HALAMAN UTAMA

Selasa, 26 September 2017

KARIPAP KAMPUNG




BAHAN UTAMA

Minyak Untuk Menggoreng

BAHAN UNTUK KULIT KARIPAP
1kg tepung gandum
100gm planta (kalau guna yang timbang tu lagi sedap sbb ada rasa masin2 sikit)
1 cawan minyak masak
Air secukupnya

BAHAN UNTUK INTI
1/2 kg Kacang Dal (direbus sehingga lembut dan toskan airnya)
1 ikat kacang panjang (dipotong dadu)
1/2 kg ubi kentang (dipotong dadu)
4 ulas bawang besar (mama guna bawang besar sbb bawang ni ada rasa manis- manis sikit)
1 mangkuk kecil cili boh/cili giling
1 1/2 cawan serbuk kari 
garam secukup rasa
gula pun secukup rasa..
air secukupnya


CARA MEMBUATNYA


Masakkan inti karipap terlebih dahulu. Mulakan dengan menumis bawang besar dan cili boh... setelah naik bau, masukkan serbuk kari yang dicampur sedikit air... gaul hingga naik bau kari tersebut. Setelah itu, masukkan ubi kentang... Biar ubi tersebut sehingga lembut setelah itu barulah dimasukkan kacang dal, sayur kacang panjang dan lobak merah yang telah dipotong dadu tadi... setelah sebati, masukkan garam dan gula secukup rasa ( biasa, rasa manisnya lebih sikit dari rasa masinya). Biarkan bahan tersebut masak , lembut dan kuahnya menjadi kering sebelum dipadam apinya. Pastikan bahan tersebut sentiasa dikacau bagi mengelakkan bahan tadi mendap ke bawah kuali dan hangus.
           
Sementara menanti bahan untuk inti masak, boleh lah kita membuat kulitnya pula. Terlebih dahulu, masukkan tepung gandum didalam bekas yang bersesuaian untuk diuli. (pastikan tepung diayak bagi mengelakkan sebarang bendasing yang berada didalam tepung tersebut). Setelah itu, masukkan planta dan minyak... gaul bahan tersebut sehingga rata dengan menggunakan tangan. Setelah rata barulah kita membuat doh dengan mencampurkan sedikit demi sedikit air. Jangan biarkan doh terlalu lembut atau terlalu keras. Doh yang menjadi / boleh digunakan biasanya bila ditarik @ dilentur, ia lambat untuk kembali ke keadaan asal). Setelah doh siap, biarkan sebentar sehingga keluar minyak nya.


Setelah inti masak, angkat dan biarkan sejuk sekejap kerana kalau kita menggunakan terus inti yang masih terlalu panas, karipap mudah menjadi basi. Setelah sejuk barulah proses membuat karipap dimulakan. Terbih dahulu carik sedikit adunan tepung kemudian ulikan hingga nipis (mun ada mesin uli laju gik kerja kita.. dan rasanya pun lagiklah rangup) setelah nipis, letakkan di atas acuan. Masukkan kira- kira sesudu @ 1½ sudu teh inti kemudian kepitkan acuan. Buat begitu sehingga adunan habis. Setelah selesai goreng sehingga kuning @ masak karipap tersebut... Selamat mencuba



Petua & Tips 
Inti karipap biasanya boleh tahan selama 3-4 hari kalau kita masakkannya sehingga kuahnya kering dan disimpan ke dalam peti sejuk. Elakkan daripada mengacau @ memanaskan semula inti yang sudah disimpan dalam peti ais. Jangan risau seandainya inti itu sejuk, masukkan terus ke dalam kulit karipap, goreng seperti biasa, insyaallah rasanya masih sedap dan panas seperti baru dimasak. Selain daripada bahan inti di atas, kita boleh gunakan isi ayam, daging, udang, sesar unjur (udang kering) dan lain- lain sebagai bahan tambahan. Selain ubi kentang, kita boleh guna ubi lain seperti Ubi keladi, ubi merah... atau sebagainya sebagai ganti kalau x da ubi kentang. Ada yang hairan kenapa pakai minyak masak semasa membuat doh untuk kulit karipap sedangkan dalam masa yang sama planta dimasuk sama. Fungsi minyak tersebut adalah untuk membuatkan rasa kulit lebih ranggup dan bila kita menggoreng nanti xdalah karipap kita tu rasa kering je. Untuk makluman, mama suka guna kari cap BABAS sebab rasanya yang pekat dan lebih pedas jadi kita x payah banyak guna cili boh banyak sangat.. cukuplah sedikt sahaja diperlukan... satu lagi petua bila nak letak karipap yang sudah diacuankan (belum digoreng) dalam talam... jangan letak @ tabur tepung dalam talam.. biarkan talam bersih kerana adunan x akan melekat pada talam sebab dah ada minyak pada kulit. Elakkan daripada melapis- lapis karipap yang telas siap di acuankan takut kulit pecah/terbuka sebelum digoreng. Jangan biarkan bahagian yang berkepit (mulut karipap mentah) disuakan ke atas. Letakkan karipap tersebut dalam keadaan muncungnya ke bawah bagi mengelakkan kulit adunan ya terbukak sebelum @ sewaktu digoreng. kalau nak frozenkan karipap mentah ni pun boleh juga.. simpan je dalam freezer.. karipap frozen insyallah boleh tahan dalam 4-5 hari.. tapi pastikan karipap betul2 beku ya..

Selamat mencuba.. 

Tiada ulasan:

Jadual Solat

Anda mungkin nak baca yang ni..