Umum sudah mengetahui kelebihan bersedekah buat penerima dan pemberi. Ia adalah proses perkongsian rezeki yang diberkati dan digalakkan dalam Islam. Kebaikan bersedekah kepada pemberi adalah untuk membersihkan harta dan jiwanya, juga untuk mengelakkan musibah dan penyakit. Saidina Ali R.A berkata bahawasanya Nabi Muhammad SAW telah bersabda.
Kebaikan Penerima
Kebaikan untuk penerima pula terutamanya adalah peningkatan dari segi ekonomi untuk dirinya mahupun keluarganya.
Oleh yang demikian, sudah pasti sedikit sebanyak akan terdetik keinginan untuk bersedekah dalam hati setiap insan. Tidak banyak, mungkin sedikit. Tidak selalu, mungkin sekali-sekala. Namun apa yang patut dilakukan?
Hati ingin bersedekah, terlalu ingin bersedekah tetapi perasaan tidak tenteram kerana sering dihubungi pemungut hutang, sama ada dari bank atau dari syarikat pemungut hutang.
Apa yang paling patut dilakukan?
Usah gundah kerana jalan terbaik untuk menyelesaikan dilema antara membayar hutang dan mengeluarkan sedekah ada dinyatakan dalam hadis ini.
Ketahuilah bahawa antara mengeluarkan sedekah atas rezeki yang diperolehi dengan membayar hutang, membayar hutang itu lebih diutamakan. Malah, melengah-lengahkan membayar hutang itu bukan meredakan masalah tetapi akan menambah burukkan keadaan.
Keadaan semasa memang memerlukan seseorang itu berhutang. Ada pelbagai sebab yang mendorong kepada keperluan berhutang ini. Antaranya adalah untuk menyambung pelajaran ke IPTA, IPTS atau kolej.
Ada juga yang berhutang untuk membeli kenderaan, untuk membeli rumah, untuk berubat malah juga untuk menamatkan zaman bujang!
Buat Satu Perjanjian
Tulislah hutang itu dan buatlah satu perjanjian ditakuti terlupa atau sengaja melupakan dengan niat untuk mengelak daripada melunaskan hutang berkenaan.
Selain daripada itu, sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini seperti kematian, perjanjian itu membolehkan hutang dituntut dari waris. Selain daripada keperluan asas sebegitu, penggunaan kad kredit yang berleluasa juga menggalakkan budaya berhutang di kalangan pengguna.
Kini, orang tidak lagi berhutang untuk membeli rumah, tetapi juga berhutang untuk membeli barang keperluan dapur. Biarpun begitu, bersedekah juga amat mudah. Perbankan internet memudahkan proses ini. Tambahan pula proses pemindahan wang antara bank yang berlainan juga hanya melibatkan yuran yang minimal.
Seterusnya perbezaan antara hutang dan sedekah adalah membayar hutang merupakan kewajipan kerana melibatkan orang lain, sementara bersedekah merupakan suatu yang digalakkan untuk melaksanakan.
Hutang mengaitkan diri kita dengan orang lain. Apabila sudah melibatkan individu lain, hendaklah dipenuhi dan diselesaikan dengan sebaik-baiknya, pada masa ini.
Jangan Ditangguhkan
Usah ditangguhkan ke masa hadapan yang tidak dapat dipastikan keadaannya. Patuhilah perjanjian yang telah dibuat antara orang yang berhutang dan yang memberi hutang.
Berdasarkan hadis di atas, fahamlah kita bahawa kita disarankan untuk bersedekah selepas memenuhi keperluan diri dan keluarga. Adakah ada barang dapur yang perlu dibeli?
Adakah ada barang peribadi yang sudah kehabisan stok? Bagaimana dengan yuran sekolah atau duit buku anak-anak, sudahkah diselesaikan?
Bagaimana pula dengan ibu bapa? Adakah ubat-ubatan mereka sudah dibeli atau disediakan?
Selidiki pula bil elektrik, bil air, cukai pintu, duit penyelenggaraan, hutang kawan minggu lepas termasuklah hutang pinjaman peribadi dengan bank.
Pastikan diselesaikan yang penting dahulu kerana tidak boleh menghilangkan harta orang lain dengan sewenang-wenangnya. Ingatlah kepada pepatah;
Fikirkan semasak-masaknya dengan neraca akal, pertimbangkan dengan waras – antara mengeluarkan sedekah dan membayar hutang, yang mana satukah yang lebih utama?
Sumber;apakes
Penafian: Artikel ini dari rangkaian dari media, jika terdapat pelanggaran, sila hubungi kami untuk menghapuskan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan