HALAMAN UTAMA

Jumaat, 6 September 2019

'Umur baru 6 tahun tapi sangat biadap!!' - Bahaya kalau tak pernah tegur anak langsung.


Sumber : Google
Pepatah Melayu iaitu ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’ sesuai untuk menggambarkan bahawa setiap didikan anak-anak harus bermula sejak dari kecil.
Jika sudah terbiasa ditegur untuk melakukan perkara yang betul di usia kanak-kanak, kebiasaannya apabila dewasa sudah terdidik dengan baik.
Namun, ada segelintir ibu bapa yang langsung tidak menegur anak-anak dengan alasan mereka masih kecil.

Bahkan ada kesalahan yang dilakukan secara terang-terangan, langsung dibiarkan oleh ibu bapa kerana beranggapan bahawa anak-anak ‘masih budak’ untuk menerima teguran.
Apa yang dikongsikan oleh Doktor Taufiq Razif ini mungkin dapat mengubah mentaliti ibu bapa di luar sana agar mendidik anak dengan cara yang betul.

Anak yang tak pernah ditegur, sekali berlanggar habislah patah riuk dan rosak masa depannya. Anda pilih mahu anak anda yang bagaimana. Semoga bermanfaat kepada semua.
Bahaya kalau tak pernah tegur anak langsung

Saya pernah jumpa dua orang adik beradik yang sangat ‘biadap’. Umur lebih kurang 6 tahun. Orang lain tengah solat, diorang selamber je pergi keluarkan ikan daripada akuarium kat tepi surau tu dan bunuh ikan-ikan tu semua!

Saya okey lagi kalau memang ayah dia dah tegur dan nasihat tapi masalahnya ayah dia buat benda tu macam tak ada apa-apa! Kononnya macam ” alaaa..biasa la budak-budak “. Aduh! Parah!
Lebih parah lagi kalau salah belajar Ilmu Parenting. Katanya tak boleh sebut langsung perkataan JANGAN pada anak-anak. Bukan tak boleh langsung sebenarnya tapi kena tahu caranya.
Bila nak larang anak dengan perkataan JANGAN kita kena letak SEBAB dan PILIHAN/SOLUSI selepas teguran kita tu.

Contohnya :
“Adik JANGAN bawa makanan masuk bilik SEBAB semut suka benda manis ( ni SEBAB ) Nanti semut ikut adik masuk bilik. Sakit kan kalau semut gigit. Kalau adik nak makan, adik makan la dekat meja ni ( ni PILIHAN/SOLUSI ) “
 
Dalam surah Luqman Ayat 13 pun Luqman guna perkataan JANGAN untuk larang anaknya. Luqman pun siap bagi sebab ( reason ) sekali bila dah larang anaknya.
 
Ingat, anak yang tak pernah ditegur seperti pemandu yang memecut kereta Ferrari tanpa pakai seatbelt. Mereka bebas memecut tapi sekali dah berlanggar, habislah patah riuk dan rosak masa depannya.
 
Tolong sebarkan benda ni pada pasangan dan keluarga kita ye. Tolong sangat.
 
Sumber: TaufiqRazif.com

Jumaat, 16 Ogos 2019

TIPS MEMOTONG DAGING DENGAN BETUL

Asslamualaikum & hai..

Tengah hari tadi mama masak lauk daging kegemaran mama iaitu daging masak kicap.. sedappp.. sedap tang kuah je.. isi tak brapa boleh digigit sebab liat. terpaksa main telan.. huhhh siksanya.. biasa part potong - potong daging, suami yang buatkan. tengah hari tadi mama kunun- kunun nak cuba sendiri potong.. hmmm ni lah jadinya bila tak de bakat nak potong daging. jadi mama cuba cari petua atau tips macam mana nak potong daging dengan betul dan sempurna.. mama terjumpalah aritkel ni.. senang nak faham dan ada gambar yg jelasj untuk panduan. Jadi sama- sama lah kita belajar macam mana nak buat k.. semoga bermanfaat kepada semua..

Bagaimana Cara Potong Daging Melintang Urat Untuk Dapatkan Tekstur Daging Yang Lembut
Sumber : Fazidi / Siakapkeli

Daging antara bahan mentah yang sering digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Gulai kawah, BBQ, rendang hari raya, masak kicap atau sebut apa sahaja masakan, pasti ada tukang masak yang kreatif untuk mengolah daging menjadi satu masakan yang sedap dijamah.

Tetapi untuk menjadikan masakan berdaging itu sedap, tentulah tekstur daging itu terlebih dahulu diambil kira. Yelah, kalau tengah enak menjamu selera tiba-tiba daging yang dikunyah terasa liat, memang ‘potong’ betul selera nak makan.

Jadi bagaimana mahu memastikan daging yang kita guna dalam masakan tidak liat dan tidak menyusahkan pelanggan, sekiranya anda menyediakan juadah untuk dijual? Kalau tak, siaplah untuk dicemuh atau diboikot lepas ini.

Sebenarnya ada banyak tips-tips yang  yang tersebar luas di atas talian sebelum ini bagaimana mahu memastikan daging yang kita guna tersebut menjadi lembut dan sedap ketika digunakan di dalm masakan. Tapi yang paling kerap kita dengar, terutamanya ketika kali pertama masuk dapur membantu ibu memotong daging adalah jangan ‘potong ikut urat’ utuk mendapatkan daging yang lembut.

Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan jangan potong ikut urat ini? Yelah, bukan kita tahupun urat pada daging itu macam mana. Memang itu ke puncanya jangan potong ikut urat menjadikan daging itu lembut?

Sememangnya, ada juga benarnya dengan petua yang sering disampaikan oleh orang lama. Dalam dunia kulinari, jangan potong ikut urat dengan potong ikut urat ini memang diamalkan dan bergantung kepada jenis masakan yang ingin disediakan.

Urat ataupun dalam istilahnya di dalam bahasa Inggeris, ‘grain’ merujuk kepada arah fiber otot mengahala pada daging. Cara paling mudah untuk mengenal arah grain ini menghala adalah dengan melihat urat pada daging tersebut. Anda akan melihat sama ada grain tersebut dengan jelas dan dapat menentukan bagaimana daging tersebut mahu dipotong.


