|
Sebuah beg berisi telekung dan sebuah diari sebagai pembantu dalam mengingatkan beberapa hal penting ku letakkan di atas meja. Suis komputer dihidupkan, dan aku mula mencapai kunci kabinet di sebelah kiri mejaku. Lantas kucapai beg duitku dan dimasukkan ke dalam laci kabinet tersebut.
Keletihan memandu dalam keadaan jalan yang agak sesak sebentar tadi menyebabkan aku segera duduk dan mencapai beberapa peralatan menulis di atas meja. Komputer yang sudah terpasang juga menarik minatku untuk memeriksa email-email di awal pagi ini. Malah, selalunya pasti ada email dari sahabat-sahabatku yang sering bertanyakan khabar.
"Assalamualaikum....Diam aje...tak ada cerita apa-apa ke hari ni? Nak ke kantin?", aku sedikit terkejut apabila tiba-tiba sahaja ditegur oleh seorang kakak kerani di pejabatku. Cepat-cepat aku tersenyum dan segera menarik laci kabinetku, mengambil beg duitku dan mengekori Kak Zie yang sudah ku anggap seperti ibu sendiri.
"Waalaikumussalam....Boleh juga....rasa lapar pulak. Agaknya semalam terlupa nak makan malam agaknya....", dan Kak Zie hanya menggeleng - gelengkan kepalanya mendengar kata-kataku. Mujur bebelnya tidak panjang hari ini. Kalau selalu, pasti aku ditempelak kerana selalu terlupa untuk makan, sesuatu yang agak pelik untuk difikirkan. Maklumlah, dalam tak makan itu, aku masih mampu untuk melakukan kerja-kerja seharian dengan agak pantas.
Setelah selesai bersarapan dua ketul kuih dan segelas air teh suam, aku segera bergerak ke mejaku. Pelbagai laporan tentang projek dan beberapa kes yang perlu diselesaikan dengan secepat mungkin. Pemikiranku cuma terpusat untuk menghabiskan tugas-tugas dan bebanan kerja itu secepat yang mungkin. Pasti saja Encik Muzaffar akan menempelakku lagi kalau kerja-kerja itu terlewat dari waktu yang ditetapkan. Cukuplah aku ditempelaknya dua minggu lepas, di hadapan beberapa orang pelanggan pula. Masih terbayang di fikiranku kejadian itu...
"Macam mana awak buat kerja ni agaknya. Banyak item penting yang tertinggal. Diorang tak nak awak paparkan perkara-perkara yang ni kat depan....ada yang lebih penting lagi yang boleh diletakkan di sini....bermimpi di siang hari ke awak ni, Nadratul Hidayah?", dan aku hanya mampu mendiamkan diri sahaja. Tambahan pula, dua orang lelaki berkot di hadapanku sudah mula menyungkingkan senyum-senyum nakal mereka. Aku tahu aku yang tersilap dalam mengira peri pentingnya beberapa perkara yang perlu dipaparkan dalam kertas kerja itu, tapi takkanlah aku hanya perlu berdiam diri sahaja tanpa membela diriku.
"Encik Muzaffar..saya rasa that item memang patut diletakkan di situ. Keupayaan dan kepentingan projek ni mestilah diletak di bahagian yang mula-mula dibaca oleh pihak-pihak lain. Kalau diletakkan di belakang, siapa pula yang nak mengambil masa menyelak-nyelak helaian lain?", dan lelaki berkot hitam bertali leher hijau kebiruan mula melebarkan senyumnya mendengar kata-kataku. Aku agak tercabar dengan senyuman itu, namun cepat-cepat ku sabarkan rasa hati. Kalau tidak, sindiranku pasti akan mengena batang hidungnya agaknya.
"Muzaffar, aku rasa better aku semak dulu paper work ni...kalau ada apa-apa yang tersilap nanti, aku terus refer pada Cik Nadratul Hidayah ni......", tiba-tiba sahaja lelaki itu bersuara menjernihkan suasana keruh itu. Aku segera menarik nafas sedikit lega. Lebih lama aku duduk berhadapan dengan mereka semua, makin terbakar rasa hati ni mendengar bebelan Encik Muzaffar. Secepat itu juga, aku segera bangun untuk beredar dari situ. Nanti, apa pula ayat lain yang perlu aku dengar dari mulut mereka agaknya.
"Errr...cik Hidayah...boleh saya jumpa awak sebentar?"
Aku cepat-cepat menoleh. Lelaki berkot itu....mana pula rakannya yang seorang lagi agaknya, getus hatiku pantas. Bibirnya sedikit tersenyum walau air mukanya menunjukkan dia agak serius semasa mengatur ayat. Aku hanya menganggukkan kepala dan menyuruhnya mengikutku ke bilikku yang terletak selang dua bilik dari bilik Encik Muzaffar.
"Sila duduk...", ujarku sedikit tegas. Aku sedikit tidak gemar dengan perilakunya sebentar tadi dengan senyum sinisnya dan menyebabkan aku seolah-olah tidak mahu memberikan peluang kepadanya untuk berbicara atau berurusan denganku. Namun, tuntutan tugas membuatkan aku terpaksa juga memberikan peluang kepada lelaki ini.
"Saya..Muhamad Aqil Khaizan dari Shahir Holdings Sdn.Bhd.....", dan dia menghulurkan tangannya untuk bersalaman denganku. Aku hanya tersenyum melihat tindakannya. Sedikit pun tidak membalas huluran tangannya.
"Maaf la Encik Khaizan, saya tak biasa bersentuhan dengan yang bukan muhrim ni..kita kan orang Islam....", demi Allah, tidak terniat untuk aku mengeluarkan ayat sebegitu, namun ianya lahir secara spontan. Tidak pernah aku menunjukkan sikap begitu. Kalaulah Umi tahu, tentu habis dileternya aku dengan pelbagai kata nasihat supaya beralas dalam percakapan.
Aku cuma melihat wajah itu merona merah. Selebihnya, dia segera menarik tangannya semula dan segera mengeluarkan beberapa kertas dan buku catatannya dan diletakkan di hadapanku. Perbincangan bersamanya diteruskan jua walaupun dalam suasana yang agak hambar. Aku sedikit kesal, namun keputusan perbincangan dalam suasana sebegitu masih menjanjikan hasil yang positif. Kata sepakat antara aku dan dia memberikan aku peluang untuk menerima pujian yang agak muluk juga dari Encik Muzaffar. Namun, perang dingin itu masih jua begitu. Tiada kemesraan langsung dalam perhubungan yang baru bermula itu.
"Eh...panjangnya termenung. Ingat pada sapa ni...?", aku terkejut tiba-tiba. Rupa-rupanya Najihah, pembantu merangkap setiausaha Encik Muzaffar sedang berdiri di hadapan mejaku. Sedikit pun aku tak sedar bila dia masuk ke bilikku. Dia menghulurkan sebuah fail projek kepadaku. Ku tilik tajuk di atasnya. Nampak saja nama syarikat itu, aku sudah mula menjuihkan bibirku.
"Ini lagi ke? Bukan ke hari tu dah di settle kan? ", nama Shahir Holdings itu seolah-olah menjemukan aku. Bukankah kes yang lepas telah diselesaikan. Rasa-rasanya, sudah tiada apa-apa urusan dengan syarikat itu lagi. Aku seolah-olah sudah muak untuk menguruskan hal pelanggan yang satu ini.
"Itu saya tak tau. Encik Muzaffar cuma minta saya serahkan fail ni pada cik Nadratul dan minta cik Nadratul menghubungi number ni......", nombor yang tertera di atas kertas itu kubelek dengan separuh hati. Kalau syarikat lain, mungkin aku masih boleh tersenyum, tapi bukan yang satu ini. Lainlah kalau anak muda berambut lurus, berkulit cerah itu sudah tidak bekerja di situ lagi. Aku tidak mahu perang dingin itu mencabar kesabaranku yang selama ini tidak pernah tergugat, terlebih lagi dalam melakukan tugas-tugas rasmi seperti ini.
Namun, cepat-cepat aku tersedar. Sampai bila aku harus diselubungi rasa bersalah kerana tidak senang dengan kehadirannya. Setiap tugas perlu dijalankan dengan sempurna. Takkanlah mahu menjatuhkan kredibilitku hanya semata-mata kerana lelaki itu. Lagipun, mungkin aku tidak perlu berurusan dengannya untuk projek yang ini, dan hatiku sedikit mengharap dan berdoa sewaktu mendail nombor telefon yang diberikan kepadaku seketika tadi.
"Hello..."
"Shahir Holdings...boleh saya bantu?", terdengar suara lelaki di hujung talian tersebut. Nampaknya seperti bukan suara `musuh' tak rasmi ku itu. Aku sedikit lega. "Saya...Nadratul Hidayah dari Utama Berkat. Saya diminta untuk berurusan tentang projek kedua kami, tentang pemecahan laluan utama ke blok atas bangunan Shahir Holdings yang sedang dibina tu....". Aku terasa seperti mendengar keluhan dalam denyut nafas lelaki di talian itu, tapi cepat-cepat kubuang perasaan tidak selesa itu jauh-jauh.
"I busy sekarang ni. Macam mana kalau kita discuss time lunch nanti. Kita jumpa pukul 12.30 di Restoran Selera Kampung bersebelahan ofis you." Aku hanya menganggukkan kepala seolah-olah insan di hujung talian itu berada di hadapanku. Sedar tak sedar, gagang telefon itu kuletakkan lambat-lambat. Macam mana agaknya aku hendak mengenalinya, sedangkan sedikit pun dia tidak memberitahu namanya. Hatiku tertanya-tanya sendiri, dan sepanjang hari itu, aku cuma mengira-ngira waktu makan tengahari. Tambahan pula, bebanan kerja yang tidak terlalu membebankan memudahkan aku untuk mengatur perbincangan bersama wakil syarikat tersebut.
Aku tiba awal sepuluh minit dari masa yang dijanjikan. Pada awalnya, ada juga aku mengajak Nizam, pembantuku dalam menjalankan tugas-tugas rasmi. Tapi, dia pula ada hal yang perlu diselesaikan. Maklumlah, kekasihnya sedang bercuti dari pengajian di universiti. Pasti masa terluang itu cuba diisi dengan sebaik-baiknya.
Lagipun, dia anak muda yang baik yang sukar untuk mempermainkan perasaan wanita lain. Bertuah benar insan yang akan memilikinya sebagai teman hidup.
"Assalamualaikum......."
"Waalaikumussalam.....", cepat sahaja aku menoleh ke belakang. Tika itu, kalau aku tiada kekuatan dalaman, pasti sahaja aku sudah pengsan kerana terkejut melihat lelaki di hadapanku. Malah, dia hanya tersenyum sambil menarik kerusi di sebelahku.
"Dah lama tunggu?" Seperti mengatur sebuah pertemuan dengan kekasih, Khaizan hanya tersenyum melihat wajahku yang pucat lesi pastinya. Tapi, rasa-rasanya tadi bukan suaranya...kenapa dia datang ke sini? Arghhh...hatiku mendengus geram. Namun, ku tahan perasaan tidak selesa itu jauh-jauh, dan cepat pula aku menyungkingkan senyum sinis untuknya.
"Saya tak suka mungkir janji. Munafik....." Dan, senyumannya tambah lebar. Degupan jantungku pula bertambah kencang. Hati, tenanglah. Mulut, bicaralah dengan sopan. Akal, waraslah. Berkali-kali aku cuba menenangkan diri dalam masa yang agak singkat.
"Traffic-jammed tadi. Maklumlah, KL kan.....", dan senyumannya tambah lebar lagi.
"Ermmm..anyway,terus pada perbincangan kita tentang laluan utama tu.......",cepat-cepat aku memotong kata-katanya. Aku tidak mahu perasaan dingin dan bersalah yang beraja di hati ini mengganggu emosiku yang sudah tidak keruan.
"Saya lapar la.....nak makan....tak sempat nak breakfast pagi tadi...", dengan sengihnya yang tak putus, aku hanya mampu menyimpan perasaan tidak senang jauh di lubuk hatiku bila melihat dia memanggil pelayan untuk memesan makanan. Sengaja aku biarkan dia dengan tindakannya yang pastinya akan memuaskan hatinya sendiri.
"Nasi goreng kampung dua....errr...dengan fresh orange dua ya.....", dan rasa tertekan dengan sikapnya tambah dalam. Dia tahu yang aku tidak mahu makan, sengaja dia mengambil kesempatan itu untuk mengenakan aku. Tak apa, getus hatiku, masih dengan diamku yang tak putus, membelek-belek kertas-kertas di hadapanku tanpa mengendahkan senyum sinisnya yang semakin melebar.
"So, let's start our discussion, while waiting for the food, and the drink....", suara itu tambah sinis di pendengaranku. Arghh, kenapalah aku perlu bersetuju untuk berbincang di restoran ini. Alangkah mudahnya kalau tika itu kami berdua berada di dalam pejabatku. Tentunya dia tak akan mempermainkan aku seperti ini. Tapi, berbekalkan amanat Umi yang mahu aku menjaga adab sopan walau ke mana aku pergi, ku lemparkan jua senyuman tawar untuk dia dan mula membelek-belek kertas di hadapanku.
Memang hambar pertemuan dan perbincangan kami. Cuma dia saja yang merasakan pertemuan itu agak menyeronokkan. Siap berkirim salam dengan Encik Muzaffar, dan menyatakan kesudian untuk bertemu di pejabat keesokan pagi.
"I datang esok pagi ya...untuk perbincangan lebih lanjut. By the way,send my regard to Muzaffar....and, you look beautiful today........nice cloth...."
Terasa mual perut mendengar kata-kata itu, tapi ayat terakhirnya sedikit sebanyak membuai perasaan wanitaku. Aku tersenyum sepanjang perjalanan menuju ke pejabat. Walau tadi senyumku cuma dibuat-buat, saat ini aku rasa cukup gembira. Dia memang lelaki tegas, dengan keputusan yang tidak teragak-agak, dia mudah diajak berbincang. Mudah menerima pendapat orang lain, dan mudah memberikan pandangan yang terbaik. Malah, sejak pembabitanku dua tahun lepas bersama-sama Utama Berkat, aku belum pernah melakukan tugasanku sepantas ini. Dia banyak mengajarku, menegur tentang pendapatku, dan yang lebih utama, dia sabar melayan kehendakku yang biasanya perlu dipatuhi.
Cuma, satu yang aku tidak gemar. Senyum sinisnya mengiringi setiap ayat yang lahir dari bibirnya, dan bila aku tersilap kata, pasti dia tersenyum seolah-olah mengejekku. Mungkin semua pelanggannya dilayan sebegitu rupa agaknya. Apalah halnya kekasihnya dengan perilakunya yang selalu tersenyum begitu agaknya? Atau, memang itu gayanya...hatiku berfikir-fikir sendiri, sambil kaki terus dilangkahkan ke surau ofis. Melirik jam di pergelangan tangan yang sudah menunjukkan ke angka 2.35 petang, aku menyesali diri kerana terlambat untuk bersolat Zuhur.
"Eh....Hidayah...tadi Encik Muzaffar cari...dia tanya pasal discussion tengahari tadi...", Marina, rakan sepejabat merangkap rakan serumah, memberitahuku sewaktu aku baru habis bersolat. Aku hanya menganggukkan kepala, sambil dengan pantas menuju ke bilikku. Mencapai beberapa fail penting, dan segera menuju ke bilik Encik Muzaffar.
"Ha...duduk.....", memang begitu gayanya, kalau dengan aku. Umurnya yang sudah menjangkau ke angka empat puluh membawa lagak seorang ayah kepadaku. Malah, kalau bukan kerana ketegasannya dalam bekerja, kadang-kadang dia menjadi tempat aku berbual, dan bertukar-tukar fikiran.
"Makan apa tadi?", aku merenung Encik Muzaffar, kurang percaya dengan pertanyaan tersebut. Setahu aku, sudah berpuluh-puluh client yang aku jumpa, samada waktu pagi, tengahari atau petang, tidak pernah sekali pun dia bertanya seperti itu. Apa pula halnya kali ini, namun aku hanya menggeleng-gelengkan kepala.
"Makan juga sikit, tapi lebih tertumpu pada discussion. Laluan utama tu amat penting, sebab banyak kenderaan-kenderaan besar yang akan melalui laluan tu. Itu yang diberitahu pada saya tadi.....", aku segera menuju ke topik utama, sebelum banyak pula pertanyaan pelik dari Encik Muzaffar terbit dari mulutnya. Selalunya dia tak macam ni....
"Saya tau. Lagipun, memang laluan tu nanti akan menghubungkan pejabat utama Shahir Holdings. Bangunan atas tu merupakan bangunan utama kedua selepas bangunan sedia ada sekarang. Tahniah, sebab saya dengar awak memberikan komitmen yang agak hebat dan pandangan yang agak membina untuk projek kita kali ni. Ini projek terbesar Utama Berkat kali ini......Datul....", panggilan itu, yang hanya digunakan oleh ahli keluarga terdekat. Sementelah, sudah lama panggilan itu tidak singgah ke telingaku. Dan, senyumanku melebar. Memang dia membiasakan aku dengan memanggil Encik Muzaffar di ofis, kerana mahu menunjukkan padaku beza antara seorang ketua dan anak buahnya. Walau hakikatnya, aku masih anak saudaranya yang disayangi. Dia memang istimewa dalam hidupku, setelah arwah ayah pergi meninggalkan aku, Umi dan abang Hakimi. Malah, sejak abang Hakimi berkahwin, dia sentiasa di sisiku, memberikan pertolongan dan bantuan semampunya
Cuma, peliknya. Dah masuk tahun kedua, ini kali pertama dia memanggilku dengan panggilan itu sewaktu berada di dalam pejabat. Selalunya, memang Nadratul Hidayah itu juga yang disebutnya, hingga hampir aku merasakan yang dia sudah terlupa untuk `memanjakan' aku seperti yang selalu dilakukannya.
"Entah apa kena Pak Uda hari ni, umi. Tiba-tiba aje dia berperangai pelik. Tersenyum lebar...mengalahkan orang menang loteri aje lagaknya.....", aduku pada umi sewaktu sedang menikmati makan malam. Kebetulan aku merasakan kebosanan untuk melepak bersama rakan-rakan di rumah sewa, menyebabkan aku segera bergegas pulang ke kampung petang itu juga setelah habis waktu kerja. Kampungku pula bukanlah sejauh mana. Memandu dalam tempoh menghampiri sejam, aku sudah mencecahkan kaki di depan pintu rumah. Apalah jauhnya daerah Port Dickson dengan Kuala Lumpur.
Umi pula yang sedang meletakkan mangkuk kuah ketam masak lemak cili api di atas meja makan, memandangku yang sedang menyusun beberapa mangkuk lauk dan piring di atas meja makan.
"Pelik macam mana?", suara umi berbaur bimbang. Aku tergelak kecil.
"Tak adalah...biasa dia tak pernah panggil nama Datul ni...tapi, tadi tiba-tiba aje dia tersasul. Siap tanya Datul dah makan ke tak.......", aku segera melabuhkan punggung di kerusi di hadapan Umi. Kusendukkan nasi untuk Umi yang masih lagi dengan riak kerisauan di wajahnya. Aku hanya tersenyum melihat perilaku Umi, ibu yang amat kusayangi. Sudah hampir 23 tahun aku hidup di dunia ini, memang aku faham sangat dengan kelembutan hatinya. Cara dia mendidik aku dan abang Hakimi, suatu keindahan yang cuma mampu dirasakan oleh aku dan abang Hakimi sebagai anak kandungnya.
"Kenapa dia macam tu? Pak Uda tak sakit kan?", argghhh...terasa seperti aku pula tersilap kata, silap memberi maklumat. Umi memang cepat dengan kerisauannya. Aku hanya menggeleng-gelengkan kepala.
"Umi...Pak Uda sihat. Kerjanya lancar. Umi tak perlu risau apa-apa. Datul rasa dia seronok kerana Datul berjaya memberikan komitmen dan kerjasama dalam projek besar yang berjaya diperolehinya.....tak ada apa-apa lah Umi.....jom kita makan...nanti sejuk pula...", sedikit sebanyak Umi terpujuk juga dengan kata-kataku. Memang aku faham keriasauan Umi. Dulu masa awal-awal aku mahu membeli kereta, banyak bantahannya. Sanggup dia menyuruh aku naik bas semata-mata tidak mahu aku memandu sendirian. Tapi, bila dilihat nya keletihan di wajahku setiap kali pulang ke kampung hujung-hujung minggu, ditambah lagi dengan kesukaran mendapatkan bas di kawasan berhampiran rumah, aku diizinkan juga untuk memiliki sebuah kenderaan sendiri. Itulah rasa hati Umi yang memang aku sanjungi. Dia terlalu memikirkan hal orang lain, hinggakan keriasauannya bertapak di hati, dan nilai kasih sayangnya bukan sedikit. Aku terasa cukup bertuah memiliki ibu sebaik Umi.
"Bila Datul nak balik ke Kuala Lumpur semula? Hari ni Pak Sudin baru balik dari laut tau. Dia mesti ada bawa sotong yang Datul suka tu....", petang itu, sambil berbual dengan Umi di pangkin dapur, dan aku pula sedang melayan beberapa ekor harmster yang memang ku bela sebagai penghilang kebosanan selepas peperiksaan akhir di universiti dahulu.
"Ia ke? Dia ingat ke pasal sotong tu? Umi ada beritahu dia ya....seronoknya. Datul nak ke jeti la......", cepat-cepat aku menyelinap ke dalam bilik, mencapai tudung dan segera berlari ke jeti yang jaraknya hanya sepelaung dari rumahku. Umi hanya menggelengkan kepalanya melihat perilakuku yang tidak berubah, masih seperti dahulu.
Setibanya di jeti, cepat-cepat aku memerhati ke arah perahu-perahu nelayan di tepi pantai. Tak nampak pula perahu Pak Sudin yang berwarna merah di buritan bertulis tulisan tangan kalimah `La ila ha illallah' berwarna kuning keemasan dan semakin pudar dimamah sinar mentari. Lantas, aku melabuhkan punggung di hujung jeti. Kain tudung yang ditiup angin, aku pegang hujungnya agar tidak terselak. Sesekali, aku tersenyum melihat beberapa anak jiran yang berkejar-kejaran sambil memungut kepah dan siput di tepian pantai. Gembiranya mereka, teringat saat aku dan abang Hakimi waktu kami masih kecil dahulu.
"Assalamualaikum...."
Aku sedikit terdongak. Seorang anak muda bert-shirt lusuh dan berseluar track yang digulung ke paras lutut berdiri di sebelahku. Di tangannya, ada bekas kecil berisi siput pantai yang masih berlumpur. Kakinya yang sedikit berlumpur, dilunjurkan penuh hati-hati di sebelahku.
"Waalaikumussalam......err.....macam kenal",ujarku perlahan diiringi
gelak nakal di celah-celah keriuhan suasana jeti kala itu. "Tak ingat ke ?
", tanya anak muda itu, agak ramah. Siapa ya, detik hatiku pantas,
mengarahkan otak supaya berfikir agar mampu untuk mengingati anak muda yang
sudah menginjak ke alam dewasa ini. Air muka yang tenang itu memang sedikit
mengingatkan aku pada seseorang, tapi...siapa agaknya, dan hatiku berbisik
lagi, cuba mengingati lelaki di sebelahku yang masih tenang melihat redupnya
mentari petang itu.
"Datul balik bercuti ke?" Panggilan itu, nama itu, seingatku memang hanya seorang insan selain
ahli keluargaku dan sanak saudara yang memanggil dengan nama itu. Tapi, takkanlah. Sepuluh tahun bukanlah satu jangkamasa yang agak lama untuk mengubah keseluruhan bentuk fizikal seorang manusia. Masa itu, aku baru menginjak ke sekolah menengah. Baru bergelar remaja.
"Sakit ke ?", pertanyaan itu membuatkan aku berpaling. Bola sepak yang sudah kusam warnanya segera ku tendang perlahan. Aku meraba dada yang agak senak. Kuat juga tendangan itu.
"Tak..sikit aje...terima kasih.." Sejak kejadian itu, aku dan abang Amirul agak rapat. Tak aku sangka,
tubuh kecilnya tidak menunjukkan yang dia pelajar tingkatan empat. Hampir setahun lebih bersamanya, menganyam kenangan manis sebagai remaja, sementelah abang Hakimi juga mengenali abang Amirul, membuatkan aku mudah bermanja dengannya. Dia ibarat abang kedua, ibarat seorang bodyguard yang akan menjadi penjagaku ketika berada di sekolah.
Namun, keputusan peperiksaannya yang agak memberangsangkan memisahkan kami berdua. Dia ditawarkan pengajian luar negara dalam bidang
kejuruteraan, itu yang aku tahu. Mulanya, ada juga dia mengutus sepucuk dua surat, menitip ingatan agar aku belajar bersungguh-sungguh. Tapi, aku yang jarang membalas surat-suratnya. Kalau dia
sudah mengirim tiga pucuk surat, tipis juga harapannya untuk melihat aku menulis untuknya. Aku memang malas menulis surat, tapi kalau
menerima surat, alangkah seronoknya.
