HALAMAN UTAMA

Khamis, 31 Ogos 2017

FENOMENA HALO @ 31.08.2017

Tgh hari tadi, lepas siap kemas - kemas rumah, mama bukaklah wasap.. Seronok tengok rakan2 sepejabat mama siap berbaju seragam ikut sama perbarisan di Bintulu.. Tiba2 adalah sorang kawan mama ni, dia suruh tengok matahari waktu tu jugak.. Mama pun ikut keluarlah nak tengok ada apa yang best sangat matahari tu..

Bila tengok je matahari tu.. Masyaallah... Cantiknya.. Macam ada cincin pelangi di sekelilingnya.. Sekejap mama share gambarnya ya...

Cantikkan???


Rabu, 30 Ogos 2017

SELAMAT HARI KEBANGSAAN 2017

Esok 31 Ogos 2017 merupakan Hari Kemerdekaan negara kita yang ke -60. Tahun ini, Hari Merdeka dan Hari Malaysia yang akan dilangsungkan pada 16 September 2017 adalah bertemakan Negaraku Sehati Sejiwa.



Entah kenapa tahun ni, rasa lain macam je semangat nak sambut hari tu. Hehehe.. ni cakap betul tau... ermm.. mungkin jugak semangat tu berkobar sebab tahun ni, mama sibuk nak tolong anak mama nak ikut pertandingan Buku Scrap Merdeka dan Pakaian Beragam Bertemakan Merdeka kut... macam - macam idea timbul dalam fikiran mama ni. baju beragam dah ada dah.. Si kakak pakai baju seragam ala - ala penguatkuasa, si adik pulak mama cadang fesyen ala - ala Allahyarham Tunku Abdul Rahman. Haaa songkok tinggi & senget gitew... hehehehe)

Malam ni, cadangan nak pakat - pakat dengan ahli keluarga tidur lambat sebab malam ni special sikit sambutan Hari Kebangsaan negara kita, sebab apa?? Biasa malam ambang Merdeka mama dan keluarga tak berapa nak sambut sangat cuma nak  tunggu detik 12 tgh malam. Tu pun kadang - kadang, belum 12 tgh malam dah hanyut (tidur) dah... tapi tahun ni lain sikit sebab malam nanti ada siaran langsung Penutupan Sukan SEA 2017. Entah macam mana persembahan malam ni kan.. mesti meriah sebab digabung pulak dengan acara menunggu detik ambang Merdeka.. Huih... nak tengoklah nanti..

Apa - apa pun yang penting kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya berbangga dan amat berterima kasih kepada pemimpin dan pejuang - pejuang kemerdekaan kita terdahulu. Tanpa jasa dan pengorbanan mereka, mana mungkin kita sekarang ini menikmati keamanan, keharmonian dan bermacam - macam keistimewaan yang lain yang mungkin tiada di negara lain.Semoga kebebasan (MERDEKA) yang kita kecapi ini akan berkekalan sampai bila - bila. Amin Yarabal A'lamin..

Semangat kemerdekaan dan cintakan negara seharusnya dipupuk kepada anak - anak kita semenjak dari kecil lagi. Di sekolah misalnya, pasti ada sahaja program yang melibatkan anak - anak. contoh seperti menghias kelas, mengadakan pelbagai pertandingan di peringkat sekolah dan macam - macam lagi. Haa.. bersama ini mama ada sertakan gambar berkaitan dengan Hari Kebangsaan. Nanti kalau rajin, download dan print kan je.. boleh la bagi anak - anak warnakan.







Itu je la koleksi yang mama ada. Ada antaranya sumber dari Google.. ada yang mama edit sendiri.
Akhir sekali mama nak ucapkan SELAMAT HARI KEBANGSAAN 2017 untuk semua...

Pelajar SK Agama (MIS) Mukah - Pertandingan Pakaian Beragam Sempena Hari Merdeka 2016
Cewah.. cantik kakak dengan cikgu kesayagannya ni..


Mama Vie

Khamis, 3 Ogos 2017

Petua Tradisional

Hai semua, kali ni mama nak kongsikan petua - petua tradisional yang boleh diamalkan. Petua ni mama dah lama simpan (tahun 2008) tapi mama tak ingat mama copy dari siapa. Semoga bermanfaat buat semua. Selamat mencuba..

Mengatasi Rasa Sakit Semasa Haid/Keputihan
Ambillah beberapa potong kunyit tua. Kemudian parutlah dan dicampur dengan asam jawa. Tuangkan pula air kira-kira satu gelas dan disaring dengan air asam jawa. Tambahkan gula merah secukupnya lalu diminum di waktu pagi dan petang. Di samping untuk melancarkan haid, dapat juga membersihkan dan menghindari penyakit keputihan.

