Rasa - rasanya ramai yang suka menyanyi kan?? Mama pun minat menyanyi.. tak lah sedap sangat suara tu.. tapi oklah stakat ni tak de yang nak tutup telinga bila mama menyanyi.. hahaha...
Dulu (zaman remaja la sangat) mama selalu ikut pertandingan nyanyian. Sering kali jugaklah dapat nombor. Alhamdudillah.. hehehe.. Mama ingat lagi hadiah paling mahal yang mama dapat bila mama menang pertandingan tu mama dapat hadiah TV32 inci (bukan LCD tau.. yang jenis besar/tebal punya..)
Selain karaoke mama pernah jugaklah terlibat dalam kumpulan Nasyid. Dari sekolah rendah sampailah sebelum mama kahwin, mama memang aktif sangat. Pencapaian terbaik yang kumpulan mama pernah dapat ialah mendapat tempat ke 2 (2 kali ) Peringkat Negeri Sarawak. Seronok sangat waktu tu sebab itulah pengalaman mama pergi melawat ke tempat orang, walaupun masih dalam Negeri Sarawak. Tentang nama Kumpulan, yang mama ingat kalau masih sekolah rendah dulu namanya 'Wahdatul Islamiah' atau Islam yang satu.. Waktu sekolah menengah tak de ikut apa2 kumpulan Nasyid, tapi abis sekolah Nama kumpulan Nasyid tu Kumpulan 'Nur Ikhwan' atau maksudnya cahaya persaudaraan. Memang tak boleh lupa la kenangan tu..
Sekarang ni mama dah tak berapa nak aktif sangat lagi nak ikut aktiviti macam tu, maklumlah dulu lain, single lagi.. nak kemana - mana pun tak da halangan. Sekarang dah bekeluarga, bekorban je lah.. Tapi!! walaupun mama dah tak ikut aktiviti mcm tu lagi, mama masih lagi teruskan hobi mama iaitu menyanyi.. Tak susah pun.. guna Smule je.. hahaha.. asal ada internet, bolehlah skali sekala nyayi kat situ.. seronoklah jugak. Macam - macam genre lagu ada kat situ.. yang paling best bukan takat nyayi je tau, mengaji pun ada jugak.. tak caya cubalah download SMULE, free je (bukan VIP). Haa sapa nak joint akaun mama bolehlah Klik Di Sini tapi awal2 mama cakap, mama bukan VIP punya akaun ye. mama biasa joint jemputan nyanyi je.. hahaha.. jimat.. tak da bayar apa2 PUN..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan