HALAMAN UTAMA

Isnin, 29 Januari 2018

CUCUR IKAN LUMEK SIMPLE


Hmm.. petang - petang ni memang best kalau dapat makan kuih yang panas - panas bersama teh atau kopi.. teringat dengan salah satu jenis cucur yang memang sedap dimakan panas - panas macam ni. CUCUR IKAN LUMEK..  

Mama sendiri tak pasti Ikan Lumek dalam Bahasa Malaysia tu apa... Ni la gambar ikan tu..
 
Ikan lumek ni sejenis ikan bewarna putih dan sedikit kemerah - merahan, sangat lembut dan mudah hancur kalau terlebih masak, berahang besar, bergigi tajam, berbadan runcing dengan hujung ekornya bewarna hitam serta memiliki tulang lembut sama macam tulang ikan sardin dalam tin dan ada juga tulang - tulang lembut seakan - akan bulu. Ikan ni susah sikit nak disimpan, biasa kalau kita beli dipasar, kalau boleh ikan tersebut mesti dihabiskan dalam masa sehari @ 2 hari sahaja Elakkan menyimpan ikan lumek mentah ni dalam peti sejuk beku kerana rasanya akan berubah (rasa isi ikan nya sejuk je tak sama macam yang kita baru beli dari pasar). Kalau nak ikan ni cukup tahan disimpan lama, salaikan je.. sedap jugak tu. 

Ikan Lumek ni sedap dimasak dengan pelbagai resepi. Contohnya macam dibuat sup, salai, goreng tepung dan banyak lagi. Tapi kali ni mama nak share satu resepi berkaitan dengan ikan ni iaitu CUCUR LUMEK SIMPLE. Jum kita cek apa bahan - bahan dan cara membuatnya.

1 kg Ikan Lumik
2 biji cili merah (kalau nak lebih pedas, boleh guna cili api atau cili bunga @ geronong)
1 cawan tepung gandum
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit lada sulah (yang ni option, tapi kalau mama rasa cucur lebih sedap kalau kurangkan cili tapi lebihkan lada untuk rasa cucur yang berempah sikit) haaa...
Garam secukup rasa
1/2 sudu kecil serbuk perasa (ajinomoto)
minyak masak untuk menggoreng cucur (pastikan adunan goreng tenggelam semasa digoreng ya)
1/2 sudu kecil tepung kunyit
sedikit daun bawang yang telah dicincang halus

Cara membuatnya:

  1. Bersihkan ikan, buangkan kepala, ekor dan tulang tengah ikan dan diambil isinya. Hati - hati ketika membuang kepalanya kerana giginya yang cukup tajam boleh melukakan jari. Kisarkan isi ikan bersama cili, bawang merah dan bawang putih. 
  2. Setelah hancur, masukkan isi ikan tadi ke dalam mangkuk, gaulkan bersama lada sulah, garam, ajinomoto, tepung kunyit dan daun bawang. Biarkan selama 5 minit.
  3. Masuk tepung gandum kedalam adunan sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh.
  4. Panaskan minyak kedalam kuali, gulungkan secara bentuk bulat kecil dan goreng hingga kekuningan /masak.
  5. Boleh dihidangkan bersama sos cili.

3 ulasan:

Azhan.co berkata...

Macam sedap Azhan.co

Mama Vie berkata...

Boleh cuba. Sedap kalau makan panas2.. kalau sejuk lain sikit rasanya.

Unknown berkata...

Thank you untuk resepi ni👍🏻👍🏻🤤

Jadual Solat

Anda mungkin nak baca yang ni..