Bahan-bahan (untuk 1 loyang )
- 1 packet kecil milo (ambil packet yg plg kecil tau.. 😊)
- 1 tin sederhana susu pekat manis
- 1 buku buttercup (250gm)
- 1 cawan gula halus
- 1 biji telur ayam
- serbuk koko (anggaran dlm 1 sudu besar)
- 350gm biskut marie (lbh sedap kalau gune biskut marie jenis timbang. Lemaknya lebih terasa)
- 150 gm biji bijan (digoreng tanpa minyak)
- 100gm kacang tanah (digoreng tanpa minyak dan ditumbuk halus)
Cara-cara
1.
Mula - mula, cairkan butter, setelah cair masukkan
semua bahan-bahan tadi ke dalam periuk (kecuali biskut marie, kacang tanah dan biji bijan.)
2. Masakkan
semua bahan-bahan tu dengan api yg kecil
3.
kacau
bahan-bahan tu sampai menjadi pekat (dlm 15 min)
4.
bila
dah pekat, tutupkan api kemudian masukkan biskut marie, kacang tanah dan biji bijan.Gaul sehingga sebati
5. Setelah sebati,
masukkan ke dalam loyang dan mampatkan
6. Akhir sekali, masukkan
dlm peti sejuk untuk keraskan. Sebelum tu, tutup bahagian atas kek untuk elakkan air menitis di atas kek. Bila kek dah keras, bolehlah potong dan hidangkan..
Selamat mencuba..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan