HALAMAN UTAMA

Isnin, 30 April 2018

Kek Azura (Kek Buah - Buahan)

~ Pun tak de gambar.. hmmm 😞😞😞

Bahan:. 
10 Biji Telur ayam
16 Aun Mentega (454gm)
1 tin (pakai tin mentega tadi) tepung gandum
1 tin kecil susu manis
½ gelas horlicks
1 sudu teh esen vanila
1 bungkus kecil buah kana (jangan terlalu banyak)
1 bungkus kecil buah ceri kuning dan merah
1 bungkus asam hawflakes (separuh diramaskan [betul ke perkataan tu. hehehe] jadi halus)
1 gelas kismis kuning atau hitam (Dipotong halus)
2 kotak Red Dates [ada orang sebut kurma cina- rujuk gambar bawah] (red dates perlu dibelah dua)
 
 
1 tin sederhana sri kaya
1 gelas gula halus
sedikit pewarna kuning dan merah

Cara Membuatnya;. 
Pukul gula dan mentega sampai kembang. Masukkan telur satu persatu, selepas itu masukkan, susu manis, sri kaya, horlick tepung gandum, esen vanila,buah ceri, buah asam hawflakes dan kismis yang telah dipotong tadi. Gaul sampai rata. Setelah siap bahagikan kepada dua bahagian. Satu dicampurkan dengan pewarnan kuning dan sebahagian lagi dicampurkan dengan warna merah. Semasa mengukus bubuhkan buah asam hawflakes di setiap lapisan adunan. Kukus selama 5 jam

Nota : Petua kalau nak bagi buah tu tak jatuh ke bawah bila dikukus, campurkan  1 sudu teh Cream Of Tartar (yang ni nak kena bubuh sebelum kek dibahagi dan diwarnakan)

Tiada ulasan:

Jadual Solat

Anda mungkin nak baca yang ni..