HALAMAN UTAMA

Rabu, 1 November 2017

Buah - Buahan Unik di Sarawak

Salam. Nak cerita sikitlah.. tadi waktu mama Google resepi kek kukus, mama terpandanglah buah - buahan eksotik bermusim di Sarawak.. aduh sedapnya.. macam - macam buah yang ada.. sekejap mama nak share kat korang semua k.. Mungkin buah yang mama tunjukkan nanti anda kenal , ada di tempat / negeri anda masing dan namanya tak sama mcm yang mama sebutkan. Mama sebut dalam bahasa Melanau Belawai, Iban dan Melayu Sarawak.. kalau ada yang tak sama, share2 kan di bahagian ulasan bawah tu ya..

Gambar sumber : Google
Buah Serait/ Butit
Macam buah laici kan? Tapi bentuknya lonjong sikit. Dulu buah ni  kategori buah hutan. Sekarang dah ada yang tanam dah.. Dulu masa sekolah, bila hari minggu mama dan kawan - kawan mama keluar asrama (escape dari asrama hahaha.. jgn ditiru tau.. bahaya) semata - mata nak ambik buah ni.. seronok sangat bila dapat buah ni.. Rasanya ada yang manis kadang - kadang ada sedikit masam. Rasanya juga seakan buah rambutan. Tapi awas, bijinya jangan ditelan. Nanti kena sembelit.. sengsara nak lepas ooo... 😖

Buah Uchung
Dah lama mama tak rasa buah ni. Kalau area Sarikei, Sarawak buah ni memang banyak. Isi buahnya bewarna putih dan rasanya sedikit masam.

Buah Dabai


Yang ni rasa - rasanya ramai yang dah tahu nama dan rasanya kan. sekarang buah ni bukan sekadar direndam air panas sahaja, malah ada yang cuba kembangkan lagi dengan mengeluar produk - produk berasaskan buah ni. Contohnya macam ais krim, acar, ramuan untuk Nasi Goreng Dabai dan banyak lagi..Rasanya yang berlemak dan kadang - kadang sedikit masam. Biji Buah dabai jangan dibuang dulu. Bersihkan kemudian jemur sehingga kering. Cara nak buka kulit biji ni, guna lesung batu.. jgn kuat sangat hentakan tu, cukup sampai kulitnya terbuka. Bahagian dalam nya nanti ada nampak isi lembut seperti kekacang yang boleh dimakan begitu sahaja.

Buah Engkala / Tebulus / Tebuluih

Bila Dabai dah ada, biasa buah ni pun ada.. Bewarna Hijau kalau masih belum masak. Buah ni cara makannya rendamkan ke dalam air panas suam tapi ada juga yang tak suka rendamkan. Makan begiru sahaja kunun nak bagi kekal rasa rangup. Ada jugak yang suka rendam separuh masak dan ada yang suka rendam sampai buah jadi warna putih. Rasanya yang lembut dan berlemak. Biasa mama makan buah ni dengan cecah sedikit garam atau kicap masin bercampur gula. Makan dengan sagu pu sedap.. waaa... sedapnya..

Buah Pakan / Isu
Kata ibu mama, kalau musim durian nak abis, buah ni akan masak. Rasanya manis, ada yang tak da rasa tawar mcm durian isi merah tu. Buah ni bezanya dengan durian biasa, isinya nipis sedikit, agak keras berbanding durian biasa dan baunya tak berapa kuat. Tapi sedap laj jugak..

Asam Kelubi / Asam Payak
Buah ni rasanya masam sangat, isinya bewarna sedikit kemerahan, ada biji (sedikit berbulu) di tengah. Buah ni boleh dibuat acar, digunakan dalam masakan seperti asam pedas, campuran tom yum dan, disalai atau di buat jeruk nak buat ala - ala kerabu pun boleh.

Buah Alung / Kundung / Asam Kumbang
Rasanya masam - masam manis (tapi lebih kepada masam), Kulitnya jangan dibuang. Keringkan, nanti boleh digunakan dalam masakan (sama fungsi dengan asam keping)

Terung Asam / Terung Dayak
Buah ni sedap rasanya kalau di masak tumis dengan salai ikan. Pernah mama dengar buah ni dibuat aiskrim.. hmmm macam manalah rasanya ya.. mesti sedap. Buah ni tak bermusim. Selalu terjumpa di pasar - pasar sayur. Rasanya masam dan berkulit nipis dan ada biji halus di dalam nya. Sekarang ni mama tengok terung ni dah ada di Semenanjung. Mama tengok pun dari group jualbeli benih (facebook) ramai dah yang cuba tanah buah ni, memang ada yang menjadi.

Buah Pedada

Mama rasa mungkin ramai yang tahu buah apa ni. Sedap di makan bersama sambal belacan, kicap + belacan ataupun dicicah dengan garam.. terpulang dengan selera masing - masing.. Rasa nya masam - masam kelat , isinya sedikt keras dan biji di tengahnya agak keras (kalau yang ada apendix di saran jangan makan bijinya)

Jambu Bol / Gupa

Mama tak pastilah jambu ni ada atau tidak di negeri lain. Rasa nya kalau masih putih macam atas tu ada masam - masam sikitlah.. kalau dahmerah sepenuhnya baru ada sikit rasa manis. Sedap di makan bersama sambal belacan, kicap masin, serbuk asam boi, acar limau dan lain lain lagi. terpulanglah dengan selera masing - masing. 

Buah Embang/ Bambangan / Pangin
Dulu masa kecil buah ni biasanya di temui di persisir sungai. Rasanya masam manis.. sedikit berbulu.. baunya kuat dan isi nya berair sikit kalau dah cukup masak. Pernah dengan kulitnya boleh dibuat sayur.. Mama tak pernah rasalah.. kalau isi tu biasalah.. hehehe.. buah ni kalau nak buat acar simple, caranya buang kulitnya dahulu selepas tu potong isinya lepas tu masukkan gula.. nak rasa pedas sikit tambah cili, biarkan buah berair sedikit.. dah siap..hehehe


Oklah cukup setakat tu perkongsian mama mengenai buah - buahan unik di Sarawak. Kalau masih ada buah yang mama tak share di sini bolehlah kongsikan di bahagian Ulasan bawah ya..



3 ulasan:

Az berkata...

Athirah: kena cuba popularkan buah ni.. eksport ke?

Mama Vie berkata...

Ada yg di eksport.. ada yg dijual dipasaran tempatan..nak rasa buah2an yg mcm dlm artikel tu.. jom ke Sarawak.. terutama bila tiba musim buah.. mcm2 ada.. 🥰

Unknown berkata...

Buah kundung Tu kalau Melanau Mukah dia panggil buak badiew

Jadual Solat

Anda mungkin nak baca yang ni..