HALAMAN UTAMA

Selasa, 23 April 2019

KEK JEJAK RASUL

Salam.. mama nak share resepi kek yang agak glamour di tahun 80-90an.. nama kek tu kek Jejak Rasul.. semacam je bunyi dia kan.. tapi sedap tau.. bahan - bahannya pun mudah diperolehi.. jom cuba resepi klasik ni..

gambar ihsan : Google

Bahan:

16oz Mentega (bahagikan kepada 2 bahagian)
10 biji telur ayam (asingkan kuning dengan putihnya)
1 1/2 gelas gula halus (Bahagikan kepada 2 bahagian)
1 botol kecil horlicks (lebih kurang 350gm - 400gm)
1 tin susu pekat
1 1/2 tin (tin susu pekat tadi) tepung gandum
2 sudu makan serbuk roti meri
1 botol pandan pasta

Caranya

Adunan kuning telur
- Pukul mentega sehingga sedikit ringan, kemudian masukkan kuning telur dan gula. Pukul hingga menjadi putih dan kembang. selepas itu masukkan horlicks. gaul hingga rata. Setelah sebati masukkan horlicks, roti meri dan pandan pasta. Gaul hingga rata.

Adunan putih telur
- Dalam mangkuk berasingan, pukul putih telur dan separuh lagi gula sehingga kembang, kemudian masukkan mentega, pukul lagi. Selepas itu masukkan susu pekat dan tepung gandum

Kukus kek lapis demi lapis dengan memulakan dengan adunan kunig telur sehingga habis.

Selamat mencuba..

2 ulasan:

mumtaz berkata...

Salam kak. Kukus kek berapa jam?

Mama Vie berkata...

Waalaikumsalam. Masa untuk kek masak ialah dalam masa 40minit - 1 jam bergantung kepada cara pengukusan. tapi kalau tak berapa nak yakin jugak.. boleh guna petua gunakan lidi (kalau kek dah masak kek tak melekat pada lidi) atau dengan memerhati pada bahagian tepi kek. sekiranya kek tidak melekat pada loyang maksudnya kek tu dah pun masak sempurna.

Jadual Solat

Anda mungkin nak baca yang ni..