HALAMAN UTAMA

Selasa, 23 April 2019

PESTA KAUL 2019


Pesta Kaul kembali lagi. Jom beramai - ramai berkunjung ke Pesta Kaul Mukah 2019


Sedutan jemputan ke Pesta Kaul Mukah 2019 daripada wakil kepada Jawatankuasa Tetep Kaul Asel (JkTeKA) Mukah 
 
# TEPAD
Salam sejahtera,
Menjunjung tradisi, menjulang budaya, menyanjung budi, mengenang jasa.
Bagi pihak Jawatankuasa Tetep Kaul Asel (JkTeKA), selaku pengelola acara warisan Kaul Seraheng Kakan Kuala Mukah 2019, adalah dengan ini diwara-warakan kepada seluruh warga Mukah bahawa upacara kaul adat, Kaul Seraheng Kakan akan diadakan pada hari Sabtu, 27 April 2019.
Ringkasan perincian upacara adalah seperti berikut :
0600 - 0630 : Semua bot dan orang ramai yang ingin menyertai bot rombongan pembawa dan pengiring Seraheng Kakan berkumpul di Jeti Kaul (Jeti En. Osman Kudat, Kampung Tellian Tengah)
0700 : Rombongan bertolak, menyusuri Sungai Tellian menuju ke Batang Mukah
: Penghakiman pertandingan bot berhias
0800 : Rombongan dijangka tiba di Tapak Kaul Seraheng Kakan
0830 : Penyempurnaan upacara tradisi oleh Bapak Kaul
0900 : Perjamuan Terbuka (Keman Kaul)
: persembahan tarian & mengalai
1000 : Upacara selesai
Sesuai dengan amanah atas nama kelangsungan warisan, kami tidak menjanjikan apa-apa kelainan seperti yang diharapkan oleh sebilangan pengunjung dalam Pesta Kaul Mukah yang berlangsung di Pantai Kala Dana dengan kugiran anekarama, ratu atas ratu, tari melangkau seni, busana melangkau pusaka, pameran saban tahun pinjam pinjaman, niaga jual beli dan sebagainya. Kaul Seraheng Kakan akan dijalankan mengikut lunas-lunas sandaran adat walaupun mungkin lebih merupakan sekadar simbolik lestari budaya warisan zaman.
Sehubungan itu, bagi pihak Ulou Kaul, Penghulu Lai Mayer Gabong, Kamedir Kaul Tua Kampung William bin Joseph Laju, Kamedir Kaul Tua Kampung Ipum Papaluv Kalasungai Misan, Bapak Kaul, Kamedir-Kamedir Kerja kaul dan seluruh warga Tellian dengan penuh takzim dan dengan penuh kerendahan hati menjemput dan mengalu-alukan semua adik kakak, warga Mukah, pengunjung dari luar Mukah, yang berpeluang dan berkesempatan untuk hadir bersama-sama memeriahkan upacara tersebut. Memandangkan upacara ini masih mengekalkan nilai-nilai tradisi, maka larangan- larangan berikut hendaklah dipatuhi :
1. Dilarang membawa makanan berdarah (daging), telur dan buah pisang.
2. Semua bot yang menyertai rombongan dilarang memintas bot utama pembawa Seraheng Kakan.
3. Tidak dibenarkan membawa, memakai, mengibar atau memaparkan sebarang simbol yang berunsurkan politik, baik pada bot, pakaian, bendera atau apa-apa yang berkaitan sepanjang upacara.
4. Tempoh pantang kaul berkuatkuasa sehingga terbenamnya matahari pada hari berkenaan, terutamanya kepada mereka yang terlibat secara langsung. Pematuhan kepada pantang ini adalah terserah kepada individu berkenaan dan pihak JkTeKA tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa implikasi yang mungkin timbul daripadanya.
Sehubungan itu, canang pengumuman dan pemakluman Kaul Seraheng Kakan akan dititirkan pada 25 April 2019 sepanjang Sungai Tellian dan mengelilingi Kampung Tellian. Suka diingatkan bahawa titir canang ini adalah titir beradat dan tidak boleh dipermain-mainkan dengan kuasa menjatuhkan hukuman bagi sebarang dakwaan berkaitan adalah di bawah bidang kuasa Tua Kampung menurut Undang-Undang Adat Kampung Tellian.
Undangan dan jemputan ini adalah atas dasar perpaduan dan pernyatuan warga Melanau khasnya dan warga Mukah amnya serta semua pengunjung tanpa mengira batas kaum, agama, fahaman politik dan sebarang perbezaan yang mungkin wujud. Pihak JkTeKA amat berharap agar hasrat murni yang menganjurkan keharmonian lewat perpaduan ini akan lebih dihargai, dihayati dan dimengerti. Berkongsilah rezeki sesama dalam konteks mengembalikan kepada alam apa yang telah diterima daripada alam, walaupun dalam kuantiti yang sangat sedikit.
Sebarang kekhilafan dan kelancangan dalam pemakluman ini adalah menjadi tanggungjawab saya secara peribadi dan tidak melibatkan pihak JkTeKA. Salam kemaafan walau sekecil zarah, selembut bayu, yang salah tetap kita mengaku, namun yang betul tiada kita gaduhkan.
Salam menjunjung tradisi, menjulang budaya.
Dikarang oleh saya ;
Eduine bin Kusai,
22/4/2019
0054hrs.

