HALAMAN UTAMA

Selasa, 31 Oktober 2017

Kek Batik Berkacang



Bahan-bahan (untuk 1 loyang )


  • 1 packet kecil milo (ambil packet yg plg kecil tau.. 😊)
  • 1 tin sederhana susu pekat manis
  • 1 buku buttercup (250gm)
  • 1 cawan gula halus
  • 1 biji telur ayam
  •  serbuk koko (anggaran dlm 1 sudu besar)
  •  350gm biskut marie (lbh sedap kalau gune biskut marie jenis timbang. Lemaknya lebih terasa)
  • 150 gm biji bijan (digoreng tanpa minyak)
  • 100gm kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus)

Cara-cara

1.     Mula - mula, cairkan butter, setelah cair masukkan semua bahan-bahan tadi ke dalam periuk (kecuali biskut marie, kacang tanah dan biji bijan.)
2.     Masakkan semua bahan-bahan tu dengan api yg kecil
3.     kacau bahan-bahan tu sampai menjadi pekat (dlm 15 min)
4.     bila dah pekat, tutupkan api kemudian masukkan biskut marie, kacang tanah dan biji bijan.Gaul sehingga sebati
5.     Setelah sebati,  masukkan ke dalam loyang dan mampatkan
6.     Akhir sekali, masukkan dlm peti sejuk untuk keraskan. Sebelum tu, tutup bahagian atas kek untuk elakkan air menitis di atas kek. Bila kek dah keras, bolehlah potong dan hidangkan..
 Selamat mencuba..
 

BERKAT REZEKI KERANA SEDEKAH



Assalammualaikum warrahmatullah wabarakatuh..

Dah lama tak update blog.. rindu pulak rasanya.. 
Baru - baru ni kita dah pun mendengar pembentangan Bajet 2018 oleh YAB Dato' Seri Haji Mohamad Najib bin Tun Haji Abdul Razak. Alhamdudilah, banyak berita gembira yang disampaikan oleh beliau untuk kesejahteraan rakyat. 

Namun apa yang mama nak ceritakan kali ini bukan 100% intipati bajet tu. Mama ambil sedikit sahaja, iaitu yang berkaitan dengan pemberian BR1M , Bantuan Khas Kerajaan dan lain lain lagi. seronokkan bila diberi rezeki macam tu. Tapi dalam kegembiraan kita menerima rezeki yang tak disangka-sangka jangan pula kita lupa pada yang susah atau menderita. Rasanya tak salah kalau sedikit daripada rezeki yang kita dapat tu kita kongsi sedikit dengan sesiapa yang memerlukannya. barulah berkat. Betul tak.. Mama ada simpan sikit artikel berkenaan keberkatan rezeki dalam masa yang sama pahala pun kita dapat.. artikel ni dah lama mama simpan (2007) sampai mama tak ingat dari mana mama dapat artikel ni. Mama memang suka sangat simpan artikel - artikel yang mama rasa menarik dalam pc mama. Semoga memberi manfaat kepada pembaca semua..



 
Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.
Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman 'Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?' Nabi Ayub mejawab 'Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu'. Kisah ini menegaskan
betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah.

Cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah.

1. Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.

2. Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.

3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal

4. Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.

5. Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari. (cari anak-anak yatim untuk diberikan). Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari.

6. Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kepada Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya. (Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dahulu selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh.
Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka.

7. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia - tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.

8. Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi. Ini jelas dalam ayat Quran Ali Imran ayat 92

9. Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat - bukan dunia untuk dunia)

10. Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jualbeli (perniagaan). Menurut Nabi 9/10 (90%)daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 sahaja (10%). Nabi Muhammad sendiri sebelum diutus menjadi rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan rasul di akhirat kelak.

Perniagaan merupakan amalan fardu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan sendiri oleh orang Islam. Kalau tidak ada menjalankan aktiviti ini, seluruh umat Islam berdosa.

11. Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami. Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru 'Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah. Yang satu lagi menyeru 'Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)'

Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (Belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka.
Dalam hadith lain, nabi bersabda takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar. Dan sabdanya lagi Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api.

Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi.

Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas, insyallah rezeki yang dikurniakan oleh Allah
akan kekal walaupun telah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah
dibelanjakan. Amalkan ilmu yang ada, nanti Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta - belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui.

Sekian, wallahualam. Semoga yang baik datang daripada Allah dan yang buruk dari kesilapan sendiri


Mama Vie
 

Jadual Solat

Anda mungkin nak baca yang ni..