HALAMAN UTAMA

Rabu, 27 September 2017

Burger Malaysia / Pau Sambal telur


Bahan - Bahan untuk pau (anggaran untuk 15 biji)
  • 500gm tepung roti / Bread Crumbs
  • 1 paket Instant Yeast mauripan (11 gm)
  • 3 sudu besa gula halus
  • 1 biji telur ayam
  • sedikit garam
  • 2 cawan air suam
Cara membuatnya :
Campurkan semua bahan - bahan ke dalam mangkuk kecuali air. Gaul Rata. Selepas itu barulah air dituang sedikit demi sedikit sambil diuli. Jangan terlalu lembik.

Ambil sedikit doh, buatkan dalam bentuk bulat. Jangan besar sangat takut nanti bila dah kembang doh tu jd terlalu besar. Ikut kesesuaian saiz yang kita mahukan. Buatlah sampai habis. Rehatkan dalam 1/2 jam supaya doh mengembang.

Setelah kembang, doh bolehlah digoreng sehingga masak kekuningan. Ketepikan.

Bahan untuk sambal
1 cawan bilis (dikisar halus)
cili kering (ikut banyak mana suka . kalau nak pedas, boleh banyakkan lagi)
3 biji bawang besar (dikisar halus)
3 ulas bawang putih (dikisar halus)
1 cawan minyak masak
sedikit garam
sedikit gula (secukup rasa)
air asam jawa (secukupnya) 

hiasan : hirisan telur dadar kosong & timun muda

Cara Membuatnya:
panaskan minyak kemudian tumiskan bahan kisar (tidak termasuk ikan bilis), setelah tumisan naik bau, kemudian baru masukkan ikan bilis yang sudah dikisar tadi. tumis dengan api perlahan sehingga pecah minyak. Setelah itu masukkan, garam, gula dan air asam jawa. Masukkan sedikit air, Kacau lagi sehingga air sambal menjadi kering dan sambal menjadi sedikt gelap warnanya. Tunggu sehingga sambal suam sedikit baru di letakkan dalam pau tadi.

Untuk proses seterusnya. Belah pau kepada dua bahagian, tapi jangan sampai putus. ikut macam mana rupa pau dalam gambar kat atas tu. Masukkan inti sambal ke dalam pau, selepas itu hiaskan dengan hirisan telur dadar kosong dan hirisan timun. Dah Siap...
Selamat mencuba.


Psst : kalau malas nak buat sambal ikan tu, boleh je guna sambal dalam tin.. nak guna sambal ikan bilis pun boleh.. sambal udang pun boleh... Kalau kat kampung mama, kuih ni digelar kuih Doraemon. Mama pun tak tau kenapa kuih tu namanya Doraemon. mungkin sebab rupanya macam loceng kat rantai doraemon tu kut.. mungkinlah.. hehehehe 😂😂  


Tiada ulasan:

Jadual Solat

Anda mungkin nak baca yang ni..