HALAMAN UTAMA

Rabu, 29 November 2017

Jambatan Darul Hana, Kuching

Pada 22 November yang lalu , mama temankan suami mama rawatan susulan di Hospital Umum Sarawak, Kuching. Lepas habis sesi rawatan, rakan sekerja suami mama bawak jalan - jalan. Mama ni memang biasa pegi Kuching, tapi atas dasar kerja je, jadi memang tak berkesempatan nak jalan - jalan melihat tempat - tempat menarik di Kuching.

Pemandangan Bandaraya Kuching dari Bangunan DBKU
Antara tempat - tempat menarik yang sempat mama lawati ialah di Pantai Damai, Kg. Telaga Air dan banyak lagi destinasi lain yang menarik. Tapi apa yang buat hati saya sedikit tersentuh, semasa dalam perjalanan ke Pantai Damai, mama sempat melihat rumah Idola kesayangan mama Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.. sayu nya rasa hati walaupun melihat rumahnya dari jauh je... Al- Fatihah buatmu Ayahanda.. Amin...


Berbalik kepada lawatan ke tempat yang menarik, salah satu tarikan pelancong yang terkini di Sarawak ialah Jambatan Darul Hana atau Golden Bridge. Sebelum ni mama hanya lihat melalui FB kirimn kawan - kawan. Hari tu mama rasai sendiri macam mana naik jambatan tu.. Sebelum melalui jambatan tu, adalah signboard bagitau berkenaan peraturan semasa melalui jambatan ni. Antaranya.. kenderaan seperti motosikal tidak dibenarkan, kalau yang berbasikal pun perlu sorong.. bukan naik atas basikal tu semasa naik jambatan ni, tak boleh ada aktiviti perniagaan.. hmm itu je lah  yang mama ingat.. masa Naik jambatan tu kan.. bila hampir sampai ke bahagian tengah, memang terasalah jambatan tu bergoyang - goyang.. mungkin macam tu lah rasa naik titi panjang kut.. ada goyang - goyang.. 


walaupun dah ada jambatan, perahu tambang tetap menjadi pilihan para pengunjung.
Sekali imbas rupanya macam burung kenyalang
Babah tengok apa tu??

nak pa ndak di pikir ktk babah.. terkenangkan anak- anak ke?. x da hal lah babah lain kali mun ada rezeki kita mbak dak nya semua cuti di cnun k.. doa - doakan lah bang..



Bangunan DUN Baharu
 Juh.. Ke Kuching kita...

Tiada ulasan:

Jadual Solat

Anda mungkin nak baca yang ni..