Tapi, sekilas, aku melirik wajah itu semula. Wajah yang tenang, dan kelihatan dia lebih tinggi dariku. Dulu aku hanya separas telinganya. Kini, apatah lagi. Cuma, diakah Amirul?
"Kenapa pandang macam tu? Macam nak makan orang aje....", teguran itu membuatkan aku cepat-cepat melarikan pandanganku ke arah anak-anak
kecil yang masih bermain dengan selut dan lumpur berhampiran jeti.
"Indah ya suasana kampung. Dulu masa kecil-kecil, jarang dapat menghayati keindahan yang begini. Rasa seronok bermain aje.....", aku cuba menukar topik. Dalam debar yang tidak keruan, aku cuba menafikan kelainan perasaan yang mula wujud.
"Memang indah. Siapa sangka budak selekeh berhingus dulu sekarang dah jadi gadis cantik juga...abang pun tak sangka. Ingatkan salah orang
tadi. Yala...Mak Utih cakap, Datul sibuk. Kalau balik pun, setakat sehari dan dah balik semula ke bandar....", tukasnya penuh makna. Rupanya, dalam diam, ada yang menanti kepulanganku. Nakalnya fikiranku, mula berfikir untuk jadi senakal di zaman remaja.
"Tak juga. Kadang-kadang sengaja menghabiskan masa dengan melepak dengan kawan-kawan. Takut nanti diajuknya Datul anak manja emak pula. Cuma, sesekali, memang banyak juga kerja. Maklumlah, baru aje dapat kerja.....", aku cuba berlagak biasa. Tidak mahu terlalu over dalam
mengatur ayat.
"Seronok kerja di KL?...ehhh..apa kat tudung tu...?", dia mula menyentuh kepalaku, dan menarik seekor anak lipas yang entah dari mana datangnya. "Sejak bila bela lipas ni....?",aku hanya menjuihkan bibir pada pertanyaannya. "Takkanlah Datul nak bela lipas....iskkk, entah-entah dia datang dari bawah jeti ni kot...",cepat-cepat aku bangun dan mengibas-ngibaskan baju kurung labuhku. Dia pun segera bangun mengikut gerakku. "Jom....duduk kat batu tepi hutan bakau tu...redup sikit. Sini dah panas....", diatur langkahnya perlahan, dengan harapan aku akan mengikutnya. Aku hanya tersenyum kecil, dan segera membontotinya.
"Datul ingat ke pada abang ni?", terasa pertanyaan itu menyentuh tangkai hatiku. Mana mungkin aku tidak mengingatinya. Dia penyemarak semangatku untuk belajar, dan setiap surat kirimannya menjelang peperiksaan besar kujadikan bekal dan nasihat yang bermakna. Cuma, mungkin Amirul ragu-ragu, kerana sedikit pun aku tidak membalas surat-suratnya. Hinggalah aku menjejakkan kaki ke tangga universiti, tiada lagi surat kirimannya. Mungkin kerana aku tidak pernah memberikan
alamatku padanya. Tapi, itu kisah 3 tahun lepas. 3 tahun dia menyepi, 3 tahun juga aku masih dengan sebuah penantian. Tak sangka dapat berjumpa semula saat ini.
"Datul tak ingat nama abang.......maaf...",terluncur laju ayat itu dari bibirku. Tiba-tiba dia tergelak, agak kuat. Aku merenungnya hairan.

"Seronok apa ni?" Dia merenungku sedikit tajam. Tawanya masih
bersisa, tapi dia cuba menahannya. Lambat-lambat, dia ersuara,"Memang
abang dah jangka...Datul tak ingat langsung pada abang....", dan dia
seolah-olah merenung di kejauhan. Apa agaknya keterangan yang perlu diberikan
padanya. Namun, dia tetap dengan gelaknya. Tetap dengan senyumnya yang tidak
putus. Tetap dengan nyanyian kecilnya, dan aku masih mengharapkan dia
mengulangi pertanyaan yang sama, supaya mudah memberikan jawapan yang lebih
menggembirakan dia.
Namun, harapan cuma tinggal harapan. Pun begitu, aku tidak pulang ke rumah dengan tangan yang kosong, kerana Pak Sudin membekalkan aku dengan seplastik sotong kegemaranku yang masih segar. Walaupun begitu, kepulanganku membawa secebis hati yang kosong, kerana tidak mampu menggembirakan orang yang ku nanti selama ini.

Pagi itu, aku tiba awal di pejabat seperti biasa. Setelah lima hari menghabiskan masa di kampung, hendak bekerja semula dirasakan terlalu berat. Ditambah lagi dengan sebuah pertemuan yang tidak aku jangkakan. Pertemuan yang menjadikan aku seorang pemikir dan pelamun setia. Puas juga menggeledah almari buruk, mencari gambar pengubat rindu sebelum pulang semula ke bandar. Sayangnya, aku tidak berjumpa gambar lama zaman persekolahan dulu. Aku pulang jua dengan perasaan yang hampa.
"Macam mana kat kampung, seronok....mana cincinnya?" Kak Zie seperti
biasa gemar mengusikku kalau aku bercuti panjang. Dikatanya aku bercuti lama
kerana ada rombongan peminangan, atau ada ura-ura untukku menamatkan zaman
gadisku. "Seronok sangat. Rasa macam malas nak mulakan kerja
lagi....", dan aku mula menyandarkan kepala di bahu kakak yang sudah kuanggap sebagai tempat
bermanja. Maklumlah, aku memang anak manja Umi. Saat berjauhan begini, perlu juga untuk mencari tempat bermanja bagi meluah rasa
letih yang selalu menghantui dan menjadi bebanan minda ini.
"Dah makan pagi ke? Jom ke kantin...", ajak Kak Zie lagi. Aku hanya menganggukkan kepala dan menuju ke kabinet untuk mengambil beg duitku. Tiba di kantin, mataku hanya memerhatikan beberapa juadah yang tersedia pagi itu. Seleraku tiba-tiba hilang, dan ingatanku segera terbang mengingati pulut kuning dan ikan kurau masin yang disediakan ibu untuk sarapan dua hari lepas semasa di kampung. Itulah masalah utamaku kalau baru balik dari kampung. Serasa tekak tidak boleh menerima makanan-makanan di bandar, apatah lagi makanan kantin yang selalunya berunsurkan kari ayam dan daging.
Sudahnya, aku cuma makan dua ketul kuih dan air suam di dalam botol yang sentiasa tersedia di atas mejaku. Terlihat beberapa fail di dalam tray di hadapanku, aku segera menarik sebuah fail kuning yang terlekat perkataan `segera' di atasnya. Lantas segera aku menyentuh interkom di sisi meja, memanggil Najihah untuk menerangkan tentang masalah yang sedang dihadapi berhubung projek yang sedang aku kendalikan.
"Eh.....bila cik Nadratul balik dari bercuti?", Najihah memang ramah. Alis lentiknya bergerak-gerak seiring dengan dua bibir mungilnya yang dicalit gincu berwarna merah pekat. Aku hanya tersenyum mendengar pertanyaannya, sambil menghulurkan fail yang sedang ku belek seketika tadi. "Saya baru masuk kerja hari ni. Errr....dah berapa lama fail ni ada dalam bilik saya? Ada Encik Muzaffar arahkan apa-apa pada Najihah?", cepat saja tangan Najihah mencapai fail tersebut dan membukanya. "Ohhh...yang ni...Jumaat tu cik Nadratul tak masuk ke pejabat. Pagi tu Encik Aqil Khaizan dan Encik Muhamad Lutfi datang ke sini. Mulanya nak berjumpa dengan cik Nadratul, tapi cik Nadratul tak ada. Jadi, diorang jumpa Encik Muzaffar. Selepas tu, fail ni saya masukkan ke bilik cik Nadratul....dan Encik Muzaffar minta cik Nadratul menghubungi talian Encik Aqil Khaizan sebaik sahaja masuk kerja semula....", penerangan Najihah tersemat kemas di fikiranku. Aku terlupa tentang perbincangan projek tersebut, dan segera mengambil cuti dengan agak terburu-buru. Lagipun, hampir sebulan tidak bertemu Umi, menjadikan rindu terlalu membuak-buak untuknya.
"Baiklah. Yang lain nampaknya masih dalam tempoh masa yang agak panjang..nanti saya bincang dengan Nizam dan Najihah ya....", aku segera mencapai telefon di sisi meja dan mendail nombor yang tertera di bahagian kiri fail yang menyimpan maklumat tentang syarikat Shahir Holdings itu.
"Assalamualaikum..", aku pasti benar, tentu lelaki itu yang mengangkat panggilanku, kerana itu sengaja aku ajukan salam. Lebih manis, lebih berseri sebagai seorang muslim. "Waalaikumussalam......lama awak bercuti?", aku mengerutkan dahi sewaktu mendengar pertanyaan tersebut. Pandai benar dia meneka suaraku. Suaranya pun aku kurang cam, atau mungkin dia memang pakar dalam mengenal suara orang di talian agaknya. "Jangan la terkejut sangat. Ni Cik Nadratul Hidayah kan? Dari Utama Berkat?", memang sah, dia memang mengenali suaraku. Aku cuba menarik nafas dalam-dalam. Mencari kata-kata yang sesuai untuk diluahkan.
"Ya....saya Nadratul Hidayah. Err....ni Encik Khaizan ke? Saya minta maaf sebab terlupa pasal perbincangan hari Jumaat lepas...", aku sudah mula terbayang senyum sinisnya, pasti menempelakku kerana hal-hal penting pun boleh dilupakan. Projek pula bukanlah projek kecil yang membawa pulangan ratusan ribu, malah projek yang hampir mencecah puluhan juta.
"Ya...saya Khaizan. Tak apa, saya dah proceed dengan Encik Muzaffar, dan nampaknya dia bersetuju sepenuhnya dengan hasil perbincangan kita minggu lepas. Anyway, ada beberapa item penting yang perlu ditambah dalam dokumen tu. Hari ni you free ke?", ayatnya yang sentiasa tenang membuatkan aku sedikit kagum dengan sikapnya. Dia bijak menceriakan suasana hatiku yang pada keadaan biasanya tidak tenang jika berurusan dengannya.
"Free juga. Cuma, tak boleh la lewat-lewat sangat. Saya prefer Encik Khaizan jumpa saya dalam pukul sepuluh pagi nanti. Mungkin jammed kat KL dah tamat waktu tu. Boleh la cepat sikit untuk tiba ke sini kan?", aku tidak mahu dia beralasan lagi untuk menepati waktu. Bukannya hendak berjumpa kekasih, dan perlu datang sesuka hatinya.
"Errmmm..actually I ada appointment penting pukul 2.30 petang di Shah Alam. I have to make a few preparation for that appointment. I'll call you back around 9.00 to confirm the discussion, can I?", aku hanya tersenyum mendengar kata-katanya. Nampaknya dia memang sibuk hari ini, jadi bolehlah aku habiskan tugasanku yang lain. "I think better you prepare for the appointment, Encik Khaizan. Saya prefer untuk habiskan the other projects. Mungkin esok kita boleh sambung perbincangan kita semula. Lagipun, cuma beberapa item saja kan?", sebolehnya aku tidak mahu di hari pertama aku di pejabat, aku dimestikan untuk berjumpa dengannya. Fikiran yang masih kurang stabil kerana mengingati abang Amirul dan merindui Umi di kampung juga masih tidak memberi peluang kepadaku untuk kembali menyesuaikan diri dengan suasana bandar dalam masa yang agak singkat.
Aku mendengar keluhan kecilnya. Tapi, cepat-cepat pula dia bersuara. "Yes....I rasa tu suggestion yang baik. So, kita jumpa esok. Maybe I have to fix the time now. How about 11 o'clock, di Hotel Nikko. Tunggu I di Cafe Serena Brasserie ya...thanks....", lantas gagang tersebut diletakkan tanpa kata persetujuan dariku. Aku sedikit kesal dengan sikapnya. Kalau pukul 11 pagi, tentu saja aku akan lambat untuk bersolat. Entah kenapa, aku tidak mahu menjadikan sikap melambatkan solat sebagai rutin harianku. Aku takut aku terbiasa dengan perilaku sebegitu.Tapi, cepat-cepat pula aku menyedapkan hati apabila teringatkan masjid berhampiran hotel tersebut. Senyumku kembali berbunga.
Seharian juga aku cuba menghabiskan beberapa kerja yang tertangguh kerana cuti lima hari itu. Perit juga tekanan fikiran kerana semuanya menuntut minda berfungsi semaksimum mungkin. Puas juga meminta Nizam dan Najihah menyelesaikan beberapa tugasan yang lebih mudah. Kalau tidak, sudah pasti semuanya perlu difikirkan semula. Terasa lega apabila tinggal dua tugasan sahaja setelah seharian berhempas pulas.
"Tak balik lagi ke?", petang itu, di kala pejabat sudah mula sunyi, tiba-tiba sahaja terjengul wajah Encik Muzaffar di pintu bilikku yang memang sentiasa terbuka. Aku hanya tersenyum, dan menunjukkan dua fail di dalam tray di hadapanku.
"Sikit aje lagi. Dah nak habis pun. Umi berkirim salam..." Encik Muzaffar hanya tersenyum dan melangkah masuk ke bilikku. Ditariknya kerusi, dan segera dia duduk. "Hebat. Pak Uda rasa ada hampir sembilan fail projek. Boleh habiskan tujuh dalam masa kurang dari lapan jam.....hebat...memang hebat........", dan senyumannya makin lebar."Tak juga...Nizam dan Najihah pun ada menolong. Kalau nak harapkan Datul, satu pun belum tentu siap agaknya.......", aku segera menyatakan hal sebenar. Pun begitu, aku tahu yang Encik Muzaffar tahu bahawa semua tampuk tugasanku memang di lunaskan dengan cara pemikiran yang cemerlang. Nizam dan Najihah pula menjadi penggerak kepada idea-idea bernas yang telah difikirkan. "Free malam ni? Atau....ada date dengan sesiapa? Dah lama Datul tak datang rumah. Mak Uda ada tanya.....Fikri pun ada tanya......Murni pun ada juga tanya pada Pak Uda dua hari lepas....". "Boleh....date apa pula. Kalau sungguh-sungguh ada date, dah tentu Pak Uda orang pertama yang akan tahu...", hatiku terasa menggeletek mendengar kata-kata Encik Muzaffar. Takkanlah orang seperti aku ada teman lelaki, getus hatiku sendiri, dan di ruangan minda,mula terbayang wajah abang Amirul.
"Kalau macam tu elok juga. Pukul lapan nanti singgah-singgahlah ke rumah. Nanti Pak Uda minta Mak Uda masak lebih sikit. Datang tau, jangan tak datang pula.....", aku hanya mengangguk-anggukkan kepala sebagai menjawab pelawaan itu. Encik Muzaffar segera berlalu ke luar pejabat. Aku segera melirik jam di pergelangan tangan. Dah hampir pukul 6 petang rupa-rupanya, dan aku segera memasukkan beberapa kertas dan fail penting ke dalam beg. Lap-top yang selama ini hanya digunakan di pejabat atau dibawa balik ke kampung juga aku kemaskan. Rasanya, tuntutan kerja semakin berat, dan aku perlu meluangkan lebih masa untuk menyelesaikan tugasan yang agak penting. Walaupun aku sendiri tidak gemar membiasakan diri untuk membawa kerja pejabat pulang ke rumah, sesekali pengorbanan prinsip seperti itu perlu juga dilakukan. Sementelah, aku bukannya ada keluarga yang perlu difikirkan.
Aku hanya balik ke rumah untuk mandi dan menunaikan solat Maghrib. Marina dan Sharifah Zalinda, dua orang rakan serumah memandangku dengan pandangan yang agak tajam apabila melihat aku mencapai sepasang kebaya labuh berwarna hijau pucuk pisang berbunga kecil berwarna kuning cair dan dipadankan dengan tudung hijau cerah tanpa bunga. Pasti mereka hairan, kerana aku jarang keluar malam. Kalau ada pun, hanyalah beberapa function yang turut dihadiri oleh Marina selaku rakan sepejabat.
"Ada date ke?", tegur Zalinda tiba-tiba. Dia yang memang sedang menanti tunangnya untuk makan malam bersama hanya tersenyum-senyum melihat aku yang sedang menyarung stokin di kaki. Aku hanya tersengih, sambil menggelengkan kepala.
"Pak Uda ajak aku makan malam di rumahnya. Sejak bila pulak aku ada pakwe ni?", aku segera mencuit hidungnya sebelum berlalu menuju ke kereta. Marina hanya memerhati dari pintu dapur. Senyumnya juga tidak putus, malah sempat melambaiku sebelum aku mengundurkan kereta keluar dari pagar rumah. Malam Khamis, jalan memang agak lengang. Mudah saja aku menyusur Jalan Mahameru, dan masuk ke Jalan Bangsar. Tidak sampai setengah jam, aku sudah berada di hadapan rumah Encik Muzaffar. Sinaran lampu jalan cukup untuk memberitahuku yang aku tidak keseorangan apabila melihat sebuah Proton Waja dipandu masuk dan diletakkan di belakang keretaku. Siapa pula agaknya, getus hatiku pantas, namun cepat-cepat aku melangkah ke pintu utama. Mak Sinah, pembantu rumah sudah sedia menungguku.

"Assalamualaikum...apa khabar Mak Sinah?", wanita separuh abad itu cepat-cepat mencapai tanganku dan ditarik ke dalam rumah. Senyumnya tidak lekang dan wajahnya selalu ceria, agaknya itulah sebabnya dia masih berupaya untuk melakukan kerja-kerja rumah walaupun sudah mempunyai beberapa orang cicit.
"Lamanya tak jumpa Datul. Sibuk sangat ke hingga tak ada masa nak datang ke sini..?", memang begitu Mak Sinah dengan sikap ambil beratnya. Diusap-usap bahuku sambil mendorong aku ke bahagian dapur. Aku hanya mengikut tanpa membantah. Dulu pun, semasa aku sedang bercuti semester, ada juga aku menghabiskan masa cutiku di sini beberapa hari sebelum berangkat pulang ke kampung.
"Eh..kak Datul rupanya.....", Murni, sepupuku yang sedang menuntut di tahun dua di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam jurusan TESL. Aku segera memeluknya kerana dialah satu-satunya adik sepupu yang memang agak rapat denganku.
"Murni apa khabar? Cuti ke?", segera kami berdua duduk di meja dapur sambil memerhatikan Mak Sinah yang segera menyambung tugas Murni menyediakan minuman sebelum aku masuk ke dapur sebentar tadi.
"Haah...cuti 4 minggu. Selepas tu kami ada program ke sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Masuk semester kedua, pack sikit la...sebab kena cari tempat untuk praktikal...", laju sahaja dia menjawab. Dia memang banyak cakap, kalau tidak pasti sahaja aku tidak betah dengannya. Maklumlah, aku yang agak pendiam juga memerlukan komunikasi dari orang-orang yang mempunyai pelbagai idea yang agak bernas untuk memulakan sesuatu perbualan. Lainlah kalau bercerita tentang kerja dan prospeknya, tentu sahaja agak mudah kerana perkara-perkara
seumpama itu memang menjadi sebahagian dari kehidupanku.
"Seronok la ya.....teringat zaman muda....".
"Itulah....masa ni asyik teringat nak kerja aje. Nanti kalau dah kerja, mesti busy sampai tak ada masa nak rest kan....", aku hanya tersenyum mendengar kata-kata Murni. Memang ada kebenaran dalam kata-katanya. Zaman belajar dulu, aku selalu berangan-angan untuk bekerja, tanpa memikirkan implikasi kerja kepada golongan-golongan yang melibatkan diri dalam bidang kerja seperti aku. Kesibukannya sahaja sudah lebih dari cukup untuk berfikir dua tiga kali tentang sebuah perkahwinan. Tapi, bila sudah bekerja, baru sedar pada kesibukan yang tak terhitung. Kadang-kadang, sehingga buntu minda kerana sering digunakan untuk berfikir. Saat-saat begitu, pasti sahaja aku akan mengambil cuti, dan menetap di kampung dua atau tiga hari.
"Ehh...Datul ada rupanya. Patutlah riuh rendah dapur ni dengan suara Murni.....", tiba-tiba bahuku ditepuk agak kuat. Aku segera tersengih apabila melihat Murni yang sudah memuncungkan bibirnya. Puan Salbiah, Mak Udaku yang sedikit berisi badannya hanya tergelak melihat perilaku anak keduanya. Cepat-cepat pula aku bangun dan mencapai tangan Puan Salbiah untuk bersalam.
"Apa khabar Mak Uda? Minggu lepas Datul balik kampung...Umi berkirim salam..".
Mak Uda hanya mengangguk-anggukkan kepalanya sambil segera menuju ke arah sebuah periuk yang sedang menggelegak isinya di atas dapur. Dicapainya senduk dan segera dikacaunya isi di dalam periuk tersebut.
"Umi sihat? Lama juga Mak Uda tak jumpa dia......", sambil menjawab kata-kataku, tangannya mencapai sebuah mangkuk besar dari kabinet dapur sebelah kanan ruang memasak.. Aku hanya tersenyum kepada Murni yang sudah mula mahu bergerak ke ruang makan. Anak gadis yang sedang meningkat dewasa itu memang lebih gemar menghidang dan mengemas meja makan daripada duduk di dapur.
"Alhamdulillah....sihat. Macam biasa juga. Bila Mak Uda nak ke sana? ",aku segera mencapai mangkuk besar yang diserahkan pada Mak Sinah. Laju sahaja tangan Mak Sinah menceduk kuah tomyam campur di dalam periuk besar tersebut. Aroma daun limau purut menusuk deria bauku. Segera pula seleraku tiba-tiba hadir. Rasa lapar mula menyerbu, tambahan pula aku tidak teringat untuk mengambil makan
tengahari tadi.
"Raya Puasa ni rasanya. Raya yang lepas Datul bawa Umi ke sini. Raya kali ni biarlah Mak Uda dan Pak Uda ke sana pula.....", didorongnya aku perlahan ke ruang makan. Mangkuk besar tersebut juga perlu ditatang dengan hati-hati. Ditambah dengan berat mangkuk dan isinya, bimbang juga kalau-kalau berlaku sesuatu yang tak diingini. Tambahan, aku agak sedikit phobia dengan barangan kaca. Bimbang pecah.
Sebaik sahaja aku meletakkan mangkuk tersebut di bahagian tengah meja makan, aku dikejutkan dengan suara Encik Muzaffar. "Haa....silalah. Rasa-rasanya semuanya dah tersedia...".
Segera aku mendongakkan kepala. Aku cukup terkejut apabila melihat Khaizan dan seorang rakannya tersenyum memandangku, sambil berjalan mengekori Encik Muzaffar yang juga tersenyum lebar memandangku. Tiba-tiba sahaja aku terasa sedikit gugup, dan tanpa ku sedar, Murni sudah mendorong tubuhku untuk duduk di sebuah kerusi. Kalau tidak, pasti sahaja aku sudah tumbang di situ.
"Apa khabar, cik Nadratul? Saya ingat kita akan jumpa esok pagi, tak sangka dah jumpa dulu malam ni....", suara Khaizan bersahaja menegurku. Tanpa kekok, terus sahaja dia menarik kerusi di hadapanku dan segera duduk. Encik Muzaffar dan Puan Salbiah juga mula duduk, dan sahabat Khaizan juga mula duduk di hadapan Murni. Aku pula, masih dengan perasaan terkejutku yang tidak putus. Kalau insan lain, mungkin aku masih boleh berlaku biasa, tapi lelaki ini seperti mengikat diriku dengan senyum sinisnya. Aku rasa dikawal dengan perilaku dirinya yang seolah-olah mengongkong setiap tindakanku tika dihadapannya.
"Mama....Afi nak makan juga....", suasana yang agak tertekan di mindaku itu tiba-tiba dikejutkan oleh suara Fikri, anak Encik Muzaffar yang berusia tujuh tahun. Rapat sahaja dia memegang tangan Puan Salbiah, dan cepat pula dia menuju ke arahku apabila melihat aku juga ada di meja tersebut.
"Kak Datul.......nak duduk....", dan aku segera menarik kerusi kosong di sisiku untuknya. Dia memang agak rapat denganku, sementelah aku sering memanjakannya jika datang ke rumah Encik Muzaffar. Malah, sikap dan lakuku yang memang sukakan kanak-kanak memudahkan dia menerimaku. Tergoyang-goyang kakinya sambil tangannya tidak lepas dari peganganku. Terasa semua mata melihat kelakuan Afi, dan aku hanya tersenyum sambil mengusap-usap kepala kanak-kanak petah dan comel itu.
"Ehh...mari makan. Nanti sejuk pula makanan ni....", suara Encik Muzaffar menusuk telingaku. Aku segera mencapai piring makanan Fikri dan menyendukkan sedikit nasi putih ke dalam piring tersebut. Setelah itu, aku mengambilkan beberapa lauk-pauk yang terhidang dan kemudiannya meletakkan piring tersebut di hadapan anak kecil itu. Sebaik sahaja aku melabuhkan punggung ke kerusi, Khaizan tiba-tiba
menghulurkan sebuah mangkuk kecil berisi tomyam campur kepadaku. Aku segera memandang Encik Muzaffar dan Puan Salbiah bersilih ganti. Mereka berdua hanya tersenyum seolah-olah memberi keizinan kepada Khaizan.
Dengan perlahan, aku segera mencapai mangkuk tersebut.
"Terima kasih...", aku merasakan seolah-olah suara itu terlekat di celah kerongkongku. Tapi, Khaizan hanya menyungkingkan senyum sinisnya, dan segera pula mengambil mangkuk tomyam yang lain untuk dirinya. Murni pula, tiba-tiba mengutil sedikit pahaku. Aku menjegilkan mata ke arahnya sebelum melayan Fikri pula apabila anak kecil itu mencuit pergelangan tanganku.
Akibat kejadian itu, aku hanya mendiamkan diri sahaja sepanjang makan malam. Terasa bersalah pula kerana terlupa untuk menanyakan pada Encik Muzaffar tentang tetamu-tetamunya petang tadi. Kalau aku tahu dia ada, sudah pasti aku akan menjauhkan diri dari rumah Encik Muzaffar sejauh yang boleh. Pada awalnya, aku menjangkakan hanya aku seorang sahaja yang dijemput, pertemuan saudara dengan saudara, tak aku sangka lelaki itu juga dijemput sama.
Keesokannya, perasaan hambar dan tertekan dengan kejadian semalam masih wujud. Namun aku cuba menahan rasa dengan menyibukkan diri dengan pelbagai kerja yang mula menghambat. Teringat temujanji dengan Khaizan pada pukul 11 pagi seolah-olah membantutkan mindaku untuk bergerak. Aku berdoa supaya masa itu tidak tiba, namun jarum saat di pergelangan tanganku tetap bergerak. Beberapa kali ditilik, masih serupa itu juga. Setiap pergerakan itu seolah-olah menghambat keseluruhan ketenanganku. Fikiranku jadi tak keruan, walau aku cuba menenagkan suasana. Dalam setengah jam menghampiri pukul 11 pagi, baru aku menarik beberapa fail penting di atas meja untuk membuat perbincangan dengan Khaizan.
Kuala Lumpur masih tetap dengan kesibukannya, walau belum menjangkau ke waktu makan tengahari. Aku menyusuri Jalan Ampang perlahan-lahan, tidak mahu terkejar-kejar seperti biasa. Entah sudah berapa puluh kali aku cuba melegakan nafas dan minda, dan aku harap segala-galanya berjalan lancar seperti pertemuan dengan client-client yang lain. Perasaan yang berdebar-debar, cuba aku elakkan seupaya mungkin.
Aku melirik jam di pergelangan tangan sewaktu keluar dari kereta. Baru pukul 10.48 minit pagi. Masih awal, walhal antara tempat meletak kenderaan berhampiran Jalan Binjai dan Hotel Nikko bukanlah jauh sangat. Sesekali mataku terpandang beberapa pasangan remaja berjalan berdua-duaan sambil berpegangan tangan dengan agak erat. Fikiranku mula berlegar mengingati Murni dan beberapa orang anak-anak gadis yang sebayanya. Perasaan sedikit bimbang mula beraja di hati. Otakku mula berfikir tentang gejala dan pemikiran zaman moden yang jarang dititik beratkan. Namun, aku masih jua melangkah perlahan di laluan pejalan kaki menuju ke Hotel Nikko.
"Assalamualaikum....".
Terasa begitu dekat ucapan salam tersebut di pendengaranku. Cepat-cepat aku menoleh ke belakang. Bimbang juga kerana suasana Kuala Lumpur yang sering mewujudkan insiden-insiden berbahaya dan diterapkan di dada-dada akhbar untuk bacaan pelbagai lapisan masyarakat. Walau berada di tempat umum, perasaan untuk selalu curiga dengan keadaan sekeliling membuatkan aku lebih berhati-hati, terutama apabila berjalan berseorangan begini.
"Ehh......Encik Khaizan......", lega sedikit hatiku apabila melihat lelaki itu tersenyum memandangku. Lagaknya bersahaja, dan kolar bajunya tidak dibutangkan. Tanpa tali leher, dia kelihatan lebih berkarisma. Mungkin imej santai lebih bersesuaian dengan dirinya. Atau, sikapku yang memang tidak terlalu sukakan imej-imej korporat yang dirasakan terlalu berbeza dengan diriku yang lebih gemar berada
dalam keadaan yang tidak formal.
"Jalan macam tak pandang orang. Tunduk aja.....".
Tegurannya membuatkan aku sedikit tersenyum. Bukan dia orang pertama yang menegur begitu, malah sejak aku meningkat remaja, teguran itu seolah-olah sudah sebati dalam diriku. Kuhayun langkah di sisinya, dan dia masih dengan senyumannya yang tidak putus.
"Saya ingatkan saya dah lewat tadi. Tiba-tiba saya nampak Cik Nadratul sedang berjalan di depan saya.....tapi, kiranya saya terlambat juga la kan.....", dia ketawa kecil sebaik sahaja menghabiskan ayatnya. Aku masih jua dengan senyumku. Terlihat sahaja signboard ke hotel tersebut dihadapanku, barulah aku bersuara kepada Khaizan.
"Saya jarang buat appointment di hotel.....", perlahan saja suaraku."Habis tu, biasanya buat discussion di mana?", pantas saja Khaizan menyambung pertanyaan. Nampak dahinya sedikit berkerut, dan langkahku sengaja kulajukan apabila sudah memasuki Cafe Serena Brasserie, salah satu kafe yang terdapat di hotel tersebut. Kebanyakan meja masih kosong sewaktu aku melabuhkan punggung di suatu sudut yang agak terlindung berhampiran tingkap. Mungkin kerana kafe tersebut baru dibuka pada pukul 11.00 pagi, masih belum ada pengunjung yang berkunjung untuk menikmati makan tengahari.
"Biasanya di pejabat sahaja. Lebih mudah, lebih selesa......", dahinya berkerut lagi memdengar kata-kataku. Dah sah, dia mudah terasa kalau ada orang yang mengkritiknya. Cepat-cepat aku menyambung, untuk menjernihkan semula keadaan sediada,"tapi...sesekali macam ni, bagus juga....cuma, saya tak biasa pergi tempat-tempat eksklusif macam ni......". Pantas sebuah senyum tersungking di wajahnya. Aku sedikit lega, tidak mahu `perang dingin' itu meletus semula.
"Tak apalah.....saya faham. Lain kali kita buat appointment kat tempat tak eksklusif ya.....", bibirnya sengaja dicebirkan, mengajuk aku pastinya. Hakikat itulah yang harus diterima, walau berlawanan dengan tugas yang aku jalankan, berdampingan pula dengan golongan-golongan korporat, sebolehnya aku tidak mahu terlibat dalam rencah kehidupan dan gaya mereka. Aku tidak betah, malah sebagai anak kampung yang dilahirkan dan dibesarkan bersalut lumpur dan pasir pantai, aku masih ingat asal-usul itu, walau dihadiah dengan sebuah mahligai emas berlantaikan berlian di tengah bandaraya ini.
"Saya tak kata macam tu..", cepat-cepat aku cuba menafikannya."I pun tak maksudkan macam tu. I cuma kata lain kali sahaja....", dan dia tersenyum lagi, malah lebih lebar dari sebelumnya. Aku berasa sedikit lega untuk kesekian kalinya, dia memang lelaki yang mudah diajak berbincang, dan mudah menceriakan semula suasana hambar yang hampir wujud. Perbincangan kemudiannya berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan. Beberapa item tambahan yang hendak dimasukkan dapat dipersetujui dalam masa yang agak singkat. Malah, seleraku tiba-tiba sahaja hadir sebaik sahaja makanan yang dipesan tiba. Dan, buat pertama kalinya, aku makan dengan agak berselera di hadapannya.
"Dah lama kerja di Utama Berkat ?", aku segera melihat wajah Khaizan. Di tanganku, masih ada sesudu makanan yang hendak dimasukkan ke mulut. Dia tetap dengan senyumnya, dan ada tawa yang mahu dihamburkan, mungkin apabila melihat wajahku yang agak terkejut dengan pertanyaan yang tidak disangka-sangka itu.
"Tak lama juga. Baru nak masuk tahun kedua....", cepat-cepat aku menyudukan makanan ke mulut. Terdetik di hatiku, mungkin dia hendak mewujudkan kemesraan antara kami. Yalah, mungkin selama ini jurang itu agak ketara.
"Dulu grad dari universiti mana?".
Hampir-hampir aku tertelan butiran nasi yang sudah menerjah ke kerongkongku. Mana tidaknya, tiba-tiba sahaja aku ternampak kelibat abang Amirul di hadapanku. Dia mengatur langkah bersahaja menuju ke arah meja yang sedang aku duduki. Pakaiannya, kot hitam yang menyaluti tubuhnya, tali lehernya dan lagaknya benar-benar berlainan dari dia yang pernah aku kenali. Senyumnya juga tidak putus apabila melihat aku agak tekejut dengan kehadirannya.
"Assalamualaikum.....", masih bersahaja tingkahnya, dia menarik kerusi di sebelahku dan mula duduk. Khaizan tiba-tiba tersenyum lebar, terlupa seketika pada soalannya yang masih tidak berjawab. Aku pula, masih mendiamkan diri, hanya melihat perilaku dua insan di hadapanku.
"Waalaikumussalam......ingatkan kau tak jumpa tempat ni.....", Khaizan tiba-tiba bersuara ramah, sambil menepuk bahu abang Amirul. Dia masih dengan senyum bermaknanya yang ditujukan untukku. Aku sedikit terpana, nampaknya ada sesuatu yang tidak sempat aku tanyakan padanya sewaktu di kampung. Namun, rasa rindu membuak yang hadir untuk dirinya cepat-cepat melahirkan sinar gembira di wajahku. Aku hanya tersenyum memandang abang Amirul yang kini berada di hadapanku.
"Well....aku pun tak sangka officer yang kau nak jumpa ni seorang gadis cantik....", ayat spontan itu tiba-tiba sahaja menimbulkan rona-rona merah di wajahku. Cepat-cepat aku menundukkan muka, dan menyambung semula suapan yang terhenti tadi.
"Ohh.....ini Cik Nadratul Hidayah, dari Utama Berkat......Hidayah, ini rakan sepejabat saya, Muhamad Faris Amirul.....merangkap rakan seuniversiti dahulu......".
Aku melihat wajah abang Amirul yang bersahaja, masih jua dengan senyum kecilnya yang sukar untuk ditafsirkan. Dah sah Khaizan tidak tahu yang kami saling mengenali antara satu sama lain. Aku pula yang jadi serba salah, rasa gusar kerana bimbang perkenalan abang Amirul dan Khaizan bukanlah setakat rakan sepejabat dan kenalan semasa belajar sahaja. Apakah yang aku bimbangkan agaknya? Perasaan yang beraja di hati itu tetap jua wujud, kerana abang Amirul agaknya, atau kerana bibit-bibit rasa itu sudah mula mengisi benakku semula, sejak pertemuan pertama itu berlangsung, walau dalam keadaan yang tidak aku jangkakan. Pertemuan kedua ini pula, masih dalam suasana hambar yang agak suram. Kenapa dia tidak memberitahu Khaizan yang kami saling mengenali, hatiku tertanta-tanya sendiri. Musykil dengan situasi dan perilaku yang ditunjukkan dihadapanku, dan mindaku terus berfikir, mencari jawapan yang masih belum pasti.
"Assalamualaikum...".
"Waalaikumussalam......mari masuk. Kak Datul ingat Murni tak jadi datang tadi. Yalah, semalam cakap dalam pukul 12 tengahari.. sekarang dah pukul 2 petang pun.......Ehhh......yang dua orang lagi tu pun, mari masuk.....rumah bujang aje ni.....", aku segera memeluk Murni dan bersalaman dengan dua orang rakannya.
Menurut Murni, mereka bertiga mahu meminta pendapat aku berhubung dengan sektor pembangunan dan perindustrian serta perkembangan bandar di sekitar kawasan yang berhampiran. Mulanya aku menolak juga, tapi bila diberitahu yang ia hanyalah point kecil untuk presentation mereka dalam bilik kuliah, aku jadi seronok pula. Kalau untuk pemarkahan yang agak tinggi, aku seperti tidak berkemampuan pula untuk memberikan point bermakna kerana terasa masih ada orang lain yang lebih berilmu dengan pengalaman yang lebih banyak berbanding dengan aku yang baru setahun jagung dalam kerja sebegini.
"Naik apa tadi ke sini?", tanyaku pada Murni sambil mencapai remote untuk mengecilkan bunyi suara sebuah rancangan komedi di televisyen yang sedang ku tonton sementara menantikan Murni tiba tadi. Kebetulan pula Marina pulang ke kampung, manakala Zalinda pula keluar untuk membeli persiapan perkahwinan katanya, jadi kekosongan hari minggu begitu terisi juga dengan kedatangan tiga orang gadis tersebut.
"Naik teksi aje, kak Datul...mula-mula ayah nak hantar juga, tapi Fikri nak ikut. Faham-faham aje la kalau dia ikut........", sambut Murni sambil tangannya membuka zip beg dokumennya untuk mengeluarkan buku catatannya.
"Kak Datul.....yang pakai tudung biru ni namanya Khuzaimah, yang sebelah Imah tu pulak Nur Afida......korang, nilah kakak sepupu aku, kak Datul......", seperti biasa, Murni masih dengan mulutnya yang petah bersuara. Aku hanya menganggukkan kepala kepada rakan-rakan Murni sambil tersenyum. Mereka membalas senyuman aku dengan begitu mesra, walau masih dengan wajah yang tersipu-sipu.
"Sekejap ya.....", secepat itu pula aku segera beredar ke dapur. Air mangga yang memang sentiasa tersedia dalam jag dan diletakkan di dalam peti sejuk segera aku keluarkan. Empat biji cawan seramik yang dibeli sewaktu aku ke Johor tahun lepas diatur di dalam talam berbunga merah dan biru. Bekas kuih yang sentiasa penuh berisi beberapa jenis makanan kering aku buka tutupnya. Sebuah piring berbunga ros sederhana besar aku capai dari rak pinggan mangkuk. Lantas, aku isikan beberapa ketul halwa betik dan coklat pelbagai jenis yang memang sentiasa tersimpan di rumah.
"Susah-susah aje kak Datul ni.......", Murni cepat-cepat bangun dan menatang talam yang sedang kubawa. Aku hanya membiarkan. Dia memang bagitu, ringan tangan dan peramah. "Sikit aje....air bujang aje tu......ha, Khuzaimah....Afida.....minum dulu....tentu dahaga kan?....", cepat-cepat aku mempelawa kawan-kawan Murni yang masih lagi kelihatan agak malu-malu.
Cepat-cepat mereka mencapai cawan seramik yang telah berisi air, dituangkan oleh Murni. Perlahan pula mereka menghirup air tersebut, sambil mata memerhati sekitar rumah sewa tersebut. Aku hanya memandang, dan fikiran cepat saja terbayang zaman-zaman semasa di universiti dulu. Pelbagai cara dilakukan untuk mendapat maklumat, sementelah tidak mengenali tokoh-tokoh yang berpengalaman. Alhamdulillah, berjaya juga pengajianku ditamatkan dengan nilai CGPA yang agak membanggakan juga.
"Kak Datul, sebenarnya kitorang nak tanya tentang kemajuan pembangunan sedia ada sekarang ni..tak faham lagi apa tu developer, contractor, engineer.....dan tak tahu skop2 kerja mereka....malah, kami nakkan sedikit penjelasan tentang kerja-kerja pembinaan sekitar Kuala Lumpur ni......". Aku hanya tersenyum mendengar pertanyaan adik sepupuku itu. Khuzaimah dan Afida pula tunduk menulis sesuatu di dalam buku catatan masing-masing. Nampak macam sebarisan wartawan yang sedang mewawancara seorang tokoh politik pula.
"Actually akak pun masih baru melibatkan diri dalam bidang ni. Tak banyak yang akak tahu, setakat basic info tu bolehlah akak bagi. Engineer tu person yang in-charge on drawing sesuatu structure tu...contractor pulak company yang menjalankan kerja-kerja bagi sesuatu pembinaan, manakala developer pulak ialah sesuatu company yang menguruskan pembangunan bagi sesuatu kawasan perumahan misalnya....".
Laju sahaja tangan mereka menyalin bulat-bulat setiap kata-kataku. Panjang juga penerangan yang harus diberikan bagi memuaskan setiap pertanyaan mereka, namun begitu aku merasa sedikit puas kerana dapat membantu anak gadis-anak gadis tersebut menyiapkan tugasan mereka. Lega rasanya apabila melihat senyum lebar yang dipamerkan sambil masing-masing menyimpan buku catatan ke dalam beg sandang mereka.
"Dah hampir pukul 6 petang kak. Rasa-rasanya kitorang kena beransur dulu ni....Khuzaimah dan Afida ni tinggal kat Serdang. Jauh juga diorang nak balik....", ujar Murni, sambil melirik jam di pergelangan tangannya.
"Lagipun, ayah dan mama tak ada di rumah malam ni, ada majlis makan malam di Hotel Century....kalau Murni tak balik sekarang, Fikri tinggal sorang-sorang dengan Mak Sinah aje nanti....", sambung Murni lagi.
"Ehh...kalau macam tu, apa kata kita pergi rumah Murni dan ambil Fikri, lepas tu kita hantar Afida dan Khuzaimah balik. Tak ada la jauh sangat kan...Serdang aje.....", tiba-tiba sahaja ayat itu meluncur laju dari mulutku. Murni memandang Afida dan Khuzaimah silih berganti. Nampak seperti mereka berdua agak serba salah.
"Tak apa, lagipun akak nak jumpa
Fikri jugak....rindu....", sambungku lagi menyedapkan hati mereka berdua.
Murni hanya tersenyum memandang rakan-rakannya. Dia sudah faham dengan peelku
yang gemar memastikan tetamu-tetamu yang hadir pulang ke rumah dengan selamat,
dan kalau tidak sejauh mana, pasti saja aku akan bersedia untuk menghantar
tetamu-tetamuku pulang.
"Tak apa....kak Datul ni
ikhlas....aku dah kenal dia. Nilah kakak sepupu aku yang paling
best..",Murni menguatkan lagi pernyataanku yang masih samar-samar pada
pemikiran rakan-rakannya. Nampak sahaja air muka mereka yang sedikit senang
hati setelah mendengar kata-kata Murni, cepat-cepat aku meminta diri untuk
menukar pakaian dan mengenakan tudung di kepala. Sebaik sahaja selesai bersiap,
aku segera mengarahkan Murni dan rakan-rakannya masuk ke dalam kereta,
sementara menantikan aku mengunci pintu dan jeriji rumah.
Jalan tidak terlalu sesak kala ini. Mudah saja bila kenderaan sudah membelok di hadapan Bangsar Shopping Centre. Kawasan itu yang biasanya sesak hujung-hujung minggu begini, sudah sedikit lengang, mungkin kerana ramai yang lebih gemar untuk mengambil cuti panjang pulang ke kampung di musim-musim cuti sekolah begini.
Fikri melonjak-lonjak keseronokan bila kukatakan pada Mak Sinah yang aku hendak membawa dia keluar berjalan-jalan. Puan Salbiah yang masih belum balik dari saloon rambut pastinya tentu sahaja bersetuju dengan hasratku untuk membawa Fikri keluar berjalan-jalan. Seharian di rumah tanpa aktiviti yang menyeronokkan sudah pasti membosankan anak kecil itu. Murni pula sempat mencapai beberapa helai pakaian dan keperluan hariannya dan disumbatkan ke dalam beg sandang kecilnya.Aku tidak tahu apa perlunya barang-barang tersebut, dan hanya mengerutkan dahi kepadanya apabila dia mengenyit mata nakalnya kepadaku.
Sewaktu membelokkan kereta di Plaza Tol Besraya, aku tersentak apabila terlihat kelibat abang Amirul di dalam sebuah kereta dari jenis Proton Wira berwarna hijau lumut bersama-sama seorang perempuan yang kukira agak cantik di sisinya. Aku hanya memerhati kereta itu dipandu laju di hadapanku setelah melepasi kaunter tol, namun masih sempat mengingati nombor plat kereta tersebut, WJU7788. Mujurlah Murni dan rakan-rakannya tidak nampak perubahan air mukaku kerana insiden itu berlaku dalam masa yang amat singkat, namun jantungku mula berdegup laju, seiring dengan mindaku yang semakin laju berfikir tentang apa yang telah aku perhatikan seketika tadi.
"Rumah kitorang kena naik kat traffic-light tu, kak Datul....", tiba-tiba sahaja aku dikejutkan dengan suara Khuzaimah yang meminta aku membelokkan kereta ke simpang di sebelah kanan. Aku segera memberi isyarat ke kanan, dan berhenti di simpang tiga berlampu isyarat, di mana isyarat lampu dihadapanku menunjukkan perubahan dari warna kuning ke merah.
"Kalau ayah, mesti ayah terus aje jalan...kan kak Murni kan..", suara petah Fikri tiba-tiba sahaja terdengar dari bahagian belakang. Aku melirik wajah comel itu melalui cermin pandang belakangku, dan nampak dia sedang menghisap gula-gula, sambil kepalanya disandarkan di tubuh kakaknya, Murni. Sedikit pun dia tidak tertidur walau perjalanan yang hampir memakan masa dua puluh lima minit itu agak membosankan. Radio yang sengaja kupasang agak perlahan hanya mengalunkan lagu-lagu nasyid bermelodi rendah yang agak menenangkan.
"Kak Datul baru belajar memandu la Afi....ayah kan dah lama memandu...", sambung Murni, sambil menjenguk melihat kawasan sekitar Serdang dengan penuh minat. Nampaknya seperti dia tidak pernah memasuki kawasan tempat tinggal sahabat-sahabatnya itu.
"Apartmen depan tu aje kak Datul....", Khuzaimah menunjuk ke arah sebuah apartmen yang baru siap dibina, sejurus melepasi lampu isyarat tadi. Seingatku, belum pernahlagi aku melihat binaan itu di situ, nampaknya bangunan tersebut merupakan bangunan yang baru dibina. Beruntunglah mereka, kerana ada sebilangan pelajar yang masih lagi menyewa di rumah-rumah lama walaupun harga rumah lama dan rumah baru hampir sama kadar sewaannnya.
Aku menghentikan keretaku di bahagian tempat meletak kereta berhampiran bangunan kediaman lima tingkat tersebut. Kawasan sekeliling kelihatan agak lengang, yang kelihatan cuma sebuah dua kereta melintas untuk lalu di kawasan tersebut.
"Jemput masuk dulu kak Datul, Murni dan Fikri...minum-minum air dulu ke...", Khuzaimah mempelawa, agak ramah. Aku menoleh memandang Murni, meminta pendapatnya. Nampak Murni hanya menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum kepada dua rakannya.
"Sorry la....aku nak bawa kak Datul tengok UKM la...dia kan dah lama tak ke sana...", aku cukup terkejut mendengar kata-kata Murni, namun aku hanya menganggukkan kepala dan tersenyum kepada dua anak gadis tersebut sebelum mereka meminta diri untuk naik ke rumah mereka. Sebaik sahaja Murni melabuhkan punggungnya di sebelahku, cepat-cepat aku menepuk pahanya.
"Ehhh....akak ada cakap dengan Murni kita nak terus ke UKM ke?"
Murni hanya tersengih-sengih dengan wajah yang cukup selamba. Dia
mengarahkan aku segera memandu apabila melihat sebuah kereta polis lalu di sebelah keretaku. Telunjuknya yang begitu ketara menyebabkan salah seorang pegawai polis yang duduk di bahagian tempat duduk belakang kereta tersebut menoleh dua tiga kali untuk memastikan yang keadaan sekitar adalah selamat.
"Murni nak tunjukkan sesuatu pada kak Datul....",dia masih dengan senyuman yang penuh dengan teka-teki. Aku hanya mengangguk-anggukkan kepalaku, walau kepalaku masih sarat dengan pelbagai persoalan yang tidak terjawab. Pemanduan diteruskan jua walau dalam keadaan yang agak lesu. Serasa kelibat abang Amirul bersama seorang wanita cantik seketika tadi menerbangkan separuh dari semangatku untuk terus melakukan apa-apa aktiviti bersama Murni dan Fikri tika itu.
Melepasi laluan ke tol Serdang di sebelah kiri, manakala laluan ke Universiti Pertanian Malaysia yang menghala ke sebelah kanan, aku seperti terbayang-bayang lagi insiden seketika tadi di layar mindaku. Siapa agaknya wanita itu? Isterinyakah? Hatiku seperti ditarik-tarik untuk menerka kehadiran wanita di sisi abang Amirul seketika tadi. Murni pula seperti leka dengan lamunan perasaannya, sedang Fikri pula lena di tempat duduk bahagian belakang. Nampak sahaja papan tanda menghala ke Kajang di sebelah kiri, aku segera memberikan isyarat
untuk membelok ke kiri. Jalan tersebut yang mempunyai tiga lorong memudahkan aku untuk memandu tanpa gangguan dari kenderaan-kenderaan lain.
Laluan masih lagi lengang di simpang empat berlampu isyarat yang menghala ke Sungai Merab Luar.Aku sedikit bersyukur, kerana azan Maghrib yang berkumandang di radio yang kupasang sedikit mengingatkan aku tentang solat Maghrib yang perlu dilunaskan tika itu juga.
"Nak solat di mana kak Datul?", tiba-tiba sahaja Murni bersuara. Aku hanya tersenyum memandang wajahnya yang sedikit suram. Kenapa agaknya dia? Apakah kemelut yang dihadapinya sama dengan tekanan perasaan yang sedang melandaku tika ini?
"Masjid Al-Hasanah saja la...nak ke UKM agak jauh juga. Sempat lagi kalau nak berjemaah....", aku menjawab, sambil memusing stereng kereta menghala ke sebelah kanan. Masjid Al-Hasanah, yang dulu sering menjadi tempatku menunaikan rukun Islam yang satu itu, masih lagi seperti dulu. Tidak ada perubahan yang ketara. Kalau ada pun, mungkin dengan pertambahan tempat meletak kenderaan di bahagian belakang masjid. Bilangan jemaah juga bertambah ramai, tidak seperti dulu di mana sukar benar untuk bersolat bersama jemaah wanita.
Aku segera menyuruh Murni bersolat dahulu, sedang aku menunggu Fikri yang masih lena di dalam kereta. Wajarnya, aku mengejutkan Fikri kerana umi sering berpesan tentang keburukan tidur pada waaktu senja-
senja begitu. Tetapi, aku batalkan niat tersebut apabila melihatkan Fikri yang tertidur pulas dengan lenanya. Kasihan pula aku hendak mengganggu lenanya.
Aku hanya memerhati sekitar kawasan yang lama tidak kukunjungi itu. Bilangan kereta agak banyak, ramai yang semakin sedar betapa beruntungnya dapat berjemaah beramai-ramai. Pahalanya saja menjangkau hingga 27 kali ganda, ukhuwah dan silaturahim yang berbekas dari pertemuan-pertemuan yang tidak disengajakan juga biasanya boleh mencerna minda ke arah ikatan persahabatan yang lebih baik. Bukan sedikit kenalanku di masjid ini, malah kebanyakannya orang kuat masjid dan kawasan sekitarnya yang terdiri dari pelbagai ragam dan
usia.
Tiba-tiba sahaja, aku terpandang nombor plat kereta Proton Wira hijau lumut yang diletakkan di bahagian bertentangan dengan keretaku. WJU 7788....sah, memang itulah kereta yang aku nampak di Tol Besraya seketika tadi. Kereta tersebut yang diletakkan bersetentang denganku memudahkan aku untuk memerhatikan bentuk dan keadaannya dengan lebih jelas. Warna metaliknya yang kelihatan agak berkilau disinari samar-samar cahaya lampu di tempat meletak kereta tersebut memberi peluang untuk aku memastikan keadaan bentuk dan rupa kereta tersebut.

Sekujur tubuh tinggi lampai berbaju kebaya warna kuning cerah tiba-tiba sahaja menghampiri kereta tersebut. Rambut ikalnya beralun, dan tas tangan hitam disangkut di bahu kanannya. Dalam kesamaran senja yang kian kelam, aku dapat melihat wajah wanita itu dengan agak jelas juga dengan bantuan sinaran lampu sediada. Wajahnya agak cantik, hidung mancung terletak dan mukanya berbentuk sedikit bujur sirih. Kelihatan dia menguakkan sedikit rambutnya sambil bersandar di pintu kereta sebelah hadapan. Matanya berkali-kali melirik jam di pergelangan tangannya, dan sesekali matanya melingas ke arah laluan tempat solat lelaki yang berada di sebelah kiri masjid tersebut. Pasti abang Amirul yang ditunggunya, aku menerka sendiri. "Ehhh...kak Datul....Fikri dah bangun ke?"
Aku begitu terkejut apabila Murni tiba-tiba sahaja berada di hadapanku. Nampak dia hanya menyumbatkan kain sembahyangnya ke dalam beg dengan agak kelam kabut, dan segera pula melabuhkan punggungnya di atas tempat duduk hadapan. Aku melirik sekilas ke arah wanita di sisi kereta tersebut, masih lagi tidak sedar yang aku asyik memerhatikannya seketika tadi.
"Belum lagi....akak nak solat dulu la....", sambil menarik beg berisi kain sembahyang yang memang sentiasa tersedia di dalam kereta, aku segera melangkah menuju ke laluan tempat bersolat wanita. Laluan terbuka itu memang luas dan memudahkan aku melangkah apabila sesekali berselisih dengan beberapa jemaah wanita lain yang sudah menunaikan solat Maghrib pastinya.
Sehabis menunaikan solat, cepat-cepat aku mencapai tudung dan menyarungnya di kepala. Langkah kulajukan sedikit dari biasa, dengan harapan kereta metalik hijau lumut itu masih berada di tempat meletak kereta. Aku teringin untuk melihat abang Amirul dan wanita itu dengan gayanya yang tersendiri. Selama ini, mungkin aku tertinggal beberapa perkara penting yang tidak pernah abang Amirul ceritakan padaku. Aku pula jenis yang tidak betah untuk bertanya, lagipun aku tidak mahu pertanyaanku akan menjerat diriku sendiri pula. Namun, mindaku seperti memihak padaku supaya mendapatkan sedikit penjelasan tentang kewujudan wanita itu dalam hidup abang Amirul. Tidak tega rasanya hati ini hendak melihat orang yang kusayang menjadi pahlawan dalam hidup orang lain.
Hampanya rasa hatiku apabila melihat tempat meletak kereta tersebut telah kosong. Murni pula, kelihatan sedang melayan kerenah Fikri yang agaknya sudah bangun dari tidur sewaktu aku sedang bersolat tadi. Segera aku meletakkan beg berisi kain sembahyangku di tempat duduk belakang. Seat hadapan aku rapatkan, dan segera aku memasukkan gear reverse. Aku segera mengundurkan kereta untuk keluar dari kawasan masjid tersebut.
Suasana sekitar laluan menghala ke UKM agak sibuk juga. Murni yang beria-ia hendak menunjukkan `sesuatu' kepadaku masih dengan diamnya yang tidak putus. Masuk sahaja di pintu hadapan universiti tersebut, saat itu juga kenangan lama bertamu di layar minda. Saat-saat menerima ijazah di Dewan Canselor Tun Abdul Razak yang lebih sinonim dengan panggilan DECTAR di kalangan pelajar-pelajar UKM, mula membariskan nama-nama yang hampir tenggelam dalam kenangan lama.
Hisham, Nurliana, Nazirah, Hakim, Ridhuan, Solehah dan Siti Zariah dan beberapa wajah lain mula berbaris di layar mata. Entah di mana mereka semua sekarang. Pernah juga bersua dengan Ridhuan yang kini menjadi orang kuat di syarikat ayahnya, tapi tidak pula bersua dengan teman-teman lain yang lebih akrab. Hakim, yang dulu sering menjadi rakan tutoran yang paling akrab juga tidak aku temui. Dengarnya, dia sudah berjaya menghabiskan program sarjananya dan kini dalam proses untuk terbang ke Scotland menyambung pengajian doktor falsafahnya pula. Ah, kenangan yang cukup indah untuk diputar semula, detik hatiku pantas sambil tersenyum sendiri mengingati memori lama yang masih subur di ingatanku.
Pun begitu, banyak juga perubahan yang berlaku di hadapan mata. Binaan baru pondok pengawal di hadapan pintu masuk utama, kini gah dengan beberapa orang pengawal berseragam biru tua berdiri mengawal laluan utama pintu masuk tersebut. Banyak juga pohon-pohon penyeri yang lama telah berganti baru. Bukan lama pun tempoh dua tahun, namun perubahan itu tetap ada.
"Kita ke Kolej Tun Hussein Onn la kak Datul....", ujar Murni, spontan. Aku hanya menganggukkan kepala dan segera membelokkan kereta mengikut laluan di tepi DECTAR. Beberapa orang pelajar perempuan kelihatan berjalan berbondong-bondong menuju ke perhentian bas di luar universiti pastinya. Memang perhentian bas itu juga yang sering menjadi tumpuanku dan rakan-rakan sekamsis terutama pada hari-hari Selasa dan Sabtu kerana ada pasar malam pada hari-hari tersebut.
Maklumlah, saat itu manalah ada kenderaan sendiri untuk bergerak ke mana-mana. Bas, teksi dan komuter sajalaah yang menjadi sumber pengangkutan utama waktu itu.
Tiba di hadapan kolej yang dahulunya dipanggil kamsis, aku segera meletakkan kereta di sebelah bangunan asrama pelajar kolej bersebelahan kolej tersebut. Murni pula, segera mencapai telefon bimbitnya dan segera mendail nombor telefon rakannya, pastinya.
"Awak kat mana ni?"
Tanpa salam, tiba-tiba sahaja pertanyaan itu lahir dari dua ulas bibirnya. Dia hanya tersengih sewaktu aku membisikkan perkataan `salam' di telinganya. Diangkat tangannya menunjukkan yang dia terlupa untuk memberi salam.
"Saya kat bawah ni. Boleh turun sekejap tak ?", dahi Murni sedikit berkerut-kerut, namun kemudiannya dia segera tersenyum lebar.
"WHW 4554....warna kelabu sikit.....jenis Proton Wira.....", dah sah dia sedang menerangkan tentang keretaku kepada sahabatnya. Aku hanya tersenyum membenarkan kata-katanya. Fikri pula sudah bergerak ke belakang kerusiku dan memeluk leherku dengan gaya anak-anaknya.
"Kenapa kita berhenti di sini, kak Datul...?"
Aku segera menarik Fikri ke atas ribaku. Sambil mengusap-usap kepalanya, aku menyentuh bahu Murni yang kelihatan diam sahaja sebaik sahaja habis bercakap di telefon seketika tadi. Dia hanya menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum lebar. Telunjuknya tiba-tiba sahaja menunjukkan ke satu arah di sebalik blok asrama. Aku ternampak kelibat seorang lelaki yang agak tinggi berbaju sejuk warna kelabu dengan seluar tracksuit hitam. Lagak santai sebegitu sedikit menyenangkan aku.
Cepat-cepat Murni menolak pintu kereta dan melangkah keluar untuk bertemu sahabatnya itu. Dalam samar-samar cahaya lampu dari cafe berhampiran, aku mengamati sesusuk tubuh yang agak gagah dan tinggi juga. Senyuman anak muda itu segera mengingatkan aku kepada pelakon melayu lama yang agak aku minati, iaitu Nordin Ahmad.
"Ni kakak sepupu saya, kak Datul. Actually saya rasa awak lebih tua dari dia kot. Dia baru nak masuk 23 tahun...", Murni segera memperkenalkan aku kepada anak muda tersebut. Pelik juga aku, bagaimana pula dia masih di universiti dengan umur yang lebih tua dariku. Tapi, pertanyaan itu hanya tersekat di kerongkongku, tak
mampu aku meluahkannya. Aku tidak seramah Murni, yang petah bercakap dan bertanya.
"Saya....Zairul...nice to meet you....", gaya sebegitu segera mengingatkan aku kepada Khaizan, tapi cepat-cepat kubuang ingatan pada lelaki itu. Dia bukanlah insan penting yang perlu menjadi tugu di mindaku. Pun begitu, aku akui yang anak muda di hadapanku memang benar-benar berkarisma. Sepanjang menikmati makan malam dengannya di sebuah restoran di luar kawasan universiti, gaya seorang lelaki sejati terserlah pada setiap perlakuan dan tutur katanya. Malah, tanpa rasa serba salah, bersahaja dia mencempung Fikri yang terlena beralas badanku sewaktu di meja makan dan diletakkan ke dalam kereta. Patut pun Murni terpikat, desis hatiku tanpa sedar.
"Ok kan dia...kak Datul?"
Pertanyaan itu menyentakkan mindaku, menghilangkan terus bayangan Amirul yang mula mahu bertamu di birai mata. Laluan yang agak lengang ketika itu cepat sahaja membawa lamunanku mengingati kejadian petang tadi. Segera aku menoleh sekilas ke arah Murni, senyum nakalnya membuatkan aku merasa agak hairan.
"Memang ok......tak ada kurang satu apa pun. Tapi, kena hayati jugak......lelaki ni banyak muslihatnya...", suaraku tenang menasihati anak gadis yang sedang meningkat naik itu. Usianya tidak jauh berbeza denganku, tapi sifat keanak-anakannya agak ketara bila dia mendampingiku.
"So.....boleh la akak proceed. Tak ada kurang kan pada dia...?"
Aku terkesima mendengar kata-kata Murni. Apa maksud di sebalik kata-katanya itu? Aku hanya mendiamkan diri, menanti butir-butir selanjutnya keluar dari mulut Murni. Malah, tumpuanku beralih semula kepada jalan raya yang agak sesak kala itu.
"Actually, dia lecturer Murni untuk subject English for Global Science and Technology....sekarang sedang buat Master of Engineering dengan UPM Serdang......tapi, dia lecturer masa first year...dah macam kawan pulak bila jumpa......".
Aku agak terkejut mendengar penerangan Murni. Lelaki yang hanya gemar bertrack suit itu seorang pensyarah? Berbeza benar personaliti dan imej yang dibawanya dengan jawatan yang sedang disandangnya. Pun, aku hanya mendiamkan diri tanpa sebarang komen. Aku pasti Murni akan menyambung semula kata-katanya.
"Dia pernah tanyakan Murni pasal Nadratul Hidayah.......", ayat itu terhenti di situ. Tunak mata Murni memandang reaksiku. Aku sedikit terkejut, tetapi cuba berlagak setenang mungkin. Apa pula kaitan hidupku dengan lelaki itu. Setahu aku, sedikit pun aku tidak mengenalinya.
"Dah lama dia bertanya, tapi Murni diamkan aje...mula-mula Murni fikir tak nak ganggu akak....tapi, lama kelamaan dia makin mendesak. Murni ambil keputusan untuk bawa akak berjumpa dengan dia......maaf....", suara Murni semakin perlahan. Nampaknya dia merasa amat bersalah dengan tindakannya seketika tadi. Patut pun aku tidak diberitahu langsung tentang `sesuatu' yang dikatakannya itu.
"Dari mana dia tau pasal akak?"
Suaraku begitu hambar, walaupun hatiku melonjak-lonjak ingin tahu keseluruhan cerita tersebut. Mengenali lelaki itu pun tidak, dari mana pula dia memperolehi maklumat tentang aku. Tentu ada kawan-kawan yang membocorkan rahsia tentang diriku kepada orang yang tak dikenali. Tapi, bagaimana pula dia tahu tentang Murni, persoalan-persoalan itu mula berlegar di mindaku, memenuhi ruang-ruang kosong yang tidak dipenuhi dengan persoalan tentang Amirul.
"Sebenarnya, dia tu abang sepupu pada Encik Khaizan, rakan sekerja dan pelanggan ayah tu. Kalau tak silap Murni, dia ada datang masa perasmian projek pertama Shahir Holdings dan Utama Berkat tahun lepas. Sejak tu, dia mula bertanya pada Murni tentang akak.....", penerangan anak gadis itu semakin merancakkan mindaku berfikir. Terbayang majlis perasmian projek itu yang terpaksa kuhadiri atas permintaan Encik Muzaffar sendiri. Serasaku, aku masih lagi baru waktu itu, dan hanya mendiamkan diri sahaja tanpa cuba untuk menonjolkan diri di tengah orang ramai, bagaimana pula dia boleh mengenaliku? Khaizan pun belum tentu ingat yang aku menghadiri majlis tu.
"Alaaa.....dia tu baik la akak....ramai student minat pada dia tau.... Murni pun tak sangka dia berminat sangat dengan kakak sepupu Datul ni....rasa bertuah pulak....", Murni sengaja menjolok perasaanku untuk jatuh hati pada anak muda tersebut. Dan, di layar minda, mula terbayang wajah abang Amirul dan wanita berkebaya kuning air itu. Hatiku merintih sedih semula, kenapa orang yang aku sayang tidak sukakan aku, insan lain yang tidak aku senangi pula cuba menarik perhatianku?
Malam itu, Murni tidur di rumahku. Patutlah dia bersedia dengan beberapa helai pakaian dan keperluan asasnya. Puas dia menyogokkan aku supaya menerima saja pemuda itu dalam hidupku. Jenuh juga dia mengungkapkan pelbagai pujian untuk anak muda itu, dah sah anak muda itu menggunakan Murni untuk memikat aku. Pun begitu, tiada sekelumit pun pujukan itu berkesan di hati batuku. Hatiku telah keras, pergi bersama abang Amirul dan gadis berkebaya kuning air itu.
Hari-hari yang kulalui mula kurasakan suram. Walaupun segala tugasan dapat disiapkan dengan sempurna, namun sesekali Marina atau Najihah menegur juga perilakuku yang sering melamun tidak kira waktu. Asal saja tiada kerja, mulalah mereka nampak aku termenung di tepi tingkap, merenung di kejauhan. Aku pun pelik dengan perasaan yang menghantuiku tika ini, tapi itulah hakikat cinta agaknya.
Malah, ketika memandu pergi dan pulang dari kerja juga, seringkali aku dihon kerana alpa dengan warna lampu isyarat yang dirasakan cepat benar berubah. Lamunanku cukup panjang, hingga ada juga Marina dan Linda terpaksa mengingatkan tentang makan malam yang seringkali aku lupakan. Di benak mindaku cuma terbayang-bayang wajah abang Amirul dan gadis berkebaya kuning air itu sahaja.
Kring....kring.....
Pagi minggu yang sepi itu membawa lamunanku makin jauh dibawa khayalan minda dan lautan kenangan yang pernah kusimpul bersama abang Amirul. Tertancap pula fikiran pada seraut wajah gadis manis yang tidak aku tahu namanya. Hatiku mendesah, dan serasa fikiranku berputar ligat. Pasti mereka keluar bersama hari minggu begini, desis hatiku, berfikir yang tidak enak sahaja.
"Hidayah....call untuk kau....hissshhh, duduk sebelah telefon pun boleh tak dengar...", Linda mengomel sendiri sambil menyerahkan gagang telefon kepadaku. Aku hanya tersenyum malas, sedar pada kealpaan diri yang semakin teruk. Segera aku mengambil gagang tersebut dan dilekapkan ke telinga.
"Assalamualaikum....", suaraku sedikit hambar,tanpa keinginan untuk bersuara.
"Waalaikumussalam....", suara lelaki di hujung talian menyentakkan fikiranku. Siapa agaknya? Suara itu cukup asing di mindaku.
"Ini Datul kan?", panggilan itu sahaja sudah cukup mengenalkan aku kepada pemanggilnya. Hanya ada dua insan yang kukenal yang memanggilku Datul. Satu, abang Amirul, yang dah pasti tidak akan menelefonku waktu pagi begini. Malah, bertanya perihal nombor telefonku jauh sekali. Ada pun sekali dua berpapasan sewaktu aku ke pejabat Shahir Holdings untuk berurusan dengan Khaizan. Itupun hanya bertanya khabar dan senyum sedikit untuk mengelakkan Khaizan tahu yang kami memang cukup kenal antara satu sama lain. Dua, Khaizan sendiri yang mula telah menggunakan panggilan itu untukku. Dan, dah sah itu suara Khaizan, kerana iras suara itu memang aku kenal betul."Mana awak tau phone number rumah saya ni?", cepat-cepat aku menjerkahnya. Terdengar dia tergelak, kuat.
"Amboi.....garangnya anak dara orang ni. Kalau tengok sekilas, wajah tu penuh ciri-ciri kelembutan. Tak sangka pulak garang macam ni....", iras suara Khaizan hilang. Itu bukan gaya Khaizan bercakap. Selalunya, Khaizan sukar untuk mengusikku. Kalau dia menyindir pun, dengan bahasa yang sinis. Bukannya direct begini.
"Senyap pulak....well, saya nak ajak awak keluar hari ni. Boleh?"
Pertanyaan itu, sahih ini bukan Khaizan. Hatiku berkocak tiba-tiba. Pantas pula sebuah keluhan aku lepaskan. Aku menarik nafas, menyedut sisa-sisa udara yang masih ada untuk kukumpulkan bagi meneruskan percakapan dengan lelaki tersebut.
"Awak ni siapa, senang-senang aje nak ajak anak orang keluar?", ternyata aku masih mampu mengukirkan sebuah pertanyaan, mengumpul kekuatan untuk berbicara. Saat itu, kemelut yang beraja di hati memikirkan abang Amirul juga telah hilang, digantikan dengan rasa serba salah kerana tidak bertanya perihal lelaki di talian itu terlebih dahulu.
"Kita pernah berjumpa, sekali. Masa kat Bangi....ingat tak?". Sejurus, ingatanku segera berputar. Kejadian dua minggu lepas itu segera bertamu semula di hadapan mataku. Kenangan manis dan pahit pada hari yang sama silih berganti. Dan, sekilas ingatan kepada abang Amirul hadir semula. Aku memejamkan mata, kembali mengumpul kekuatan dalam diri. Kenapa perlu aku memikirkan dia yang sentiasa menghadiahkan sebuah kesedihan di birai hatiku? Dia tak pernah ambil
tahu tentang aku, dia bukan Khaizan, atau abang Hakimi, malah bukan juga Pak Uda, Mak Uda atau Murni, dan juga bukan lelaki yang sedang menelefonku tika ini.
"Ohh....En. Zairul...saya ingatkan siapa tadi. Tentu Murni yang berikan phone number ni ya? Maafkan saya kerana berkasar tadi. Saya ingatkan siapa la tadi....", suaraku kembali hambar, malu pun berkepuk dalam diri, tersedar pada kesilapan diri yang menghamburkan kata-kata yang agak kasar seketika tadi.
"Alhamdulillah..ingat juga Datul pada saya. Actually Murni selalu memanggil Datul dengan nama tu, jadi tak salah kiranya saya menggunakan panggilan yang sama kan?", aku hanya mengangguk, lemah. Entah kenapa, serasa mulutku terkunci semula, walau lelaki itu masih lagi menunggu butir-butir kata dariku.
"Tak...tak apa....", aku sedikit teragak-agak.
"So, boleh saya ajak awak keluar hari ni?", sekali lagi, pertanyaan itu diajukan kepadaku. Sukar juga untuk kuterima pelawaannya. Jarang benar aku keluar berdua dengan lelaki yang tidak aku kenali, malah selama melalui zaman remaja hinggalah menginjak ke alam dewasa sekarang, aku hanya pernah keluar dengan abang Amirul sahaja. Itupun sesekali, abang Hakimi akan sama-sama menyertai kami.
Malah, semasa di universiti pun, aku tidak pernah menerima pelawaan sesiapa untuk keluar berdua-duaan. Ingatan pada abang Amirul menyebabkan aku menolak ajakan teman-teman rapat, terutama Hakim yang sering juga mengajakku menemaninya pulang ke kampung neneknya di Labu, sebuah tempat di Negeri Sembilan. Yang pastinya, abang Amirul saja yang tidak tahu betapa setianya aku menanti kepulangannya, walau kata-kata itu tidak pernah terucap. Mungkinkah aku hanya bertepuk sebelah tangan, hatiku bertanya sendiri.
"Datul.....boleh ke?", suara itu mengembalikan semula diriku ke alam nyata. Terasa wajahku merona merah, menyerbu rasa panas naik ke muka. Aku malu sendiri, alpa yang aku sedang bercakap di talian telefon.
"Err.......", ayatku tersekat-sekat. Apakah yang perlu aku jawab agaknya? Menerima ajakan lelaki ini seolah-olah memberikan harapan kepada dirinya. Menolak ajakannya pula, aku akan tenggelam semula dalam lautan kenangan mengingati abang Amirul yang sahih langsung tidak mengingati aku.
"Kalau awak nak keluar dengan saya, tak payahlah saya nak start enjin kereta ni. Boleh saya tunggu awak terus kat sini....", aku terkesima. Kata-kata itu memungkinkan yang dia sudah berada berhampiran dengan rumahku. Segera aku menjengukkan kepala, melirik ke jalan di hadapan rumah. Memanglah aku tidak mengenali keretanya, tapi mungkin aku boleh pastikan yang dia tidak menipuku. Aku tak nak dia sengaja mengugutku dengan cara yang begitu, mengatakan dia berada di hadapan rumahku, dengan harapan aku akan segera bersetuju dengan ajakannya.
Segera aku ternampak sebuah kereta berwarna kuning keemasan jenis Honda kukira, diletakkan bersetentang dengan pagar rumahku. Di bahagian pemandu, nampak kelibat seorang lelaki yang sedang bercakap di telefon bimbitnya. Gayanya seperti Zairul, dan tanpaku sedar, keluar keluhan kecil dari dalam diriku. Apa perlunya dia ke sini agaknya? Tentu Murni juga yang memberikan alamat rumahku. Murni...Murni.....apa perlunya dia membantu lelaki itu hingga sebegitu agaknya. Terbayang wajah manis anak gadis itu yang agak keletah dan peramah.
"Maaflah...saya mengganggu awak agaknya. Kalau awak rasa keberatan, tak apalah..", terdengar suaranya di talian. Aku jadi gementar, dan tiba-tiba terasa ingin menerima ajakannya. Dia kelihatan terlalu baik untuk diperlakukan sebegitu rupa. Cepat-cepat aku meraup wajah dengan tangan kanan, aku tekadkan hati, pusatkan pemikiran, dan aku melepaskan keluhan yang amat berat.
"Awak boleh tunggu tak? Saya nak bersiap sekejap....". Laju sahaja ayat itu meluncur dari dua ulas bibirku. Dan, bila dia bersetuju, cepat-cepat aku bergerak ke bilik dan menyalin pakaian. Sepasang kurung polos berwarna biru air laut berbunga kecil berwarna kuning cerah aku padankan dengan tudung kuning yang sepadan. Agak simple, dan aku segera menyapu sedikit losyen di tangan dan di kaki, sebelum menyarungkan stokin berwarna coklat cerah. Beg duit yang jarang aku bawa, aku isikan dengan dua keping duit berwarna merah untuk tujuan kecemasan. Telefon bimbit berwarna biruku segera kucapai, dan segera aku menghala ke bilik Marina.
"Aku nak keluar sekejap. Anything, call aku ya....", itu saja pesanku. Tambahan, nampak matanya yang letih, bahana tidur lewat malam tadi agaknya, ataupun kerana ada konflik antara dia dan teman lelakinya. Aku jarang masuk campur, cuma sesekali aku akan jadi kaunselor tak rasmi pada dia dan Linda.
Sebaik sahaja aku menarik pintu pagar, kereta kuning keemasan itu sudah bergerak menghampiriku. Aku segera membuka pintu kereta sebelah kiri, dan cepat-cepat masuk ke dalam kereta tersebut. Bimbang ada mata-mata yang melirik, aku tidak mahu dijadikan bahan tohmahan orang lain.
"Assalamualaikum....", tiba-tiba, aku terdengar suara Zairul. Aku hanya memandang pemandangan keliling, sambil dua ulas bibirku menjawab salamnya.
"Alhamdulillah...bertuah saya kerana Datul sudi keluar dengan saya......", terlalu formal, desis hatiku, tanpa sedar. Pun, aku hanya mendiamkan diri, sambil menghayati lagu nyanyian kumpulan nasyid Alarm Me yang sedang dimainkan di radio. Entah mengapa, tiba-tiba aku jadi selesa dengan suasana tersebut. Malah, bila kereta dipandu laju menuju ke tol Jalan Duta, aku masih lagi dengan diamku
yang tidak putus. Entah ke mana hala tujuannya, aku hanya menanti destinasi yang hendak ditujunya.
"Diam aje...tak selesa ke?", aku sedikit terkejut. Sewaktu melintasi laluan menghala ke Damansara, tiba-tiba sahaja dia menegur. Sangkaku, dia juga tidak akan bersuara apa-apa padaku. Aku memandang wajahnya, tenang, dan nampak bersih. Dia hanya berpakaian simple, t-shirt berkolar warna biru dan berseluar track. Mungkin memang itu trade-mark dia agaknya, atau dia baru balik dari berjogging, pagi-pagi Ahad begitu.
"Saya minta maaf, sebab saya rasa macam saya paksa Datul untuk keluar dengan saya pula.....", lembut sahaja ayat yang keluar dari mulutnya. Aku pula yang merasa bersalah. Mungkin dia menganggap diamku sebagai tanda protesku agaknya.
"Actually, saya memang pendiam. Mungkin Murni pun ada bagitau kan...?".
Dia tergelak. Sekilas dia melirik ke arahku. Tajam matanya memandang wajahku, sebelum memandang ke hadapan semula. Laluan yang tidak begitu sesak memudahkan pemanduannya. Nampak sahaja laluan sebelah kiri yang menghala ke Subang, dia segera memberi isyarat membelok ke kiri. Entah kemana dia hendak pergi, aku pun tidak tahu.
"Banyak yang Murni ceritakan pada saya tentang Datul. Tapi, janganlah risau, saya tak makan orang tau.....", kata-katanya, seiring gelak halusnya, menunjukkan yang dia seorang yang peramah. Aku sedikit lega, sekurang-kurangnya aku tidak tersekat dalam rasa serba salah yang amat hanya kerana mendiamkan diri tanpa ada idea tentang apa yang hendak dibualkan.
"Saya nak bawa Datul ke satu tempat. Tapi, harap Datul tak marah ya.....", masih jua dia dengan kata-katanya yang tidak putus. Pun, dia tidak kisah kalau aku tidak menjawab kata-katanya. Dibiarkan sahaja aku diam sendiri, walau hati berdebar juga, bimbang dia tidak selesa dengan kehadiranku seperti ini. Aku hanya menganggukkan kepala, dan masih mendiamkan diri. Berbeza semasa ada Murni, dia boleh menghangatkan suasana yang suram. Kalau aku sahaja, suasana
yang ceria pun jadi suram tidak bermaya. Setibanya di penghujung arah ke Shah Alam, dia membelokkan keretanya ke lorong sebelah kiri. Perlahan saja pemanduannya, hinggalah aku nampak kawasan perumahan yang agak besar. Aku mula merasa tidak enak, malah rasa gusar dengan hala tuju yang dikatakan Zairul. Aku fikirkan dia cuma mengajakku keluar ke pusat membeli belah atau ke mana-mana pantai peranginan, seperti mana anak-anak muda zaman sekarang. Ternyata, dia berbeza dari apa yang pernah aku fikirkan.
Keretanya diberhentikan di hadapan sebuah rumah dua tingkat bercat biru air laut. Kawasan sekitar masih tenang, cuma sesekali ada sebuah dua kereta melintas. Pagi pun masih awal, jam di tanganku baru menunjukkan ke angka sembilan setengah pagi. Perlahan dia menekan salah satu butang di panel keretanya, dan pagar hitam ditinta warna kuning keemasan itu terbuka. Rumah siapa pula agaknya, namun aku tidak bertanya apa-apa. Rasa gusar sahaja yang beraja di hati, ditambah degupan jantung yang kian laju.
"Jom...nilah rumah family Mak Ngah saya.....rumah emak Khaizan. Datul kenal dengan dia kan....", aku tersentak sewaktu mendengar kata-katanya. Kenapa aku dibawa ke sini? Saat itu, serasa air mataku mahu gugur. Aku jadi gugup, dan jadi takut. Pertama kali mengenalinya, aku sudah dibawa berjumpa ahli keluarganya. Apa mahunya dia dariku? Terasa seperti ingin segera melangkah keluar, cuba menyembunyikan rasa hati yang mula tidak keruan. Ternyata Zairul memang bijak, dia berjaya mengesan perubahan perasaanku.
"Jangan risau.....tak ada apa-apa. Khaizan pun selalu bawa rakan universiti dia, malah saya pun selalu bawa beberapa orang rakan melawat Mak Ngah saya. Dia lumpuh...".
Ohhh, desis hatiku sendiri. Aku hanya menurut langkah Khaizan masuk ke rumah tersebut. Khaizan segera menuju ke sudut rumah yang meletakkan satu ruang tanpa pintu. Berlatarkan sebuah taman kecil yang dihiasi dengan sebuah binaan air terjun buatan yang amat cantik, aku melihat seorang perempuan di atas sebuah kerusi roda dan duduk membelakangkan kami. Perasaanku semakin berdebar-debar. "Assalamualaikum Mak Ngah...". Sejurus, wanita itu memusingkan kerusi rodanya. MasyaAllah, cantiknya dia, terdetik di hatiku. Wajah wanita itu ada iras-iras wajah seorang pelakon yang tidak aku ingat namanya. Yang membezakannya pun mungkin wajah di hadapanku lebih tenang, lebih berusia dan lebih menyejukkan mata memandang. Dia tersenyum memandangku dan segera menyambut tangan Zairul apabila anak muda itu menghulurkan tangannya.
"Ohh...Aqil....awal pula datang. Khai keluar, dia teringin nak makan nasi lemak kat gerai sebelah taman permainan kat belakang sana....ni, siapa pulak gadis manis ni?", ramah, cukup berbeza dengan apa yang aku fikirkan seketika tadi. Sangkaku, dia jenis pendiam, dan tidak akan menghiraukan kehadiran orang-orang di sekelilingnya. Maklumlah, biasanya kebanyakan filem melayu menonjolkan watak yang begitu. Cepat-cepat aku tunduk, bersalam dan mencium tangan wanita itu. Tangannya cukup sejuk, lembut dan dia mengeratkan lagi pegangannya dengan mencium pipiku.
"Ini...Datul. Nadratul Hidayah...".
Nampak wanita itu seperti cuba mengingati sesuatu. Dan tiba-tiba pula dia tersenyum semula. Aku gemarkan senyumnya, senyuman keibuan yang cepat sahaja mengembalikan ingatanku pada umi di kampung. Apalah yang dibuatnya pagi minggu begini, selain dari memberi ayam-ayamnya makan, membersihkan harmster kesayanganku, dan membersihkan habuk yang berkepuk di beberapa sudut rumah.
"Ohhh...Aqil ada beritahu ibu tiga bulan lepas kan. Gadis yang bekerja di syarikat kawan baba....yang berurusan dengan Khai tu ya? Khai pun ada beritahu ibu.....". Aku terkejut mendengar kata-kata wanita tersebut. Sangkaku, dia langsung tidak mengenaliku. Bagaimana pula anak muda ini boleh menceritakan tentang kewujudan seseorang yang belum pun mengenali dia. Aku mula sangsi, entah apa lagi agaknya yang dia tahu tentang aku, dan entah apa lagi halku yang sampai ke
pendengarannya. Aku mengetap bibir, dalam senyum paksa, aku melirik Zairul yang nampak serba salah. Pun, ibu Khaizan cepat sahaja menangkap telahan perasaanku. Dia segera mencapai tanganku, dan mendorong aku keluar dari bilik yang menenangkan itu.
"Mari, kita ke dapur. Rasanya sekejap lagi Khai balik la tu. Aqil, tolong tengokkan dahan bunga ros ibu kat tepi akuarium kat luar tu. Ada yang patah rasanya....", hebat, dia bijak mengatur suasana. Tanpa sedar, aku mula menyukai personalitinya. Ciri-ciri kelembutan dan keibuan yang ditunjukkannya memudahkan aku untuk lebih mesra dengannya. Malah, cara dia menangani suasana hambar tadi begitu hebat. Aku mula kagum dengan perempuan ini, walau baru pertama kali berjumpa. Kenapa agaknya sikap Khaizan berlainan benar dengan perlakuan ibunya agaknya.
Banyak juga pertanyaannya yang tidak mampu aku jawab. Kalau tentang kerja, elok juga. Tapi, bila menyentuh tentang peribadiku, tentang teman hidup, tentang lelaki pilihanku, tersentuh hatiku, dan mula menghadirkan wajah abang Amirul semula. Namun, dia seperti tahu rasa hatiku, akhirnya dia akur juga yang aku perahsia orangnya. Sudahnya, dia bercerita pula tentang dirinya, kemalangan yang menimpanya hingga menyebabkan dia menjadi seorang pengguna tetap kerusi roda tersebut, malah kemalangan yang memisahkan dia dengan dua orang anak kesayangannya, menjadikan Khaizan anak tunggal dalam keluarga tersebut.
Aku jadi sayu, tabah sungguh hatinya meneruskan kehidupan, aku rasa aku tidak mampu untuk menjadi setabah itu. Dan, hari itu juga, baru ku tahu, Khaizan merupakan pewaris tunggal Shahir Holdings, sesuatu yang tidak pernah aku jangkakan, malah tidak pernah aku fikirkan. Sangkaku dia cumalah pekerja biasa seperti aku. Ahhh, banyak benar yang masih belum ku tahu tentang anak muda tersebut.
Sehabis bersarapan, Zairul mengajak aku menemaninya melihat pokok-pokok bunga ros yang menghiasi bahagian sisi rumah. Ros pelbagai warna itu menyemarakkan perasaanku, bukan perempuanlah namanya kalau tidak sukakan bunga. Khaizan, yang agak terkejut dengan kehadiranku sewaktu dia baru pulang tadi, hilang entah ke mana. Cuma, senyuman sinisnya mengiringi setiap suapanku ketika di meja makan tadi, walau aku cuba menghindarinya.
"Maaflah...ibu memang panggil saya Aqil. Nama saya dan Khai hampir sama, kerana kami menyambut hari lahir pada tarikh yang sama, cuma tahun sahaja yang berlainan. Boleh tak Datul panggil saya Aqil sahaja....lebih mudah kalau berbual dengan ibu lain kali.....", aku mendongak melihat dia. Tajam matanya memandang wajahku, apa reaksinya agaknya kalau aku katakan yang aku mahu balik waktu itu juga. Aku rasa cukup bersalah kerana hadir ke rumah itu waktu itu. Terbayang semula wajah Khaizan yang agak murung seketika tadi. Apa mahunya mereka dariku agaknya.
Pun, segala jawapan itu tetap tidak terjawab. Aku sahaja yang semakin memendam rasa dengan perilaku mereka terhadapku. Terlebih dengan anak muda bernama Muhammad Zairul Aqil itu, aku jadi panik dengan setiap tindakannya. Malah, usulannya untuk melawat ibuku di kampung cepat-cepat aku tolak kerana masa yang masih tidak mengizinkan. Itu kataku, padahal kemelut rasa yang menjeruk hatiku hanya aku sahaja yang tahu. Hebatnya rasa gundah itu, ingatan pada Amirul tetap jua utuh. Ahh, aku sukakan seseorang yang langsung mengabaikan aku. Dapat aku rasakan, aku hanya bertepuk sebelah tangan. Pun, aku masih meyakini kuasa Tuhan agar memberi aku peluang untuk menjadi suri di hati Amirul.
Layar kenangan pertemuan yang agak panjang itu masih lagi bertamu di birai mata sewaktu aku menghadap kerja-kerja di pejabat keesokannya. Sesekali tersenyum juga bila mengingati Aqil, ahh, pelik sungguh untuk memanggil begitu. Tapi, aku harus akur juga, lagipun setakat panggilan biasa tanpa ada kesan sampingan yang lain. Itu yang terdetik di mindaku.
"Cik Nadratul, En. Khaizan nak berjumpa....", tersentak aku bila tiba-tiba sahaja Najihah meluru masuk ke bilikku. Di belakangnya, Khaizan tersenyum dengan begitu sinis. Ada ciri-ciri menyindir di balik senyumnya itu. Aku segera menganggukkan kepala kepada Najihah yang kelihatan serba salah, dan mempersilakan Khaizan duduk. Lakunya lambat, tunak sahaja matanya memandang wajahku. Cepat-cepat aku menarik beberapa buah fail yang sedang digunakan di hadapanku dan menyusunnya di sisi meja sebelah kanan. Lantas, aku menyandarkan kepala di kerusi, dan segera melemparkan sebuah senyuman bersahaja untuk anak muda tersebut. Cepat-cepat dia merapatkan kerusinya ke
hadapanku, sambil jua tersenyum.
"Well, macam mana dengan pertemuan semalam? Seronok? ". Pertanyaan itu mematikan niatku untuk melayan perlakuannya hari ini secara biasa. Dari cara senyumannya saja aku sudah dapat mengagak ada sesuatu yang hendak ditempelaknya tentang kejadian semalam. Pun, aku cuba tersenyum semanis mungkin. Tidak terdetik pun hendak membalas kata-katanya yang sedikit berupa sindiran padaku. Dia masih lagi tunak memandang anak mataku, mencari jawapan yang aku pasti dia sendiri tidak tahu apa yang hendak diketahuinya.
"Seronok juga. Banyak yang dapat saya belajar semalam...terutama bila diberi peluang untuk berjumpa dengan ibu En. Khaizan...", sengaja aku tekankan nama ibunya sedikit keras. Dia agak tersentak, namun memang dia tidak mudah gelabah. Wajahnya tenang tanpa ada riak terkejut. Mungkin dia menyangka yang aku merasa bangga dapat keluar dengan Aqil, nampaknya dia masih belum mengenali diriku sepenuhnya. Wajar aku katakan yang aku tidak suka hal-hal peribadiku dicampur aduk dengan kerja-kerja seharianku di pejabat. Terlebih dalam keadaan yang aku sendiri tidak tahu untuk apa hal itu perlu dibincangkan tika itu.
"Baguslah. Abang Aqil pun agak rapat dengan ibu....", suaranya sedikit hambar, dan bersama wajahnya yang kian suram, dia membuka fail projek yang dibawanya tadi. Aku cuba memahami maksud air mukanya dan gayanya, namun dia bijak menyembunyikannya. Sudahnya, perbualan seterusnya hanya berkisar tentang hal projek yang hendak dijalankan sahaja. Sedikit pun tidak terusik dengan masalah `perang dingin' yang tiba-tiba sahaja meletus semula antara aku dan dia.
Terlukis di peta minda, apa pula yang telah aku lakukan agaknya. Adakah perlakuanku semakin mengeruhkan keadaan yang sudah kembali jernih, atau sebaliknya. Pun, aku hanya membiarkan hal itu berlalu begitu sahaja. Hendak memikirkannya cuma menambah deraan perasaanku yang kian sesak, ditambah dengan abang Amirul yang kian jauh, hatiku jadi gundah semula. Dan, rasa bersalah itu wujud semula, berkepuk dalam diri, mencari ruang untuk menuturkan ucapan maaf untuk meleraikan segala kemelut rasa yang aku alami tika ini. Tapi, pada siapa agaknya kata-kata maaf itu perlu kuucapkan, aku sendiri jadi
tidak keruan untuk memikirkannya. Sudahnya, aku biarkan segala-galanya berterusan begitu sahaja. Aku jadi leka dengan tugasan harianku, walau sesekali perasaan rindu dan bersalah silih berganti mengisi ruang hatiku yang selama ini tenang tanpa gangguan.
Bulan Syaaban yang sudah hampir sampai ke penghujung menyungkingkan sedikit senyum merawat hatiku yang sedikit terusik. Teringat Ramadhan dua tahun lepas, di saat aku menyambutnya bersama umi di kampung. Saat itu, aku masih lagi menganggur, dan sebulan Ramadhan aku lalui bersama umi yang sentiasa menghadiahkan nasihat dan panduan yang tidak putus-putus untukku. Kalau di bulan-bulan Islam yang lain, umi tidak terlalu memerhatikan lakuku, mana yang terlebih tetapi masih boleh diterima, hanya didiamkan, dan kalau ditegur pun, hanya dengan tepukannya di bahuku, selebihnya yang akan membawa aku menyandarkan diri di bahunya, dan dia akan memelukku, kejap dan erat.
Berlainan dengan bulan Ramadhan, dia sentiasa memerhati lakuku waktu itu. Entah sudah berapa kali aku disogokkan dengan kata-kata nasihat yang bulan itu membawa sejuta keberkahan dan rahmat untuk semua umat Islam. Bulan itu juga bulan pengampunan dosa dari Allah, dan di bulan itu juga diwajibkan berpuasa selama sebulan. Malah, setiap malam, aku dan umi akan bersama-sama menapak ke masjid kampung untuk sama-sama berjemaah solat Isya' dan bersolat Terawih. Saat itu, kalau ada lebihan rezeki kami berbuka, atau ada lebihan kuih atau makanan yang dibuat, pasti saja menjadi rezeki anak-anak kampung yang masih kecil yang kebanyakannya dari keluarga yang serba kekurangan, sama ketika
waktu aku dan abang Hakimi kecil-kecil dahulu.
Yang paling menyeronokkan juga, umi akan mengajakku bertadarus Al-Quran selepas solat Asar, menghayati tafsiran setiap ayat yang akan mendekatkan diriku kepadaNya. Kadang-kadang, seperti tahun-tahun sebelumnya, mampu juga Al-Quran itu dikhatamkan sehingga tiga kali bacaan. Umi memang mendidik aku dan abang Hakimi selengkapnya, pun kealpaan yang kadang-kadang hadir membuka hatiku untuk mengingatiNya semula. Mana tidaknya, sesekali, alpa juga aku apabila terlalu asyik pada kerja dan tugasan hingga terlupa padaNya, padahal aku sendiri
maklum yang setiap kerja dan perbuatan itu satu ibadah dan mesti dimulakan dengan namaNya yang Maha Besar dan Berkuasa.
"Termenung lagi....ingatkan dah ok dah.....", tepukan lembut dibahuku menyebabkan aku segera berpaling. Mengimbau kenangan Ramadhan, memuhasabah diri untuk bertemu Ramadhan kali ini dalam keadaan yang lebih tenang dari tahun-tahun sebelumnya, menarik seketika pemikiranku dari alam nyata. Aku hanya tersenyum kepada Marina yang sudah duduk di sisiku. Sebuah majalah wanita yang memang sengaja ku langgan untuk mencari resepi-resepi menarik sudah berada di tangannya. Dia membelek-belek majalah itu, dan dari gayanya, aku tahu ada sesuatu yang hendak diceritakannya padaku.
"Tak keluar? Linda mana?", aku sengaja membuka cerita. Nampak air mukanya sedikit rusuh, tapi wajah yang ada iras-iras seorang pembaca berita di sebuah stesen televisyen tempatan itu tetap cantik walau tidak berseri sepenuhnya.
"Entah...keluar rasanya. Tadi nampak dia menggosok blouse, masa kau keluar untuk jemur baju....", majalah ditangannya diletakkan di atas meja. Tangannya mencapai pula remote-control, mencari siaran yang sesuai untuk dilihat. Namun, pagi-pagi begitu, tambahan pula cuti hujung minggu, yang ada hanyalah cerita kanak-kanak, rancangan komedi yang langsung tidak bersesuaian dengan seleranya. Pantas pula, punat off ditekan dan dia menyandarkan tubuhnya ke sofa. Sesekali, rambutnya dikuakkan ke belakang, dan keluhan halus menyinggahi deria pendengaranku, mewujudkan satu perasaan halus yang tidak terkawal. Segera, aku menyentuh pergelangan tangannya dengan lembut.
"Kenapa ni? Kau ada problem? Boleh aku tau?". Wajahnya dihalakan ke
arahku, dan tiba-tiba sahaja air matanya merembes keluar, tidak dapat
ditahan-tahan. Pengalaman menghadapi keadaan sebegitu, malah ketika bersama
teman-teman serumah semasa di universiti dulu, tidak memudahkan untuk
mewujudkan perasaan panik di hatiku melihat insiden itu. Aku segera memeluk
Marina, dan kepalanya kuusap lembut. Aku biarkan dia menangis sepuasnya. Pasti
dengan cara itu dapat meredakan perasaan yang sedang berkecamuk di mindanya.
Dan, dia mengeratkan pelukannya, dengan air mata yang masih terus mengalir,
melepaskan resah yang entah sudah berapa lama disimpannya.
Mungkin sewaktu aku selalu melamun dulu pun, sudah disimpannya perasaan sedih dan tertekan, hingga tidak mampu dia mengawalnya lagi. Kasihan, aku terlalu mementingkan diri, tanpa sedar ada orang yang memerlukan bantuanku. Rasa bersalah kerana mengabaikan teman-teman serumah mula hadir, terlalu taksub dengan keperluan diriku sahaja. Aku minta maaf sahabat, dan kata-kata itu cuma tersekat di kerongkongku, tidak mampu aku luahkan dalam situasi sebegitu.
"Maafkan aku. Aku tak dapat kawal diri.....aku terlalu sedih tadi....", sebaik sahaja dia merenggangkan pelukannya, dia menyapu-nyapu kesan air mata di matanya dengan tisu. Aku jadi kasihan melihat perlakuannya. Nampak dia begitu tertekan.
"Tak apa..aku tak kisah. Yang penting, aku sentiasa ada di sisi kalau kau perlukan aku...", seupaya mungkin aku cuba mencari ayat yang sesuai. Saat seperti itu, hati sesiapa pun mudah tersinggung. Aku tidak mahu keadaan bertambah buruk dengan kata-kataku nanti. Nampak dia menyungkingkan sebuah senyuman yang agak hambar. Wajahnya suram, dan ada sisa tangisan yang mahu dihamburkan, namun, sedayanya aku melihat dia cuba menahannya.
"Mungkin kau pernah bercinta kan? Tapi, pernah putus cinta tak? ", pertanyaan spontan itu sedikit mengejutkan aku. Sesaat pula, ia menghadirkan semula wajah abang Amirul yang sekian lama hampir aku lupakan. Bercintakah aku dengannya? Putus cintakah aku dengannya, dan semua pertanyaan itu memenuhi semula ruang pemikiranku. Pun, aku hanya menggelengkan kepala sebagai menjawab pertanyaan Marina. Dia hanya menggelengkan kepalanya, dan senyum tawar itu sekali lagi menghiasi wajahnya.
"Baguslah Hidayah...tak payahlah bercinta. Perit dan memedihkan....aku ni contoh orang yang putus cinta...macam ni la jadinya...", terhinggut-hinggut semula bahunya menahan tangisan yang masih bersisa. Aku jadi kasihan semula, pun tangisan itu cuba dikawalnya semampu mungkin. Seboleh mungkin dia mahu menyampaikan luahan rasanya kepadaku.
"Kau pun tahu macam mana aku sayangkan Izham tu, siang malam aku mengingati dia, mengharapkan dia bahagia, bantu dia, bagi sokongan pada dia......dan, kalau kau ingat masa motor dia hilang hari tu, aku yang bagi dia separuh pembayaran untuk dia beli motor baru. Tentu kau ingat kan?"
Aku terkesima mendengar kata-kata Marina. Terbayang perilaku Marina melayan Izham yang sudah masuk tahun keempat dikenalinya, meminta pendapatku jika ada masalah yang tidak dapat diselesaikan, membantu dan memberi dorongan kepada lelaki itu sewaktu lelaki itu menyambung pengajiannya di sebuah kolej swasta, malah aku juga pernah beberapa kali berjumpa dengan Izham, melihat perlakuannya dan Marina, dapat aku rasakan yang mereka akan bahagia hingga ke akhir hayat.
Malah, aku mengenali Izham sebagai seorang anak muda yang baik, akhlaknya sempurna, solatnya juga mencukupi, dan tutur katanya sopan tidak melampaui batas yang sepatutnya. Kasih sayangnya untuk Marina pula, bukan tidak pernah dia menelefonku hampir ke pukul empat pagi kerana Marina tidak mahu bercakap dengannya, malah sudah diusulkan padaku yang dia akan menyunting Marina untuk dijadikan isterinya yang sah. Dapat aku rasakan, dia memang menyayangi Marina.
"Dia akan berkahwin selepas hari raya ni, dengan gadis pilihan ibunya. Pernah dia bagitau aku yang dia tak begitu sukakan gadis tu, tapi...dah beberapa kali aku nampak dia dengan seorang gadis, siap berpimpin tangan lagi. Mana satu yang aku nak percaya? Semalam aku tanyakan pada dia, kau tahu apa yang dia kata...itu urusan dia dan aku tak boleh masuk campur....".
Kasihan aku mendengar cerita Marina. Dia juga seorang gadis yang baik, kekasih yang setia dan teman yang akrab. Kenapa agaknya Izham sanggup buat dia begitu? Terbayang semula abang Amirul di layar ingatan, bersilih ganti dengan wajah Khaizan, Aqil dan Izham, otakku mula merumuskan perkara-perkara yang negatif. Pun, aku cuba menafikannya. Kalau asyik disogokkan dengan yang negatif saja, nanti aku jadi seorang wanita yang anti pada kaum lelaki pula.
Khaizan pula, sejak kejadian aku bertemu ibunya, sudah memulakan perang dinginnya semula. Aku hanya membiarkan, pun mengharapkan yang dia akan berubah. Setahu aku, dia bukanlah jenis pendendam orangnya. Takkanlah kerana Aqil membawa aku bertemu dengan ibunya, sudah ada bibit-bibit kerisauan di hatinya. Padahal, aku dan Aqil tidak ada apa-apa hubungan istimewa, hanya sekadar dua sahabat yang agak rapat. Malah, sesekali sahaja anak muda itu menghubungiku, menanyakan perihal diri dan kesihatanku. Pun, aku menganggap itu hanyalah rencah sebuah kehidupan, anugerah Allah untuk aku berfikir tentang gelagat dan perlakuan manusia, untuk dijadikan iktibar dan panduan hidup.
Yang penting, aku harus bersabar dan tidak cepat melatah menghadapi situasi sebegini.
Aku menasihati Marina supaya bersabar, dan bercerita perihal jodoh dan kuasa Tuhan, malah menyematkan di fikirannya yang semuanya ujian dariNya untuk melihat ketabahan seorang insan yang lemah, hambaNya yang disayangiNya, dan setiap yang diuji itu, petanda Allah juga sentiasa mengingati kita. Sempat juga aku selitkan yang itu semua adalah penyeri hidup, masalah yang akan melatih diri untuk berfikir, dan yang paling utama kehidupan di dunia ini hanyalah sebuah
kehidupan sementara yang amat singkat dan penghujungnya tidak terlalu
jauh. Apa yang perlu, bekalkan diri dengan segala amalan yang mencukupi dan ibadat yang sempurna untuk bertemuNya dalam keadaan khusnul khatimah, beriman sepenuhnya untukNya.
Marina akur dengan nasihatku, dan ketenangan dari air mukanya selepas itu, mewujudkan suatu perasaan yang cukup indah di hatiku. Pun, aku tetap cuba berusaha sebaik mungkin untuknya. Lantas, kuatur sebuah pertemuan dengan Izham selepas waktu pejabat. Kuajukan padanya tentang hubungannya dengan Marina, dan nampak iras wajah yang sayu walaupun kata-katanya menafikan yang dia juga sedih dengan setiap apa yang berlaku.

Aku tak nak dia bersedih, Hidayah. Memang, sengaja aku tunjukkan kemesraan
antara aku dan gadis tu di hadapannya, supaya dia tak akan bersedih dengan
perpisahan kami nanti. Walhal, aku terlalu sayangkan dia hingga aku merasakan
aku telah melukakan hati dia lebih dari yang sepatutnya. Tapi, apa yang boleh
aku lakukan. Ibu dan ayahku berhutang janji dan aku sendiri, sepanjang tempoh
persekolahanku, semuanya ditanggung oleh keluarga gadis tu. Aku terpaksa akur,
walaupun hati aku menolak sepenuhnya perkahwinan ni. Entahlah, aku cuba untuk menolak, tapi mungkin jodoh aku bukan dengan Marina.....".
walaupun hati aku menolak sepenuhnya perkahwinan ni. Entahlah, aku cuba untuk menolak, tapi mungkin jodoh aku bukan dengan Marina.....".
Aku terpaku mendengar pengakuan itu. Tindakannya yang tidak menolak untuk
bertemu dan berbincang denganku menyatakan yang dia ikhlas dalam setiap
tindakannya. Akhirnya, aku akur yang dia bukanlah jodoh Marina. Apa yang aku
harapkan, Marina akan berjumpa dengan insan yang lebih baik dari Izham selepas
ini. Pun, tidak aku nafikan, riak kekesalan itu tampak jua di wajah Izham
sebelum dia berlalu meninggalkan aku. Berulang-ulang juga pesannya agar aku
membantu
Marina selepas ketiadaannya nanti. Nampak yang dia agak risau jika Marina tidak mampu menangani kekecewaan itu seorang diri. Kasihan, tapi itulah hakikat kehidupan yang kadang kala terpaksa dipatuhi walau tanpa kerelaan sepenuh hati.
Kisah itu terpahat kemas di ingatanku. Seiring dengan itu, menghadirkan semula wajah gadis yang pernah ku lihat bersama abang Amirul satu ketika dulu. Terfikir aku, jika gadis itu juga insan istimewa dalam hidupnya, takkanlah aku tergamak untuk memutuskan hubungan suci itu. Sudah tentu kekecewaan yang sama akan dialami oleh gadis tersebut seperti yang dialami oleh Marina. Memikirkan hal itu,
aku jadi sangsi dengan mainan perasaanku, dan aku memikirkan semula antara kehendak diri dan keperluan orang lain.
Alunan irama nasyid kumpulan In-Team yang mendamaikan jiwa tiba-tiba sahaja memecahkan lamunanku petang itu, sejurus aku melihat paparan telefon bimbitku yang diletakkan di atas meja tulis di dalam bilikku. Nama `Khaizan' terpapar, dan tanpa sedar keluar keluhan halus dari dalam diriku.
"Assalamualaikum", salam ku ajukan, walaupun agak sukar untuk menerima hakikat yang Khaizan sudah bertindak luar biasa jika menghubungiku di luar waktu pejabat.
"Waalaikumussalam. Datul apa khabar?", hampir dua minggu melarikan diri darinya, malahan meminta Nizam menguruskan beberapa hal penting berkaitan projeknya, selama tempoh itu jua aku tidak berhubungan dengannya. Mendengar suara lembutnya, aku jadi sedikit tenang, mengharapkan yang dia tidak akan membangkitkan lagi hal aku mengikut Aqil bertemu ibunya.
"Alhamdulillah. Encik Khaizan apa khabar?", masih aku seperti itu, terasa janggal untuk berbicara dengannya. Bukannya aku tidak biasa, tapi aku sedikit gentar jika matanya tajam melirikku, dan senyum sinisnya tidak pernah putus mengiringi setiap bicaranya. Sudah jadi tabiatku sejak dahulu, tidak gemar dengan lirikan dari insan
berlainan jenis. Tak aku sangka akan berurusan dengan lelaki seperti itu. Pun, aku tidak menyalahkan Khaizan. Pasti sudah begitu gayanya, mana mungkin aku berupaya menangkisnya. Dah tentu itu jua anugerah Allah untuknya.
"Baik. Ibu jemput Datul ke rumah. Baba...ayah saya baru balik dari mengerjakan umrah. Kami ada buat sedikit kenduri doa selamat. Boleh kan? Nanti abang Aqil akan menjemput Datul......", aku jadi terkejut mendengar kata-kata Khaizan. Permainan apakah ini, tapi cepat-cepat pula aku menenangkan diri. Niatnya baik, sangkal hatiku yang saat itu cepat saja berfikiran negatif, dan secepat itu juga aku
menghindarinya.
"Boleh ajak kawan-kawan saya sekali? Ada dua orang ni....", terfikir aku pada Marina dan Linda, elok juga jika aku mengajak mereka, mengurangkan rasa sangsi dan tidak enak yang akan timbul jika aku berdua-duaan dengan Aqil nanti, terlebih dari Khaizan sendiri. Senang hatiku apabila Khaizan bersetuju dengan usulku, dan memastikan yang Aqil akan mengambilku seawal pukul enam petang nanti. Pada Marina dan Linda, berkali-kali aku mengingatkan mereka agar bersedia untuk
berkunjung ke rumah kawan Encik Muzaffar, itu kataku pada mereka.
Lagipun, tidak pernah aku ceritakan hubunganku dengan Khaizan dan Aqil. Malah, nama abang Amirul juga tidak pernah singgah di pendengaran mereka. Kalau ada pun, cuma sekali aku pernah bercerita dengan Marina tentang pertemuanku dengan sahabat lama dari kampung yang sama denganku. Selebihnya, aku lebih suka menyimpannya sendiri. Tidak mahu berkongsi masalah dengan orang lain, menyesakkan pemikiran teman-teman rapatku. Walaupun begitu, aku tidak kisah jika mereka mahu meluahkan masalah mereka padaku. Sudah jadi tanggungjawabku, malah sejak aku di bangku sekolah lagi, kebiasaan menjadi pakar rujuk dan kaunselor tak rasmi seolah-olah sudah sebati dengan diriku.
"Saya ada kat depan rumah Datul ni....", kata-kata di talian telefon itu membuatkan aku menjengukkan kepala ke hadapan rumah. Nampak kereta dari jenis Honda berwarna kuning keemasan itu, cepat sahaja aku menggamit Marina dan Linda yang sedang duduk menunggu untuk pergi ke rumah ibu Khaizan bersama-samaku petang itu. Elok pula, kebetulan sahaja kedua-duanya tidak keluar ke mana-mana hari itu. Biasanya, kalau ada Marina, Linda pula tiada. Kalau ada Linda, Marina pula yang tiada. Macam berjanji sahaja yang kedua-dua teman serumah akan
menemaniku hari ini.
"Assalamualaikum...", Aqil, nampak berbeza hari ini. Dia berbaju melayu berwarna hijau tua. Nampak tampan dan segak pula, tambahan bila songkok juga disarungkan di kepala. Tidak pernah aku melihat dia sesegak itu. Aku menjawab salamnya dan segera melabuhkan punggung di sisinya. Marina dan Linda hanya tersenyum-senyum, sesekali berbisik halus, menerbitkan rasa ingin tahu di hatiku. Pun, aku hanya mampu mendiamkan diri setelah mengenalkan mereka berdua kepada Aqil.
Rancak juga perbualan antara Aqil dan dua sahabatku itu, walaupun sesekali aku menyampuk jua. Maklumlah, Marina dan Linda memang pandai bercerita, ada sahaja yang hendak dibualkan. Tambahan pula, aku rasa bersyukur dengan perubahan dalaman Marina. Dalam masa yang agak singkat, dia dapat menerima hakikat akan kehilangan Izham, walaupun aku benar-benar tahu bagaimana bersungguhnya perasaannya untuk anak muda itu. Nampaknya sedaya upayanya dia cuba melawan kemelut perasaan yang menghantui dirinya, menolak kesedihan yang wujud dalam diri dan menerbitkan rasa tidak endah walau bukan itu yang diinginkannya.
Linda pula, khabarnya akan melangsungkan perkahwinannya awal tahun hadapan. Segala persiapan hampir sempurna, hanya menunggu beberapa urusan lain yang perlu diselesaikan. Malah, kad undangan perkahwinannya telah diserahkan kepada aku dan Marina, memastikan yang kami berdua akan mengambil cuti untuk menghadiri majlis perkahwinannya nanti. Tambahan, Linda anak kelahiran Melaka itu sudah berkali-kali menegaskan padaku yang kampungnya tidak sejauh mana. Hanya dua jam perjalanan, itu yang diberitahunya, mengharap sungguh aku dan Marina akan hadir. Dan, jauh di sudut hati, muktamad sudah keputusanku untuk tidak akan mensia-siakan undangannya itu.

"Ehh...Datul, mari masuk....ajak kawan-kawan tu sekali....", penuh
penghormatan dari ibu Khaizan, tanganku ditarik supaya mengikutnya menuju ke
ruang dapur. Marina dan Linda menurut langkahku dari belakang. Kelihatan meja
makan telah ditolak ke tepi untuk meluaskan ruang. Beberapa orang wanita sedang
duduk berbual-bual. Dari gaya pakaian mereka sahaja, aku tahu mereka bukan
orang sebarangan. Pasti kebanyakannya bergelar datin atau puan sri, memikirkan
kedudukan keluarga Khaizan di mata masyarakat umum.
Walaupun begitu, cepat sahaja aku tunduk dan menyalami setiap tetamu yang hadir. Memang itu yang selalu umi ajarkan padaku, dan tabiat itu seperti sudah sebati dalam diriku. Tiba sahaja di sisi Puan Salbiah, Mak Udaku, aku segera duduk di sisinya, mengisi ruang kosong yang agak luas berhampiran dengannya. Puan Salbiah hanya tersenyum kepadaku, maklum yang aku juga dijemput sama. Malah, melihat kemesraanku dan ibu Khaizan tadi, Puan Salbiah seperti akur yang aku
sudah mengenali keluarga itu. Ada juga aku bertanyakan Murni, cepat sahaja Puan Salbiah memberitahu yang Murni sedang menjalani latihan praktikal di sebuah sekolah di Kodiang, nama sebuah tempat di negeri Kedah. Entah dari mana agaknya dia mendapat idea untuk menjalani latihan praktikal jauh dari keluarga begitu.
Majlis malam itu berjalan lancar. Ramai juga tetamu yang hadir, pun semuanya mendapat layanan yang agak istimewa. Juadah yang dihidangkan merupakan hasil masakan dari sebuah caterer terkenal di ibu kota, caterer yang memang selalu mengambil tempahan untuk keluarga tersebut jika ada majlis yang agak besar yang diadakan. Pelbagai jenis juadah memenuhi ruang makanan, tapi seleraku tumpul tiba-tiba. Mungkin sahaja, tanpa aku sedari, hatiku diulit rasa cemburu apabila melihat kemesraan abang Amirul dengan seorang gadis di hadapan mataku.
Gadis itu, yang pastinya bukan gadis yang pernah ku lihat sebelum ini, hanya mengekori abang Amirul sebaik sahaja bacaan yassin dan doa selamat telah tamat. Pandangan mataku mengekori setiap langkah mereka tanpa disedari, pun aku hanya mampu menelan setiap kesedihan yang mula hadir. Aku tidak mahu ada yang menyedari perasaanku terhadap anak muda itu, walau sudah sahih yang tidak ada sesiapa pun di situ tahu yang aku dan abang Amirul saling mengenali di antara satu sama lain, kecuali jika saja hal itu pernah dihebahkan oleh abang Amirul sendiri.
"Macam mana perjalanan ke sini tadi?", serasaku, aku sudah duduk sejauh mungkin dari tetamu-tetamu lain. Sengaja menjauhkan diri agar tidak menjadi perhatian sesiapa, tapi cepat pula Khaizan perasan kewujudanku. Bersahaja dia duduk di sisiku sambil menatang sebuah piring kecil berisi beberapa potong buah-buahan pelbagai jenis.
Marina dan Linda entah di mana, aku sendiri tidak pasti. Menjenguk bilik hiasan yang menempatkan pelbagai cenderamata dan kenangan dari luar negara milik keluarga Khaizan agaknya. Aku juga turut kagum sewaktu kali pertama menjejakkan kaki ke rumah ini dahulu, mana tidaknya, dengan ruang yang agak luas, bilik hiasan itu dilengkapi beberapa rak barangan pelbagai rupa dan bentuk yang cukup menarik. Rasa tidak puas untuk membelek setiap satu barangan tersebut, kerana semuanya cukup unik, menunjukkan citarasa pembelinya juga tinggi, seiring dengan gaya yang melingkungi corak kehidupannya.
"Ok aje..macam biasa. Cuma, jalan agak jammed bila melepasi tol batu tiga tadi...", ujarku perlahan, dan cepat-cepat aku menundukkan muka menyambung suapan apabila ternampak Aqil menghalakan muka memandang wajahku dari kejauhan. Namun, sedikit pun dia tidak bergerak dari tempat duduknya, hanya memerhati perlakuanku dan Khaizan sahaja. Entah apa yang ada di fikirannya saat itu, aku tidak mahu ambil tahu. Aku harap dia sendiri maklum yang Khaizan cuma rakan sekerja dalam projek yang sama. Tidak gemar dia berprasangka yang lain.
"Macam mana majlis ni, ok? Baba saya tu...yang duduk di sebelah abang Aqil. Abang Aqil memang agak rapat dengan baba dan ibu, malah ada sebuah bilik untuk dia di rumah ni...", apa maksud dia bercerita tentang hal itu, aku sendiri tidak pasti. Pun begitu, mataku melirik jua melihat seorang lelaki tinggi berkulit putih kuning dan berkopiah putih yang sedang duduk dan berbual di sisi Aqil. Bualannya nampak
rancak, dan kelihatan agak peramah dan mudah mesra. Air mukanya cukup tenang, setenang alunan air di dalam kolam renang di belakangku.
Kalau itu ayah Khaizan, rasanya sudah lengkap sebahagian hidupnya dilingkungi dua insan yang cukup istimewa. Ditambah dengan segala kekayaan yang dimiliki sebagai pelengkap kehidupan, rupa yang agak tampan, budi bahasa dan akhlak yang sempurna, dapat aku rasakan Khaizan benar-benar insan yang bertuah dalam hidupnya. Seharusnya dia sentiasa bersyukur, kerana tidak semua orang dapat mengecap kenikmatan seperti yang dirasakannya.
"Ayah dan ibu Aqil tak ada di sini. Mereka di Korea, ayahnya berkursus selama sebulan di Seoul. InsyaAllah, minggu depan, mereka akan kembali ke Malaysia....". Aku hanya mengiyakan setiap patah ayat yang keluar dari mulut Khaizan. Hendak membalas, tidak tahu apa yang hendak disuarakan. Sudahnya, aku hanya mengambil keputusan untuk sesekali bertanya apa yang perlu sahaja pada Khaizan.
"Wah...dari tadi kau kat sini...", suara itu, cepat-cepat aku menoleh ke sisi Khaizan. Abang Amirul tersenyum padaku sambil menepuk-nepuk bahu Khaizan. Aku membalas senyumannya, dan cepat-cepat tunduk semula, membiarkan Khaizan dan abang Amirul berbual berdua. Lagipun, seupayanya aku hendak menghabiskan makanan di dalam pingganku secepat mungkin. Jarum pendek jam di tanganku sudah menunjuk hampir ke angka sepuluh, sudah menghampiri masa untuk aku mengajak Marina dan Linda pulang ke rumah. Secara rutinnya, aku jarang pulang lewat dari pukul sebelas malam, walaupun majlis yang kuhadiri terkadang tamat lewat dari waktu itu.
"Siapa yang datang dengan kau tadi. Aku tengok diikutnya kau ke hulu ke hilir, tak nak lepas...", pertanyaan Khaizan, walaupun dalam nada yang perlahan, mencuit sedikit perhatianku untuk mengikuti perbualan mereka berdua. Terdengar abang Amirul tergelak halus, dan ditepuk bahu Khaizan berulang kali.
"Kau berminat ke? Aku boleh usulkan pada dia...", entah mengapa, jawapan serupa itu sedikit menyenangkan hatiku yang tidak keruan sejak tadi. Suapanku menjadi sedikit lambat, menanti perbualan tentang gadis itu ditamatkan.
"Tak adalah, just aku nak tau...setau aku yang datang ke office dulu mencari kau bukan budak tu...", kata-kata Khaizan menyentakkan mindaku semula. Ramai benarkah wanita yang mendampingi abang Amirul, getus hatiku sendiri, sekaligus melayarkan semula ingatan mengingati wajah gadis berkebaya kuning yang pernah aku nampak suatu ketika dulu. Mungkinkah itu pun salah satu gadis yang mendampinginya? Kenapa lain benar abang Amirul dari dia yang pernah aku kenali sebelum ni?
"Itu anak Tan Sri Rahmat, Nurlisa. Kan dia berkawan dengan aku sebaik sahaja kita third year. Tapi, macam itu saja, mana ada apa-apa yang istimewa. Yang ini pula, kau tentu ingat pada Radhuan, kawan kita masa kita menjelajah seluruh France dulu, ini kekasih dia..dia sekarang ada di Tokyo seminggu. Ada maklumat yang diperlukan untuk projeknya yang terkini, tu aku bawak Adilah tu bersama-sama aku sebab dia kata dia bosan malam-malam minggu ni duduk di rumah....kau jangan
buat fitnah pulak Khai....".
Dari tutur kata abang Amirul, dapat aku simpulkan yang dia mengambil mudah sahaja setiap gadis yang diusungnya ke hulu dan kehilir. Nampaknya, walau siapa pun yang dibawanya keluar, dia tidak pernah ambil kisah langsung tentang perasaan gadis-gadis tersebut. Seolah-olah setiap gadis boleh keluar dengannya sesuka hati, tanpa berperasaan dan menganggap setiap dari mereka adalah istimewa di sudut hati abang Amirul.
Hatiku mendesah, sekaligus aku segera meminta diri dari lingkungan kelompok perbualan mereka berdua. Tidak mampu rasanya mindaku menadah maklumat yang aku sendiri tidak senang untuk menyimpannya. Aku jadi hampa dengan sikap abang Amirul yang selama ini aku sanjungi dalam diam.

Langkah sengaja kulajukan, sambil mataku meneroka ke segenap ruang yang terjangkau oleh pandangan mata, mencari kelibat Marina dan Linda. Nampak dari jauh Encik Muzaffar, Pak Udaku sedang berbual dengan beberapa orang kenalannya. Sempat juga dia mengangkat tangannya padaku dan aku membalasnya dengan menghadiahkan sebuah senyuman untuknya.
"Datul nak balik ke? Tak nak jumpa ibu dan baba dulu?", tiba-tiba sahaja, Aqil sudah berada di hadapanku. Dia menggamitku supaya mengikutnya, dan cepat-cepat aku menuruti langkahnya yang agak pantas. Sejurus, tiba sahaja di ruang hadapan rumah berhadapan dengan ruang meletak kereta, aku melihat ibu dan baba Khaizan. Tersenyum sahaja mereka berdua melihat aku dan Aqil. Nampak jelas dua wajah yang cukup tenang di hadapanku, menerbangkan ingatanku mengingati umi dan arwah ayah suatu ketika dahulu.
"Ibu...baba...Datul ni, dah nak pulang....".
Ibu Khaizan hanya tersenyum dan segera menyentuh pergelangan tanganku. Ditariknya aku rapat ke sisinya, serapat yang boleh.
"Abang..inilah Nadratul Hidayah, yang Khai dan Aqil pernah ceritakan pada kita dulu. Datul, ini pakcik Shahir, baba Khaizan.....". Cepat sahaja aku tersenyum kepada lelaki yang agak berusia itu. Terdetik di hatiku, inilah pemilik Shahir Holdings, salah sebuah syarikat yang berurusan dengan Utama Berkat. Cukup tak aku sangka, setenang wajah lelaki itu, lembut dalam gerak dan percakapannya, dia sudah mampu membina sebuah empayar perniagaan yang mampu menjamin keseluruhan kehidupan keluarganya.
"Oh....inilah anak gadis yang hebat tu. Pakcik pernah dengar dari Muzaffar, bukan ke Datul ni anak saudara dia, kan?", merona merah wajahku apabila ayah Khaizan menuturkan ayat sebegitu. Cepat-cepat aku menafikan yang aku tidak sehebat mana, malah masih baru dalam bidang tersebut. Masih banyak yang perlu dipelajari, dan masih banyak kesilapan yang perlu dibetulkan. Tersenyum sahaja dia, mungkin akur dengan segala kata-kataku.
Namun, pertemuan dengan keluarga itu tidak tamat di situ sahaja. Berulang kali ibu Khaizan, Puan Rahimah menyuarakan hasrat agar aku datang menjenguknya jika ada kelapangan. Malah, sesekali apabila berurusan dengan Khaizan juga, disogokkan lagi telingaku dengan undangan yang sama. Entah apa cara yang perlu digunakan untuk mengelak dari selalu berkunjung ke rumah itu, aku sendiri tidak pasti. Sudahnya, aku mengambil keputusan untuk menyambut awal Ramadhan bersama umi di kampung. Sengaja aku ambil cuti yang agak panjang, menghamburkan segala rindu yang selama ini berkepuk tanpa dapat diluahkan.
Terasa aman sedikit dunia dan mindaku. Dua hari sebelum bulan yang mulia itu muncul, aku sudah berada di kampung, menghayati penghujung Syaaban bersama umi. Setiap pagi dan petang, pusara arwah ayah menjadi tempat tumpuan utamaku bersama umi selama dua hari itu, dan ketenangan yang aku rasai seperti cukup untuk menerbitkan rasa keinsafan dan kekerdilan diri menghadapi Ramadhan yang mulia.
Pun begitu, rasa kekosongan yang wujud juga sudah mulai terisi bersama hadirnya Ramadhan yang memang ditunggu setiap tahun. Sama seperti Ramadhan sebelum ini, abang Hakimi dan keluarganya juga akan mengisi kekosongan di rumah itu untuk dua hari yang pertama. Sama juga seperti menyambut Syawal, aku dan abang Hakimi akan pulang untuk menyambut kemunculan bulan yang penuh berkah itu bersama umi di kampung. Rutin itu tidak pernah dilupakan, walau sesibuk mana kami berdua.
Ditambah dengan keletah anak saudaraku yang sudah berusia setahun dua bulan, menggamit semula keceriaan hati, melupakan keseluruhan kemelut rasa dan minda yang kualami tika berada di pusat bandar. Sungguh, kehadiran Ramadhan membawa sejuta rahmat yang amat bermakna buat diriku untuk mengharungi semula segala ujian dariNya di bulan-bulan yang lain. Aku cukup merasa ketenangan yang amat dengan mengabdikan diri padaNya, menghayati Ramadhan dalam erti kata sempurna sedaya yang mampu aku lakukan.
"Assalamualaikum...Mak Utih.....Mak Utih.....".
Terasa sedikit terganggu pembacaanku apabila mendengar laungan salam tersebut. Cepat-cepat aku melonggarkan ikatan kain sarung untuk bersolat yang sedang ku pakai dan segera menuju ke ruang hadapan rumah. Di hujung anak tangga, seorang gadis sunti berbaju t-shirt biru tua dan berseluar track hitam segera menghulurkan sepucuk surat kepadaku. Sebaik sahaja aku menyambut surat tersebut, dia segera berlari meninggalkanku.
Terkejut aku dengan tindakannya, namun cepat pula aku membaca nama yang tertera di atas sampul surat tersebut. Untuk aku, getus hatiku sambil tersenyum girang. Pelik juga, setahuku semua teman-teman rapatku tahu alamat rumah sewaku dan lebih gemar mengirimkan surat atau kad undangan perkahwinan ke alamat tersebut. Jarang yang masih mengingati alamatku di kampung. Malah, bukan mudah untuk mereka mendapatkan alamat tersebut, kerana ini alamat tetap yang akan memudahkan orang mencariku di sini, walhal aku tidak gemar ketenanganku di daerah yang penuh keamanan ini diganggu gugat. Aku lebih gemar melupakan kesibukan bandar saat berada di sini, tempat kelahiran yang membawa pelbagai kenangan pahit dan manis dalam sebahagian besar ruang hidupku.
Perlahan-lahan aku menanggalkan kain sembahyang yang menyaluti kepala. Kukuakkan sedikit anak rambut yang jatuh menutupi pandangan, dan segera menyandarkan tubuh di sofa di ruang tamu utama. Umi pula entah ke mana, selepas solat Zohor berjemaah bersama-samanya tadi, cepat sahaja dia mencapai tudung labuhnya dan segera menuju ke arah jeti. Tidak pula aku bertanya, kerana umi akan memberitahu jika dia merasakan wajar aku tahu ke mana dia pergi. Pasti ada sesuatu yang mahu dilakukannya di luar pengetahuanku.
Kain telekung kuletakkan di atas ribaanku, dan surat tadi segera ku capai. Sebaik sahaja aku membuka surat tersebut, sekeping kad hari raya berlatarkan warna biru air laut dan sepucuk surat berlipat kemas jatuh ke ribaanku. Cepat-cepat aku membuka kad hari raya tersebut, terkeluar gelak halus memikirkan baru masuk hari ketiga di bulan Ramadhan, sudah ada yang mengutuskan kad ucapan selamat hari raya pula. Entah siapa agaknya, Cuma mengucapkan selamat hari raya, dengan initial halus AM di hujung penjuru kanan bahagian bawah muka kedua kad tersebut.
Cantik pula kad yang dipilih, dengan kata-kata ucapan yang menarik, menyebabkan perasaan ingin tahuku membuak-buak tentang pengirim kad tersebut. Surat yang dikepilkan bersama kad tersebut segera aku buka, menyerlahkan suatu susunan indah sebuah tulisan tangan yang begitu kemas.
Assalamualaikum Datul...
Di kesempatan ini abang memohon maaf andai kehadiran warkah ini akan mengganggu situasi Datul sekarang. Dapat abang rasakan, sengaja Datul bercuti panjang di kampung kerana kesilapan abang yang selama ini mengabaikan kewujudan Datul dalam hidup abang. Mungkin, secara zahirnya, nampak kita tidak rapat, malah jarang berbual bersama, walau pada hakikatnya, hati ini sentiasa mengingati Datul.
Walaupun begitu, abang harap Datul tidak bimbang dengan keadaan seperti ini, kerana ada masa dan tugasan yang membataskan kehendak diri untuk mengakui Datullah yang paling utama di fikiran abang sekarang. Pun, sengaja abang menjarakkan hubungan untuk memberi peluang kepada diri untuk menilai perhubungan yang telah terjalin ini, walau hakikatnya perhubungan kita tidak seperti perhubungan orang lain.
Harapan abang, Datul dapat menenangkan diri dan menghayati Ramadhan ini dengan segala keupayaan minda untuk memperoleh sebuah keimanan yang sempurna. Semoga Syawal yang bakal menjelma akan membawa sejuta keceriaan kepada diri abang dan Datul, dan semoga kita akan sentiasa dilimpahi kasih sayang dan rahmatNya. Percayalah, abang tak akan tinggalkan Datul lagi....SELAMAT HARI RAYA...
Wassalam...
Initial halus AM di penghujung surat tersebut, tanpa nama penuh sedikit menyentakkan mindaku. Siapa ni? Pandai-pandai hantar surat pada aku, meluahkan rasa hati, tanpa memberitahu identiti sebenar, cukup tidak aku gemari. Segera aku meletakkan surat dan kad tersebut di atas meja tulisku di dalam bilik sebaik sahaja mendengar bunyi pintu dapur dibuka. Umi terjengul di muka pintu, dengan dua buah beg plastik di kiri dan kanan tangannya. Wajahnya tersenyum, tenang sedikit hatiku memandang wajah umi walau kelihatan sudah dimamah usia
tuanya.
Segera aku mencapai beg-beg plastik tersebut. Nampak umi menyeka dahinya, membuang keringat yang mengalir. Nampak letih umi, dan segera pula aku mengambil gulungan tikar di penjuru dapur dan kuhamparkan untuk umi segera merehatkan dirinya. Tersenyum dia padaku, senyum keibuan yang cukup mengharukan aku. Cepat sahaja aku merapatkan diri padanya, dan bersandar di bahunya, dan seperti biasa, tangan dengan urat-urat halus yang mula menampakkan diri itu mula mengusap-usap kepalaku. Aku rasa tenang dan disayangi dalam keadaan seperti itu, kasih sayang ikhlas yang lahir dari hati seorang ibu yang pernah mengusungku di dalam rahimnya selama hampir sembilan bulan sepuluh hari.
"Nak buka puasa apa hari
ni?", memang itu saja pertanyaannya kalau aku ada di kampung. Sebut apa
sahaja, segala makanan kampung kegemaranku pasti akan disediakannya. Memang
tidak sukar, kalau setakat nasi berlauk sambal belacan berhiris limau kasturi
dengan masak lemak nenas dan ikan masin, ditambah pula dengan sayur campur
goreng bercili, bukanlah suatu perkara yang sukar buat umi. Terlebih, aku jua
akan menolongnya memasak, dan bebanan tugasnya akan
berkurang, malah aku lebih suka mengambil alih tugas memasak darinya. Sudah cukup rasanya tempoh dua puluh tiga tahun menyediakan segala keperluanku selama ini, sudah tiba masanya untuk dia berehat pula.
Terkadang, peluang berada di kampung dalam tempoh yang agak lama digunakan pula untuk mencuba pelbagai resepi yang ku cedok dari beberapa buah majalah keluarga dan wanita yang sengaja ku langgan. Dapat juga umi merasa hasil masakanku, spaghetti bersos, nasi tomato, tomyam campur dan pelbagai makanan lain yang lebih bercirikan kemodenan. Malah, pernah juga aku cuba membuat pizza sendiri yang dilapisi dengan beberapa hirisan daging atau ketulan ayam yang dihiris halus. Seronok pula bila melihat umi tersenyum semasa menikmati hasil masakanku, dan terhambur juga pujiannya hingga membuatkan pipiku merona merah mendengar kata-katanya.
"Umi ke jeti tadi. Cari sotong dan udang. Teringin nak rasa tomyam pulak hari ni....boleh ke?", aku mendongak, melirik wajah umi yang tersenyum penuh makna. Aku segera menganggukkan kepala. Untuk umi, apa saja akan kulakukan. Kasih sayangnya untukku tidak terhitung, tidak ada insan lain yang dapat memberikan aku merasai nikmat kasih sayang seperti yang umi tunjukkan padaku.
Selepas solat Asar dan membaca Al-Quran, aku mula masuk ke dapur. Daun limau purut di belakang rumah, ku ambil dua tiga helai. Ayam kampung yang baru disembelih Pak Sudin segera dibersihkan dan di potong kecil-kecil, malah udang dan sotong juga dibersihkan, segala perencah dan bahan-bahan masakan seperti bawang dan cili juga aku sediakan terlebih dahulu.
Masakan yang aku rasakan cukup mudah, mana tidaknya, setelah disiapkan semua bahan-bahan tersebut, aku cuma perlu memasukkannya ke dalam periuk dan dikacau, dan dibiarkan mendidih. Mulanya, risau juga kerana bahan-bahan itu kurasakan banyak, sedangkan umi dan aku sahaja yang ada di rumah tersebut. Nanti siapa pula yang akan menghabiskannya. Namun, bila umi memberitahuku yang Mak Long Timah dan keluarganya hendak berbuka puasa bersama-sama kami, aku akur juga, walau rasa sangsi kerana sudah lama tidak berjumpa dengan
keluarga abang Amirul.
Kalau waktu zaman persekolahan dulu, selalu juga aku berkunjung ke rumahnya bersama abang Hakimi. Malah, semasa umi menjaga abang Hakimi di hospital sewaktu abang Hakimi terlibat dalam satu kemalangan sewaktu aku di tingkatan dua, rumah itulah yang menjadi tempat aku menginap selama hampir seminggu. Hendak menolak, bimbang juga duduk di rumah seorang diri. Sementelah umi juga risaukan diriku waktu itu, kerana itu aku bersetuju untuk tinggal di rumah abang Amirul semasa waktu-waktu ketiadaan umi.
"Takkan baju kurung labuh dengan kain batik aje. Cuba pakai baju kurung yang Datul tunjuk pada umi dua hari lepas.....", terpempan aku seketika. Semangkuk tomyam yang sedang ku tatang segera aku sorongkan ke bawah tudung saji, dan segera aku menghampiri umi yang sedang meletakkan nasi dari periuk ke dalam sebuah mangkuk.
"Kenapa umi?", pelik aku mendengar kata-katanya. Takkanlah....dan hatiku mula tercuit dengan permintaan umi. Nampak janggal dan berlainan dari umi yang biasa ku kenal. Takkanlah bulan Ramadhan macam ni pun, ada orang yang nak masuk merisik, dan rasa bimbang mula meneroka segenap ruang hati, menerbitkan rasa gundah yang tidak terkawal. Malah, sebelum ini pun, kalau ada keluarga-keluarga lain yang hendak berbuka puasa bersama-sama kami di Ramadhan sebelum ini,
tak ada pula umi membuat permintaan begitu.
Takkan umi tak memberitahuku apa-apa, sekadar menyuruh dan meminta sahaja, tanpa menghiraukan perasaan anak gadisnya ini. Sedikit kesangsian mula timbul, pun aku memujuk umi untuk membenarkan aku berpakaian seperti itu sahaja. Pakaian biasaku di kampung, baju kurung labuh berjahit tangan dan berkain batik, dengan alasan bahawa aku lebih selesa apabila berpakaian begitu. Lega hatiku apabila umi tersenyum dan menyentuh bahuku, lembut.
"Umi cuma memberikan cadangan...jangan jadikan kata-kata umi sebagai satu paksaan yang mesti ditunaikan...", hebat sungguh umi. Tahu saja gerak hatiku, walau aku jarang memberitahu segala keresahan dalaman yang mendiami diri. Memang dia ibuku yang unggul, aku bangga menjadi anaknya, mengisi kekosongan hidupnya setelah pemergian arwah ayah.
Lebar senyuman Mak Long Timah apabila aku tunduk bersalam dan mencium tangannya. Haji Lokman pula hanya tersenyum padaku sambil menganggukkan kepalanya. Jam di dinding sudah mula menunjukkan ke angka tujuh, walau hari masih lagi agak cerah. Dua orang gadis sunti berbaju kurung hijau dan merah serta bertudung rapat sahaja pada Mak Long Timah. Cepat sahaja aku teringat pada si kembar yang masih kecil saat aku di bangku sekolah. Sudah besar mereka berdua, seiring dengan peredaran masa yang sentiasa berubah, menambah usiaku, mematangkan diri menghadapi rencah dan ujian hidup.
"Ada jumpa Amirul di Kuala Lumpur?".
Aku sedikit tersentak. Haji Lokman tersenyum lembut memandangku. Tadi, sewaktu solat Maghrib berjemaah dengan dia sebagai imamnya, aku jadi senang mendengar suaranya mengalunkan ayat-ayat dan beberapa surah di dalam Al-Quran. Kini, suara yang sama itu membuatkan perasaanku sedikit terusik.

"Ada juga...tak kerap sangat..", perlahan saja aku menjawab. Terasa semua mata memandangku, menuntut penjelasan yang lebih. Pun, ayatku terhenti di situ sahaja. Apa perlunya abang Amirul yang sudah tidak sama dengan insan yang aku kenali satu ketika dulu. Puas menganyam rindu untuknya, dia cuma ambil mudah dengan segala kesetiaanku. Memanglah dia tidak tahu yang aku sesetia ini, tapi apa salahnya jika dia hanya setia pada seorang gadis yang disukainya sahaja.
Mengingati perbualan Khaizan dan abang Amirul sewaktu majlis doa selamat itu, hatiku jadi sedikit memberontak, cuba menafikan yang masih ada rindu untuk lelaki yang gemar mempermainkan perasaan gadis-gadis lain itu. Entah sudah berapa ramai gadis yang dipelawanya untuk keluar bersama-samanya, aku sendiri tidak pasti. Walaupun dia tidak menyimpan perasaan terhadap mereka, apa salahnya dia menghormati kehendak dan perasaan seorang wanita, terlebih aku yang sebelum ini pernah mengenalinya.
Pun begitu, hatiku cukup yakin, aku memang tidak ada apa-apa makna dihatinya. Kalau tidak, takkan dia menunjukkan sikap yang begitu dihadapanku, mengusung kekasih orang lain, duduk rapat-rapat dengan wanita itu, dan kemudiannya mendekatiku dan menyatakan wanita itu kekasih orang dan bukan gadis yang disukainya. Wajarkah aku menyukai lelaki begitu?
"Dia sibuk agaknya...semalam ada juga dia telefon Mak Long..".
Aku hanya tersenyum mendengar kata-kata itu. Mak Long Timah juga kemudiannya menyambung cerita tentang abang Amirul bersama-sama umi. Aku hanya tunduk menyambung suapanku, sedikit pun tidak berminat pada intipati perbualan itu. Pun, sesekali aku menyampuk juga, sekadar berbahasa dengan wanita yang sudah ku anggap seperti salah seorang saudara rapat kami juga. Terlebih, usianya yang agak sebaya dengan umi menyebabkan aku rasa tidak wajar untuk menunjukkan kelakuan yang tidak elok di hadapannya. Sensitifnya insan seusia mereka, aku tidak mahu ada yang terasa hati dengan lakuku yang tidak menyenangkan untuk
dilihat.
Sehabis makan, si kembar berdua itu menolongku mengangkat lebihan hidangan dan pinggan-pinggan kotor ke dapur. Segera aku mencuci pinggan mangkuk yang kotor sebelum bersama-sama umi dan Mak Long Timah beserta si kembar melangkah menuju ke masjid kampung. Haji Lokman, ayah abang Amirul sudah awal-awal lagi pergi ke sana. Terlebih pula, biasanya dia yang mengimami jemaah kampung melakukan solat Isya' dan solat Terawih di bulan Ramadhan itu.
Di saat melihat anak-anak kecil berlari-larian sewaktu berjalan perlahan-lahan pulang ke rumah bersama umi menghadirkan semula kenangan lama sewaktu aku dan abang Hakimi di usia begitu. Malah, saat itu, sewaktu di bulan Ramadhan, aku dan abang Hakimi akan mengikut umi pergi ke masjid. Boleh dikatakan setiap malam kami akan berada di masjid, tapi masa kami bukannya dihabiskan dengan bersolat sebaliknya mengambil kuih-muih yang disedekahkan oleh orang-orang kampung.
Saat itu, kuih kegemaranku tentu saja kuih sagu yang disalut dengan kelapa dan diwarnakan dengan warna kuning kemerah-merahan. Selalunya, isteri ketua kampung memang gemar meletakkan kuih sagu di antara dua tiga jenis kuih yang dibawanya. Kuantitinya yang sedikit sering mengecewakan aku, tapi biasanya abang Hakimi akan memastikan yang aku akan berjaya juga memperolehi kuih tersebut.
Caranya, tentu saja agak melucukan. Mana tidaknya, sebaik sahaja para jemaah mula bersolat Isya', meninggalkan kami anak-anak kecil bermain sendiri, abang Hakimi akan mula mencapai tual kayu sebesar pemeluk kanak-kanak di bawah tangga masjid kampung yang waktu itu dibina dari kayu cengal hasil gotong royong orang kampung. Kanak-kanak lain hanya memerhati apabila abang Hakimi menyandarkan batang kayu itu pada dinding berdekatan dengan rak yang meletakkan kuih-kuih tersebut.
Dan, hebatnya abang Hakimi waktu itu, boleh pula dia memanjat kayu tersebut tanpa sedikit pun tergelincir. Hasilnya, tentu sahaja aku berjaya menikmati kuih kegemaranku itu dengan tenang. Cuma, baiknya kami waktu itu, hanya sepotong kuih tersebut yang akan diambilkannya untukku.
Selebihnya, abang Hakimi akan membiarkan kuih tersebut untuk dinikmati bersama jemaah dewasa yang lain sehabis bersolat nanti. Malah, bila aku ceritakan hal itu pada umi, merah juga telingaku dipulas umi kerana berkelakuan nakal ketika di masjid. Akhirnya aku akur jua, cara tersebut tidak elok digunakan kerana mengambil hak orang lain tanpa kebenaran merupakan salah satu sikap yang tidak diredhai Allah. Ahh, kenangan lama yang cukup indah untuk diingati semula.
"Berapa lama Datul cuti?", suara umi segera memecahkan ingatanku pada masa lalu. Aku hanya memandang umi yang hanya memandang jalan di hadapan kami, menyuluh jalan yang agak gelap dengan lampu suluh berkuasa tinggi yang sengaja ku beli untuk kegunaan umi.
"Lagi empat hari Datul di kampung. Kalau boleh nak cuti sebulan, tapi cuti tak banyak. Raya nanti nak bercuti lagi....". Terkeluar keluhan kecil apabila mengingati cuti rehat yang kurasakan sering tidak mencukupi untuk dihabiskan bersama umi, tapi bila mengingatkan jumlah cuti yang kuperolehi lebih daripada kawan-kawan lain yang bekerja di syarikat-syarikat swasta terutamanya, segera lafaz syukur aku lahirkan. Takkanlah hendak bermesra dengan umi sahaja, mahu dapat gaji tapi sedikit kerja pun tidak aku lakukan. Dah tentu tidak adil untuk orang lain yang bekerja dengan agak teruk tetapi mendapat imbuhan yang lebih kecil dari apa yang aku perolehi setiap bulan.
"Mak Long Timah nak pesan barang untuk abang Amirul kau. Nanti ingatkan umi ya....". Aku hanya menganggukkan kepala mendengar kata-kata umi. Walau bertentangan dengan kehendak hatiku, takkanlah aku hendak menolak permintaan seorang ibu. Tidak wajar menghukum Mak Long Timah, sedangkan orang yang patut menerima hukuman tidak mendapat hukuman yang setimpal.
Pun, rasa terkilanku dengan sikap abang Amirul agaknya yang menjadikan aku hendak menjauhkan diri darinya. Walhal kalau hendak diikutkan, aku tidak wajar mengatakan yang bukan-bukan untuk abang Amirul, terlebih aku dan dia bukannya ada hubungan intim yang terikat dengan pelbagai syarat untuk menjalinkan hubungan dengan orang lain. Aku sahaja yang terasa hati, kerana aku benar-benar merinduinya, sedangkan dia sendiri tidak pernah menyatakan yang dia juga rasakan apa yang aku rasakan untuknya. Ahhh, peduli dengan hati, dia sedikit pun tidak sukakan aku, dan serasa air mataku mahu mengalir tika itu. Sedih, pilu dan sayu terkurung dalam diriku, mencari ruang untuk diluahkan, tapi, pada siapa?
Malam itu, lenaku terganggu dengan pelbagai bayangan yang agak mengerikan menghantui pemikiranku. Ditambah dengan sepucuk surat tanpa nama pengirim yang lengkap menjadikan aku seorang pemikir semula. Hari-hari yang dilalui cukup tenang, tapi fikiranku asyik memikirkan tuntutan minda yang tidak usai untuk disia-siakan sewenang-wenangnya.
Di saat bersalaman dan berpelukan dengan umi sewaktu hendak bertolak semula ke bandar pun, air mataku serasa hendak luruh sederas-derasnya. Hatiku jadi cuak, suasana bandar ditambah pelbagai masalah yang belum mampu untuk difikirkan dengan lebih serius akan mewujudkan tekanan yang cukup hebat dalam diriku. Entah bila semuanya akan tamat, aku sendiri tidak pasti.
Apapun, aku perlu redha, akur pada kuasaNya, pada ketentuanNya, pada kasih sayangNya yang tidak pernah putus untuk menghadiahkan sebuah ingatan yang cukup indah untuk disematkan di hati dan mindaku agar tidak sesaat pun terlalai dari mengingatiNya. Semua ketentuanNya, menjadi ujian dalam diri, kurniaanNya untuk melihat ketabahanku mengharungi segala pemberianNya dengan segala kesabaran yang dipupuk berdasarkan keimanan hakiki yang telah dianugerahkanNya untukku.
Alhamdulillah, dan buat kesekian kalinya, kesyukuran itu kupanjatkan untukNya yang tidak pernah aku lupakan. Aku tahu, Allah sentiasa di sisiku ketika aku memerlukanNya, dan aku tidak akan mengabaikan yang Esa itu hanya semata-mata untuk mengejar nikmat keduniaan yang hanya sementara ini. Aku akur, aku hanya seorang musafir di sini. Aku akan kembali padaNya apabila dipanggil nanti. Tabahlah Nadratul Hidayah, segalanya akan indah, andainya kau melihatnya dari sudut yang positif. Ingatan itu menyemarakkan pemikiranku semula, tega untuk
berhadapan dengan kemelut diri yang bakal muncul. Semoga Allah sentiasa meredhai dan merahmatiku, InsyaAllah.
Kesepian membalut keseluruhan diri sewaktu aku tiba di bandar. Terbayang saat-saat di kampung, rasa rindu membuak-buak dan keinginan untuk pulang semula masih segar. Hebatnya perasaan itu, sehingga aku tersalah simpang jalan yang hendak ku masuki, sebaliknya masuk ke arah lain yang pastinya menghala arah ke kampungku. Terhambur juga tawaku, memikirkan kealpaan diri yang terkadang hadir.
Sebaik sahaja menerima line pula, telefon bimbitku segera memaparkan beberapa pesanan yang bertanyakan perihal diriku. Antaranya dari Marina dan Linda, menanyakan waktu ketibaanku. Terselit juga pesanan dari Aqil menyatakan yang ibu bapanya sudah pulang dari Korea dan bertanyakan perihal diriku yang sudah lama tidak berjaya dihubungi. Aku hanya tersenyum memikirkan anak muda tersebut. Paling kurang pun, dalam dua hari atau tiga hari, pasti ada sekali dia akan menghubungiku. Cakapnya tidak lama, tapi penuh makna dan nasihat yang sukar untuk aku abaikan.
Khaizan pula, tiba-tiba sahaja terpamer pesanan darinya, sesuatu yang tidak pernah aku jangkakan. Kalau difikir-fikirkan, banyak benar lakunya yang di luar dugaanku. Sikapnya sukar diterka, tiba-tiba sahaja ia muncul tanpa dapat diduga. Bimbang juga aku dengan lakunya, takut aku terikat tanpa sedar dengan keintiman yang mula wujud dalam hubungan kami berdua. Namun, keresahan itu aku abaikan. Membaca mesejnya yang bertanyakan perihal diri dan umi di kampung membangkitkan suatu rasa halus yang amat menyentuh hati.
Dan, tiba-tiba pula telefon bimbitku berbunyi, mengalunkan irama nasyid kumpulan UNIC yang baru saja ku setkan sewaktu di kampung. Punat kecil pada handsfree segera ku tekan, menyerlahkan panggilan salam di hujung talian tersebut. Suara itu samar-samar di pendengaranku, namun kujawab salam tersebut dengan bersahaja, walaupun sedikit terkejut dengan panggilannya yang sungguh tidak
disangka-sangka.
"Lamanya Datul di kampung.....", di hujung ayat itu, ada gelak halus yang dihamburkan. Ingatan pada lelaki itu segera menyerbu, membangkitkan rasa rindu yang cuba aku abaikan. Abang Amirul! Apa perlunya dia menghubungiku tika ini? Pun, terbayang senyumannya yang sentiasa menenangkan jiwa. Dan, saat itu, serasa tercuit juga hatiku, mengingati diri yang sering merinduinya.
"Macam mana kampung, seronok? Datul ada kat mana sekarang ni?".
Aku sedikit terkesima. Suaranya kedengaran begitu ceria, dan terfikir aku untuk bersahaja menjawab soalan-soalan yang diajukannya.
"On the way nak balik rumah. Kampung, macam biasa memang menyeronokkan, rasa macam tak nak balik lagi ke sini. Mak Long ada pesan something untuk abang...", aku juga bernada ceria, cuba menyamakannya dengan suasana yang sedang menguliti jiwa abang Amirul tika itu.
"Makanan ke? Iskk, bestnya...dah nak tiba waktu berbuka pun ni. Boleh abang jumpa Datul sekarang?", tersentak aku mendengar cadangannya. Baru saja tiba di sini, belum pun sempat menyesuaikan diri dengan suasana persekitaran, aku sudah diusulkan supaya berjumpa dengannya. Namun, terfikir pula, bila lagi masa yang ada untuk aku menyerahkan pesanan Mak Long Timah pada anak terunanya itu. Hendak menyerahkannya di pejabat, terbayang pula Khaizan dan kenalan sepejabat yang memang cukup kenal dengan abang Amirul.
Lantas, selepas solat Asar di sebuah surau di sebuah pasaraya, aku mula mengatur langkah, bertemu dengannya yang sedang menantiku di sebuah ruang taman untuk merehatkan diri. Tidak sukar untuk mencarinya, tambahan pula pesanan Mak Long Timah bukanlah berat sangat untuk aku menjinjingnya dengan hanya sebelah tangan sahaja. Dia hanya tersenyum sebaik sahaja aku tiba di sisinya.
"Amboi...susahnya nak jumpa Datul. Kalau emak tak ada pesan apa-apa pada abang, belum tentu Datul nak jumpa dengan abang kan...?", faham sungguh dia dengan sikapku. Bukan sewenangnya aku mahu berjumpa dengan sesiapa tanpa tujuan yang pasti. Kalau ada pun, di saat ingatan dan gerak hati tidak selari, barulah pertemuan itu diwujudkan, seperti pertemuanku dengan Aqil dalam tiga bulan terdahulu.
Aku lebih gemar bersantai di rumah, ke rumah Pak Uda bermain dengan Fikri, atau saja mengambil cuti dua tiga hari untuk bertemu umi di kampung. Malah, bukan mudah pula untuk mencariku, kerana aku lebih gemar menyibukkan diri, mencipta pelbagai alasan supaya pertemuan-
pertemuan itu dapat dielakkan. Kedengaran agak kurang sopan, tapi itulah sikapku, walau sesekali terfikir juga untuk mengubahnya, cuma belum tiba masanya lagi agaknya.
"Macam mana dengan kerja? Kalau di pejabat, susah betul nak bercakap dengan Datul. Nanti apa pula kata Khaizan....", terfikir aku, kenapa dia merahsiakan hubungan kami berdua daripada anak muda itu. Lainlah kalau aku dan Khaizan berhubungan intim yang akan menimbulkan anggapan lain di hatinya, tapi tidak pula begitu. Aku dan Khaizan hanyalah dua sahabat yang menguruskan projek yang sama, sementelah abang Amirul pula kenalan lama di zaman persekolahan.
Terdetik di fikiranku, tidak bersalahan langsung jika Khaizan tahu tentang hubungan kami berdua. Apapun, aku tidak mahu ambil kisah hal tersebut. Mungkin ada alasannya yang tersendiri yang menyebabkan dia tidak mahu menghebahkan hal tersebut. Selebihnya, aku sendiri tidak suka bertanya, maka hal itu kudiamkan begitu sahaja.
Kami hanya berbual tentang perkara-perkara biasa, namun tiba-tiba sahaja perbualan itu menyimpang jauh dari tujuan sebenarnya. Tiba-tiba dia menyebut tentang hal hubungan kami, hubungan hampir tujuh tahun lepas yang tidak pernah terungkap oleh rasa dan debaran hati yang tidak pernah ditunjukkan di hadapannya. Aku sedikit terkejut mendengar kata-katanya, namun hanya kudiamkan tanpa membalas apa-apa.
"Abang sentiasa ingatkan Datul...kenapa sepucuk pun Datul tak balas surat-surat abang tu?", pertanyaan itu membuatkan aku berfikir panjang. Puas memikir ayat yang sesuai untuk menerangkan hal tersebut, sepatah pun aku tidak berjumpa dengan ayat yang dirasakan tidak akan menerbitkan rasa tidak puas hati di hatinya. Sudahnya, aku hanya tunduk, terdiam tanpa sepatah kata. Dia pula, menyandarkan tubuh di kerusi, sebelum melepaskan keluhan panjang yang sedikit
sebanyak mencuit hati wanitaku untuk menatap wajahnya yang kian keruh. Dahinya berkerut, namun wajahnya yang memang tenang sedikit menenangkan mindaku yang sedang berkecamuk tika itu.
"Abang ada buat silap apa-apa ke pada Datul sampaikan Datul buat macam tu pada abang? Cuma, selepas abang Hakimi bagitau abang yang Datul dah masuk universiti, sengaja abang stop hantar surat-surat tu...abang tau, Datul dah besar dan dah tak perlukan abang lagi...", kata-kata itu menghantui seharian masaku selepas berjumpa dengan abang Amirul hari itu. Entah apa mahunya dia membangkitkan persoalan itu padaku, aku tidak mahu ambil tahu. Saat itu, terasa diri terlalu kerdil untuk menghadapi kemelut di dunia yang sementara ini.
Terbayang kemesraannya dengan beberapa gadis yang berlainan menimbulkan rasa tidak puas hatiku semula, menghilangkan rindu yang mula hendak bersemi memikirkan kata-katanya padaku tadi. Nampak seperti ada sesuatu yang hendak disampaikannya, sesuatu yang mungkin aku harapkan selepas pertemuan yang pertama dulu, walaupun saat ini aku cuba menghindari perasaan seumpama itu hadir.
Pertemuan itu tidak berakhir seperti yang aku jangkakan. Tanpa sedar, abang Amirul sudah mula menghubungiku di pejabat, samada mempelawaku untuk berbuka puasa bersama-samanya atau mengatur pertemuan lain selepas waktu pejabat. Aku menganggap ia hanyalah pertemuan dengan sahabat lama, pertemuan tanpa menerbitkan rasa keintiman yang terlalu rapat, terlebih jauh di sudut hati, aku tidak tahu apa yang ada di fikirannya. Ada juga sekali dua terserempak dengan Khaizan, tapi cepat-cepat pula abang Amirul akan menyuruhku mengelak dari kami bertentang mata dengan anak muda itu.
Perasaan bersalah, pelik dan tertekan mula berkepuk dalam diri. Tidak suka menjadi alat dalam hidup orang lain, berselindung seolah-olah aku telah melakukan kesalahan yang teramat besar. Kalau Khaizan atau sesiapa pun tahu, apa salahnya, dan perasaan tidak puas hati itu terluah juga setelah hampir dua minggu aku mengikut sahaja setiap cadangan dan ajakan abang Amirul.
"Kenapa kita mesti mengelakkan diri dari Khaizan? Besar sangat ke kesalahan yang kita ada, hubungan kita ni akan dipertikaikan ke?", sungguh, setelah puas mengatur ayat, memikirkan kata-kata yang sesuai, akhirnya ia terluah jua. Terdiam abang Amirul, memakukan pandangannya pada anak mataku, hingga aku menundukkan wajah, cuba lari dari pandangannya yang agak tajam.
Mungkin, setelah hampir setahun kami merahsiakan hubungan ini di hadapan Khaizan, dia tidak menyangka aku akan bertanya begitu padanya. Mulanya, memanglah aku tidak endah, tapi bila fikiranku disogok dengan rasa tidak puas hati yang keterlaluan dengan tindakannya yang terlalu berahsia, ingin juga aku bebaskan diri dari kemelut yang menghantui perasaanku. Bukan mudah hendak bertanya pada diri, berfikir dan terus berfikir walhal setiap masalah itu ada jalan
penyelesaiannya sendiri. Aku cuma perlu berusaha agar beban itu terlerai, mewujudkan semula ketenangan dalam diri yang hampir sahaja hilang.
"Bukannya abang tak nak bagitau dia, tapi nanti apa pula yang dikatanya pada Datul. Macam mana dia nak terima hakikat gadis yang dia suka berkawan dengan abang yang memang dia kenal ramai kawan-kawan perempuan, walaupun sebenarnya tak pernah abang berjanji apa-apa dengan gadis-gadis tu..... abang tak nak pandangan dia pada Datul berbeza dari apa yang dia sangkakan, hanya kerana Datul dan abang agak rapat...", sungguh tidak aku jangkakan, ayat itu meruntun segenap ruang jiwaku, menerbitkan rasa ingin tahu yang teramat. Mataku tunak memandang abang Amirul, serasa tidak percaya dengan apa yang baru ku dengar seketika tadi. Khaizan sukakan aku? Terasa tercuit hatiku, menerbitkan rasa yang agak melucukan, sesuatu yang tidak pernah aku fikirkan dan aku jangkakan langsung. Dan, tiba-tiba sahaja terhambur gelak halusku, dalam tawa yang agak terkawal.
"Gelak pulak...apa Datul tak percaya dengan apa yang abang ceritakan ni? ", berkerut dahinya melihat lakuku, masih dengan gaya di zaman remaja, gelakku pasti terhambur jika ada ayat sebegitu diajukan padaku. Bukannya dia tidak tahu, sukar benar hatiku untuk jatuh cinta, malah bukan mudah pula untuk suka pada seseorang, walau serapat mana pun hubungan itu terjalin. Memang itu peelku, suatu sikap yang aku rasakan normal ada pada seorang wanita seusiaku.
"Abang ni kelakar la..ada ke si Khaizan tu sukakan Datul? ", dan tawaku terhambur semula, sedikit pun tidak menghiraukan lirikan matanya padaku. Sangkaku, dia akan terasa hati dengan tindakanku, tapi perlahan-lahan sebuah senyuman terukir jua di wajahnya.
"Mula-mula abang tak percaya juga, tapi dia bersungguh-sungguh bagitau abang...dah le abang tau dia tu bukan jenis yang mudah suka dengan perempuan, walaupun ramai yang memang sukakan dia.....". Terpana aku mendengar kata-kata itu. Di awal perkenalan dengan Khaizan lagi, aku sudah tidak sukakan perlakuannya. Lirikan matanya saja sudah cukup untuk membantutkan segala tindakanku, apatah lagi untuk menyukainya dengan lebih serius, tidak pernah terlintas di fikiranku langsung.
Tindakanku mendiamkan diri bila berhadapan dengannya, bercerita hal-hal kerja sahaja walau sudah bertemu dengan ibunya, sudah cukup rasanya menjadi bukti yang aku tidak mahu perhubungan yang lebih serius dari itu akan wujud. Mungkin dia tidak pernah terfikir yang aku sedikit pun tidak menyukainya, ditambah dengan ketampanan dan kekayaan yang dimilikinya, pasti dia merasakan mudah saja aku akan jatuh hati dengannya. Masalahnya, aku bukan wanita seperti itu, bukan sikap seperti itu yang aku tatang sejak dulu.Sedikit pun aku tidak memikirkan hal Khaizan selepas pertemuan dengan abang Amirul. Lelaki itu juga, walau bercerita tentang akrabnya perhubungannya dengan Khaizan, hebatnya Khaizan sewaktu pengajian di universiti dahulu, ramainya gadis yang ingin menjadi temannya, tidak pernah pula disogokkan padaku supaya menerima Khaizan menjadi tugu utama perasaanku, beraja di hati agar mendapat tempat yang paling istimewa dalam hidupku.
Yang selalu diucapkannya, agar aku lebih berhati-hati, fikiran lelaki sukar dijangka, dan keseriusan perhubungan yang terkadang tiba-tiba menjadi renggang dengan kehadiran orang ketiga yang sering wujud dalam sebuah perhubungan kasih sayang antara lelaki dan wanita. Pun, nasihat itu aku pendamkan begitu sahaja. Masih belum tiba masanya untuk aku luahkan, insan bagaimanakah yang menjadi pilihanku, dan siapa yang akan bertakhta di hatiku, hinggalah tiba satu saat yang
dirasakan sesuai. Saat ini, biarlah semuanya kurahsiakan, memikirkan terlalu banyak konflik dalam diri, melibatkan perasaan beberapa insan yang ku kenal, mewujudkan rasa tidak enak untuk diceritakan meluah rasa yang kusimpan selama ini.
"Lamanya Datul tak datang ke sini...Khaizan kata Datul bercuti...balik kampung ke?", ibu Khaizan, ramah menegurku sewaktu aku berkunjung ke rumahnya di suatu petang selepas melawat tapak projekku berhampiran Pelabuhan Kelang. Tiba-tiba saja rasa rindu terdetik di hati, memikirkan umi di kampung, menjejakkan kakiku di rumah itu. Mujur saja Khaizan atau Aqil tiada di rumah waktu itu, kalau tidak pasti apa pula anggapan mereka agaknya.
"Datul saja bercuti panjang....rindu dengan umi di kampung...", sambil membelek-belek beberapa kuntum ros pelbagai warna yang berkembang mekar, aku tersenyum memandang wanita itu. Terasa rapat benar perhubungan kami, walau aku dan dia jarang berjumpa. Ada keintiman yang sukar untuk dihuraikan dengan kata-kata, yang pastinya aku sering teringatkan dia di kala rindu membuak-buak pada umi.
"Buka puasa di sini ya...", tanpa sedar, aku sudah menganggukkan kepala pada pelawaannya. Malah, Marina dan Linda pun maklum, aku jarang berbuka puasa di rumah bersama-sama mereka. Kalau tidak ke rumah Pak Uda, dua tiga orang kakak-kakak sepejabat juga sering mengajakku berbuka puasa bersama keluarga mereka.
Sikapku yang sukakan kanak-kanak terutamanya, memudahkan aku untuk merapatkan diri dengan kakak-kakak yang sudah berkeluarga itu. Mana tidaknya, terkadang sampai juga ke telingaku rungutan anak-anak mereka jika aku sudah lama tidak ke rumah mereka. Sudahnya, rasa kasihan itu timbul, menarik diriku untuk bersua dengan mereka, dan selebihnya melayan kerenah mereka yang cukup menenangkan mindaku. Sukar benar untuk aku hampakan permintaan anak-anak kecil itu.
Encik Shahir, ayah Khaizan pulang agak awal dari biasa dari hari-hari sebelumnya, itu kata Puan Rahimah. Terasa tenang menatap pasangan itu, walau sudah berusia, hubungan mereka sungguh intim, dilimpahi dengan kasih sayang yang tidak terungkap. Malah, sewaktu sedang berbuka puasa juga, sikap mereka berdua cepat saja menarik perhatianku.
Nampak benar yang hubungan mereka terlalu murni, terlalu suci hingga aku rasakan aku ingin jadi seperti mereka, mengecap nikmat bahagia hingga ke akhir hayat. Namun kesangsian tetap bertapak di hati, memikirkan perlakuan golongan muda di zaman sekarang yang sukar diterka maksudnya. Hendak mencari yang sejati, yang setia, redha padaNya bukanlah semudah yang disangkakan.
Abang Amirul sendiri, satu-satunya lelaki yang aku percaya setakat ini, sudah mula menunjukkan sedikit kelemahan yang aku sendiri pertikaikan hingga menyingkirkan sedikit demi sedikit rindu yang mahu bertapak di sudut hatiku. Bukannya aku mengutuk tingkahnya, tapi rasa itu hadir tanpa dipinta. Hendak ditegur, aku rasa dia sendiri maklum dengan apa yang dilakukannya.
Sudahnya, aku hanya memendam rasa, menyimpan keinginan hati dengan harapan Allah akan mengurniakan yang terbaik untukku, malah keinginan itu sudah tertancap, tanpa rasa aku sudah tidak berkeinginan untuk mengecap nikmat dunia yang sementara ini. Wajarnya aku berperasaan begitu, terasa minda semakin tenang tanpa bebanan yang amat memeritkan.
Bukan mudah untuk membina diri, melatih minda agar tidak terlalu memikirkan hal tersebut, tapi itu juga yang aku hadapi, dan aku terima dengan rasa syukur yang tidak terhingga padaNya. Mungkin ada hikmah di sebalik segala pemberianNya, hikmah yang tidak datang dalam sekelip mata dan memerlukan penantian dalam jangkamasa yang entah bila akan hadirnya. Aku hanya berharap agar Allah meredhaiku dalam setiap tindakanku. Sesekali, perlu juga akur, ada tanggungjawab yang belum aku lunaskan sepenuhnya di sini, di dunia ini.
"Susahnya nak jumpa Datul...sibuk sangat ke sekarang ?", terhambur tawa halusku mendengar kata-kata lelaki itu. Entah apa mimpinya, di saat azan Subuh baru sahaja berkumandang, aku sudah menerima panggilan darinya. Yang paling bagus, dia mengajakku berjogging, sesuatu yang jarang aku lakukan di pagi minggu begitu. Tapi, memikirkan sudah lama juga aku tidak bersua dengannya, aku akur juga dengan ajakan Aqil. Bukan mudah untuk berjumpa dengannya, dia juga punya kesibukan tersendiri yang tidak pernah aku tahu.
Kami menyusuri laluan pejalan kaki sambil berlari-lari anak. Sesekali saja track-suit biru tua itu menyaluti tubuhku, pun aku terasa cukup selesa bila memakainya. Aqil di sisiku pula dengan pakaian biasanya, track-suit dan t-shirt berkolar, kali ini berwarna maroon membalut tubuhnya. Tidak ramai orang yang berjogging pagi itu, maklumlah, bulan puasa begini, mana mungkin ada yang mahu membasahkan badan dengan peluh walhal waktu untuk berbuka puasa masih jauh. Namun,
kedamaian dan ketenangan pagi itu sudah cukup untuk membangkitkan rasa selesa yang sukar benar untuk hadir.
"Berbuka puasa dengan saya hari ni?", habis satu pusingan sahaja, kami berdua mengambil keputusan untuk merehatkan diri di tepi tasik, duduk-duduk di atas rumput yang dijaga elok. Usulannya aku sambut dengan sebuah senyuman.
"Boleh juga. Lagipun Datul memang tak ada program apa-apa hari ni...", mudah saja aku menerima ajakannya. Sesuatu yang jarang aku lakukan dengan orang lain. Entah kenapa, caranya yang tidak terlalu mendesak, tenang dalam setiap perlakuan sedikit sebanyak menarik perhatianku. Dia jarang meminta, dan disebabkan itu setiap permintannya senang untuk ditunaikan.
"Dah lama kerja di company tu?", perbualan kami mula berkisar tentang kehidupanku, sesuatu yang paling tidak aku gemari. Namun, caranya menangani suasana perbualan tersebut cukup unik, hingga tanpa sedar banyak juga hal-hal peribadiku yang selama ini tidak pernah kuceritakan pada sesiapa, dapat diperolehinya hari itu. Malah, pemergian arwah ayah dan kesedihan yang aku alami, corak kehidupanku di kampung hampir semua menjadi santapan mindanya.
Cara apa yang dia gunakan untuk memperolehi semua maklumat tersebut, sukar untuk diterka. Yang pasti, aku mula gemar untuk bercerita selagi terdaya, menghuraikan segala kemelut diri yang menghantuiku. Walhal, aku dan dia bukanlah rapat, tidak seperti aku dan abang Amirul yang memang punya hubungan yang agak intim. Cuma, entah kenapa, dia bijak melayani setiap kata-kataku, hingga tidak sedikit pun perasaan bimbang terbit di hatiku yang dia akan terasa hati dengan setiap kata-kataku.
"Sabarlah...mungkin ada alasan dia buat begitu..yang pasti, Datul tak salah dan dia pun tak salah...", sewaktu bercerita tentang Khaizan dan perlakuannya sewaktu dia membawaku bertemu dengan ibu Khaizan. Hebat, wajahnya tenang tanpa sedikit pun kerutan nampak di dahinya.
"Entahlah...Datul harap tak ada apa-apa yang akan berlaku. Antara dia dan Datul bukannya ada apa-apa hubungan selain dari hubungan rakan sekerja....", aku menyuarakan rasa tidak puas hatiku pada Aqil. Wajar atau tidak, aku tetap merasakan dia ibarat seorang kaunselor yang baik, teman yang selama ini ku cari untuk meluahkan pelbagai kemelut yang menghantui kehidupanku.
Bukan mudah sebenarnya untuk bercerita tentang masalahku dengan orang lain, tapi berbeza pula dengan dia. Aku jadi bebas, tanpa kongkongan perasaan yang menjerut mindaku untuk teragak-agak meluahkannya. Selalunya, aku lebih suka menyimpannya sendiri, mungkinkah aku sudah berjumpa dengan dia, insan yang kucari selama ini, walau tidak sedikit pun terdetik di hatiku untuk memilikinya. Cukuplah dia menjadi pendengar setia, memberikan pendapat semampunya, menjadi seorang `abang' seperti yang pernah aku harapkan sebelum ini.
-Tamat-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan