HALAMAN UTAMA

Rabu, 17 Jun 2020

Antara keinginan dan kewajipan dalam erti 'Kecatikan diri' seorang wanita bergelar isteri

Selalu saya nasihatkan wanita untuk jadi cantik.  Jaga diri.  Jaga pakaian. Jaga penampilan dan jaga hati sendiri.

Biar apa pun harus ada ruang untuk sayangi diri.

Kerana saya sendiri telah pernah terlupa untuk menjaga semua itu.  Saya pernah jadi orang yang suka menghambakan diri untuk orang yang saya sayang, demi mengejar sayang.  Ramai wanita jadi begini.

Bukan tidak boleh.  Ya pasti boleh sahaja.  Kerana cinta itu kan suatu anugerah yang terindah buat kita.  Lalu orang yang bercinta itu, sering mahu memberikan yang paling baik untuk pasangannya.

Yang tidak boleh adalah, bila cinta pada manusia lain melebihi diri sendiri.  Dan saya tidak mahu hal yang serupa berlaku kepada wanita lain lagi.

Saya dibesarkan dalam keluarga yang sangat menitik beratkan tentang penampilan diri.  Entahlah, barangkali sudah menjadi kebiasaan sejak nenek moyang kami lagi.

Arwah ibu saya sangat sangat memberatkan keterampilan bukan setakat luaran.  Bahkan hingga ke pakaian dalam!

Pernah dia berpesan begini sambil berjenaka...

"Seluar dalam terkoyak jangan pakai lagi.  Mana tahu kalau kecemasan atau ada kemalangan di luar, terselak kain....nampak seluar dalam koyak....". Sampai macam tu dia berpesan kerana nak menakutkan kami supaya tak pakai pakaian dalam yang berlubang...

Bila bernikah, sehingga punya anak dua ramai yang ingat saya masih anak dara.  Saya tetap jaga diri.

Bila anak kembar  (ketiga dan keempat) saya lahir, badan saya mula besar sedikit.  Malah sungguh besar.  Berat saya waktu mengandung melebihi 80kg!  Setelah melahirkan, menjadi 70kg lebih...

Bila bekas pasangan minta saya berhenti kerja...saya akur.  Meskipun waktu itu sudah punya kerjaya yang sangat bagus, gaji lumayan, di syarikat antarabangsa antara terbaik dunia.  Orang yang dalam cinta, sanggup buat apa sahaja kan?

Apabila rumahtangga mula goyang dan tertekan... Saya abdikan diri untuk keluarga. Hidup saya sememangnya hanya untuk suami dan anak-anak sahaja.  Saya last sekali.  Itupun jika ada waktu tersisa.  Yang biasanya tidak ada...

Semuanya hanya kerana ingin mengejar cinta.  Yang semakin lari ...dan lari.

Saya faham benar bagaimana seorang isteri itu berada dalam "super comfort level".
Jadi isteri sudah tidak pandang orang lain.
Suami di hati bagai permata.
Biar siapa pun dia....

Dan wanita sering berfikir bahwa suami mereka juga serupa.
Itu yang sering menjadikan sikap "tidak apa" pada isteri.

Terlupa jaga diri.
Berat badan semakin menjadi.
Kadang tidak sempat berbedak apa lagi berlipstik.
Sibuk menukar pampers bayi.

Segalanya seadanya...
Bahkan kadang cincai sahaja.

Aku kan dah kahwin...
Dah ada suami.
Alah, dah kahwin lama...
10, 12, 25 tahun dah.
Suami tidak kisah.

Saya pernah terlupa bahawa dulu saya sering sangat menjaga diri.  Karektor kita berubah.  Apa lagi bila bekas suami sangat kuat cemburu.  Saya tak boleh cantik-cantik selalu.

Jangan tersalah faham.
Bila jadi isteri, harus ikut cakap suami.
Namun perlu ada ruang untuk diri.

Ini saya dulu.
Waktu balik kampung sampai sepupu saya tegur...
"Bakpo biar tubuh jadi gitu.... Saye lah ke tubuh..."...
(Kenapa biarkan tubuh jadi macam tu?  Sayang dekat tubuh...).  Dia tegur sebab tak pernah tengok saya comot dan selekeh begitu.
.

Apabila berpisah, saya jadi diri saya semula.
Saya jaga makan dan waktu tidur saya.
Saya jaga diri macam arwah ibu ajar saya.

Kita boleh jadi siapa yang kita mahu.
Nak kurus boleh, jika kita benar-benar mahu.
There is no such things that...
"Saya nak kurus....tapi tak boleh laaa".
"Saya nak kulit cantik...tapi tak sempat dan selalu tak ingat nak pakai...."

Istiqamah itu memang sukar.
Yang mudah itu adalah istirehat.

Namun jika kita benar sayang diri kita.
You just have to be determined and put your heart to it.


Saya yakin anda juga boleh...
Sayangi diri.


Credit to Dzuriasikim Dzulkefli

Jadual Solat

Anda mungkin nak baca yang ni..