HALAMAN UTAMA

Rabu, 27 Februari 2019

BODOHLAH KAU NI!

Kisah dan Tauladan
Sumber : Facebook (Bahagian Pasca Perkhidmatan- PENCEN)



Bos memarahi pekerjanya, seorang kerani. Salah fotostat dokumen. Mulutnya membebel dan memamki sesedap rasa hatinya.

Kerani tersebut hanya mampu meminta maaf.

"Kerja mudah macam ni pun tak boleh buat dengan betul! Apa entah. Takkanlah aku sendiri lak nak fotostat. Banyak lagi kerja lain aku nak buat. Meeting dah tak lama lagi ni!'

Kelam kabut si kerani yang setahun jagung bekerja tu cuba betulkan balik.

Office hour pun tamat. Semua orang balik rumah masing - masing.

Si kerani singgah di kedai mamak. Nak order roti canailah. Dah seharian bekerja sampai tak sempat nak makan sebab terlampau banyak kerja nak diselesaikan. Tengah - tengah dia makan, dia dengar riuh - rendah dalam kedai makan tu. Orang ramai berkerumun.

Si Kerani rasa ingin tahu apa yang membuatkan orang ramai tiba - tiba berkerumun. Dia mendekati dan melihat bosnya terlentang di lantai kedai. Mungkin kena serangan jantung. orang sekeliling cuma memandang sahaja walaupun rata - rata yang mengerumuni bos adalah yang orang yang dikenali (sepejabat la maksudnya tu) tapi tiada seorang pun sanggup nak tolong. Masing - masing buat hal sendiri. Si Kerani tak sanggup melihat bosnya dalam keadaan begitu. Dia segera pergi mendapatkannya dan segera menelefon ambulan.

Ambulan sampai dan membawa bos ke hospital disamping ditemani oleh si kerani itu tadi. Sampai sahaja di Hospital akhirnya bos sedarkan diri.Si kerani tetap setia berada di samping bosnya sehingga bosnya sedarkan diri.

"Bos dah okay?' Kalau macam tu, saya balik dulu. Sayadah hubungi keluarga bos. Kejap lagi nanti sampailah tu".

Bos Menahannya.
"Kenapa kau tolong aku?"

Si kerani tersenyum.
"Bos hanya bos di tempat kerja saya. Bukan bos di luat tempat kerja. Di dalam saya kuli. Diluar, kita macam saudara. Dah jadi tanggungjawab saya tolong saudara sendiri."

"Tapi, aku dah layan kau dengan buruk di pejabat."

Si kerani jawab,
"Tak mengapa. Saya tak simpan dalam hati. Memasng saya tak cekap buat kerja. Tak cukup pengalaman. Maafkan saya banyak buat silap."

Bos terdiam lama...
"Maafkan aku."

Si kerani hanya tersenyum. "Bos ada hak nak marah saya. Tak perlu minta maaf. Cuma, kalau boleh, bos kena consider sesuatu juga."

Bos berkerut kening.
"Apa dia?"

Si kerani membalas,
"Bos kena buang rasa AKU dalm diri bos. 'AKU bos' jadi orang lain kena tunduk pada aku. 'AKU hebat, AKU kaya, AKU paling berkuasa, AKU punya syarikat, AKU seorang yang betul orang lain salah, ikut suka AKU lah sebab AKU gah!'. Bos lupa di atas hebatnya AKU adalah Allah. Bos kena ingat status dan segala yang bos ada sekarang bukannya kerana bos berusaha kuat, tapi kerana Allahyang berikan atas dasar Dia Maha Pemurah. Ramai lagi di luar sana yang berusaha, tapi belum berjaya. Orang bawahan bos, bukannya robot. Mereka juga ada hati dan perasaan. Sebagaimana bos mahu direspek, mereka juga ingin ada rasa dihormati. Lihatlah macam tadi, bila bos sakit, ada saja staf - dtaf lain yang nampak, tapi mereka buat tak peduli. Sebab sakit hati ingat layanan bos, moody, marah sesuka hati. Bukan bos seorang ada masalah. Semua orang ada masalah. Kan lebih baik, kita sama - sama bertimbang rasa dan bertolak ansur. Bos hanya layan mereka yang pandai memuji dan ambil hati bos untuk kepentingan peribadi. Sedangkan yang buat kerja dengan lebih telus dan rajin adalah orang lain. Orang pandai mengampu, naik pangkat. Orang yang tidak rapat, diabaikan."

Bosnya terdiam.
"Apa terjadi kalau aku teruskan dengan sikap lama?"

Kerani berkata perlahan, "Nabi s.a.w. tak amalkan sikap tu semua walaupun baginda adalah ketua segala - galanya dalam urusan dunia. Kalau teruskan, pada hari mati bos nanti, tengoklah ada atau tak orang nak datang ziarah."

Bosnya terus sebak. menitis air mata. barulah dia sedar, dia cuma manusia biasa. Hanya seorang hamba. Berada di atas bukan selamanya.

Suatu hari kita juga akan berada di bawah...

Di bawah timbunan tanah...

Renung - renungkan dan muhasabah diri...


Jadual Solat

Anda mungkin nak baca yang ni..