HALAMAN UTAMA

Rabu, 31 Januari 2018

KACANG BATU


Bila Hari Raya, di rumah mama, kudapan ni memang wajib dihidang. antara juadah 'terlaris' tu.. hehehe..  Macam - macam nama gelaran lain untuk kudapan ni ada yang panggil Kacang Batu.. Kacang Gondol.. Kacang Botak.. hmm kalau di Indonesia pula Kacang Telur.. sedaaap sangat.. tapi nak buat nya punyalah susah sikit.. sikit lah.. mana taknya.. mula2 'goyang' kacang seberat 1 kg.. lama - lama makin berat bila dah sebati bersalut dengan lapisan telur & tepung (bersilang). Boleh lenguh tangan dengan pinggang. 

Ada yang nak cuba resepinya tak?? Ha ni resepi original yang mama dapat dari ibu mama sendiri.. sayang buku yang ibu guna nak tulis resepi tu, mama dah hilangkan 😔😔 kalau tak, boleh ambik gambar tulisan - tulisan tangan ibu dalam tu (80-90an).. hisshh cuai betul lah.. tapi nasib baik mama sempat copy resepinya.. Selamat mencuba


Bahan :.
1 kg kacang tanah
2 kg tepung gandum
2 ½ gelas gula halus
1/2 sudu makan garam
1 sudu makan serbuk penaik
3 sudu besar majerin
½ sudu serbuk perasa (ajinomoto)- yang ni option je.. nak bubuh boleh.. tak nak pun tak pe..
5 biji telur ayam (gred A kalau guna gred B tambah sebiji lagi telur)
2 sudu makan tepung jagung

Cara Membuatnya :.
Pukul telur, dan majerin dengan sehingga putih. Setelah itu, masukkan gula, garam, tepung jagung dan serbuk penaik. Ketepikan. Untuk memulakan membuat salutan pada kacang, terlebih dahulu tuangkan sedikit (anggaran 1 sudu besar) adunan tadi ke atas kacang ratakan dengan mengoncang di dalam bekas (yang muat utk 1-3 kg kacang sebab nanti kacang tu makin tebal dan berat). Setelah adunan tersebut sebati barulah dimasukan tepung sedikit demi sedikit. Ratakan dengan cara yang sama. Lakukan secara berselang seli sehingga habis.

Selasa, 30 Januari 2018

PANDAN LAYER CAKE





Kek ni bila tengok gambarnya memang terliur.. Rupanya yang cantik.. warnanya menarik mampu membuat kita cukup teringin nak merasa. Tak percaya?? cuba google namanya.. haaa tengok sendiri.. hehehe.. tu belum lagi bab rasanya.. memang sedap sangatlah.. mama suka makan kek yang baru dikeluar dari peti sejuk, rasa pudingnya memang pergghhhh.. tak tau nak cakap apalah.. memang sedap sangat.... bawah ni ada resepi mama kongsikan. Selamat mencuba.. Selamat mencuba ya...

Bahan-bahan:
150 gm tepung gandum - ayak 1 tsp baking powder- ayak 5 biji telur gred B 100 gm gula kastor 1 tsp ovallete 50 ml susu segar/ susu cair 1 tsp esen vanilla Perisa pandan dan pewarna hijau 50 ml minyak masak
Cara-cara:
  • Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk pengadun kecuali minyak masak.
  • Pukul dengan kelajuan maksimum selama 15 minit atau hingga adunan berkrim.
  • Masukkan minyak masak dan kaup balik dengan spatula hingga sebati
  • Gris dan alas loyang di dasar sahaja. Tuang adunan
  • Bakar pada suhu 170 C selama 30 minit dengan api atas dan bawah.
  • Setelah masak, sisipkan pisau atau spatula di tepi-tepi kek dan terbalikkan ke atas redai.
  • Biar sejuk
KASTAD PANDAN
Bahan-bahan: 1200 ml santan atau susu cair (Naz selalu guna santan kotak) 1 cawan gula kastor 10 gm serbuk agar-agar 100 gm tepung Hoen Kwe warna putih/ warna hijau Secubit garam Perisa pandan dan pewarna hijau (kalau dah guna tepung Hoen Kwe yang bewarna hijau, pewarna hijau ni tak perlu)
Cara-cara:

  • Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
  • Masak sambil mengacau-ngacau adunan hingga likat. Kacau guna whisk jer
  • Bila dah likat, tutup api. Jangan terlalu likat sangat sebab nanti susah nak layer pada kek.
  • ** Kalau guna santan, santan tu tak perlu likat sangat. Santan biasa jer

CARA MELAPIS KEK KASTAD
Sediakan loyang. Lapik dasar loyang dengan plastik. Kalau tak nak lapik pun boleh juga. (Saya tak lapik) Tuang sedikit kastad dan ratakan. Ambil sekeping kek dan letak di atas kastad tadi. Kemudian tuang sedikit kastad lagi dan ratakan. Untuk bahagian tepi-tepi kek, sekiranya rasa susah nak masukkan kastad, boleh guna pipping bag. Picitkan je kastad tu biar penuh di bahagian tepi-tepi kek. Buat hingga habis kesemua lapisan kek dan kastad digunakan dengan bahagian atas sekali adalah lapisan kastad Kemudian hentak-hentak manja sikit loyang tu biar padat kastad tu. Biar kastad sejuk dan keras.
 
Bila dah keras, tarik sikit kastad dari tepi-tepi loyang. Nanti nampak kastad akan meregang dari tepi-tepi loyang. Terbalikkan dan keluarkan loyang dari kek kastad. Hias ikut suka. Naz selalu sapu kek dengan fresh cream (yang telah kental) atau sapu dengan pipping gel dan taburkan kelapa parut kering Simpan beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum dihidang sebab kek ni memang sedap dimakan sejuk

Kredit kpd Seharum Kasturi

Kek Cheese Simple



 

Bahan2:
3 Biji telur
250g mentega
1 cup Gula
2 cup Tepung kek
1 sudu teh esen vanila
1/2 cup susu cair
6 keping slice cheese
cara membuatnya: 

Gula..susu cair & cheese dimasak hingga cair, kena kacau selalu tau..supaya tak bergentil2..(guna api perlahan je) kemudian ketepikan... Pukul mentega...telur..& esen vanila hingga kembang.. selepas itu masukkn adunan yang dimasak tadi..kacau sebati.. kemudian masukkan tepung kek sedikit sedikit..kacau rata2.. bahagikan adunan mengikut warna pilihan anda..(saya guna 3 sudu besar serbuk koko utk 1bahagian) sediakan loyang..yg telah dialas dgn baking papper & sedikit mentega... Tuangkan adunan tadi...kukus lah hingga masak ..dalam 45minit - 1jam

 Kredit to :  Asmardiana Abu Rairah - 2013

Jadual Solat

Anda mungkin nak baca yang ni..