Menghalau Nyamuk
Tumbuklah beberapa helai daun limau, kemudian diletakkan dalam piring/pinggan. Letakkan piring tersebut pada tempat yang banyak nyamuk terutama di tempat yang gelap.

Menghilangkan Kelemumur
Ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk hingga lumat, campurkan dengan dua gelas air. Selepas itu disaring lalu
usaplah air saringan tadi ke kepala anda yang ada kelemumur lalu bilas dengan air biasa.

Atau
Ambil kangkung muda lalu dicampurkan dengan sedikit air, sehingga mengeluarkan air lendirnya, setelah itu usapkan di atas kepala rata-rata sehingga ke kulit kepala. Selepas itu barulah dicuci seperti biasanya. Dengan membiasakan amalan ini seminggu sekali, masaalah kelemumur awda dapat diatasi.

Menghitamkan rambut/Lambat Beruban
Ambil hampas (sisa-sisa) teh yang tidak digunakan. Caranya setiap pagi rambut dibasahi dengan air teh dan dilakukansecara teratur. Selain rambut menjadi hitam, berkilat dan lembut, ia juga membuatkan rambut kita lambat beruban.

Mengatasi Astma
Tujuh helai daun sirih ditumbuk lumat bersama satu sudu teh lada putih dan campurkan minyak kayu putih secukupnya agar menjadi pepesan. Sapukan pada dada pesakit serta leher, amalan ini akan menghilangkan penyakit asma.

Menghilangkan Bau Badan
Sapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit tawas yang telah diramas sama, ke atas badan dan ketiak semasa mandi. Biarkan beberapa ketika dan bilas dengan air bersih.

Petua hilangkan Bau Mayat
Untuk menghilangkan bau mayat yang melekat pada tangan atau baju setelah menyelesaikan kerja-kerja mandi mayat, ambil beberapa helai daun sirih, ramaskan dan rendamkan bersama baju beberapa ketika sebelum dibilas dengan air bersih

Bayi Selsema
Beberapa tangkai daun sirih tekan dengan jari hingga mengeluarkan lendirnya, kemudian sapukan pada batang hidung bayi. Cara ini akan melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah

Gatal Vagina
Tujuh helai daun sirih direbus dengan dua gelas air, campurkan sedikit asam jawa hingga mendidih. Setelah air menjadi suam bolehlah membasuhnya. Lakukan setiap hari hingga sembuh, terutama untuk ibu-ibu yang baru lepas bersalin.

Mengatasi Keputihan -
Mandi dengan air suam rebusan daun sirih selama tujuh hari untuk membersihkan vagina, rasa gatal dan keputihan akan hilang. Amalan memakan daun sirih setiap hari juga boleh mengelakkan dari masalah keputihan.

Lompangan (ulcer) -
Tempelan (pasta) dari ramuan sirih pinang ditepekkan pada luka untuk menyembuhkan luka dengan cepat pada bibir mulut.

Menegangkan Payu Dara -
Untuk menegangkan lagi payu dara, layurkan daun sirih yang telah disapukan dengan minyak zaitun di atas api yang sederhana, atau menggunakan lilin. Apabila daun telah terasa suam dan agak layu, lalu tekapkannya ke atas kedua-dua payu dara dan biarkan seketika. Lakukan dua atau tiga kali seminggu.

Penyakit Kelamin -
Sepah sirih dihasilkan samada secara kunyahan atau ditumbuk lumat dan disapukan pada bahagian yang sakit.
- Giling lumat daun sirih, sedikit gula merah dan sedikit garam rebuskan hingga sebati, minum airnya sebanyak tiga kali sehari hingga sembuh

Penawar Resdong
Penyebab resdung adalah kekotoran / hama yang kita sedut melalui pernafasan.Amalkan perbuatan menyedut air kedalam hidung ( seperti berwuduk ) kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati, buat berulang kali sehingga kedua-dua belah selesai. Selepas itu basuh muka sebersih-bersihnya.Lakukan ini setiap kali sampai kesatu destinasi,baik kepejabat ,bersantai , beriadah pulang kerumah malah kemana saja.Amal kesannya sungguh menakjubkan.

Terkena atau Terpijak Paku Berkarat
Ambil segera sebatang bawang putih yang berdaun buang kulitnya kemudian celup dalam minyak dan panaskan di atas api,apabila sudah panas tampalkan pada bahagian yang terluka berulang kali buatlah 2 kali sehari.Insyaallah baik.

