HALAMAN UTAMA

Khamis, 15 Ogos 2019

ANTARA PEJABAT DAN KELUARGA, TIPS PENGURUSAN MASA UNTUK WANITA BEKERJAYA


Wanita, sama ada yang bekerjaya atau suri rumah sentiasa merasakan 24 jam sehari tidak cukup untuk menguruskan rutin harian. Setelah melakukan semua tuntutan kerja dan tanggungjawab di rumah, wanita sering kepenatan. Rami juga yang merasakan mereka tiada masa untuk diri sendiri.

Pengurusan masa yang betul adalah kunci untuk wanita moden zaman ini menjadi ‘superwoman’! FMT Ohsem memetik beberapa portal yang menawarkan solusi pengurusan masa yang berkesan supaya wanita dapat mencari keseimbangan antara kerjaya dan tanggungjawab rumah tangga.

1) Buat jadual masa
Senaraikan dan susun mengikut keutamaan. Anda pasti dapat selesaikan tugasan tersebut jika berdisiplin menguruskan jadual harian. Selain itu tetapkan juga tempoh untuk menyiapkan kerja yang diberikan, bekerja mengikut masa yang ditetapkan bagi mengelak emosi tertekan.

2) Bezakan antara tugasan penting dan yang perlu disegerakan.
Anda perlu bezakan perkara penting dengan hal yang perlu disegerakan. Laksanakan dulu perkara yang perlu disegerakan sebelum beralih kepada perkara yang penting. Buat mengikut keperluan.

3) Dapatkan kerjasama dan agihkan tugasan
Apabila melakukan sesuatu kerja, sama ada di rumah atau tempat kerja, lebih baik bekerjasama atau agihkan tugasan. Cara tersebut boleh menjimatkan masa, memberi motivasi kepada diri sendiri selain dapat memberi tumpuan sepenuhnya pada satu tugas dalam satu masa.

4) Soal diri sendiri
Ada masanya anda tidak tahu apa yang hendak didahulukan dan ketika inilah anda perlu tanya kepada diri sendiri, “perkara yang patut disiapkan dahulu? Apakah kerja yang masih belum disempurnakan?” Soalan-soalan seumpama itu akan dapat membantu mengenal pasti tugas yang perlu diselesaikan dan dilaksanakan segera. Ia juga mengajar kita untuk mengutamakan sesuatu kerja sebelum beralih kepada yang seterusnya.

5) Kreatif dan guna kaedah efektif
Kewujudan gajet banyak membantu urusan seharian, terutama sekali bagi ibu bekerja. Gajet adalah ‘tangan’ kedua yang dapat selesaikan masalah harian selepas penat seharian di pejabat. Gunakan alatan berkenaan bagi meringankan tugas, contohnya penggunaan mesin hampagas, ia memudahkan kerja kita apabila ada air tertumpah atau untuk membersihkan habuk di permaidani tanpa perlu menggunakan kaedah lama yang memerlukan masa yang lebih lama. Selain itu, kreativiti juga dapat membantu kita menyelesaikan kerja dengan efektif contohnya, semasa memasak boleh juga digunakan waktu itu mencuci baju dalam mesin basuh. Keadaan tersebut memendekkan masa untuk selesaikan kedua-dua ‘tugasan’ anda.

Sumber: freemalaysiatoday

Tiada ulasan:

Jadual Solat

Anda mungkin nak baca yang ni..