Ramai kanak-kanak menjadikan anak patung sebagai teman dan rakan baik ketika mengharungi kehidupan yang penuh keriangan namun, terdapat anak patung yang mempunyai rupa bentuk yang buruk dan sangat menakutkan.
Malah, ada di antara anak patung ini seolah-olah mengalami sumpahan dengan kisah menyeramkan, walaupun bagi orang dewasa. Buktinya? Ramai yang terkucil ketika menonton filem Annabelle.
Berikut adalah antara patung yang menjadi perbualan orang ramai.
Malah, ada di antara anak patung ini seolah-olah mengalami sumpahan dengan kisah menyeramkan, walaupun bagi orang dewasa. Buktinya? Ramai yang terkucil ketika menonton filem Annabelle.
Berikut adalah antara patung yang menjadi perbualan orang ramai.
Top 10 Cursed Dolls You Should Never Touch - Youtube
1. Annabelle
Seperti yang anda sudah jangkakan, anak patung Annabelle memang benar-benar telah wujud sebelum penghasilan filem Annabelle, yang dikatakan akan berubah posisi dan tempat, ketika pemiliknya seorang pelajar kejururawatan bernama Donna, berada di luar rumah.
Menurut Donna, Annabelle juga pernah berubah tempat hingga ke bilik yang lain dan pernah menerima mesej yang ditulis dengan pensel di atas kertas, seolah-olah ia mesej dari Annabelle. Pada kertas itu tertulis, "Tolong kami". Donna memberitahu bahawa beliau pernah terlihat titisan darah pada dada dan di belakang kepala Annabelle.
2. joliet the haunted cursed doll
Anak patung mengerikan yang mempunyai kening nipis dan halus ini dikatakan diserahkan secara turun temurun daripada seorang ibu kepada anak perempuan untuk beberapa generasi.
Dipercayai kini miliki seorang wanita bernama Anna, anak patung Joliet ini dikatakan menyumpah setiap anak perempuan untuk melahirkan dua anak, seorang anak perempuan yang akan menjadi pewaris anak patung ini dan seorang lagi anak lelaki yang dikatakan akan mati 3 hari selepas dilahirkan. Namun, kematian bayi lelaki itu tidaklah sia-sia kerana didakwa rohnya akan masuk dan tinggal di dalam badan Joliet, serta akan menangis pada waktu malam.
3. Robert
Dahulunya dimiliki oleh Robert Eugene Otto, seorang pelukis, anak patung yang diberi nama Robert ini dikatakan diberikan kepadanya pada tahun 1906 oleh satu keluarga hamba. Keluarga hamba itu dikatakan mahir dalam ilmu hitam dan mahu menghancurkan keluarga Robert Eugene.
Menurut sumber, ibu bapanya pernah mendengar Robert Eugene berborak dengan anak patung tersebut. Ketika tiada sesiapa di rumah, patung ini dikatakan berpindah bilik dan kejadian itu disaksikan oleh jiran mereka melalui tingkap.
Selepas kematian Robert Eugene, keluarganya berpindah dan rumah tersebut dihuni oleh keluarga baru yang mempunyai seorang anak perempuan. Kanak-kanak perempuan tersebut memberitahu terlihat anak patung itu di dalam biliknya pada waktu malam dan cuba untuk membunuhnya. Robert sering menjadi perbandingan kepada Annabelle, anak patung yang dirasuk. Kini, anak patung Robert berada di Muzium Fort East Martello, Florida, Amerika Syarikat.
4. Okiku
Patung ini dimilik oleh seorang kanak-kanak yang bernama okiku dan patung ini dinamakan sempena nama tuan empunya, menurut cerita yang saya pernah baca, okiku sangat sayangkan patung dia ni sampai ke mana sahaja dia akan tetap bersama patung ini, sampailah satu hari dia meninggal dunia sebab demam panas, patung ini diletakkan ahli keluarganya pada tempat sembahyang.Yang menjadi misterinya sejak kematian okiku rambut patung ini akan memanjang seperti hidup, kajian berdasarkan ujian forensik terhadap rambut boneka itu mendapati folikel dalam rambut pada patung Okiki sama seperti kanak - kanak yang berusia 10 tahun. Dikatakan patung ini hidup kerana roh Okiku bersemadi dalam patung tersebut. Pada tahun 1938, keluarga okiku telah berpindah dan kemudian menyerakan patung ini ke sebuah kuil di Hokkaido, pendeta yang ada kat situ mendapati rambut patung itu terus memanjang sehinggakan meraka perlu memotongnya secara berkala. patung ini pada asalnya dibelikan oleh abang kepada okiku semasa beliau baru berusia 2 tahun.
5. Babe
Patung ini bernama bebe, seorang penyiasat paranormal Jannice poole beliau menyatakan patung ini berpuaka sejak ianya dibeli dan tersimpan di rumah, banyak kejadian aneh berlaku dan beliau sendiri cuba nak membuktikannya.
6. Emilia The Haunted Itallian Doll
Patung berpuaka yang berumur 100 tahun ini di miliki asalnya oleh seorang pegawai keselamatan raja iaitu ketika raja Umberto 1 (Umberto Ranieri Carlo Emanuele Giovanni Maria Ferdinando Eugenio di Savoy) memerintah Itali pada tahun 14 March 1844 – 29 July 1900. Patung ini kemudiannya di serahkan kepada seorang rakannya yang paling dipercayai iaitu Ulvado Bellina. Ulvado Bellina memberikan patung tersebut kepada anaknya bernama Marie setelah kerajaan Umberto kalah dan mati dalam pertempuran. Patung ini terselamat dari peperangan World war 1 dan World war 2 dengan hanya kehilangan kedua - dua belah tangannya sahaja setelah Marie Bellina berusaha keras menjaganya daripada musnah dan sekarang ini ia dikhabarkan dirasuk oleh semangat Marie yang menjaganya sehingga dia meninggal. penyiasat paranormal mendapati yang Emilia ini sering membuka dan menutup matanya sendiri dan kotak suara pada patung itu juga kadang kala kedengaran secara kerap menangis memanggil emaknya walaupun mereka mendapati peti suara tersebut tidak berfungsi lagi.
7. Pupa
Merupakan sebuah patung yang mempunyai kisah unik. dia di katakan berumur sekitar 5 tahun selepas seorang pemilik membelinya pada tahun 1920 sehingga pemiliknya meninggal pada Julai 2005. patung ini terselamat daripada kemusnahan Perang Dunia Ke 2. di katakan Pupa ini kerap berpindah ke suatu tempat ke tempat yang lain bersama pemiliknya dari Itali ke United States dan kemudian balik semula ke Itali dan merentas Eropah dan akhirnya ke USA kembali. Pupa di katakan sering bergerak sendiri di mana dia membuka bekas kaca yang meletakkan dirinya di dalamnya. semenjak itu, ia sering di katakan mahu melepaskan diri dan tidak mahu di simpan oleh sesiapa.
banyak lagi cerita - cerita berkenaan patung 'bernyawa' yang disebar. namun apa yang past terutama kita yang beragama islam adalah dilarang sama sekali menyimpan atau memiliki patung terutama yang menyerupai makhluk hidup. Apa yang dipaparkan hanya sekadar perkongsian dan hiburan semata - mata.
Sumber: google
Tiada ulasan:
Catat Ulasan