Asslamualaikum & hai..
Tengah hari tadi mama masak lauk daging kegemaran mama iaitu daging masak kicap.. sedappp.. sedap tang kuah je.. isi tak brapa boleh digigit sebab liat. terpaksa main telan.. huhhh siksanya.. biasa part potong - potong daging, suami yang buatkan. tengah hari tadi mama kunun- kunun nak cuba sendiri potong.. hmmm ni lah jadinya bila tak de bakat nak potong daging. jadi mama cuba cari petua atau tips macam mana nak potong daging dengan betul dan sempurna.. mama terjumpalah aritkel ni.. senang nak faham dan ada gambar yg jelasj untuk panduan. Jadi sama- sama lah kita belajar macam mana nak buat k.. semoga bermanfaat kepada semua..
Bagaimana Cara Potong Daging Melintang Urat Untuk Dapatkan Tekstur Daging Yang Lembut
Sumber : Fazidi / Siakapkeli
Daging antara bahan mentah yang sering digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Gulai kawah, BBQ, rendang hari raya, masak kicap atau sebut apa sahaja masakan, pasti ada tukang masak yang kreatif untuk mengolah daging menjadi satu masakan yang sedap dijamah.
Tetapi untuk menjadikan masakan berdaging itu sedap, tentulah tekstur daging itu terlebih dahulu diambil kira. Yelah, kalau tengah enak menjamu selera tiba-tiba daging yang dikunyah terasa liat, memang ‘potong’ betul selera nak makan.
Jadi bagaimana mahu memastikan daging yang kita guna dalam masakan tidak liat dan tidak menyusahkan pelanggan, sekiranya anda menyediakan juadah untuk dijual? Kalau tak, siaplah untuk dicemuh atau diboikot lepas ini.
Sebenarnya ada banyak tips-tips yang yang tersebar luas di atas talian sebelum ini bagaimana mahu memastikan daging yang kita guna tersebut menjadi lembut dan sedap ketika digunakan di dalm masakan. Tapi yang paling kerap kita dengar, terutamanya ketika kali pertama masuk dapur membantu ibu memotong daging adalah jangan ‘potong ikut urat’ utuk mendapatkan daging yang lembut.
Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan jangan potong ikut urat ini? Yelah, bukan kita tahupun urat pada daging itu macam mana. Memang itu ke puncanya jangan potong ikut urat menjadikan daging itu lembut?
Sememangnya, ada juga benarnya dengan petua yang sering disampaikan oleh orang lama. Dalam dunia kulinari, jangan potong ikut urat dengan potong ikut urat ini memang diamalkan dan bergantung kepada jenis masakan yang ingin disediakan.
Urat ataupun dalam istilahnya di dalam bahasa Inggeris, ‘grain’ merujuk kepada arah fiber otot mengahala pada daging. Cara paling mudah untuk mengenal arah grain ini menghala adalah dengan melihat urat pada daging tersebut. Anda akan melihat sama ada grain tersebut dengan jelas dan dapat menentukan bagaimana daging tersebut mahu dipotong.
Perlu diketahui bahawa potong ikut urat (Slicing WITH the grain) akan menghasilkan tekstur daging yang liat dan lebih kukuh, manakalan potong lawan urat atau jangan potong ikut urat (Slicing AGAINST the grain) akan menghasilkan tekstutr daging yang lebih lembut.
Manakala gambar di bawah adalah cara bagaimana anda mahu memnbuat potongan daging melawan arah urat untuk menghasilkan tekstur daging yang lebih lembut.
Berdasarkan gambar tersebut, arah grain menghala pada daging ditanda dengan anak panah bewarna biru manakala cara memotong daging untuk tekstur yang kurang kenyal ditanda dengan anal panah bewarna hitam.
Tekstur daging yang dipotong secara arah lawan urat juga memperlihatkan otot-tot daging dengan kemas dan mudah diceraikan seperti gambar di bawah.
Jadi, itulah tips untuk anda mengenal uarat pada daging dan tidak tersilap nak potong daging, terutamanya jika anda kali pertama memasak dan mahun mengambil hati bakal ibu mertua.
Selamat mencuba...