Salam semua..
Hmm.. baru ada idea nak entri blog. Hmm... dah sedia persiapan untuk anak - anak ke sekolah awal tahun nanti? Rasa - rasa ramai yang dah siap dah atau masih tercari - cari lagi? Hehehe.. Mama dah siap erm.. adalah dalam 80% (cewah boleh dikira- kira plak peratus tu. hehehe). Alhamdudillah, walaupun ada bantuan khas yang kerajaan bagi untuk keperluan anak ke sekolah, mama tetap perlu berjimat dalam menyediakan barang keperluan sekolah anak ikut kemampuan. maklum, kita tak tau nanti ada kecemasan nak guna duit kemudian nanti. Betul tak?
Sebenarnya, sebelum ini mama memang dah sediakan sikit - sikit kelengkapan tu, macam baju sekolah, alat tulis, stoking dan kasut. Kebetulan ada kedai yang nak buat jualan tutup kedai, apalagi mama beli lah sikit - sikit.. yalah nak tunggu bantuan waktu tu lama lagi..ada yang taun lepas punya dah tak berapa nak muat dan ada yang dah koyak. Berbalik kepada cerita mama pasal pakaian sekolah tu tadi, Harga baju sekolah murah sangat waktu tu. Contoh baju si kakak, baju kurung (saiz 38) RM20 sepasang.. stokin RM1.00 sepasang, tudung sekolah labuh RM4.00 satu, Kasut Sekolah (Jenis kain) RM5.00 sepasang.. murah kan?? hehehe.. Si Angah pulak, baju Sekolah putih lengan panjang RM10.00 sepasang.. stokin & kasut sama harga dengan si kakak.. Sayang seluar sekolah tak de pulak cun dengan saiz si Angah. Semua besar - besar belaka..
Kakak :
1. Baju Kurung x 2 : RM40.00
2. Stokin x 5 : RM5.00
3. Tudung Sekolah x 2 : RM8.00
4. Kasut Sekolah x 2 : RM10.00
Angah :
1. Baju kemeja lengan panjang x 2 : RM20.00
2. Stokin x 5 : RM5.00
3. Kasut x 2 : RM10.00
Jumlah keseluruhan : RM98.00
Walaupun murah, tapi kakak puas hati sebab belanja untuk pakaian tu je mama belanja tak sampai RM100 pun. Tentu ada yang sangsi tentang tahap ketahanannya kan? ni bagi mama lah ya, ikut pengalaman mama belikan barangan mcm ni utk anak - anak, alhamdudillah ad jugak yang dapat bertahan sehingga hujung tahun. tapi terpulang dengan cara anak - anak pakailah.. kalau yang jenis lasak sangat mungkin taklah lah tahan sampai ujung tahun, tapi mama boleh jaminlah, kalau nak kata sampai pertengahan tahun insyallah, dapat bertahan.
Sebenarnya masih banyak yang perlu mama sedia, contoh macam Baju Kelas KAFA, Baju Sukan, Beg Sekolah dan lain - lain lagi keperluan. Mama ada buat senarai semaknya..senang nak rujuk. Kejap mama tunjuk rupa senarai tu ya..
ni contoh senarai semak yang mama buat. nanti mana - mana yang ada tu tick kan je.. |
oklah cukup setakat ni je dulu. nanti hari permulaan persekolahan insyaallah mama kongsikan gambar gelagat anak - anak ke sekolah. Terutama si bongsu mama NADA, taun ni dia baru masuk tadika.. entah macam mana lah gelagatnya nanti.. Harap - harap dia dapat sesuaikan diri nanti..
Jeng... jeng..jeng.. hehehehe..
Jeng... jeng..jeng.. hehehehe..
Alhamdudillah.. hari pertama je dia ni nangis - nangis.. hari - har seterusnya dah bersemangat penuh nak ke sekolah.. Belajar rajin - rajin k sayang..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan