HALAMAN UTAMA

Rabu, 27 Disember 2017

Mood 'Kembali ke Sekolah' Menjelma Lagi

Salam semua.. 

Hmm.. baru ada idea nak entri blog. Hmm... dah sedia persiapan untuk anak - anak ke sekolah awal tahun nanti? Rasa - rasa ramai yang dah siap dah atau masih tercari - cari lagi? Hehehe.. Mama dah siap erm.. adalah dalam 80% (cewah boleh dikira- kira plak peratus tu. hehehe). Alhamdudillah, walaupun ada bantuan khas yang kerajaan bagi untuk keperluan anak ke sekolah, mama tetap perlu berjimat dalam menyediakan barang keperluan sekolah anak ikut kemampuan. maklum, kita tak tau nanti ada kecemasan nak guna duit kemudian nanti. Betul tak?

Sebenarnya, sebelum ini mama memang dah sediakan sikit - sikit kelengkapan tu, macam baju sekolah, alat tulis, stoking dan kasut. Kebetulan ada kedai yang nak buat jualan tutup kedai, apalagi mama beli lah sikit - sikit.. yalah nak tunggu bantuan waktu tu lama lagi..ada yang taun lepas punya dah tak berapa nak muat dan ada yang dah koyak. Berbalik kepada cerita mama pasal pakaian sekolah tu tadi, Harga baju sekolah murah sangat waktu tu. Contoh baju si kakak, baju kurung (saiz 38) RM20 sepasang.. stokin RM1.00 sepasang, tudung sekolah labuh RM4.00 satu, Kasut Sekolah (Jenis kain) RM5.00 sepasang.. murah kan?? hehehe.. Si Angah pulak, baju Sekolah putih lengan panjang RM10.00 sepasang.. stokin & kasut sama harga dengan si kakak.. Sayang seluar sekolah tak de pulak cun dengan saiz si Angah. Semua besar - besar belaka.. 

Kakak : 
1. Baju Kurung x 2 : RM40.00
2. Stokin x 5 : RM5.00
3. Tudung Sekolah x 2 : RM8.00
4. Kasut Sekolah x 2 : RM10.00

Angah :
1. Baju kemeja lengan panjang x 2 : RM20.00
2. Stokin x 5 : RM5.00
3. Kasut x 2 : RM10.00
 Jumlah keseluruhan : RM98.00 

Walaupun murah, tapi kakak puas hati sebab belanja untuk pakaian tu je mama belanja tak sampai RM100 pun. Tentu ada yang sangsi tentang tahap ketahanannya kan? ni bagi mama lah ya, ikut pengalaman mama belikan barangan mcm ni utk anak - anak, alhamdudillah ad jugak yang dapat bertahan sehingga hujung tahun. tapi terpulang dengan cara anak - anak pakailah.. kalau yang jenis lasak sangat mungkin taklah lah tahan sampai ujung tahun, tapi mama boleh jaminlah, kalau nak kata sampai pertengahan tahun insyallah, dapat bertahan. 

Sebenarnya masih banyak yang perlu mama sedia, contoh macam Baju Kelas KAFA, Baju Sukan, Beg Sekolah dan lain - lain lagi keperluan. Mama ada buat senarai semaknya..senang nak rujuk. Kejap mama tunjuk rupa senarai tu ya..
ni contoh senarai semak yang mama buat. nanti mana - mana yang ada tu tick kan je..
oklah cukup setakat ni je dulu. nanti hari permulaan persekolahan insyaallah mama kongsikan gambar gelagat anak - anak ke sekolah. Terutama si bongsu mama NADA, taun ni dia baru masuk tadika.. entah macam mana lah gelagatnya nanti.. Harap - harap dia dapat sesuaikan diri nanti.. 

Jeng... jeng..jeng.. hehehehe..



Alhamdudillah.. hari pertama je dia ni nangis - nangis.. hari - har seterusnya dah bersemangat penuh nak ke sekolah.. Belajar rajin - rajin k sayang..

Rabu, 6 Disember 2017

SAMBAL BELACAN GORENG ALA KAMPUNG

Pernah tak korang rasa, kadang - kadang bila nak makan nasi, tak de lauk yang boleh angkat selera nak makan? Mungkin ada yang teringin atau teringat masakan kampung yang cukup simple tapi mampu menambah selera? mama ada satu resepi yang pergghh sedap punye. SAMBAL BELACAN GORENG ALA KAMPUNG fuyoo nama pun macam sedap je kan? Bahan- bahannya pun mudah didapati. Cubalah resepi mama ni.. mudah je...


Bahan - bahannya
Ikan bilis kering (anggaran segenggam. nak lebih pun boleh..)
sedikit belacan (belacan ni kalau nak bakar dulu pun boleh.. nak guna belacan mentah pun boleh. kira ikut suka lah ya..)
2-3 biji cili merah (kalau nak pedas guna cili padi atau cili bunga [geronong])
secubit serbuk ajinomoto
1/2 sudu teh kicap masin
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit minyak untuk menumis

cara- caranya
Tumbuk kesemua bahan kecuali kicap, minyak masak & serbuk aji nomoto sehingga lumat. Guna lesung batu tau.. kalau pakai blender tak sedap. Rasanya cair je. selepas itu tumiskan kesemua bahan yang ditumbuk tadi. setelah naik bau barulah masukkan serbuk aji nomoto dan kicap masin. Gaul rata.. Dah siap. Ada orang tak suka pakai aji nomoto.. tapi tak pe boleh je gantikan dengan sedikit gula..   👍👍👍

p/s: sambal goreng ni tahan disimpan selama 5-7 hari sekiranya disimpan dalam bekas bertutup dan diletak dalam peti sejuk. sekiranya disimpan di luar, sambal ni boleh bertahan selama 2 hari. tapi sebelum nak makan tu, tumiskan/panaskan sekali lagi barulah sedap.. Sambal ni sedap dimakan bersama ulam - ulaman seperti kacang panjang, sayur kobis, timun dan lain - lain lagi... 
 
Selamat mencuba.. Nak share atau copy resepi, silakan je.. cuma yang mama minta kalau bole kreditkan nama mama atau nama blog mama ni ya.. tq

KERABU MANGGA MUDA

Hari tu, sebelum sepupu mama berpindah ke Kampung Belawai, sempat jugaklah dia sedekahkan mangga muda buat mama.. mama memang suka sangat makan mangga yang sepupu mama tanam sendiri ni.. (biasalah yang percuma ni memanglah sedap. hehehe) jadi adalah dua biji mangga yang masih muda.. nak peram kasi masak, lama sangat tunggu nya.. jadi mama cubalah cari resepi yang boleh mama buat untuk mangga muda ni.. selongkar dalam almari stok makanan.. mama jumpalah beberapa ramuan - ramuan yang sedia ada dan simple untuk buat kerabu mangga.. 

Bahan - bahan (anggaran untuk 2 orang)
2 biji buah mangga muda (isi dicincang halus)
segengggam Udang kering (yang jenis halus) - yang ni kalau nak banyak sikit pun tak pe.. 
sedikit belacan
1 sudu besar gula pasir
2 biji cili merah (dihiris nipis)

Cara membuatnya:
Campurkan kesemua bahan sehingga rata.. pastikan rasa kerabu tu, manis & masinnya sekata.. simpan sebentar dalam peti sejuk baru makan.. kalau tak nak rasa sejuk.. makan mcm tu je pun sedap.. Simple kan??? selamat mencuba

Khamis, 30 November 2017

MANDIKAN AKU BONDA!

Sering kali orang tidak mensyukuri apa yang diMILIKInya sampai akhirnya
 

..... Rani, sebut saja begitu namanya. Ka wan kuliah ini berotak cemerlang dan memiliki idealisme tinggi. Sejak masuk kampus, sikap dan konsep dirinya sudah jelas: meraih yang terbaik, di bidang akademik maupun profesion yang akan diceburinya. ''Why not the best,'' katanya selalu, mengutip ucapan seorang mantan presiden Amerika.

Ketika Universiti menghantar mahasiswa untuk studi International Law di
Universiteit Utrecht , Belanda, Rani termasuk salah satunya. Saya lebih memilih menyelesaikan pendidikan kedoktoran. Berikutnya, Rani mendapat pendamping yang ''selevel''; sama-sama berprestasi, meski berbeda profesion.

Alifya, buah cinta mereka, lahir ketika Rani dilantik sebagai staf diplomat, bertepatan dengan selesainya suami dia meraih PhD. Lengkaplah kebahagiaan mereka. Konon, nama putera mereka itu diambil dari huruf pertama hijaiyah ''alif'' dan huruf terakhir ''ya'', jadilah nama yang enak didengar: Alifya. Saya tak sempat mengira, apa mereka bermaksud menjadikannya sebagai anak yang pertama dan terakhir.

Ketika Alif, panggilan puteranya itu, berusia 6 bulan, kesibukan Rani semakin menggila. Bak garuda, hampir setiap hari ia terbang dari satu kota ke kota lain, dan dari satu negara ke negara lain. Sebenarnya saya pernah bertanya, ''Tidakkah si Alif terlalu kecil untuk ditinggal-tinggal? '' Dengan pantas Rani menjawab, ''Oh, saya sudah mengandaikan segala sesuatunya. Everything is OK!'' Ucapannya itu betul-betul ia buktikan. Layanan dan perhatian anaknya, ditangani secara profesional oleh baby sitter "mahal". Rani cuma mengawal jadual Alif melalui telefon. Alif membesar menjadi anak yang kelihatan lincah,
cerdas dan mudah mengerti.

Nenek-neneknya selalu menonjolkan kebanggaan mereka kepada cucu yang
amat dikasihi itu, tentang kehebatan ibu-bapanya. Tentang jawatan dan nama besar, tentang kekerapan menaiki pesawat, dan  wan g yang banyak.''Contohlah ayah-bonda Alif, kalau Alif besar nanti.'' Begitu selalu nenek Alif, ibu Rani, berpesan di akhir cerita sebelum tidurnya.
Ketika Alif berusia 3 tahun, Rani bercerita kalau dia minta adik.


Terkejut dengan permintaan tak terduga itu, Rani dan suaminya kembali menagih pengertian anaknya. Kesibukan mereka belum memungkinkan untuk
menghadirkan seorang adik buat Alif. Sungguh anak kecil ini "memahami"
orang tuanya. Buktinya, kata Rani, ia tak lagi merengek minta adik. Alif, tampaknya mewarisi karaktor ibunya yang bukan perengek. Meski kedua orang tuanya kerap pulang lewat, ia jarang sekali merungut. Bahkan,kata Rani, Alif selalu menyambut kedatangannya dengan penuh ceria. Maka, Rani menyapanya ''malaikat kecilku''.

Sungguh keluarga yang bahagia, fikir saya. Meskipun kedua orang tuanya
super sibuk, Alif tetap membesar penuh cinta. Diam-diam, saya irihati pada keluarga ini. Suatu hari, sebelum Rani berangkat ke pejabat, entah mengapa Alif menolak dimandikan baby sitter. "Alif ingin Bonda mandikan", ujarnya penuh harapan. Serba salah saja Rani, yang setiap detik waktunya sangat berharga, gusar. Ia menolak permintaan Alif sambil terus berdandan dan mempersiapkan keperluan pejabatnya. Suaminya pun turut membujuk Alif agar mau mandi dengan Tante Mien, baby sitter-nya.

Sesungguhnya, Alif mengerti dan menurut, meskipun wajahnya berkerut.
Peristiwa ini berulang sampai hampir seminggu. ''Bonda, mandikan aku!'' kian lama suara Alif penuh tekanan. Lalu, Rani dan suaminya berfikir, mungkin itu kerana Alif sedang dalam masa pra-sekolah, jadinya agaklebih minta perhatian. Setelah dipujuk-pujuk, akhirnya Alif dapat ditinggal juga.

Pada satu petang, saya dikejutkan oleh telefon Mien, si baby sitter.'Puan doktor, Alif demam dan kejang-kejang. Sekarang di Emergency."Dengan pantas, saya terus ke ICU. But it was too late!!. Allah swt sudah punya rencana lain. Alif, si malaikat kecil, telah dipanggil pulang oleh-Nya.

Rani, ketika diberi tahu tentang Alif, sedang meresmikan pejabat barunya. Ia sangat terperanjat. Setibanya di rumah, satu-satunya keinginan dia adalah memandikan putranya. Setelah seminggu Alif mula menuntut dimandikan, Rani memang menyimpan komitmen untuk suatu masa memandikan anaknya sendiri.

Dan siang itu, janji Rani terkabul, meskipun setelah tubuh si kecil terbaring kaku. ''Ini Bonda Lif, Bonda mandikan Alif,'' ucapnya lemah,di tengah-tangah jamaah yang sunyi. Satu persatu rakan Rani menjauhi dari sisinya, berusaha menyembunyikan tangisan.

Ketika tanah merah telah menutup jasad si kecil, kami masih berdiri di sisi pusara. Berkali-kali Rani, sahabatku yang tegar itu, berkata, ''Ini sudah takdir, ya kan . Sama saja, aku di sebelahnya ataupun di seberang lautan, kalau sudah masanya, ia dia pergi juga kan?" Saya diam saja.

Rasanya Rani memang tak memerlukan hiburan dari orang lain. Suaminya tegak seperti tak bernyawa. Wajahnya pucat, pandangannya kosong. "Ini
konsekuensi dari sebuah pilihan," ujar Rani, tetap mencuba tegar dan kuat. Hening seketika. Angin senja meniupkan aroma bunga kamboja.

Tiba-tiba Rani berlutut. "Aku ibunyaaa!" teriaknya seperti histeria, lalu meraung hebat. Rasanya baru kali ini saya menyaksikan Rani menangis, lebih-lebih lagi tangisan yang meledak. "Bangunlah Lif, Bonda mau mandikan Alif. Beri kesempatan Bonda sekali saja Lif. Sekali saja, Aliiif.." Rani merintih merayu-hiba. Seketika kemudian, ia mencampakkan dirinya ke pusara dan tertelungkup di atasnya. Air matanya membanjiri tanah merah yang menaungi jasad Alif. Senja pun makin tua.

Nasi sudah menjadi bubur, sesal tidak lagi dapat menolongnya. Hal yang nampaknya mudah sering kali menimbulkan sesal dan kehilangan yang amat sangat. Sering kali orang yang sibuk 'di luar', asik dengan dunianya dan ambition sendiri hingga mengabaikan orang-orang disampingnya yang
disayanginya. Akan masih ada waktu 'nanti' buat mereka jadi abaikan saja
dulu. Sering kali orang takabur dan merasa yakin bahawa pengertian dan
kasih sayang yang diterimanya tidak akan hilang. Merasa mereka akan
mengerti kerana mereka menyayanginya dan tetap akan ada. Pelajaran yang sangat menyedihkan.
 
Semoga yang membacanya dapat mengambil iktibar yang terkandung dalam
kisah tersebut.

Koleksi cerita lawak

#1
Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..

#2
Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka pintu.
budak  : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk didermakan?
budak  : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

#3
Tunang Farid, Siti, menelefonnya untuk memutuskan pertunangan mereka.
Farid   : Mengapa?
Siti    : Saya dah bosan ngan awak. saya dah ada teman baru. Sebelum tu awak mesti kembalikan semua gambar saya.
Farid   : Ok. Tapi saya tak ingatlah yang mana satu gambar awak, Nanti awak pilihlah sendiri. Yang selebihnya kembalikan kepada saya.
Siti    : Erkkkkkk.... .... Benci ........
#4
3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

#5
cerita ni member aku yg beritau. Sampai nak pecah perut dibuatnya. Kejadian tu berlaku Jalan Loke Yew. Satu malam tu kawan pompuan ni la, dia baru jer balik dari party, tak tahu ntah berapa gelas dia minum ler tapi memang dia betul-betul mabuk. So masa on the way home she got blocked from the police officer and asked for her driving license and so on but unfortunately at the same time tu, there was an accident happen a cross the road. Quite major jugaklah accident and the policeman leave her and rushed to the accident scene.So this stupid girl dah gabra tak tahu nak buat camne, she just ran off back to her car and head straight back home in Klang.