KEK JEJAK RASUL

Salam.. mama nak share resepi kek yang agak glamour di tahun 80-90an.. nama kek tu kek Jejak Rasul.. semacam je bunyi dia kan.. tapi sedap tau.. bahan - bahannya pun mudah diperolehi.. jom cuba resepi klasik ni..

gambar ihsan : Google

Bahan:

16oz Mentega (bahagikan kepada 2 bahagian)
10 biji telur ayam (asingkan kuning dengan putihnya)
1 1/2 gelas gula halus (Bahagikan kepada 2 bahagian)
1 botol kecil horlicks (lebih kurang 350gm - 400gm)
1 tin susu pekat
1 1/2 tin (tin susu pekat tadi) tepung gandum
2 sudu makan serbuk roti meri
1 botol pandan pasta

Caranya

Adunan kuning telur
- Pukul mentega sehingga sedikit ringan, kemudian masukkan kuning telur dan gula. Pukul hingga menjadi putih dan kembang. selepas itu masukkan horlicks. gaul hingga rata. Setelah sebati masukkan horlicks, roti meri dan pandan pasta. Gaul hingga rata.

Adunan putih telur
- Dalam mangkuk berasingan, pukul putih telur dan separuh lagi gula sehingga kembang, kemudian masukkan mentega, pukul lagi. Selepas itu masukkan susu pekat dan tepung gandum

Kukus kek lapis demi lapis dengan memulakan dengan adunan kunig telur sehingga habis.

Selamat mencuba..

KEK LAPIS GULA APONG - VERSI KUKUS

kalau sebelum ni mama share resepi  Kek Lapis Gula Apong - versi bakar kali ni mama nak share resepi Kek Lapis Gula Apong tapi versi kukus pulak. resepi asalnya daripada orang yang sama (Resepi Mama Kent).. murah rezeki awak sis. tak lokek share resepi dengan orang lain.

Gamber sumber dari Facebook

Bahan:

10 biji telur gred A @ AA
500 gm butter
1st esen vanilla
80gm serikaya
505gm susu pekat
250gm tepung gandum
150gm horlicks
50gm serbuk santan
150gm gula apong
pewarna kuning

Caranya :

Pukul butter dan esen vanilla sehingga putih. Selepas itu Masukkan telur satu persatu. Pukul sampai kembang. Selapas itu masukkan pula susu manis dan serikaya. gaul sebati. Setelah sebati, masukkan horlick, santan dan tepung gandum berselang seli. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian diwarnakan dengan warna kuning dan satu bahagian lagi dicampur dengan gula apong. Kukus selapis demi selapis sampai habis. dah siap..

Selamat mencuba..


KEK LAPIS GULA APONG - VERSI BAKAR

Resepi asal : Resepi Mama Kent
Gambar : Facebook


Salah satu kek yang mama boleh rekemen untuk Aidilfitri nanti.. Kek Lapis Gula Apong.. sedap sangat..

Bahan :
10 biji telur ayam grade B
450gm butter
2 1/2 cawan tepung hongkong / tepung gandum
1 cawan gula pasir (kurang pun boleh)
2 cawan horlicks1 cawan susu tepung Nespray
1 tin kecil susu manis
1 tin kecil serikaya
1 sudu ovallete
200gm gula apong (tak tau gula apong tu apa, haa kat bawah nanti mama terangkan k..)
pewarna warna hijau, warna asli & kuning

Cara membuatnya:
1. Pukul telur, gula & ovalette sampai putih
2. dalam tempat berasingan, pukul Serikaya, susu manis & butter sampai bertukar warna kepucatan.
3. Selepas itu, gabungkan kedua - dua bahan yang telah dipukul tadi. gaul hingga rata. Selepas itu masukkan horlick, susu nespray dan tepung selang seli. lepas tu barulah masukkan bahan utamanya iaitu gula apong. gaulkan sampai sebati. Bila dah sebati, bahagikan kepada 3 bahagian. 2 bahgian diwarna dengan warna kuning dan hijau, selebihnya tu biar warna asal. Bakar kek selapis demi selapis sampai masak.

Selamat mencuba

 Nota tambahan :
Petikan berkenaan GULA APUNG sila klik di sini

Resepi Bingka Tepung

Tak nak cerita banyak, meh mama kongsikan resepi bingka cukup ringkas, senang & yang pastnya sedappp...

Bahan
2 sudu besar majerin
2 biji telur ayam
2 cawan tepung gandum
1 cawan air daun pandan (kalau takda daun pandan, bancuhkan kira 1 sudu makan pandan pasta)
3 cawan santan
1 cawan gula
secubit garam

Cara :
Campurkan semua bahan dan pukul sehingga sebati (blend lagi senang, masuk kan sekali je...). Leaps tu bakar kan dengan suhu api kecil selama 45 minit (ni kalau guna oven biasa  yg tak de penyukat suhu tu..). Tapi jgn lupa panaskan oven sebelum bakar kek tau.. Selamat mencuba..


Rabu, 3 April 2019

SALAM ISRAK & MIKRAJ 1440H / 2019

Sumber : Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Peristiwa Israk dan Mikraj Muhammad terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian baginda, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 622 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dari Makkah ke Madinah. Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Khadijah binti Khuwailid meninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid ibn Harithah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah. Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam surah Al-Israa’ ayat 1 (Al-Quran:17:1). Surah An-Najm (al Quran:53:13-18) juga menceritakan peristiwa ini.

“Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Jerusalem), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” ( Al-Quran, Surah Al Israa’: 1)

Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Makkah sebelum terbit fajar. Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis di Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitulmuqaddis. Selepas peristiwa ini, semasa Nabi tinggal di Madinah, arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Barat masjid, buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti di Madinah, Madyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa, Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam, Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atau arak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.
Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu dengan Allah di Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya . Nabi juga 'dibedah' untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan ibu susunya Halimahtus Sa'adiah.
Nabi telah bertemu dan bercakap dengan Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa.
Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam takwim Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah bagi Muhammad yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Muhammad sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah kepada Muhammad.
Dalam perjalanan Isra' mahupun Mikraj seperti tercantum dalam buku 'Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53), Nabi Muhammad didampingi Malaikat Jibril dan Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut 'Buraq'.
Dalam masyarakat Islam, peristiwa ini tercatat dalam takwim Islam. Umat Islam akan sembahyang sunat. Ceramah khas selalu diadakan bagi mengenang peristiwa tersebut.

Pelbagai peristiwa dilihat

Beberapa peristiwa yang terjadi selama Isra' berlangsung memberikan hikmah dan pelajaran yang sangat mendalam bagi Muhammad serta menjadi cermin bagi umat yang menjadi pengikutnya.
  1. Nabi memperoleh pelajaran tentang keadaan masa lalu dan masa yang akan datang yakni saat Jibril menyuruh beliau melakukan solat di Kota Thaibah (Madinah) dimana kelak Nabi akan berhijrah ke kota ini, di Thur Saina (Bukit Thursina), tempat Allah berfirman kepada Nabi Musa, serta di Bethelehem, tempat lahirnya Nabi Isa putera Maryam (Mary).
  2. Jibril juga mengajar Nabi bagaimana menghadapi Ifrit dari golongan jin yang mengganggunya dengan memberinya sebuah doa yang harus dibaca Nabi.
  3. Mengambil hikmah dari perjuangan seorang Muslimah sejati Masyitah dalam berjihad mempertahankan keyakinannya akan keesaan Allah.
  4. Mendapat pelajaran bagaimana akibatnya bagi orang-orang yang enggan solat, enggan berzakat, pemakan riba dan suka berbuat zina. Pengganggu jalan umum, pemimpin yang suka menumpuk-numpuk jabatan dan suka menjelek-jelekan orang lain.
  5. Gambaran umat yang terjebaknya dalam kemewahan dunia, perumpamaan umur dunia yang sudah tua, tamsil bermacam-macam minuman yang boleh dan tidak boleh (haram) diminum umat Nabi serta adanya pengakuan para nabi akan keberadaan Muhammad sebagai pemimpin utama.
Dalam perjalanan Mikraj banyak pula hal yang dialami oleh Muhammad. Namun yang paling penting adalah baginda mendapat keringanan solat fardu dari 50 kali menjadi 5 kali sehari semalam, sebuah kewajiban yang harus dikerjakan umatnya sampai kelak akhir zaman.

Bantahan orang Quraisy

Sekembali dari Israk dan Mikraj, Nabi Muhamad telah diragui dan ditertawakan oleh masyarakat Quraisy terutama pemimpinnya Abu Jahal dan Abu Lahab. Bagi Abu Jahal, inilah bukti Nabi Muhamad seorang yang gila dan ahli sihir kerana mana mungkin pergi ke Palestin hanya semalaman dan menjelang subuh sudah sampai di Mekah semula. Abu Jahal mempersendakan Rasulullah di Hijir Ismail di hadapan komuniti Bani Kaab bin Luay.
Namun Abu Bakar adalah orang pertama yang percaya dengan cerita itu kerana baginya Muhamad adalah seorang al-Amin. Abu Bakar sentiasa membenarkan khabar langit yang Rasulullah bawa. Aisyah mencatatkan ada orang Islam yang murtad selepas peristiwa itu.
Setelah dicabar oleh Bani Kaab bin Luay, Nabi menceritakan keadaan Masjidil Aqsa hingga hampir keliru. Mujurlah saat itu Allah mendatangkan Masjid Aqsa dan diletakkan berdekatan rumah Uqail. Maka, mudahlah Nabi menceritakan masjid itu. Salah seorang dari mereka mengakui kebenaran gambaran itu kerana pernah pergi ke Masjidil Aqsa. 

Khilaf tentang tarikh Israk Mikraj
 Tarikh sebenar berlakunya peristiwa hebat itu masih lagi menjadi perselisihan di kalangan ulama.
Ada yang berpendapat ia berlaku sebelum menjadi Nabi. Ia merupakan pendapat yang janggal. Majoriti ulama berpendapat ia selepas menjadi Nabi. Ia diperkuatkan oleh banyak hadis yang sahih. Seterusnya mereka berbeza pendapat lagi tentang tahun kejadian selepas kebangkitan Nabi sebagai Nabi samada tahun ke 13, 12, 10 atau ke 8 Kenabian. Begitu juga bulan samada bulan Safar, Rabi`ul Awal, Rabi`ul Akhir, Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Syawal atau Zulhijjah.
  1. Menurut Ibn Sa`ad dan Nawawi serta Ibn Hazim ia berlaku setahun sebelum hijrah. Hijrah berlaku pada akhir Safar dan Awal Rabi`ul Awal. Ini bererti peristiwa ini berlaku pada bulan Safar atau Rabi`ul Awal.
  2. Menurut Ibn Jauzi, 8 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Rejab.
  3. Menurut Abu al-Rabi` bin Sali, 6 bulan sebelum Hijrah. Ia bererti pada bulan Ramadhan
  4. Menurut Ibrahim al-Harbi, dan ditarjihkan oleh Ibn al-Munir dalam Syrah al-Sirah oleh Ibn `Abd al-Barr, ia berlaku 11 bulan sebelum hijrah iaitu pada bulan Rabi`ul Akhir
  5. Menurut Ibn `Abd al-Barr, Ia berlaku 13 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Safar.
  6. Menurut Ibn Faris, ia berlaku 15 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Zulhijjah.
  7. Menurut al-Sudiy sebagaimana diriwayatkan oleh Tabari dan Baihaqi dan di pegang oleh al-Waqidi, 17 bulan sebelum Hijrah. Ia bererti ia berlaku pada bulan Syawal
  8. Menurut Ibn Qutaibah dan dihikayatkan oleh Ibn `Abd al-Barr serta disebut oleh Ibn Sa`ad daripada Ibn Abi Sirah, ia berlaku 18 bulan sebelum hijrah iaitu pada bulan Ramadhan
  9. Menurut riwayat Ibn `Abd al-Barr dan dipegang oleh Nawawi dalam al-Raudah, ia berlaku pada bulan Rejab
  10. Menurut riwayat Ibn al-Athir, ia berlaku 3 tahun sebelum hijrah.
  11. Menurut riwayat `Iyad dan dituruti oleh Qurtubi dan Nawawi daripada al-Zuhri, ia berlaku 5 tahun sebelum hijrah. `Iyad berhujah bahawa tiada perselisihan lagi bahawa Khadijah pernah solat bersama baginda saw selepas kefarduan Solat diturunkan. Juga tiada yang berselisih bahawa Khadjah wafat sebelum hijrah samada 3 tahun atau 5 tahun sebelum hijrah. Tiada perselisihan juga bahawa kefarduan solat berlaku pada malam Isra’. Namun, hujahnya boleh diteliti kembali kerana menurut al-`Askari Khadijah wafat 7 tahun sebelum hijrah. Ada pendapat menyatakan 4 tahun sebelum hijrah. Ibn al-A`rabi menyatakan beliau wafat tahun berlakunya hijrah.
p.s : Semoga ilmu yang di paparkan ini dapat memberi manfaat buat kita semua.. Salam Israk & Mikraj 1440H / 2019
Mama Vie

Jadual Solat

Anda mungkin nak baca yang ni..