HALAMAN UTAMA

Sabtu, 4 Mei 2024

ANTARA IKHLAS DAN 'TOKSIK'


 "Irfan, masuk dalam kejap, saya nak cakap sikit," bos cuit saya.


Walau sejuk-sejuk di 7 pagi begini, saya bagai berpeluh, wajah saya ditenung bos macam nak ditelan.


"I tengok you banyak rehat. Apa masalah you?" Garang betul dia pagi-pagi. Saya 'clocked in' pun belum.

-"Kenapa bos? Ada kerja saya yang tak siap ke?"

"Bukan, I nampak you rilek. You tak malu ke? Kita nihonsotsu (Japan Grad) kena tunjuk rajin... Tunjuk contoh... Blabla..."

Aik?? Biar betik?

Saya dimarah, sebab NAMPAK RILEKS je? 

Apa ke pelik weh. Tapi, siapa yang kenal dengan budaya kerja Jepun, mereka akan bersetuju dengan saya.

Ok, NAMPAK RILEKS adalah subjek kesalahan yang kabur. Tapi, nak tahu tak apa kesalahan hakiki saya sebenarnya, sebagai Eksekutif Berbahasa Jepun:

1) Selama ini, amalan tradisi mereka, isi borang PLKS (visa pekerja asing) guna mesin taip elektronik, selain tu nak buat jadual Expatriate, tulis Surat Rasmi ke Kedutaan misalnya. Itu amalan tradisi mereka, DUA MINGGU.

Masa saya pegang mesin taip elektrik tu, saya terkejut beruk. Weh zaman bila ni masih pakai alat ketuk-ketuk ni?

Kesalahan saya? Saya tukar pakai PC, dan percepatkan kerja DUA MINGGU kepada 30minit. Sebab saya buat semua automation sendiri. Zaman tu AI pun belum ada, semua tools buat sendiri dari scratch.

Saya tunjuk bos, semua dah siap. Tak masuk dek akal dia, macam mana saya isi semua info dan print atas borang asal, tanpa cacatkan borang tu ye? Padahal dia tak tahu, automation tu siap saya masukkan paper measurement and dimension. Pun kena pakai pembaris tau!

"Jya, kakunin shite! Check balik!"

Aik? Dah kerja pakai robot, nak silap apa? Saya minta dia cari kesalahan saya, dia diam (tak jumpa kecuaian saya), maka dia suruh saya semak lagi. Tanpa saya ubah apa-apa, terus saya submit ke imigresen. Elok aje, lulus.

2) Skop kerja saya yang lain, adalah menguasai terma dan perundangan dalam insuran industri. Yang berkepuk-kepuk fail dalam almari, rekod sejak 1999 sampai terkini. Setiap tahun nak kena amend risk and coverage, kena pulak tahun saya masuk tu, ada ada berlaku kebakaran dan kecurian.

Kejap-kejap bos tanya/uji, saya terus jawab.

Tapi, saya KENA MARAH? Aik? Gilo ko? Jawab betul dan cepat pun kena marah ke. Bos pesan, lain kali pergi semak dulu baru jawab.

Masalahnya, saya dah khatam Cover Note insuran kilang dalam 3 hari. Sebab, saya ni kategori Speed Reader. Kena pulak bidang law ni memang kita minat kan, maka cepatlah 'tangkap'.

3) Tugas hakiki lain, saya dikehendaki buat tempahan hotel dan uruskan makan malam untuk pelanggan syarikat. Sibuk juga, sebulan ada 5,6 pelanggan besar dari Brazil, Itali, Taiwan, India.

Bila dapat emel dari HQ Jepun (CC juga pada bos), bos sampai ingatkan saya berkali-kali, "Dah siap booking?" Saya kata dah. Lepas tu, saya kena marah lagi.

Kesalahan saya? Bos saya baru dapat emel notis kehadiran tetamu dari HQ pada jam 10 malam. Tapi saya dah siap faks tempahan jam 7 pagi keesokannya. Automatik. Saya tak perlu pun baca emel dari HQ. 

Semua ni, diselesaikan oleh automation tools sendiri. Integrate kalendar reminder berselirat, namun berfungsi dengan baik.

Hasilnya?

Saya di-chop pemalas sebab NAMPAK RILEKS.

Akhirnya, bila semua tugas hakiki saya dah siap, saya disuruhlah buat tugasan entah apa-apa. Kena angkat papan playwood, lah. Siram pokok. Pasangkan katil, angkat tilam, kemas rumah Expat. Jadi driver.

Bila dah kena macam tu, sejak hari itu, kerja saya penuh dengan kepura-puraan. Saya TERPAKSA berlakon sibuk, ke hulu hilir bawa kertas ke mesin fotokopi. Kejap-kejap bawa buku nota, jalan sana sini buat spot-check. BERLAKON!!

Dan sejak berlakon tu, saya tidak langsung dimarahi bos. Sampai dalam meeting dipuji CEO kerana ke'rajin'an saya. Katanya, saya aset syarikat.

Pelik memang pelik. Berlakon pun kena puji ek.

Tapi, lama-lama, ada sedikit rasa lain dalam diri ni. Rupanya, tidak menjadi diri sendiri akan buatkan jiwa terseksa. Siapa dapat bertahan menipu bertahun-tahun, memang saya tabik.

Genap setahun saya di situ, akhirnya saya berundur.

Tak pernah saya tahu, menjadi CEPAT dan CEKAP adalah satu kesalahan. 

Masa tu, bagi saya, bos yang tak suka kita overperform dia, adalah sejenis bos yang toksik. Bila kerja kita siap dan tiptop, nanti ketua kita akan nampak 'loser' oleh bos-bos yang lagi tinggi dari dia.

Namun, perkara ini saya perlu bertahun-tahun untuk menghadamnya.

Sampailah saya bertemu dengan sebuah buku yang baik, menyedarkan saya tentang ini. Buku ini berjudul, The 48 Laws of Power, oleh Robert Greene. 

Greene telah meletakkan, "NEVER OUTSHINE THE MASTER" sebagai RULE NO.1:

Menurut Greene:

"Always make those above you feel  comfortably superior. In your desire to please or impress them, do not go too far in displaying your talents or you might accomplish the opposite – inspire fear and insecurity. Make your masters appear more brilliant than they are and you will attain the heights of power."

Masa tu lah baru saya faham, perasaan tak suka di'overtake' ini adalah fitrah dalam diri setiap manusia. Lagi-lagi kalau orang hebat tu, akan mengancam kedudukan dia. Ini lumrah pahit, yang terpaksa saya telan.

Yang bestnya, penulis Greene ni kata, pegang dua benda ni, kita pasti akan berjaya:

1) Walau kita tak try-hard sangat pun, orang atasan tetap akan rasa terancam.

2) Walau kita disukai, itu bukan lesen kita berbuat sesuka hati.

Nak faham No.1 tu, senang je. Maksudnya, walau kita jadi diri sendiri, memang secara tak sengaja kita akan 'overshine' superior/bos kita. Mungkin cara kita dibesarkan lebih disiplin dan tough, mendidik kita jadi perfectionist semulajadi, dan akhirnya superior akan rasa terancam dengan kehadiran kita. Sesimple cuci cawan di pantry pun mungkin kita lebih baik dari dia.

No. 2, kalau kita disukai pulak nanti (dengan berpura-pura rajin macam saya), jangan ler kita berangan nak buat pembaharuan itu ini, atau nak sesuka hati buang budaya buruk dalam sesebuah organisasi. 

Bak kata Hattan, "Jangan kau memandai-yai."

Status kita, cuma pastikan status superior/bos tu terpelihara, pastikan dia nampak lebih 'shining' dari kita. Tu je. (Kalau kita perasan, nak berjaya dalam politik pun, kena amalkan ini. Tak lupa dalam rumahtangga dan keluarga.)

Dari buku inilah, saya belajar, kalau kita nak naik, kita kena sama-sama naikkan superior dan bos tu. Diam-diam kita bagi idea power kat dia. Diam-diam kita biar je kredit dan 'fame' tu dapat kat dia.

Jangan tersilap anggap ini seperti 'mengipas' dan 'membodek'. Hakikatnya lain. Kipas dan bodek tu lebih pada memuji dan mengangkat/agungkan bos. Yang saya cuba kongsi ni, kita 'pindahkan' kelebihan kita pada superior/bos. 

Takpe. Kita dok je tepi.

Biar Allah yang Maha Adil yang akan do the rest.

Hasilnya, dengan izin Allah, satu hari nanti, orang sekeliling akan sedar dengan sendiri, "Eh si bos ni dulu bishe-bishe je. Mesti budak 'sidekick' dia yang buat dia power."

Akhirnya diri kita akan jadi rebutan.

Trust me. Saya pernah melaluinya. Alhamdulillah, when I never outshine the master, 3 tahun naik pangkat. Nampak macam lama, tapi setahun naik gaji 3 kali. Cuba kira dah berapa kali naik tu.

Lama-lama, yang 'busuk' pun dah tak tertanggung busuknya, lalu gugur dan hanyut. Kalau faham, fahamlah.😉

Tengok jugaklah, kalau bos kita memang jenis orang toksik ke, masuk pun pakai kabel pak sedara ke. Apa tunggu lagi. Angkat kaki dan blah aje.

Ilmu ni juga saya turunkan pada anak buah. Dan mereka juga saya akui, generasi baru banyak yang berpotensi bagus dan berkualiti. Kita ajak sama-sama saling 'berus-memberus', biar 'shining' bersama.

Begitulah kisah kerjaya saya yang dah berlalu bertahun-tahun lamanya.

Harap kita dapat belajar sesuatu.

SELAMAT HARI PEKERJA

Kredit : AL IRFAN JANI (fb)


Ahad, 9 April 2023

KEK BATU MARMAR (KUKUS)

Gambar ihsan daripada Facebook - KEK BATU MARMAR
 

450gm butter
1 gelas gula halus
10 biji telur ayam
1 gelas tpg susu
1 gelas tpg gandum

1 gelas milo
1 tin kaya kecil

100gm susu manis
1 sudu teh vanilla
200gm horlick
1 Pack chocolate cadbury (Bsr) di cair
4 sudu browning
1. Pukul butter dan gula sehingga kembang dan masukkan telur satu persatu.
2. Masukkan seri kaya dan susu manis, pukul sebati.
3. Masukkam horlick dan tepung sikit demi sedikit.

Bahagikan kepada 2 bahagian

Bahagian A
a. Campur kan adunan dengan milo, coklat cadbury (yg sudah dicairkan) dan browning. Gaul rata.

Bahagian B

a. Campur adunan dengan susu tepung. Bahagikan lagi kepada 3 BAHAGIAN, dibagi warna merah, hijau, & kuning. Kukus berasingan setiap warna. Bila ketiga -tiga sudah masak, potong dadu. 

4. Letakan separuh adunan A dalam loyang dan susun rawak bahagian B dan ulang proses.

Saya pakai acuan segi empat 8.5x8.5 .
Terimakasih pada empunya resepi❤️

credit : fb Jamayah Bujang

RESEPI BATANG BURUK (Batang Buruk Kacang Hijau)

 


BAHAN-BAHAN:

300gm tepung gandum
150gm tepung beras
1/2 biji santan kelapa
100gm tepung kacang hijau
120gm gula ising
2 biji telur
Minyak untuk menggoreng secukupnya

CARA MEMASAK:

Panaskan santan sehingga mendidih. Tutup api dan sejukkan seketika.

Campurkan tepung kacang hijau bersama gula ising. Ketepikan.

Gaulkan tepung gandum dan tepung beras bersama santan yang telah dimasak.

Masukkan telur dan uli hingga menjadi adunan yang sebati.

Canai nipis adunan tadi dan potong mengikut saiz 2cm x 3cm.

Gulung dan biarkan bahagian tengahnya berlubang.

Potong kecil adunan yang digulung tadi dan goreng sehingga garing.Angkat dan toskan minyak.

Isikan bahagian tengah tadi dengan campuan tepung kacang hijau dan gula ising. Ulang sehingga adunan habis.

Sedia untuk dinikmati.

Rabu, 15 September 2021

7 RAHSIA REZEKI



1. Sekiranya kita susah, lazimkan diri bermuhasabah. Dengan itu kita akan bertemu dengan hikmah di sebalik musibah.

2. Sekiranya kita senang, banyakkan bersyukur. Dari situ kita akan memperolehi lebih banyak nikmat yang tidak mampu diukur.

3. Dalam kesibukan mencari rezeki, usah lupa menjaga ibadah. Orang yang menjaga ibadah, Allah jamin rezekinya, dengan syarat dia sentiasa berbaik sangka.

4. Segerakan solat sebaik sahaja masuk waktu, apatah lagi jika mendengar azan. Bangun sebelum waktu Subuh supaya kita dapat terus solat bila masuk sahaja waktunya.

5. Istighfar 100x sebelum Subuh dijadikan kebiasaan. Amalan-amalan ini semua telah terbukti mampu mengubah kehidupan.

6. Elakkan tidur selepas Subuh. Amalan begini menjauhkan kita dengan rezeki. Rezeki itu sentiasa ada bila kita berpagi-pagian.

7. Percayalah. Dengan menjaga ibadah, Allah tutup kemiskinan kita dan penuhkan kekayaan dalam hidup kita. Itu jaminan Nabi tercinta.

"Wahai anak Adam, lapangkanlah masa untuk beribadah kepadaKu, nanti Aku akan penuhkan dadamu kekayaan, dan aku akan menutup kemiskinanmu. Jika engkau tidak melakukan yang demikian, nanti Aku penuhkan tanganmu dengan urusan dan kerja, dan aku tidak menutup kemiskinanmu!" (Hadith Riwayat Ahmad)

sedutan ceramah Ustazah Datuk Dr Nohafizah Musa - Rezeki Datang Dari Arah Tak Disangka-sangka. jum dengarkan.

 

Resepi Siakap Sarawak Black Pepper


Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap saiz besar cuci bersih potong rama2 (potong dua tanpa putus) dan toskan.
2 sudu besar lada hitam ditumbuk hancur.
1 biji bawang kecil dimayam
1 biji tomato dipotong 6
2 ulas bawang putih dimayam
3 sudu besar sos tiram
7 keping halia yang dihiris nipis
Sedikit perahan lemon
Sedikit bunga kobis
Sedikit lobak merah
1 sudu teh tepung jagung dibancuh dgn suku cawan air.
Tepung jagung secukupnya,garam,gula secukupnya

Cara-cara Untuk KUAH:
 

Tumis bawang - bawang dan halia hingga layu. Masukkan lada hitam yang dah ditumbuk hancur. kacau sekejap dan masukan semua bahan lain KECUALI IKAN. kacau lgi..masukan sedikit air mengikut banyak kuah yang dikehendaki.jika suka pekat, lebihkan sedikit tepung jagung yang dibancuh dahulu dengan air sehingga mendidih. Dah siap.

Cara-cara Untuk memasak IKan: 

Salut ikan dengan tepung jagung. salut kering tau.. jangan dibancuh dgn air tepung tu ye..  goreng ikan dalam minyak yang banyak. setelah masak, angkat dan curah kuah tadi atasnya.

Kredit : @resepimudahsimple

SAMBAL BERLADA TENGGIRI

 

lagi resepi masakan Ikan Tenggiri.. hehehe

Bahan - bahannya
2 keping ikan tenggiri yang telah digoreng (ikan apa- apa pun boleh)
7-10biji cili masak*
2 biji bawang besar hiris*
3 ulas bawang putih*
1sb Cuka (Boleh tukar asam keping atau limau nipis)
garam dan ajinomoto secukup rasa
bahan bertanda (*) blender kasar 3kali tekan jer...dpt la cili keping - keping

Cara - caranya;
tumis guna minyak goreng ikan tadi (ambik sedikit sahaja)
tumis bawang besar yang telah hiris dulu dan biar hingga naik bau
baru masuk bahan blender. Tumis sampai cili agak garing sikit tapi jangan sampai hangit pulak ya...
masuk garam dan serbuk ajinomoto sikit utk lembutkan biji cili
kemudian masukkan ikan goreng. Balik - balikkan supaya tumisan merata. Akhir sekali baru masukkan cuka. Kacau rata. Dah siap. 

SELAMAT CUBA YA

untuk lebih resepi yang sedap dan menarik.. sila klik t.me/resepimudahsimple 

RENDANG IKAN TENGGIRI

 


Bahan - bahan;
Beberapa keping ikan tenggiri goreng .
Daun kuyit dihiris nipis
Daun limau dihiris nipis
Kerisik secukupnya
Garam secukup rasa
Gula melaka secukup manis
Santan sikit ( agak - agak aje)
Air asam sikit ( agak-agak jangan lah banyk masam pulak jadinya )
Rempah kari ikan babas ( agak-agak aje)

Bahan-bahan kisar;
Cili merah + hijau
Cili padi merah + hijau ( ikut pedas mana nak )
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Serai
Ketumbar (biji) ,Jintan halus & kasar
Kisar hingga halus .

Panaskan minyak tumis bahan-bahan kisar hingga garing dan terbit minyak .Setelah itu masukkan rempah kari tumis lagi. Kemudian baru masukkan kerisik serta air asam. Kacau lagi. Masukkan santan biar seketika. Perasakan garam dan gula melaka serta daun limau & daun kunyit. Akhir sekali baru masukkan ikan tenggiri goreng kacau lagi.
Perlahankan api biar hingga mereneh. Tutup api. Siap dihidangkan.
 

SELAMAT MENCUBA
 

Untuk lebih banyak resepi yang sedap dan menarik, sila klik
t.me/resepimudahsimple

PISAK LUKAN ATAU PISAK BUBOR (AMALAN YANG DILAKUKAN OLEH MASYARAKAT MELANAU, SARAWAK)

 


AMARAN: Sekadar perkongsian untuk pengetahuan umum berkenaan amalan suku kaum di negara kita sahaja. Mohon komen dan ulasan yang positif sahaja ya.

Bagi yang tidak tahu mengenai Pisak Lukan atau Pisak Bubou, ia merupakan satu bentuk kepercayaan dan amalan yang dilakukan semasa kematian masyarakat Melanau. Mengikut kebiasaan semasa kematian masyarakat Melanau, rumah si mati tidak boleh dibiarkan sepi dan sunyi sahaja. Oleh itu, penduduk kampung serta saudara mara terdekat si mati akan mengunjungi dan menemani ahli keluarga si mati tersebut. Hal ini bertujuan untuk mengelakkan ahli keluarga si mati daripada diganggu oleh roh si mati. Biasanya upacara ini dijalankan sesudah mayat si mati dikebumikan. Upacara itu harus dilakukan di atas tempat mayat si mati diletakkan sebelum dikebumikan. Upacara ritual ini juga hanya boleh dilakukan bagi kematian mereka yang tidak mempunyai agama iaitu pagan.

Menurut kepercayaan masyarakat ini adalah penting bagi mereka untuk memastikan roh si mati pergi ke dunia lain dengan tenang. Oleh itu, upacara Pisak Lukan dijalankan dengan tujuan supaya roh si mati dapat meninggalkan dunia ini dengan aman tanpa sebarang kerisauan. Masyarakat percaya bahawa dengan menjalankan upacara tersebut, ia dapat memujuk roh si mati yang enggan meninggalkan tempat kediamannya untuk pergi dengan tenang. Melalui upacara Pisak Lukan inilah yang dipercayai dapat menghiburkan roh si mati buat kali terakhir sebelum dia ke dunia yang seterusnya.

Permainan Pisak Lukan ini adalah dimana satu bentuk replika patung menyerupai manusia yang diperbuat daripada bubu dan harus dinyanyikan lagu supaya roh si mati dapat masuk ke dalam badan patung bubu itu serta menggerakkan patung itu dengan sendirinya. Antara peralatan yang wajib ada semasa upacara ini dijalankan adalah seperti kemenyan, bubu, kacip pinang, tempurung kelapa, pakaian si mati, batang penyapu dan juga daun bebuas atau dikenali sebagai daun tebawan oleh masyarakat Melanau. Kemenyan akan dibakar dan asapnya dipercayai dapat memanggil roh si mati. Dalam upacara ini, bubu adalah antara elemen penting. Dalam bahasa Melanau, bubu itu disebut sebagai “bubou” jadi permainan ini dikenali sebagai Pisak Bubou atau nama lainnya Pisak Lukan.

Seterusnya, bubu ini akan berperanan sebagai badan bagi replika patung yang menyerupai manusia. Manakala tempurung kelapa pula akan dijadikan sebagai kepala patung tersebut. Di kepala patung itu iaitu tempurung kelapa tadi akan dilukiskan wajah seperti mata, hidung dan mulut menggunakan kapur sirih. Ia tidak akan menjadi sekiranya tidak dilukis wajah pada patung tersebut. Sebatang kayu akan digunakan untuk memastikan kepala dan badan patung bubu tersebut dapat bercantum. Kayu itu juga berperanan sebagai tangan bagi replika patung tersebut.

Untuk memastikan bubu itu hidup atau bernyawa, dua bilah kacip pinang digunakan sebagai jantung kepada patung bubu tersebut. Kacip pinang itu hendaklah di masukkan ke dalam patung bubu itu tadi. Jika tiada jantung (kacip pinang), maka patung bubu itu tidak dapat hidup. Setelah bubu siap dijadikan replika patung, ia akan dipakaikan dengan pakaian si mati. Selain itu, daun bebuas atau daun tebawan akan digunakan untuk menghentikan patung bubu tersebut daripada bergoyang dengan kuat atau hilang kawalan. Pada masa yang sama, daun bebuas ini juga adalah salah satu langkah berjaga-jaga sekiranya ada antara penonton yang akan dirasuki oleh roh si mati yang ada disitu.

Manakala batang penyapu turut digunakan untuk menghentikan patung itu daripada terus bergerak sehingga ia tidak dapat dikawal lagi. Batang penyapu hanya perlu digunakan untuk memukul kepala patung bubu yang diperbuat daripada tempurung kelapa itu sehingga ia mampu memisahkan kacip pinang yang menjadi jantung patung bubu tersebut daripada badan patung bubu untuk menghentikan gerakan patung bubu itu. Jika jantungnya terpisah dari badan, maka ia dapat dihentikan dengan segera.

Semasa upacara ini dijalankan kemenyan yang dibakar hendaklah diletakkan di bawah patung bubu dan asap kemenyan itu akan memanggil roh si mati untuk datang ke situ dan merasuk tubuh patung bubu itu tadi. Namun upacara ini tidak akan lengkap jika tidak dinyanyikan lagu tertentu untuk memanggil roh si mati. Patung bubu ini akan dipegang oleh si pemain sambil lagu akan dinyanyikan secara berulang-ulang kali sehingga patung bubu itu akan bergerak dengan sendirinya seolah-olah menari bersama-sama lagu yang dinyanyikan. Masyarakat Melanau percaya bahawa roh si matilah yang telah merasuk badan patung bubu dan menggerakkan patung tersebut.
Lagu yang sering dinyanyikan semasa upacara ini adalah seperti dibawah:

[Versi Melanau Mukah]
Bubou mengasou
Mengileing, mengapeing
Nait ke bilit
Ke rumah Datuk Kuna
Sabi nait pina

[Versi di Daerah/Kawasan Lain]
Bubou mengasou
Manila mati
Mahsuri nait bilit
Ke rumah Datuk Kuna
Sabi nait bilit

Video: Youtube (Niel Studio)

Lagu diatas digunakan untuk memanggil roh si mati. Manakala setelah patung bubu itu mulai bergerak atau menari dengan sendirinya maka lagu yang lain pula akan dinyanyikan. Lagu ini akan diulang banyak kali sehingga patung bubu itu menari dan bergerak dengan kuat secara sendiri. Lagu tersebut adalah seperti dibawah:
Iya Lukan
Iya badan
Tetak bemban
Nyibong sari
Iya Lukan pandai menari

Menurut kepercayaan suku etnik Melanau ini, semakin lama lagu itu dinyanyikan semakin cepat dan kuat patung bubu itu bergoyang atau menari. Mereka percaya bahawa roh si mati turut menari di dalam badan patung bubu tersebut. Kadang-kadang pergerakan patung bubu itu menjadi semakin kuat sehingga ia tidak dapat dikawal oleh si pemain dan akhirnya ia akan terpelanting dan pecah. Dalam sesetengah upacara, kepala patung bubu yang terpelanting atau pecah akan menandakan bahawa upacara itu telah tamat. Roh si mati dipercayai sudah keluar dari badan patung bubu tersebut.

Selain itu, masyarakat ini percaya bahawa jika roh si mati tidak dihiburkan maka ia tidak dapat pergi ke dunia lain dengan baik dan roh itu akan berlegar-legar di dunia serta mengganggu mereka yang masih hidup. Upacara Pisak Lukan ini boleh dilakukan oleh orang biasa-biasa (bukan dukun atau bomoh) sahaja asalkan segala peralatannya lengkap dan dinyanyikan lagu tadi. Si pemain Pisak Lukan boleh terdiri daripada tiga atau empat orang. Mereka akan memegang bahagian bawah patung bubu itu semasa ia bergerak untuk menahan patung bubu daripada terpelanting dan mencederakan penonton.

Sumber rujukan:
Melanau (2015, February 25). Pisak Lukan.

Planet Sarawak (2015, January 18). Tarian Bubu yang mistik.

Puji, T. (2014). Analisa terhadap Adat dan Keistimewaan Masyarakat Melanau di Sarawak.Pusat Kajian Dakwaan Orang Asli dan Pribumi, Universiti Putra Malaysia, Bangi, Selangor.



Rabu, 17 Jun 2020

Antara keinginan dan kewajipan dalam erti 'Kecatikan diri' seorang wanita bergelar isteri

Selalu saya nasihatkan wanita untuk jadi cantik.  Jaga diri.  Jaga pakaian. Jaga penampilan dan jaga hati sendiri.

Biar apa pun harus ada ruang untuk sayangi diri.

Kerana saya sendiri telah pernah terlupa untuk menjaga semua itu.  Saya pernah jadi orang yang suka menghambakan diri untuk orang yang saya sayang, demi mengejar sayang.  Ramai wanita jadi begini.

Bukan tidak boleh.  Ya pasti boleh sahaja.  Kerana cinta itu kan suatu anugerah yang terindah buat kita.  Lalu orang yang bercinta itu, sering mahu memberikan yang paling baik untuk pasangannya.

Yang tidak boleh adalah, bila cinta pada manusia lain melebihi diri sendiri.  Dan saya tidak mahu hal yang serupa berlaku kepada wanita lain lagi.

Saya dibesarkan dalam keluarga yang sangat menitik beratkan tentang penampilan diri.  Entahlah, barangkali sudah menjadi kebiasaan sejak nenek moyang kami lagi.

Arwah ibu saya sangat sangat memberatkan keterampilan bukan setakat luaran.  Bahkan hingga ke pakaian dalam!

Pernah dia berpesan begini sambil berjenaka...

"Seluar dalam terkoyak jangan pakai lagi.  Mana tahu kalau kecemasan atau ada kemalangan di luar, terselak kain....nampak seluar dalam koyak....". Sampai macam tu dia berpesan kerana nak menakutkan kami supaya tak pakai pakaian dalam yang berlubang...

Bila bernikah, sehingga punya anak dua ramai yang ingat saya masih anak dara.  Saya tetap jaga diri.

Bila anak kembar  (ketiga dan keempat) saya lahir, badan saya mula besar sedikit.  Malah sungguh besar.  Berat saya waktu mengandung melebihi 80kg!  Setelah melahirkan, menjadi 70kg lebih...

Bila bekas pasangan minta saya berhenti kerja...saya akur.  Meskipun waktu itu sudah punya kerjaya yang sangat bagus, gaji lumayan, di syarikat antarabangsa antara terbaik dunia.  Orang yang dalam cinta, sanggup buat apa sahaja kan?

Apabila rumahtangga mula goyang dan tertekan... Saya abdikan diri untuk keluarga. Hidup saya sememangnya hanya untuk suami dan anak-anak sahaja.  Saya last sekali.  Itupun jika ada waktu tersisa.  Yang biasanya tidak ada...

Semuanya hanya kerana ingin mengejar cinta.  Yang semakin lari ...dan lari.

Saya faham benar bagaimana seorang isteri itu berada dalam "super comfort level".
Jadi isteri sudah tidak pandang orang lain.
Suami di hati bagai permata.
Biar siapa pun dia....

Dan wanita sering berfikir bahwa suami mereka juga serupa.
Itu yang sering menjadikan sikap "tidak apa" pada isteri.

Terlupa jaga diri.
Berat badan semakin menjadi.
Kadang tidak sempat berbedak apa lagi berlipstik.
Sibuk menukar pampers bayi.

Segalanya seadanya...
Bahkan kadang cincai sahaja.

Aku kan dah kahwin...
Dah ada suami.
Alah, dah kahwin lama...
10, 12, 25 tahun dah.
Suami tidak kisah.

Saya pernah terlupa bahawa dulu saya sering sangat menjaga diri.  Karektor kita berubah.  Apa lagi bila bekas suami sangat kuat cemburu.  Saya tak boleh cantik-cantik selalu.

Jangan tersalah faham.
Bila jadi isteri, harus ikut cakap suami.
Namun perlu ada ruang untuk diri.

Ini saya dulu.
Waktu balik kampung sampai sepupu saya tegur...
"Bakpo biar tubuh jadi gitu.... Saye lah ke tubuh..."...
(Kenapa biarkan tubuh jadi macam tu?  Sayang dekat tubuh...).  Dia tegur sebab tak pernah tengok saya comot dan selekeh begitu.
.

Apabila berpisah, saya jadi diri saya semula.
Saya jaga makan dan waktu tidur saya.
Saya jaga diri macam arwah ibu ajar saya.

Kita boleh jadi siapa yang kita mahu.
Nak kurus boleh, jika kita benar-benar mahu.
There is no such things that...
"Saya nak kurus....tapi tak boleh laaa".
"Saya nak kulit cantik...tapi tak sempat dan selalu tak ingat nak pakai...."

Istiqamah itu memang sukar.
Yang mudah itu adalah istirehat.

Namun jika kita benar sayang diri kita.
You just have to be determined and put your heart to it.


Saya yakin anda juga boleh...
Sayangi diri.


Credit to Dzuriasikim Dzulkefli

Khamis, 2 April 2020

SERIKAYA TELUR

Serikaya telur home made..


Resepi kmk lah owh...

3/4 cwn gula pasir
1 cawan aik panas
Masak gula sampe jadi karamel lepas tu masukkan air panas.. masak sampai gula cair.. ketepikan..

3 biji telur ayam
1 kotak kecik santan
1/4 cawan gula pasir
1 sudu makan tepung jagung
Sedikit pewarna kuning
Daun pandan (ni kalau ada.. kalau tak de buleh campur sikit perasa pandan.. sikit je tau..)

Dengan cara masak double boiled (supaya tak de ketulan) masukkan semua bahan. Kacau guna wisky tanpa henti dan tidak berketul, setelah sebati baru masukkan gula karamel tadi. Kacau sampai adunan menjadi pekat.. siap... selamat mencuba..  🥰🥰🥰

Sekaya sedap dimakan bersama roti kosong, roti keben gulong (x tauk apa dalam bahasa Malaysia nya) kiben papak pun sodap.. 🤭🤭

P/s: x abis jgn dibuang.. simpan dalam bekas lepas ya simpan dalam peti sejok. Ambik kuantiti diperlu jak. Jgn dicampur mun ada lebihan ya dengan nok disimpan dalam peti ais ya. Ya molahnya x tahan basik koh..

Cara membuat permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN)










1 APRIL 2020, 9pagi.

Tiga portal ini dibuka untuk pendaftaran dan menyemak Bantuan Prihatin Nasional (BPN) mulai 1 April 2020.

1. http://www.hasil.gov.my/
2. https://www.treasury.gov.my/
3. https://bsh.hasil.gov.my/

Saya tunjukkan 1 portal iaitu BSH

Cara-cara untuk PERMOHONAN BAHARU melalui online di https://bsh.hasil.gov.my/Default.aspx

Makluman lanjut hubungi:

1-800-88-2747 (Waktu Operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang)
03-8882 4565 / 03-8882 4566 (Waktu Operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang)

Makluman: Baca Dan Fahamkan Bagi Permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2020

Pembayaran BPN akan dibuat dalam dua fasa iaitu pada akhir bulan April dan Mei 2020.

Penerima BPN yang TIDAK PERLU memohon atau mengemukakan permohonan baharu sekiranya:

• Isi rumah yang sebelum ini telah diluluskan bawah senarai Bantuan Sara Hidup (BSH)
• Isi rumah pembayar cukai yang sedia ada berdaftar dengan LHDNM
• Individu bujang yang sebelum ini telah diluluskan bawah senarai Bantuan Sara Hidup (BSH)
• Individu bujang pembayar cukai yang sedia ada berdaftar dengan LHDNM

Terima kasih.

Kredit: Unknown

Jumaat, 6 September 2019

'Umur baru 6 tahun tapi sangat biadap!!' - Bahaya kalau tak pernah tegur anak langsung.


Sumber : Google
Pepatah Melayu iaitu ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’ sesuai untuk menggambarkan bahawa setiap didikan anak-anak harus bermula sejak dari kecil.
Jika sudah terbiasa ditegur untuk melakukan perkara yang betul di usia kanak-kanak, kebiasaannya apabila dewasa sudah terdidik dengan baik.
Namun, ada segelintir ibu bapa yang langsung tidak menegur anak-anak dengan alasan mereka masih kecil.

Bahkan ada kesalahan yang dilakukan secara terang-terangan, langsung dibiarkan oleh ibu bapa kerana beranggapan bahawa anak-anak ‘masih budak’ untuk menerima teguran.
Apa yang dikongsikan oleh Doktor Taufiq Razif ini mungkin dapat mengubah mentaliti ibu bapa di luar sana agar mendidik anak dengan cara yang betul.

Anak yang tak pernah ditegur, sekali berlanggar habislah patah riuk dan rosak masa depannya. Anda pilih mahu anak anda yang bagaimana. Semoga bermanfaat kepada semua.
Bahaya kalau tak pernah tegur anak langsung

Saya pernah jumpa dua orang adik beradik yang sangat ‘biadap’. Umur lebih kurang 6 tahun. Orang lain tengah solat, diorang selamber je pergi keluarkan ikan daripada akuarium kat tepi surau tu dan bunuh ikan-ikan tu semua!

Saya okey lagi kalau memang ayah dia dah tegur dan nasihat tapi masalahnya ayah dia buat benda tu macam tak ada apa-apa! Kononnya macam ” alaaa..biasa la budak-budak “. Aduh! Parah!
Lebih parah lagi kalau salah belajar Ilmu Parenting. Katanya tak boleh sebut langsung perkataan JANGAN pada anak-anak. Bukan tak boleh langsung sebenarnya tapi kena tahu caranya.
Bila nak larang anak dengan perkataan JANGAN kita kena letak SEBAB dan PILIHAN/SOLUSI selepas teguran kita tu.

Contohnya :
“Adik JANGAN bawa makanan masuk bilik SEBAB semut suka benda manis ( ni SEBAB ) Nanti semut ikut adik masuk bilik. Sakit kan kalau semut gigit. Kalau adik nak makan, adik makan la dekat meja ni ( ni PILIHAN/SOLUSI ) “
 
Dalam surah Luqman Ayat 13 pun Luqman guna perkataan JANGAN untuk larang anaknya. Luqman pun siap bagi sebab ( reason ) sekali bila dah larang anaknya.
 
Ingat, anak yang tak pernah ditegur seperti pemandu yang memecut kereta Ferrari tanpa pakai seatbelt. Mereka bebas memecut tapi sekali dah berlanggar, habislah patah riuk dan rosak masa depannya.
 
Tolong sebarkan benda ni pada pasangan dan keluarga kita ye. Tolong sangat.
 
Sumber: TaufiqRazif.com

Jumaat, 16 Ogos 2019

TIPS MEMOTONG DAGING DENGAN BETUL

Asslamualaikum & hai..

Tengah hari tadi mama masak lauk daging kegemaran mama iaitu daging masak kicap.. sedappp.. sedap tang kuah je.. isi tak brapa boleh digigit sebab liat. terpaksa main telan.. huhhh siksanya.. biasa part potong - potong daging, suami yang buatkan. tengah hari tadi mama kunun- kunun nak cuba sendiri potong.. hmmm ni lah jadinya bila tak de bakat nak potong daging. jadi mama cuba cari petua atau tips macam mana nak potong daging dengan betul dan sempurna.. mama terjumpalah aritkel ni.. senang nak faham dan ada gambar yg jelasj untuk panduan. Jadi sama- sama lah kita belajar macam mana nak buat k.. semoga bermanfaat kepada semua..

Bagaimana Cara Potong Daging Melintang Urat Untuk Dapatkan Tekstur Daging Yang Lembut
Sumber : Fazidi / Siakapkeli

Daging antara bahan mentah yang sering digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Gulai kawah, BBQ, rendang hari raya, masak kicap atau sebut apa sahaja masakan, pasti ada tukang masak yang kreatif untuk mengolah daging menjadi satu masakan yang sedap dijamah.

Tetapi untuk menjadikan masakan berdaging itu sedap, tentulah tekstur daging itu terlebih dahulu diambil kira. Yelah, kalau tengah enak menjamu selera tiba-tiba daging yang dikunyah terasa liat, memang ‘potong’ betul selera nak makan.

Jadi bagaimana mahu memastikan daging yang kita guna dalam masakan tidak liat dan tidak menyusahkan pelanggan, sekiranya anda menyediakan juadah untuk dijual? Kalau tak, siaplah untuk dicemuh atau diboikot lepas ini.

Sebenarnya ada banyak tips-tips yang  yang tersebar luas di atas talian sebelum ini bagaimana mahu memastikan daging yang kita guna tersebut menjadi lembut dan sedap ketika digunakan di dalm masakan. Tapi yang paling kerap kita dengar, terutamanya ketika kali pertama masuk dapur membantu ibu memotong daging adalah jangan ‘potong ikut urat’ utuk mendapatkan daging yang lembut.

Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan jangan potong ikut urat ini? Yelah, bukan kita tahupun urat pada daging itu macam mana. Memang itu ke puncanya jangan potong ikut urat menjadikan daging itu lembut?

Sememangnya, ada juga benarnya dengan petua yang sering disampaikan oleh orang lama. Dalam dunia kulinari, jangan potong ikut urat dengan potong ikut urat ini memang diamalkan dan bergantung kepada jenis masakan yang ingin disediakan.

Urat ataupun dalam istilahnya di dalam bahasa Inggeris, ‘grain’ merujuk kepada arah fiber otot mengahala pada daging. Cara paling mudah untuk mengenal arah grain ini menghala adalah dengan melihat urat pada daging tersebut. Anda akan melihat sama ada grain tersebut dengan jelas dan dapat menentukan bagaimana daging tersebut mahu dipotong.


Perlu diketahui bahawa potong ikut urat (Slicing WITH the grain) akan menghasilkan tekstur daging yang liat dan lebih kukuh, manakalan potong lawan urat atau jangan potong ikut urat (Slicing AGAINST the grain) akan menghasilkan tekstutr daging yang lebih lembut.

Manakala gambar di bawah adalah cara bagaimana anda mahu memnbuat potongan daging melawan arah urat untuk menghasilkan tekstur daging yang lebih lembut.


Berdasarkan gambar tersebut, arah grain menghala pada daging ditanda dengan anak panah bewarna biru manakala cara memotong daging untuk tekstur yang kurang kenyal ditanda dengan anal panah bewarna hitam.

Tekstur daging yang dipotong secara arah lawan urat juga memperlihatkan otot-tot daging dengan kemas dan mudah diceraikan seperti gambar di bawah.


Jadi, itulah tips untuk anda mengenal uarat pada daging dan tidak tersilap nak potong daging, terutamanya jika anda kali pertama memasak dan mahun mengambil hati bakal ibu mertua.

Selamat mencuba...

Wanita bertubuh gempal juga boleh cantik

Ramai golongan wanita yang bertubuh gempal kurang berkeyakinan dalam menggayakan setiap fesyen berbanding wanita kurus.

Anda sepatutnya tidak perlu merasa sedemikian kerana terdapat beberapa teknik dan tips yang boleh dikenakan supaya anda tetap kelihatan cantik.
Sumber gambar: google

Sumber gambar : Pinterest

10 tips cantik untuk wanita berisi
  1. Kebanyakan wanita berisi mempunyai kulit wajah yang cantik. Selain daripada mengamalkan rutin penjagaan kulit asas, carilah serum yang berfungsi menganjalkan wajah untuk mengelakkan kulit mengendur.
  2. Setiap kali mengaplikasi serum ke wajah, jangan lupa urut-urut lembut wajah dengan cara menghala ke atas. Lakukan ulangan beberapa kali terutamanya di bawah dagu untuk mengurangkan masalah dagu berlapis.
  3. Masalah dagu berlapis juga boleh dielakkan dengan mempraktikkan cara tidur yang betul. Elakkan tidur dalam posisi dagu mencecah leher. Tinggikan sedikit bantal agar wajah dalam keadaan tegak.
  4. Sesekali buatlah senaman wajah dengan mengunyah gula-gula getah atau menggerakkan struktur mulut. Nganga mulut besar-besar dan tegangkan mulut atau sebut huruf A, E, I ,O dan U secara berulang-ulang sebaik bangun pagi.
  5. Untuk penjagaan kulit wajah, amalkan melakukan skrub atau lulur badan 2 ke 3 kali seminggu. Sental bahagian berlipat seperti ketiak, celahan paha dan leher untuk menyingkirkan daki dan sel kulit mati agar kulit badan lebih mulus.
  6. Amalkan senaman ringan 4 ke 5 kali seminggu. Jika tidak punya masa untuk ke gimnasium, cukuplah dengan berjalan laju atau naik turun tangga. Senaman bukan hanya untuk mendapatkan tubuh langsing tetapi bagi yang bertubuh besar, ia penting untuk memberikan stamina dan melancarkan peredaran darah dan pernafasan.
  7. Banyakkan minum air masak dan elakkan yang bergula. Jika teringin, gantikan dengan stevia.
  8. Sehari sekali, amalkan minum teh hijau panas. Teh hijau mengandungi 10 kali jumlah antioksidan yang boleh didapati pada buahan dan sayuran. Ia mampu mengawal berat badan, mengurangkan kolesterol dan menyegarkan pernafasan. Boleh juga buat minuman halia yang dicampurkan madu yang diminum suam. Minuman ini bagus untuk membuang angin dalam badan.
  9. Sesekali manjakan diri di spa dengan melakukan rawatan mandi lulur dan mengurut badan. Ulang rawatan 2 minggu sekali sudah memadai. Selain untuk mengembalikan kecantikan diri, rawatan di spa dan mengurut badan juga dapat menenangkan jiwa lantas menerbitkan aura positif dan memberi keyakinan diri.
  10. Walaupun berbadan besar, kemaskan bahagian perut dengan memakai bengkung. Korset sudah mula dipakai oleh orang dahulu sejak era 1500 lagi. Ia diperkenalkan oleh wanita Perancis bernama Catherine de Medici untuk mendapatkan bentuk pinggang ramping dan korset menjadi pakaian dalam wajib bagi wanita Perancis ketika itu.
Jadi.. sapa kata wanita bertubuh gempal tak boleh cantik.. bak kata pepatah.. tepuk dada tanya selera... yang pasti jangan obses nak kuruskan sampai nak rosakkan badan semata - mata nak cantik... badan berisi pun cantik ape.. hehehehe.. 

Sumber: freemalaysiatoday

Patung Berhantu. Adakah ianya benar - benar wujud?

Ramai kanak-kanak menjadikan anak patung sebagai teman dan rakan baik ketika mengharungi kehidupan yang penuh keriangan namun, terdapat anak patung yang mempunyai rupa bentuk yang buruk dan sangat menakutkan.

Malah, ada di antara anak patung ini seolah-olah mengalami sumpahan dengan kisah menyeramkan, walaupun bagi orang dewasa. Buktinya? Ramai yang terkucil ketika menonton filem Annabelle.
Berikut adalah antara patung yang menjadi perbualan orang ramai.


 Top 10 Cursed Dolls You Should Never Touch - Youtube

1. Annabelle

Seperti yang anda sudah jangkakan, anak patung Annabelle memang benar-benar telah wujud sebelum penghasilan filem Annabelle, yang dikatakan akan berubah posisi dan tempat, ketika pemiliknya seorang pelajar kejururawatan bernama Donna, berada di luar rumah.

Menurut Donna, Annabelle juga pernah berubah tempat hingga ke bilik yang lain dan pernah menerima mesej yang ditulis dengan pensel di atas kertas, seolah-olah ia mesej dari Annabelle. Pada kertas itu tertulis, "Tolong kami". Donna memberitahu bahawa beliau pernah terlihat titisan darah pada dada dan di belakang kepala Annabelle.

2. joliet the haunted cursed doll
 

Anak patung mengerikan yang mempunyai kening nipis dan halus ini dikatakan diserahkan secara turun temurun daripada seorang ibu kepada anak perempuan untuk beberapa generasi.

Dipercayai kini miliki seorang wanita bernama Anna, anak patung Joliet ini dikatakan menyumpah setiap anak perempuan untuk melahirkan dua anak, seorang anak perempuan yang akan menjadi pewaris anak patung ini dan seorang lagi anak lelaki yang dikatakan akan mati 3 hari selepas dilahirkan. Namun, kematian bayi lelaki itu tidaklah sia-sia kerana didakwa rohnya akan masuk dan tinggal di dalam badan Joliet, serta akan menangis pada waktu malam.

3. Robert

Dahulunya dimiliki oleh Robert Eugene Otto, seorang pelukis, anak patung yang diberi nama Robert ini dikatakan diberikan kepadanya pada tahun 1906 oleh satu keluarga hamba. Keluarga hamba itu dikatakan mahir dalam ilmu hitam dan mahu menghancurkan keluarga Robert Eugene. 

Menurut sumber, ibu bapanya pernah mendengar Robert Eugene berborak dengan anak patung tersebut. Ketika tiada sesiapa di rumah, patung ini dikatakan berpindah bilik dan kejadian itu disaksikan oleh jiran mereka melalui tingkap. 

Selepas kematian Robert Eugene, keluarganya berpindah dan rumah tersebut dihuni oleh keluarga baru yang mempunyai seorang anak perempuan. Kanak-kanak perempuan tersebut memberitahu terlihat anak patung itu di dalam biliknya pada waktu malam dan cuba untuk membunuhnya. Robert sering menjadi perbandingan kepada Annabelle, anak patung yang dirasuk. Kini, anak patung Robert berada di Muzium Fort East Martello, Florida, Amerika Syarikat.
 
4. Okiku

Patung ini dimilik oleh seorang kanak-kanak yang bernama okiku dan patung ini dinamakan sempena nama tuan empunya, menurut cerita yang saya pernah baca, okiku sangat sayangkan patung dia ni sampai ke mana sahaja dia akan tetap bersama patung ini, sampailah satu hari dia meninggal dunia sebab  demam panas, patung ini  diletakkan ahli keluarganya pada tempat sembahyang.Yang menjadi misterinya sejak kematian okiku rambut patung ini akan memanjang seperti hidup, kajian berdasarkan ujian forensik terhadap rambut boneka itu mendapati folikel dalam rambut pada patung Okiki sama seperti kanak - kanak yang berusia 10 tahun. Dikatakan patung ini hidup kerana roh Okiku bersemadi dalam patung tersebut. Pada tahun 1938, keluarga okiku telah berpindah dan kemudian menyerakan patung ini ke sebuah kuil di Hokkaido, pendeta yang ada kat situ mendapati rambut patung itu terus memanjang sehinggakan meraka perlu memotongnya secara berkala. patung ini pada asalnya dibelikan oleh abang kepada okiku semasa beliau baru berusia 2 tahun.

5. Babe

Patung ini bernama bebe, seorang penyiasat paranormal Jannice poole beliau menyatakan patung ini berpuaka sejak ianya dibeli dan tersimpan di rumah, banyak kejadian aneh berlaku dan beliau sendiri cuba nak membuktikannya.

6. Emilia The Haunted Itallian Doll  

Patung berpuaka yang berumur 100 tahun ini di miliki asalnya oleh seorang pegawai keselamatan raja iaitu ketika raja Umberto 1 (Umberto Ranieri Carlo Emanuele Giovanni Maria Ferdinando Eugenio di Savoy) memerintah Itali pada tahun 14 March 1844 – 29 July 1900. Patung ini kemudiannya di serahkan kepada seorang rakannya yang paling dipercayai iaitu Ulvado Bellina. Ulvado Bellina memberikan patung tersebut kepada anaknya bernama Marie setelah kerajaan Umberto kalah dan mati dalam pertempuran. Patung ini terselamat dari peperangan World war 1 dan World war 2 dengan hanya kehilangan kedua - dua belah tangannya sahaja setelah Marie Bellina berusaha keras menjaganya daripada musnah dan sekarang ini ia dikhabarkan dirasuk oleh semangat Marie yang menjaganya sehingga dia meninggal. penyiasat paranormal mendapati yang Emilia ini sering membuka dan menutup matanya sendiri dan kotak suara pada patung itu juga kadang kala kedengaran secara kerap menangis memanggil emaknya walaupun mereka mendapati peti suara tersebut tidak berfungsi lagi.

7. Pupa


Merupakan sebuah patung yang mempunyai kisah unik. dia di katakan berumur sekitar 5 tahun selepas seorang pemilik membelinya pada tahun 1920 sehingga pemiliknya meninggal pada Julai 2005. patung ini terselamat daripada kemusnahan Perang Dunia Ke 2. di katakan Pupa ini kerap berpindah ke suatu tempat ke tempat yang lain bersama pemiliknya dari Itali ke United States dan kemudian balik semula ke Itali dan merentas Eropah dan akhirnya ke USA kembali. Pupa di katakan sering bergerak sendiri di mana dia membuka bekas kaca yang meletakkan dirinya di dalamnya. semenjak itu, ia sering di katakan mahu melepaskan diri dan tidak mahu di simpan oleh sesiapa.

banyak lagi cerita - cerita berkenaan patung 'bernyawa' yang disebar. namun apa yang past terutama kita yang beragama islam adalah dilarang sama sekali menyimpan atau memiliki patung terutama yang menyerupai makhluk hidup. Apa yang dipaparkan hanya sekadar perkongsian dan hiburan semata - mata.

Sumber: google

Kuat makan Samyang, suami terpaksa berhabis RM10,00 untuk selamatkan isteri


Gambar sumber : Google
“Lain orang, lain daya ketahanan,” demikian kata Otad Al Miko, yang berkongsi kisah isterinya mengalami luka di bahagian usus akibat makan makanan pedas sehingga memudaratkan dirinya. Menurut Otad, setiap kali isterinya makan mee tersebut, tidak pernah langsung dia minum air kerana mee viral itu langsung tidak pedas seperti yang didakwa netizen.

Namun keadaan berubah pada satu malam itu apabila pasangan berkenaan terpaksa menanggung kos rawatan hampir RM10,000. Ikuti perkongsian Otad di bawah:

Sekadar hiasan : Ramen Challenge

Ini kisah tiga tahun lalu. Abang nak ingatkan semua.

Isteri abang makan benda ini setiap minggu dan dalam masa sebulan, usus perutnya jadi luka. Ingat tak waktu itu semua orang di Malaysia gila-gila nak buat Ramen Challenge ini?

Isteri makan habis sebekas, tetapi setiap kali makan katanya tak pedas sampai langsung tak minum air. Memang abang pun kagum tengok dia makan sambil tak perlukan air. Akhirnya, terpaksa tanggung kos rawatan dan perubatan hampir RM10,000 (dalam satu malam) untuk masukkan kamera dalam perut, mencari puncanya kerana isteri dah terguling-guling menahan kesakitan pada malam kejadian itu. Dikejarkan juga ke Hospital Columbia sebab dah ramai sangat orang di Hospital Taiping pada waktu malam kejadian. Dalam kamera dan x-ray dapat tengok bahagian luka itu. Doktor kata lukanya kecil sahaja tetapi azabnya tak terkata. Allah sahaja yang tahu. Luka di bahagian usus amat berbahaya kerana ia kawasan yang sentiasa basah dan sukar untuk sembuh. Makanan pedas dapat menyebabkan luka pada lapisan mukosa yang sensitif atau pada usus kecil yang biasa disebut duodenum (ulkus duodenum), kata doktor.

Punca kesakitan yang tak tertanggung itu disebabkan dinding usus atas luka akibat benda pedas ini. Hati-hati ye, tanda-tanda luka itu, pada mulanya perut akan rasa susah nak sendawa dan terasa ada angin dalam perut. Lama kelamaan ia akan jadi sakit seperti dicucuk di ulu hati dan selepas itu baru berguling-guling menangis kesakitan.

Abang tak larang korang makan. Nak makan pun, makanlah. Tetapi kalau jadi seperti isteri abang barulah sedar yang terlampau pedas itu boleh memudaratkan. Mungkin lain orang tahan dan mungkin ada orang tak tahan ususnya. Sebenarnya duit boleh dicari, tetapi kesihatan itu tiada gantinya. Lidah dan mulut mungkin boleh menahan pedas, tetapi bahagian dalaman belum tentu.

Sumber: Otad Al Miko

Min sendiri ada cerita berkaitan dengan orang yang menghidap penyakit ni akibat makan makanan yang terlalu pedas setiap hari.. pedas sangat pun tak elok untuk kesihatan. Fikir - fikirkan lah ya.. nak makan sedap jangan sampai diri sendiri tak sihat.. 

Khamis, 15 Ogos 2019

ANTARA PEJABAT DAN KELUARGA, TIPS PENGURUSAN MASA UNTUK WANITA BEKERJAYA


Wanita, sama ada yang bekerjaya atau suri rumah sentiasa merasakan 24 jam sehari tidak cukup untuk menguruskan rutin harian. Setelah melakukan semua tuntutan kerja dan tanggungjawab di rumah, wanita sering kepenatan. Rami juga yang merasakan mereka tiada masa untuk diri sendiri.

Pengurusan masa yang betul adalah kunci untuk wanita moden zaman ini menjadi ‘superwoman’! FMT Ohsem memetik beberapa portal yang menawarkan solusi pengurusan masa yang berkesan supaya wanita dapat mencari keseimbangan antara kerjaya dan tanggungjawab rumah tangga.

1) Buat jadual masa
Senaraikan dan susun mengikut keutamaan. Anda pasti dapat selesaikan tugasan tersebut jika berdisiplin menguruskan jadual harian. Selain itu tetapkan juga tempoh untuk menyiapkan kerja yang diberikan, bekerja mengikut masa yang ditetapkan bagi mengelak emosi tertekan.

2) Bezakan antara tugasan penting dan yang perlu disegerakan.
Anda perlu bezakan perkara penting dengan hal yang perlu disegerakan. Laksanakan dulu perkara yang perlu disegerakan sebelum beralih kepada perkara yang penting. Buat mengikut keperluan.

3) Dapatkan kerjasama dan agihkan tugasan
Apabila melakukan sesuatu kerja, sama ada di rumah atau tempat kerja, lebih baik bekerjasama atau agihkan tugasan. Cara tersebut boleh menjimatkan masa, memberi motivasi kepada diri sendiri selain dapat memberi tumpuan sepenuhnya pada satu tugas dalam satu masa.

4) Soal diri sendiri
Ada masanya anda tidak tahu apa yang hendak didahulukan dan ketika inilah anda perlu tanya kepada diri sendiri, “perkara yang patut disiapkan dahulu? Apakah kerja yang masih belum disempurnakan?” Soalan-soalan seumpama itu akan dapat membantu mengenal pasti tugas yang perlu diselesaikan dan dilaksanakan segera. Ia juga mengajar kita untuk mengutamakan sesuatu kerja sebelum beralih kepada yang seterusnya.

5) Kreatif dan guna kaedah efektif
Kewujudan gajet banyak membantu urusan seharian, terutama sekali bagi ibu bekerja. Gajet adalah ‘tangan’ kedua yang dapat selesaikan masalah harian selepas penat seharian di pejabat. Gunakan alatan berkenaan bagi meringankan tugas, contohnya penggunaan mesin hampagas, ia memudahkan kerja kita apabila ada air tertumpah atau untuk membersihkan habuk di permaidani tanpa perlu menggunakan kaedah lama yang memerlukan masa yang lebih lama. Selain itu, kreativiti juga dapat membantu kita menyelesaikan kerja dengan efektif contohnya, semasa memasak boleh juga digunakan waktu itu mencuci baju dalam mesin basuh. Keadaan tersebut memendekkan masa untuk selesaikan kedua-dua ‘tugasan’ anda.

Sumber: freemalaysiatoday

Khamis, 1 Ogos 2019

Sambil jalankan tugas, dia sedekahkan bacaan yassin utk pesakitnya



Salah satu pekerjaan yang sering mendapat tanggapan negatif orang ramai adalah jururawat kerana sikap agresif mereka kepada pesakit.

Tapi tak semua macam tu tau, jangan disebabkan sikap begitu oleh segelintir golongan jururawat ni semua kena tempias, masih ada yang berhati mulia macam individu dalam foto yang dikongsikan oleh Rizal Halim ni.

Nurse ni, sambil dia jalankan tugas, dia sedekahkan bacaan yassin utk pesakitnya”

Seorang jururawat dilihat membaca yassin kepada pesakitnya sambil menjalankan tugas. Apa yang menarik perhatian netizen adalah, kebiasaanya ramai nurse-nurse muda ni dikatakan bermasalah.

Ada yang penggeli, ada yang suka marah dan ada juga berkasar dengan pesakit, tak dinafikan masih ada nurse yang baik tapi sikap murni individu ni lain daripada yang lain.

Ya lah, selalunya benda buruk je orang viralkan apa salahnya kalau kita viralkan benda-benda baik macam ni kan?

Ramai netizen dari bermacam-macam platform media sosial tersentuh bila melihatnya sebab kebanyakan keluarga pesakit letakkan semua bebanan itu kepada nurse semata-mata

Adik angkat pernah masuk ICU 2 bulan lepas, pernah juga nurse bacakan yassin – Netizen

Ada netizen dah alami sendiri pengalaman sebegini, mungkin kita terlalu pandang mereka pada satu sudut sampai tak nampak sudut baik mereka.

Sumber: Lobak Merah

Penafian: Artikel ini dari rangkaian dari media, jika terdapat pelanggaran, sila hubungi kami untuk menghapuskan.

Jadual Solat

Anda mungkin nak baca yang ni..