Perlu diketahui bahawa potong ikut urat (Slicing WITH the grain) akan menghasilkan tekstur daging yang liat dan lebih kukuh, manakalan potong lawan urat atau jangan potong ikut urat (Slicing AGAINST the grain) akan menghasilkan tekstutr daging yang lebih lembut.

Manakala gambar di bawah adalah cara bagaimana anda mahu memnbuat potongan daging melawan arah urat untuk menghasilkan tekstur daging yang lebih lembut.


Berdasarkan gambar tersebut, arah grain menghala pada daging ditanda dengan anak panah bewarna biru manakala cara memotong daging untuk tekstur yang kurang kenyal ditanda dengan anal panah bewarna hitam.

Tekstur daging yang dipotong secara arah lawan urat juga memperlihatkan otot-tot daging dengan kemas dan mudah diceraikan seperti gambar di bawah.


Jadi, itulah tips untuk anda mengenal uarat pada daging dan tidak tersilap nak potong daging, terutamanya jika anda kali pertama memasak dan mahun mengambil hati bakal ibu mertua.

Selamat mencuba...

Wanita bertubuh gempal juga boleh cantik

Ramai golongan wanita yang bertubuh gempal kurang berkeyakinan dalam menggayakan setiap fesyen berbanding wanita kurus.

Anda sepatutnya tidak perlu merasa sedemikian kerana terdapat beberapa teknik dan tips yang boleh dikenakan supaya anda tetap kelihatan cantik.
Sumber gambar: google

Sumber gambar : Pinterest

10 tips cantik untuk wanita berisi
  1. Kebanyakan wanita berisi mempunyai kulit wajah yang cantik. Selain daripada mengamalkan rutin penjagaan kulit asas, carilah serum yang berfungsi menganjalkan wajah untuk mengelakkan kulit mengendur.
  2. Setiap kali mengaplikasi serum ke wajah, jangan lupa urut-urut lembut wajah dengan cara menghala ke atas. Lakukan ulangan beberapa kali terutamanya di bawah dagu untuk mengurangkan masalah dagu berlapis.
  3. Masalah dagu berlapis juga boleh dielakkan dengan mempraktikkan cara tidur yang betul. Elakkan tidur dalam posisi dagu mencecah leher. Tinggikan sedikit bantal agar wajah dalam keadaan tegak.
  4. Sesekali buatlah senaman wajah dengan mengunyah gula-gula getah atau menggerakkan struktur mulut. Nganga mulut besar-besar dan tegangkan mulut atau sebut huruf A, E, I ,O dan U secara berulang-ulang sebaik bangun pagi.
  5. Untuk penjagaan kulit wajah, amalkan melakukan skrub atau lulur badan 2 ke 3 kali seminggu. Sental bahagian berlipat seperti ketiak, celahan paha dan leher untuk menyingkirkan daki dan sel kulit mati agar kulit badan lebih mulus.
  6. Amalkan senaman ringan 4 ke 5 kali seminggu. Jika tidak punya masa untuk ke gimnasium, cukuplah dengan berjalan laju atau naik turun tangga. Senaman bukan hanya untuk mendapatkan tubuh langsing tetapi bagi yang bertubuh besar, ia penting untuk memberikan stamina dan melancarkan peredaran darah dan pernafasan.
  7. Banyakkan minum air masak dan elakkan yang bergula. Jika teringin, gantikan dengan stevia.
  8. Sehari sekali, amalkan minum teh hijau panas. Teh hijau mengandungi 10 kali jumlah antioksidan yang boleh didapati pada buahan dan sayuran. Ia mampu mengawal berat badan, mengurangkan kolesterol dan menyegarkan pernafasan. Boleh juga buat minuman halia yang dicampurkan madu yang diminum suam. Minuman ini bagus untuk membuang angin dalam badan.
  9. Sesekali manjakan diri di spa dengan melakukan rawatan mandi lulur dan mengurut badan. Ulang rawatan 2 minggu sekali sudah memadai. Selain untuk mengembalikan kecantikan diri, rawatan di spa dan mengurut badan juga dapat menenangkan jiwa lantas menerbitkan aura positif dan memberi keyakinan diri.
  10. Walaupun berbadan besar, kemaskan bahagian perut dengan memakai bengkung. Korset sudah mula dipakai oleh orang dahulu sejak era 1500 lagi. Ia diperkenalkan oleh wanita Perancis bernama Catherine de Medici untuk mendapatkan bentuk pinggang ramping dan korset menjadi pakaian dalam wajib bagi wanita Perancis ketika itu.
Jadi.. sapa kata wanita bertubuh gempal tak boleh cantik.. bak kata pepatah.. tepuk dada tanya selera... yang pasti jangan obses nak kuruskan sampai nak rosakkan badan semata - mata nak cantik... badan berisi pun cantik ape.. hehehehe.. 

Sumber: freemalaysiatoday

Patung Berhantu. Adakah ianya benar - benar wujud?

Ramai kanak-kanak menjadikan anak patung sebagai teman dan rakan baik ketika mengharungi kehidupan yang penuh keriangan namun, terdapat anak patung yang mempunyai rupa bentuk yang buruk dan sangat menakutkan.

Malah, ada di antara anak patung ini seolah-olah mengalami sumpahan dengan kisah menyeramkan, walaupun bagi orang dewasa. Buktinya? Ramai yang terkucil ketika menonton filem Annabelle.
Berikut adalah antara patung yang menjadi perbualan orang ramai.


 Top 10 Cursed Dolls You Should Never Touch - Youtube

1. Annabelle

Seperti yang anda sudah jangkakan, anak patung Annabelle memang benar-benar telah wujud sebelum penghasilan filem Annabelle, yang dikatakan akan berubah posisi dan tempat, ketika pemiliknya seorang pelajar kejururawatan bernama Donna, berada di luar rumah.

Menurut Donna, Annabelle juga pernah berubah tempat hingga ke bilik yang lain dan pernah menerima mesej yang ditulis dengan pensel di atas kertas, seolah-olah ia mesej dari Annabelle. Pada kertas itu tertulis, "Tolong kami". Donna memberitahu bahawa beliau pernah terlihat titisan darah pada dada dan di belakang kepala Annabelle.

2. joliet the haunted cursed doll
 

Anak patung mengerikan yang mempunyai kening nipis dan halus ini dikatakan diserahkan secara turun temurun daripada seorang ibu kepada anak perempuan untuk beberapa generasi.

Dipercayai kini miliki seorang wanita bernama Anna, anak patung Joliet ini dikatakan menyumpah setiap anak perempuan untuk melahirkan dua anak, seorang anak perempuan yang akan menjadi pewaris anak patung ini dan seorang lagi anak lelaki yang dikatakan akan mati 3 hari selepas dilahirkan. Namun, kematian bayi lelaki itu tidaklah sia-sia kerana didakwa rohnya akan masuk dan tinggal di dalam badan Joliet, serta akan menangis pada waktu malam.

3. Robert

Dahulunya dimiliki oleh Robert Eugene Otto, seorang pelukis, anak patung yang diberi nama Robert ini dikatakan diberikan kepadanya pada tahun 1906 oleh satu keluarga hamba. Keluarga hamba itu dikatakan mahir dalam ilmu hitam dan mahu menghancurkan keluarga Robert Eugene. 

Menurut sumber, ibu bapanya pernah mendengar Robert Eugene berborak dengan anak patung tersebut. Ketika tiada sesiapa di rumah, patung ini dikatakan berpindah bilik dan kejadian itu disaksikan oleh jiran mereka melalui tingkap. 

Selepas kematian Robert Eugene, keluarganya berpindah dan rumah tersebut dihuni oleh keluarga baru yang mempunyai seorang anak perempuan. Kanak-kanak perempuan tersebut memberitahu terlihat anak patung itu di dalam biliknya pada waktu malam dan cuba untuk membunuhnya. Robert sering menjadi perbandingan kepada Annabelle, anak patung yang dirasuk. Kini, anak patung Robert berada di Muzium Fort East Martello, Florida, Amerika Syarikat.
 
4. Okiku

Patung ini dimilik oleh seorang kanak-kanak yang bernama okiku dan patung ini dinamakan sempena nama tuan empunya, menurut cerita yang saya pernah baca, okiku sangat sayangkan patung dia ni sampai ke mana sahaja dia akan tetap bersama patung ini, sampailah satu hari dia meninggal dunia sebab  demam panas, patung ini  diletakkan ahli keluarganya pada tempat sembahyang.Yang menjadi misterinya sejak kematian okiku rambut patung ini akan memanjang seperti hidup, kajian berdasarkan ujian forensik terhadap rambut boneka itu mendapati folikel dalam rambut pada patung Okiki sama seperti kanak - kanak yang berusia 10 tahun. Dikatakan patung ini hidup kerana roh Okiku bersemadi dalam patung tersebut. Pada tahun 1938, keluarga okiku telah berpindah dan kemudian menyerakan patung ini ke sebuah kuil di Hokkaido, pendeta yang ada kat situ mendapati rambut patung itu terus memanjang sehinggakan meraka perlu memotongnya secara berkala. patung ini pada asalnya dibelikan oleh abang kepada okiku semasa beliau baru berusia 2 tahun.

5. Babe

Patung ini bernama bebe, seorang penyiasat paranormal Jannice poole beliau menyatakan patung ini berpuaka sejak ianya dibeli dan tersimpan di rumah, banyak kejadian aneh berlaku dan beliau sendiri cuba nak membuktikannya.

6. Emilia The Haunted Itallian Doll  

Patung berpuaka yang berumur 100 tahun ini di miliki asalnya oleh seorang pegawai keselamatan raja iaitu ketika raja Umberto 1 (Umberto Ranieri Carlo Emanuele Giovanni Maria Ferdinando Eugenio di Savoy) memerintah Itali pada tahun 14 March 1844 – 29 July 1900. Patung ini kemudiannya di serahkan kepada seorang rakannya yang paling dipercayai iaitu Ulvado Bellina. Ulvado Bellina memberikan patung tersebut kepada anaknya bernama Marie setelah kerajaan Umberto kalah dan mati dalam pertempuran. Patung ini terselamat dari peperangan World war 1 dan World war 2 dengan hanya kehilangan kedua - dua belah tangannya sahaja setelah Marie Bellina berusaha keras menjaganya daripada musnah dan sekarang ini ia dikhabarkan dirasuk oleh semangat Marie yang menjaganya sehingga dia meninggal. penyiasat paranormal mendapati yang Emilia ini sering membuka dan menutup matanya sendiri dan kotak suara pada patung itu juga kadang kala kedengaran secara kerap menangis memanggil emaknya walaupun mereka mendapati peti suara tersebut tidak berfungsi lagi.

7. Pupa


Merupakan sebuah patung yang mempunyai kisah unik. dia di katakan berumur sekitar 5 tahun selepas seorang pemilik membelinya pada tahun 1920 sehingga pemiliknya meninggal pada Julai 2005. patung ini terselamat daripada kemusnahan Perang Dunia Ke 2. di katakan Pupa ini kerap berpindah ke suatu tempat ke tempat yang lain bersama pemiliknya dari Itali ke United States dan kemudian balik semula ke Itali dan merentas Eropah dan akhirnya ke USA kembali. Pupa di katakan sering bergerak sendiri di mana dia membuka bekas kaca yang meletakkan dirinya di dalamnya. semenjak itu, ia sering di katakan mahu melepaskan diri dan tidak mahu di simpan oleh sesiapa.

banyak lagi cerita - cerita berkenaan patung 'bernyawa' yang disebar. namun apa yang past terutama kita yang beragama islam adalah dilarang sama sekali menyimpan atau memiliki patung terutama yang menyerupai makhluk hidup. Apa yang dipaparkan hanya sekadar perkongsian dan hiburan semata - mata.

Sumber: google

Kuat makan Samyang, suami terpaksa berhabis RM10,00 untuk selamatkan isteri


Gambar sumber : Google
“Lain orang, lain daya ketahanan,” demikian kata Otad Al Miko, yang berkongsi kisah isterinya mengalami luka di bahagian usus akibat makan makanan pedas sehingga memudaratkan dirinya. Menurut Otad, setiap kali isterinya makan mee tersebut, tidak pernah langsung dia minum air kerana mee viral itu langsung tidak pedas seperti yang didakwa netizen.

Namun keadaan berubah pada satu malam itu apabila pasangan berkenaan terpaksa menanggung kos rawatan hampir RM10,000. Ikuti perkongsian Otad di bawah:

Sekadar hiasan : Ramen Challenge

Ini kisah tiga tahun lalu. Abang nak ingatkan semua.

Isteri abang makan benda ini setiap minggu dan dalam masa sebulan, usus perutnya jadi luka. Ingat tak waktu itu semua orang di Malaysia gila-gila nak buat Ramen Challenge ini?

Isteri makan habis sebekas, tetapi setiap kali makan katanya tak pedas sampai langsung tak minum air. Memang abang pun kagum tengok dia makan sambil tak perlukan air. Akhirnya, terpaksa tanggung kos rawatan dan perubatan hampir RM10,000 (dalam satu malam) untuk masukkan kamera dalam perut, mencari puncanya kerana isteri dah terguling-guling menahan kesakitan pada malam kejadian itu. Dikejarkan juga ke Hospital Columbia sebab dah ramai sangat orang di Hospital Taiping pada waktu malam kejadian. Dalam kamera dan x-ray dapat tengok bahagian luka itu. Doktor kata lukanya kecil sahaja tetapi azabnya tak terkata. Allah sahaja yang tahu. Luka di bahagian usus amat berbahaya kerana ia kawasan yang sentiasa basah dan sukar untuk sembuh. Makanan pedas dapat menyebabkan luka pada lapisan mukosa yang sensitif atau pada usus kecil yang biasa disebut duodenum (ulkus duodenum), kata doktor.

Punca kesakitan yang tak tertanggung itu disebabkan dinding usus atas luka akibat benda pedas ini. Hati-hati ye, tanda-tanda luka itu, pada mulanya perut akan rasa susah nak sendawa dan terasa ada angin dalam perut. Lama kelamaan ia akan jadi sakit seperti dicucuk di ulu hati dan selepas itu baru berguling-guling menangis kesakitan.

Abang tak larang korang makan. Nak makan pun, makanlah. Tetapi kalau jadi seperti isteri abang barulah sedar yang terlampau pedas itu boleh memudaratkan. Mungkin lain orang tahan dan mungkin ada orang tak tahan ususnya. Sebenarnya duit boleh dicari, tetapi kesihatan itu tiada gantinya. Lidah dan mulut mungkin boleh menahan pedas, tetapi bahagian dalaman belum tentu.

Sumber: Otad Al Miko

Min sendiri ada cerita berkaitan dengan orang yang menghidap penyakit ni akibat makan makanan yang terlalu pedas setiap hari.. pedas sangat pun tak elok untuk kesihatan. Fikir - fikirkan lah ya.. nak makan sedap jangan sampai diri sendiri tak sihat.. 

Khamis, 15 Ogos 2019

ANTARA PEJABAT DAN KELUARGA, TIPS PENGURUSAN MASA UNTUK WANITA BEKERJAYA


Wanita, sama ada yang bekerjaya atau suri rumah sentiasa merasakan 24 jam sehari tidak cukup untuk menguruskan rutin harian. Setelah melakukan semua tuntutan kerja dan tanggungjawab di rumah, wanita sering kepenatan. Rami juga yang merasakan mereka tiada masa untuk diri sendiri.

Pengurusan masa yang betul adalah kunci untuk wanita moden zaman ini menjadi ‘superwoman’! FMT Ohsem memetik beberapa portal yang menawarkan solusi pengurusan masa yang berkesan supaya wanita dapat mencari keseimbangan antara kerjaya dan tanggungjawab rumah tangga.

1) Buat jadual masa
Senaraikan dan susun mengikut keutamaan. Anda pasti dapat selesaikan tugasan tersebut jika berdisiplin menguruskan jadual harian. Selain itu tetapkan juga tempoh untuk menyiapkan kerja yang diberikan, bekerja mengikut masa yang ditetapkan bagi mengelak emosi tertekan.

2) Bezakan antara tugasan penting dan yang perlu disegerakan.
Anda perlu bezakan perkara penting dengan hal yang perlu disegerakan. Laksanakan dulu perkara yang perlu disegerakan sebelum beralih kepada perkara yang penting. Buat mengikut keperluan.

3) Dapatkan kerjasama dan agihkan tugasan
Apabila melakukan sesuatu kerja, sama ada di rumah atau tempat kerja, lebih baik bekerjasama atau agihkan tugasan. Cara tersebut boleh menjimatkan masa, memberi motivasi kepada diri sendiri selain dapat memberi tumpuan sepenuhnya pada satu tugas dalam satu masa.

4) Soal diri sendiri
Ada masanya anda tidak tahu apa yang hendak didahulukan dan ketika inilah anda perlu tanya kepada diri sendiri, “perkara yang patut disiapkan dahulu? Apakah kerja yang masih belum disempurnakan?” Soalan-soalan seumpama itu akan dapat membantu mengenal pasti tugas yang perlu diselesaikan dan dilaksanakan segera. Ia juga mengajar kita untuk mengutamakan sesuatu kerja sebelum beralih kepada yang seterusnya.

5) Kreatif dan guna kaedah efektif
Kewujudan gajet banyak membantu urusan seharian, terutama sekali bagi ibu bekerja. Gajet adalah ‘tangan’ kedua yang dapat selesaikan masalah harian selepas penat seharian di pejabat. Gunakan alatan berkenaan bagi meringankan tugas, contohnya penggunaan mesin hampagas, ia memudahkan kerja kita apabila ada air tertumpah atau untuk membersihkan habuk di permaidani tanpa perlu menggunakan kaedah lama yang memerlukan masa yang lebih lama. Selain itu, kreativiti juga dapat membantu kita menyelesaikan kerja dengan efektif contohnya, semasa memasak boleh juga digunakan waktu itu mencuci baju dalam mesin basuh. Keadaan tersebut memendekkan masa untuk selesaikan kedua-dua ‘tugasan’ anda.

Sumber: freemalaysiatoday

Khamis, 1 Ogos 2019

Sambil jalankan tugas, dia sedekahkan bacaan yassin utk pesakitnya



Salah satu pekerjaan yang sering mendapat tanggapan negatif orang ramai adalah jururawat kerana sikap agresif mereka kepada pesakit.

Tapi tak semua macam tu tau, jangan disebabkan sikap begitu oleh segelintir golongan jururawat ni semua kena tempias, masih ada yang berhati mulia macam individu dalam foto yang dikongsikan oleh Rizal Halim ni.

Nurse ni, sambil dia jalankan tugas, dia sedekahkan bacaan yassin utk pesakitnya”

Seorang jururawat dilihat membaca yassin kepada pesakitnya sambil menjalankan tugas. Apa yang menarik perhatian netizen adalah, kebiasaanya ramai nurse-nurse muda ni dikatakan bermasalah.

Ada yang penggeli, ada yang suka marah dan ada juga berkasar dengan pesakit, tak dinafikan masih ada nurse yang baik tapi sikap murni individu ni lain daripada yang lain.

Ya lah, selalunya benda buruk je orang viralkan apa salahnya kalau kita viralkan benda-benda baik macam ni kan?

Ramai netizen dari bermacam-macam platform media sosial tersentuh bila melihatnya sebab kebanyakan keluarga pesakit letakkan semua bebanan itu kepada nurse semata-mata

Adik angkat pernah masuk ICU 2 bulan lepas, pernah juga nurse bacakan yassin – Netizen

Ada netizen dah alami sendiri pengalaman sebegini, mungkin kita terlalu pandang mereka pada satu sudut sampai tak nampak sudut baik mereka.

Sumber: Lobak Merah

Penafian: Artikel ini dari rangkaian dari media, jika terdapat pelanggaran, sila hubungi kami untuk menghapuskan.

Perbezaan orang yang bersedekah dan orang yang berhutang



Umum sudah mengetahui kelebihan bersedekah buat penerima dan pemberi. Ia adalah proses perkongsian rezeki yang diberkati dan digalakkan dalam Islam. Kebaikan bersedekah kepada pemberi adalah untuk membersihkan harta dan jiwanya, juga untuk mengelakkan musibah dan penyakit. Saidina Ali R.A berkata bahawasanya Nabi Muhammad SAW telah bersabda.

Kebaikan Penerima
Kebaikan untuk penerima pula terutamanya adalah peningkatan dari segi ekonomi untuk dirinya mahupun keluarganya.

Oleh yang demikian, sudah pasti sedikit sebanyak akan terdetik keinginan untuk bersedekah dalam hati setiap insan. Tidak banyak, mungkin sedikit. Tidak selalu, mungkin sekali-sekala. Namun apa yang patut dilakukan?

Hati ingin bersedekah, terlalu ingin bersedekah tetapi perasaan tidak tenteram kerana sering dihubungi pemungut hutang, sama ada dari bank atau dari syarikat pemungut hutang.

Apa yang paling patut dilakukan?
Usah gundah kerana jalan terbaik untuk menyelesaikan dilema antara membayar hutang dan mengeluarkan sedekah ada dinyatakan dalam hadis ini.

Ketahuilah bahawa antara mengeluarkan sedekah atas rezeki yang diperolehi dengan membayar hutang, membayar hutang itu lebih diutamakan. Malah, melengah-lengahkan membayar hutang itu bukan meredakan masalah tetapi akan menambah burukkan keadaan.

Keadaan semasa memang memerlukan seseorang itu berhutang. Ada pelbagai sebab yang mendorong kepada keperluan berhutang ini. Antaranya adalah untuk menyambung pelajaran ke IPTA, IPTS atau kolej.

Ada juga yang berhutang untuk membeli kenderaan, untuk membeli rumah, untuk berubat malah juga untuk menamatkan zaman bujang!

Buat Satu Perjanjian
Tulislah hutang itu dan buatlah satu perjanjian ditakuti terlupa atau sengaja melupakan dengan niat untuk mengelak daripada melunaskan hutang berkenaan.

Selain daripada itu, sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti kematian, perjanjian itu membolehkan hutang dituntut dari waris. Selain daripada keperluan asas sebegitu, penggunaan kad kredit yang berleluasa juga menggalakkan budaya berhutang di kalangan pengguna.

Kini, orang tidak lagi berhutang untuk membeli rumah, tetapi juga berhutang untuk membeli barang keperluan dapur. Biarpun begitu, bersedekah juga amat mudah. Perbankan internet memudahkan proses ini. Tambahan pula proses pemindahan wang antara bank yang berlainan juga hanya melibatkan yuran yang minimal.

Seterusnya perbezaan antara hutang dan sedekah adalah membayar hutang merupakan kewajipan kerana melibatkan orang lain, sementara bersedekah merupakan suatu yang digalakkan untuk melaksanakan.

Hutang mengaitkan diri kita dengan orang lain. Apabila sudah melibatkan individu lain, hendaklah dipenuhi dan diselesaikan dengan sebaik-baiknya, pada masa ini.

Jangan Ditangguhkan
Usah ditangguhkan ke masa hadapan yang tidak dapat dipastikan keadaannya. Patuhilah perjanjian yang telah dibuat antara orang yang berhutang dan yang memberi hutang.

Berdasarkan hadis di atas, fahamlah kita bahawa kita disarankan untuk bersedekah selepas memenuhi keperluan diri dan keluarga. Adakah ada barang dapur yang perlu dibeli?

Adakah ada barang peribadi yang sudah kehabisan stok? Bagaimana dengan yuran sekolah atau duit buku anak-anak, sudahkah diselesaikan?

Bagaimana pula dengan ibu bapa? Adakah ubat-ubatan mereka sudah dibeli atau disediakan?

Selidiki pula bil elektrik, bil air, cukai pintu, duit penyelenggaraan, hutang kawan minggu lepas termasuklah hutang pinjaman peribadi dengan bank.

Pastikan diselesaikan yang penting dahulu kerana tidak boleh menghilangkan harta orang lain dengan sewenang-wenangnya. Ingatlah kepada pepatah;

Fikirkan semasak-masaknya dengan neraca akal, pertimbangkan dengan waras – antara mengeluarkan sedekah dan membayar hutang, yang mana satukah yang lebih utama?

Sumber;apakes

Penafian: Artikel ini dari rangkaian dari media, jika terdapat pelanggaran, sila hubungi kami untuk menghapuskan.

Suka cabut rambut? Jom baca ni..


“Nampak si Along tu kalau tengah tengok TV, menghadap laptop, atau tengok handphone, asyik nak cabut rambut saja. Nak kata banyak rambut gatal tak juga. Nanti makin lama makin nipis pula rambut dia. Ish…” Tabiat mencabut rambut gatal atau uban adalah perbuatan yang biasa kita lihat. Mungkin kawan kita, saudaara-mara, atau kita sendiri melakukannya. Walaupun nampak remeh, tapi tak ramai tahu bahawa perbuatan ini merupakan tanda gangguan psikologi yang digelar trichotillomania.


APAKAH TRICHOTILLOMANIA
Pesakit trichotillomania memiliki keinginan yang kuat untuk mencabut rambut sama ada secara sedar atau tidak. Selain mencabut rambut, pesakit trichotillomania juga mempunyai tabiat mencabut bulu lain pada muka seperti bulu mata, bulu kening atau pada anggota badan lain.Trichotillomania tergolong dalam kategori impulse disorder menurut sudut psikologi. Gangguan kawalan diri ini membuatkan seseorang rasa ketagih untuk melakukan satu tabiat yang sama walaupun mereka sedar bahawa perbuatannya akan membawa mudaarat pada diri sendiri. Antara impulse disorder lain ialah ‘kleptomania’ iaitu ketagihan untuk mencuri dan ‘pyromania’ iaitu ketagihan untuk bermain dengan api. Walaupun seseorang tiada motif yang jelas untuk melakukan perkara tersebut, mereka menjadi lebih lega selepas melakukannya – malah lebih gembira. Namun setelah beberapa lama, dia rasa bersalah atas perbuatan yang dilakukan.

SIMPTOM TRICHOTILLOMANIA
Selain kekerapan mencabut rambut, tanda-tanda lain orang yang mengalami trichotillomania adalah: Tetap meneruskan tabiat ini walaupun sudah sedar bahagian tersebut semakin botak.
Pernah cuba menghentikan tabiat ini beberapa kali. Mempunyai kelakuan seperti suka memeriksa rambut dari akar, memintal rambut dan boleh mencapai ke tahap mengunyah bahagian folikel, iaitu lapisan yang terdapat pada akar rambut.Tidak berada di bawah sebarang pengaruh ubat-ubatan atau penyakit berkaitan kulit.

PUNCA TRICHOTILLOMANIA
Sehingga ke hari ini punca gangguan ini masih belum dapat dikenalpasti. Namun sesetengah pakar berpendapat bahawa tabiat ini berpunca daripada aktiviti otak yang memberi kesan kepada emosi, pergerakan serta tabiat yang tidak dapat dikawal. Ada juga yang berpendapat bahawa tabiat ini disebabkan oleh tekanan yang dialami oleh seseorang. Ada pesakit trichotillomania yang cenderung mencabut bulu mata.

DIAGNOSIS
Secara umumnya, tiada ujian spesifik yang dapat mengesahkan penyakit ini. Namun, seseorang akan dirawat berdasarkan tanda-tanda yang dijelaskan kepada doktor. Doktor juga akan merujuk kepada ahli psikiatri untuk rawatan selanjutnya bagi memastikan sekiranya simptom-simptom yang ditunjukkan tergolong dalam ‘impulse disorder’ iaitu sejenis gangguan mental yang membuatkan seseorang melakukan tindakan yang membahayakan diri walaupun dalam keadaan sedar.

EMOSI PESAKIT TRICHOTILLOMANIA
Tabiat mencabut rambut berkait rapat dengan emosi seseorang. Ia sebenarnya menjadi cara seseorang menangani emosi negatif seperti kesepian, keletihan mahupun kecewa. Orang yang menghadapi gangguan ini juga cenderung untuk mengulanginya kerana dengan melakukannya, ia meniinggalkan emosi positif seperti puas hati sehingga terus menjadi tabiat kerana mahu kekal berasa gembira. Dalam keadaan sedar dan fokus, seseorang akan mengulangi tabiat ini apabila mahu melepaskan tekanan yang dirasai. Dalam situasi ini, seseorang akan menumpukan perhatian, memilih rambut gatal daripada akar dan kemudian mencabutnya. Dalam keadaan tanpa sedar pula, seseorang akan melakukannya apabila berasa bosan atau ketika melakukan aktiviti santai seperti bermain gajet, menonton televisyen atau membaca. Sesetengah posisi juga membuatkan seseorang menjadi lebih cenderung untuk mencabut rambut seperti berehat dengan meletakkan tangan di kepala dan ketika sikat rambut. petua mencegah rambut beruban

KESAN TRICHOTILLOMANIA
Kebiasaan mencabut rambut ini boleh membuatkan seseorang akhirnya mengalami kebotakan pada bahagian tertentu. Lama-kelamaan ia dapat membuatkannya hilang rasa keyakinan dan berusaha untuk menyembunyikan bahagian botak tersebut.

CARA RAWATAN
Terapi utama yang biasa dipraktikkan oleh ahli psikologi bagi gangguan mental ini ialah dengan menggunakan teknik habit reversal training. Dalam latihan ini, seseorang dilatih untuk menggantikan tabiat yang tidak sihat dengan perkara lain yang tidak berbahaya. Apabila mula terbit rasa untuk mengulangi tabiat tersebut, mereka dilatih supaya bertenang dan melakukan perkara lain untuk meredakan keinginan untuk mencabut rambut. Di rumah, anda juga boleh berlatih sendiri dengan menyibukkan diri dengan perkara yang lebih berfaedah seperti keluar bersiar-siar dengan keluarga apabila ada masa lapang atau mulakan hobi baru yang boleh membuatkan anda lebih fokus dan terhindar daripada mengulangi perbuatan tersebut. Ingatkan juga pada diri bahwa perbuatan tersebut bukan sahaja memudaaratkan malah tidak berfaedah dan sekadar membuang masa.

BANTU DIRI SENDIRI ATAU SESIAPA DENGAN TABIAT INI
Memang sukar untuk seseorang mengaku bahawa kita mengalami penyakit yang memalukan, lebih-lebih lagi penyakit mental. Apabila anda atau sesiapa yang lain mengalami masalah ini, semak simptomnya dengan jelas dan cuba dapatkan bantuan untuk menghentikannya segera. Jika perlu, rujuklah kepada pakar untuk tindakan lanjut. Mulakan hobi yang positif supaya masa lapang lebih terisi dengan perkara yang lebih sihat dan berfaedah.

Sumber: MemoriKini

Penafian: Artikel ini dari rangkaian dari media, jika terdapat pelanggaran, sila hubungi kami untuk menghapuskan.

"Alami Ketagihan Seks Melampau"- Ini Padah Apabila Ibu Bapa Tak Asingkan Tempat Tidur Anak

"Alami Ketagihan Seks Melampau"- Ini Padah Apabila Ibu Bapa Tak Asingkan Tempat Tidur Anak

Selain mengajak anak makan, salah satu perkara yang bukan mudah untuk dilakukan oleh mak ayah adalah mengasingkan tempat tidur anak. Maklumlah apabila sudah mencapai umur 4 tahun ke atas baru nak asingkan tempat tidur, agak ‘liat’ sedikit perlakuan anak untuk menuruti arahan kita. Penting untuk ibu bapa tahu bahawa pengasingan tempat tidur anak perlu diberi perhatian sejak mereka berusia bawah 3 tahun lagi kerana proses ‘terbiasa’ akan mengambil masa.

Seperti apa yang dikongsikan ini, si suami berkongsikan kisah isterinya yang berhadapan dengan pesakit yang mengalami ketagihan seks yang melampau walaupun baru berumur 21 tahun. Rupa-rupanya angkara tidak mengasingkan tempat tidur sejak dari kecil!

PESAKIT ALAMI HYPERSEXUAL DISORDER

Hari tu isteri balik daripada tempat kerja dengan muka muram. Saya tahu dah kalau macam ni, antara dua sahaja punca dia. Pertama dia penat sangat sebab banyak kerja di pejabat. Kedua tadi dia jumpa pesakit yang ada masalah sampai mengganggu emosi isteri saya.

“Banyak kerja ke tadi?” Saya tanya nak mula bicara.

“Tak lah,” isteri balas pendek.

“Ada klien pelik lagi ke hari ni?” Saja saya nak tahu.

“Haa itulah. Kesian sangat dekat dia,” isteri mula bercerita.

Rupanya isteri dapat pesakit perempuan umur 21 tahun. Datang dengan laporan hypersexual disorder. Maksudnya dia ada keinginan seks yang melampau. Yang buatkan dia mengalami tekanan dalam diri sendiri. “Dia mula buat hubungan seks sejak umur 16 tahun. Dengan orang luar yang dia tak kenal. Berterusan sampai dia habis sekolah dan masuk kolej,” kata isteri. Dahi isteri mula berkerut. Perlahan dia aturkan suara.

Isteri sambung lagi, “Keinginan dia nak melakukan seks hampir hari-hari. Dan sekali buat, dia mampu bertahan selama 8 jam. Kalau 6 jam tu kira minimum. Jadi dia perlu cari ramai lelaki. Hari ini orang lain, esok orang lain.” Terkejut betul saya. “Jadi apa yang membawa dia ke hospital?” Saya tanya lagi.

“Oh dia jadi kemurungan. Kadang-kadang dia terfikir juga macam mana kalau dia berterusan macam tu. Dia tahu salah tapi dia tak dapat nak kawal kehendak dia sendiri. Bila jadi kemurungan sangat, dia akan kunci diri dalam bilik 2,3 hari. Waktu tu sahaja dia tak cari lelaki untuk lakukan hubungan,” jelas isteri.

BERSAMA ADIK-ADIK TIDUR BERSAMA MAK AYAH SAMPAI UMUR 12 TAHUN

Jadi sebab itu dia ke hospital. Mencari jalan keluar kepada tekanan dalam diri dia. Dalam sesi itu isteri cuba untuk selidik apa yang berlaku sampai dia ada hypersexual disorder tu. Akhirnya pesakit tadi ini cerita, dia ada ramai adik beradik. 7 orang semuanya. Dia anak nombor 5. Tinggal di rumah yang ada 3 bilik. Kakak dengan abang dah ambil bilik seorang satu. Jadi adik-adik yang lain ni kena tidur satu bilik dengan mak ayah. Dia dengan adik-adik tidur satu bilik dengan mak ayah sampai umur 12 tahun lebih.

Iya kawan-kawan, rupanya inilah punca. Dia kata selama dia tidur sekali satu bilik dengan mak ayah, banyak kali dia akan sedar waktu mak ayah dia sedang melakukan hubungan suami isteri. Termasuk ketika dia dah berumur lebih 10 tahun. Jadi selama lebih 2 tahun dia menahan keinginan nak tahu dan nak cuba buat apa yang dia biasa dengar dan curi curi tengok waktu malam di bilik mak ayah dia.

CUBA-CUBA LAKUKAN SEKS PADA USIA 16 TAHUN

Allahu akbar. Akibatnya dia mula cuba-cuba dan hubungan seks pertama dia lakukan pada usia 16 tahun. Gila! Dan sejak kali pertama itu dia lakukan kerap sampailah sekarang. Kawan-kawan yang baik, Perasan tak Nabi kita ada sebut anak-anak ini perlu diasingkan tempat tidur ketika mereka berusia 10 tahun? Inilah salah satu sebab utamanya.

Ada setengah ulama berkata sebaiknya asingkan tempat tidur anak lebih awal sekitar umur 5-6 tahun. Itu adalah lebih baik jika mereka adalah anak berlainan jantina. Kerana ketika umur 10 tahun, anak-anak dah mula boleh berfikir sendiri dan ada emosi sendiri. Pembentukan naluri dan perasaan ingin tahu itu sangat tinggi ketika anak sudah berusia 10 tahun. Mereka sangat ingin mencuba apa sahaja yang mereka lihat.

Kadang kita rasa macam alahhh anak tu kecil lagi. Macam budak-budak lagi perangai dia. Tak matang kita rasa. Jangan berdalih dengan apa saranan Nabi kita ya. Setiap satunya ada hikmah dan kepentingan yang kalau pun tak tahu pasti ada keberkatan. Kan? Untuk kes pesakit tadi, dia masih ada follow up dengan pihak hospital. Dan kita doakan sama-sama moga dia sembuh dan mendapat kekuatan untuk menjadi yang lebih baik akan datang. Amin.

Ya Tuhan, peliharalah kehidupan kami.

Sumber: Firdaus Mokhtar

Penafian: Artikel ini dari rangkaian dari media, jika terdapat pelanggaran, sila hubungi kami untuk menghapusjannya

Ahad, 12 Mei 2019

selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu mama ucapkan buat semua yang bergelar ibu.. tak kira ibu kandung, ibu tiri, ibu angkat, ibu susuan dan yang bakal bergelar ibu.. tulusnya kasih sayangmu ibu. Buat ibu yang telah tiada.. hadiahkan Al-Fatihah & titipkan lah doa buatnya.. semoga rohnya ditempatkan bersama - sama orang yang beriman. Aamiin.. Ya Rabbal Alamin.. 




Isnin, 6 Mei 2019

SALAM RAMADHAN 2019


Assalamualaikum...

Andai ada terselip khilaf dalam canda, tergores luka dalam tawa, terbelit pilu dalam tingkah-laku, tersinggung rasa dalam bicara..mohon maaf zahir dan batin...
Moga ibadah kali ini lebih diberkati dan lebih baik dari segala amalan, diberikan keberkatan dan keafiatan, dijauhkan kemudaratan dan diberikan kebaikan dunia akhirat serta meningkatkan lagi iman dan ketakwaan kita kepada Allah...

Selamat menjalani ibadah puasa ✌🏻😆...
salam 0/0 🤗......


Nak koleksi wallpapper ramadhan tak? Ni mama ada gambar yg cantik2. Mama dapat dr Facebook. Sapa2 nak copy.. dipersilakan.. tp jgn lupa kredit ke fb k.. 

SUMBER : FACEBOOK














Selasa, 23 April 2019

PESTA KAUL 2019


Pesta Kaul kembali lagi. Jom beramai - ramai berkunjung ke Pesta Kaul Mukah 2019


Sedutan jemputan ke Pesta Kaul Mukah 2019 daripada wakil kepada Jawatankuasa Tetep Kaul Asel (JkTeKA) Mukah 
 
# TEPAD
Salam sejahtera,
Menjunjung tradisi, menjulang budaya, menyanjung budi, mengenang jasa.
Bagi pihak Jawatankuasa Tetep Kaul Asel (JkTeKA), selaku pengelola acara warisan Kaul Seraheng Kakan Kuala Mukah 2019, adalah dengan ini diwara-warakan kepada seluruh warga Mukah bahawa upacara kaul adat, Kaul Seraheng Kakan akan diadakan pada hari Sabtu, 27 April 2019.
Ringkasan perincian upacara adalah seperti berikut :
0600 - 0630 : Semua bot dan orang ramai yang ingin menyertai bot rombongan pembawa dan pengiring Seraheng Kakan berkumpul di Jeti Kaul (Jeti En. Osman Kudat, Kampung Tellian Tengah)
0700 : Rombongan bertolak, menyusuri Sungai Tellian menuju ke Batang Mukah
: Penghakiman pertandingan bot berhias
0800 : Rombongan dijangka tiba di Tapak Kaul Seraheng Kakan
0830 : Penyempurnaan upacara tradisi oleh Bapak Kaul
0900 : Perjamuan Terbuka (Keman Kaul)
: persembahan tarian & mengalai
1000 : Upacara selesai
Sesuai dengan amanah atas nama kelangsungan warisan, kami tidak menjanjikan apa-apa kelainan seperti yang diharapkan oleh sebilangan pengunjung dalam Pesta Kaul Mukah yang berlangsung di Pantai Kala Dana dengan kugiran anekarama, ratu atas ratu, tari melangkau seni, busana melangkau pusaka, pameran saban tahun pinjam pinjaman, niaga jual beli dan sebagainya. Kaul Seraheng Kakan akan dijalankan mengikut lunas-lunas sandaran adat walaupun mungkin lebih merupakan sekadar simbolik lestari budaya warisan zaman.
Sehubungan itu, bagi pihak Ulou Kaul, Penghulu Lai Mayer Gabong, Kamedir Kaul Tua Kampung William bin Joseph Laju, Kamedir Kaul Tua Kampung Ipum Papaluv Kalasungai Misan, Bapak Kaul, Kamedir-Kamedir Kerja kaul dan seluruh warga Tellian dengan penuh takzim dan dengan penuh kerendahan hati menjemput dan mengalu-alukan semua adik kakak, warga Mukah, pengunjung dari luar Mukah, yang berpeluang dan berkesempatan untuk hadir bersama-sama memeriahkan upacara tersebut. Memandangkan upacara ini masih mengekalkan nilai-nilai tradisi, maka larangan- larangan berikut hendaklah dipatuhi :
1. Dilarang membawa makanan berdarah (daging), telur dan buah pisang.
2. Semua bot yang menyertai rombongan dilarang memintas bot utama pembawa Seraheng Kakan.
3. Tidak dibenarkan membawa, memakai, mengibar atau memaparkan sebarang simbol yang berunsurkan politik, baik pada bot, pakaian, bendera atau apa-apa yang berkaitan sepanjang upacara.
4. Tempoh pantang kaul berkuatkuasa sehingga terbenamnya matahari pada hari berkenaan, terutamanya kepada mereka yang terlibat secara langsung. Pematuhan kepada pantang ini adalah terserah kepada individu berkenaan dan pihak JkTeKA tidak bertanggungjawab ke atas apa-apa implikasi yang mungkin timbul daripadanya.
Sehubungan itu, canang pengumuman dan pemakluman Kaul Seraheng Kakan akan dititirkan pada 25 April 2019 sepanjang Sungai Tellian dan mengelilingi Kampung Tellian. Suka diingatkan bahawa titir canang ini adalah titir beradat dan tidak boleh dipermain-mainkan dengan kuasa menjatuhkan hukuman bagi sebarang dakwaan berkaitan adalah di bawah bidang kuasa Tua Kampung menurut Undang-Undang Adat Kampung Tellian.
Undangan dan jemputan ini adalah atas dasar perpaduan dan pernyatuan warga Melanau khasnya dan warga Mukah amnya serta semua pengunjung tanpa mengira batas kaum, agama, fahaman politik dan sebarang perbezaan yang mungkin wujud. Pihak JkTeKA amat berharap agar hasrat murni yang menganjurkan keharmonian lewat perpaduan ini akan lebih dihargai, dihayati dan dimengerti. Berkongsilah rezeki sesama dalam konteks mengembalikan kepada alam apa yang telah diterima daripada alam, walaupun dalam kuantiti yang sangat sedikit.
Sebarang kekhilafan dan kelancangan dalam pemakluman ini adalah menjadi tanggungjawab saya secara peribadi dan tidak melibatkan pihak JkTeKA. Salam kemaafan walau sekecil zarah, selembut bayu, yang salah tetap kita mengaku, namun yang betul tiada kita gaduhkan.
Salam menjunjung tradisi, menjulang budaya.
Dikarang oleh saya ;
Eduine bin Kusai,
22/4/2019
0054hrs.

Jadual Solat

Anda mungkin nak baca yang ni..