HALAMAN UTAMA

Rabu, 6 Disember 2017

KERABU MANGGA MUDA

Hari tu, sebelum sepupu mama berpindah ke Kampung Belawai, sempat jugaklah dia sedekahkan mangga muda buat mama.. mama memang suka sangat makan mangga yang sepupu mama tanam sendiri ni.. (biasalah yang percuma ni memanglah sedap. hehehe) jadi adalah dua biji mangga yang masih muda.. nak peram kasi masak, lama sangat tunggu nya.. jadi mama cubalah cari resepi yang boleh mama buat untuk mangga muda ni.. selongkar dalam almari stok makanan.. mama jumpalah beberapa ramuan - ramuan yang sedia ada dan simple untuk buat kerabu mangga.. 

Bahan - bahan (anggaran untuk 2 orang)
2 biji buah mangga muda (isi dicincang halus)
segengggam Udang kering (yang jenis halus) - yang ni kalau nak banyak sikit pun tak pe.. 
sedikit belacan
1 sudu besar gula pasir
2 biji cili merah (dihiris nipis)

Cara membuatnya:
Campurkan kesemua bahan sehingga rata.. pastikan rasa kerabu tu, manis & masinnya sekata.. simpan sebentar dalam peti sejuk baru makan.. kalau tak nak rasa sejuk.. makan mcm tu je pun sedap.. Simple kan??? selamat mencuba

Tiada ulasan:

Jadual Solat

Anda mungkin nak baca yang ni..