HALAMAN UTAMA

Sabtu, 13 Januari 2018

PERMULAAN TAHUN 2018 YANG AMAT MENCABAR

Salam pembaca blog mama, macam mana dengan suasana awal tahun 2018 ni.. ok ker??
Harap - harap semuanya berjalan lancar ya..

Bagi mama, awal tahun ni ada sedikit berbeza dari tahun - tahun sebelum ni. Antara pengalaman yang mama rasa sedikit mencabar ialah dari pengujung tahun 2017 sampailah semalam (12 Januari 2018), ada sahaja perkara yang menimpa ahli keluarga mama terutama berkaitan dengan kesihatan. Mula - mula penyakit 'Mata Merah'. seorang demi seorang ahli keluarga yang kena.. sampai sekarang ni anak saudara yang dok depan rumah pun berjangkit. Selepas tu penyakit asthma pulak, tapi yang kena cuma si bongsu. Lama kita 'menginap' di ward Hospital Mukah, sempatlah bermalam selama 4 hari di situ. Tersentuh betul rasa hati mama, bila tengok tangannya dicucuk jarum. selang 4 jam kena NAB, masa NAB tu, suntikan ubat perlu dimasukkan ke dalam badan, tapi bila tersumbat, terpaksa tebuk lubang baru. Satu lagi, mama kesian setiap kali ubat dimasukkan ke dalam badannya, anak mama mesti menangis sebab rasa gatal satu badan. Mungkin juga kesan daripada ubat yang disuntik tu. Tapi semalam, Alhamdudillah selepas beberapa hari terpaksa tahan sakit, sekarang disahkan sihat dan akhirnya anak mama dibenarkan pulang. 

😢😢😢
Malam ke-2 di ward. Amboi kaki dia ni.. sila panggung.. hahaha
Daripada apa yang doktor bagitau mama semasa anak mama ditahan di ward ari tu, pertama memang serangan asthma, kedua bila cek paru - paru ada sedikit jangkitan kat situ dan yang paling gerun mama dengar doktor kata, sel darah putih banyak dari sel darah merah. dalam kepala mama dah tertanya - tanya.. penyakit apa sel darah putih banyak tu.. cubalah search guna google banyak pulak versi bahasa Indonesia.. susah betul nak faham.. apa - apapun mama sangat berterima kasih atas sumbangan semua yang terlibat di ward kanak - kanak, Hospital Bahagian Mukah Termasuklah Doktor yang merawat anak saya sampai sihat. Alhamdudillah..  

Yang ni gambar Nada sehari sebelum keluar ward


Mama Vie

Tiada ulasan:

Jadual Solat

Anda mungkin nak baca yang ni..