HALAMAN UTAMA

Selasa, 20 Mac 2018

AMALAN SEMASA PINDAH KE RUMAH BARU

Seronok kan bila kita dah ada rumah.. dalam rumah kita tu pulak semuanya dah  tersedia. Tinggal nak masuk secara rasmi je lagi lah. Tapi sebelum nak masuk tu, tau tak apa amalan - amalan yang boleh kita buat sebelum mendiaminya secara rasmi? jum kita baca sikit perkongsian ilmu yang mama dapat dari page FB 'Viral Media Johor' ni..

Samaada rumah sewa yang dah lama ditinggalkan kosong atau rumah baru siap, moga sharing ini memberi manfaat.

Rumah Idaman mama.. Insyallah.. ada rezeki termakbul lah impian mama ni.. amin...
1. Azan
  • Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimaskuki sejenis makhluk halis (jin yang dikenali sebagai Al'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.
2. Membaca surah Al-Baqarah
  • Sesebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud ;"janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumahyang dibacakan Surah Al-Baqarah." Selalunya bila masuk rumah baru kita akan membaca Yaasin sahaja. Sepatutnya Surah Al-Baqarah yang menjadi pilihan untuk dibaca apabila memasuki rumah baru.
3. Banyakkan solat dan membaca Al-quran
  • Dalam sebuah hadis yang lain pula, rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkn solat dan membaca Al-quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. baginda bersabda yang bermaksud : "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-quran " (hadis riwayat Al-Baihaqi)
4. Baca surah Yaasin, Al-fatihah dan Al-Ikhlas
  • Amalkan membaca surah Yaasin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. baca juga surah :
  1. Al-Fatihah sebanyak satu kali
  2. Suruh Al-Ikhlas 3 kali, 
  3. Selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali
  4. Ayat Kursi sekali, tetapi di akhir ayat (ayat terakhir surah kursi) bacalah sebanyak 7 kali
5. Pagar rumah secara islam
  • Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu dipenjuru atau sudut - sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda itu akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi islam. bagaimana pun ada cara yang dibolehkan mengikut islam. Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air yaasin disekeliling rumah. (tapi haruslah tanam dalam jiwa dan pemikiran kita bahawa bukan air yaasin itu yang berkuasa memagari rumah kita, tapi ianya atas pertolongan daripada Allah S.W.T. yang maha berkuasa. kita hanya berusaha dengan amalan yang tidak bertentangan dengan cara islam. Ingat tu...)
  •  Ikut panduan berikut: Ambil air kemudian baca surah Al-fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al- Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan - lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah mulai dengan penjuru kanan dan penujuru seterusnya mengikut arah berlawanan jarum jam...
  tu je yang mama nak share.. andaikata ada pembaca blog mama nak komen ke... beri cadangan ke.. atau nak share sesuatu ke.. sila kemukakan di bahagian ulasan k.. tq..

School Holiday Activities 2018 @ Pustaka Negeri Sarawak


School holidays are back and for many parents, this means coming up with plans to keep the little ones entertained. Let’s celebrate everyday of the school holidays at Pustaka Negeri Sarawak!
We have lots of great activities and we love to have fun with children.
Everyone is welcome. Admission is FREE!
We look forward to seeing you there!
Contact Ong Soon Foong at 082-442000 ext 342 or email ongsf@sarawak.gov.my for enquiries.


Source: Pustaka Negeri Sarawak

Isnin, 12 Mac 2018

Serunding Halia Ikan Bilis

Salam semua.. Sorry mama jarang update blog ni. apa2 pun kali ni mama nak share satu resepi yg agak menyihatkan dan mampu membuang angin dlm badan.. Hmmm memang sesuai jugaklah utk ibu2 yang baru lepas bersalin. Serunding Halia Ikan bilis.. Tak banyak bahan yang digunakan..

Bahan:
1 kg halia muda
Ikan bilis ( ikut banyak mana suka)
Garam dan serbuk ajinomoto secukup rasa
Minyak untuk menggoreng..

Caranya :
Buang kulit halia kemudian bersihkan. Parutkan halia tu kalau nak lg halus.. Tumbuk pakai lesung batu. Kalau blender mama tak berapa suka sbb terlalu halus.. Lepas tu buangkan kepala dan bahagian warna hitam ikan bilis tu. Asingkan kedua2 bahan.. Panaskan minyak, lepas tu goreng halia sampai garing. Bila dah garing, tuskan kasi kering minyaknya tu.. asingkan dalam bekas lain. Lepas tu gorengkan pulak ikan bilis,pun sama jugak sampai garing.. Bila dah garing tuskan ditempat berasingan sampai kering. Bila 2 - 2 dah kering minyaknya, campurkan kedua - duanya.. Tambah sedikit garam dan ajinomoto.. Jgn lupa rasa sikit serunding tu.. Karang tak pasal2 tawar @ terlebih masin plak nanti. Haaaa dah siap.. Bolehlah simpan dlm balang.. Serunding ni memang tahan lama.. Sedap sangat kalau dihidang bersama nasi panas.. Selamat mencuba ya. 

serunding yang dah siap dan nak di pasarkan.. amacam?? menyelerakan tak.. hehehe..

Isnin, 5 Mac 2018

Syurga Yang Kedua - Renungan Buat Si Isteri

Sekarang heboh pasal rumahtangga selebriti dan usahawan produk kecantikan yang ditimpa pelbagai masalah.. Bukan lah maksud mama nak masukkan cerita tu dalam entri mama kali ni. Cuma yang mama nak share ni satu post yang agak menarik jugak lah untuk bacaan semua terutama yang bergelar isteri.. Kita dah tentu maklum sekarang adalah zaman yang amat mencabar terutama dari segi ekonomi.. mungkin ada isteri - isteri yang jadi surirumah sepenuh masa tidak menghadapi masalah ekonomi tumahtangga yang agak merisaukan. Tapi tak salah jugalah kalau kita membantu suami mencari pendapatan sampingan yang boleh dilakukan di rumah sahaja. Oklah dipendekkan cerita, jom lah baca coretan dari kawan mama ni.. Mana yang baik ambiklah dan jadikanlah pengajaran hidup kita.


Permata Buat Isteriku (Kopratasa)- lagu peberet mama.. hargailah isteri masing - masing ya...

Crerdit to FB Kak Sa Yang II

Imbas (throwback)..
Kenapa Dr. Vanida @ Vivi yang ada kerjaya... ada kedudukan & Jaminan ekonomi ... Membiarkan dirinya dimanupulasi oleh Datuk Sheri.. ada yang kata itu permainan takdir.. mulalah kita menyalahkan takdir.. seolah - olah salah DIA... padahal DIA.. Tidak akan berubah nasib sesatu bangsa selain mereka mengubah nasib mereka.. itu bukan permainan manusia.... 
Akak x mahu kupas isu berat kisah rumahtangga sesiapapun.. cukuplah sejadar memberi peringatan kepada diri sendiri dan mana - mana wanita yang memerlukannya..
jadilah sesiapapun.. berkahwinlan dengan sesiapapun.. namun kesan kehidupan... anda akan tanggung sendiri.. so siapapun kita.. ada kerjaya.. sururumah.. isteri orang kaya yang hartanya tak habis dimakan sampai 7 keturunan sekalipun.. isteri orang miskin yang kais pagi.. makan pagi.. kais petang.. makan petang.. sesiapa sahaja.. selagi anda bergelar wanita.. kadang - kadang timbangan berat itu selalunya terarah kepada kita sebagai wanita. 
Untuk diri sendiri.. anak - anak perempuan.. wanita di luar yang bijaksana.. sesiapapun kita, pastikan kita ada SUMBER PENDAPATAN SENDIRI.. ada tonggak ekonomi sendiri.. bukan bergantung hidup sepenuhnya dengan poket suami.. atau harta keluarga mertua.. sebab itu harta orang... itu poket orang.. poket itu boleh HILANG!!! poket itu boleh berpindah arah!!.. 
Oklah.. x perlu negatif... anggap sahaja pasangan kita adalah pasangan yang terbaik di dunia... terhebat.. dan berbagai 'ter' lagi.. dia manusia biasa.. kadang - kadang yang terbaik DIA ambil dulu.. apa jadi pada anda dan anak - anak.. yang akak pernah lalui.. jadi anak yatim diumur mentah.. susah hiup uii.. nak cerita pun tak tercoret dengan baik.. lebih banyak air mata membasahi kertas berbanding dakwat.. sebab itu aku ini kadang - kadang umpama robot... Mungkin ada yang anggap urat humor aku dah putus kot..
Berdirilah atas kaki sendiri... walaupun rapuh, sekurang - kurangnya hidup kita tidak terlindung di bawah bayang - bayang orang lain.. ada bayang sendiri, walau kelihatan amat lesu, itu kehidupn kita, biar kita yang tentukan. DIA pun tak pernah menghalang kita. Berusahalah.. tahniah untuk rakan usahawan. tak kira usahawan sen- sen.. puluh - puluh.. ribu - riban... 
Anda telah mula membina landasan hidup sendiri. Semoga rezeki kita melimpah - ruah, yang masih bergantung dengan poket orang.. bila lagi nak bangkit?? 😉😉😉 
#akusedarakuxcantik#akusedarakuxberharta#akumahuberdiakri#semogaintantabah



CERITA BALIK BERAYA- BANYAK MANA MENGGENDONG DOSA

kami adik beradik termasuk akak ipar 24 jam pakai tudung kat dalam rumah kalau ipar duai balik umah ibu 😬 Bukan hari raya je, hari - hari biasa pun sama. Hehehe Bukak tudung time kat dalam bilik, bilik air, abg2 ipar gi solat jumaat atau keluar gi jalan 😂 Kalau dieorang balik kelam kelibut cari tudung, hahaha kadang tak jumpe tudung, tuala pun jadi buat tutup kepala 😰 mana yang dah kahwin semua tidur bilik tapi sekarang bilik tak cukup. Salah 1 family kena mengalah tidur kat ruang tamu tutup dengan tirai solat 😬.

Bagi yang nak balik beraya di kampung, meh baca cerita lama tulisan saya ini untuk difikirkan.

CERITA BALIK BERAYA - BANYAK MANA MENGENDONG DOSA

Subuh selepas hari raya, saya menyapa seorang jiran yang solat berjemaah subuh bersama saya," Anak cucu ramai balik, penuh rumah agaknya, Mak Lang" Dia membalas, Mak Lang dah siap awal, Mak Lang dan tempah homestay. mak Lang suruh yang lelaki tidur di Homestay, tinggal anak isteri saja di rumah Mak Lang. Bimbang balik beraya buat dosa, dosa melihat aurat ipar lamai, sepupu, biras dsbnya masa tidur, keluar bilik mandi, masa menyusu badan. Kalau dah tidur, tetaplah terbuka aurat.

paling resah adalah wanita yang kena berbungkus 24 jam kerana sentiasa ada orang yang bukan mahram disekelilingnya, rimas, panas. Ditambah pula beratur di bilik mandi. Inilah cerita tidak seronok balik kampung beraya yang tidak terzahirkan kerana nak jaga hati banyak pihak, tetapi wanita solehah tetap berkorban demi menjaga hati suami dan mertua serta ipar.

Namun suami yang prihati dan metua yang mengambil berat sepatutnya mengambilkira persediaan meyambut kepulangan anak cucu dan menantu agar berhimpun untuk beraya tidak terpalit dosa.

Suami yang perihatin sepatutnya mengambilkira untuk tetap menyembunyikan aurat isteri, meringankan pengorbanan kena berbungkus 24 jam.

Tindakan Mak Lang itu adalah sesuatu yang betul. Zaman dulu di mana masalah aurat tidak diberi penekanan, hal ini diremehkan. tatapi pada kita yang sentiasa menjaga aurat, jangan diambil mudah bila beraya bersama ipar duai, sepupu, biras kerana hukum aurat tidak berubah dalam situasi apa pun.

Nak jaga hati emak dan mertua bukan bermakna boleh main cincai dalam masalah aurat, boleh lebih kurang, biar tidur bersesak, terselak sana sini, asal boleh tidur. Pemisahan lelaki dan wanita yang bukan mahram tetap kena berlaku dan diutamakan dari soal kekeluargaan.

Maka menyediakan ruang pemisahan wajib atau mengasing dengan menyewa homestay atau hotel, walaupung belanja tinggi tetapi iu lebih baik dari sekali terpandang aurat ipar atau sepupu atau yang lain yang bukan mahram. Bukan sahaja nalik beraya, bahkan bila berkampung kerana kenduri kendara.

Keadaan seperti sudah menjadi kebiasaan bila berkumpul beramai - ramai di kampung halaman. Walaupun ianya satu kenangan manis namun perlu ada ruang pemisah antara yang bukan mahram. 

Jangan ambil mudah soal aurat, kasihani isteri anda dan anak dara anda, kerana suami juga tetap terseret jika aurat isterinya terdedah jika dia tidak bersedia mengelaknya.

Kisah Tsalabah bin Abd Rahman yang terlihat betis wanita bukan mahramnya, merasa amat berdosa lalu mengasingkan diri ke gua hingga nabi menemuinya, adalah contoh betapa berat dosa melihat aurat wanita bukan muhrim (hadis ini dikatakan daif tetapi boleh dijasikan teladan). Jangan Balik Raya Menggendong dosa.

Jangan pedulikan sindiran orang yang menyebut, " balik kampung tapi tidur homestay, hotel", kerana mereka mungkin tidak faham kita mengelak dari terbuat dosa. Selain itu  faktor keperluan untuk mandi manda dan membuang air juga penting kerana itu keperluan hidup yang boleh menjejas kesihatan.

Kesimpulannya, apa jua yang kita buat, jangan sekadar merancang untuk melaksanakannya, tetapi rancanglah supaya apa yang dibuat menjadi kebajikan, apa yang dibuat terelak dari dosa.

bantulah isteri anda dalam memelihara auratnya, bahkan melihat aurat isteri itu satu kecemburuan yang mandatory, yang wajib dilaksanakan. Wallahu a'lam.

Credit to FB Abi Imani


Jadual Solat

Anda mungkin nak baca yang ni..