1 tin mentega (16 aun @ 453
gram)
10 biji telur ayam
(asingkan putihnya)
2 gelas roti krakers (Yg
telah dikisar halus – anggaran 200 gram 1 gelas)
½ gelas gula halus
½ tin susu manis cap
junjung
1 tin kecil jem buah-buahan
½ gelas tepung aiskrim
strawberi
200 gm kismis hitam
1 kotak buah bidara
(dipotong kecil)
1 bungkus buah ceri merah
(dipotong kecil)
100 gm manisan kundur
1 sudu baking powder
pewarna merah jambu
sedikit esen vanila
sedikit gula hitam
Cara
membuatnya :.
Pukul
putih telur sampai kembang. Masukkan kuning telur satu persatu dan pukul lagi
kemudian ketepikan. Di tempat berasingan, pukul mentega dan gula. Setelah
kembang, satukan dengan adunan telur tadi. Masukkan tepung roti krakers dan
gaul sampai rata. Masukkan baking powder dan esen vanila. Setelah siap
bahagikan kepada 2 bahagian. Bahagian pertama bubuh buah-buahan yang telah
dipotong kecil tadi. Selepas itu, masukkan gula hitam. Untuk bahagian kedua,
masukkan tepung strawbery dan pewarna merah jambu. Gaul sampai rata. Setelah
siap, setelah siap, kukuskan selapis demi selapis sehingga selesai. Anggaran
untuk tiap lapisan ialah 2 senduk besar sahaja. Kukus selama satu jam. Setelah
dikukus selama sejam, jangan disejukkan, adunan tersebut dibakar sehingga
masak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan