertanya-tanya apalah budak kampung ni buat kat rumah dia. Dan dialah yang beria-ia tanya tentang my family.”
“Dia bertanya tu sebab dia nak kenal you,” tingkah Nani. Nabila menggeleng, “Bukan, Nani. Dia nak supaya I beritau asal-usul I supaya ahli keluarganya dapat buat perbandingan betapa I ni tak patut berada dalam lingkungan keluarga mereka.”
“Nabila, you ni buruk sangka dengan orang tua tu pulaklah. Selama ni I tak pernah tengok you mudah buruk sangka dengan orang lain.”
“And Zafrim is so different from us. I dapat rasa his social life is not like us. We are not compatible,” Nabila berbicara bagai dengan dirinya sendiri. Nabila terdiam sebentar dan menyambung kata-katanya, “Rasa bodoh pulak menangis tadi.”
“Kenapa you menangis?” Tanya Nani. “Entahlah, tiba-tiba je rasa sayu. I was telling myself that I will not see him anymore. That thought saddened me,” jawab Nabila. Nani memegang tangan Nabila, “Nabila, you dah mula rasa sayang dengan dia. I’m sure he is also having the same feeling.” Nabil merenung wajah temannya. Nabila menggeleng kepala perlahan.
Nani mengeluh. Kenapalah begini fikiran Nabila, hatinya berdetik. “You think too much, Nabila. Give yourself a chance and also Zafrim,” Nani seakan memujuk. “If it doesn’t work out?” Tanya Nabila. Nani menggeleng.
“Kan you percaya pada doa, pada takdir,” kata Nani. Nabila mengeluh lagi, “Entahlah....” Dan perbincangan mereka malam itu tidak ke mana. Nani tidak berjaya meyakinkan Nabila.
Zafrim memutar-mutar telefon bimbitnya di atas meja sambil diperhatikan oleh Saiful, kawan baiknya yang sama-sama belajar di Melbourne dulu. “Bila dia tak jawab telefon, aku pun tak adalah call dia lagi. Ni dah sebulan aku tak call dia. I miss her tapi….” Zafrim tidak meneruskan kata-katanya. Mereka berada di sebuah kafe di KLCC. Selepas malam itu, semua panggilan Zafrim tidak dijawab oleh Nabila. Zafrim kebingungan cuba memikirkan kenapa.
“You should see her to find out,” kata Saiful. Zafrim sudah menceritakan tentang dia membawa Nabila ke rumahnya ketika mereka sekeluarga menyambut ulangtahun perkahwinan kedua orang tuanya. Dia memberitahu Saiful yang dia tidak tahu apa yang harus dia fikirkan kerana Nabila kelihatan menangis sewaktu dia menghantar Nabila pulang malam itu. Dan panggilan telefonnya tidak dijawab oleh Nabila.
“Itulah aku cakap, jumpa dia, tanya slowly why she was crying,” Saiful mengulangi kata-katanya. “Sebenarnya aku takut. I’m afraid of the answer. Cuba kau fikir the possible reasons that made her cry.”
“Aku tak tau…..,” Itu saja yang keluar dari mulut Saiful. Zafrim menyambung, “Aku rasa dia bingung sebab mungkin dia dah ada orang lain or ada tunang. You know right, some kampung folks suka arrange marriage untuk anak diorang. Maybe parents dia macam tu. Lagipun dia anak perempuan tunggal dan anak bongsu. Of course they wouldn’t want anything to be wrong with her life.”
Saiful mengeleng-geleng kepalanya, “You have made a conclusion without consulting her.”
“I couldn’t think of anything else. She is confused when I brought her to see my family. And at the same time she’s been thinking about another man in her life.”
“Aku tak boleh tolong kaulah, Zaf. Kalau engkau sendiri dah buat kesimpulan macam tu.”
Telefon bimbit Zafrim berbunyi. Dia mengeluh melihat nama Diana yang tertera di skrin. Dia biarkan sahaja. Apabila telah berhenti deringan dia meletakkan telefonnya dalam mode senyap.
“You don’t see Diana anymore?” Saiful bertanya. Zafrim mengangguk. “Not at all?” Tanya Saiful lagi. “Adalah... tapi, aku rasa dah lainlah,” perlahan Zafrim bersuara. Dia masih keluar dengan kawan-kawannya. Tetapi, tidak seperti selalunya, Zafrim sudah mula merasakan tidak terhibur dengan aktiviti bersantai di hujung minggu dengan kawan-kawannya itu. Apabila bersama mereka, dia teringatkan Nabila. Apabila tangan Diana memaut lengannya mesra, dia teringatkan Nabila. Apabila Diana menyandarkan kepalanya di bahunya, dia teringatkan Nabila.
“Let me show you this.” Saiful mengeluarkan dompet dari poket belakang seluarnya. Dia mengeluarkan sekeping gambar dan dihulurkannya kepada Zafrim. Zafrim melihat wajah seorang wanita bertudung warna biru laut. Zafrim berkerut dan bertanya, “Siapa ni?”
“My fiance,” jawab Saiful. “What?“ Terbeliak mata Zafrim tidak percaya dengan kata-kata Saiful. Dia tidak pernah tahu pun yang Saiful sudah bertunang. Saiful tidak pernah menceritakan perkara itu kepada mereka. “Emak bapak aku tu macam kampung folks yang engkau cakapkan tu. They arrange my marriage.”
“Bila engkau bertunang? Kenapa tak bagitau pun?” Bertalu Zafrim bertanya. Saiful ketawa, “Aku rasa kalau aku bagitau kat engkau dan yang lain-lain tu, sure aku kena kutuk habis, bakal isteri orang kampung, tak sophisticated.” Zafrim ikut ketawa sama.
“Why do you let them arrange your marriage?” Tanya Zafrim lagi. Saiful kawan baiknya. Mereka amat rapat dari universiti lagi hinggalah ke hari ini. Patutlah sejak akhir-akhir ini, Saiful jarang keluar bersama mereka, detik hati Zafrim.
Saiful tersenyum. “Mula tu memang aku berontak habis. Berbulan-bulan aku tak balik kampung. Kirim duit masukkan dalam akaun je. Tapi nasib baiklah aku ada kakak yang waras. Dia yang banyak bagi nasihat and she was very patient with me. Akhirnya masuk jugak dalam kepala aku yang keras ni nasihat dia. Iyelah aku pun berasal dari kampung. Bukan tak ada ilmu agama. The only thing yang buat aku ikut cakap parents aku ialah aku taknak derhaka pada orang tua aku.”
Zafrim masih berkerut. Dia tidak percaya kawannya yang sama-sama berfikiran moden boleh kembali ke budaya zaman dahulu. Mereka diam beberapa ketika.
“You know, Zaf. You should not let this girl go. From what you told me, dia wanita yang baik. Tak tinggal sembahyang, tutup aurat, hormat orang tua. These things are hard to find these days. Not in our circles of friends anyway. Agaknya kalau dengan gaya hidup kita ni tak ada perempuan baik yang nak kita,” panjang lebar nasihat Saiful.
“Have you met her?” Zafrim bertanya. Dia masih kehairanan. Saiful ketawa, “We grew up together. Kitorang sama-sama main hujan, main lumpur. We went to the same school masa sekolah rendah dulu. Naik secondary school aku dapat ke MRSM and she went to some sekolah agama.”
Zafrim terdiam. “Actually, Zaf, orang tua aku risau tengok aku ni yang dah nak masuk 30 tahun tapi tak kawin kawin lagi. Bila diorang tanya aku selalu marah-marah dan angkat kaki. Iyelah aku fikir aku nak bebas lagi. Kakak aku kan kat KL ni jugak. Apa yang aku buat dia pun tahu. Bila orang tua kat kampung dengar macam-macam cerita apa lagi, penyelesaiannya ialah diorang suruh kawin. Lepas tu diorang pinangkan Nurul Huda tu without my consent. They did call me but just to inform yang diorang akan pergi meminang. It was an ultimatum sebab aku tak pernah bagi diorang jawapan yang memuaskan bila diorang tanya pasal calon isteri dan orang tua aku memang risau sangat cara aku hidup kat KL ni. Dan sebab yang lain ialah orang tua aku tak nak Nurul jadi isteri orang lain. Diorang tu memang dah sayang betul dengan dia tu,” panjang Saiful bercerita tentang kisahnya
“Have you met her after the engagement?” Zafrim masih tidak puas hati. “Ada…. Kakak aku yang aturkan. She’s here in KL mengajar kat sekolah. The three of us met. You know, she’s not bad at all. She’s intelligent, witty and I think she’s fun to be with. In a way aku rasa dia tak banyak berubah, macam dulu juga. Cuma dia lebih matang dari dulu. Lebih matang dari aku pun sebenarnya. Dan aku rasa she could bring a lot of meaning to my life now.”
Zafrim termenung memikirkan kata-kata Saiful. Dia merasakan Saiful sudah banyak berubah. Dia bercakap tentang masa depan yang lebih bermakna. Terlintas di firkirannya, apakah gaya kehidupannya sekarang boleh dibawa hingga ke hari tua?
Zafrim diam agak lama. “The point I want to make is you should not let her go.” Kata-kata Saiful terus bermain di kepalanya. Entah kenapa Nabila mampu merubah pandangannya tentang wanita sehinggakan keluarganya sendiri pun hairan ketika mereka bertemu Nabila buat kali pertama. Mereka semua bagai tidak percaya yang Zafrim mempunyai teman yang menutup aurat seperti Nabila. Zaidi, adiknya pernah menegurnya tentang teman-temannya. Zaidi sedar tentang pergaulan abangnya yang bebas. Malam-malam minggu sering membawa Zafrim dan teman-temannya berkeliling kota Kuala Lumpur. Mungkin tidak ada satu kelab hiburan yang tidak pernah tidak mereka masuki.
Satu ketika dulu Zafrim pernah membawa Diana ke rumah. Mamanya berleter berhari-hari tentang pakaian gadis yang menurutnya bagai tidak cukup kain itu. Zafrim meradang dan itulah puncanya dia pindah dari rumah orang tua mereka. Dan selepas kedatangan Nabila, Mama mereka selalu bertanya tentang Nabila. Zafrim menjawab bagai tidak acuh kerana dia masih memikirkan sebab Nabila menangis di dalam kereta malam itu dan tentang panggilan-panggilan telefonnya yang tidak berjawab.
Zafrim masih sangsi. Dia masih memikirkan kemungkinan yang Nabila sudah dimilikki, mungkin teman istimewa kalau bukan tunangan. Tetapi dia masih tidak dapat melupakan wajah yang tenang itu dan yang memberi dia ketenangan di beberapa pertemuan dengan Nabila. Gadis itu sangat matang dan dewasa, membuka mata dan mindanya kepada perkara-perkara yang tidak pernah dia fikrikan selama ini. Namun, pada masa yang sama dia takut untuk menerima kenyataan sekiranya Nabila tidak mungkin dia milikki. Berkali-kali dalam sehari dia menekan butang telefon bimbitnya sehingga nama Nabila tertera namun dia tidak dapat meneruskan panggilan kepada Nabila.

Apabila tidak ada lagi panggilan telefon dari Zafrim, Nabila merasakan dia
sudah berjaya mengelak diri dari Zafrim. Nabila kini cuba untuk melupakan
Zafrim. Nabila tidak mahu bercakap soal Zafrim lagi dengan Nani. Untuk menutup
persoalan, Nabila memberitahu Nani yang Zafrim tidak pernah lagi menelefonnya.
Sejak itu, Nani juga tidak berkata apa-apa lagi tentang Zafrim
Ditakdirkan Nani terserempak dengan Zafrim di Saloma Bistro semasa waktu makan tengahari. Nani baru saja selesai bertemu dengan pelanggan syarikatnya sementara Zafrim makan tengahari bersama beberapa teman sepejabat. Hari itu dia bermesyuarat di ibupejabat syarikatnya yang terletak di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Zafrim yang datang menegur Nani.
“You ni housemate Nabila kan?” Dia bertanya sambil mendekati Nani. Nani mengangguk. Zafrim terus bertanya, “How is she?” Nani tidak tahu bagaimana hendak memberi reaksi. Dalam hatinya ada juga rasa marah kerana apa yang dia tahu Zafrim tidak lagi berhubung dengan Nabila. Walaupun Nabila telah mengatakan yang dia tidak ada lagi perhubungan apa-apa dengan Zafrim, ada kalanya Nani menyedari yang Nabila teringatkan Zafrim. Ada waktu Nabila bagai berada di tempat lain dan termenung walaupun di ketika itu mereka bersama-sama menonton television atau berbual. Ada waktu Nabila bagai tidak mendengar suara Nani yang berbicara di hadapannya.
Nani memandang tepat ke wajah Zafrim. Zafrim pula yang berasa serba-salah direnung begitu, “Mr Zafrim, can I ask you something?” Tanya Nani setelah merenung pemuda itu beberapa saat. Zafrim mengangguk perlahan. “Why don’t you call her anymore?” Zafrim terkebil-kebil dengan soalan Nani. Akhirnya dia mengajak Nani masuk kembali ke restoren dan mereka duduk untuk berbincang
“Do you think she wants to talk to me?” Zafrim bertanya bagai orang bodoh. Nani mengeluh, “Kenapa you cakap macam tu?”
“The last time we met she cried masa I hantar dia balik. I didn’t know what to think.”
“Jadi sebab you tak tahu nak fikir apa you tinggalkan dia macam tu?” Nani bertanya dengan suara yang agak tinggi. Zafrim hairan kenapa Nani seakan marah kepadanya. “Do you think I should call her?” Zafrim bertanya lagi membuatkan Nani rasa marah.
“Kenapa you ni macam tak boleh berfikir?” Tanya Nani. Zafrim malas hendak menjawab pertanyaan Nani itu. Biarlah dia saja yang tahu gelodak di hatinya. “Just tell me if I can call her.”
“Of course you can call her. What makes you think that you cannot call her?”
“I ada call dia tapi dia tak jawab. So, lepas tu I takut nak call lagi.” Nani agak terkejut dengan apa yang Zafrim beritahu. “Betul ke you ada call dia?” Tanya Nani dengan muka yang berkerut. “I called her many times tapi dia tak jawab,” balas Zafrim. Nani terdiam.
“She’s not engaged or something, is she?” Zafrim menyambung setelah dilihatnya Nani hanya diam. Nani ketawa agak kuat. “Oh selama ni you ingat Nabila dah bertunang ke?” Zafrim hanya diam tetapi kemudian dia berkata, “Just tell me, will you? Is she or is she not engaged?” Nani menggelengkan kepala dan berkata, “She’s single, no boyfriend, no fiance.”
Zafrim tersenyum lebar. “Thanks,” sepatah dia mengucapkan terima kasih kepada Nani. Mereka berpisah setelah Nani berjanji dengan Zafrim yang dia tidak akan memberitahu Nabila tentang pertemuan mereka.
Malam itu Nabila menerima pesanan dari Zafrim yang telah berada di tempat meletak kereta. Lama Nabila merenung pesanan di telefon bimbitnya. Dia merasa serba salah. Dia merasakan dia sudah berjaya melupakan Zafrim dan Zafrim juga telah melupakannya kerana tidak ada lagi panggilan dari Zafrim. “Kenapa dia datang lagi?” Bisik hati Nabila.
Sepuluh minit kemudiannya Zafrim menelefon. Deringan telefonnya mengejutkan Nabila. Dengan perlahan dia menekan butang hijau dan melekapkan telefon ke telinganya.
“Nabila, please come down. I need to see you,” Zafrim bersuara seakan memujuk. “What for?” Tanya Nabila perlahan. “Please, Nabila,” Zafrim merayu lagi. “I think we should not meet,” balas Nabila. “But, I have things to tell you. Can we meet? Sekejap pun tak apalah.”
Akhirnya Nabila turun dengan langkah yang berat. Zafrim kelihatan begitu serius membukakan pintu kereta untuk Nabila. Bagaikan tepaksa Nabila melangkah masuk ke kereta. Tidak ada sebarang perbualan di sepanjang perjalanan. Zafrim membawa Nabila ke Hotel Concorde Shah Alam yang terletak tidak jauh dari tempat tinggal Nabila.
Setelah minuman yang dipesan dihidangkan, Zafrim bersuara, “Nabila, I apologise if I had gone overboard the other day bila I ajak you ke rumah parents I.” Kata-kata Zafrim tidak mendatangkan apa-apa reaksi dari Nabila. “But, let me tell you this one thing honestly, that accident that I had with you was the best thing that ever happened in my life. Bukanlah I bermaksud I suka you susah tapi I’m really glad that it happened and I was given the chance to meet you.” Nabila masih menyepi. Tetapi hatinya mula bergelora. Pada awalnya dia sudah nekad untuk memberitahu Zafrim untuk meletakkan noktah kepada perhubungan mereka. Dia tidak mahu meneruskan apa yang telah terjalin. Dia tidak mahu kecewa kerana dia pasti yang dirinya tidak akan diterima oleh keluarga Zafrim dan begitulah sebaliknya. Tetapi kata-kata Zafrim ketika itu membuatkan pendirian awalnya mulai goyah dan fikirannya mulai keliru. Hakikat yang sebenarnya ialah dia masih tidak dapat melupakan Zafrim.
“Nabila, please say something,” Zafrim mulai cemas dengan kebisuan Nabila. Dia seperti merasakan yang pertemuan malam itu bagai tidak akan menyelesaikan permasalahan di jiwanya.
“I don’t think we are right for each other,” perlahan Nabila bersuara.
“Kenapa?” Zafrim bertanya. Nabila mengeluh. “Zafrim, you tak nampak ke our lives are so different.”
“I akan berubah,” Zafrim masih tidak berputus asa untuk meyakinkan Nabila.
“You nak berubah untuk apa? Untuk I?” Zafrim angguk. Dia tidak tahu apa yang wajar dia lakukan ketika itu. Sebenarnya dia tidak tahu apa yang patut dilakukan berhadapan dengan gadis seperti Nabila. Kalau dengan Diana dulu, mudah saja memujuknya. Dengan ungkapan manis, janji manis, usapan di pipi dan pelukan manja Diana akan kalah.
Zafrim terkebil-kebil cuba memandang bayangan wajah Nabila. Tetapi dalam cahaya yang samar dia tidak pasti riak wajah Nabila. “Nabila, I missed you all this while. I’ve never felt like this before. Please can we try to work this out?”
Kata-kata Zafrim membuatkan Nabila terkenangkan wajah-wajah ahli keluarga Zafrim satu persatu. Wajah Encik Zainuddin yang serius dan jarang tersenyum, wajah Puan Suraya yang kaget ketika pertama kali melihat dirinya, dan wajah Zaidi serta isterinya yang cantik jelita pada pandangan Nabila. Nabila masih tidak dapat meletakkan dirinya sebaris dengan wajah-wajah itu. Dan terbayang pula wajah ayahnya yang berkulit gelap akibat panahan cahaya matahari ketika dalam pasukan polis dan ketika berkebun. Wajah Emak yang setiap pagi dan petang menabur nasi sejuk dan gandum buat ayam-ayam yang di reban di belakang rumahnya di kampung.
Nabila mengeluh dan Zafrim mendengarnya. “Kenapa, Nabila. You ada masalah? Please let me help you. Janganlah diam macam ni,” suara Zafrim bagai merayu. Nabila mengocak-ngocak air di dalam gelasnya. Terdengar bunyi sudu berlaga dengan dinding gelas. Nabila cuba menyusun-nyusun ayat di kepalanya.
Akhirnya Nabila bersuara, “I tak tau macamana nak cakap. Tapi, I rasa let us put a stop to whatever this is. Sebelum terlambat.”
“Terlambat untuk apa, Nabila?” Zafrim agak kehairanan dengan kata-kata Nabila ketika itu. Masih teringat akan apa yang diberitahu oleh Nani yang Nabila memang tidak ada ikatan dengan sesiapa pun lagi. Kenapa Nabila berbicara begitu? Hati Zafrim bertanya.
“Come on, Zafrim. I rasa you pun boleh fikir sendiri yang kita ni macam langit dengan bumi. Let me put it this way, you are raised in KL. Family you orang senang. You tak pernah rasa susah. My family is the opposite. I can never remember a time when we had any luxury sehinggalah sekarang ni bila kami semua dah bekerja. In fact, my eldest brother sampai hari ni tak kahwin lagi sebab nak make sure adik-adik dia semua mendapat pelajaran yang secukupnya. Dia takut kalau dia kawin and if any of us perlukan bantuan dia, dia tak dapat membantu.”
“Itu aje sebabnya?” Zafrim bertanya. Keningnya berkerut. Nabila mengeluh. Dia merasakan yang Zafrim tidak memahami keadaan mereka.
“Atau you yang tak dapat terima I, Nabila?” Tanya Zafrim lagi. Nabila terdiam. Adakah kemungkinan ini benar? Kemungkinan Nabila sendiri yang tidak dapat menerima Zafrim walaupun sudah ada berputik rasa cinta di hatinya. Dapatkah dia menerima Zafrim yang kehidupannya selama ini bergelumang dengan kemodenan kehidupan?
“I rasa your family pun tak dapat terima I yang datang dari kampung dan tak tahu selok belok kehidupan di bandar ni,” Nabila bersuara perlahan. .
Zafrim makin merasa hairan. Seingatnya Mama, Abah, Zaidi dan Fadhilah tidak ada menunjukkan reaksi yang mereka tidak menyukai Nabila. Malah mereka mengusik-ngusik Zafrim selepas malam itu. Mamanya sudah banyak kali bertanya bila lagi Nabila akan datang. Zaidi dan Fadhilah pula tidak puas-puas bertanya bagaimana mereka bertemu. Namun Zafrim tidak lagi memberitahu mereka bagaimana mereka bertemu sedangkan mekanik yang membaikki kereta Nabila adalah bekas kawan sekolah Zaidi.
“What made you say that?” Zafrim bertanya. Nabila diam. Dia merasa tidak selesa untuk berkata sesuatu tentang keluarga Zafrim. “Did my mom say something to you? Or my dad?” Zafrim menyerkap jarang. Nabila menggeleng. “Habis tu, Zaidi or Fadhilah ke?” Nabila menggeleng dengan lebih kuat. “Then…,” Zafrim masih terus menekan supaya Nabila berterus terang.
“I tak tahu….,” Nabila bersuara bagai berbisik. Dia benar-benar tidak tahu bagaimana mahu menjawab pertanyaan Zafrim. Soalan bertalu-talu dari Zafrim membuatkan dia sendiri tidak pasti dengan pendirian keluarga Zafrim. Sememangnya selama ini dia yang membuat pelbagai andaian sendiri.
Zafrim menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan sesuatu. Dia meletakkannya di atas meja dan menyorongnya ke arah Nabila. Hati Nabila berdebar melihatkan kotak kecil baldu berwarna merah jambu itu. Zafrim membuka kotak tersebut. Nabila melihat sebentuk cincin bertatahkan sebutir berlian di atasnya. “I don’t know what made me buy this ring. But I want to show you that I’m really serious. Please, Nabila, kalau you belum lagi dipunyai orang lain dan you boleh terima I, take this ring, please,” Zafrim bersuara perlahan.
Giliran Nabila terkebil-kebil. Dia memandang cincin di dalam kotak itu. “I don’t know what makes you think yang my family tak boleh terima you. Tapi my mom dah berkali-kali tanya bila you nak datang visit dia lagi. My dad pulak suruh I bawa you lagi ke rumah sebab dia tak tahan dengar cakap-cakap my mom tentang you,” Zafrim berkata sambil ketawa kecil. Tetapi tawanya hanya sekejap, dia kembali serius apabila dia menyedari yang Nabila mungkin tidak dapat menerima dirinya.
Nabila mengangkat wajahnya memandang Zafrim. Dalam samar cahaya dia dapat melihat keihklasan Zafrim menuturkan bicaranya sebentar tadi. Ada satu perasaan menyelinap di kalbunya melihat renungan mata Zafrim. Nabila menyedari rasa sayangnya kepada Zafrim yang memang sudah berputik sebelum ini. Dan dia cuba untuk menafikannya.
“Betul ke you boleh terima I ni yang berasal dari kampung dan tak pernah hidup di bandar sehinggalah I masuk U dan bekerja sekarang ni?” Nabila bertanya perlahan. Zafrim mengangguk. “You boleh terima Ayah I yang cuma pesara polis berpangkat sarjan?” Zafrim mengangguk. “You boleh terima emak I yang tak pernah bekerja seumur hidup dan dia hanya tau menguruskan rumahtangga dan kami anak-anaknya?” Zafrim terus mengangguk. Ada senyum yang mula menguntum di bibirnya. “You tak akan geli berjalan dalam lecak di kampung kalau hari hujan?” Zafrim tidak mengangguk tetapi berkata, “I akan belajar untuk tidak geli kalau you yang ajarkan.” Nabila senyum mendengar kata-kata Zafrim. Dan hati Zafrim merasa lega, teramat lega.
“Then, please accept this ring. Nabila, I really have fallen in love with you,” Zafrim merenung wajah yang mulai tergambar ketenangan di hadapannya. Dan Zafrim amat senang dengan wajah itu. Nabila mengambil kotak baldu tersebut, menutupnya dan menyorongnya kembali kepada Zafrim. “I orang kampung, orang melayu. I rasa my family would like us to follow cara orang melayu.” Zafrim tersenyum puas.
“How about Diana?” Tiba-tiba Nabila bertanya. Zafrim terkejut. Dia hairan bagaimana Nabila tahu tentang Diana. “Macamana you tahu pasal Diana?” Zafrim bertanya. “Masa you langgar I malam tu bukan dia ke yang telefon you. You berdua macam ada appointment malam tu.”
Zafrim ketawa, “Rupanya you dengar juga perbualan I kat telefon. Ingatkan you panik sakan. Boleh pulak you ingat sampai hari ni.” Nabila terasa malu diusik Zafrim. Tapi memang entah kenapa nama itu sukar untuk dia lupakan walaupun hampir setahun ia berlalu.
“She just slipped away from my life. Sebenarnya sejak kenal you kami agak jarang berjumpa. Lama kelamaan dia pun cari teman sendiri,” kata Zafrim.
“Are you sure she just slipped away? Mana tahu dia datang balik,” Nabila menduga.
“Sebenarnya kami rapat secara kebetulan. We used to go out a lot together. And our friends assumed that we had something going on. Tapi the two of us had never talked about our feelings. I guess I felt nothing about her and maybe dia pun macam tu. Cuma people’s perceptions yang buatkan kitorang rapat,” Zafrim menerangkan. Sememangnya semenjak kemalangan tersebut dan sejak mengenali Nabila, Zafrim amat jarang keluar dengan teman-teman lamanya. Dia juga sering menolak sekiranya Diana dan kawan-kawannya mengajak keluar. Dan akhirnya Diana sepi mungkin bosan dengan sikap Zafrim yang tidak menghiraukannya lagi.
Mendengarkan penerangan Zafrim, perasaan Nabila terasa lapang. Dia akan menerima apa yang ditakdirkan untuknya bersama Zafrim.

Dan kemudian semuanya berjalan begitu lancar dan baik. Terlalu lancar dan baik
sehingga Nabila merasa kecut. Mana tidaknya. Pertemuan kali pertama di antara
dua keluarga yang begitu jauh perbezaannya bagai pertemuan kawan lama yang
telah tidak bertemu sekian lama. Encik Zainuddin berbual rancak dengan Ayah dan
abang-abang Nabila yang seramai tiga orang. Puan Suraya juga begitu.
Bersama-sama bersimpuh di lantai dapur berbual dengan Emak Nabila dan Nabila.
“Kami pun berasal dari kampung,” begitu kata-kata Encik Zainuddin ketika mereka hendak berangkat pulang. Namun seperti ada rasa kesayuan yang terselit pada kata-kata tersebut. Dan ketika itulah Puan Suraya memegang erat lengan suaminya.
Ada waktu di hujung minggu, Puan Suraya menelefon Nabila meminta dia datang ke rumahnya di Ampang. Ada kala Zafrim datang mengambilnya dan ada kala dia pergi sendiri sekiranya Zafrim sibuk. Dan dari situlah Nabila mendapat tahu kisah sebenarnya tentang Encik Zainuddin sudah sekian lama tidak pulang ke kampung. Dia merajuk dengan abang-abang dan kakak-kakaknya yang berebutkan harta peninggalan ayah mereka. Pelbagai nasihat diberikan kepada mereka supaya bersabar dan tidak berkelahi sesama sendiri hanya kerana beberapa keping tanah pusaka. Namun, peringatan yang diberikan dicemuh tambahan pula dia anak yang bongsu. Kata-katanya tidak meninggalkan kesan kepada mereka. Akhirnya Encik Zainuddin terus tidak pulang ke kampung semenjak pemergian ayahnya dua puluh tahun lalu.
Nabila dan Zafrim akhirnya bertunang. Perjanjian pertunangan itu hanyalah selama empat bulan. Hati Nabila sering berdebar bila teringatkan pertunangan dan perkahwinannya yang bakal berlaku. “Biasalah tu,” kata Nani apabila Nabila menyuarakan debarannya. Tapi Nabila merasakan debarannya bukanlah kerana kegembiraan tetapi debaran itu bagai menunggu sesuatu yang akan berlaku.
Memang manusia hanya mampu merancang dan Allah itu Maha Berkuasa dalam menentukan kejadian yang menimpa makhlukNya. Daripada empat bulan, kini tinggal beberapa hari sahaja lagi Nabila dan Zafrim akan diijabkabulkan. Kad jemputan telah lama diedarkan dan Nabila sudah bersiap-siap untuk pulang ke kampung. Nani juga mengambil cuti seminggu sebagai menghormati kawan baiknya yang akan mengakhiri zaman solonya. Dia sendiri merasa bahagia melihat kebahagiaan temannya itu.
Mereka sedang memasukkan beg-beg ke dalam kereta Nani. Ada pesanan yang masuk ke telefon Nabila. “Hai, orang ada tunang, tak cukup call, hantar message lagi,” Nani mengusik. Nabila hanya tersenyum tapi hatinya sedikit hairan kerana Zafrim tidak pernah menghantar pesanan kepadanya. Dia akan menelefon Nabila. “Lambatlah nak tekan-tekan banyak butang. Baiklah I call you boleh dengar suara yang I rindu,” gurau Zafrim selalunya.
Nabila membuka pesanan bergambar. Wajahnya bertukar menjadi pucat. Matanya merenung skrin telefon. Dia tersandar di kereta, matanya tidak berkelip-kelip merenung skrin. Nani yang becok di bahagian belakang kereta tiba-tiba menyedari yang Nabila diam begitu lama. Nani menjengukkan kepalanya. Dia terkejut melihat wajah Nabila yang pucat lesi. Cepat-cepat dia mendapatkan Nabila. Perlahan diambilnya telefon dari tangan Nabila.
“Astaghfirullahal azim,” Nani amat terkejut melihat gambar Zafrim sedang berpelukan dan mencium seorang perempuan. Dipeluknya Nabila dengan erat. Nabila meleraikan pelukan Nani. Dengan perlahan dia melangkah meninggalkan Nani. Nani cepat-cepat memasukkan sebuah lagi beg ke dalam kereta lantas mengunci keretanya dan berlari mendapatkan Nabila.
Nani melihat keadaan Nabila yang bagai tidak menyedari keadaan sekeliling. Matanya merenung ke dinding. Airmata mengalir deras di kedua pipinya tanpa henti. Lama Nabila berkeadaan begitu. Nani tidak tahu apa yang patut dia lakukan. Mereka berdua hanya duduk dalam diam.
“Kenapa?” Perlahan suara Nabila bertanya. “Nabila, mungkin itu gambar lama,” Nani cuba memujuk. Nabila menggelengkan kepalanya. “I tak nak balik,” Nabila tiba-tiba mengambil keputusan. Nani terkejut. “Nabila jangan macam tu, ingat your parents, abang-abang you. I’m sure emak you tengah tunggu you.”
“Nani, cakap dengan diorang I takkan balik. Batalkan semuanya,” Nabila besuara seakan merayu.
“Nabila, tak boleh macam ni,” Nani berusaha memujuk. “Apa kata you call Zafrim tanya dia betul-betul.” Nabila menggelengkan kepala dengan keras. Begitu payah dia mahu menerima pujukan Nani.
“I fikirkan dia dah berubah.” Sesungguhnya Zafrim memang sudah banyak berubah. Nabila begitu merasakan keikhlasan Zafrim. Dia memang berasal dari keluarga yang baik. Mungkin kerana usia muda yang begitu ghairah hendak mencuba segalanya yang membuatkan Zafrim hanyut dalam kehidupan moden. Kerana itu jugalah Nabila disenangi dan disayangi oleh keluarga Zafrim terutamanya Puan Suraya. Dia benar-benar berterima kasih kepada Nabila kerana membawa Zafrim keluar dari jalan yang terus menghanyutkan dirinya.
Ada panggilan di telefon Nabila. Nani menjawabnya setelah dilihatnya Nabila hanya berdiam. Zafrim yang menelefon. “Err…Nabila dalam bilik air,” Nani beralasan. “Pukul berapa nak bertolak?” Tanya Zafrim. “Kejap lagi kot,” jawab Nani. Dia sendiri tidak pasti samada mereka akan tiba di kampung Nabila petang itu. Talian dimatikan. Selang beberapa minit kemudian telefon berbunyi lagi. Kali ini dari emak Nabila di kampung. Nani memberikan alasan yang sama dan memberitahu yang mungkin mereka akan sampai lewat petang nanti.
“Nani, please tell them I tak nak balik, please Nani…,” airmata Nabila tidak berhenti keluar. Nabila bangun dan berlalu ke biliknya. Nani mendengar Nabila mengunci pintu biliknya.
Dan kedua-dua keluarga begitu kecoh kerana kehilangan Nabila. Nabila keluar dari rumah tanpa Nani sedari. Tidak ada pesanan yang dia tinggalkan. Nani sendiri juga panik. Apabila ditanya oleh Zafrim, Nani berterus terang tentang mesej bergambar yang diterimanya. Zafrim mendengus, “Ini mesti kerja Diana. Jahanam punya perempuan!” Nani terkejut dengan kata-kata kasar yang keluar dari mulut Zafrim.
“Zafrim, is it true? Or was that an old picture?” Nani cuba bertanya. Zafrim memandang Nani dengan wajah merah menyala. Dia tidak menjawab pertanyaan Nani malah terus berlalu menaikki keretanya. Dan kereta itu mengaum meninggalkan Nani di tempat meletak kereta.
Zafrim bagai orang gila mencari Nabila. Dia menelefon hampir semua hospital. Dia juga mencuba menelefon hotel-hotel di sekitar Lembah Kelang. Namun sia-sia. Tarikh perkahwinan mereka tiba dan majlis perkahwinan diganti hanya dengan bacaan doa selamat dan jamuan kerana keluarga Nabila tidak sempat untuk memaklumkan kepada semua tetamu. Emak Nabila menangis tidak henti-henti. Nabila ada menelefon emaknya untuk meminta ampun dan untuk memaklumkan dia selamat. Tetapi dia tidak memberitahu di mana dia berada ketika itu. Dia mahu menenangkan fikirannya. Dia akan pulang juga kerana dia tidak akan meninggalkan tanggungjawab kerjanya.
Nabila pulang setelah hampir dua minggu menghilangkan diri. Nani amat bersyukur dan merasa lega apabila mendapati Nabila berada di rumah ketika dia pulang dari kerja. Mereka berpelukan. Ada airmata di pipi Nabila namun dia boleh tersenyum. Nani tidak mahu bertanya ke mana Nabila pergi. Dia merasakan Nabila akan memberitahunya apabila dia sudah bersedia.
“Dah beritahu emak you?” Tanya Nani. Nabila mengangguk, “Dah, semalam lagi I call kampung bagitahu yang I akan balik Shah Alam hari ni. Cuti I kan dah habis so I kena balik bekerja.”
“How are you, Nabila? Are you really ok?” Nani bertanya kerisauan. Nabila tersenyum nipis. Dia memegang erat tangan Nani. “I’m ok, Nani. Thanks so much for being here.” Mereka duduk di sofa. Di kepala Nani berlegar seribu satu persoalan untuk ditanyakan kepada Nabila. Dia cuba menahan dirinya. Sudah tentu tidak sesuai jika dia terus bertanya pelbagai soalan kepada Nabila ketika Nabila dalam keadaan begitu.
“Nani, I pergi sebab perempuan tu telefon I. Dia beritahu yang gambar tu diambil the night before. I benar-benar kecewa. I tak fikir panjang. Terus ambil beg yang dah berisi baju I tu dan pergi. Masa you dalam bilik air. I’m sorry, Nani, for leaving without telling you.”
Nani tersenyum, “Tak apa. Yang penting you selamat. Nasib baik jugalah you ni rasional. Ingat nak call your family. Kalau tak dah masuk police report dah. Agaknya nama you dah popular satu Malaysia.”
“I fikir sebenarnya selama ini yang I takut ialah diri I sendiri. I yang takut tak dapat terima dia bukan takut dia dan keluarganya tak dapat terima I. When I saw that picture, it all came in a rush to me that I did not know him actually. Selama I pergi I terfikir yang sebenarnya I tak dapat terima dia dalam keadaan yang begitu. I mengharap dia akan hidup seperti orang biasa, seperti kita ni. Tapi I dah salah mengharap. Kalau pun dia dah berubah, tak mustahil kalau dia relapse. If that happens boleh ke I hadapinya dengan sabar? Ternyata I tak boleh, Nani,” Nabila memberitahu Nani tentang gelodak dalam fikirannya selama dia menghilangkan diri.

Sebenarnya banyak yang ingin Nani beritahu kepada Nabila. Tentang apa yang
berlaku di kampung selama kehilangannya, tentang pertemuan Zafrim dengan Nabil,
abang sulung Nabila dan tentang pertemuannya dengan Zafrim. Tetapi dia sendiri
merasa tidak pasti untuk bercerita kepada Nabila.
Nani terkenangkan semasa dia di kampung Nabila, emak Nabila menangis siang dan malam. Nani yang menemankan emak Nabila sepanjang masa. Nani pergi juga ke kampung Nabila sejurus selepas Nabila menghilangkan diri. Dia merasa bertanggungjawab untuk berada di sisi keluarga kawan karibnya itu. Ayah dan abang-abang Nabila sibuk ke sana dan ke mari mencari Nabila.
Dan apabila keluarga Zafrim datang, keadaan menjadi bertambah kecoh. Menurut Encik Zainuddin, Zafrim juga hendak datang tetapi dia yang menegahnya. Biarlah keluarganya dahulu melihat keadaan keluarga Nabila. Mereka tidak mahu mengeruhkan lagi suasana.
Abang-abang Nabila menjadi berang apabila mendapat tahu sebab kenapa Nabila menghilangkan diri menjelang hari pernikahan mereka. Betapa terperanjatnya Nani mengetahui yang kiranya Zafrim dan Diana telah terlanjur. Encik Zainuddin memberitahu tentang Diana yang datang menemui mereka dan menangis menceritakan apa yang berlaku di antara dia dan Zafrim. Mujur ayah Nabila seorang yang amat penyabar. Dia mendengar dahulu apa yang ingin diperkatakan oleh keluarga Zafrim.
“Kami tidak mahu lari dari tanggungjawab sebab itu kami datang ni,” kata Encik Zainuddin. Encik Zainuddin berterus terang yang dia dan seluruh keluarganya amat menyayangi Nabila dan mereka mahu Nabila yang menjadi menantu mereka. Tetapi dengan apa yang telah berlaku mereka terpaksa juga memikul tanggungjawab terhadap apa yang telah dilakukan oleh Zafrim dan Diana. “Di sini kami hendak mencari penyelesaian yang baik dengan keluarga Encik Hassan,” Encik Zainuddin lagi kepada ayah Nabila.
“Memang payah kami nak buat keputusan, Encik Din. Nabila pun kami tak tahu di mana dia sekarang. Sampai Nabila balik kami tak dapat nak beri keputusan apa-apa pun,” Pakcik Hassan membalas kata-kata Encik Zainuddin.
Akhirnya kedua-dua belah pihak mengambil keputusan untuk meneruskan sahaja khenduri yang telah dirancang tetapi sekiranya Nabila tidak pulang juga pernikahan mereka akan dibatalkan. Sementara itu Zafrim diminta oleh Encik Zainuddin supaya menikahi Diana demi hendak menjaga nama baik keluarga masing-masing.
Setelah Nani pulang ke Shah Alam dari kampung Nabila, Zafrim datang menemuinya. Wajahnya amat kusut dan mukanya berjambang. Dia kelihatan amat tidak bermaya sekali. “I tak sangka Nabila tak akan balik,” Zafrim bersuara dengan nada kesal. Ada rasa kasihan di hati Nani tetapi mengenangkan perbuatan Zafrim, hatinya kembali marah.
“Kenapa you sanggup buat kerja terkutuk tu, Zafrim?” Nani bertanya dengan suara tegas. Zafrim terdiam lama. Ada keluhan berat keluar dari mulutnya. “I pun tak tahu. Malam tu mereka ajak I keluar kononnya nak celebrate my last days as single man......Stupid celebration!” Zafrim tiba-tiba marah sendiri. “I betul-betul tak sedar. I rasa Diana put something in my drink. Bila I sedar, I was in a hotel room with...........,”Zafrim tidak dapat meneruskan kata-katanya.
“Should I trust you?” Nani bertanya. “I nak the whole world to trust me especially Nabila. Tapi apa I boleh buat kalau you and Nabila do not want to trust me. What can I do. I have no proof to say otherwise,” Zafrim mengeluh lagi. “I just want to see her right now. ...,” Zafrim berkata seakan berbisik. “You know what, Abang Nabil datang cari I.” Nani terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Zafrim. “What did he say?” Tanya Nani ingin tahu.
“Dia seperti tidak percaya apa yang berlaku. Katanya dia amat percaya dengan Nabila. Walaupun Nabila itu kemanjaan mereka tapi Nabila seorang yang matang. Dia merasakan tentulah lelaki pilihan Nabila, which was me, pun begitu juga,” Zafrim menggeleng kepala tanda kesal lagi. Zafrim memberitahu Nani yang dia menceritakan perkara yang sebenar kepada Nabil tetapi dia tidak ada bukti untuk membuktikan yang dia tidak bersalah.
“Please tell her bila dia balik nanti,” pinta Zafrim. “But I don’t know what’s the point. My parents paksa I nikah dengan Diana,” Zafrim tunduk. “I will tell her, Zafrim. Tapi you mesti realise yang Nabila sudah terlalu terluka. Dia pernah beritau I yang dia macam tak percaya semuanya berjalan terlalu baik dan lancar. Katanya macam ada sesuatu yang buruk akan berlaku. I guess she had sensed it coming,” Nani memberitahu Zafrim tentang gelodak hati Nabila sebelum perkara itu berlaku.
Dan kini Nabila sudah di depannya namun Nani tidak tergamak untuk menyebut nama Zafrim.
Zafrim cuba menemui Nabila biarpun semua panggilan telefon tidak dijawab oleh Nabila. Apabila dia cuba ke rumah Nabila, hanya Nani yang membuka pintu. Nabila enggan menemuinya. Zafrim tidak berputus asa dan cuba untuk bertemu dengan Nabila hingga ke kampung ketika dia mendapat tahu Nabila berada di sana. Dia mahu memohon maaf dari Nabila, dan mahu mendengar kata maaf dari Nabila. Namun Nabila hanya diam membisu, menundukkan kepalanya. Sedikit pun dia tidak mahu memandang kepada Zafrim yang melutut di depannya. Berkali-kali Zafrim mengucapkan kata maaf di hadapan Nabila dan abang-abangnya. Akhirnya Zafrim melangkah pulang dengan longlai.
Sudah beberapa bulan berlalu. Nabila kelihatan seperti biasa tetapi Nani tahu dia memendam rasa sedihnya. Nani cuba untuk menceritakan apa yang berlaku sepeninggalan Nabila, tetapi Nabila seakan enggan mendengarnya. Dengan senyuman Nabila akan berkata, “Please Nani, it’s all passed. I want to move on.” Dan Nabila lebih banyak menghabiskan masa di dalam biliknya dibandingkan masa-masa sebelum itu.
Emak dan ayah Nabila sering menelefonnya sekarang. Sesungguhnya mereka bimbang akan anak kesayangan mereka itu. Nabil yang bekerja di Johor Bahru juga sering ke Shah Alam untuk menjenguk adiknya.
Satu ketika mereka bertiga keluar untuk makan tengahari. Sedang mereka menjamah hidangan Zafrim masuk ke restoren tersebut. Kesemua mereka terpegun. Zafrim terpacak tegak bagai tidak mampu untuk bergerak. Dengan perlahan dia mengangguk ke arah mereka dan beredar keluar. Nabil dan Nani memandang Nabila. Nabila tersenyum, “I’m alright.”
Tetapi kemudian sewaktu mereka sudah menaikki kereta, Nabila tiba-tiba menangis. “Abang Nabil, it still hurts.” Nabila meletakkan tangan di dadanya. Nabil menyapu airmata adiknya. “I know, Nabila. You have to be strong,” Nabil memujuk. Nani yang di belakang hanya diam memerhatikan dua beradik itu.
Pada ketika yang lain, Nani mendengar suara esakan dari bilik Nabila Dia mengetuk pintu bilik Nabila dan membukanya perlahan. Nabila sedang duduk memeluk lututnya di atas katil. Nani duduk di sebelah Nabila.
“I tak tau kenapa, Nani. It still hurts like this,” Nabila bersuara tanpa diminta. “It will take some time, Nabila,” Nani memujuk. Nani tahu rasa cinta yang terlalu mendalam menyebabkan hati Nabila remuk apabila dikecewakan begitu. Dia tidak bersedia untuk dilukai sedemikian rupa. Memang tidak ada manusia yang tahu mereka akan dilukai.
Dan hari terus berlalu. Nani tidak pasti apakah Nabila telah dapat melupakan segalanya. Nabila sendiri tidak pasti apakah luka di hatinya telah hilang. Mereka semua tidak pernah lagi membicarakan peristiwa pahit itu. Namun Nabila amat gembira kerana akhirnya abang sulong mereka akan mendirikan rumahtangga. Dan yang lebih membahagiakan ialah pilihan abangnya itu ialah rakan karibnya sendiri.
“I tak perasan pun you main mata dengan Abang Nabil,” Nabila mengusik Nani apabila Nabil dan Nani memberitahunya. “Mana ada I main mata dengan dia. Semuanya kebetulan, Nabila,” Nani membalas kata-kata Nabila. “When did it start?” Tanya Nabila. Nani hanya tersenyum. “I tak tau. Soalan tu you kena tanya abang you tu,” jawab Nani sambil mengenyitkan matanya.
Dan mereka selamat mendirikan rumah tangga. Nabila memeluk erat Nani selepas pernikahan mereka. Ada airmata di birai matanya. Nani meletakkan jawatan dan berpindah ke Johor Bahru kerana dia sedia maklum yang Nabil mahu dekat dengan orang tuanya. “I cari kerja lah kat JB nanti. Jadi programmer semula pun tak apa. You jangan risau,” kata Nani kepada Nabila ketika Nabila menyatakan sayang untuk Nani tinggalkan jawatannya di syarikat tempat dia bekerja.
Dan beberapa bulan selepas itu, Nabila berangkat ke Australia untuk melanjutkan pelajaran di peringkat doktor falsafah. Selain dari mengejar cita-citanya, Nabila mengharapkan dia dapat melupakan kepedihan di hati jauh di negeri orang.

“Kenalkan, Hisyam, ini Nabila second year PhD student kat sini.” Tangan mereka
bertaut. Entah kenapa mata Hisyam singgah agak lama di wajah Nabila membuatkan
Nabila merasa kurang senang dan lantas memalingkan wajahnya kepada Zahid di
sebelah Hisyam yang memperkenalkan mereka. Serasa pernah dia melihat wajah itu,
tetapi Hisyam tidak pasti bila dan di mana. Nabila dan beberapa orang rakan
pelajar hadir ke jamuan makan malam sempena sambutan hari ulangtahun
kemerdekaan Malaysia. Hisyam memang sudah hampir tiga tahun bermastautin di
Canberra, bekerja sebagai seorang arkitek. Namun, itulah pertama kali mereka
bertemu. Setelah berada di Canberra selama dua tahun, Nabila memang sudah
mengenali Zahid, salah seorang pegawai di pejabat Kedutaan Malaysia di
Canberra.
Nabila melangkah pergi meninggalkan Zahid dan Hisyam setelah bertanya khabar tentang keluarga Zahid. Dia berjalan menuju ke arah rakan-rakannya di satu sudut Rumah Malaysia, kediaman rasmi Dato’ Pesuruhjaya Tinggi Malaysia. Dalam berbual-bual itu, Dato’ merapati mereka dan menegur, “Hai students duduk dengan students. Macam ni takdalah you all kenal orang lain. Why don’t you mingle? I invite ramai orang ni, selain dari embassy lain, ada expatriate kita, PR. Masa nilah nak kenal fellow Malaysians.”
Nabila dan rakan-rakannya tersipu ditegur begitu. “Kami segan, Dato’. Ramai jugak tak kenal ni,” salah seorang rakan Nabila menjawab. “Itulah I kata mix around. Ha.. Nabila, apa khabar?” Tiba-tiba Dato’ bertanya Nabila bagai baru saja tersedar kehadiran Nabila. “Baik, Dato’,” jawab Nabila. “I rasa duta Senegal tu cari you. Dia tanya I tadi samada you datang ke tidak. Nak cakap pasal nation development lagi lah tu. Apa kata I cadang you pegi kerja dengan dia.” Rakan-rakan Nabila tercengang-cengang mendengar kenyataan Dato’. Mereka tertanya-tanya bagaimana pula rakan mereka yang seorang ini begitu dikenali oleh seorang duta dari negara lain.
Sebenarnya Nabila bertemu dengan Mr Wade, duta Senegal di salah satu acara yang diadakan di Rumah Malaysia juga beberapa bulan yang lepas. Antara perkara yang dibincangkan ialah tentang pembangunan Senegal. Mr Wade ada menyebut tentang usaha-usaha kerajaan Malaysia dalam membangunkan Malaysia sehingga dikenali dunia. Nabila pula mengambil kesempatan menerangkan dengan panjang lebar tentang fokus kerajaan Malaysia daripada pertanian di tahun-tahun 60’an dan 70’an sehinggalah polisi kerajaan yang memfokuskan kepada pembangunan industri di tahun-tahun 80’an hingga ke hari ini. Di bidang pelajaran pula Nabila berkata mungkin Malaysia adalah satu-satunya negara di rantau asia tenggara yang begitu banyak menaja pelajar-pelajarnya untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Kata-kata Nabila menarik perhatian beliau. Beliau cuba mengkritik Malaysia tetapi Nabila seboleh-boleh menyangkal kritikan Mr Wade hingga akhirnya beliau bertanya dengan senyuman, “Why don’t you come with me to Senegal and work with our government?”
“I’d love to but I’m not sure if you can afford me,” Nabila menjawab sambil ketawa. “Yeah, she’d have her PhD by then, Mr Wade, plus you must compensate for her leaving her job back in Malaysia,” Linda, wanita kacukan Cina dan Inggeris itu menyampuk setelah mendengar perbualan Nabila dan Mr Wade. Linda bekerja di Australian National University, tempat Nabila belajar. “We’ll see about that,” jawab Mr Wade sambil mengangguk-angguk kepalanya dan masih tersenyum.
“Habislah you, jadi orang Afrika,” gurau Linda. Gadis yang berdarah kacukan ini walaupun hanya sesekali pulang ke Malaysia, masih fasih berbahasa Malaysia. Ayahnya keturunan baba Melaka. “Hish, tak kuasa I nak duduk kat Afrika tu.” Mereka berbalas kata dalam bahasa Melayu. “What are you saying?” Mr Wade bertanya apabila menyedari yang mereka bertutur bukan dalam bahasa Inggeris. “She says she’d be happy to help a developing nation, Sir,” jawab Linda sambil tersenyum meleret ke arah Nabila. Nabila juga tersenyum sambil menggeleng kepala melihat telatah Linda.
“Haa itu dia Mr Wade, Nabila. Pergi-pergila jumpa dia tanya khabar.” Teguran Dato’ mengembalikan fikiran Nabila yang terlayang mengingati pertemuan pertama dengan duta Senegal itu. Dato’ mengarahkan pandangannya kepada Mr Wade. “Tak naklah, Dato’. Nanti dia ajak I pegi balik Afrika lagi.”
“Habislah you, Nabila. Silap haribulan you jadi orang Afrika,” Dato’ bergurau. “Siapa yang nak jadi orang Afrika?” Tiba-tiba satu suara datang dari belakang Nabila. Nabila menoleh. Hisyam berdiri di belakangnya sambil memegang segelas jus epal.
“Hisyam!” Dato’ berjabat tangan dengan Hisyam. “How’s work?” Tanya Dato’. “Ok,” sepatah jawab Hisyam. “Let me introduce you to these students. This is Hisyam, he’s an architect. Has been in Canberra for about three years now. This is Nabila, Faizah,..... Sorrylah I tak kenal semuanya,” Dato’ memandang Nabila bagai meminta tolong untuk memperkenalkan rakan-rakannya kepada Hisyam. “This is Arham, Norizan.....,” Nabila memperkenalkan rakan-rakannya yang lain.
“Encik Hisyam PR kat sini ke?” Tanya Arham. Hisyam menggelengkan kepalanya, “No. I got a job with this company yang juga ada branch di Malaysia. After graduating I worked briefly here. Lepas tu diorang hantar I ke Malaysia. Tak lama kat Malaysia they sent me back here,” Hisyam menerangkan kedudukannya. Mereka mengangguk-anggukkan kepala.
“Eh, betulke they sent you to Malaysia, Hisyam?” Dato’ bertanya. “Yang I dengar you yang minta balik Malaysia, nak kawin.” Berderai ketawa dari semua mereka. “Itupun betul jugak, Dato’,” Hisyam membalas gurauan Dato’.
Akmar, PA Dato’ datang menghampiri mereka, “Dato’, Bapak Suwardi cari tu.” Dato’ menghalakan pandangan ke arah yang ditunjuk Akmar. Seorang lelaki berbaju batik melambai tangan ke arah Dato’. “Excuse me,” Dato’ meminta diri. Mereka hanya memerhatikan Dato’ melangkah meninggalkan mereka.
“So, bila Encik Hisyam nak balik berkhidmat semula di Malaysia?” Tiba-tiba Nabila bertanya. Semua mata mengarah kepada Nabila. Hisyam tersenyum. “I kat sini pun ada memberi sumbangan kepada Malaysia,” jawab Hisyam. “Macamana pulak tu? Projek-projek yang Encik Hisyam buat mesti kepunyaan Australians. They are the ones who are benefiting from your architecturial knowledge,” Nabila menyanggah.
“Hai kenapa pulak macam marah budak ni,” detik hati Hisyam. Nabila memang kurang senang dengan sikap sesetengah pelajar yang sengaja tidak mahu pulang ke tanahair setelah tamat pengajian. Padanya biasiswa yang diberi patut dibalas dengan pulang ke Malaysia dan bekerja di Malaysia supaya segala ilmu yang dipelajari dapat dimanafaatkan oleh negara dan rakyat.
“I kerja kat sini but at the same ada juga income I salurkan balik ke Malaysia. So Malaysia benefits in terms of aliran wang asing masuk ke Malaysia. Besides, I banyak belajar dari mereka di sini especially yang berkaitan dengan new technologies, which I could go back and apply these experiences,” terang Hisyam. Nabila berniat hendak membalas tetapi terdiam apabila disinggung oleh Faizah di sebelahnya. Dia cuma terkebil-kebil memandang ke arah Hisyam. Perkataan yang hendak dikeluarkannya tersekat di kerongkong. Hisyam membalas pandangan Nabila dengan senyuman.
Ada sesuatu yang menarik tentang Nabila di mata Hisyam. Gadis yang diagaknya sedang menghampiri umur akhir dua puluhan itu memang petah berkata-kata. Maklumlah pensyarah. Namun sikap beraninya meluahkan buah fikiran walaupun mengundang kontroversi itulah yang menarik perhatian Hisyam. Hisyam berbual-bual dengan kumpulan pelajar, rakan-rakan Nabila. Nabila banyak mendiamkan diri. Perasaan prejudis terhadap Hisyam menyebabkan dia lebih berdiam. Tetapi sebenarnya tingkah laku Hisyam dan gerak gerinya mengingatkan Nabila kepada seseorang yang pernah hadir dalam hidupnya.
Tanpa disedari, mereka dihampiri oleh Mr Wade, “Here you are.” Nabila menoleh. Dia tersenyum kelat melihat lelaki kulit hitam yang telah lebih separuh umur itu. Mr Wade hanya bertubuh kecil, ketinggiannya hanya lebih kurang 5 kaki 2 inci.
“I’m sorry I couldn’t recall your name,” Mr Wade menghalakan pandangannya kepada Nabila. “Nabila,” sepatah Nabila menjawab. “How could you forget such lady with an aggressive attitude, Mr Wade,” Hisyam mencelah. “Actually I never forget her. It’s her name that I’ve forgotten. So sorry, Nabila.”
“That’s alright, sir. I understand you must have been meeting with so many people. Of course you wouldn’t be able to remember them all,” Nabila menyambut kata-kata Mr Wade tetapi dia memberikan pandangan yang tajam ke arah Hisyam. “Apa hal mamat ni jawab bagi pihak aku pulak. Hish pandailah aku jawab,” Nabila merengus dalam hati. Bagai menyedari pandangan Nabila, Hisyam memalingkan wajahnya membalas pandangan Nabila. Dia tersenyum. Dan senyuman itu amat sinis pada pandangan Nabila. Nabila menjeling marah dengan Hisyam.
Mr Wade dan Nabila berbual-bual tentang politik dan ekonomi negara-negara Asia Tenggara dan Afrika. Mereka membuat perbandingan antara negara-negara di dua benua itu. Perlahan-lahan rakan-rakan Nabila meminta diri meninggalkan perbualan Nabila dan Mr Wade. Hisyam juga meminta diri apabila ada yang memanggilnya.
Nabila tidak menyedari yang waktu sudah melebihi jam sebelas malam. Hisyam menghampiri mereka dan berdehem. Mr Wade dan Nabila mengalih pandangan ke arah Hisyam. “I’m sorry, Mr Wade but her friends were looking for her. They were leaving just now,” Hisyam menerangkan mengapa dia mencelah perbualan mereka. Nabila, dan mungkin juga Mr Wade baru menyedari yang ruang tamu Rumah Malaysia yang luas itu sudah lengang. Hanya tinggal Dato’ dan Datin serta tiga, empat orang tetamu yang lain. Nabila melihat jam tangannya.
“I’m sorry, Mr Wade. I need to go. I was taking a lift from a friend. I need a lift from him now too,” Nabila meminta diri. “I understand. I hope we could have a chat another time.” Mereka berjabat tangan dan Nabila bergegas ke arah Dato’ untuk meminta diri. Kemudian dia bergegas pula ke pintu hadapan. Tidak ada satu kelibat rakannya pun di muka pintu. Nabila menuruni anak tangga dan berjalan menuju ke pagar. Hanya kelihatan tiga buah kereta yang dia tidak kenali.
Nabila kebimbangan memikirkan bagaimana dia hendak pulang. Hatinya tertanya mengapa rakan-rakannya pergi tanpa memberitahunya. Terdengar derap langkah di belakangnya. Nabila menoleh. Hisyam sedang melangkah perlahan menuju ke arahnya. “Let me send you home,” Hisyam menawarkan. “Tak apa, I’ll call Abang Syahrin. I datang dengan dia tadi,” Nabila menolak sambil jarinya pantas menekan butang telefon bimbitnya. Ada sedikit perasaan cemas di hatinya.
“Tak payah call diorang. I yang suruh diorang balik tadi. I kata I boleh hantar you balik.” Tangan Nabila terhenti dari menekan butang telefon. Dia mengangkat muka menentang wajah Hisyam. Nabila tidak pasti riak wajah Hisyam waktu itu kerana halaman Rumah Malaysia hanya diterangi beberapa lampu jalan yang samar-samar. Nabila tidak tahu apa yang harus diucapkan. Dalam hatinya ada perasaan marah dengan Hisyam kerana memandai menyuruh rakan-rakannya balik. Apabila Nabila tidak berkata apa-apa, Hisyam mengorak langkah. Dia terhenti setelah beberapa langkah apabila dia menyedari yang Nabila tidak mengikut langkahnya.
“Laaa you nak tunggu apa lagi? I can send you home. Takut dengan I ke?” Hisyam bersuara. Nabila serba salah. Tapi dia tahu dia tiada pilihan. Akhirnya dia menurut langkah Hisyam dengan perlahan.
Sebaik sahaja Hisyam menghidupkan enjin keretanya, berkumandang alunan lembut suara Broery Marantika. “Rumah you kat mana?” Tanya Hisyam. “I tinggal on campus,” Nabila menjawab ringkas. Matanya terus memandang ke hadapan. Terasa takut hendak menoleh ke arah Hisyam. Hisyam memandu membawa keretanya ke arah Adelaide Avenue untuk menuju ke arah universiti.
Selang beberapa minit kemudian Hisyam mematikan suara cakera padat Broery. Alunan irama romantik Broery membawa satu perasaan yang menyelinap masuk ke dadanya. Dia merasa sedikit resah. Nabila pula bagai berasa lega apabila cakera padat itu dimatikan Hisyam. Suasana menjadi sunyi dan bertambah sunyi apabila tidak ada perbualan yang tercetus antara mereka. Kereta putih itu meluncur membelah malam Canberra.
“Eh, kenapa you pusing kat sini lagi,” Nabila menegur apabila dia perasan yang Hisyam memandu keretanya di hadapan Unilodge, salah sebuah asrama di universiti, buat kali kedua. “You tak suruh berhenti,” jawab Hisyam. Suaranya mengandungi nada lucu bagai bergurau. “I bukan tinggal kat sini,” tinggi suara Nabila. “Oh iye ke?” Hisyam terkejut. “I ingat you tinggal kat sini. Syahrin ada la cerita yang student-student Malaysia ramai yang tinggal di sini.”
“Tak nak tanya,” Nabila merungut perlahan tetapi didengar juga oleh Hisyam. “You tu yang tak nak bagitau. Manalah I tau you tinggal kat mana,” balas Hisyam sambil ketawa kecil. Nabila terdiam. “Ok, sekarang ni give me directions.” Nabila menyuruh Hisyam belok ke kiri dan kemudian ke kanan menuju ke Barry Drive. Di persimpangan lampu merah pertama dia menyuruh Hisyam membelok ke kiri. Hisyam sempat menjeling ke kirinya, “Eh ini tennis court ye?” Tanya Hisyam. “Iye, sebelah tu sports centre,” jawab Nabila. “Rasa-rasanya macam kenal je tempat ni,” Hisyam berkata lebih kepada dirinya sendiri.
Mereka meneruskan perjalanan sehingga kereta Hisyam berhenti di tempat meletak kereta di hadapan Graduate House, tempat tinggal Nabila. Gradute House hanya menempatkan pelajar-pelajar pasca-ijazah.
Nabila membuka pintu kereta sebaik sahaja kereta berhenti, “Terima kasih.” Dia tidak memandangpun ke arah Hisyam dan terus mengorak langkah. “Nabila!” Suara Hisyam memanggil. Langkah Nabila terhenti dan panggilan itu bagai satu tarikan magnet yang membuatkan Nabila pantas berpusing mengarah ke suara itu. Hisyam berdiri di sebelah pintu pemandu.
“I dapat tahu students organise Hari Keluarga. Will you be there?” Hisyam bertanya. “I’m one of the ad-hoc committee,” balas Nabila. Hisyam tersenyum dan berkata, “See you there.” Nabila tercegat beberapa saat dan kemudian berpaling semula berjalan ke arah bangunan Graduate House. Setelah pintu tertutup dia berpaling ke arah Hisyam. Dari pintu utama Nabila melihat Hisyam baru masuk kembali ke dalam kereta dan kereta meluncur pergi.
Nabila membuka pintu biliknya. Bilik yang lebih kurang 15 kaki x 15 kaki itu menempatkan ruang dapur untuk memasak dan singki untuk membasuh pinggan mangkuk, almari pakaian, ruang belajar yang menempatkan meja dan kerusi, katil dan bilik air. Nabila memerhatikan sekitar biliknya. Rimas pula dia melihatkan buku-buku dan nota-nota di atas meja. Ada sebuah bakul berisi pakaiannya yang sudah dibasuh dan sudah kering. Pakaian tersebut perlu dilipat dan disimpan dalam almari. Nabila menanggalkan kasut dan menolaknya perlahan ke tepi dinding. Dia melangkah ke meja dan tangannya menyelak-nyelak helaian nota. Malas pula dia hendak mengemas meja.
Nabila duduk di atas katil dan menurunkan bakul pakaiannya. Perasaan malas untuk berkemas masih ada. Nabila menanggalkan kerongsang tudung dan menarik tudungnya dari kepala. Dia sangkutkan sahaja selendang sutera biru itu di kerusi. Tangannya melurut-lurut rambutnya. Nabila membaringkan tubuhnya. “Besok sajalah kemas,” hatinya mengambil keputusan. Hari minggu esoknya Nabila tidak ada rancangan apa-apa. Ada kalanya dia ke pejabat untuk bekerja. Tetapi mengenangkan sudah sehari suntuk dia di pejabat pada siang hari Sabtu itu, Nabila berkeputusan untuk tidak ke pejabat hari minggu esoknya.
Fikirannya menjalar kepada majlis di rumah Dato’ tadi. Terbayang wajah Hisyam. Nabila meneka umur Hisyam dalam lingkungan pertengahan tiga puluhan. Wajahnya membayangkan lelaki yang matang. Namun Nabila rasakan seperti ada satu kesayuan yang kadangkala terbayang di mata Hisyam. Kesayuan itu timbul apabila Hisyam berdiam diri ketika mendengar bicara orang lain. Nabila perasan yang ada kalanya fikiran Hisyam seperti melayang.
“Ah, kenapa pulak aku sibuk pasal dia,” hati Nabila berbisik. Namun sebenarnya wajah Hisyam mengingatkan Nabila kepada Zafrim. Lelaki yang hampir menjadi teman hidupnya, lelaki yang hampir memilikkinya sebagai isteri beberapa tahun lalu. Nabila mengeluh. Sampai bila agaknya dia boleh lupakan Zafrim? Walaupun wajah mereka berbeza, namun perawakan Hisyam mengingatkan Nabila kepada Zafrim. Gerak laku dan tutur kata Hisyam saling tak tumpah seperti Zafrim. Gegendang telinganya bagai mendengar suara yang sering dirinduinya itu tatkala mendengar suara Hisyam.
“Yang I dengar you yang minta balik Malaysia, nak kawin,” terngiang suara Dato’ tadi. Nabila tersenyum sendirian dan berbisik, “Hmmm suami orang.” Nabila bangun semula dan menuju bilik air. Setelah membersihkan diri dan menggosok gigi, dia mematikan lampu. Tubuhnya direbahkan lagi di atas katil dan menarik selimut.

Pagi-pagi lagi Nabila sudah berada di tepi Tasik Burley Griffin, tempat di mana
mereka menganjurkan Hari Keluarga. Tasik Burley Griffin adalah tasik buatan di
bandar Canberra. Cuaca cerah dan tidak terlalu panas di bulan Mac kerana baru
sahaja masuk musim luruh. Ada rasa resah di hati Nabila menunggu tibanya hari
Sabtu itu. Dia bagai menunggu hari tersebut untuk datang. Jauh di sudut hatinya
dia berharap untuk sebuah pertemuan lagi dengan Hisyam. Namun dia tidak tahu
untuk apa dia mengharapkan pertemuan itu. Mungkin kerana Hisyam mengingatkan
dia tentang kisah lama, tentang rindu hatinya.
Para pelajar dan jemputan yang terdiri dari staf pejabat Kedutaan Malaysia dan rakyat Malaysia yang bermastautin di Canberra beransur datang mulai jam sepuluh pagi. Acara bermula sejurus selepas Dato’ sampai. Beliau yang merasmikan Hari Keluarga pada hari tersebut. Nabila masih tercari-cari wajah Hisyam sambil menyiapkan hidangan makanan dan minuman. Sudah hampir 12 tengahari namun Hisyam masih belum sampai.
Nabila sedang sibuk membahagikan makanan apabila ada suara yang menyapa, “Assalamualaikum.” Nabila mengangkat wajahnya. Kelihatan Hisyam berdiri di hadapannya dengan t-shirt hijau muda. Hisyam tersenyum sambil menanggalkan cermin mata hitamnya.
Ada debaran di dada Nabila tatkala mendengar sapaan Hisyam. Dia jadi gugup sebenarnya. Hanya mampu mengukir senyuman tipis. “Tak apalah you tengah busy. I’ll talk to you later. I nak pegi jumpa Zahid dulu.” Hisyam berlalu pergi tanpa menunggu jawapan dari Nabila. Dia berjalan pantas menuju ke arah Zahid dan keluarganya yang sedang duduk di meja kayu di bawah pohon poplar. Beberapa buah meja dan kerusi kayu disediakan di beberapa kawasan di pinggiran tasik untuk mereka yang berkelah. Malah kemudahan untuk barbeque juga diadakan di situ.
Setelah selesai mengedarkan makanan dan minuman Nabila duduk di salah sebuah meja kayu di situ sambil minum jus oren. Hilang selera hendak makan kerana terasa agak penat. Matanya melihat kawasan sekitar. Kelihatan rakan-rakan pelajar dan para jemputan sedang menjamu selera. Hisyam menghampiri Nabila dan duduk di kerusi bertentangan. “Penat?” Tanya Hisyam. Nabila hanya tersenyum. “You belum makan, kan? Let me take some food for you,” Nabila bangun tetapi di tahan oleh Hisyam. “Tak apa, I dah makan kat rumah tadi.” Nabila duduk semula.
“Kenapa you datang lambat?” Nabila bertanya sekadar hendak memulakan perbualan. “You tunggu I ke?” Hisyam bertanya kembali sambil tersenyum. Nabila diam tidak mahu menyambut gurauan Hisyam. Dia tidak berani menentang wajah Hisyam.
“You datang sorang je, tak bawa family?” Nabila bertanya lagi setelah mereka sepi beberapa detik. “I datang sorang, my wife tak nak datang,” jawab Hisyam. “That’s why I lunch kat rumah tadi,” sambung Hisyam. “In that case, thank you for coming,” kata Nabila. Terlintas di fikiran Nabila tentang isteri Hisyam. Bagaimanakah agaknya orangnya. Sudah ada anakkah mereka. Tidak terkeluar pula soalan-soalan itu di mulutnya.
“Encik Hisyam, I’m sorry if I sounded harsh malam tu,” Nabila memulakan semula bicara. Dia merasa kurang senang dengan kebisuan di antara mereka. “You mean kat rumah Dato’ tu?” Hisyam bertanya. Nabila mengangguk. “Don’t worry about it. Forgiven and forgotten,” jawab Hisyam sambil tersenyum. Dia hanya memerhatikan di sebalik kaca mata hitamnya gadis di hadapannya yang hanya tunduk dan sesekali memandang keliling dari tadi. Hisyam perasan yang Nabila tidak mengangkat muka memandangnya langsung. Kalau tidak ada kaca mata hitamnya itu mungkin dia juga tidak berani untuk memandang Nabila begitu. Dia tidak tahu kenapa Nabila yang menjadi pendorongnya untuk datang pada hari itu. Azlina, isterinya memang tidak mahu datang. Puas dipujuknya, Azlina tetap tidak mahu. Memang Azlina langsung tidak pernah datang hadir apa-apa majlis pun. Azlina sebenarnya keberatan untuk bergaul dengan masyarakat Melayu di Canberra kerana anak mereka. Anak mereka yang merupakan anak “down syndrome” dan mempunyai masalah jantung. Baru-baru ini pula doktor mengesahkan masalah jantung anaknya bertambah teruk. Malah sejak anak mereka lahir Azlina bagai hidup dalam dunianya sendiri bersama anak mereka, Atiqa.
“Fikir apa, Encik Hisyam?” Hisyam terkejut dari lamunan dengan pertanyaan Nabila. “Nothing,” jawab Hisyam. “Cuma…. I ada terfikir you macam marah pada I je malam tu. Kenapa?”
“Eh, takdalah, I tak marah you pun. Maaflah kalau you terasa, Encik Hisyam,” Nabila menidakkan. Hisyam tersenyum, “I rasa you ni very patriotic.” Kata-kata Hisyam disambut dengan ketawa kecil oleh Nabila. “And why do you say that?” Nabila bertanya kembali. “Hmmm your discussion dengan duta Senegal malam tu memang menunjukkan yang you ni banyak pengetahuan tentang negara sendiri, dan tak putus-putus you bagi tahu dia the various policies of Malaysia. Bagus tu……”
“Hai negara sendiri, Encik Hisyam. Takkanlah kita tak ambil tahu. Especially bila berada di luar negara macam ni. Janganlah ditinggalkan terus berita-berita tentang negara sendiri.” Giliran Hisyam pula ketawa, “You ni macam perli I lagi, Nabila.”
“Nasiblah kalau you terasa diperli. I takda niat pun nak perli you,” jawab Nabila sambil tersenyum. Mereka diam seketika. Ada angin sepoi-sepoi bahasa menghembuskan udara nyaman. Nabila merasa nyaman kerana tubuhnya memang sedang kepanasan akibat bekerja tadi.
“Hmm hujung-hujung minggu apa aktiviti you selalunya?” Tanya Hisyam memecah kesunyian. “Pegi juga ke office, kerja. Either Saturday or Sunday,” jawab Nabila. “Bila-bila you free, datanglah ke rumah berkenalan dengan my wife,” pelawa Hisyam.
Nabila membuang pandangan ke arah tasik. Dia tidak tahu apa yang hendak diberikan sebagai jawapan. Ada perasaan tidak mahu berkenalan dengan isteri Hisyam. Tapi kenapa? Nabila sedar yang Hisyam membuatkan dia teringat akan Zafrim, suaranya, gerak gerinya. Ada ketikanya dia seperti merasakan seolah-olah Zafrim yang di hadapannya.
“Tapi kalau you sibuk, I faham,” kata-kata Hisyam mengembalikan fikiran Nabila yang terlayang. Dia tersenyum dan memandang Hisyam, “Insyaallah, boleh.” Nabila merasa kurang senang bertentang pandangan dengan Hisyam yang berkaca mata hitam gelap itu. Lantas dia mengembalikan pandangannya ke tengah tasik.
“Eh berbual pasal apa ni?” Syahrin datang dan duduk di sebelah Hisyam. “Tak ada apa-apa. Bual kosong aje,” jawab Hisyam. “Bual kosong?” Syahrin bertanya bagai tidak percaya. “Kalau dengan Nabila ni mana ada bual kosong. Dia ni kami panggil lawyer Malaya.” Kata-kata Syahrin disambut dengan ketawa dari Hisyam dan Nabila. “You ni ada-ada aje, Abang Syahrin. Tak kutuk I memang tak sah,” Nabila membalas gurauan Syahrin.
“Fuuuh panas jugak hari ni. Tapi bagus pun iye jugak, program berjalan lancar,” Syahrin memberikan komen tentang cuaca hari tersebut. Memang mereka mengharapkan cuaca baik kerana di antara acara yang diadakan ialah sukaneka.
“Tak habis lagi ke acara, Abang Syahrin?” Nabila bertanya. “Tengah final event tu.” jawab Syahrin. “Participation bagus this time. Ramai yang hadir. Food ok ke, Nabila?”
“Ok, ada sikit je lebih. Rasanya lepas ni akan habis,” jawab Nabila. “Farhan dan Farhana tu seronok betul I tengok,” Nabila berkata tentang dua orang anak kembar Syahrin yang berumur 3 tahun. Kedua-dua kanak-kanak itu berlari mengelilingi salah sebuah meja di situ sambil diperhatikan oleh Nur Asyikin, isteri Syahrin. Kedua-dua kanak-kanak itu memang sentiasa kelihatan bermain bersama.
“Eh anak engkau sebaya ke dengan anak-anak aku?,” Syahrin mengarahkan pertanyaan kepada Hisyam. Hisyam tersenyum, “Atiqa dah empat tahun. Lupa ke aku kawin dulu dari kau?” Syahrin mengangguk sambil ketawa, “Saja buat-buat lupa. Kalau you nak tau Nabila, Hisyam ni memang tak sabar-sabar nak balik. Tapi masa tu Azlina belum habis belajar. Baru first year kat UKM. Bila dapat tawaran kerja kat sini, ayah Hisyam sendiri suruh kerja dulu kat sini tak bagi balik. Padan muka.”
“You knew each other before?” Nabila bertanya kehairanan. “Kami sama-sama belajar kat Australian National University dulu,” jawab Syahrin dalam sisa ketawanya. Nabila hanya ikut tersenyum.
Terdengar bunyi satu tiupan wisel yang panjang menandakan tamatnya acara Hari Keluarga pada tahun itu. Suara sorak hadirin kedengaran seiring tiupan wisel. Nabila meminta diri dan bangun untuk menolong berkemas. Kawasan sekitar dapat dikemas dengan agak pantas kerana ramai yang menolong.
Kereta Syahrin sudah penuh dengan pelbagai barangan. Maklumlah bukannya ramai pelajar yang mempunyai kenderaan. Mereka yang mempunyai kenderaan dengan sukarela menggunakan kenderaan mereka untuk kegunaan aktiviti mereka yang diadakan sesekali.
“Nabila nak balik macamana? Kereta kami dah takda tempat duduk ni?” Tanya Nur Asyikin. Bukan kereta mereka sahaja yang sendat, kereta pelajar yang lain juga begitu. “Tak apa, Kak Kin, I boleh jalan. Bukan tak biasa pun,” jawab Nabila. “Laaa kesiannya, panas pulak tu cuaca hari ni,” Nur Asyikin menyuarakan simpati tetapi tidak tahu bagaimana hendak membantu. “Eh betul, Kak Kin, tak apa. Tiap-tiap hari pun berjalan ke office. Yang berjalan pun ramai tu ha,” kata Nabila bersungguh-sungguh.
Nabila pun berjalan dengan pelajar-pelajar yang lain. Memang suhu bertambah panas kerana matahari sudah mulai condong ke barat. Tiba di satu persimpangan Nabila berpisah dengan yang lain kerana mereka yang lain kebanyakannya tinggal di Unilodge. Apabila berjalan seorang, kepanasan matahari lebih terasa dan langkahnya pun terasa semakin perlahan.
Ada kereta yang berhenti di sebelah Nabila. Nabila menoleh dan terlihat Hisyam di tempat duduk pemandu. Dia menurunkan cermin tingkap. “Apa kata I hantar you? Panas ni. You pun sure belum sembahyang Dzohor,” pantas Hisyam berkata-kata memberikan sebab supaya Nabila tidak menolak pelawaannya. Nabila membuka pintu penumpang dan melabuhkan duduk di sebelah Hisyam. Terasa dingin dan nyaman tubuh Nabila terkena hembusan pendingin hawa. “Thanks,” sepatah kata Nabila.
Perjalanan dengan kereta memang sekejap sahaja. Hanya lima minit dan sepanjang lima minit itu tidak ada apa yang mereka bualkan. Hisyam memberhentikan di hadapan Graduate House. Sebelum sempat Nabila keluar Hisyam berkata, “I really hope that you could come over to our house dan berkenalan dengan my wife.” Nabila menoleh ke arah Hisyam. Dia tidak tahu apa tujuan Hisyam sebenarnya. Kenapa Hisyam tidak menawarkan untuk menumpangkan Nabila dan pelajar lain. Kenapa Hisyam mengekori Nabila sehingga Nabila meninggalkan mereka yang lain barulah Hisyam menawarkan untuk menumpangkan Nabila. Kalau Hisyam tidak jujur masakan dia mahu Nabila berkenalan dengan isterinya.
“So? Ok ke tak ok? Atau you nak tenung I sampai besok?” Kata-kata Hisyam mematikan persoalan di hati Nabila. Dia menundukkan wajahnya. Terasa malu dengan Hisyam kerana merenung dengan tidak sengaja. Memang Nabila tidak perasan dengan renungannya sendiri. Nabila angguk akhirnya dan berkata, “I’d like that.” Hisyam tersenyum, “Ok kalau macam tu, I’ll tell my wife.” Nabila keluar dari kereta dan berjalan terus ke arah Graduate House tanpa menoleh. Dia hanya mendengar deruan kereta Hisyam pergi.
Pelbagai soalan bermain di kepala Nabila sepanjang petang itu. Persoalan yang sama timbul berkali-kali. Persoalan tentang Hisyam.

“Untuk apa?” Tanya Azlina apabila Hisyam menyatakan hasrat untuk menjemput
Nabila makan malam supaya Azlina boleh berkenalan dengan Nabila. “Supaya Lina
boleh berkenalan dengan dia dan jadikan kawan,” jawab Hisyam. “Syikin tu kan
sibuk dengan anak-anak dia, dengan kelas mengaji lagi,” tambah Hisyam. Nur
Asyikin, isteri Syahrin memang aktif bermasyarakat. Ada beberapa keluarga
terutama yang dari Malaysia menghantar anak-anak mereka di hujung minggu untuk
diajar membaca muqaddam dan Al-Quran.
Ada kala dia ke rumah Hisyam menziarah Azlina dan anaknya. Nur Asyikin amat memahami akan masalah Azlina yang amat berat hendak bertemu dengan mereka yang lain. Hanya pada Hari Raya sahaja Azlina akan turut sama. Itupun dia akan segera pulang. Hisyam pula tidak sampai hati hendak membiarkan isterinya yang merasa janggal apabila berkumpul beramai-ramai.
“I don’t need anyone,” Azlina bersuara perlahan. Hisyam mengalih duduknya ke sebelah Azlina. Dia menggenggam tangan Azlina. Azlina hanya memandang Atiqa yang sedang duduk di atas lantai dan sibuk melukis.
“Berkenalan dulu dengan dia. Mana tahu dia macam Syikin juga yang Lina boleh buat teman. Syikin tu tambah sibuk sekarang ni sebab Syahrin tengah write-up thesis. Selalu balik tengah malam. Kalau ada teman lain, Lina taklah sunyi sangat. Lagipun diorang tu akan balik tak lama lagi. Once Syahrin submit his thesis diorang akan balik Malaysia,” Hisyam bersuara lembut memujuk. Dia mahu agar Azlina punya teman untuk berbicara, atau untuk berkongsi masalah, atau untuk berjalan ke mana-mana. Selama ini Azlina hanya menghabiskan masa di rumah jika tidak membawa Atiqa berjumpa doktor atau pakar terapi. Dunianya hanya berkisar sekitar kehidupan Atiqa. Dia akan menghantar Atiqa ke sekolah khas 3 kali seminggu. Hisyam cuba untuk mengambil tahu aktiviti anak mereka dan melibatkan dirinya. Tetapi Azlina bagai tidak mahu melibatkan Hisyam langsung. Dia tidak pernah memaklumkan tarikh dan waktu terapi dan temu janji dengan doktor. Hisyam yang terpaksa sentiasa bertanya tentang perkara-perkara tersebut.
Azlina diam. Perlahan dia menarik tangannya dari genggaman Hisyam. Hisyam memandang wajah isterinya. Sejak kelahiran anak mereka Azlina hidup dalam dunianya sendiri dan di dalam dunianya itu hanya wujud dirinya dan Atiqa. Hisyam amat mengerti yang Azlina menyalahkan dirinya sendiri di atas kekurangan anak mereka. Hisyam telah dinasihati oleh pakar supaya memahami keadaan Azlina. Hisyam sendiri ada kalanya tidak tahu dari mana datangnya kekuatan untuk dia terus bersabar dengan keadaan Azlina. Mungkin kerana cinta yang mendalam terhadap Azlina. Namun, ada waktu timbul rasa bimbang di sudut hati Hisyam, bimbang yang dia akan kehilangan kesabaran itu di satu ketika nanti.
Azlina beralih dan duduk di sebelah kiri Atiqa di atas lantai. Tangannya mengumpul batang-batang pensel warna yang bertaburan di atas meja. Hisyam ikut beralih duduk di sebelah kanan Atiqa, “Sayang lukis apa tu?” Tanya Hisyam. “Ukish mama, papa, ika,” jawab Atiqa dalam pelatnya. Hisyam tersenyum dengan jawapan Atiqah. Kelihatan tiga bentuk seperti lembaga manusia di atas kertas lukisan Atiqa. Hisyam mencium ubun-ubun kepala anaknya. Kasihnya terhadap Atiqa bukan kepalang apa lagi dengan kekurangan yang dimilikki Atiqa. Dia hanya mengharapkan yang Azlina menyedarinya.
Hisyam memegang tangan Azlina yang sedang bergerak mengumpulkan pensel warna, “Lina, pandang abang....,” lemah dan sayu suara Hisyam. Memang ada kalanya Hisyam kalah dengan rasa sayu yang datang dalam dirinya bila Azlina berkelakuan begitu. Sesungguhnya memang sudah lama dia tidak merasakan sentuhan dan belaian isterinya. Tetapi rasa marah tidak pernah timbul di hatinya. Hanya pilu dan sedih yang mendatang.
Azlina hanya memandang sekilas kepada Hisyam. Matanya diarahkan kepada Atiqa semula, “Ika nak minum?” Tanya Azlina. Atiqa angguk sambil berkata, “Nak shushu olat, mama.” Serentak itu dia mendongakkan wajahnya ke arah Azlina. “Papa ambilkan boleh?” Hisyam menawarkan diri. Atiqa mengalihkan pandangannya kepada Hisyam sambil tersenyum dan mengangguk-anggukkan kepala dengan laju. “Papa amik, papa amik. Mama no mama no.” Atiqa menggoyang-goyangkan jari telunjuknya ke arah mamanya. Hisyam ketawa kecil melihat tingkah anaknya sambil bangun dari duduk dan ke dapur. Dia kembali semula dengan segelas air susu cokelat. Atiqa bingkas bangun dan melompat-lompat ke arah papanya.
“Ika sit down. Minum properly. Lompat-lompat nanti tumpah,” Hisyam menyuruh Atiqa. Atiqa segera duduk di atas sofa dan menghulurkan kedua tangannya ke arah papanya. Hisyam menghulurkan gelas kepadanya. Atiqa memegang gelas dengan penuh hati-hati dan menghirup susu cokelat perlahan-lahan. Memang dia amat ingat dengan ajaran di sekolah khas dan ingatan-ingatan yang sering diberikan oleh mamanya.
“Ika dah pukul sembilan, mari tidur,” Azlina mengajak setelah susu cokelatnya habis. “Bash (brush) teeth,” Atiqa menunjal jari telunjuk ke mulutnya. Azlina tersenyum dan mengangguk. Hisyam memerhatikan senyum Azlina. Senyuman yang amat mahal dalam kehidupannya sejak empat tahun lepas. Dan Hisyam masih terpesona dengan senyuman yang disertai dengan lesung pipit di pipi kanan isterinya. Azlina memimpin tangan Atiqa ke bilik air. Hisyam mendengar kedua beranak itu berlawan cakap. Tiba-tiba Atiqa muncul kembali dan menyandar manja di paha Hisyam. Hisyam memeluk erat anaknya. “Papa sheep (sleep),” pinta Atiqa. Hisyam bangun memimpin tangan Atiqa. Atiqa memaut tangan Azlina yang berdiri di muka pintu ruang tamu.
Azlina duduk berlunjur di atas katil di sebelah Atiqa. Hisyam duduk di birai katil. Tidak henti-henti perkataan yang keluar dari mulut Atiqa. Semuanya diiakan oleh Azlina dan Hisyam. “Sayang, go to sleep. Mama tired, ok?” Pujuk Hisyam.
“Selalu ke dia macam ni?” Hisyam bertanya kepada Azlina. Azlina geleng. “Abang perasan macam payah je nak suruh tidur.” Memang ada ketikanya kalau Hisyam pulang awal dan sempat untuk menidurkan Atiqa, itulah yang dihadapi mereka. Atiqa tidak berhenti-henti bercakap sehinggalah dipujuk tidur oleh Hisyam. “Dia excited kalau Abang ada,” Azlina menjawab perlahan. “Kalau macam tu, Abang tunggu kat luar,” Hisyam hendak bangun dari duduk tetapi di tahan oleh Atiqa. “Papa no. Sheep,” Atiqa menepuk-nepuk bantalnya. Hisyam memandang wajah isterinya bagai meminta kebenaran. Azlina hanya mendiamkan diri.
Atiqa kembali tenang. Setengah jam kemudian dia melelapkan mata. Mata Azlina juga sudah mengantuk. Sudah dua, tiga kali dia tersengguk. Hisyam memegang bahu Azlina. “Lina, kita minum coffee, nak? Abang buatkan. Lama tak berbual dengan Lina.” Azlina hanya membisu. Hisyam menarik perlahan tangan isterinya. Azlina hanya menurut. Mereka kembali ke ruang tamu.
Hisyam melangkah ke dapur. Dia mengisi air ke dalam cerek elektrik dan memetik suis. Dicapainya botol nescafe dari kabinet dapur. Selang beberapa minit air di dalam cerek mendidih. Hisyam membancuh nescafe di dalam dua mug.
Hisyam kembali semula ke ruang tamu menatang dua biji mug. Azlina sedang duduk bersandar di sofa. Dihulurkan sebiji mug kepada Azlina. Hisyam mengambil tempat di sebelah Azlina. “Bila lagi terapi ika?” Hisyam bertanya memulakan perbualan. “Lagi dua minggu, on the 21st” Azlina menjawab ringkas. Segala-gala berkenaan Atiqa sentiasa tersimpan di fikirannya. Setiap temu janji dengan doktor dan ahli terapi diingatinya. Setiap aktiviti di dalam kelas dan kemajuan yang dilapurkan oleh guru juga tersimpan di fikirannya. Setiap kali Hisyam bertanya Azlina tidak perlu merujuk diari atau laporan bertulis. Jawapan sentiasa dapat diberikan. Manakan tidak, sepanjang hari hanya Atiqa tumpuannya. Hisyam amat maklum tentang perkara tersebut.
“Khamis ni ada appointment kat hospital kan?” Hisyam bertanya. Azlina mengangguk. “Abang dah apply cuti sehari. We go together, ok?” Azlina mendiamkan diri. Hisyam tahu walaupun Azlina membisu dia tidak akan membantah. Temujanji mereka pada kali ini ialah dengan pakar kanak-kanak yang sering merawat Atiqa dan pakar jantung. Temujanji mereka pada kali ini adalah penting. “Lina susah hati ke?” Tanya Hisyam. Hisyam melengkarkan lengannya dan memaut bahu Azlina. “Whatever it is, kita hadapi bersama. You always have me,” Hisyam berbisik ke telinga Azlina. Azlina terus membisu sambil menghirup nescafe.
Sememangnya Hisyam amat merindui untuk duduk bersama Azlina. Situasi yang begitu amat jarang berlaku. Azlina sering menolak untuk duduk bersama, apatah lagi untuk diajak berbual. Cuma ada ketika-ketikanya seperti malam itu, Azlina tidak menolak. Sudah cukup bagi Hisyam untuk merasa bahagia duduk di samping isterinya begitu walaupun Azlina banyak membisu. Tidak ada lagi kata-kata yang terkeluar. Masing-masing mendiamkan diri. Hisyam membelai rambut ikal Azlina yang mencecah bahu.
“Lina masuk tidur,” Azlina bangun setelah mugnya kosong. Hisyam mengambil mug dari tangan isterinya dan mengangguk. Azlina berlalu ke bilik tidur sementara Hisyam ke dapur membasuh mug.
Hisyam melangkah perlahan masuk ke bilik. Azlina sudah berselimut rapat. Cuaca malam memang agak sejuk. Hisyam duduk di birai katil. Dia mengusap pipi Azlina. “Sejuk ke? Abang switch on heater?” Azlina menggeleng. Hisyam mencium dahi Azlina, “I love you. I’ll always love you, Lina.” Hisyam mematikan lampu di meja sisi. Dan seperti selalu Azlina melarikan anak matanya dari memandang Hisyam. Perlahan Hisyam bangun dan menuju pintu. Dia keluar dan menutup pintu. Hisyam ke bilik sebelah, membaringkan diri di atas katil sofa. Sofa yang boleh dibuka dan digunakan sebagai katil menjadi tempat tidurnya selama ini.
Tiba-tiba dia teringat yang Azlina tidak memberikan kata putus tentang Nabila. Namun, Hisyam tahu yang Azlina hanya akan menurut sahaja akhirnya. Azlina memang tidak pernah membantah apa yang Hisyam lakukan.
Fikiran Hisyam menjalar kepada Nabila. Fikirannya berusaha keras untuk mengingati samada dia pernah bertemu dengan Nabila. Tetapi usaha itu sia-sia. Namun, Hisyam agak pasti yang dia pernah bersua dengan Nabila. Tangannya mencapai telefon bimbit dari atas meja dan menekan beberapa butang sehingga tertera nama Nabila. Dia mendapatkan nombor telefon Nabila dari Nur Asyikin. Agak lama bunyi deringan barulah kedengaran suara Nabila yang agak serak.
“Hello Nabila. This is Hisyam. You tak sihat ke?” Hisyam bertanya setelah mendengar suara serak Nabila menjawab telefon. “Oh, Encik Hisyam. No, I’m fine.”
“Dah tu kenapa suara you serak?” Hisyam terus bertanya. Nabila merasa hairan kenapa Hisyam menelefonnya waktu hari sudah larut malam. Dia memang kekurangan tidur malam sebelumnya kerana sibuk menyiapkan bahan yang diminta oleh supervisornya. “I dah tidur tadi sebenarnya,” Nabila menerangkan sebab mungkin suaranya kedengaran serak di telefon. “Oh, I’m very sorry. I tak perasan hari dah lewat malam.”
“It’s quite ok. I tidur awal tadi. Last night tidur dua jam je. Biasanya waktu macam ni belum tidur lagi”
“Wah kuat bekerja you ni.”
“Dah terpaksa, Encik Hisyam. Ada apa-apa hal ke you call I ni?”
“Tak ada apa yang penting. Cuma kalau you free this weekend, I nak jemput you dinner dengan family I.”
Nabila terdiam. Dia berasa serba salah sebenarnya. Ada rasa kesal setelah dia memberi persetujuan kepada Hisyam tempoh hari untuk makan malam di rumah Hisyam.
“Nabila, are you still there?” Hisyam bersuara setelah Nabila diam agak lama.
Nabila berdehem membetulkan suara, “Ya, I’m still here.”
“So, macamana? Ok ke?”
“Ok kot,” Nabila bagai teragak-agak memberi jawapan. “Eh macam tak sudi je,” Hisyam membalas. “Ok, ok,” Nabila bersuara pantas bagai hendak meyakinkan yang dia bukan tidak sudi. “What day will be suitable for you?” Hisyam terus bertanya. “Sunday should be alright,” jawab Nabila. “Kalau macam tu I’ll fetch you at around 7 in the evening.”
“Ok,” sepatah Nabila menjawab. Hisyam memutuskan talian. Nabila termenung. “Apa yang aku buat ni?” Dia bertanya dirinya sendiri. Dia mengakui yang fikirannya sering teringatkan Hisyam semenjak mereka mula berkenalan dulu. Berkali-kali Nabila meyakinkan dirinya yang dia cuma teringatkan Zafrim. Dan itulah keyakinan yang ada dalam dirinya sekarang. Kalau Hisyam tidak jujur terhadap dirinya dan isterinya tentu dia tidak akan mahu Nabila bertemu isteri dan anaknya. Nabila merebahkan tubuhnya semula. Tetapi matanya terasa payah hendak lelap.

Sejak jam empat petang tadi Hisyam sudah mula sibuk di dapur. Mengupas kentang
kemudian direbusnya. Daging steak yang di perap sejak malam sebelumnya
dikeluarkan dari peti sejuk untuk dibakar. Azlina menjenguk ke dapur. Hisyam
tersenyum seraya bertanya, “Lina nak tolong Abang ke? Boleh tolong prepare
salad?”
Azlina mencapai pisau dan membuka peti sejuk mengeluarkan bahan-bahan untuk salad. Hisyam memberitahunya sejak semalam tentang tetamu yang akan datang hari minggu itu. “Siapa namanya ye?” Azlina tertanya dalam hati tetapi tidak terlahir di bibirnya. Entah kenapa begitu payah untuknya mengeluarkan tutur kata dengan suaminya sendiri. Segala perasaan dan fikiran hanya tersimpan di hatinya. Dia memandang kepada suaminya. “Patutkah aku rasa cemburu?” Azlina meneka yang tetamu mereka masih belum berkeluarga kerana Hisyam memberitahu yang dia akan menjemputnya di kediamannya di universiti. Azlina meneruskan pekerjaan memotong tomato sambil melayan persoalan-persoalan di kepalanya.
“Fikir apa ni?” Azlina sedikit terkejut ditegur oleh Hisyam yang berdiri di sebelahnya. Hisyam memaut lengan isterinya dengan mesra. “Takda apa-apa,” Azlina tunduk. “Habis tu Abang tengok Lina potong tomato dalam slow motion je. Lina susah hati pasal Ika?” Azlina hanya mengangguk lemah mengiakan walaupun di ketika itu persoalan lain yangbermain di fikirannya.
Sebenarnya, pertemuan dengan dua orang pakar di hospital pada Khamis sebelumnya membawa berita yang kurang baik. Keadaan jantung Atiqa bertambah kritikal. Untuk menerima penderma memang sukar tambahan mereka bukan warganegara Australia. Pulang untuk rawatan di Malaysia sekarang ini menjadi satu alternatif buat mereka. Hisyam amat faham yang Azlina tidak suka untuk berada di Malaysia. Pandangan negatif bukan sahaja dari jiran tetapi dari keluarga sendiri yang menyebabkan mereka berkeputusan untuk datang ke Australia. Selain dari itu, tahap sistem pembelajaran bagi kanak-kanak istimewa seperti Atiqa sememangnya lebih baik di Australia.
“Lina jangan bimbang. Insyaallah semuanya akan berakhir dengan baik,” Hisyam memeluk bahu Azlina. Sesungguhnya Azlina rasa amat terharu. Dia sedar dia bukan isteri yang baik terutama sejak kelahiran anak mereka. Ketika Atiqa lahir dan keadaannya kurang sempurna, Azlina bagai orang hilang akal. Dia menangis tidak henti dan sering meluahkan kekesalannya Dan akhirnya dia menyalahkan diri sendiri di atas apa yang berlaku kepada Atiqa. Puas Hisyam dan keluarga memujuk tetapi kekesalan Azlina terlalu tebal. Ditambah pula dengan pandangan serong bukan sahaja dari orang sekeliling tetapi dari adik beradik sendiri, Azlina menjadi pendiam dan tidak mahu bertemu dengan orang lain.
Pernah Hisyam meninggikan suara memarahi abang Azlina kerana dia mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya terhadap Azlina dan dirinya. “Apa dosa yang korang buat sampai dapat anak macam ni,” nada menyindir abang Azlina menyiat pedih hati Azlina. Dia hanya menangis. Tetapi kata-kata yang begitu sudah tentu mengundang kemarahan Hiosyam sendiri. Dan berlakulah pertengkaran. Apabila pertengkaran begitu, sudah tentu ibu dan ayah Azlina memihak kepada abangnya hanya kerana marahkan Hisyam yang bersikap kasar terhadap anak mereka. Semuanya membuatkan Azlina merasa tertekan. Oleh kerana kasihan dengan Azlina dan juga faktor perubatan anak mereka, Hisyam memohon untuk bertukar tempat bertugas ke Australia dan akhirnya dia ditempatkan di Canberra.
Hisyam memetik jari di hadapan muka Azlina menyedarkan Azlina dari lamunan lagi. Hisyam mengambil pisau dari tangan isterinya, “Lina duduk kat stool ni biar Abang sambung potong.” Azlina hanya mengikut kata Hisyam dan duduk di atas bangku yang mereka gunakan untuk mengambil barang di kabinet atas. Dia hanya memerhatikan Hisyam yang sibuk memotong sayur sambil menjenguk “grill” yang membakar daging steak. Sesekali Hisyam berkata-kata tetapi tidak sepatah pun yang Azlina dengar. Fikirannya terus melayang.
“Kenapalah engkau terlalu baik, Hisyam,” bisik hati kecil Azlina. Dia cuba untuk melupakan rasa bersalah terhadap Hisyam tetapi tidak berdaya. Dan perasaan bersalah itu semakin hari semakin menebal ditambah dengan segala kasih sayang yang ditunjukkan oleh Hisyam. “Lelaki apakah Hisyam ini? Malaikatkah dia ini?” Soalan itu sering bermain di benaknya. Lelaki mana yang dapat bersabar hidup dalam rumahtangga tanpa layanan dan belaian isteri. Bukan sekejap tetapi bertahun-tahun.
Setiap malam Hisyam akan bisikkan cintanya di telinga Azlina. Tidak pernah Hisyam meluahkan rasa tidak puas hati kerana perhatian Azlina hanya dicurahkan kepada Atiqa. Azlina tahu suaminya kesunyian sebab itulah dia sering pulang lewat. Paling awal pun jam 7 petang. Kebiasaannya Hisyam akan pulang sekitar jam sepuluh malam atau lebih lewat. Azlina tidak pernah bertanyakan ke mana dia.
Gumpalan rasa kesal dan bersalah bertambah tebal di hatinya setiap kali Hisyam membisikkan kata cinta, setiap kali Hisyam membelainya dan setiap kali Hisyam memeluk dan membelai anak mereka. Itu semua semakin menambah rasa bersalah dalam dirinya. Rasa bersalah kerana tidak dapat melahirkan anak yang sempurna untuk Hisyam. Rasa bersalah kerana tidak dapat membahagiakan Hisyam dengan zuriat yang baik.
“Mama!” jeritan Atiqa yang sudah berdiri di muka pintu dapur menyedarkan Azlina. Dia bingkas bangun mendapatkan anaknya yang baru bangun dari tidur. “Papa cook apa?” Tanya Atiqa kepada Hisyam. Hisyam mendokong Atiqa dan menunjukkan daging steak di atas grill. “Hmmmm dap....,” Atiqa mengangguk-anggukkan kepalanya. “Ika, mari mandi sikit,” Azlina mengajak Atiqa.
“Papa, andi?” Atiqa memandang wajah ayahnya dengan pandangan meminta. “Papa tengah masak, Ika mandi dengan mama ye,” Azlina memujuk. Atiqa menggeleng-gelengkan kepala. “Takpa, Abang mandikan dia. Kejap lagi habislah ni.”
Riuh bilik mandi dengan suara Atiqa. Terlalu gembira dia dimandikan ayahnya. Azlina meninggalkan kedua-duanya dalam bilik air setelah menyediakan pakaian untuk Atiqa. Dia berlalu ke dapur untuk berkemas dan menyediakan meja makan. Hatinya diruntun kepiluan mendengar suara Atiqa. Anak itu petah dan lincah walaupun dengan kekurangan yang dimilikkinya. Tetapi selepas kepetahan dan kelincahan Atiqa akan kepenatan.
“Amboi dah siap rupanya. Thanks, Lina. Eh Abang pegi jemput Nabila ye? Dah enam lebih ni. Atau Lina nak ikut sekali?” Hisyam menegur Azlina yang sedang memerhatikan meja makan yang sudah siap teratur. Azlina memandang Hisyam agak lama bagai sedang berfikir sesuatu. Hisyam hanya memerhatikan gelagat isterinya. Dia amat faham yang fikiran Azlina sering melayang dan ada kalanya dia mengambil masa untuk memberi reaksi kepada orang lain.
“Tak apa, Lina tunggu kat rumah,” Azlina akhirnya berkata sambil menggeleng. “Ika ikut mama,” pinta Hisyam. Atiqa mengangguk. Dia kelihatan seperti kepenatan. Bagai tidak percaya yang hanya sebentar tadi dia berkeadaan ceria bersama papanya di bilik mandi.
Hisyam tiba agak awal di Graduate House. Dia hanya duduk di dalam kereta sambil mendengar alunan suara Michael Buble. Tepat jam tujuh dia lihat Nabila keluar dari pintu utama. Nabila menuju ke arah keretanya. Hisyam keluar dari kereta dan melemparkan senyuman kepada Nabila. Nabila mengenakan blouse warna merah hati, tudung hitam dan skirt labuh hitam.
“Assalamualaikum,” Nabila menegur dengan memberikan salam. Hisyam menjawab salam Nabila seraya bertanya, “You apa khabar?”
“Baik.” ringkas jawab Nabila. “Shall we go?” Tanya Nabila apabila dilihatnya Hisyam hanya tercegat di sebelah pintu kereta memandangnya. Hisyam tersenyum sambil masuk ke dalam kereta. Nabila ikut masuk. Hisyam menghidupkan enjin kereta.
“Lama dah ke you tunggu?” Tanya Nabila apabila kereta mula bergerak. “Adalah 10 minit,” jawab Hisyam. “Kenapa you tak call je. Kalau tau you awal, I turun awal tadi,” Nabila membalas jawapan Hisyam. Rasa bersalah pula membiarkan Hisyam menunggu.
“Eh memanglah I kata pukul 7. You pun tepat-tepat pukul 7 muncul dari pintu hostel. Memanglah you ni menepati janji betul, tak cepat dan tak lambat walau seminit.”
“Hmmm, macam perli je....,”
“Sorrylah, Nabila kalau you rasa I perli you. Takda niat pun nak perli you.”
Mereka diam seketika. Nabila leka mendengar alunan lagu-lagu lama yang dinyanyikan semula oleh Michael Buble. “Minat ke dengan Michael Buble ni?” Hisyam bertanya apabila disedarinya yang Nabila bagai asyik mendengar irama lagu.
“Suka lagu-lagu dia.”
“Tak minat dengan orangnya? I rasa dia ni ramai peminat wanita.”
“Tak kenal macamana nak minat dengan orangnya.”
“Oh macam tu ke...”
“Kenapa Encik Hisyam ni?”
“Kenapa apa?”
“I tengok you happy je.”
“Mana you tau I happy.”
“Dari tadi you senyum je.”
“Iye ke? I pun tak perasan I asyik senyum. Agaknya betullah I happy ni.”
“Sebab itulah I tanya kenapa.”
“Hari ni my wife tolong I masak.”
Nabila memandang Hisyam kehairanan. “Hai isteri tolong masak pun happy semacam?” Hati Nabila berbisik. Bagai mahu bertanya lagi tapi dia menahan dirinya. Takut pula Hisyam menyangka yang dia suka menyibuk.
“Janganlah salah faham,” Hisyam bersuara kembali setelah Nabila tidak memberi respon. “I ni masak sesekali masa cuti or weekend je. Selalunya Lina yang masak sebab I selalu balik lambat. Nanti you sangka I ni kena queen control pulak.”
“I tak sangka apa-apa pun, Encik Hisyam.”
“Kalau you tak panggil I encik boleh tak?” Hisyam mengubah topik perbualan mereka. “Tak boleh kot,” jawab Nabila. “Eh kenapa pulak tak boleh.” Hisyam kehairanan. Biasanya kalau diminta untuk memanggil namanya sahaja, mereka yang pernah menemuinya terus sahaja menurut. “Peliklah budak ni,” Hisyam berkata-kata dalam hatinya. “Dah biasa, susah nak tukar,” Nabila memberikan sebab. “Alahai biasa apanya. Inilah kali ketiga kita jumpa. Kalau dari sekarang you mula panggil nama I sahaja tanpa berencik, lama-lama biasalah.”
“Tengoklah...,” Nabila membuang pandangan ke luar tingkap. Hari mulai gelap. Nabila mengira sudah masuk waktu maghrib. Telinganya menangkap bunyi ketawa dari Hisyam. “Kenapa you ketawa?” Dia bertanya dengan suara yang agak tinggi. “Nak tukar panggilan pun nak tengok dulu. Nak tengok apa, Nabila?” Nabila hanya diam. Dia merasa kurang senang dengan gurauan Hisyam. Lagak Hisyam bagai sudah lama berkenalan dengan dirinya. Tetapi sebenarnya dia juga sudah mula merasa selesa berbual dengan Hisyam pada kali ini.
“You marah ke?” Hisyam bertanya setelah dilihatnya Nabila diam. “I apologise kalau you kecik hati dengan gurauan I.” Nabila menggelengkan kepalanya. Takut sekiranya Nabila akan terus tersinggung, Hisyam beralih bertanya tentang pelajaran dan pekerjaan Nabila. Dan perbualan mereka hanya berkisar sekitar pekerjaan mereka berdua sehinggalah sampai di rumah Hisyam.
Sampai di rumah Hisyam, Nabila diperkenalkan kepada Azlina. Atiqa sedang leka menonton televisyen. Dia hanya memandang sekilas kepada Nabila. “Ika,” panggil Hisyam. Atiqa menoleh apabila mendengar suara tegas ayahnya. “Salam kakak dulu ni,” dia menyuruh. Nabila ketawa kecil seraya berkata, “Panggil auntie je. I pun bukannya muda lagi. Dah ada dua orang anak sedara.”
Nabila membuka beg yang tersangkut di bahunya dan mencari-cari sesuatu. “Auntie ada something nak bagi Ika, come here,” ajak Nabila. Perlahan Atiqa bangun dan menghampiri Nabila. “Ini pun dia,” Nabila menghulurkan satu beg kertas kecil berwarna merah jambu. Atiqa teragak-agak hendak mengambilnya. Nabila berteleku di hadapan Atiqa dan mencapai tangannya. Dia meletakkan tali beg di dalam genggaman Atiqa.
“What do you say, Iqa?” Tanya Azlina. “Eng kiu (thank you),” Atiqa memandang Nabila. Dia tersenyum dan meletakkan tangannya di pipi Nabila. “Auntie pitiii (pretty).” Mereka bertiga ketawa. “Ooh dah dapat present baru nak kata auntie pretty ye,” usik Nabila lagi. Atiqa mengeluarkan isi beg. Nabila sempat membelikan sebuah buku kanak-kanak sebagai buah tangan untuk Atiqa. Mata Atiqa bulat menandakan dia sangat gembira dengan buku yang penuh warna warni itu. Atiqa duduk kembali sambil membalik-balikkan muka surat buku tersebut.
Nabila meminta izin untuk menunaikan solat maghrib. Azlina membawanya ke bilik dan membentangkan sejadah. Azlina ke dapur semula sementara Hisyam juga bersolat di bilik sebelah.
Mereka menikmati hidangan. Nabila perasan yang Azlina tidak banyak bercakap. Dia kesal juga kerana Hisyam tidak memberitahunya yang isterinya itu terlalu berat mulut. Sepatah ditanya, sepatah sahaja yang Azlina jawab. Yang meriuhkan suasana ialah Atiqa yang hanya makan aiskrim. Azlina memberitahu yang dia sudah menyuapkan makan malam Atiqa sebelum mereka sampai tadi. Atiqa bagai terburu-buru hendak menghabiskan pencuci mulutnya. Azlina sibuk melayan kerenah Atiqah. Setelah mamanya membersihkan mulutnya, Atiqa mengambil tempat duduk di sebelah Nabila sambil memerhatikan Nabila makan.
“Kenapa tengok auntie je?” Tanya Nabila. Atiqa hanya tersenyum tidak menjawab. “You sebenarnya kena perangkap sendiri,” Hisyam menjawab. Nabila memandang Hisyam sambil berkerut. “Dia nak minta Nabila bacakanlah buku tadi tu,” perlahan suara Azlina memberitahu. Nabila ketawa, “Ooh nak suruh auntie baca. No problem. I’ll read it to you after I finish my dinner, ok?” Makin lebar senyum Atiqa. “Hopefully you tak menyesal, Nabila,” Hisyam mengusik.
Nabila duduk di atas sofa dan Atiqa bersandar manja di sebelahnya. Tangannya sibuk menunjuk ke muka surat buku. Hisyam masuk ke ruang tamu sambil menatang dulang berisi 3 biji mug berisi nescafe panas. Azlina mengikuti dari belakang dengan sepiring kek. “Hmmm smells good,” kata Nabila apabila aroma nescafe memenuhi ruang tamu. “I tau student mesti suka coffee,” balas Hisyam sambil meletakkan dulang di atas meja kecil.
Azlina mendapatkan Atiqa untuk diajak tidur. Dengan berat hati Atiqa bangun. Dia mengucapkan selamat malam kepada Nabila. Kedua telapak tangannya diletakkan di pipi Nabila sambil diciumnya dahi Nabila. Azlina dan Hisyam agak terkejut dengan tingkah Nabila. Tidak pernah lagi dia menunjukkan kemesraan sedemikian dengan sesiapa selain dari mereka berdua. Apatah lagi dengan orang yang baru sahaja ditemui. Nabila mencium kedua pipi anak kecil itu.
“She likes you very much,” komen Hisyam. “I dah ada dua orang anak buah. Tapi lelaki semuanya,” balas Nabila. Dia merasa kurang selesa duduk berdua dengan Hisyam sementara Azlina masuk ke dalam bilik menidurkan Atiqa.
“How’s your thesis going?” Tanya Hisyam setelah mereka diam beberapa ketika. “Ok I guess,” jawab Nabila. “Hmmm macam tak confident je,” berkata Hisyam. “Phd ni selagi tak submit memang tak boleh nak confident. Kalau datang rasa confidence tu sekejap je. Lepas tu hilang,” balas Nabila.
“Kenapa pulak macam tu?” Hisyam bertanya kehairanan, “Bukan ke thesis tu dalam bidang yang you are expert in?”
“Memanglah, Encik Hisyam. Sebenarnya, kita rasa ok bila semuanya ok. Tapi selalu juga tak ok. Rasa macam nak ko pun ada jugak... especially bila supervisor highlight mistakes kita. Ada kala rasa macam bodoh je,” Nabila meluahkan sambil ketawa kecil. “Ooh begitu,” Hisyam terangguk-angguk. Teringat dia kepada Syahrin yang sedang berhempas pulas menyiapkan thesis.
Selang beberapa minit kemudian Azlina masuk semula ke ruang tamu. “Dah tidur?” Tanya Hisyam. Azlina mengangguk. Dia duduk bersama mereka. Hanya Nabila dan Hisyam yang banyak berbual. Azlina langsung tidak berkata apa-apa melainkan apabila ditanya oleh Nabila dan Hisyam sendiri. Nabila meminta diri apabila jam sudah menunjukkan 10.30 malam.
“Terima kasih for the dinner,” kata Nabila sambil bersalaman dengan Azlina. “Sama-sama,” jawab Azlina sambil tersenyum nipis.
“Thank you for treating Ika like any other kids. That meant a lot to me and especially to Lina,” Hisyam membuka bicara di dalam kereta. “Manusia ni Allah jadikan sama saja, Encik Hisyam. In fact Ika lagi bertuah, tak ada dosa,” balas Nabila.
“I sebenarnya nak Lina gain her faith in life. Sejak Ika lahir, she has become the most....no actually the only thing in her life. As if she only lives for her,” kata Hisyam. Matanya di arahkan ke jalanraya yang terbentang di hadapannya.
“You should understand she’s being tried to the limit. Sudah tentu berat tanggungan dia,” kata Nabila pula. “I’ve been more than understanding....,” balas Hisyam dalam nada yang terlalu perlahan. Nabila diam. Bagai ada yang tersirat di sebalik ayat tersebut tetapi dia tidak mahu bertanya.
“Thanks again, Nabila. Hope we can do it again some time,” Hisyam berkata semasa Nabila keluar dari kereta. “You’re welcome. Kalau ada apa-apa yang I boleh tolong you and Lina, just let me know.” Nabila keluar dari kereta dan menaikki tangga menuju ke pintu utama. Nabila berpaling di hadapan pintu. Dilihatnya Hisyam masih tercegat di sebelah keretanya. Nabila serba salah, tidak tahu bagaimana hendak bereaksi. Dia melambaikan tangan dan berpaling semula. Sayup terdengar bunyi enjin kereta meninggalkan kawasan Graduate House.
Nabila melabuhkan duduk di birai katil. Dia rasakan dia faham sekarang kenapa Hisyam begitu beria-ia mahu dia berkenalan dengan isterinya. Azlina perlukan teman. Mempunyai anak yang kurang sempurna sudah tentu memerlukan perhatian yang lebih sebagai seorang ibu. Sudah tentu ianya lebih memenatkan dengan pelbagai rawatan dan terapi.
Tiba-tiba telefonnya berbunyi, ada pesanan yang masuk. Dari emak di kampung, bertanyakan kabar. Nabila tersenyum. rasanya baru seminggu dia tidak menelefon. Memang emak dan ayahnya terlalu memberikan perhatian kepadanya dan Nabila tahu mereka lebih susah hati tentang dirinya selepas peristiwa itu. Peristiwa di mana Nabila menghilangkan diri selama beberapa hari setelah majlis pernikahannya terpaksa di batalkan. Nabila mengeluh. Zafrim datang lagi mengganggu fikirannya. “Sampai bila harus begini?” Tanya hati kecilnya. Saban hari dia masih teringatkan Zafrim.

Nabila begitu terkejut membaca pesanan ringkas di telefonnya yang dihantar oleh
Faizah, salah seorang kawannya di senja itu.
“Anak En. Hisyam meninggal. At hospital sekarang.”
Faizah sudah tentu cuba untuk menghubunginya kerana terdapat 7 miss call dari Faizah dan beberapa lagi dari kawan-kawannya. Sudah tentu mereka cuba untuk memaklumkan berita itu kepadanya.
Nabila terduduk di kerusi. Dia masih di pejabat. Dari jam dua petang tadi dia begitu sibuk. Bertemu dengan supervisornya. Selain dari thesis Nabila, mereka berbincang tentang kertas kerja yang akan dibentangkan di konferens yang akan Nabila hadiri pada hujung bulan November nanti. Malah dia sibuk sejak kebelakangan ini kerana dia sedang menulis thesisnya.
Nabila terkenang kali pertama dia bertemu Atiqah di awal tahun. Kemudian dia ada ke rumah Hisyam lagi tetapi cuma sekali. Atiqah ada dimasukkan ke hospital selepas itu dan Nabila sempat menziarahinya. Setiap kali bertemu Nabila anak itu bertambah manja. Tambahan pula Nabila pasti membawa buah tangan setiap kali berjumpa Atiqah. Dia kesal kerana tidak dapat menjenguk Atiqah kebelakangan ini kerana agak sibuk. Dia mendapat tahu Atiqah dimasukkan ke hospital dua hari lepas.
Nabila menelefon Faizah untuk mendapatkan maklumat lanjut. Nabila ke hospital selepas solat maghrib di ruang pejabat. Teman sepejabatnya sudah pulang. Pelajar-pelajar PhD diberikan bilik yang dikongsi bersama dua atau tiga orang. Nabila terpaksa menaiki teksi kerana rakan-rakannya telah pergi menziarah petang tadi. Nasib Nabila baik dia dibenarkan masuk. Dia bertemu Azlina dan Hisyam. Zahid dan isterinya masih ada di situ. Mereka semua sedang bersiap-siap untuk pulang rupanya. Nabila memeluk erat Azlina. “Maaf, I ada appointment dengan supervisor, dapat tahu pun lewat tadi.” Azlina hanya diam. Hisyam mengangguk.
“Kita datang semula pagi esok,” Zahid memberitahu. “We need to settle things with the funeral director sebelum kebumi,” sambung Zahid. Nabila membantu membawa beg berisi barang Azlina. Hisyam memapah Azlina ke lif.
Di tempat letak kereta, Hayati, isteri Zahid berbisik kepada Nabila dan suaminya, “I think someone needs to be with them. Nabila, boleh you temankan diorang?” Nabila teraga-agak. Namun ketika itu menjelma wajah Atiqa yang sedang tersenyum. Nabila mengangguk.
“Hisyam, Nabila boleh temankan Azlina malam ni,” Zahid memberitahu Hisyam. Hisyam hanya mengangguk. Nabila masuk ke kereta Hisyam. Hisyam terdiam sebentar di tempat duduk pemandu. Dia menoleh memandang Nabila di belakang, “You ada nak balik your room ambil barang?” Tanyanya. Nabila serba salah. Dia tidak mahu menyusahkan mereka. Dia menggeleng. “Tak apalah. Balik aje ke rumah you. Kalau you bagi, let me drive to my college to get a few things.” Hisyam berpaling semula dan mula memandu keluar dari kawasan hospital.
Apabila Nabila datang semula ke rumah Hisyam, suasana sunyi sepi. Nabila menghenyakkan tubuhnya di sofa di ruang tamu. Dia mengagak sudah tentu Hisyam dan Azlina di dalam bilik. Nabila menyandarkan kepalanya, dipejamkan matanya. Terbayang-bayang kembali saat-saat dia bersama Atiqa.
Tangannya memimpin Atiqa di tepi tasik. Nabila tersenyum melihat Atiqa terlompat-lompat. Tocang rambutnya berayun-ayun. Hisyam berjalan mendapatkan mereka. Nabila tercari-cari Azlina namun tidak ada. Nabila hairan kenapa Hisyam sendirian.
“Nabila!” Ada suara yang memanggilnya. Seakan suara Hisyam tetapi mulut Hisyam tidak bergerak pun. “Nabila!” Dan kelihatan satu susuk tubuh datang dari belakang Hisyam. Langkah Nabila terhenti. Jantungnya bagai berhenti berdegup. Zafrim datang kepadanya, menggenggam tangannya. Nabila cuba menarik tangannya tetapi pegangan Zafrim sungguh kejap.
“Lepaskan I, Zafrim,” Nabila sudah mula menangis. Dia mencari Hisyam dan Atiqa. Tetapi mereka tiba-tiba hilang dari pandangannya. Nabila menolak tubuh Zafirm sekuat hatinya.
“Nabila! Nabila!...” Nabila membuka mata. Hisyam sedang berdiri di hadapannya dan sedang memegang tangannya. Wajah Nabila berkerut. Perlahan Hisyam melepaskan pegangannya, “I’m sorry. I think you mengigau.”
Nabila meraup wajahnya dengan telapak tangannya. Dia beristighfar beberapa kali. Mungkin akibat terlalu letih dia tertidur dengan fikiran yang kurang tenang. Hisyam duduk di kerusi berhadapan dengan Nabila.
“Pukul berapa ni?” Tanya Nabila. “Dua,” sepatah jawab Hisyam. Matanya merenung Nabila. “How’s Lina?” Nabila bertanya lagi. Dia merasa kurang senang dengan renungan Hisyam. “She’s sleeping.” Mereka duduk dalam diam. Nabila serba salah hendak bertanya di mana dia harus tidur.
“Who was that?” Tiba-tiba Hisyam bertanya. Dahi Nabila berkerut tidak faham akan pertanyaan Hisyam. “Siapa?” Dia bertanya kembali. “You sebut nama somebody tadi,” kata Hisyam. Nabila terdiam seketika. “Takdalah. You salah dengar....,” Nabila cuba mengelak. Hisyam terus merenungnya. Dia merasa pasti dia memang kenal dengan Nabila walaupun mereka tidak pernah berjumpa.
“I jengok Lina kejap,” Nabila bingkas. Dia tidak tahu kenapa Hisyam merenungnya sedemikian. Nabila melangkah ke bilik Azlina. Azlina hanya berbaring dengan mata berkelip-kelip memandang siling. Ada airmata yang masih mengalir. Dia sudah terlelap sebentar tadi tetapi tersedar semula. Tidurnya langsung tidak lena. Nabila duduk di birai katil.
“Dia dah takda,” Azlina berbisik. Nabila memegang bahu Azlina. “Sabar, Lina,” hanya itu yang dapat dia tuturkan. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan. Hatinya berkata-kata, tidak akan ada apa-apa yang dapat mengubati luka seorang ibu yang kehilangan anaknya. Pintu bilik terkuak. Hisyam bersandar di pintu melihat mereka. Suasana kembali sepi, hanya terdengar esakan perlahan Azlina.
Hisyam melangkah masuk dan berkata kepada Nabila, “You boleh tidur kat bilik sebelah.” Nabila bangun dan meminta diri dari Azlina. Sewaktu menutup daun pintu dia sempat melihat Hisyam menggenggam tangan Azlina.
Nabila memandang sekeliling bilik. Ada komputer peribadi terletak di atas meja. Kedudukan meja membelakangkan tingkap. Di sudut kanan ada sofa bed. Di atasnya pula kelihatan briefcase yang terbuka. Beberapa helaian kertas ada di atasnya. Kelihatan juga sebuah almari pakaian di dinding sebelah kiri. Nabila meneka tentulah Hisyam bekerja di bilik itu.
Nabila melangkah ke hadapan almari. Entah kenapa tangannya membuka pintunya. Kelihatan baju kemeja serta kemeja t dan seluar panjang tersangkut dalam almari tersebut. Ada persoalan yang berligar di kepalanya. Di sebelah almari pakaian terdapat meja berlaci. Ada dua botol minyak wangi untuk lelaki, sikat, jam tangan dan beberapa barang yang lain. Nabila mengemas sofa bed dan merebahkan tubuhnya. Dia cuba melelapkan mata.
Keesokkan harinya, Nabila sudah bersiap awal-awal lagi. Dia berkira sudah tentu Hisyam mahu menggunakan bilik kerana barang-barangnya ada di situ. Suasana rumah masih sepi. Nabila ke dapur bertujuan untuk menyediakan sarapan. Terpaksa dia membuka semua pintu kabinet dapur untuk mencari bahan-bahan yang difikirkan boleh digunakan untuk bersarapan. Setelah siap beberapa keping pancake dia membancuh kopi untuk dirinya. Nabila ke ruang tamu untuk menunggu Hisyam dan Azlina.
Alangkah terperanjatnya Nabila apabila dia mendapati Hisyam berada di ruang tamu. Nabila tercegat di muka pintu. Semasa dia lalu di hadapan pintu ruang tamu untuk ke dapur, dia tidak menyedari akan Hisyam yang ada di situ kerana keadaan masih gelap tadinya. Dia serba salah. Dia hendak berpatah balik tetapi tidak tahu hendak ke mana.
“Please, duduk,” Hisyam menyedari Nabila yang dalam keadaan serba salah. Nabila teragak-agak melangkah dan duduk di sofa yang terletak bertentangan dengan Hisyam. “You nak coffee? I bancuhkan,” Nabila menawarkan. Hisyam menggeleng. Wajahnya kelihatan amat kusut. Matanya kemerahan mungkin tidak tidur semalaman.
“Lina masih tidur lagi?” Tanya Nabila. Hisyam diam tidak menjawab. Melihatkan sehelai gebar yang berada di atas lantai berdekatan kaki Hisyam, Nabila dapat mengagak yang Hisyam berada di ruang tamu semalaman tadi. Mereka duduk dalam diam.
“Can I say something?” Nabila meminta izin. Hisyam memandang Nabila. “You need to calm yourself. For Lina’s sake and yours. Ajak dia baca yassin atau Qur’an. The two of you terpaksa terima semua ni dengan redha. Kalau tak, you akan miserable,” satu-persatu Nabila mengeluarkan kata-kata dengan lembut. Dia takut sekiranya apa yang dia katakan akan disalah ertikan sebagai campur tangan. Tetapi dari pemerhatiannya, Azlina dan Hisyam tidak saling membantu dalam menghadapi dugaan besar Allah ketika itu. Hisyam mengeluh tetapi tidak membalas kata-kata Nabila.
Hisyam bangun dan berlalu keluar dari ruang tamu. Nabila dengar pintu bilik air dibuka dan kemudian bunyi percikan air. Pelbagai soalan bermain di kepalanya yang dia sendiri tidak tahu jawapannya. Nabila bangun menuju ke bilik Azlina.
Dia menguak daun pintu dengan perlahan. Azlina sedang duduk bersandar di atas katil. Matanya merah. “You dah solat subuh?” Tanya Nabila. Azlina hanya memandang ke wajah Nabila. Nabila memegang tangan Azlina dan menariknya perlahan. “You ambil wudhu’, solat dulu. Lepas tu kita baca Yassin sama-sama,” Azlina menurut dan bangun menuju ke bilik air yang ada di dalam biliknya.
Nabila tidak tahu apa yang dilakukan Hisyam. Dia sudah tidak peduli lagi. Hatinya begitu simpati dengan musibah yang menimpa mereka. Tetapi dia tidak dapat menghilangkan rasa marah terhadap Hisyam. Dia tidak faham kenapa Hisyam tidak menemani isterinya semalaman. Bukankah mereka sepatutnya bersama-sama mengharungi dugaan ini. Bukan menyendiri seperti yang sedang berlaku di depan matanya.
Selepas membaca Yassin bersama, Nabila menunggu Azlina sehingga dia siap berpakaian. “I made some pancakes. Let’s have some breakfast,” Nabila mengajak Azlina. Ketika melalui ruang tamu dia menyedari Hisyam sedang duduk di situ lagi. Di ruang makan, Azlina hanya menurut apa yang disuruh oleh Nabila. Dia duduk di meja makan. Matanya merenung kosong. Nabila menyediakan kesemuanya dan dia duduk di sebelah Azlina untuk memastikan yang Azlina makan dan minum. Setelah itu mereka ke hospital. Hisyam langsung tidak menjamah sarapan.
Jenazah terus dibawa ke masjid yang terletak di satu kawasan bernama Yarralumla. Kebetulan masjid terletak berhadapan dengan pejabat Kedutaan Malaysia. Kakitangan kedutaan yang beragama Islam turut bersolat jenazah berjamaah di masjid. Ramai yang mengiringi jenazah Atiqa ke tanah perkuburan Islam yang terletak di sebelah utara bandar Canberra. Perjalanan memakan masa lebih kurang setengah jam.
Suasana pilu menyelubungi keadaan ketika pengkebumian. Nabila berdiri di belakang menyembunyikan airmatanya. Namun, dia masih dapat melihat dengan jelas Azlina menahan esakan. Tidak seperti semalam, Hisyam tidak memeluk atau memapah Azlina. Dirinya juga seperti tidak sedar akan kehadiran yang lain.
Zahid, Hayati dan Nabila orang paling akhir beredar bersama Azlina dan Hisyam. Nabila memandu kereta Hisyam. Sesekali terdengar esakan Azlina yang duduk di belakang. Tidak ada yang bersuara sepanjang perjalanan mereka.
Sesampai di rumah, Hisyam terus melangkah keluar dari kereta dan menuju ke
rumah. Nabila agak tersinggung dengan tingkah Hisyam seolah tidak memahami
kesedihan yang dialami Azlina. Nabila terus sabar menunggu Azlina keluar dari
kereta dan masuk ke rumah. “Anak En. Hisyam meninggal. At hospital sekarang.”

Nabila menyedari yang Hisyam berada di dalam bilik Atiqa kerana dia tidak ada di ruang lain. Nabila duduk menemani Azlina. Dia tidak pasti berapa lama dia mesti menunggu masa yang sesuai untuk dia pulang. Nabila duduk di sofa yang terletak di hujung katil sementara Azlina terus berbaring. Nabila tidak lupa untuk mengajak Azlina membaca Yassin setelah solat Dzohor dan Asar.
Nabila mengetuk pintu bilik Atiqa. Dia perlu memberitahu Hisyam yang dia perlu pulang sebelum hari gelap. Hisyam membuka pintu. “I need to go now. There’s a bus in twenty-minute’s time,” Nabila memberitahu. Hisyam diam memandang Nabila seolah sedang berfikir. Kemudian dia berkata dengan perlahan, “I’m given one week compassionate leave. You can take my car,” dan kemudian dia terus berpaling.
Nabila mengikut langkah Hisyam ke dalam bilik Atiqa. Hisyam bagai tidak nampak Nabila. Dia duduk di birai katil dan menyelak-nyelak helaian kerta lukisan Atiqa. Nabila berdiri di sebelah almari. “In that case, I’ll prepare dinner.” Hisyam tidak berkata apa-apa malah dia seperti tidak mendengar kata-kata Nabila. “Hisyam, Azlina needs you.” Hisyam terus membatu. Nabila makin merasa tersinggung dengan sikap Hisyam.
“Hisyam....,” Nabila memanggil lagi dengan suara yang agak tinggi. Hisyam mengangkat wajah menentang pandangan Nabila. “And who do you think I need all this while?” Dia bertanya kembali dengan suara yang tinggi juga. Nabila agak terkejut. Ada persoalan yang mengetuk kotak fikirannya apabila mendengar kata-kata Hisyam. Nabila mengeluh dan melangkah keluar menuju dapur.
Ketika Hisyam menghulurkan kunci kereta kepada Nabila, sekali lagi Nabila mengingatkan Hisyam tentang Azlina, “Take care of her.” Hisyam memandang Nabila dengan pandangan yang sukar Nabila mengertikan. Marahkah dia?
“Please, don’t try to advise me if you don’t know anything about us,” katanya tegas. “What do you mean?” Tanya Nabila kembali. “She’s your wife. I cuma ingatkan you. She needs you more now.”
Hisyam menggelengkan kepala dan menggoyangkan tangannya, “You just go now. Let us be.” Serentak itu dia berpusing dan meninggalkan Nabila terpinga-pinga. Airmata sudah mula bertakung di birai mata Nabila. Nabila berlalu meninggalkan rumah mereka malam itu masih dengan persoalan-persoalan di fikirannya.
Nabila menelefon rumah Hisyam pada keesokan harinya. Azlina yang menjawab telefon. Suaranya masih mengandungi kesedihan. Namun tiga hari kemudian tidak ada yang menjawab panggilan telefon Nabila. Hisyam juga tidak menjawab telefon bimbitnya. Nabila merasa tersangat risau. Namun, dia tidak dapat ke rumah mereka lantaran kerja-kerja yang perlu dia siapkan untuk temujanji dengan supervisornya. Setelah tiga hari, Nabila tidak dapat membendung kerisauannya. Dia ke rumah mereka ketika hari sudah beransur gelap.
Setibanya di rumah Hisyam, Nabila mendapati pintu tidak berkunci. Nabila melangkah masuk dan memberi salam. Suasana terlalu sepi. Nabila teragak-agak melangkah menuju bilik Azlina. Entah kenapa jauh di sudut hatinya dia seperti tahu yang Hisyam tidak ada di situ. Dan tekaannya ternyata benar. Azlina sedang duduk berlunjur di atas katil dan termenung. Nabila memetik suis lampu. Nabila dapat melihat jelas wajah Azlina yang tersangat pucat. Pipinya berbekas airmata.
Nabila duduk di birai katil dan memegang tangan Azlina. “Lina...,” panggilnya lembut. Azlina terus memandang kosong ke hadapan, tidak menoleh ke arah Nabila. “Lina, you tak boleh macam ni. Muka you pucat sangat.” Azlina terus diam. “I’ll make hot drink for you.” Nabila bangun dan berlalu ke dapur.
Keadaan di dapur sama seperti waktu tinggalkan empat hari lepas. Pinggan mangkuk yang Nabila telah cuci masih berada di bekasnya di tepi sinki. Makanan yang Nabila masak empat hari lepas masih tidak luak terletak di atas meja dan sudah berbau. Ada beberapa biji gelas di dalam sinki bekas digunakan. Mungkin itu sahaja yang diminum oleh Azlina. Nabila menggeleng kepala. Dia tidak tahu samada dia harus berasa marah dengan Hisyam.
Nabila memasak air dan membancuh minuman. Semasa melalui pintu bilik air dia terserempak dengan Hisyam yang baru keluar dari bilik air. Wajahnya basah mungkin bekas wudhu’. Langkah mereka terhenti. Tetapi Hisyam hanya memandang sekilas kepada Nabila dan berlalu masuk ke bilik. Nabila masuk kembali ke bilik Azlina.
“Lina, you minum hot chocolate ni. I nak kemaskan dapur,” Nabila menghulurkan mug berisi cokelat panas. Airmata Azlina merembes keluar, “Ika suka hot chocolate.” Nabila duduk di sebelah Azlina. Ditangguhkan niatnya untuk ke dapur. Dia meletakkan mug ke tangan Azlina dan menyuakan ke mulut Azlina. Azlina terpaksa minum. Setelah habis minuman, Nabila bangun dan memimpin Azlina ke bilik air. Dia menyuruh Azlina mengambil wudhu’ untuk solat maghrib. Azlina hanya menurut. Setelah solat maghrib, mereka membaca yassin.
Setelah itu Nabila mengajak Azlina keluar dari bilik dan duduk di ruang tamu. Nabila mengagak yang Azlina sudah empat hari tidak keluar dari biliknya. Nabila membuang makanan yang sudah berbau, membasuh pinggan mangkuk sebelum mula memasak. Dia mengeluh setelah mendapati tidak ada apa yang boleh dimasak di dalam peti sejuk.
“Lina, I keluar kejap pergi kedai,” Nabila memberitahu Azlina yang duduk tegak di sofa. Nabila berlalu. Nabila kurang pasti apa yang perlu dia beli dari kedai. Dia cuba mengagak apa yang Hisyam dan Azlina akan perlukan untuk beberapa hari akan datang.
Nabila cuba menyiapkan makan malam untuk mereka bertiga dengan apa yang dibelinya. Hisyam langsung tidak menjenguk keluar. Nabila dan Azlina bersolat Isya’ berjemaah lagi. Hati Nabila masih runsing hendak meninggalkan Azlina malam itu tetapi dia terpaksa pulang juga kerana dia ada temujanji dengan supervisornya pada keesokan harinya. Berkali-kali dia berpesan dengan Azlina supaya menjawab panggilan telefonnya nanti. Azlina hanya mampu mengangguk perlahan. Nabila pulang malam itu tanpa berjumpa dengan Hisyam.
Beberapa hari kemudian, Nabila datang lagi untuk memulangkan kereta Hisyam. Dia terus ke bilik Azlina. Azlina kelihatan agak segar tetapi kesedihan masih jelas kelihatan di wajahnya. Sepanjang beberapa hari itu Nabila telah menelefon Azlina dan meminta dia makan dan minum. Nampaknya Azlina menurut suruhan Nabila itu.
Nabila mengetuk bilik Hisyam. Tidak ada suara dari dalam bilik itu. Nabila pasti Hisyam berada dalam bilik kerana bilik Atiqah terbuka dan tiada siapa di dalamnya. Nabila menguak daun pintu. Keadaan bilik agak gelap kerana langsir tidak diselak. Dia melihat Hisyam sedang berbaring di sofa. Nabila menuju ke tingkap dan menyelak langsir. Cahaya matahari petang menembusi cermin tingkap dan keadaan bilik tiba-tiba cerah. Hisyam bingkas duduk kerana terkejut dengan terjahan cahaya matahari di wajahnya.
Matanya dikecilkan cuba melihat tubuh yang berdiri di tepi tingkap. “It’s me, Nabila,” Nabila bersuara. Hisyam mengeluarkan keluhan. “I nak pulangkan kereta you. Ini kuncinya.” Nabila meletakkan kunci di atas meja. Nabila melangkah menuju ke pintu. Sebenarnya ketika itu terlalu banyak yang ingin dia katakan kepada Hisyam tetapi semuanya tersekat di kerongkongnya.
“Nabila, tunggu!” Hisyam bangun dari duduknya. Nabila berpaling perlahan mengadap wajah Hisyam yang kusut. “I hantar you.” Hisyam menawarkan. Berkelip-kelip mata Nabila memandang Hisyam. Wajah Hisyam berkerut bila ditenung Nabila begitu.
“Tak payah, Encik Hisyam. Yang perlukan you bukan I tapi Lina, your wife. Remember?” Lina bersuara sinis. Hisyam sedikit terkejut. Dia duduk kembali. Perlahan dia bersuara, “I told you not to say anything about us. You tak tau apa-apa.”
“Memang I tak tau apa-apa. Tapi what kind of husband are you? A selfish one? You biarkan Lina mengharungi kesedihan sendirian. You langsung tak hirau makan minum dia!” Nabila bersuara dengan nada yang agak tinggi. Dia sudah tidak dapat membendung kemarahannya. Nabila menyambung kata-katanya, “I can imagine, Hisyam, losing a child is the worst thing that can happen to a mother. You pun mesti tau semua ni. Tapi kenapa you tinggalkan Lina terkapai-kapai sendiri?”
“Nabila!” Nada suara Hisyam meninggi menyebut nama Nabila sambil bangun kembali dari duduknya, “I dah cakap you tak ada hak campurtangan dalam hidup kami. Kenapa you sibuk-sibuk macam ni? Sudah! Lepas ni you jangan datang-datang ke mari lagi. Kami nak hidup ke nak mati ke.......”
Nabila sudah melangkah pantas keluar. Dia sebenarnya terkejut dengan kata-kata kasar Hisyam. Dan hatinya terguris apabila Hisyam menyebut supaya jangan datang lagi ke rumah mereka. Hisyam terkejut apabila Nabila tiba-tiba keluar meninggalkannya. Dengan pantas dia menuruti langkah Nabila ke ruang tamu.
Nabila mengemas begnya yang terletak di atas meja di ruang tamu. Hisyam memegang tangan Nabila. Nabila cuba menariknya tetapi pegangan Hisyam terlalu kuat sehingga terasa sakit tangannya.
“I’m sorry, Nabila. I didn’t mean it,” Hisyam bersuara kesal. Dia melepaskan tangan Nabila. Airmata Nabila berjuraian di pipinya. Nabila sendiri kurang pasti kenapa dia perlu menangis apa lagi di hadapan Hisyam.
“I sepatutnya berterima kasih dengan you sebab sudi datang tengok Lina. I don’t have the right to say all those things to you. Maafkan I, Nabila.” Nabila diam tidak bersuara. Airmatanya terus mengalir.
Hisyam melepaskan pegangannya. Dia begitu bingung sekali. Dia sendiri tidak tahu kenapa dia tergamak membiarkan Azlina sendirian melalui kesedihan yang sepatutnya mereka harungi bersama. Hisyam mengeluarkan keluhan berat. “Please, let me send you home, Nabila.”
Nabila terus diam sambil melangkah menuju pintu hadapan. Hisyam memotong langkah Nabila untuk membuka pintu. Dengan langkah pantas dia menuju ke kereta yang terletak di halaman dan membuka pintu untuk Nabila. Dengan rasa terpaksa Nabila memasukki kereta. Hisyam memandu dengan perlahan.
“I really appreciate what you’re doing for us. Terima kasih banyak-banyak, Nabila.” Hisyam bersuara. “Kalau Syahrin ada pun tentu dia akan marahkan I macam you marahkan I tadi,” Hisyam terus bersuara. Nabila membuang pandangan ke luar. Sebelum pulang ke Malaysia Syahrin dan Nur Asyikin telah berpesan dengan Nabila supaya dapat menemani Azlina jika dia ada masa. Cuma apabila Atiqa dimasukkan ke hospital tempoh hari, dia tidak sempat lagi untuk melawat Atiqa kerana terlalu sibuk. Alangkah bagusnya jika mereka masih ada. Mereka berdua tentu dapat membantu Azlina dan Hisyam.
“Would you forgive me, Nabila?” Hisyam bersuara lembut.
“Please forgive me, Nabila...” Terngiang-ngiang suara Zafrim dahulu. Fikiran Nabila terlayang lagi. Di waktu Nabila hanya tertunduk membisu sedang Zafrim berteleku di hadapannya. Hatinya sudah tertutup buat Zafrim demi dosa yang pada pandangan tidak patut Zafrim lakukan. Ketiga-tiga abangnya hanya memandang mereka berdua. Zafrim telah datang ke kampung Nabila dalam usaha terakhirnya memohon maaf dan memujuk Nabila. Nabila terus tunduk tidak mahu lagi dia melihat wajah Zafrim.
Setelah Nabila tidak bersuara, Nabil berkata, “Sudahlah, Zafrim. Nabila dah buat keputusan dia.”
“Iya, balik sajalah, Zafrim. Engkau tu dah bergelumang dengan dosa, tak layak dengan Nabila!” Suara Nizam, abang kedua Nabila bersuara. Nabil memegang bahu adiknya seraya meminta supaya adiknya itu bersabar. Walau apapun Nabil tidak suka jika kata-kata yang keterlaluan dikeluarkan. Itu semua akan menambahkan kelukaan di hati Nabila.
“Nabila!” Nabila terkejut dari lamunannya dengan panggilan Hisyam. “Nabila, I hope you tak ambil hati apa I cakap tadi. I really didn’t mean it. You’re always welcome at our home. And I know Lina would like it too.” Nabila hanya mengangguk. Nabila terus keluar dari kereta Hisyam dan melangkah pantas menuju ke pintu utama Graduate House. Dia mendengar Hisyam memanggilnya tetapi dia tidak mahu lagi bersemuka dengan Hisyam. Tidak di waktu itu.
Hisyam dihantui perasaan bersalah yang teramat terhadap Nabila. Dia sedar rasa
bingung dan kecewa yang teramat membuatkan dia berkata kasar dengan Nabila. Dia
juga sedar apa yang dikatakan oleh Nabila semuanya itu adalah kebenaran. Dia
tidak patut membiarkan Azlina keseorangan. Mereka berdua amat saling memerlukan
ketika itu. Tetapi Hisyam seperti sudah tidak ada daya untuk meneruskan
hidupnya. Segalanya menjadi penyebab rasa bersalah di dadanya. Dia rasa
bersalah dengan Azlina dan kini dengan Nabila. Semuanya membuatkan dia tidak
lena tidur. Hidupnya dirasakan terlalu kusut.
Hisyam cuba untuk menghubungi Nabila. Tetapi Nabila sudah tidak lagi menjawab panggilannya. Sudah tiga minggu pemergian Atiqa dan sudah dua minggu panggilan Hisyam tidak dijawab oleh Nabila. Tapi Hisyam tahu Nabila ada menghubungi Azlina bertanyakan khabar dan memberi kata-kata perangsang. Azlina sudah mahu keluar bilik dan menyediakan makanan untuk mereka berdua. Hisyam sering mendengar alunan surah-surah dari Al-Quran di awal pagi. Dan hatinya bertambah sayu. Sayu mengenangkan Atiqa yang sudah tiada dan sayu mengenangkan rumahtangganya bersama Azlina.
Mereka sudah terlalu jarang berbicara. Hisyam sudah kehilangan kata-kata. Tidak ada lagi ucapan cinta dan selamat malam buat Azlina. Pernah dia berdiri lama di hadapan pintu bilik Azlina. Namun, kakinya bagai terpaku di lantai. Akhirnya dia melangkah longlai ke biliknya. Azlina pula hanya akan bersuara apabila hendak meminta Hisyam mendapatkan sesuatu dari kedai. Hisyam merasakan mereka berdua dalam keadaan terpaksa meneruskan kehidupan bersama.
Kelopak bunga yang berkembang tidak dapat mengembalikan cinta dan keceriaan di jiwa Hisyam. Kesedihan kehilangan anak tunggalnya masih menghantuinya setiap hari walaupun pemergian Atiqah sudah beberapa bulan. Hidupnya diteruskan hanya untuk memenuhi tanggungjawab. Tanggungjawab terhadap Azlina. Dan mereka masih hidup dalam kebisuan.
Hisyam pernah terserempak dengan Azlina dan Nabila di Canberra Centre, pusat membeli belah di bandar Canberra pada satu malam Sabtu. Kedai-kedai akan ditutup sekitar jam 8.30 atau 9.00 pada malam tersebut. Dia pasti sudah tentu Nabila yang memaksa Azlina supaya keluar dan tidak terperuk di rumah. Mereka bertiga tergamam berpandangan sesama sendiri. Hisyam tersenyum pahit dan berkata, “Let’s have some drinks.” Azlina dan tambah-tambah lagi Nabila teragak-agak menuruti langkah Hisyam ke arah kedai minuman yang terletak di ruang legar Canberra Centre.
Masing-masing memesan minuman sejuk. Tetapi Hisyam merasakan kedinginan air jus tidak dapat menyejukkan gelora jiwanya. Dia merasa teramat bersalah terhadap Azlina ketika itu. Sepatutnya dia yang berada di tempat Nabila. Namun, dia tidak ada usaha langsung untuk mendekati Azlina apalagi cuba memadamkan kesedihan seorang ibu yang kehilangan anak tunggalnya. Dia merasakan kebenaran kata-kata Nabila dahulu. Dia suami yang mementingkan diri sendiri.
“Cari apa kat sini?” Hisyam bersuara cuba memecahkan kesunyian di meja. Dia sendiri tidak tahu kepada siapa dia tujukan soalan tersebut. Akhirnya Nabila yang menjawab, “Tak ada apa-apa. Saja window shopping. I was bored asyik mengadap thesis. Itu I ajak Lina.” Azlina membatu. Hisyam pula tidak menyambung perbualan mereka.
Nabila perhatikan Hisyam lebih kurus. Rambutnya kurang terurus. Pada kebiasannya rambutnya akan tersisir rapi. Ada bayangan jambang di pipi dan dagunya. Timbul juga rasa kasihan sepertimana dia kasihankan Azlina. Tetapi marahnya terhadap Hisyam masih belum terpadam sebenarnya.
Satu hari, Nabila terkejut kerana Hisyam menunggunya di hadapan Graduate House. Waktu itu jam hampir pukul tujuh petang tetapi cahaya matahari masih ada. Nabila tidak dapat mengelak lalu berjalan menuju ke arah Hisyam.
“Can we talk?” Hisyam bertanya sebaik sahaja Nabila mendekatinya. Nabila angguk. “But not here. Can we go somewhere?” Nabila teragak-agak. “Hari nak maghrib ni,” Nabila merasa keberatan untuk keluar. “Kalau macam tu I datang balik lepas maghrib.” Dan Hisyam terus berlalu masuk ke dalam kereta tanpa menunggu jawapan Nabila. Pelbagai persoalan bermain di kepala Nabila. Dia cuba membuat andaian apa yang hendak Hisyam katakan.
Hisyam memandu ke arah utara. Dia berhenti di sebuah kawasan kedai-kedai. Nabila rasakan dia tahu tempat itu tapi dia tidak pasti. Yang dia tahu mereka dalam kawasan Belconnen.
“Kita duduk kat situ,” Hisyam menunjuk ke arah tasik. Terdapat beberapa buah restoren dan kedai yang lain. Hisyam membawa Nabila ke salah sebuah restoren yang terletak di tepi tasik. Mereka duduk di luar sahaja. Sesekali angin bertiup menyejukkan hawa. Di sebelah restoren terdapat sebuah pub. Tetapi keadaannya agak lengang mungkin kerana hari itu ialah hari Isnin. Biasanya tempat-tempat sebegitu akan penuh di hujung-hujung minggu.
“You pernah sampai sini?” Hisyam bertanya. Nabila menggeleng. “Would you like something to eat?” Tanya Hisyam lagi sambil tangannya melambai ke arah pelayan. Nabila menggeleng. Seorang pelayan lelaki yang sudah setengah umur datang sambil membawa dua buku yang mengandungi senarai menu. “May I recommend you ....,” dan pelayan itu terus memberitahu tentang menu istimewa restoren tersebut. Hisyam meminta masa untuk memilih dan lelaki itu pergi dari situ sambil tersenyum.
“You dah makan ke?” Tanya Hisyam. “I had very late lunch tadi. I’m not hungry,” balas Nabila. “Kalau macam tu just a drink? Hot or cold?” Nabila meminta minuman panas. Lelaki setengah umur itu datang lagi. Kali ini senyumnya bertambah lebar. Nabila merasakan lelaki itu terlalu peramah. Jarang dia berjumpa pelayan restoren yang begitu peramah.
“The lady doesn’t want to eat. Just coffee,” Hisyam memberitahu lelaki itu. “Oh what a shame. But that’s alright. People come here to also taste my variety of desserts. Perhaps your lady would like to have a piece of cake to go with the coffee?” Dia menekan suaranya apabila menyebut “your lady”.
“Patutlah peramah bukan main,” Nabila berkata dalam hatinya. “Tuan punya kedai rupanya.” Nabila tidak begitu mendengar penerangan lelaki itu tentang pelbagai menu pencuci mulut di restoren tersebut. Fikirannya masih mengagak apa yang hendak diperkatakan oleh Hisyam.
“Nabila, I nak minta maaf,” Hisyam bersuara. Nabila membuang pandangan ke tengah tasik. Jika tidak kerana beberapa batang lampu di sekeliling tasik mungkin hanya hitam pekat yang kelihatan. “Kenapa you tak nak jawab my calls?” Hisyam bertanya setelah Nabila hanya diam.
“Nabila, please say something..” Dan di ketika itu seorang wanita separuh umur datang menghampiri meja mereka membawa pesanan yang dibuat Hisyam tadi. Senyuman tidak lekang dari bibirnya. “Am I correct to say that you are the wife of the owner?” Hisyam membuat tekaan. Hanya sebagai pemanis mulut kepada tuan punya restoren yang begitu peramah. Senyuman wanita itu semakin lebar. “You are one clever man. You are lucky,” dia memandang Nabila. Nabila berkerut. “Well dears, enjoy the cakes and the love.” Dan wanita itu pergi meninggalkan mereka. Nabila terkejut dengan kata-kata wanita itu.
“You cakap apa dengan dia?” Nabila bertanya Hisyam dengan nada yang agak tinggi. “Tak ada apa-apa,” jawab Hisyam. “Habis tu kenapa dia cakap macam tu?” Nabila bertanya lagi masih dengan nada marah. “Manalah I tahu. You ni pun kenapa macam budak-budak pulak nak marah.” Nabila merengus dengan jawapan Hisyam. “Agaknya dia tengok kita ni macam pasangan yang serasi,” Hisyam berkata dengan nada bersahaja. Wajah Nabila bertambah masam.
“Ok, berbalik kepada soalan I, kenapa you tak jawab my calls?” Nabila membisu agak lama. Hisyam pula bagai mahu mempamirkan kesabarannya dengan menunggu jawapan Nabila sambil menghirup kopinya.
“Mesti ke I jawab panggilan you?” Nabila bertanya kembali dengan nada perlahan.
“Bukan macam tu. It’s your choice. Tapi all this while you takda masalah jawab my calls. Sejak malam tu aje....” balas Hisyam.
“You masih marah dengan I?” Hisyam cuba mencungkil. Nabila mengeluh, “Look, Hisyam. Just like you said. I tak patut campurtangan dalam hal you dengan Lina. It’s your marriage. You boleh buat apa yang you nak. I tak perlu sibuk2.”
“Betul apa yang I agakkan,” kata Hisyam, “Tapi I tak salahkan you. Apa yang you cakap berdasarkan apa yang you lihat.” Nabila hanya diam. Malas hendak membalas kata-kata Hisyam.
“Nabila, dah lama I cuba mempertahankan apa yang kami ada. Tapi apa silapnya, entahlah. Dan bila Ika pergi......,” Hisyam menahan sebak. Gilirannya membuang pandangan ke tengah tasik. Nabila mengangkat muka cuba memerhatikan riak wajah Hisyam dalam samar cahaya lampu.
“Bila Ika meninggal, I hilang arah. I dah tak tau apa yang patut I pertahankan lagi,” Hisyam menyambung kata-katanya. “Tapi, Hisyam, Lina is Ika’s mother. Sudah tentu dia lebih merasakan. I just thought that you should show more sympathy, more affection,” Nabila berkata lembut. Hatinya dipalit kesedihan melihat mata lelaki di hadapannya berkaca. Dia tahu Hisyam cuba menahan kesedihan.
Hisyam senyum sinis, “More afection? Nabila, I’ve given everything that I’ve got inside me to them. To Ika and Lina. Tapi bila Ika dah takda macam ni, I have no strength anymore to do what I’ve been doing. Dan bila you dan orang lain memberi simpati kepada Lina, I terpaksa melalui segalanya sendiri. It’s not easy, Nabila.” Hisyam terdiam sebentar. Dia menghela nafas panjang. “Dan bila you kata I did not care enough, I couldn’t take it, Nabila.”
“Sabarlah, Hisyam,” Nabila sudah tidak tahu apa yang patut dia katakan. Dia cuba untuk memahami maksud di sebalik kata-kata Hisyam. Tapi dia merasa berat hendak bertanya.
Dengan nada perlahan Hisyam membongkar rahsia hidupnya bersama Azlina dan Atiqa. Dia memberitahu Nabila tentang kehidupan mereka yang sebagai suami isteri tetapi hanyalah di luaran sahaja. Hisyam memberitahu Nabila bagaimana kehidupan Azlina hanyalah mengenai Atiqa sedangkan dia terbiar. Namun kerana masih kasih dan cinta, dia berbuat apa sahaja untuk mempertahankan ikatan suami isteri antara mereka.
Nabila terkebil-kebil mendengar kisah hidup Hisyam sekeluarga. Dia terbayang pakaian dan barang-barang kepunyaan Hisyam di dalam almari di bilik dia menumpang tidur ketika Atiqa meninggal. Ketika dia membuka almari itu dulu, terlintas pelbagai persoalan di fikiran Nabila sebenarnya.
Setelah segalanya dicurahkan, Hisyam menarik nafas panjang. Bagai ada rasa lega di ruang dadanya. Nabila juga dapat merasakannya. Betapa tidak, bertahun Hisyam memendamkan segalanya dan pada malam itu dia dapat meluahkan semuanya. Dan malam itu, marah Nabila bertukar menjadi simpati.
“I just can sympathise towards the both of you. Kalau ada apa-apa yang I boleh tolong, please let me know,” kata Nabila sebelum melangkah keluar dari kereta malam itu..

Dan setelah pertemuan dan perbualan panjang mereka itu, Nabila dan Hisyam agak
sering berhubung dan ada kalanya bertemu sekadar untuk berbual. Pada setiap
pertemuan Hisyam yang banyak berbicara. Nabila hanya menjadi pendengar setia
terutama apabila Hisyam bercerita tentang Atiqa. Seribu satu cerita yang dia
kisahkan kepada Nabila. Dia begitu ceria bercerita tentang kepetahan Atiqa. Dan
apabila dia bercerita tentang penderitaan sakit Atiqa, wajahnya begitu sayu.
Simpati Nabila bukan sahaja kepada Hisyam tetapi kepada Azlina. Sebagai seorang
ibu yang telah mengandungkan anak dan melahirkan kemudian diduga dengan
ketidaksempurnaan anak tersebut dan akhir sekali dengan kematian. Semua itu
sudah tentu cukup membebankan emosi dan fizikal seorang ibu.
Di waktu yang sama Nabila masih selalu menelefon Azlina dan sesekali ke rumah mereka. Ada kalanya untuk makan tengahari atau makan malam. Dan ada kalanya hanya untuk berbual dengan Azlina. Namun sekiranya Nabila ke rumah mereka, Hisyam biasanya tiada di rumah. Cuma ada sekali dua dia berada di rumah. Bukannya Hisyam tidak tahu yang Nabila akan datang. Setiap kali Nabila merancang untuk berjumpa Azlina dia akan memberitahu Hisyam. Tetapi Nabila seperti merasakan sesuatu yang janggal apabila mereka bertiga bersama. Azlina akan menjadi terlalu pendiam. Hisyam juga begitu. Nabila seperti menjadi orang tengah antara suami isteri itu.
Nabila dapat merasakan lelahnya untuk membantu Hisyam dan Azlina membina kembali perhubungan mereka. Sikap dingin ketika mereka bersama amat dirasai Nabila.
Pada satu ketika Nabila menyuarakan perkara tersebut kepada Azlina. Azlina hanya terkebil-kebil memandang tepat ke wajah Nabila. Dia tidak menjawab soalan Nabila sebaliknya membalas kata-kata Nabila dengan bertanya Nabila, “Kenapa you belum kahwin lagi?” Nabila agak terkejut dengan pertanyaan Azlina itu.
“Kenapa you tanya?” Nabila bertanya kembali. “I’m just wondering,” jawab Azlina. Mereka diam seketika. Fikiran Nabila melayang kepada peristiwa hampir lima tahun lalu. Hatinya sayu. “Kenapa, Nabila?” Azlina bertanya lagi. Nabila memandang wajah Azlina dan berkata, “Tak ada jodoh.”
“Kalau you jadi pengganti I?” Azlina bertanya setelah mereka berdiam beberapa ketika. Nabila mengerutkan dahinya memandang tepat ke anak mata Azlina, “What do you mean?”
“Hisyam needs a woman like you, knows how to care, knows how to show affection.....,”
“You are crazy,” Nabila bersuara dengan nada tinggi memotong cakap Azlina.
“Dengar dulu, Nabila.” Nabila menggeleng-gelengkan kepala, “No, Lina! No!” Nabila bersuara tegas. Tetapi tidak dihiraukan oleh Azlina.
“You pun dah sedar apa yang berlaku dalam rumah tangga kami. I just cannot carry on like this.”
“Lina, cuba ubah sikap you terhadap Hisyam. You need to show him that you want him to care about you,” Nabila bersuara lembut.
“I dah tak boleh, Nabila. It’s been too long. Lagipun there’s nothing that belong to us anymore. The only thing that belonged to us has now gone,” ada airmata yang bertakung di mata Azlina.
“Lina, you still have each other, you still have love for each other. Believe me, I know Hisyam still loves you.”
“This guilty feeling cannot go, Nabila. It’s been there since Iqa lahir. Dan sekarang bertambah-tambah lagi rasa bersalah I kepada Hisyam bila Iqa dah tak ada. It hurts just to look at him now. I banyak bersalah dengan dia, Nabila,” Azlina bagai menyuarakan rintihan hatinya, “dan I tak salahkan dia bila dia tak dapat lagi tunjukkan kasih sayang dia pada I. Nabila, I heard your argument dengan Hisyam di bilik sebelah just after Iqa meninggal. He was right, Nabila. Selama ini dia terlalu caring tapi I tak pernah balas kasih sayang dia. Bila Iqa dah tak ada, there’s nothing else yang kami nak pertahankan......,” Azlina berkata panjang lebar. Tidak pernah dia berkata banyak begitu. Sudah lama dia pendamkan segalanya di hati dan di ketika itu entah kenapa segalanya terburai di depan Nabila. Nabila terdiam seketika.
“Lina, I know you still love him. And I know he still loves you,” Nabila bersuara perlahan.
Dan persoalan yang ditimbulkan oleh Azlina menghantui dirinya selepas itu. Nabila cuba berfikir bagaimana cara yang terbaik untuk membantu mereka mempertahankan rumahtangga. Dia berkira-kira untuk berbincang dengan Hisyam apabila mereka berjumpa. Tetapi dia terpaksa menangguhkan perkara tersebut dahulu. Nabila ke Sydney pada minggu berikutnya untuk membentangkan kertasnya di satu persidangan akademik di sana.
Sepanjang tiga hari dia di sana Hisyam menelefonnya setiap hari. Malah Hisyam menelefonnya ketika waktu makan tengahari dan waktu malam. Nabila berkira-kira hendak berbincang dengan Hisyam tetapi dia rasakan kurang sesuai jika dia membangkitkan soal rumahtangga Hisyam di telefon. Dan mereka bertemu pada malam Sabtu berikutnya setelah Nabila sampai dari Sydney.
Mereka ke restoren yang sama. Keadaan agak ramai kerana hari Jumaat. Pub di sebelah restoren tersebut juga kedengaran riuhnya. Isteri tuan punya restoren itu yang munyambut kedatangan mereka. Kiranya dia masih mengingati Nabila dan Hisyam, “Ah... the lovely couple. Please follow me this way.” Dia membawa mereka ke meja yang mengadap tasik. “For a little privacy. Next door is quite noisy on Friday nights.” Sememangnya suara riuh dari pub kurang kedengaran dari tempat duduk di situ.
Nabila cuba membantah apabila mereka dikatakan “lovely couple” tetapi tidak berpeluang kerana wanita itu terus-terusan berceloteh tentang menu istimewa malam itu. Akhirnya dia hanya membisu. Apabila Hisyam bertanya apa yang dia mahu, Nabila hanya mengatakan seperti yang dulu. Dan wanita itu bergegas pergi.
Nabila merasakan kelainan pada mood Hisyam malam itu. Dia agak ceria. “How’s Sydney?” Tanyanya. “Ok,” sepatah jawapan Nabila. “And your presentation?” Tanyanya lagi. “Biasa je,” Nabila menjawab ringkas. Sememangnya waktu itu dia sudah menyusun-nyusun ayat di kotak fikirannya. Dia akan meminta Hisyam untuk berbincang tentang rumahtangga Hisyam dan Azlina. Nabila bertekad untuk membantu mereka yang kini dirasakannya sudah seperti teman rapatnya.
“Rasa lain you tak ada,” Hisyam membuka bicara.
“Lain apa?” Tanya Nabila kehairanan.
“Entah. The fact that you’re not around for the past few days, I rasa macam kehilangan pulak,” jawab Hisyam. Nabila hanya ketawa.
Minuman mereka sampai. Nabila merasa lega kerana pekerja restoran itu yang membawa minuman mereka. Dia sudah tidak sanggup lagi mendengar kata-kata wanita isteri tuan punya restoren itu yang telah salah anggap akan hubungan dia dan Hisyam.
“Nabila, can I ask you something?”
“Sejak bila you pandai minta izin nak tanya I ni?” Nabila hairan dengan sikap Hisyam.
Hisyam tersenyum dan membalas, “Sejak you pergi Sydney.”
“I nak tanya you, why aren’t you married yet?”
Pertanyaan Hisyam memang menghairankan Nabila. Keningnya berkerut. Baru minggu lepas, sebelum dia ke Sydney, Azlina bertanyakan perkara yang serupa.
“Kenapa you all ni?” Tanya Nabila kembali.
“I just want to know that you are really single. Not attached to anyone,” jawab Hisyam bersahaja.
“What is it to you?” Nabila bertanya kembali.
Hisyam memandang wajah Nabila. Sebenarnya dia ingin menyatakan yang dia amat merasakan kehilangan Nabila walaupun Nabila tiada di Canberra hanya beberapa hari. Dan dia mahu Nabila tahu tentang itu.
“Nabila, I cannot help it, but I think I missed you.” Terbeliak mata Nabila mendengar kata-kata Hisyam.
“You are crazy,” serta-merta Nabila teringat kepada Azlina.
“No, Nabila. I’m not. I really missed you. I need you....”
“Both of you are crazy!” Nabila memotong cakap Hisyam. Tidak sanggup dia hendak mendengar kata-kata Hisyam lagi.
“What do you mean both of us? You mean Lina and I?” Tanya Hisyam kehairanan. Nabila terdiam.
“Did Lina say anything to you?” Hisyam bertanya lagi.
“Tell me, Nabila,” Hisyam mula mendesak apabila Nabila hanya diam. Kini Nabila yang kebingungan. Dia sudah tidak tahu bagaimana dia mahu memulakan perbincangan tentang rumahtangga Hisyam seperti yang telah dia rancangkan.
“You are crazy, Hisyam. You sepatutnya bina balik rumahtangga you but instead, you buat masalah lain pulak,” Nabila memarahi Hisyam. Nabila cuba mengelak daripada memberitahu Hisyam apa yang dikatakan oleh Azlina.
“Apa yang boleh I bina balik, Nabila, kalau I ni seperti bercakap dengan batu. Kalau I ni macam tidak wujud lagi,” Hisyam bersuara kendur. “You kena usaha, Hisyam,” Nabila cuba memujuk. “I dah puas berusaha bukan sekarang ini saja malah sudah bertahun. I dah takda daya lagi.”
Kata-kata Hisyam mengingatkan Nabila tentang apa yang dikatakan oleh Azlina mengenai dirinya yang sudah tiada daya untuk meneruskan hubungannya dengan Hisyam lantaran rasa bersalah yang teramat sangat terhadap Hisyam.
“Anyway, I nak jumpa you bukan pasal I dengan Lina tapi pasal I dengan you.” Sekali lagi terbeliak mata Nabila. “You ni tak faham-faham ke, Hisyam.” Hisyam mengangkat tangannya meminta Nabila diam dan dengar apa yang hendak dia katakan.
“Please, listen to me, Nabila,” pinta Hisyam. “Let’s put Lina out of the picture. Katalah I ni single dan you jugak single. Would you accept me?” Tanya Hisyam.
Pertanyaan Hisyam itu menaikkan kemarahan Nabila, “How could you say that, Hisyam. How could you put Lina out of the picture. This is reality, face it!” Serentak dengan itu Nabila bangun. Dia tidak tahu hendak ke mana sebenarnya tetapi dia perlu pergi dari Hisyam. Nabila melangkah pantas menuju ke jambatan yang merentang tasik. Hisyam agak terkejut dengan reaksi Nabila.
Hisyam memberi isyarat kepada pelayan untuk memberitahu yang mereka akan kembali ke meja itu. Dia menurut langkah Nabila.
“Nabila, I’m sorry, tapi apa yang berlaku antara you dengan I adalah realiti juga. You are special. I want you to be with me all the time.....”
Nabila sudah tidak mendengar lagi apa yang diperkatakan Hisyam. Dia benar-benar bingung. Kenapalah dia yang tersepit di dalam masalah rumahtangga Hisyam dan Azlina? Hatinya bertanya. Niatnya hanyalah untuk membantu mereka supaya kembali kepada kasih sayang dan cinta yang dulu. Dan fikirannya menjalar kepada Zafrim. Kehidupan yang sempurna yang diimpikan bersama Zafrim musnah. Musnah kerana Nabila tidak pernah menjangka yang Zafrim akan kembali kepada kehidupannya yang dulu. Nabila benar-benar kecewa dengan Zafrim dan hati dan perasaannya begitu terluka. Hingga ke hari ini, setiap kali dia teringat Zafrim hatinya akan terlalu sayu. Mungkin kerana itulah dia tidak pernah mahu mencari pengganti.
“Let’s put Lina out of the picture. Katalah I ni single dan you jugak single. Would you accept me?” Terngiang di telinganya persoalan yang ditanyakan oleh Hisyam tadi. Hisyam dan Zafrim mempunyai perawakan yang sama. Ada ketikanya Nabila seperti merasakan yang dia seperti sedang berbicara dengan Zafrim apabila dia sedang berbicara dengan Hisyam. Adakah dia akan menerima Hisyam sekiranya keadaan mereka berbeza dari sekarang?
“Huh! Buat apa difikirkan perkara yang tidak mungkin,” Nabila memarah dirinya sendiri.

“Nabila! Nabila!” Nabila terkejut dari khayalan fikirannya. Hisyam yang
menyedari Nabila tidak mendengar apa yang dia perkatakan, mengejutkan Nabila
dari terus berkhayal. Nabila menoleh sekilas memandang Hisyam dan membuang
pandangannya kembali ke kehitaman tasik di hadapan mereka.
“Nabila, just think. If our circumstances are different, don’t you think we would end up together?’ Tanya Hisyam tidak berputus asa. Biarlah Nabila marah. Dia mahukan jawapan.
Tetapi Nabila tidak mahu memberikan jawapan. Dia masih memegang tekadnya untuk menolong Hisyam dan Azlina membina semula rumahtangga mereka bukan menghancurkannya. Sekiranya dia tidak dapat membantu, dia serahkan kepada takdir Allah.
“Hisyam, I cannot answer that. This is unfair to Lina. I’m sorry if I had misled you. Tapi bukan niat I untuk buatkan you fikir yang I boleh terima you selain dari sebagai kawan rapat. Both of you are confused, you are confused Hisyam. Cuba bina semula rumahtangga you dengan Lina. You berdua are my close friends. I tak nak tengok you berdua menderita lagi.”
Hisyam rasa kecewa mendengar jawapan Nabila. Nabila menyambung kata-katanya apabila Hisyam diam, “You masih cintakan Lina, Hisyam. Carilah semula cinta itu. I pasti cinta you pada Lina masih belum terpadam.”
“Seperti cinta you kepada Zafrim yang tak pernah padam?” Nabila terkejut mendengar kata-kata Hisyam. Lantas dia teringat pada malam dia di rumah Hisyam. Nabila menyebut nama Zafrim dalam igauannya dan kebetulan Hisyam ada di hadapannya dan mendengarnya. Sudah lama dia tidak mendengar nama itu dilafazkan. Terasa janggal namun, Nabila masih merasa kerinduan kepada insan yang bernama Zafrim. Memang benar agaknya apa yang dikatakan oleh Hisyam, cintanya kepada Zafrim tidak pernah terpadam.
“I rasa we’d better go,” Nabila mula beredar menuju semula ke meja mereka. Sungguh dia merasakan kekecewaan terhadap apa yang dikatakan Hisyam tadi. Mereka melangkah kembali ke meja. Setelah menghabiskan minuman, mereka pulang. Dan tidak ada bicara apa-apa antara mereka sehinggalah Nabila keluar dari kereta Hisyam.
Setibanya di rumah, Azlina masih belum tidur, dia duduk di ruang tamu sambil merenung peti televisyen. Hisyam sedikit hairan melihatkan Azlina di situ. Biasanya dia sudah berada di dalam bilik. Amat jarang sekali Azlina mahu menonton televisyen.
“Belum tidur lagi?” Tegur Hisyam.
Azlina memandang Hisyam, “Lina tunggu Abang.”
Hisyam bertambah kehairanan. Tidak pernah Azlina menunggunya sejak bertahun lamanya. Hisyam duduk di sofa sebelah Azlina. Sekiranya Azlina menunggunya pulang sudah tentu ada sesuatu yang hendak dia katakan. Hisyam menunggu.
“Abang jumpa Nabila?” Tanya Azlina sambil mematikan televisyen. Hisyam terkejut tetapi dia diamkan sahaja. Azlina hanya mengagak. Dia tidak tahu ke mana selama ini Hisyam pergi sekiranya dia pulang lewat. Azlina tidak pernah bertanya. Namun dia juga perasan yang Nabila dan Hisyam tidak kekok bila mereka bertiga bertemu. Seakan-akan mereka sudah biasa bertemu. Dan Azlina tahu yang Nabila baru sampai dari Sydney siang tadi.
“Lina tak marah Abang jumpa Nabila. Lina pun nak cakap pasal Nabila.” Hisyam hanya diam mendengarkan.
“Lina minta maaf sebab selama ni Lina tak jalankan tanggungjawab sebagai isteri Abang. Dan sekarang Lina dah tak tahu lagi macamana Lina nak jadi seorang isteri kepada Abang,” Azlina berhenti menunggu sekiranya Hisyam mahu berkata apa-apa. Tetapi Hisyam hanya diam membisu.
Apabila melihat Hisyam diam, Azlina menyambung kata-katanya, “Nabila is a very considerate person. Dia banyak tolong Lina. Lina rasa dia lebih sesuai jadi teman hidup Abang dari Lina.”
Hisyam terkejut mendengar kata-kata Azlina. Mana mungkin Azlina mengetahui apa yang dia bicarakan dengan Nabila tadi. Hisyam memandang wajah Azlina. Ditenungnya wajah itu. “Benarkah sudah tidak ada cinta aku lagi buat Lina?” Tanya Hisyam kepada dirinya sendiri.
“I pasti cinta you pada Lina masih belum terpadam.” Terngiang kata-kata Nabila itu di telinganya. Hisyam tidak tahu apa jawapan yang patut dia berikan. Akhirnya dia bangun dari duduknya, “Abang tidur dulu.”
Azlina mencapai tangan Hisyam. Dia mahu dengar apa kata Hisyam. Dia mendongak melihat wajah suaminya. Hisyam tidak pasti apa yang terbayang di wajah Azlina, sayu? Kecewa? Rela? Benarkah dia rela Hisyam mengambil Nabila sebagai isteri?
Hisyam mengeluh. Dia menolak perlahan tangan Azlina. Di muka pintu dia terhenti dan menoleh kepada isterinya. “Besok Abang nak masukkan barang-barang Abang ke bilik Lina. Sepupu Abang nak sampai petang esok dari Melbourne.” Azlina tidak memberikan reaksi. Persoalan tadi masih berlegar di kotak fikirannya. Dia agak kecewa kerana tidak mendapat penyelesaian tentang persoalan yang cuba dibangkitkan kepada Hisyam tadi.
Dan malam itu mereka bertiga sebenarnya membawa kekecewaan dalam tidur yang tidak lena kerana kesemua persoalan yang mereka bangkitkan tidak ada penyelesaiannya. Hisyam gagal meraih kasih dari Nabila, Azlina gagal mendapat jawapan dari Hisyam, dan Nabila gagal untuk menyatukan mereka semula.
Hari berlalu membawa pergi dingin musim bunga. Akhir November menandakan berakhirnya musim bunga yang menjemput tiba musim panas. Panas matahari membawa suhu panas dan kering yang membahang membakar kulit dirasakan oleh umat di bumi Canberra.
Dia turun dari perut pesawat Qantas yang membawanya dari kota Melbourne ke ibu negeri Australia, Canberra. Dua butang kemeja yang teratas dibiar terbuka bagai mahu menghilangkan kehangatan, tetapi sia-sia sahaja. Penat bermesyuarat di Melbourne dari hari Rabu membawa ke Jumaat masih belum hilang lagi. Pantas langkahnya yang sengaja dipanjangkan agar cepat sampai ke dalam bangunan yang tentunya berhawa dingin.
Hisyam tersenyum menyambut tamu dari Malaysia yang juga merupakan sepupunya itu. Mereka bersalaman erat. Hampir enam tahun tidak bertemu kerana masing-masing sibuk dengan kehidupan masing-masing.
“Orang di Malaysia semua kirim salam,” beritahu Zafrim kepada Hisyam. “Waalaikumsalam,” jawab Hisyam. “Semua sihat?” Tanyanya kembali. “Sihat...,” sepatah jawab Zafrim.
“Fuuh, panasnya Canberra ni,” keluh Zafrim. “Sorrylah, Zaf. Aku dah cakap dengan Abah tak payah susahkan engkau datang. Kitorang kat sini baik-baik aje.” Hisyam merasa bersalah kerana kedatangan Zafrim adalah kerana disuruh oleh keluarga mereka. Mama Zafrim merupakan adik kepada Abah Hisyam. Sudah terlanjur Zafrim menghadiri mesyuarat di Melbourne, orang tua mereka meminta Zafrim ke Canberra menjenguk Hisyam kerana mereka tidak dapat datang menjenguk Hisyam ketika Atiqa meninggal. Hisyam memang tidak mahu menyusahkan Abahnya. Abah Hisyam sudah berbelas tahun hidup di atas kerusi roda akibat kemalangan jalanraya yang meragut nyawa Uminya. Apabila Abah Hisyam ingin menjenguk dia dan Azlina, Hisyam melarang. Besungguh-sungguh dia memberitahu Abahnya yang mereka baik-baik sahaja.
“It’s alright, Syam. I’ll get used to it. I hope rumah engkau ada aircond,” balas Zafrim. Setelah mendapatkan beg pakaian Zafrim, mereka beredar menuju ke kereta. Jam sudah menunjukkan jam enam petang tetapi matahari masih tinggi.
“Berapa lama engkau kat sini?” Tanya Hisyam.
“Aku ambil cuti 3 hari je. Orang kata kat Canberra ni bukan ada apa pun. Dapat tahu yang engkau and ....eh siapa nama your wife? Lupalah. Dah berapa kali Mama bagitau,” Zafrim menoleh memandang Hisyam. Ada rasa bersalah dalam hatinya kerana tidak peka dengan kehidupan sepupunya itu. Hisyam tersenyum seraya berkata, “Lina, Azlina.”
“Ooh... dapat tahu yang engkau berdua ok, aku baliklah. Nak senangkan hati orang tua kita kat Malaysia tu.”
Sesampai di rumah, kedengaran suara berbual di dapur. Hisyam agak hairan kerana Azlina atau Nabila tidak memberitahunya yang Nabila akan datang. Dia membawa Zafrim ke bilik belakang. Setelah Zafrim masuk ke bilik air, Hisyam sekali lagi membuka pintu almari dan laci pakaian untuk memastikan tidak ada barangnya yang tertinggal. Dia tidak mahu Zafrim pulang membawa berita tentang masalah rumahtangganya. Biarlah apa pun yang berlaku, dia akan menanggungnya. Dia tidak mahu keluarganya terutamanya Abahnya susah hati.
Hisyam melangkah ke dapur. Azlina terdiam memandang Hisyam di muka pintu dapur. Nabila meneruskan pekerjaannya mengacau sos spaghetti dalam periuk di atas dapur. Dia dapat merasakan kehadiran Hisyam tetapi dia tidak mahu memandang Hisyam.
“Err...Lina ajak Nabila makan sekali,” Azlina memberitahu Hisyam. Sebenarnya dia tidak mahu kekok di hadapan sepupu Hisyam sebab itu dia mengajak Nabila untuk dibuat teman. Hisyam hanya memandang mereka berdua dan dia berpaling kembali. Hisyam ke ruang tamu mencapai suratkhabar. Hanya matanya yang melihat baris-baris ayat yang bercetak di dada akhbar. Fikirannya melayang kepada persoalan yang ditanyakan kepada Nabila dan kepada persoalan yang Azlina tanyakan kepadanya malam tadi. Tiba-tiba fikirannya terasa kusut.
Zafrim terjegul di muka pintu. Kelihatan lebih segar. Kemejanya telah diganti dengan kemeja-t. Dia mengambil tempat berhadapan dengan Hisyam.
“Kalau kau nak termenung, bagi aku suratkhabar tu,” Zafrim meminta. Tanpa berkata apa-apa Hisyam menghulurkan suratkhabar kepada Zafrim. Baru sahaja dia hendak membuka helaian akhbar, ekor matanya tertangkap akan kelibat seseorang di ruang makan. Darahnya berderau. Dia menoleh ke arah itu, tetapi kelibat itu sudah tidak ada lagi di situ. Tetapi telinganya menangkap suara-suara dari dapur. Zafrim cuba mempastikan suara itu. Dia tidak pasti samada dia kenal akan suara itu.
Hisyam memandang Zafrim yang kelihatan seperti sedang merenung sesuatu. Hisyam bangun dan ke dapur. Dia memanggil Azlina dan Nabila untuk diperkenalkan kepada sepupunya.
Demi melihat wajah itu, Nabila terkejut. Terasa tubuhnya ringan seakan melayang. Dia cuba memaut kerusi sofa tetapi tangannya tidak sampai. Akhirnya tubuhnya rebah. Zafrim menangkap dengan pantas tubuh Nabila yang longlai tiba-tiba. Azlina terpinga-pinga. Hisyam hanya tegak berdiri. Azlina segera ke dapur mengambil segelas air.

Z
afrim memangku kepala Nabila. Nabila memandang Zafrim. Terasa fikirannya
bercelaru bagai tidak mempercayai apa yang di hadapannya ketika itu. “Mimpi
lagi..........,” Nabila bersuara lemah. Dia cuba mengangkat tangannya untuk
mengusap wajah Zafrim tetapi tangan itu terkulai jatuh kembali.
“Tak, Nabila. Bukan mimpi. Ini I, Zafrim,” Zafrim bersuara sebak. Nabila menggeleng kepalanya. Azlina menghulurkan segelas air kepada Zafrim. Zafrim menyuakan gelas ke bibir Nabila.
Azlina memandang Hisyam, “Nabila kenal Zafrim?” Tanyanya. Hisyam mengangguk. Dengan perlahan dia menarik tangan Azlina. Mereka berlalu meninggalkan Zafrim dan Nabila.
Nabila duduk bersandar di sofa. Zafrim yang memapahnya bangun dan duduk di situ. Zafrim duduk di sebelahnya. Matanya tidak lepas memandang wajah Nabila yang bertahun dirinduinya. Zafrim tahu Nabila terlalu terkejut dengan pertemuan mereka. Bahkan, dia juga terkejut. Sesungguhnya dunia ini terlalu kecil.
“Are you ok?” Tanya Zafrim kerisauan. Nabila diam, cuba menenangkan perasaannya dan fikirannya. Pertanyaan Zafrim membawa dia kepada peristiwa keretanya dilanggar kereta Zafrim malam itu. Itulah pertanyaan Zafrim kepadanya. Nabila mengeluh. Segala-gala tentang Zafrim masih utuh di hatinya. Nabila memejamkan matanya dengan rapat, bagai mahu menghilangkan Zafrim dari depan matanya.
“Nabila, open your eyes, please...” Zafrim bagai memahami yang Nabila mahu dia hilang dari situ. Tetapi, dia tidak akan melepaskan Nabila lagi. Perlahan Nabila membuka kelopak matanya. Ada air jernih mengalir menuruni pipinya.
“I nak balik,” Nabila menggagahkan dirinya untuk bangun. Zafrim turut bangun. Nabila terpusing-pusing mencari beg yang dibawanya tadi. Zafrim hanya memerhatikan, tidak tahu apa yang dicari Nabila
“Nabila, jangan pergi dulu. I have a lot to tell you,” Zafrim meminta. Nabila ke ruang makan dan ke dapur. Fikirannya kosong sebenarnya. Seluruh tubuhnya terasa sangat lemah. Zafrim seperti anak kecil menuruti langkah Nabila ke mana sahaja.
Akhirnya Nabila melangkah ke bilik Azlina. Dia teringat yang dia solat asar di bilik Azlina tadi. Dia agak terkejut apabila mendapati Hisyam dan Azlina berada di dalam bilik. Azlina duduk di birai katil sedangkan Hisyam di sofa yang terletak di hujung katil. Nabila hanya memandang sekilas ke arah mereka.
“Sorry, I just nak ambil beg I,” Nabila mencapai begnya dari atas meja solek dan melangkah kembali keluar. Kali ini langkahnya dituruti juga oleh Hisyam dan Azlina.
“You nak ke mana?” Tanya Hisyam.
“I nak balik,” Nabila menjawab tanpa menoleh.
“Nabila, tunggu dulu,” Azlina menahan. Dia memegang tangan Nabila.
“I have to go,” Nabila memandang Azlina. Airmatanya mengalir keluar lagi. Dia sendiri tidak menyangka yang hatinya akan dipagut sayu dan pilu dengan pertemuan itu. Perasaan yang berbaur cinta, kasih dan benci terhadap Zafrim bagai menyiat-nyiat perasaannya.
Azlina memandang Hisyam bagai meminta pertolongan. Hisyam serba salah. Sebenarnya dia merasa janggal dengan pertemuan mereka pada hari itu. Ditambah dengan persoalan yang timbul di antara Nabila, dia dan Azlina malam tadinya.
“Nabila, jangan pergi lagi,” Zafrim merayu lagi. Dia cuba menghalang Nabila dari keluar. Nabila memandang tajam wajah Zafrim.
“Let me go,” Nabila bersuara perlahan tetapi tegas.
“Kita perlu berbincang, Nabila. Jangan pergi, please…,” rayu Zafrim lagi.
“Tak ada apa lagi, Zafrim. I do not want to hear anything from you.”
Zafrim tidak ada cara lain lagi. Dia begitu nekad untuk tidak melepaskan Nabila. Dia memegang pergelangan tangan Nabila. Nabila menarik tangannya tetapi pegangan Zafrim lebih kuat. “Lepaskan I, Zafrim. Lepaskan,” Nabila meminta. Suaranya menjadi sebak. Nabila merasakan bagai berada di dalam mimpi yang sering datang dalam tidurnya.
Hisyam dan Azlina hanya memerhatikan gelagat dua insan itu. Mereka yang tidak tahu hujung pangkal hanya mampu melihat. Bagai baru tersedar yang mereka diperhatikan Nabila melangkah kembali masuk dan duduk di sofa. Dia melepaskan keluhan berat.
Zafrim cuba bersuara tetapi Nabila memotong cakapnya, “I tak nak tau apa-apa lagi tentang you. Just get out of my life.”
“Maafkan I, Nabila. I know it was all my fault and I’m ……,”
“Just shut up!” Nabila bersuara tinggi.
Kesemua mereka terdiam. Nabila berasa lemas. Dia teringatkan Abang Nabilnya dan Nani. Kalaulah ada mereka bersamanya di saat ini, sudah tentu dia dapat menyandarkan kepedihan hatinya. Yang ada di depannya ketika itu adalah mereka yang tidak tahu sejarah hidupnya.
Akhirnya Azlina yang menghantar Nabila setelah Hisyam hanya berdiam diri. Zafrim tidak dapat berbuat apa-apa. Setiap kali dia cuba bersuara Nabila menghalangnya. Dia hanya memandang sayu Nabila melangkah keluar.
Malam itu Zafrim menceritakan kepada Hisyam dan Azlina apa yang berlaku antara dia dan Nabila. Hisyam teringat yang Zafrim pernah mengikat tali pertunangan. Dia masih ingat Abahnya menunjukkan gambar tunangan Zafrim. Memang Zafrim terkenal dengan gaya baratnya dalam keluarga mereka. Jadi, apabila tunangannya itu gadis yang berasal dari kampung dan taat agama, saudara mara dan keluarga mereka semuanya ingin mengambil tahu. Sehinggakan gambar Nabila sewaktu pertunangan itu disebarkan kepada ahli keluarga melalui email. Sebab itu dia seperti merasakan bagai pernah melihat Nabila.
Namun, waktu itu Atiqa baru lahir. Dan oleh kerana dia dan Azlina menghadapi masalah sendiri, dia tidak berapa tahu tentang apa yang berlaku setelah pertunangan Zafrim. Tidak lama lepas itu mereka berangkat ke Canberra.
Semasa di Canberra Hisyam ada mendapat tahu dari Abahnya yang Zafrim sudah mendirikan rumahtangga melalui perbualan telefon. Sesekali menelefon ke Malaysia, Hisyam mendapat beberapa berita tentang ahli keluarganya yang terdekat. Cuma dia tidak pernah bertanya tentang isteri Zafrim ketika itu. Dan apabila dia bertemu dengan Nabila dia hanya menyangka mungkin pelanduk dua serupa. Namun apabila pada malam itu Nabila menyebut nama Zafrim dalam tidurnya, keyakinan Hisyam tentang identiti Nabila tergugat. Walaupun demikian, Hisyam cuba melupakannya. Dia mahu menganggap yang Nabila masih lagi tidak mempunyai ikatan apa-apa dengan sesiapa. “Aku ni pentingkan diri sendiri ke?” Detik hati Hisyam.
“Aku tak tau nak buat macamana lagi,” Zafrim mengeluh mengembalikan Hisyam ke situasi sebenar. Sepanjang Zafrim berbicara, Azlina beberapa kali memandang Hisyam. Persoalan mereka bertiga berlegar di mindanya. Hisyam tidak mengangkat wajahnya pun menentang pandangan Azlina.
“I won’t go back selagi aku tak dapat tawan hatinya semula,” Zafrim meluahkan tekadnya.
Azlina sabar menunggu deringan telefon. Akhirnya Nabila jawab juga panggilannya itu. Azlina meminta untuk menemui Nabila. Dengan berat hati Nabila bersetuju. Itupun setelah Azlina berjanji akan datang seorang. Mereka bertemu di pinggir tasik Burley Griffin.
Azlina memerhatikan pohon willow yang ada di tepi tasik itu. Dia gemarkan pohon itu. Pohon yang mempunyai dahan-dahan yang berjuntaian seperti lambang ketidakupayaan. Tetapi dengan sokongan batang yang utuh dan kuat ianya terus berdiri. Mungkin ada persamaan dengan dirinya terutamanya apabila mengenangkan rumahtangganya dengan Hisyam. Perhubungan yang diteruskan dalam keterpaksaan.
Dalam diam dia bersyukur kerana dipertemukan dengan Nabila. Nabila yang mengajarnya erti redha, erti ketabahan, dan mengingatkannya kembali erti kasih dan cinta. Azlina berpaling melihat Nabila yang dari tadi tunduk menguis-nguiskan kakinya di tanah. Dia sedikit terkejut apabila bertemu Nabila hari itu. Selain dari wajahnya yang kelihatan kusut, Nabila kelihatan cengkung. Azlina mengagak yang Nabila kurang tidur dan makan tidak menentu sejak pertemuan dengan Zafrim dua hari lepas.
“Nabila, biarlah I tolong you sekarang. You dah banyak tolong I selama ini,” Azlina bersuara seakan merayu. Nabila juga menyedari yang Azlina banyak berubah. Dia sudah boleh berbicara dan Nabila tahu Azlina memang ikhlas apabila mengeluarkan bicara.
“I tak nak pertolongan, Lina. I don’t need anyone in this matter,” balas Nabila. Azlina tersenyum pahit seraya berkata, “Kalau you nak tau, Nabila, that was exactly apa yang I cakap dengan Hisyam bila dia cadang kepada I supaya berkenalan dengan you dulu. I told him, I didn’t need anyone. Tapi, tengoklah sekarang. Kalau I tak kenal you, I cannot imagine how I would handle dugaan Allah ni. I sebenarnya bersyukur dipertemukan dengan you.”
Nabila diam. Azlina meneruskan bicaranya apabila Nabila diam, “Zafrim is going to postpone his going home.” Nabila mengeluh mendengarkannya. “Nabila, please listen to him this time,” Azlina terusan memujuk.
“I hate him, Lina,” Nabila meluahkan perasaannya tentang Zafrim.
“No, Nabila. You bukan bencikan dia. Tapi you bencikan apa yang dia dah buat. I tau you masih sayang dan cintakan dia,” kata Azlina. Nabila memandang wajah Azlina. Memang wajah itu sudah bersih dan tenang sekarang. Benarlah, Azlina sudah redha menerima pemergian Atiqa.
“Apa yang dia cerita dengan you?” Nabila bertanya. “The truth,” jawab Azlina pendek. “His version of the truth,” Nabila bersuara sinis. “Well, I tanya you sekarang, do YOU know the truth?” balas Azlina. “What do you mean?” Tanya Nabila kembali.
“Iyelah kalau you kata dia tidak bercakap benar, you tahu ke apa yang sebenarnya berlaku?” Nabila diam tidak menjawab. Memang Azlina petah bercakap sebenarnya. Gaya seorang peguam masih ada dalam dirinya. Cuma dia kalah dengan dugaan pada awalnya menyebabkan kebolehannya itu tenggelam bersama emosinya.
“Dah tak ada apa lagi yang boleh I harapkan dari dia, Lina. I pun tak faham kenapa dia nak cari I lagi. Bukan ke dia ada isteri?”
“Haaa, itulah you. You bukannya tahu perkara yang sebenarnya.”
“Apa perkara yang sebenarnya, Lina?”
“Zafrim berkahwin tak sampai pun tiga bulan.”
Nabila terkejut mendengarkan perkara tersebut. Tetapi kemudian dia berkata, “Begitulah kalau perkahwinan tak direstui Allah. Diorang tu agaknya dapat balasan dari Allah.”
“Tak baik you cakap macam tu, Nabila.”

“Habis tu, Lina. You ingat senang-senang I nak terima dia semula bila sekarang
ni I tahu he’s not married anymore? Dia nak I simpati pada dia sebab dia tak
boleh bahagia dengan isteri dia? On what basis that he wants me to do that?”
“Kalau you nak tahu on what basis, you kena tanya empunya diri. Itu lebih baik.” Nabila diam.
“Nabila, Zafrim sanggup melalui apa sahaja asalkan dia dapat tawan semula hati you. Itu yang dia beritahu kami,” Azlina memberitahu dengan suara perlahan. “Sebenarnya I nak beritahu segalanya yang dia beritahu pada kami, tapi I rasa lebih baik you tahu dari dia sendiri. Itu lebih baik, Nabila. You akan tahu samada dia ikhlas atau tidak, dia jujur atau tidak.” Nabila mengggelengkan kepalanya.
Azlina hampir putus asa. Akhirnya dia berkata, “This is not you, Nabila. Bila berbicara soal Zafrim, I rasa macam bukan bercakap dengan Nabila yang I kenal. Nabila yang I kenal akan sentiasa cuba menyelesaikan masalah.”
Pertemuan Azlina dan Nabila tidak juga dapat menemukan jalan penyelesaian. Azlina pulang dengan rasa kecewa di hatinya.

Malam itu Azlina menunggu Hisyam pulang. Hisyam keluar bersama Zafrim. Masuk ke bilik, Hisyam agak terkejut melihat Azlina sedang duduk tegak di atas katil sambil memegang surah yassin ditangan. Hisyam tidak berkata apa, terus masuk ke bilik air.
“Abang,” Azlina memanggil Hisyam setelah Hisyam selesai solat Isya’. Hisyam memandang Azlina sekilas lalu dia duduk di sofa. Tangannya mencapai suratkhabar yang memang terletak di atas sofa. Azlina beralih duduk di hujung katil mengadap Hisyam. Hisyam agak tidak keruan. Sudah lama rasanya mereka tidak duduk berhadapan begitu. Sepanjang beberapa hari Zafrim ada, Hisyam tidur di bilik itu tetapi di atas sofa.
“Lina pergi jumpa Nabila siang tadi,” Azlina memberitahu.
“Apa dia cakap?” Hisyam bertanya sambil matanya memerhatikan dada akhbar.
“Nabila masih tak nak jumpa Zafrim. Lina rasa kita kena tolong diorang.”
“Nak tolong macamana? Dah dia tak nak jumpa. Apa kita boleh buat.”
“Abang, Nabila banyak tolong kita,” Azlina terdiam sebentar sebelum menyambung ayatnya, “Dia banyak tolong Lina.” Azlina merasakan mungkin Hisyam tidak terasa sangat akan pertolongan Nabila seperti apa yang dirasakannya sendiri.
“Abang, kalau Lina tahu tentang Nabila dengan Zafrim, Lina tak akan minta Abang ambil Nabila sebagai isteri.” Hisyam tersentak mendengar kata-kata Azlina. Dia memandang wajah isterinya itu. Hisyam menyangka yang Azlina tidak akan bercakap tentang itu lagi. Sungguh ketika itu dia merasakan perubahan sikap Azlina. Berani untuk berterus terang. Tidak seperti dahulu. Apakah Azlina dulu sudah kembali? Hatinya berdetik.
“Abang sayang Lina tak?” Manja suara itu menerjah gegendang telinganya. Hisyam hanya tersenyum. Mereka baru seminggu mendirikan rumahtangga dan sedang berbulan madu ketika itu.
“Tak kan Lina tak tahu. Kan Abang sanggup tunggu Lina habis belajar. Tunggu Lina dapat kerja dulu. Bukan sekejap tu, makan tahun tu,” balas Hisyam, jemarinya mengelus rambut ikal Azlina. Azlina memandang tepat wajah suaminya.
“Lina sayangkan Abang, Lina cintakan Abang. Lina tak mahu terlepas peluang untuk beritahu Abang apa yang ada dalam hati Lina. I will always tell you that and now I want you to say the same,” perlahan Azlina bersuara meminta Hisyam melafazkan sayang dan cinta.
“Baiklah, madam lawyer, Abang sayang Lina, Abang cintakan Lina. I will always love you...,” Azlina ketawa senang mendengarkannya. Hisyam bahagia menatap wajah ketawa isterinya. Dan dari awal perkahwinan lagi Azlina yang mengajar Hisyam untuk berterus terang tentang perasaan dan emosi masing-masing, sehinggalah kelahiran Atiqa. Azlina menyimpan segala perasaan dan emosinya sendiri.
“Abang....,” panggilan Azlina mengejutkan Hisyam dari khayalan.
“Nantilah, Lina. Dah lewat malam ni, tidurlah dulu,” Hisyam melipat akhbar dan bangun untuk menutup suis lampu.
Hati Azlina berbaur dengan rasa kecewa dan tersinggung. Kerana seolah-olah Hisyam tidak mahu lagi berbicara dengannya. Azlina merebahkan diri semula di atas katil dan menarik selimut. Biarlah untuk malam itu dia turutkan kemahuan Hisyam. Pada pandangannya tiada guna untuk dipaksa Hisyam sekiranya dia sendiri tidak mahu berbincang. Azlina akan menunggu masa yang sesuai lagi. Harapannya semoga tidak terlambat.
Terlintas juga di fikirannya tentang hubungannya dengan Hisyam. Bagaimanalah kesudahannya? Keluh hatinya. Azlina sudah pasrah dengan apa yang berlaku. Dia mengakui kesilapannya selama ini. Kesilapannya yang mengakibatkan hubungan mereka jadi renggang begitu. Siapa kata hatinya tidak ada rasa kecewa apalagi ketika menyuarakan kepada Hisyam, suaminya sendiri untuk mengambil orang lain sebagai ganti. Sebenarnya Azlina akan redha apa sahaja tindakan dan keputusan Hisyam. Dia tahu kesilapannya tidak boleh dia tebus kembali. Dia tidak akan dapat mengembalikan kebahagiaan kepada Hisyam.
Tidak lama selepas lampu dimatikan Azlina terdengar pintu dikuak. Azlina tahu Hisyam ke bilik Atiqa. Hampir setiap malam Hisyam akan menghabiskan sebahagian malamnya di bilik Atiqa. Azlina mendengar pintu almari dan laci yang dibuka dan ditutup. Hatinya sayu. Mereka berdua merindui Atiqa tetapi masing-masing tidak dapat berkongsi kerinduan itu.
Azlina sendiri masih belum dapat untuk mengemas bilik Atiqa. Dia berhasrat untuk mendermakan permainan ke wad kanak-kanak di hospital. Tetapi dia belum ada kekuatan untuk melakukannya. Sudah beberapa kali dia cuba untuk memasukkan barang-barang tersebut ke dalam kotak, tetapi rasa pilu yang teramat membuatkan pekerjaannya itu terhenti. Akhirnya setelah lebih lima bulan pemergian Atiqa, biliknya masih seperti dahulu.
Nabila terkejut dengan kehadiran Hisyam sepulang saja dia dari pejabat. Semalam dia menerima pesanan ringkas dari Hisyam memberitahu yang Zafrim akan berangkat juga ke Malaysia. Dia tidak dapat menunggu lagi kerana cutinya yang terhad.
Hisyam cuba tersenyum, tetapi Nabila tidak membalas senyumannya. “You nampak cengkung, Nabila,” tegur Hisyam sebaik sahaja Nabila ada dekat dengan dia. Nabila tidak berkata apa-apa. “Can we talk?” Tanyanya.
“About what?” Tanya Nabila kembali.
“Whatever that needs talking over,” balas Hisyam.
Nabila menggelengkan kepalanya. “I think we should not meet anymore. I do not want to talk to you nor Lina. I need to concentrate on my thesis at the moment. My supervisor advised me to put everything else aside,” panjang lebar Nabila memberitahu.
Hisyam mengeluh. “Not even for a little while?” Dia cuba memujuk. “No,” sepatah jawab Nabila. Supervisornya ada menegur Nabila yang kelihatan muram dan seperti tidak sihat. Nabila hanya memberitahu yang dia sedang menghadapi sedikit masalah.
“How far are you from finishing,” Hisyam cuba mengalih topik perbualan.
“I’m not sure. Mungkin tiga atau empat bulan lagi,” jawab Nabila.
Hisyam pulang dengan rasa kecewa. Nabila bertegas tidak mahu bercakap apa-apa pun tentang masalah mereka.
Azlina hanya memerhatikan Hisyam mengumpulkan beberapa barangannya. Dia tahu Hisyam mahu memindahkan pakaian dan barang-barangnya kembali ke bilik sebelah. Zafrim sudah berangkat siang tadi. Dia pulang dengan rasa kecewa yang amat sangat. Semua panggilan dan pesanan yang dihantar kepada Nabila tidak berbalas. Dia merasakan besar sungguh dosanya kepada Nabila sehingga begitu perlakuan Nabila.
“Abang,” panggil Azlina. “Hmmm..,” jawab Hisyam tanpa menoleh. Azlina merasa agak tersinggung. Dia cuba melawan perasaan tersebut. Dia bangun dan melangkah ke arah Hisyam. Azlina berdiri di belakang suaminya.
“Abang, Lina rasa Lina tahu kenapa kita tak berjaya nak tolong Nabila dengan Zafrim,” Azlina memancing agar Hisyam mahu mendengar bicaranya. Hisyam hanya memandang sekilas ke arah Azlina.
“Abang, nantilah berkemas tu,” Azlina bagai memujuk. Tangan Hisyam terhenti. Tidak pernah lagi dia mendengar suara memujuk Azlina. Dia berpaling sambil tersenyum kelat, “Ok, you have my attention now,” Hisyam melangkah ke sofa. Dia duduk dan memeluk tubuh. Azlina melangkah ke arah Hisyam. Dia teragak-agak apabila berdiri di depan Hisyam. Dengan perlahan dia memilih untuk duduk di sebelah Hisyam, “You kena ubah sikap you terhadap Hisyam,” terngiang kata-kata Nabila dulu.
Hisyam agak kaget apabila Azlina memilih untuk duduk di sebelahnya, bukan di birai katil seperti selalu. Hisyam cuba menyembunyikan perasaan itu. “Kita tak dapat tolong diorang tu sebab masalah kita sendiri belum kita selesaikan,” Azlina menyambung bicaranya.
“Apa masalah kita?” Tanya Hisyam kembali.

Azlina melihat wajah Hisyam, cuba mencari makna kata-katanya itu. Tapi wajah Hisyam tidak membayangkan apa-apa, tiada marah, atau sedih, atau kecewa. Dia begitu bersahaja. Entah kenapa sikap bersahaja Hisyam itu menyentuh perasaan Azlina. Memang benarlah apa yang dia fikirkan selama ini. Sayang Hisyam kepadanya sudah tidak ada lagi. Dan itu semua adalah kesilapannya juga.
Azlina menarik nafas dalam. Ada rasa sebak di hatinya. “I’m sorry, Bang. Maafkan Lina. Lina bersalah sebab selama ini Lina tak jalankan tanggungjawab Lina sebagai isteri. Lina terlalu pentingkan perasaan Lina. I’m sorry.” Airmatanya tidak terbendung lagi. Azlina bangun. Dia sudah tidak mahu dekat dengan Hisyam lagi. Dia sudah tidak layak berada di sisi Hisyam lagi.
Hisyam terkejut melihatkan reaksi Azlina. Dia sememangnya tidak bersedia dengan perubahan sikap Azlina sejak akhir-akhir ini. Azlina semakin banyak bicaranya dengan Hisyam, tidak seperti dahulu. Itu semua membuatkan dia bersikap seperti acuh tidak acuh sahaja. Hakikatnya dia bagai tidak bersedia menghadapi perubahan sikap Azlina itu.
Hisyam memandang Azlina yang berdiri tersandar di dinding. “Kenapa Lina?” Tanya Hisyam. Dia kehilangan kata-kata sebenarnya. Azlina mengesat airmatnya. “Lina ingat biarlah Lina balik Malaysia, duduk dengan emak dan ayah Lina. Lina ingat nak cuba kerja semula kat Malaysia.”
Hisyam terkejut lagi. Semua yang berlaku di ketika itu memang tak dijangkanya. “Tapi, Lina. Kalau nak tukar kerja ke Malaysia semula, Abang kena apply untuk transfer. Tak taulah berapa lama tu.”
Azlina memandang Hisyam. Hatinya hairan kenapa Hisyam seperti tidak mahu mengerti permasalahan rumah tangga mereka.
“Abang, hidup kita berdua dah tak ada makna lagi. I do not know how to define our relationship. It certainly doesn’t look like a marriage.”
Hisyam mengeluh. Azlina lebih berani menghadapi kenyataan dari dirinya sekarang. “I’m sorry, Bang. Lina bukan salahkan Abang. Semua ni salah Lina,” Lina bersuara apabila Hisyam hanya berdiam. “Biarlah Lina balik.”
Ada rasa kekosongan yang menjengah di hati Hisyam mendengar kata-kata Azlina. “You masih cintakan Lina, Hisyam. Cubalah cari semula cinta itu. I pasti cinta you pada Lina masih belum terpadam.” Dia teringat kata-kata Nabila. Mungkin ada benarnya kata-kata Nabila itu.
Hisyam bangun dan melangkah perlahan ke arah Azlina. Dia berdiri dekat dengan Azlina yang tunduk. “Lina, pandang Abang,” Hisyam meminta dengan suara perlahan. Azlina mendongak mengarahkan pandangannya ke wajah Hisyam. Hisyam merenung mata bundar isterinya. Sudah bertahun dia ingin bertentang mata dengan Azlina, mahu menyelam perasaan isterinya. Tetapi Azlina selalu mengelak. Dan akhirnya dia biarkan mereka terasing.
Azlina berkerut apabila Hisyam merenungnya lama. “Kenapa, Bang?” Tanyanya perlahan.
“Ada kawan Abang beri nasihat supaya cari balik cinta Abang pada Lina. Kata dia, dia pasti cinta Abang pada Lina belum terpadam,” Hisyam bersuara separuh berbisik. Wajah Azlina berkerut. Dia cuba melangkah setapak ke belakang, tetapi tidak boleh kerana tubuhnya memang sudah rapat ke dinding.
Hisyam tidak berkata apa-apa. Hanya terus merenung wajah Azlina. Hisyam melangkah lagi ke hadapan sehingga kedudukannya terlalu rapat dengan Azlina. Azlina bagai tidak keruan berada terlalu dekat dengan suaminya. Hisyam mengusap pipi Azlina dengan tangan kanannya, “I’m sorry, Lina. Abang pun bersalah dengan Lina.” Perlahan tangan Hisyam melingkari bahu Azlina dan memeluk erat tubuh Azlina. Azlina membalas pelukan suaminya itu. “Lina terlalu sayangkan Abang.Tapi selama ni Lina tak dapat bahagiakan Abang. Anak yang Lina lahirkan tak sempurna. Dan sekarang Iqa dah tak ada. Lina hanya ada Abang. Tapi.....”
“Shh.....don’t say anything more. Abang tahu semua itu. Abang pun bersalah. Abang biarkan Lina kesedihan seorang. Abang pentingkan diri sendiri,” Hisyam bersuara kesal. Dan terlerailah segala kekusutan yang membelenggu fikiran dan kehidupan mereka selama ini.
“Am I disturbing you?” Kedengaran suara Hisyam di hujung talian. Nabila teragak-agak menjawab, “Errr….taklah. I’m taking a rest.” Sememangnya dia sedang menghirup secawan Nescafe. Dia sedang membelek-belek fail-fail yang dia bawa pulang dari pejabat tadi. Segalanya sudah berakhir buat Nabila. Betapa dia merasa begitu lega. Dia telah menghantar thesisnya pada tengahari hari Jumaat itu. Rasa tidak sabar untuk pulang ke Malaysia. Sebenarnya dia begitu rindu untuk kembali semula mengajar di universiti, rindu untuk kembali kepada suasana keMalaysiaan dan paling rindu untuk bertemu semula emak, ayah, dan abang-abangnya.
“I was just wondering how you were getting on,” kata-kata Hisyam mengembalikan mindanya kepada Hisyam di talian. “Alhamdulillah, I have submitted tadi,” balas Nabila. “Congratulations!“ Hisyam mengucapkan tahniah. Sebenarnya dia mengetahui tentang Nabila yang akan selesai dan balik ke Malaysia tidak lama lagi dari Zahid. Dia bertemu Zahid semasa solat Jumaat.
“I dengar juga you akan submit. Tak sangka pula you dah submit tadi.”
“I submit tengahari tadi.”
“So tak lama lagi you balik Malaysia lah ye?”
“Insyaallah dalam masa beberapa minggu lagi. Belum terima tiket lagi” Nabila memberitahu.
“I think Lina would like to see you. Lama juga kita tak berjumpa,” Hisyam menggunakan Azlina sebagai alasan. Tetapi ada kebenaran juga apa yang dikatakannya. Malam tadi Azlina membangkitkan yang mereka sudah agak lama tidak berjumpa Nabila. Kali terakhir ialah awal Disember lepas. Nabila masih ingat dia meminta untuk tidak mahu berjumpa Hisyam atau Azlina kerana mahu menumpukan perhatian kepada penulisan thesisnya.
“Oh?” Nabila sedikit terkejut mendengarkan Azlina mahu berjumpa dengannya. Disangkakannya Azlina sedang menghadapi masalah. Hisyam tersedar akan nada Nabila yang terkejut itu.
“She’s fine, she’s fine. Dia ada cakap lama tak jumpa dengan you,” Hisyam meredakan perasaan Nabila. “Kalau bila-bila you free, we can get together. If that’s alright with you,” Hisyam menyambung kata-katanya. Nabila terdiam beberapa ketika. Peristiwa pertemuan dengan Zafrim di rumah mereka dan persoalan mereka bertiga terlintas di fikirannya. Semuanya masih terkesan di perasaannya terutama sekali pertemuannya dengan Zafrim.
“Boleh juga,” Nabila bersetuju. Tetapi Hisyam bagai dapat mengesan kegusaran pada suara Nabila. “Kalau macam tu nanti I suruh Lina call you to set the date and time.” Mereka memutuskan perbualan.

Keesokan harinya, Azlina menelefon Nabila dan mengajaknya untuk makan malam
bersama. Nabila menerima jemputan Azlina itu. Walaupun masih ada rasa gusar
memikirkan peristiwa beberapa bulan yang lalu, Nabila memutuskan yang dia mahu
mengakhiri kekusutan antara mereka bertiga sebelum dia berangkat meninggalkan
Canberra. Berjumpa dan berhadapan dengan Hisyam dan Azlina adalah yang terbaik
dirasakannya.
Hisyam yang datang menjemput Nabila. Nabila perasan yang wajah Hisyam cerah dan ada nada ceria bila dia bersuara bertanyakan khabar. Kedatangan Nabila disambut gembira oleh Azlina. Azlina memeluk erat Nabila. Nabila sedikit terharu tetapi ada rasa bingung di hatinya. Perlahan-lahan rasa bingung itu hilang apabila dia menyaksikan perubahan pada diri Azlina. Azlina kelihatan ceria. Bagitu juga Hisyam. Apabila melihatkan kemesraan Azlina dan Hisyam suami isteri, Nabila menyimpulkan sendiri bahawa mereka telah dapat menyelesaikan permasalahan rumahtangga mereka. Nabila bersyukur dalam diam.
“Nabila,” Nabila memalingkan wajahnya kepada Azlina apabila namanya dipanggil Azlina. “I want…actually we want to thank you for what you’ve done for us.”
“Apa yang I dah buat?” Tanya Nabila.
“You’ve brought us back together. You made us realise that we actually have each other. You banyak tolong I untuk rasa redha. And for that I thank you so much, Nabila. Allah saja yang dapat balas jasa you pada kami,” Azlina menerangkan dengan panjang lebar. Hisyam tersenyum dan kemudian memaut bahu Azlina. Nabila dapat merasakan kebahagiaan mereka berdua.
“Alhamdulillah. I tak buat apa sebenarnya. Semuanya dengan izin Allah,” Nabila bersuara. Nabila benar-benar gembira kerana Hisyam dan Azlina dapat mencantum kembali kehidupan mereka. Tetapi jauh di sudut hatinya masih ada rasa duka. Nabila sedar dia tidak dapat melupakan Zafrim. Dan Hisyam yang berada di situ ketika itu terlalu mengingatkannya tentang Zafrim.
“Kenapa you nampak macam tak happy je?” Tanya Hisyam semasa dalam perjalanan menghantar Nabila pulang.
“Taklah. I bukan tak happy. I’m happy for you both. Agaknya I penat,” Nabila beralasan. Tetapi Hisyam bagai dapat menyelam perasaan Nabila ketika itu. Hisyam sedar yang Nabila tidak dapat melupakan sepupunya, Zafrim. Apa lagi setelah mereka bertemu secara tidak sengaja.
“Nabila, can I say something personal?” Hisyam bertanya. Matanya terus memandang jalanraya. Nabila hanya diam. Dia bagai dapat mengagak apa yang hendak diperkatakan oleh Hisyam. Dibiarkan sahaja Hisyam berbicara.
“I’m sorry I terlanjur kata dengan you dulu. Betul kata you I was so confused and I was just looking for something to escape from my confusion and sadness. I shouldn’t have said those things to you. I should thank you sebenarnya sebab youlah yang minta I cari semula cinta I pada Lina. You yang kembalikan rasional dalam diri I.” Nabila masih diam.
“Tapi sekarang ni I sangat berharap……,” Hisyam terhenti seketika. Dia takut hendak meneruskan bicaranya. Takut akan mengganggu perasaan Nabila. Setelah melihatkan Nabila hanya diam, Hisyam meneruskan bicaranya, “I harap you terimalah Zafrim semula.” Nabila mengeluh.
“Why should I?” Nabila bertanya dengan suara yang agak tinggi. Kiranya dia masih menyimpan marah dengan Zafrim. Dia masih sukar untuk memaafkan Zafrim. “Sekarang ni dia dah suruh you berdua jadi intermediary pulak?” Nabila bertanya lagi masih dalam nada marah.
Giliran Hisyam pula mengeluh. Memang benar apa yang Azlina katakan padanya tempoh hari. Nabila seakan berubah sikap apabila bercakap tentang Zafrim.
“Tak, dia tak pernah minta pertolongan dari kami. Malah bila Mama dia nak datang ke mari untuk pujuk you pun dia tak bagi. Katanya biarlah dia yang selesaikan masalah dia dengan you.” Nabila terdiam. Terbayang-bayang wajah Puan Suraya, Mama Zafrim di matanya dan juga wajah Encik Zainuddin. Sebenarnya dia sendiri sudah menyayangi keluarga Zafrim. Mama dan Abah Zafrim bagai pengganti emak dan ayah Nabila di Kuala Lumpur. Puan Suraya akan menelefon Nabila apabila tiba hujung minggu. Selalu diajaknya Nabila ke rumah mereka. Ada juga Nabila pergi sendirian terutamanya apabila Zafrim sibuk. Ada kalanya Zafrim mengeluh apabila ada ketikanya Mamanya yang membuat perancangan hujung minggu dengan Nabila. Zafrim pernah berkata kepada Mamanya, “Mama, yang nak kahwin dengan Nabila bukan Mama, tapi Zaf. Could you stop being possessive over her?”
“Nabila, sebenarnya gambar yang dihantar ke telefon you tu was a set up. Zafrim was being set up by his friends.” Fikiran Nabila kembali semula bila mendengarkan suara Hisyam. Nabila berpaling melihat Hisyam dengan wajah berkerut. Hisyam meneruskan kata-katanya, “Zafrim fikir tak ada salahnya dia berjumpa kawan-kawan lamanya. Lagipun memang dia dah lama tak jumpa diorang tu sejak dia berkenalan dengan you.”
Hisyam menceritakan yang Diana meletakkan ubat khayal dalam minuman Zafrim. Apabila Zafrim bagai sudah tidak sedarkan diri, Diana dan kawan-kawannya yang lain membawa Zafrim ke bilik hotel dan mengambil gambar Diana dan Zafrim.
“You knowlah kalau dah hidup cara kebaratan sangat. Semua tu hanya bahan gurauan. Nabila, I’m sure nothing happened that night.”
Nabila tunduk. Apa yang dikatakan oleh Hisyam itu benar-benar mengejutkannya. Apakah selama ini dia yang salah faham? Apakah hanya disebabkan salah fahamnya itu, keluarganya dan keluarga Zafrim menjadi susah kerana dia menghilangkan diri? Apakah kerana salah faham itu majlis pernikahannya dibatalkan kerana pengantin perempuan tidak ada? Apakah ini semua salah dirinya kerana salah faham? Nabila jadi bingung.
“But, they were married after that, right?” Nabila bertanya.
“Betul. Tapi tak lama. Tiga bulan aja,” jawab Hisyam.
“Do you know kenapa diorang divorced?”
“You need to ask Zafrim himself about their marriage. I tak nak bercerita apa yang I tak tau. When they got married, we were already here in Canberra. Nabila, when you go back to Malaysia nanti, pergilah berbincang dengan Zafrim. At least go and see him. I feel I have to tell you all these. I owe you this. I nak perbetulkan kesalahan I pada you sebelum ni.”
Nabila diam. Fikirannya bercelaru dengan apa yang baru saja dia ketahui dari Hisyam. Rasa bersalah menguasai diri Nabila. Semalaman itu dia tidak tidur memikirkan peristiwa hampir lima tahun lalu. Memang benar kata Nani, dia sepatutnya bertemu dengan Zafrim untuk mengetahui perkara yang sebenarnya. Tetapi, dia telah menutup pintu hatinya, dia telah menghukum Zafrim. Dan oleh kerana tindakannya menghilangkan diri di hari pernikahan mereka, bukan Zafrim sahaja yang menjadi mangsa tetapi seluruh keluarga mereka berdua. Nabila menjadi keliru.

Zafrim memerhatikan Mamanya yang sedang menggemburkan tanah dari jendela bilik
tidurnya. Halaman rumah mereka memang kehijauan. Mamanya lebih gemar menanam
pokok-pokok yang menghijau daripada menanam pokok-pokok bunga. Ada beberapa
jenis pokok bunga, itupun Fadhilah, isteri Zaidi yang menanamnya. Memang cocok
benar ibu mertua dan menantu berkongsi hobi yang sama. Sebab itulah Mamanya
sayang benar dengan Fadhilah. Lagipun keluarga Fadhilah tinggal di England.
Puan Surayalah tempat dia menumpang manja.
Tetapi Zafrim tahu, hati Mamanya yang terlalu mudah memberi kasih sayang. Dia masih ingat sayang Mamanya kepada Nabila. Ada kalanya dia juga merasa cemburu. Bila tiba hujung minggu sudah pasti Mamanya yang menelefon Nabila bertanya jika Nabila ada masa lapang dan mengajak Nabila ke rumah mereka.
Zafrim mengeluh. Kenapalah begitu payah untuk dia melupakan Nabila. Zafrim melangkah duduk di meja kerjanya. Dia membelek-belek fail yang dibawa balik dari pejabat. Fikirannya kosong. Dia merebahkan tubuhnya di atas katil.
Fikirannya menjalar kepada pertemuannya dengan Nabila di rumah emak dan ayah Nabila. Dia pergi mencari Nabila hingga ke kampung kerana Nabila tidak lagi menjawab panggilan telefonnya. Dia cuba ke rumah Nabila dan Nani tetapi Nani yang membuka pintu dan memberitahu yang Nabila tidak mahu bertemunya lagi.
Zafrim berteleku di hadapan Nabila yang hanya menundukkan mukanya, tidak mahu memandang wajah Zafrim. Abang Nabil dan dua orang lagi abang Nabila, Nizam dan Nasrin hanya memerhatikan mereka. Zafrim hanya mahu meminta kemaafan dari Nabila. Untuk meneruskan perkahwinan mereka adalah tidak mungkin kerana dia terpaksa menikahi Diana. Dan sudah tentu Nabila tidak dapat menerima dirinya lagi. Tidak ada satu perkataan pun yang keluar dari mulut Nabila untuk Zafrim ketika itu. Zafrim benar-benar kecewa.
Dan pada minggu berikutnya dia menikahi Diana. Kehidupan dengan Diana bagai neraka buat Zafrim. Hatinya memang sudah membenci Diana sejak dari dia mengetahui Diana menghantar gambar melalui pesanan bergambar kepada Nabila. Zafrim sering melarikan diri dari bertemu Diana selepas mereka bernikah. Dia tidak mengajak Diana untuk tinggal bersamanya di Subang Jaya. Malah dibiarkan saja Diana di rumah Mama dan Abahnya. Pernah Diana datang mencarinya di Subang Jaya. Apabila Diana ke sana, Zafrim akan keluar rumah dan tidak pulang ke rumah. Dia akan tidur pula di rumah orang tuanya. Begitulah keadaan hidup mereka. Semua itu mendatangkan kemarahan Diana dan mereka sering bertengkar. Pada mulanya pertengkaran mereka hanya di dalam bilik tidur sahaja. Tetapi lama kelamaan mereka berdua bagai sudah tidak peduli lagi. Pertengkaran di hadapan Mama dan Abah Zafrim juga sudah menjadi perkara biasa.
Puan Suraya dan Encik Zainuddin cuba menasihati anak mereka supaya lebih berhemah apabila menangani masalah rumah tangga. Tetapi Zafrim juga bagai tidak mahu menjaga rumahtangganya. Dia hanya tunduk mendengar apa yang dikatakan oleh orang tuanya. Tidak ada kata-kata bantahan. Tetapi semua yang dikatakan oleh Puan Suraya dan Encik Zainuddin bagai mencurah air di daun keladi. Semuanya tidak meninggalkan kesan di hati Zafrim.
Yang menjadi kekesalan Zafrim yang tidak berkesudahan ialah apabila kebenaran terbongkar yang kemudian menjadi sebab dia menceraikan Diana.
Diana terlalu marah apabila Zafrim meninggalkannya di Subang Jaya sekali lagi. Walaupun sudah beberapa kali, entah kenapa malam itu marah Diana meluap-luap. Puan Suraya dan Encik Zainuddin hanya memerhatikan kedua anak dan menantu mereka bertengkar di hadapan mereka. Diana bercekak pinggang di hadapan Zafrim yang sedang duduk di ruang tamu rumah orang tuanya.
“You buat I macam tunggul! Macam orang bodoh! Why are you doing this to me?!”
“As if you don’t know,” balas Zafrim dengan nada sinis.
“Ini semua pasal ex you! Ex you yang kolot, kampong! Hei! I just don’t understand how you could go back to zaman gua dengan dia!”
Kata-kata Diana yang menghina Nabila mengundang kemarahan Zafrim. Puan Suraya juga tidak tahan mendengarnya. Dia mahu membalas dan memarahi Diana tetapi di tahan oleh suaminya. Memang Encik Zainuddin tidak mahu mencampuri urusan rumahtangga anak-anaknya. Apalagi apabila mereka sedang bertengkar begitu. Tidak patut mereka menunjukkan yang mereka menyebelahi mana-mana pihak.
“You leave her out of this!” Zafrim bangun dan menuding jari ke muka Diana.
“No! I cannot leave her out! Disebabkan dialah you buat I macam ni! Kalau I tau you ni dah gila macam ni dengan dia I wouldn’t have continued with that stupid plan!” Serentak itu dia berpusing, tetapi tangan Zafrim pantas menyambar lengan Diana. Diana meronta tetapi tidak dilepaskan oleh Zafrim.
“What do you mean stupid plan?” Tanyanya dengan wajah yang menyinga. Diana membalas pandangan Zafrim dan perlahan dia tersenyum sinis.
“Well, Mr Zafrim yang bijak pandai. You are not that clever after all. They dared me to get you from budak kampung tu. Ah! It was such an easy task.” Zafrim melepaskan tangan Diana. Tetapi matanya terus memerhatikan wajah Diana.
“So, I did what I did. Put something in your drink, brought you to that hotel room. Took some lovely pictures with you and waited until you got up,” Diana berbicara dengan wajah selamba.
“You mean…you mean nothing happened that night? I…I didn’t do anything to you?” Zafrim bertanya tergagap. Perasaannya bercampur baur, keliru dan marah. Tetapi perasaan marah kepada Diana di hadapannya semakin membara.
Diana ketawa, “No, Mr Zafrim. You didn’t do anything except calling that *****’s name even when you kissed me. And until today you haven’t done anything to me. I’m still a virgin. And I’m glad. I couldn’t imagine losing even that to you!!!”
Puan Suraya dan dan Encik Zainuddin amat terkejut dengan apa yang mereka dengar. Bagai tidak percaya. Tetapi Zafrim lebih terkejut. Apakah selama ini dia terhukum atas kesalahan yang dia tidak lakukan. Zafrim mengangkat tangan tetapi Encik Zainuddin lebih pantas lagi menahan tangan anaknya. Zafrim memandang Abahnya dengan wajah sayu. Tetapi sayu di wajahnya cepat berganti dengan pandangan kemarahan apabila dia melihat Diana kembali. Zafrim merenung tajam wajah Diana. Dan Diana membalas renungan itu seakan mencabar Zafrim untuk bertindak selanjutnya.
“Aku ceraikan engkau. And as of this moment you are not my wife anymore,” Zafrim melafazkan kata-kata cerai. Puan Suraya menangis, kesal dengan runtuhnya rumahtangga anak sulungnya di hadapannya malam itu. Perasaannya bergetar bersama gegaran langit yang mendengar lafaz yang dibenci Allah SWT itu.
Zafrim mencapai kunci keretanya dan beredar keluar dari rumah. Dia sempat mendengar teriakan suara Diana, “And I’m ever so glad that this is over!”
Zafrim memandu ke seluruh kota Kuala Lumpur malam itu tanpa tujuan. Dia cuba menenangkan perasaannya tetapi tidak berjaya. Kesal, kecewa, sedih dan pilu. Terbayang-bayang wajah Nabila yang sedang tersenyum manis, wajah Nabila yang mengandungi ketenangan, wajah yang juga memberinya ketenangan. Terbayang-bayang kemesraan Nabila dengan Mamanya. Dan terbayang-bayang Nabila yang hanya tunduk tidak mahu memandangnya di pertemuan mereka yang terakhir. Zafrim mahu menjerit mengeluarkan segala pedih dan pilu di jiwanya tetapi suaranya tersekat di kerongkong.
Jika tidak kerana Mama dan Abahnya yang sering memberi nasihat selepas perceraian mereka, entah apa yang akan terjadi kepada dirinya. Terngiang nasihat Mamanya, “Mungkin ini semua kaffarah dosa Zaf. Anggaplah dugaan dari Allah. Dia maha mengasihani. Allah will not try us with things that we cannot face. Dugaan yang diberikanNya memang sesuai dengan peringkat iman kita, Zaf. So you should be able to face all this. Be strong.”
Dan Zafrim menumpukan perhatian kepada kerjanya. Waktu lapang di hujung minggu dia menghabiskan masa di rumah Mama dan Abahnya. Tidak ada lagi kehidupan lain selain dari apa yang dilaluinya ketika itu.
Terdengar suara Mamanya bercakap-cakap. Suara perempuan. Mungkin Zaidi dan Fadhilah sudah sampai. Tapi Zafrim berasa hairan juga kerana tidak kedengaran suara anak mereka, Fariz, yang sudah berumur lebih 4 tahun itu. Dan kini sedang menunggu ketibaan adiknya pula. Mungkin Fariz tertidur dalam perjalanan tadi. Zafrim terasa malas untuk bangun menyambut kedatangan anak saudaranya itu. Dia begitu terhibur dengan telatah nakal Fariz sebenarnya. Mamanya dan Fadhilah sendiri tidak tertahan dengan keletah Fariz. Zafrim yang seronok melayan kerenah anak saudaranya itu. Berlari dan bermain tidak bertempat, di dalam dan di luar rumah. Zaidi juga begitu. “It’s time this house needs more ladies!” Puan Suraya menjerit apabila melihat dua orang anaknya dan cucunya berlarian dalam rumah. Fadhilah hanya ketawa.
Zafrim terusan melayan fikirannya. Dia teringat kepada pertemuan dengan Nabila yang tidak disangka di Canberra setahun yang lalu. Dia mengeluh mengenangkan kekecewaan yang terpaksa dia bawa pulang ke Malaysia. Kalau diikutkan hati dia mahu terus menunggu jawapan dari Nabila. Tetapi dia terpaksa balik juga. Keputusan-keputusan mesyuarat di Melbourne terpaksa dia laporkan ke ibu pejabat.
Ada ketukan di pintu. Wajah Mamanya terjegul, “Ada tamu kat bawah tu. Turunlah.” Zafrim memandang wajah Mamanya. “Turun cepat,” gesa Mamanya sebelum menutup pintu kembali. Zafrim tidak berkata apa-apa. Zafrim bangun dengan perasaan malas. Tidak pernah Mama memanggilnya turun bila Zaidi dan keluarganya datang.
Zafrim menuruni anak tangga. Dia menjenguk-jenguk ke ruang bawah. Suasana sepi. Ke mana perginya semua orang? Detik hatinya. Zafrim melangkah ke ruang tamu. Darahnya berderau apabila melihat tamunya petang itu.
Nabila berdiri apabila Zafrim masuk ke ruang tamu. Zafrim tercegat lama. Bagai tidak percaya yang datang itu ialah Nabila. “Apa khabar, Zafrim?” Tanya Nabila apabila Zafrim hanya diam.
“I bbba….baik,” tersekat-sekat suaranya keluar. Zafrim duduk di sofa yang terletak paling jauh dari Nabila. Nabila duduk kembali. Zafrim memandang Nabila dengan pandangan yang tidak pasti. Hatinya tertanya-tanya apakah tujuan kedatangan Nabila. Apakah dia hendak memberitahu yang dia sudah bertemu jodoh? Entah kenapa itu yang terlintas di kotak fikirannya ketika itu. Sepi memenuhi ruang. Terlalu banyak yang ingin Nabila katakan tetapi dia tidak tahu bagaimana hendak memulakannya.
“Bila you balik?” Zafrim bertanya apabila perasaannya kembali tenang.
“Dah dua bulan,” jawab Nabila.
“Oh, congratulations. Boleh panggil you Dr. Nabila lah sekarang.” Zafrim teringat yang tentunya Nabila sudah selesai pembelajarannya.
“Thanks. Belum ada formal result lagi. I’ve just sent some corrections. Insyallah lah..”
Kedua-duanya bagi kaku untuk berbicara. Zafrim mahu bertanya akan tujuan Nabila datang menemuinya petang itu, tetapi bagai terasa tidak sesuai pula bertanya tetamu yang dirindui dengan soalan itu. Nabila menyusun-nyusun ayat untuk berbicara. Dia tidak mahu bicaranya disalah ertikan oleh Zafrim. Dan setelah mengetahui perkara yang sebenarnya, Nabila akan menerima apa sahaja yang berlaku antara dia dan Zafrim pada hari itu. Dia benar-benar mahu menuntut kemaafan dari Zafrim.
“Zafrim,” Nabila memanggil. Zafrim memandang tepat ke wajah itu.
“I … I want to apologise for refusing to see you when you were in Canberra.”
“That’s quite alright. I understand kenapa you tak nak jumpa I,” Zafrim membalas. Ada keluhan dalam nada suaranya.
“I’m really sorry Zafrim,” suara Nabila sayu.
“It’s really alright. Tak ada apa lagi yang boleh I buat. Thank you sebab itu semua buat I sedar yang everything was really, really over between us.”
Nabila terdiam memikirkan maksud kata-kata Zafrim. Apakah Zafrim telah benar-benar meletakkan titik noktah kepada kisah mereka berdua? Betulkah langkah yang diambilnya untuk datang ke situ dan bertemu Zafrim?
“Sebenarnya, Zafrim, I datang ni ....,” Nabila tidak tahu bagaimana hendak menuturkannya. Renungan Zafri yang tajam membuatkan dirinya rasa tidak keruan. “Sebenarnya Hisyam asked me to come and meet you.”
Zafrim mengeluh. Untuk apa lagi Nabila datang. Apakah kerana disuruh Hisyam? Sekiranya tidak disuruh sepupunya itu, apakah Nabila akan tetap datang? Zafrim meraup mukanya dengan tapak tangannya. Dia sudah dapat menerima kenyataan yang rumahtangganya hancur, yang cintanya kepada Nabila tidak kesampaian. Zafrim sudah menerima kenyataan yang dia sudah kalah.
“Hisyam told me apa yang sebenarnya berlaku.”
Zafrim mengangkat mukanya memandang Nabila.
“Hisyam and Azlina told me but not everything. They asked me to get the whole story from you.”
“Untuk apa, Nabila? I have come to terms with what has happened in my life. Nak menyesal pun tak berguna.”
Nabila tidak tahu apa lagi yang hendak dikatakan. Sekiranya Zafrim tidak mahu menceritakan, dia tidak boleh memaksa, apa lagi untuk memaafkan dirinya.
“Kalau macam tu, tak apalah,” Nabila bersuara setelah mereka diam beberapa ketika.
“Tapi, I nak minta maaf dari you, Zafrim. I sedar I yang bersalah, tak mahu dengar penerangan you. I bersalah kerana menghukum you. I’m so sorry. Maafkan I, Zafrim,” suara Nabila semakin perlahan seakan berbisik. Zafrim terusan merenung Nabila. Cuba untuk mencanai kata-kata maaf Nabila. Tidak ada apa yang keluar dari bibirnya.
“I’m sorry kalau ganggu you,” Nabila berkata lagi setelah melihatkan Zafrim hanya diam. Kemudian itu dia bangun dan melangkah hendak keluar.
“Nabila,” Zafrim memanggil membuatkan langkah Nabila terhenti. “Why have you come? Untuk apa you nak tahu apa yang dah berlaku?” Tanya Zafrim perlahan. Nabila hanya memandang Zafrim. Dia sendiri tidak tahu untuk apa. Apa yang Nabila tahu ialah dia benar-benar mahu memohon maaf dengan Zafrim. Tapi jika itu pun tidak dapat diberikan oleh Zafrim, dia redha. Memang dia yang bersalah, tidak kuat memegang cinta Zafrim, tidak kuat mempertahankan cinta hatinya sendiri.
“If you knew the truth, would you accept me? But why now? Kenapa dulu bila I cuba beritahu you perkara yang sebenar, you didn’t want to listen?” Bertalu pertanyaan dari Zafrim setelah dilihatnya Nabila diam.
Nabila memandang Zafrim semula, “I’m sorry, Zafrim. It was wrong of me. I shouldn’t have come. I’m sorry.” Nabila berpaling kembali dan melangkah menuju pintu. Tidak ada gunanya dia menjawab semua persoalan dari Zafrim sekiranya tidak ada maaf yang dapat Zafrim berikan.
Di halaman dia bertemu dengan Puan Suraya yang duduk di meja luar bersama Encik Zainuddin. Nabila mendapatkan mereka dan mencium tangan mereka untuk meminta diri. Puan Suraya memeluk Nabila erat. Dia sendiri rindukan Nabila. Allah tidak mengurniakan mereka anak perempuan. Tetapi apabila Fadhilah dan kemudian Nabila hadir dalam hidup mereka, dia amat bersyukur. Cuma, siapa sangka dugaan datang menduga keimanan mereka semua.
“Nabila!” Suara Zafrim memanggil. Dengan rasa berat Nabila berpaling semula.
“Please don’t go again,” Zafrim meminta.
Puan Suraya memegang erat tangan Nabila bagai tidak mahu membenarkan Nabila pergi. Apa lagi setelah mendengar permintaan Zafrim.
“I....I....I’ll tell you whatever you want to know. It doesn’t matter now. All those things don’t matter anymore. As long as you don’t leave me, don’t leave us, Nabila. I still love you,” rayu Zafrim lagi.
Nabila memandang Puan Suraya. Ada senyum di bibir Mama Zafrim, “I’ll make sure this time that he won’t go stray and after he is yours, do whatever you like with him,” kata Puan Suraya. Nabila memeluk wanita itu sekali lagi.
“Saya akan terima dia seadanya. Maafkan saya sebab mendatangkan masalah dulu. If I had been rasional all these need not happen,” Nabila bersuara dengan sebak.
“Semua yang berlaku mesti ada sebab dan hikmah. Yang penting kita sedar apa dia sebab dan hikmah di sebaliknya,” Encik Zainuddin menyampuk.
Zafrim melangkah perlahan ke arah Nabila. “Do you still love me?” Tanyanya perlahan. Nabila merasa malu ditanya begitu di hadapan orang tua Zafrim. Namun melihatkan wajah Zafrim yang bersungguh, Nabila membalas renungan Zafrim dan berkata, “The love has never died. Ia tak pernah padam.”
TAMAT
Terima kasih kerana sudi membaca. Terima kasih atas kata-kata sokongan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan