HALAMAN UTAMA

Rabu, 1 November 2017

BUBUR ASYURA LAILA

Resepi ni mama dapat namanya sempena anak sulung mama LAILATUL SYAZWANI (Laila) kebetulan Laila lahir dlm bulan Ramadhan... Waktu tu umurnya baru satu tahun.. Mama ingat lagi resepi ni mama cuba buat pada bulan Ramadhan (2009). Alhamdudillah menjadi dan sedap rasanya.. Boleh lah cuba bubur Asyura Laila ni.. Sapa - sapa nak share resepi ni, dipersilakan.. Semoga bermanfaat buat semua.. Selamat mencuba..

Bahannya
  •     2 cawan beras
  •     sebiji santan kelapa (1/3 santan pekat dan 2/3 santan cair)
  •     2 biji bawang Merah
  •     2 ketul kecil bawang putih (ditumbuk halus)
  •     1 inci halia
  •     udang kering /sesar unjur
  •     isi udang mentah secukupnya (ikut Suka)
  •     garam secukup rasa
  •     serbuk perasa (ajinomoto)
  •     Rempah Ratus (satu paket kecil)
  •     Sayur Campur
  •     Sayur Cangkuk Manis secukupnya
  •     5 ketul ayam, ambik bahagian byk isi
  •     2 genggam kacang tanah
  •     2 genggam kacang gajus
  •     serbuk lada sulah secukup rasa
  •     Sesudu kecil Halba
**bahan untuk hiasan (di tabur atas bubur)
  •     200 gm  bawang merah (dimayang dan digoreng rangup)
  •     5 batang daun sup (hiris halus)
  •     3 biji telur ayam (digoreng dadar dan dihiris nipis) / telur masin
  •     Ikan bilis goreng halia rangup
  •      Acar Selada/pickled lettuce (yang ni kalau tak nak bubuh pun tak pe..)
Cara-cara

Masak beras dengan ukuran air 3 kali ganda dari biasa. Biarkan hingga semua nasi bertukar jadi bubur.Kacau seberapa kerap yang mungkin untuk mengelakkan hangit. selepas itu masukkan kacang tanah dan kacang gajus dan gaulkan sehingga bahan tersebut masak. dalam kuali berasingan, tumiskan bawang merah, bawang putih, halia dan rempah ratus. Setelah masak masukkan bawang merah dan bawang putih yang telah dimayang dan halia ke dalam periuk nasi bubur tadi. Masukkan garam dan ajinomoto secukup rasa.. Bila semua nasi dah jadi bubur barulah masukkan udang kering @ Sesar unjur, isi udang, sayur cangkuk, sayur campur dan santan cair,  kacaukan sehingga isi udang masak, setelah masak barulah masukkan santan pekat (jangan biar sampai santan keluar minyak) dan kacau lagi sampai jadi bubur yang sedap.

** bahan untuk perencah(ditabur)
Buat bawang goreng sendiri, lebih harum. Caranya, bawang merah yang telah di mayang tadi di gaul dengan tepung gandum hingga agak-agak rata. JANGAN LETAK AIR !! Goreng dgn api kecil.Bila sudah kekuningan, angkat. Daun sup di ricih (hiris halus) boleh juga sekiranya ingin menggunakan daun bawang . akhir sekali taburkan hirisan telur dadar, telur masih, acar selada dan ikan bilis goreng halia  ke atas bubur.. dah siap. (Maaf tak de gambar bubur dah siap. Nanti kalau mama ada buat bubur ni mama post kan gambarnya ya..)



Tiada ulasan:

Jadual Solat

Anda mungkin nak baca yang ni..