HALAMAN UTAMA

Isnin, 20 November 2017

Alahai Si Kaki Kipas!!!

Salam geng-geng mama semua.. kali ni mama nak kongsikan sejenis penyakit yang makin menular dikalangan kita tak kira di mana kita berada.. pasal Kaki Kipas atau lebih dikenali dengan gelaran Kaki Bodek.. Kaki Jilat.. Kaki ampu.. macam - macam lagi lah.. 


Ditempat kita bekerja misalnya.. mesti ada yang berperangai macam ni.. Seronok sangat agaknya bila dapat kipas-kipas bos ni.. hmmm... tak dinafikan di tempat mama bekerja memang ada spisis macam ni.. dah lama dah spisis ni wujud di tempat mama bekerja.. cuma, dalam tahun ni lebih pulak ekstrim nyer.. sampai ke satu tahap ada staf/pegawai di transfer ke pejabat lain.. yang tengah tunggu nak hari nak bersalin pun nak ditransfer jugak.. kau rase??? kesian mak buyung di suruh berpindah saat tunggu hari je lagi nak bersalin. Dah lah ditempat baru dialah bakal ketua pejabat di situ.. 😞😞 mama sendiri sebelum ni pun pernah di ugut, bak kata hamba Allah tu.. "Lepas ni kalau ada sapa- sapa yang tak nak ikut arahan, bersedialah nak dipindahkan.. saya ada kabel tau..." senang betul kerja mcm ni kan.. suruh orang lain buat dan bertanggungjawab sepenuhnya lepas tu ugut - ugut orang kunun - kunun kalau ingkar ada lah melapetaka yang kita dapat nanti.. huhhh..

Apa - apapun mama akui arahan atasan tetap perlu diikuti.. itu pun selagi arahan nya tidak keterlaluan sehingga menyusahkan diri.. ini lah nasib pekerja makan gaji.. nak tak nak kena ikut. semoga semuanya dipermudahkan amin..

Berbalik kepada tajuk entri kita berkenaan ALAHAI SI KAKI KIPAS!!!

Pernah tak korang perati macam mana perangai si Kaki Kipas ni. Sebagai contoh perangai kaki kipas yang kita biasa dengar :

1. Biasanya Kaki Kipas ni rapat - rapat serta rajin jumpa bos.. bos tak panggil masuk bilik pun di redah je.. apa yang dia buat kat dalam bilik tu pun tak tau lah (macam dia sorang je yang buat kerja..) Bila waktu kita pulak nak jumpa bos, dia mesti ada dalam bilit tu jugak sebab dia nak dengar  apa yang kita cakap (macam tau - tau pulak kalau kita ada nak cerita/laporkan sesuatu yang penting kat bos). Bab menyampuk tak payah cakaplah..

2. Si Kaki Kipas ni jugak selalu mengiakan apa sahaja yang cakap orang atasan tanpa peduli samaada perkara itu betul atau tidak. Sikit - sikit yes bos.. ok bos.. betul bos... tu yang buat bos ni suka sangat kat dia ni.

3. Manusia parasit ni kalau depan bos.. alamak eh.. pijak semut pun, semut tu tak mati-mati. bolehlah dikatakan orang nya sangat baik, disiplin tinggi, boleh di harap, pandai dalam semua tugas yang diberikan, rajin le sangat.. Bila bos tak ade, haa disitulah timbul perangai buruknya tu. mentang - mentanglah dia kesayangan bos, semua yang dia cakap semua bos percaya. Sebab tu tak de yang berani nak lapor dengan bos pasal dia. Tak de nye bos nak caya..  Yang paling tak bagusnya manusia yang ada perangai ini sanggup memburuk - burukkan rakan sekerja yang lain semata - mata untuk kepentingan dirinya sendiri. bahaya tau.. silap - silap penilaian prestasi tahunan korang JAHANAM dibuatnya..

4. Si Kaki Ampu ni suka ceritakan masalah di pejabat, perihal staf dan lain - lain rahsia  kepada bos. silap - silap ada 'nasi tambah' lagi. jadi nak elak 'nasi tambah' yang macam ni menjadi - jadi eloklah kalau ada cerita - cerita yang agak rahsia yang tak perlu dia tahu tu, tak payahlah diceritakan kepadanya.. bahaya!

Banyak lagi sebenarnya perangai si Kaki Kipas ni yang buat kita jadi meluat, benci, marah, tidak puas hati dan paling teruk rasa TERANIAYA.. Orang yang sepatutnya berhak jadi terlepas peluang. aduh bahaya betul parasit ni..

Bagaimana nak mengatasi/ berhadapan dengan Si Kaki Ampu ini? Mama sendiri pun taklah pasti sangat bagaimana caranya, namun setelah mama baca entri blog yang cerita perkara yang sama, dan mama tanya pendapat dari orang - orang terdekat mama adalah nak share, antara cara - cara yang boleh diikut ialah;

1. Jangan terlalu percayakan si Kaki Kipas ni. - Macam yang mama cerita atas tadi, kalau ada cerita - cerita tak kiralah peribadi kita ke atau hal - hal dalam pejabat /tempat kerja jangan sesekali ceritakan kepadanya. Kalau dia tanya, jawab tak tak tau je. Bukan apa, silap - silap benda tu semuanya diceritakan kepada bos. Kalau cerita betul tak pe la. kalau tak betul macam mana? 😑

2. Berdiam diri - Contoh kalaulah si Kaki Ampu tu datang ke kita, dia cuba ceritakan berkenaan perangai buruk bos (kunun - kunun dia pun naik bosan dengan bos lah. ) ataupun dia cerita tentang member satu pejabat dengan kita. baik kita yang disuruh dengar cerita dia ni diamkan je.. tak payah bagi apa - apa respon kat dia.. Nanti - tak pasal - pasal apa yang kita respon/ komen tu nanti di lapor balik kat bos.. haa sapa yang susah nanti.. kita jugak.. dia senang hati lah... sebab dah berjaya tipu kita..

3. Buat diari (senarai tugas harian) - yang ni sesuai sikit kalau yang kerja - kerja di pejabat. Biasa kaki ampu tertutama berpangkat tinggi ni, suka sangat beri arahan yang general kepada sesiapa sahaja yang dia mahukan sedangkan tugas tersebut sepatutnya tugas yang telah diarahkan oleh ketua untuk beliau sendiri selesaikan. di sinilah kita perlukan sebuah diari / buku nota untuk dijadikan 'perisai' buat kita sendiri sekiranya tugasan kita dipertikaikan nanti. Rajin - rajinlah tuliskan senarai tugas yang diberikan. Jangan lupa dalam senarai itu nanti nyatakan isi arahan yang dikeluarkan, nama pegawai yang beri arahan, tarikh, jam dan yang paling penting saksi rakan sekerja yang tahu bahawa anda telah diberikan oleh arahan tersebut daripada pegawai berkenaan. mama dapat tahu cara ni daripada suami mama sendiri. Suami mama ni kerja sebagai "Penguatkuasa" ke mana - mana sahaja, mesti ada bawa buku kecil untuk tuliskan apa - apa arahan pegawai atau infomasi yang diterimanya. Suami mama kata, kalau boleh, apa - apa arahan tugas perlu di simpan dalam diari, apa yang ditulis biarlah ringkas tapi padat dengan isinya. Diari atau buku nota ini sangat penting untuk dijadikan panduan atau rujukan sekiranya ada apa - apa yang berlaku selepas kita menerima arahan bertugas (Our Self Defense). Lebih elok kalau setiap arahan yang diterima, ditandatangi oleh pegawai yang memberi arahan. Diari ni kadang - kadang boleh di jadikan bukti di mahkamah sekiranya perlu. Sebab tu lah mama cuba nak praktikkan cara ni.

Korang rasalah.. manusia jenis ni kan... masuk tak kalau kita bagi dia nasihat?? Buat sakitnya tuh di sini je... hehehe.. 






Tiada ulasan:

Jadual Solat

Anda mungkin nak baca yang ni..