Menurunkan Darah Tinggi
Ambil segenggam daun kucai,basuh bersih selepas itu masukkan kedalam mesin bersama dengan sedikit gula batu yang telah dihancurkan.Mesin sehingga lumat atau hancur (jangan campur dengan air ) bagi mendapatkan patinya sahaja.Masukkan kedalam bekas mangkuk atau cawan,selepas itu embunkan sehingga pagi.Bila bangun pagi sebelum minum atau makan hendaklah diminum air pati daun kucai serta dengan selawat 3 kali.amalkan selama tiga hari,selepas itu jumpalah doktor untuk buat pengesahan.Insyaalah darah tinggi akan jadi normal.

Masalah Bau Badan
Tawas dapat membantu mengelakkan bau badan yang keterlaluan. Selepas mandi, ambil seketul tawas.Sapukan air ke tangan dan sapukan tangan ke permukaan tawas.Selepas tu sapukan tangan ke badan.Insyallah, bau badan dapat dikurangkan. Elakkan menyapu ketulan tawas terus ke badan kerana permukaan tawas yg tidak licin. Ini mungkin akan mengakibatkan luka-luka kecil.

Awet Muda
Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah petua saya ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama, setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum air suam sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah mu akan kelihatan muda daripada umur sebenar anda.Itu je terima kasih….

Inginkan Anak
Ada orang yang telah lama berkahwin tapi belum dikurniakan anak.Semasa melakukan jimak , punggung isteri hendaklah diayun kekiri dan kekanan ,supaya air mani akan sampai ketempat yang sebetulnya.


ni anak sulung mama. Sekarang dah darja 3. Tak terasa, sekejap je dah besa..

Dapat Anak Cerdik
Asalamualaikum,Petua yang amat mudah dan insyallah berkesan cuba amalkan makan buah delima sebelum bersalin.

Anak Fasih Bercakap
Kebanyakkan ibu bapa inginkan anaknya cepat bercakap,petah dan fasih.Petuanya amat mudah, Ibubapa hendaklah selalu mengucup atau cium bibir anak2nya sewaktu kecil.dan sekiranya mampu diteruskan sehingga dewasa, ia akan menjadi taat kepada ibu bapa..Insayallah…
 
Cowboy & Cowgirl mama...

Inginkan Anak Putih #1
Yang ni memang petua yang mama sendiri amalkan. Terpulang dengan keserasian masing - masing k.. tapi tak salah mencuba, kalau anak tak berapa nak putih pin ada khasiat lain yang kita terima nanti. Semasa hamil, mama amalkan minum air kelapa muda. Disamping kurangkan rasa panas badan (maklum ibu mengandung memang mudah berpeluh) air kelapa muda ni khasiatnya bagus untuk bayi yang bakal dilahirkan nanti. Bayi bila keluar, baby tu akan nampak bersih je,kepalanya takda benda yang macam kelemumur tu kalau adapun sikit je dan senang nak dibersihakan, selain tu jugak ,kulit baby kelitahan putih kemerahan, kalau nak tengok mama dengan suami mama taklah putih mana pun.Selain itu, amalan minum air kelapa muda ni boleh mengurangkan kuning (jaundis) pada bayi. Mama dah 3 kali mengandung, ke-3 - 3 skali anak mama kurang kuningnya.



Si bongsu dengan babahnya
#1 Lailatul Syazwani
 
#2 Haidar Mirza
Inginkan Anak Putih #2
Selain daripada air kelapa, petua lain yang boleh diamalkan ialah dengan minum air susu. Mama dulu punyalah teruk mengidam nak minum air susu.. tak kira jenis susu mama minum. sampaikan ada satu masa susu dah habis, dahlah kedai tutup (dah malam) mama bantai susu formula anak mama.. janji ada susu.. hahaha.. tapi hasilnya (tak pasti memang ada kaitan dengan susu yg mama minum)waktu mama bersalin anak ke-3 mama tengok rupanya bersih je.. kurang benda putih (ntah tak ingat nama) melekat terutama di kepala. 
 
Hilangkan Sakit Kepala
Ambil beberapa biji limau nipis, potong dan gosokan di seluruh bahagian kepala ,biarkan selama 1/2 jam insyaAllah hilang sakit kepala.

Bibir merah semulajadi
Petua ini saya amalkan sejak 11 tahun lalu. memang berkesan..mudah saje, sapukan sedikit
mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap hari.

Lentik & Lebatkan Bulu Mata dan Kening
Ingin kelihatan cantik , Gunakan Lendir pokok Lidah Buaya dan sapukan pada bulu mata dan kening anda. Insyallah……lakukan berulang-kali untuk mendapat hasil terbaik.

Darah Tinggi
Untuk cepat menurunkan darah tinggi ketika diserang darah tinggi.Pertama buat dua rakaat solat hajat mohon pada Allah s.w.t.Kedua ambil beberapa ulas bawang putih ,mesin jadikan jus dan ambil 6 titik jus tadi di masukkan kedalan segelas air dan di minum 3 kali sehari ,Insyaallah dengan izin Allah,selamat mencuba.

Kempis Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah.Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum.amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

Petua Awet Muda
Semasa berdandan diwaktu pagi baca selawat nabi dikedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkah wajah seperti nabi Yusuf,jangan takbur bila petua ini berkesan dan sampaikan kepada orang lain

Menghilangkan kolestrol dlm darah
Ambil limau nipis belah dua tapi jangan sampai terputus sambil memotong anda kenalah membaca selawat x 3 dan masukkan dlm air panas sampai limau itu kuning dan minum amalkan setiap hari insyaallah menjadi…..

Mata Terkena Cili
Ambil secubit garam dan hisap atau resip..dan airnya ditelan sedikit. InsyaAllah tak sampai sesaat terus hilang rasa pedih mata tu…Selamat mencuba

Hidung Bayi Tersumbat
Ambil beberapa sudu air bersih dan taruh dalam piring kecil dengan dicampurkan sedikit garam. Hancurkan garamitu dengan tangan supaya sebati dengan air tersebut. Kemudian usaplah air itu pada tulang hidung bayi itu perlahan-lahan ketika ia mahu tidur. Ulangi beberapa kali sehingga bayi itu terlelap, dengan cara ini anak anda akantidur nyenyak dan tidak meragam.

Hilangkan Gatal Gigitan Nyamuk
Ambil sebatang rokok, buangkan kertas pembalut tembakaunya. Campurkan tembakau tersebut dengan air, ramas dan sapukan pada bahagian yang gatal digigit nyamuk atau binatang kecil.

Menghalau Pijat
Jika anda makan durian, kulitnya jangan dibuang. Letakkan di bahagian bawah katil atau tempat yang dijangka adapijat. Bagi sesiapa yang tidak tahan dengan bau durian bolehlah digantikan dengan kulit limau manis. Insya-Allahsetelah 4-5 hari, anda akan dapat melihat banyaknya pijat yang mati. Sebahagian lagi tentu lari dari sarangnya keranatidak tahan dengan bau durian dan kulit limau.

Menjauhkan Tikus
Guntingkan daun pandan dan letakkan di tempat di mana tikus suka berkeliaran, ini akan membantu menjauhkan tikus kerana binatang tersebut tidak suka bau daun pandan.

Menjimatkan Lilin
Sebelum lilin digunakan, rendam lilin tersebut di dalam air yang dicampur dengan garam sekurang-kurangnya selama dua malam, kemudian lilin itu hendaklah dijemur hingga kering. Setelah kering bolehlah digunakan.

Perut Mual
Ketika badan kita tidak sihat kerana masuk angin misalnya, perut terasa mual dan loya hendak muntah. Untuk mengatasi masalah tersebut cuba ambil beberapa ulas bawang putih dan dihiris-hiris nipis. Kemudian dicampur dengan gula melaka atau gula kabung yang telah dihiris-hiris. Adunkan sama rata dan campurkan pula dengan air limau nipis sama rata. Minumlah (makan) adunan tadi dan rasa mual anda akan hilang.

Telapak Kaki Pecah-Pecah
Petiklah buah betik yang masih muda dan dipotong hingga keluar getah. Kaki yang pecah-pecah itu hendaklah dibersihkan dahulu sebelum digosok dengan getah betik. Kemudian barulah digosok sama rata. Biarlah getah betikitu kering supaya meresap pada kaki yang pecah. Selepas itu barulah dicuci dengan air bersih. Ulangi cara ini beberapa kali dan dengan izin Allah tapak kaki anda akan menjadi lebih baik. Pecahan pada telapak kaki anda akan hilang.

Ubat Keputihan
Bagi wanita yang mengidap keputihan, ambil 2 biji buah delima putih yang masih muda. Kemudian ditumbuk hingga halus. Selepas itu campurkan dengan segenggam daun delima putih. Bahan-bahan itu direbus dengan 2 gelas air sehingga tinggal satu gelas. Minumlah air rebusan ini selama 7 hari berturut-turut. Anda dinasihatkan menjauhi makanan daging kambing, nanas, air kelapa dan ikan laut.

Rabu, 2 Ogos 2017

10 AMALAN YANG TERBALIK



"10 AMALAN YANG TERBALIK"
 
Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
 
3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara, kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik?
Atau kita mempunyai tujuan lain. ??

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan berpuluh ringgit satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid sedangkan itu ialah peraturan Allah. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

Kita cukup teruja untuk forward kan sms atau emel dalam bentuk jokes, gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??.....

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)

Kredit to :  MiQdAd

Jadual Solat

Anda mungkin nak baca yang ni..