HALAMAN UTAMA

Isnin, 30 April 2018

Kek Lapis Buluh Perindu

Bahan-bahan:
Bahan A :
10 biji telur ayam
260 gm mentega
1 gelas gula halus
1 gelas tepung roti merie
1 tin kelapa kering (korang agak - agak jelah banyak mana nak pakai sebab mama sendiri pun tak sure takar/sukatan sebenar kelapa kering ni. main anggar macam tu je)
1 tin kecil susu manis
Pewarna hijau

BAHAN B:

10 biji telur
250 gm mentega
1 gelas gula halus
1 gelas tepung roti keben masin (roti Osborne bulat)
1 buku cheese (250 gm)
½ tin susu manis
5 bungkus roti tunjuk/roti rokok
Pewarna pink

Cara membuatnya:

Cara membuat bahan A :
Mentega dipukul dengan gula hingga kembang. Masuk susu, gaul lagi. Masuk telur satu-satu.
Gaul rata. Masuk kelapa dan tepung toti merie. Gaul dan ketepikan.

Cara membuat bahan B :
Telur dan gula dipukul hingga kembang. Ketepikan. Mentega dan susu digaul hingga putih. Campurkan kedua-dua adunan ini dan masuk cheese dan roti keben masin. Kukus adunan warna hijau dahulu sehingga masak dan lapiskan dengan roti tunjuk secara melintang kemudian dilapis dengan warna pink. Kukus lagi. Ulang proses ini sehingga adunan habis dan masak.

Nota : untuk resepi ni mama sengaja bagi perkataan yang ibu mama guna semasa tulis resepi dalam bukunya. Faham tak apa maksud bahan yang dia gunakan tu.. hehehe.. Bahasa Melayu + sleng Melanau.. 😂😂😂 apa - apa je lah ibu. yang penting bagi dia, resepi tu dia sendiri faham dah lah..
1. Tepung roti merie = tepung roti marie
2. Roti keben masin = roti crakers/ roti osborne bulat(dulu guna roti dalam tin yang perlu timbang bila nak membelinya)
3. Roti tunjuk / roti rokok = roti jejari yang ada rasa masin sikit tu.. mama sendiri tak tau nama sebenarnya.. kalau ikut sleng Melanau Belawai sebut 'koi tunyok' kejap mama tunjuk gambarnya ya..
Koi Tunyok @ roti tunjuk

Tiada ulasan:

Jadual Solat

Anda mungkin nak baca yang ni..