HALAMAN UTAMA

Sabtu, 4 Mei 2024

ANTARA IKHLAS DAN 'TOKSIK'


 "Irfan, masuk dalam kejap, saya nak cakap sikit," bos cuit saya.


Walau sejuk-sejuk di 7 pagi begini, saya bagai berpeluh, wajah saya ditenung bos macam nak ditelan.


"I tengok you banyak rehat. Apa masalah you?" Garang betul dia pagi-pagi. Saya 'clocked in' pun belum.

-"Kenapa bos? Ada kerja saya yang tak siap ke?"

"Bukan, I nampak you rilek. You tak malu ke? Kita nihonsotsu (Japan Grad) kena tunjuk rajin... Tunjuk contoh... Blabla..."

Aik?? Biar betik?

Saya dimarah, sebab NAMPAK RILEKS je? 

Apa ke pelik weh. Tapi, siapa yang kenal dengan budaya kerja Jepun, mereka akan bersetuju dengan saya.

Ok, NAMPAK RILEKS adalah subjek kesalahan yang kabur. Tapi, nak tahu tak apa kesalahan hakiki saya sebenarnya, sebagai Eksekutif Berbahasa Jepun:

1) Selama ini, amalan tradisi mereka, isi borang PLKS (visa pekerja asing) guna mesin taip elektronik, selain tu nak buat jadual Expatriate, tulis Surat Rasmi ke Kedutaan misalnya. Itu amalan tradisi mereka, DUA MINGGU.

Masa saya pegang mesin taip elektrik tu, saya terkejut beruk. Weh zaman bila ni masih pakai alat ketuk-ketuk ni?

Kesalahan saya? Saya tukar pakai PC, dan percepatkan kerja DUA MINGGU kepada 30minit. Sebab saya buat semua automation sendiri. Zaman tu AI pun belum ada, semua tools buat sendiri dari scratch.

Saya tunjuk bos, semua dah siap. Tak masuk dek akal dia, macam mana saya isi semua info dan print atas borang asal, tanpa cacatkan borang tu ye? Padahal dia tak tahu, automation tu siap saya masukkan paper measurement and dimension. Pun kena pakai pembaris tau!

"Jya, kakunin shite! Check balik!"

Aik? Dah kerja pakai robot, nak silap apa? Saya minta dia cari kesalahan saya, dia diam (tak jumpa kecuaian saya), maka dia suruh saya semak lagi. Tanpa saya ubah apa-apa, terus saya submit ke imigresen. Elok aje, lulus.

2) Skop kerja saya yang lain, adalah menguasai terma dan perundangan dalam insuran industri. Yang berkepuk-kepuk fail dalam almari, rekod sejak 1999 sampai terkini. Setiap tahun nak kena amend risk and coverage, kena pulak tahun saya masuk tu, ada ada berlaku kebakaran dan kecurian.

Kejap-kejap bos tanya/uji, saya terus jawab.

Tapi, saya KENA MARAH? Aik? Gilo ko? Jawab betul dan cepat pun kena marah ke. Bos pesan, lain kali pergi semak dulu baru jawab.

Masalahnya, saya dah khatam Cover Note insuran kilang dalam 3 hari. Sebab, saya ni kategori Speed Reader. Kena pulak bidang law ni memang kita minat kan, maka cepatlah 'tangkap'.

3) Tugas hakiki lain, saya dikehendaki buat tempahan hotel dan uruskan makan malam untuk pelanggan syarikat. Sibuk juga, sebulan ada 5,6 pelanggan besar dari Brazil, Itali, Taiwan, India.

Bila dapat emel dari HQ Jepun (CC juga pada bos), bos sampai ingatkan saya berkali-kali, "Dah siap booking?" Saya kata dah. Lepas tu, saya kena marah lagi.

Kesalahan saya? Bos saya baru dapat emel notis kehadiran tetamu dari HQ pada jam 10 malam. Tapi saya dah siap faks tempahan jam 7 pagi keesokannya. Automatik. Saya tak perlu pun baca emel dari HQ. 

Semua ni, diselesaikan oleh automation tools sendiri. Integrate kalendar reminder berselirat, namun berfungsi dengan baik.

Hasilnya?

Saya di-chop pemalas sebab NAMPAK RILEKS.

Akhirnya, bila semua tugas hakiki saya dah siap, saya disuruhlah buat tugasan entah apa-apa. Kena angkat papan playwood, lah. Siram pokok. Pasangkan katil, angkat tilam, kemas rumah Expat. Jadi driver.

Bila dah kena macam tu, sejak hari itu, kerja saya penuh dengan kepura-puraan. Saya TERPAKSA berlakon sibuk, ke hulu hilir bawa kertas ke mesin fotokopi. Kejap-kejap bawa buku nota, jalan sana sini buat spot-check. BERLAKON!!

Dan sejak berlakon tu, saya tidak langsung dimarahi bos. Sampai dalam meeting dipuji CEO kerana ke'rajin'an saya. Katanya, saya aset syarikat.

Pelik memang pelik. Berlakon pun kena puji ek.

Tapi, lama-lama, ada sedikit rasa lain dalam diri ni. Rupanya, tidak menjadi diri sendiri akan buatkan jiwa terseksa. Siapa dapat bertahan menipu bertahun-tahun, memang saya tabik.

Genap setahun saya di situ, akhirnya saya berundur.

Tak pernah saya tahu, menjadi CEPAT dan CEKAP adalah satu kesalahan. 

Masa tu, bagi saya, bos yang tak suka kita overperform dia, adalah sejenis bos yang toksik. Bila kerja kita siap dan tiptop, nanti ketua kita akan nampak 'loser' oleh bos-bos yang lagi tinggi dari dia.

Namun, perkara ini saya perlu bertahun-tahun untuk menghadamnya.

Sampailah saya bertemu dengan sebuah buku yang baik, menyedarkan saya tentang ini. Buku ini berjudul, The 48 Laws of Power, oleh Robert Greene. 

Greene telah meletakkan, "NEVER OUTSHINE THE MASTER" sebagai RULE NO.1:

Menurut Greene:

"Always make those above you feel  comfortably superior. In your desire to please or impress them, do not go too far in displaying your talents or you might accomplish the opposite – inspire fear and insecurity. Make your masters appear more brilliant than they are and you will attain the heights of power."

Masa tu lah baru saya faham, perasaan tak suka di'overtake' ini adalah fitrah dalam diri setiap manusia. Lagi-lagi kalau orang hebat tu, akan mengancam kedudukan dia. Ini lumrah pahit, yang terpaksa saya telan.

Yang bestnya, penulis Greene ni kata, pegang dua benda ni, kita pasti akan berjaya:

1) Walau kita tak try-hard sangat pun, orang atasan tetap akan rasa terancam.

2) Walau kita disukai, itu bukan lesen kita berbuat sesuka hati.

Nak faham No.1 tu, senang je. Maksudnya, walau kita jadi diri sendiri, memang secara tak sengaja kita akan 'overshine' superior/bos kita. Mungkin cara kita dibesarkan lebih disiplin dan tough, mendidik kita jadi perfectionist semulajadi, dan akhirnya superior akan rasa terancam dengan kehadiran kita. Sesimple cuci cawan di pantry pun mungkin kita lebih baik dari dia.

No. 2, kalau kita disukai pulak nanti (dengan berpura-pura rajin macam saya), jangan ler kita berangan nak buat pembaharuan itu ini, atau nak sesuka hati buang budaya buruk dalam sesebuah organisasi. 

Bak kata Hattan, "Jangan kau memandai-yai."

Status kita, cuma pastikan status superior/bos tu terpelihara, pastikan dia nampak lebih 'shining' dari kita. Tu je. (Kalau kita perasan, nak berjaya dalam politik pun, kena amalkan ini. Tak lupa dalam rumahtangga dan keluarga.)

Dari buku inilah, saya belajar, kalau kita nak naik, kita kena sama-sama naikkan superior dan bos tu. Diam-diam kita bagi idea power kat dia. Diam-diam kita biar je kredit dan 'fame' tu dapat kat dia.

Jangan tersilap anggap ini seperti 'mengipas' dan 'membodek'. Hakikatnya lain. Kipas dan bodek tu lebih pada memuji dan mengangkat/agungkan bos. Yang saya cuba kongsi ni, kita 'pindahkan' kelebihan kita pada superior/bos. 

Takpe. Kita dok je tepi.

Biar Allah yang Maha Adil yang akan do the rest.

Hasilnya, dengan izin Allah, satu hari nanti, orang sekeliling akan sedar dengan sendiri, "Eh si bos ni dulu bishe-bishe je. Mesti budak 'sidekick' dia yang buat dia power."

Akhirnya diri kita akan jadi rebutan.

Trust me. Saya pernah melaluinya. Alhamdulillah, when I never outshine the master, 3 tahun naik pangkat. Nampak macam lama, tapi setahun naik gaji 3 kali. Cuba kira dah berapa kali naik tu.

Lama-lama, yang 'busuk' pun dah tak tertanggung busuknya, lalu gugur dan hanyut. Kalau faham, fahamlah.😉

Tengok jugaklah, kalau bos kita memang jenis orang toksik ke, masuk pun pakai kabel pak sedara ke. Apa tunggu lagi. Angkat kaki dan blah aje.

Ilmu ni juga saya turunkan pada anak buah. Dan mereka juga saya akui, generasi baru banyak yang berpotensi bagus dan berkualiti. Kita ajak sama-sama saling 'berus-memberus', biar 'shining' bersama.

Begitulah kisah kerjaya saya yang dah berlalu bertahun-tahun lamanya.

Harap kita dapat belajar sesuatu.

SELAMAT HARI PEKERJA

Kredit : AL IRFAN JANI (fb)


Jadual Solat

Anda mungkin nak baca yang ni..