Salam semua..
Baru sekarang mama dapat update blog. dah lebih seminggu mama cuti sakit sebab sakit mata.. Aduiii sakit sangat sampai nak tengok komputer pun tak boleh.. Sebelum ni yang kena penyakit ni anak mama yang bongsu, lepas tu berjangkit pulak dengan kakaknya, lepas kakak babahnya.. last sekali mama.. nasib baik si abang 'tak jadi' kena ari tu.. sehari je lepas tu baik sendiri.. tak sempat bawak gi klinik pun. Paling kesian babahnya, teruk sangat sakit tu sampai dah lebih 2 minggu belum pulih lagi.. satu lagi mama perasan babah yang memang bukan rabun, sekarang ni tak berapa nak nampak benda2 yang dekat. Harap - harap babahnya pulih seperti sedia kala. Amin..
Berbalik pada sakit mata yang mama hadapi (sekarang ni masih sakit tapi dah kurang sikitlah). Bila kena penyakit ni, antara tandanya;
1. Mata rasa gatal
2. Tahi mata banyak dari biasa terutama selepas bangun pagi
3. Mata ada rasa berpasir
4. Silau sangat terutama ketika memandu pada waktu malam
5. Rasa pedih, mata kering bila terkena kipas angin
6. Haa yang ni lucu. Bila tundukkan kepala ke bawah biji mata rasa macam nak terkeluar.. hahaha.. boleh imagine tak macam mana rasa tu.. sakit woo...
Selain dari ubat titik yang doktor bagi, mama selalu cuci muka dan bersihkan tahu mata & lendiran di kawasan mata untuk kasi rasa segar. Elakkan berkongsi tuala dengan orang lain (terutama yang serumah). Sentiasa cuci tangan setiap kali nak sentuh anak, makanan, minuman dan lain - lain lagi. Yang ni penting untuk kebersihan dan mengelak penyakit berjangkit dengan orang lain.
Apa - apapun ni maklumat yang mama perolehi dari blogger lain. Mama share k..
Keradangan atau sakit mata pada selaput mata putih yang menutupi mata dan bahagian dalam permukaan pelopak mata.
Punca peryakit
1. bakteria( jenis haemophilus)
2. jangkitan virus (beserta selsema )
3. bendasing seperti percemaran udara, habuk, asap, sabun, make up, klorin dan lain-lain lagi.
Jangkitan melalui:
tanda-tanda:
tempoh:ianya memakan masa dari beberapa hari hingga 2 minggu bagi penyakit sembuh.
Pencegahan:
Sukar dicegah, namun langkah – langkah bagi mengurangkan jangkitan merebak ialah:
Sekiranya berlaku perkara berikut; berjumpalah doktor anda
bergantung kepada punca penyebabnya.
Ubat titik mata atau ointment yang mengandungi antibiotik atau antivirus digunakan bagi menghalang jangkitan. Petua:
1. bakteria( jenis haemophilus)
2. jangkitan virus (beserta selsema )
3. bendasing seperti percemaran udara, habuk, asap, sabun, make up, klorin dan lain-lain lagi.
Jangkitan melalui:
- tangan yang tercemar
- tuala
- alat kosmetik
- bulu mata palsu
- kanta sentuh
tanda-tanda:
- gatal
- mata merah
- perit terkena cahaya
- mata bertahi
- bengkak mata
- sakit
- rasa “pasir” dalam mata
- kabur penglihatan
tempoh:ianya memakan masa dari beberapa hari hingga 2 minggu bagi penyakit sembuh.
Pencegahan:
Sukar dicegah, namun langkah – langkah bagi mengurangkan jangkitan merebak ialah:
- mengelakan tangan menyentuh terus ke dalam anak mata
- kerap menyuci tangan
- tidak berkongsi tuala atau sapu tangan
- tidak berkongsi kosmetik mata dan ubat mata
- penggunaan kanta sentuh secara bersih
- memakai alat pelindung mata apabila perlu
- tidak berenang didalam kolam yang kotor
Sekiranya berlaku perkara berikut; berjumpalah doktor anda
- penglihatan berubah
- sakit mata yang bersangatan
- sakit ketika menggerakkan bola mata
- tidak sembuh dalam masa 48-72 jam mengambil ubat
- teman sebilik atau ahli keluarga juga dijangkiti
- mata terlalu sensitif kepada cahaya
bergantung kepada punca penyebabnya.
Ubat titik mata atau ointment yang mengandungi antibiotik atau antivirus digunakan bagi menghalang jangkitan. Petua:
- Tuam keatas mata 3-4 kali sehari untuk 10-15 minit, dengan menggunakan kain bersih setiap kali. Ini boleh mengurangkan gatal, bengkak dan memberi keselesaan kepada mata.
- Elakkan daripada menggosok mata.
- Kerap mencuci tangan.
- Jauhkan tangan daripada mata.
- Gunakan kacamata hitam.
- Jauhkan dari terdedah kepada habuk,panas dan kekotoran lain.
- Elakkan menggunakan kanta sentuh.
- Gunakan sampul bantal yang bersih setiap masa.
Sumber : Dr.Wan Idris Wan Hussain ,PKPUUM.
Sekiranya anda mempunyai pertanyaa, sila hubungi Pegawai Perubatan di Hospital berdekatan untuk maklumat lanjut.
Mama Vie
Tiada ulasan:
Catat Ulasan