Bahan :.
10 Biji Telur (gred A atau B)
1 Tin @ 454 gm Mentega (kalau ikut resepi asal, kena guna Golden Churn. Tp sekarang G.Churn dah mahal sangat harganya selepas disahkan halal untuk digunakan.)
2 Gelas Roti Marie (dikisar halus)- roti ni jgn yg ada perisa tau. tak sedap. guna yang asli. Kalau ada yang jual pakai timbang tu lagi sedap.
1 botol kecil Horlicks (+- 450gm)
1 tin kecil Milo (+- 450 gm)
1 Tin Sederhana Susu Manis (kalau x nak manis sangat guna susu tin yg kecil)
1 Gelas gula halus
Cara Membuatnya :.
Pukul mentega dan gula sampai
kembang. Selepas itu masukkan telur satu persatu. Setelah sebati masukkan
tepung roti marie dan susu manis (boleh dikurangkan kalau tidak mahu terlalu
manis), gaul hingga rata.
Setelah semua adunan diatas siap, bahagikan kepada dua. Satu adunan dicampur dengan serbuk milo dan sebahagian lagi dicampur dengan serbuk horlicks. Kukus dengan cara lapis demi lapis sehingga masak.
Nota : kek ni tiap - tiap tahun kena buat. Ayah yang suka makan kek ni. Dia kata kalau raya takde kek ni mcm takde penyeri je.. cewah.. oo pak, nak idak laus keman yah nyaling.. tukut gak kencing manis dun. hehehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan