Seronok kan bila kita dah ada rumah.. dalam rumah kita tu pulak semuanya dah tersedia. Tinggal nak masuk secara rasmi je lagi lah. Tapi sebelum nak masuk tu, tau tak apa amalan - amalan yang boleh kita buat sebelum mendiaminya secara rasmi? jum kita baca sikit perkongsian ilmu yang mama dapat dari page FB 'Viral Media Johor' ni..
Samaada rumah sewa yang dah lama ditinggalkan kosong atau rumah baru siap, moga sharing ini memberi manfaat.
Rumah Idaman mama.. Insyallah.. ada rezeki termakbul lah impian mama ni.. amin... |
1. Azan
- Melaungkan azan ketika pertama kali masuk rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimaskuki sejenis makhluk halis (jin yang dikenali sebagai Al'Ammar) yang suka tinggal di rumah yang tidak berpenghuni.
2. Membaca surah Al-Baqarah
- Sesebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud ;"janganlah kamu jadikan rumahmu seperti kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumahyang dibacakan Surah Al-Baqarah." Selalunya bila masuk rumah baru kita akan membaca Yaasin sahaja. Sepatutnya Surah Al-Baqarah yang menjadi pilihan untuk dibaca apabila memasuki rumah baru.
3. Banyakkan solat dan membaca Al-quran
- Dalam sebuah hadis yang lain pula, rasulullah s.a.w. juga menggalakkan agar kita memperbanyakkn solat dan membaca Al-quran di dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. baginda bersabda yang bermaksud : "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca Al-quran " (hadis riwayat Al-Baihaqi)
- Amalkan membaca surah Yaasin setiap malam terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. baca juga surah :
- Al-Fatihah sebanyak satu kali
- Suruh Al-Ikhlas 3 kali,
- Selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali
- Ayat Kursi sekali, tetapi di akhir ayat (ayat terakhir surah kursi) bacalah sebanyak 7 kali
5. Pagar rumah secara islam
- Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu dipenjuru atau sudut - sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki dengan kepercayaan bahawa benda itu akan menjaga dan memelihara keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi islam. bagaimana pun ada cara yang dibolehkan mengikut islam. Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air yaasin disekeliling rumah. (tapi haruslah tanam dalam jiwa dan pemikiran kita bahawa bukan air yaasin itu yang berkuasa memagari rumah kita, tapi ianya atas pertolongan daripada Allah S.W.T. yang maha berkuasa. kita hanya berusaha dengan amalan yang tidak bertentangan dengan cara islam. Ingat tu...)
- Ikut panduan berikut: Ambil air kemudian baca surah Al-fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al- Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan - lahan hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke setiap penjuru rumah mulai dengan penjuru kanan dan penujuru seterusnya mengikut arah berlawanan jarum jam...
tu je yang mama nak share.. andaikata ada pembaca blog mama nak komen ke... beri cadangan ke.. atau nak share sesuatu ke.. sila kemukakan di bahagian ulasan k.. tq..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan