Planetarium Sultan Iskandar, Kementerian Pendidikan, Sains dan
Penyelidikan Teknologi Sarawak akan mengadakan sesi cerapan umum sempena
fenomena gerhana Bulan penuh, Supermoon dan Blue Moon seperti berikut:
Tarikh: 31 Januari 2018 (Rabu)
Masa: 7.30 - 11.00 malam
Tempat: Tebingan Kuching (Berdekatan Jambatan Darul Hana)
Tarikh: 31 Januari 2018 (Rabu)
Masa: 7.30 - 11.00 malam
Tempat: Tebingan Kuching (Berdekatan Jambatan Darul Hana)
Fenomena ini dikenali sebagai Blue Moon disebabkan ia merupakan bulan penuh kedua terjadi dalam bulan Januari menurut kalendar Gregorian, dan bukannya Bulan bertukar warna menjadi Biru. Bulan penuh pertama berlaku pada 2 Januari yang lepas.
Pada malam itu, Bulan akan kelihatan berwarna kemerah-merahan disebabkan bayang-bayang Bumi jatuh ke atas permukaan Bulan.
Kali terakhir fenomena gerhana Bulan penuh, Supermoon dan Blue Moon ini berlaku serentak iaitu 152 tahun lalu pada tahun 1866.
Fenomena gerhana Bulan boleh disaksikan dengan menggunakan mata kasar pada 31 Januari 2018 bermula kira-kira jam 8.00 malam di sebelah timur Kuching, Sarawak. Gerhana bulan penuh akan berlaku pada kira-kira jam 9.00 malam dan berakhir pada kira-kira jam 11.00 malam.
Planetarium Sultan Iskandar akan mengadakan cerapan umum bertempat di Tebingan Kuching, bersebelahan dengan Jambatan Darul Hana. Cerapan Bulan penuh, Supermoon dan Blue Moon itu akan diadakan pada 31 Januari 2018, pada jam 7.30 hingga 11.00 malam. Orang ramai dijemput untuk hadir di sesi cerapan tersebut. Bagaimanapun, sesi cerapan adalah bergantung kepada keadaan cuaca
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pn Farhana Md Isa di talian 082-251275 atau melayari laman web berikut Klik di sini
Source: Kementerian Pembangunan Sosial
KAIFIAT (CARA) SOLAT GERHANA BULAN
Lafaz Solat Gerhana Bulan
Ertinya : "Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat kerana Allah Taala"
a) Rakaat Pertama
1. Takbiratul Ihram.
2. Membaca doa iftitah.
3. Membaca Ta`awudz. (تعاوز)
4. Membaca surah al-Fatihah.
5. Membaca mana-mana surah,yang terlebih afdhal surah Al Baqarah.
6. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 100 ayat.
7. Iktidal (AllahuAkbar)serta membaca surah al-Fatihah dan membaca Ali-Imran atau mana-mana surah.
8. Ruku' dengan membaca tasbih kira-kira membaca 90 ayat.
9. Iktidal.(Sami Allahuliman Hamidah)
10.Sujud dan membaca tasbih.
11.Duduk antara 2 sujud.
12.Sujud kembali.
13.Berdiri ke rakaat kedua.
B. Rakaat Kedua
1. Membaca surah al-Fatihah.
2. Membaca surah al-Nisa’ atau mana-mana surah.
3. Ruku’ dan membaca tasbih kira-kira membaca 70 ayat semasa ruku’.
4. Iktidal (AllahuAkbar) serta membaca surah al-Fatihah dan membaca surah Al-Maidah atau mana-mana surah. 5. Ruku dangan membaca tasbih kira-kira membaca 50 ayat.
6. Iktidal.(Sami Allahuliman Hamidah)
7. Sujud dan membaca tasbih.
8. Duduk antara 2 sujud.
9. Sujud kembali.
10.Membaca tasyahud akhir.
11.Memberi salam.

- Tiada iqamah tapi cukup sekadar ucapan : ( الصِّلاَةُ جَامِعَةً )
- Mana-mana surah hendaklan mengikut susunan surah dari Al-Quran
- Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika solat sunat gerhana matahari.
- Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan