Pernah tak korang rasa, kadang - kadang bila nak makan nasi, tak de lauk yang boleh angkat selera nak makan? Mungkin ada yang teringin atau teringat masakan kampung yang cukup simple tapi mampu menambah selera? mama ada satu resepi yang pergghh sedap punye. SAMBAL BELACAN GORENG ALA KAMPUNG fuyoo nama pun macam sedap je kan? Bahan- bahannya pun mudah didapati. Cubalah resepi mama ni.. mudah je...
Bahan - bahannya
Ikan bilis kering (anggaran segenggam. nak lebih pun boleh..)
sedikit belacan (belacan ni kalau nak bakar dulu pun boleh.. nak guna belacan mentah pun boleh. kira ikut suka lah ya..)
2-3 biji cili merah (kalau nak pedas guna cili padi atau cili bunga [geronong])
secubit serbuk ajinomoto
1/2 sudu teh kicap masin
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit minyak untuk menumis
cara- caranya
Tumbuk kesemua bahan kecuali kicap, minyak masak & serbuk aji nomoto sehingga lumat. Guna lesung batu tau.. kalau pakai blender tak sedap. Rasanya cair je. selepas itu tumiskan kesemua bahan yang ditumbuk tadi. setelah naik bau barulah masukkan serbuk aji nomoto dan kicap masin. Gaul rata.. Dah siap. Ada orang tak suka pakai aji nomoto.. tapi tak pe boleh je gantikan dengan sedikit gula.. 👍👍👍
p/s: sambal goreng ni tahan disimpan selama 5-7 hari sekiranya disimpan dalam bekas bertutup dan diletak dalam peti sejuk. sekiranya disimpan di luar, sambal ni boleh bertahan selama 2 hari. tapi sebelum nak makan tu, tumiskan/panaskan sekali lagi barulah sedap.. Sambal ni sedap dimakan bersama ulam - ulaman seperti kacang panjang, sayur kobis, timun dan lain - lain lagi...
Selamat mencuba.. Nak share atau copy resepi, silakan je.. cuma yang mama minta kalau bole kreditkan nama mama atau nama blog mama ni ya.. tq
Tiada ulasan:
Catat Ulasan