So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan polis tu tanya dia, "AWAK PEGI MANA MALAM SEMALAM?"
Pompuan ni pulak jawab, "TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER."
So polis tu tanya lagi, "BETUL KER???"
Pompuan tu jawab, "BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER NGAN HOUSEMATE SAYA."
So polis tu kata, "YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP"
Lepas tu polis tu tunjuk, "HA!!! ITU KETA SAPA TU??"

Pompuan tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak keta polis yg malam tadi balik rumah, dia ingat keta dia sebab kaler sama warna putih (wira) cuma keta dia takde sticker polis kat tepi pintu jer. Tak pasal2 kena saman RM1000 dan gantung lesen 1 tahun.

#6
Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawannya merasakan Tok Batin hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,
Kawan Tok Batin : Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin       : Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin : ????????

#7
Seorang posmen yang datang menghantar surat.
" Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah encik Sameon ye?
" Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"

#8
Orang Asli Dan Polis
orang asli : selamat pagi tuan
polis        : selamat pagi
polis        : apa hal
orang asli : saya nak buat repot tuan
polis        : fasal apa tu
orang asli : kawan saya di baham harimau
polis        : pukul berapa
orang asli : dia tak pukul, terkam
polis         : habis?
orang asli : tak habis, tinggal kepala

#9
Seorang lelaki pergi ke klinik mata. Setelah matanya diperiksa, dia bertanya: " Doktor, lepas pakai cermin mata nanti, boleh ke saya membaca macam orang lain?" "Dah tentu, " jawab doktor. "Oh, gembiranya. Dah lama saya buta huruf, akhirnya boleh juga saya membaca," kata lelaki itu dengan riang.

#10
Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin.   : Shan Kenapa menangis?
Amin    : Saya datang untuk ujian darah.
Shan    : Awak takut ke?
Amin    : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin   :  Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan   :  Saya datang untuk ujian air kencing...

#11
Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat. Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong berwarna merah.
"Atok buat apa tu?".
"Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok duduk dalam tong merah tu?"

#12
Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.
Polis      : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang strok. Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung manakala yg ketiga disambar petir.
Polis      : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

😂😂😂

Ketahuilah Olehmu...


Ketahuilah Olehmu
 

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia...
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha.

🌸💞🌸💞🌸

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih...
Allah SWT sudah menghitung airmatamu.

🌸💞🌸💞🌸

Jika kau pikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja...
Allah SWT sedang menunggu bersama denganmu.

🌸💞🌸💞🌸

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menghubungimu...
Allah SWT selalu berada disampingmu.

🌸💞🌸💞🌸

Ketika kau pikir bahwa kau telah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi...
Allah SWT punya jawapannya.

🌸💞🌸💞🌸

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan...
Allah SWT dapat menenangkanmu.

🌸💞🌸💞🌸

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...
Allah SWT sedang berbisik kepadamu

🌸💞🌸💞🌸

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur..
Allah SWT telah memberkatimu

🌸💞🌸💞🌸

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban...
Allah SWT telah tersenyum padamu
🌸💞🌸💞🌸

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk dikecapi...
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu.

🌸💞🌸💞🌸

Ingat bahawa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap...
Allah SWT TAHU...

Rabu, 29 November 2017

Jambatan Darul Hana, Kuching

Pada 22 November yang lalu , mama temankan suami mama rawatan susulan di Hospital Umum Sarawak, Kuching. Lepas habis sesi rawatan, rakan sekerja suami mama bawak jalan - jalan. Mama ni memang biasa pegi Kuching, tapi atas dasar kerja je, jadi memang tak berkesempatan nak jalan - jalan melihat tempat - tempat menarik di Kuching.

Pemandangan Bandaraya Kuching dari Bangunan DBKU
Antara tempat - tempat menarik yang sempat mama lawati ialah di Pantai Damai, Kg. Telaga Air dan banyak lagi destinasi lain yang menarik. Tapi apa yang buat hati saya sedikit tersentuh, semasa dalam perjalanan ke Pantai Damai, mama sempat melihat rumah Idola kesayangan mama Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.. sayu nya rasa hati walaupun melihat rumahnya dari jauh je... Al- Fatihah buatmu Ayahanda.. Amin...


Berbalik kepada lawatan ke tempat yang menarik, salah satu tarikan pelancong yang terkini di Sarawak ialah Jambatan Darul Hana atau Golden Bridge. Sebelum ni mama hanya lihat melalui FB kirimn kawan - kawan. Hari tu mama rasai sendiri macam mana naik jambatan tu.. Sebelum melalui jambatan tu, adalah signboard bagitau berkenaan peraturan semasa melalui jambatan ni. Antaranya.. kenderaan seperti motosikal tidak dibenarkan, kalau yang berbasikal pun perlu sorong.. bukan naik atas basikal tu semasa naik jambatan ni, tak boleh ada aktiviti perniagaan.. hmm itu je lah  yang mama ingat.. masa Naik jambatan tu kan.. bila hampir sampai ke bahagian tengah, memang terasalah jambatan tu bergoyang - goyang.. mungkin macam tu lah rasa naik titi panjang kut.. ada goyang - goyang.. 


walaupun dah ada jambatan, perahu tambang tetap menjadi pilihan para pengunjung.
Sekali imbas rupanya macam burung kenyalang
Babah tengok apa tu??

nak pa ndak di pikir ktk babah.. terkenangkan anak- anak ke?. x da hal lah babah lain kali mun ada rezeki kita mbak dak nya semua cuti di cnun k.. doa - doakan lah bang..



Bangunan DUN Baharu
 Juh.. Ke Kuching kita...

Ahad, 26 November 2017

Sketsa Kesetiaan Teruji





Kami mendirikan rumahtangga dua tahun yang lalu. Sehingga kini kami belum dikurniakan cahaya mata. Isteriku belum bersedia menerima kehadiran cahaya mata kami. Alasannya kami perlu enjoy dulu sebelumkehadiran orang ketiga (anak).

Dalam pada itu, isteriku mempunyai hobi bagi mengisi masa lapang tersendiri. Dia suka melayari internet terutamanya ketika ketiadaan aku di rumah. Di samping itu dia juga suka bermain chatting. Kekadang rasa cemburu menyelinap juga di hatiku.

Pada satu waktu (malam) ketika isteriku sedang berchatting aku mencuri pandang ke arah monitor dan mengingati nickname yang digunakannya. Kemudian aku memberitahu yang aku ingin keluar berjumpa teman sebentar. Padahal aku pergi ke cc berhampiran rumah kami.

Di sana aku cuba mendapatkan isteriku melalui channel mamak. Aku
merahsiakan identitiku yang sebenar. Aku berjaya mendapatkannnya. Kami bertukar-tukar email. Semenjak daripada itu kami berinteraksi melalui email dengan menggunakan identiti palsu.

Hampir empat bulan hubungan kami berinteraksi melalui email. Sepanjang waktu itu, isteriku tidak pernah mengatakan bahawa dia sudah pun bersuami sebaliknya bila ditanya dia menafikan. Akhirnya aku bertindak untuk memancing isteriku.

Dalam pada itu, kami telah menjalin hubungan cinta melalui email. Foto yang ku kirimkan melalui email juga bukanlah foto asalku. Aku menggunakan foto temanku. Sebaliknya foto yang ku terima daripada isteriku adalah foto asal. Boleh dikatakan tidak kurang daripada tiga kali dalam satu hari kami berinteraksi melalui email.

Pada satu hari aku dijemput menghadiri satu seminar tajaan majikan akudi Johor Bharu. Aku memberitahu isteriku bahawa aku akan berada di Johor Bharu untuk selama tiga hari kerana menyertai seminar tersebut. Pada waktu yang sama melalui email aku mengajak isteriku yang juga kekasihku mengadakan temu janji. Dia menerima pelawaanku dengan senang hati. Segala-galanya telah pun aku aturkan terlebih dahulu. Aku meminta dia menunggu kedatangan ku di sebuah hotel empat bintang di Kuala Lumpur. Melalui temanku secretary, aku meminta temanku menyampaikan pesanan padanya melalui talifon tangan bahawa ketibaan ku daripada Brunei Darul-Salam agak lewat 5 jam.

Temanku menyarankan agar isteriku membantuku membuat tempahan bilik di hotel tersebut. Isteriku bersetuju. Kira-kira pada jam 11.15 malam aku bersama temanku menuju ke hotel tersebut. Seperti yang dirancangkan temanku bertindak sebagai aku dan menemuinya di ruangan legar hotel tersebut. Daripada satu sudut aku memerhatikan gerak-geri mereka. Temanku berjaya memainkan peranan sebagai aku. Perbualan mereka di lobbi hotel seterusnya ke restaurant hotel tersebut berlangsung selama kira-kira dua jam.

Dalam pertemuan tersebut, temanku meminta agar isteriku menanti di kamar hotel kerana ada satu tugas yang perlu diselesaikan pada malam itu juga. Isteriku bersetuju. Selesai pertemuan tersebut isteriku dan temanku berpisah. Isteriku menuju ke kamar dan temanku menuju ke arah aku. Selesai tugas oleh temanku dia pun pulang ke rumah.

Sekarang tibalah giliran aku memainkan perananku. Aku memasuki kamar isteriku pada jam 4 pagi. Aku sudah bertawakkal pada waktu itu. Apa akan berlaku, berlakulah. Aku dapati isteriku sedang nyenyak tidur diulit mimpi indah. Tubuhnya dibaluti selimut tebal. Dia tidak menyedari akan kehadiranku waktu itu. Perlahan-lahan aku memadamkan lampu tidur dikamar tersebut.
Kini, keadaan kamar tersebut kini gelap gelita.

Aku mendekati isteriku dan berbaring di sisi. Alangkah terkilannya aku pada waktu itu apabila aku dapati isteriku berpakaian yang amat menggairahkan. Dalam kegelapan aku termenung sejenak. Akhirnya penantiannya berakhir apabila dia mendapati kekasihnya berada di sisi.

Dengan menggunakan wangian yang sama seperti temanku mungkin dia tidak dapat mengesan bahawa insan disisinya adalah aku. Aku terus memainkan peranan dan mendapat respon yang baik sekali daripada isteriku. Aku tidak mengeluarkan suara sebaliknya aku lebih menumpukan pada tindakanku. Maka hubungan sulit antara aku dan isteriku berlangsung pada pagi itu. Dia memuji kehebatan aku. Setelah tamat permainan kami yang berlangsung hampir dua jam.......aku pun menghidupkan lampu.

Alangkah terkejut dan terpinga-pinga dia bahawa apa yang berlaku tadi adalah antara aku dan dia. Mulutnya terkunci tak terkata apa. Pucat, menggigil dan sebagainya. Tetapi aku cool. Aku tak cakap banyak sebaliknya aku tidur kerana aku sendiri pun keletihan...

Sehingga hari ini aku tidak memberi sebarang komen atas apa yang
berlaku. Aku tidak mahu menjelaskan apa-apa. Aku membiarkan keadaan dan peristiwa itu berlalu begitu sahaja.
Sesungguhnya dia masih isteriku. 

Cerita asal : Google (2007)

Jadual Solat

Anda mungkin nak baca yang ni..