HALAMAN UTAMA

Khamis, 16 Februari 2017

Resepi Kek Klasik ( 80an & 90an)

Resepi... resepi.. resepi..

Mama Vie memang suka simpan koleksi resepi tak kira dapat dari ibu tercinta, kengkawan, makcik sebelah rumah, makcik - makcik sama sekampung (uii ramai tu), internet, whatapps, wechat, instgram, twiterr, FB aih... banyak lagi lah... TAPI!! soalannya... nak buat tu bila??? hahaha . Tak pe lah janji koleksi - koleksi resepi tu mama tak hilang dan boleh dikongsikan dengan orang lain. ok lah sebagai permulaan, mama nak kongsikan resepi kek yang Mama anggap bernilai sangat sebab apa? Mama dapat resepi tu dari ibu mama sendiri. Resepi kek ni terkenal di Sarawak tahun 80an & 90an. 

Nota tambahan : 

1. Sukatan 'Gelas'

👉 untuk sukatan gelas tu, dulu - dulu mama guna gelas necafe. sekarang dah susah nak carik yang memang betul - betul sama saiz dengan gelas tu.. sekarang mama guna sukatan gelas Indocafe, ada kurang sikit sukatannya lah, mama perasan sebab kek yang mama buat tu kurang manis, tapi walaupun guna penyukat ni, kek masih menjadi. Kalau tak de gelas Indocafe pun tak pe, kita guna cara lain lagi. guna sukatan cawan. Sukatan untuk 1 gelas ni bersamaan dengan 1 1/4 cawan. 

Hmmm kalau ikut sukatan asal baru 'ngam-ngam cun' bak kata ibu.. hehehe.

Ni lah gelas Indocafe yg mama maksudkan tu.

2. Cara mengukus (guna pengukus biasa) paling cepat dan menjimatkan gas.

👉 Dulu (zaman memula buat kek) nak kukus kek punyalah lama. kadang - kadang sampai berbahang dalam rumah sebab lama sangat mengukus kek. Sekarang dah tak lagi. Mama dah boleh jimatkan masa dan gas dengan cara yang mama dapat dari sepupu mama. Cara nya, untuk kek kukus berlapis, bila nak buat lapisan pertama, acuan tu tak perlu di tutup dengan alas selain penutup periuk kukus tu sendiri (dulu kan, kite kukus kek siap letak plastik atau aluminum foil atas acuan tu, memang ambik masa lama nak tunggu lapisan tu mengering) sekarang bila buat cara baru tu, satu lapisan paling lama pun +-10 minit dah kering dan boleh diletakkan lapisan kek yang baru. Ingat! jgn guna api yang terlalu kuat semasa nak buat lapisan kek. satu lagi setiap kali tudung periuk tu dibuka, pastikan tudung periuk tu di lap dengan kain bersih dan kering supaya air tidak menitis ke atas kek kita. Selepas lapisan terakhir barulah tudung periuk tu di bungkus dengan tuala/ kain yang bersih dan kukuslah dengan api yang agak kuat sedikit sehingga masak. Nak tau mcm mana kek dah siap masak, cucuk dengan lidi di tengah kek, kalau isi  kek tu tak melekat di lidi, haa tu tandanya dah masak. Satu lagi tanda kek dah masak sepenuhnya ialah keliling kek kita kelihatan renggang dari acuan (tak melekat di tepi acuan). 

3. Petua nak simpan kek kukus tahan 

👉 Saya ada sedikit petua yg sy biasa guna untuk menyimpan kek kukus supaya tahan lama. Tau tak kek kukus boleh bertahan selama 2 hingga ke - 4 minggu bergantung kepada cara penyimpanan nya. Disarankan kek disimpan di dalam peti sejuk dengan keadaan kek dibungkus kemas dengan aluminium foil atau wrapping papper, lepas tu simpan di dalam food plastic container. Elakkan menyimpan kek dengan mencampurkannya dengan kek yang lain terutama kek yang sudah dipotong, sebab nanti kek tu mudah rosak dan menjangkiti kek yang lain. 

Ok tu je. selamat mencuba. 😊

Untuk pilihan resepi kek yang diingini, sila klik pautan di bawah..

Kek Horliday Inn 
Kek Manis Manis Sayang (Kek Buah)
Kek Azura (kek buah - buahan)
KEK PILIH KASIH












Jadual Solat

Anda mungkin nak baca yang ni..