HALAMAN UTAMA

Khamis, 28 September 2017

HARI KELUARGA RANDO 2015



Kali ni mama nak kongsikan kenangan Hari Keluarga RANDO 2015 yang diadakan di Daerah Belawai. Seronok sebab itulah kali pertama mama terbuka hati joint apa je aktiviti RANDO. sebelum ni mama memang susah nak ikut.. Macam - macam je lah alasan yang mama guna semata - mata nak elak daripada aktif dalam aktiviti tahunan pejabat tu.. Selain tu mama nak simpan kenangan - kenangan ni untuk tatapan keluarga terutama anak - anak mama dan suami serta rakan - rakan RANDO yang mungkin suatu hari nanti berpindah tempat bekerja atau berpencen. Hanya inilah kenangan yang mama boleh dikongsi bersama..

DALAM KENANGAN
 Allahyarham Tuan Haji Mohamad Supaih Bin Haji Hamdan, Residen Bahagian Mukah yang telah kembali kerahmatullah pada 28 Ramadhan 1437H bersamaan 3 Julai 2016M pada jam 9:00 pagi
Al - Fatihah

 
Program : Hari Keluarga RANDO 2015
Tarikh 13-14 Jun 2015
Lokasi : Daerah Kecil Belawai, Daro, Mukah, Sarawak(Kampung kelahiran Mama)
Tema prgram : Hawai 


Persiapan sebelum majlis bermula















Hari Sukan RANDO
Makan Malam Keluarga RANDO 2015





















PRBM Dancer 

Bubur Pedas



Bubur Pedas Sarawak yang merupakan menu wajib setiap kali menjelang bulan Ramadhan. Bubur Pedas adalah masakan yang paling popular di Sarawak terutama di Bulan Ramadhan.. Perencah yang digunakan untuk memasak Bubur Pedas yang di panggil Bumbu pedas. Biasanya kalau menjelang bulan Ramdhan senang nak beli kat mana2 kedai runcit.




Bahan-Bahan:

1 bungkus rempah bubur pedas - anggaran berat dalam 150gm (rendamkan dalam air selama 15 minit)
1 biji keledek (saiz sederhana)
250 gram isi ayam (boleh digantikan daging atau udang)
3 batang kacang panjang
Segenggam udang kering 
5-6 helai daun buas (ambik yang lebar sikit) di hiris nipis
3-4 helai daun kunyit dihiris nipis   
3-4 batang jagung muda /rebung rebus
sedikit daun sayur Cangkuk manis diramas halus (ikut rasa nak banyak mana)
¼  buah labu kuning dipotong dadu
2 batang tahu kering (direndam sekejap kemudian hiris nipis
Sedikit cendawan cina ( hitam ) dan cendawan butang
2 helai daun kunyit (dimayang)
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2-3 biji cili merah
½ biji kelapa (ambik santannya)

* Untuk jenis sayur-sayuran boleh mengubah suai mengikut citarasa masing-masing.
 
Daun buas / tebawan
Cara-cara memasak:-

Tumis bawang merah,bawang putih,udang kering dan cili yang telah ditumbuk halus. Setelah naik bau,rempah bubur pedas dan air,masak hingga mendidih. Masukkan isi ayam@ udang dan kesemua sayur-sayuran . Masukkan santan, akhir sekali masukkan garam dan serbuk perasa. Masak sehingga agak pekat sedikit barulah dihidangkan. Sedap dimakan bersama nasi atau dimakan begitu sahaja. Selamat mencuba..

Rabu, 27 September 2017

Burger Malaysia / Pau Sambal telur


Bahan - Bahan untuk pau (anggaran untuk 15 biji)
  • 500gm tepung roti / Bread Crumbs
  • 1 paket Instant Yeast mauripan (11 gm)
  • 3 sudu besa gula halus
  • 1 biji telur ayam
  • sedikit garam
  • 2 cawan air suam
Cara membuatnya :
Campurkan semua bahan - bahan ke dalam mangkuk kecuali air. Gaul Rata. Selepas itu barulah air dituang sedikit demi sedikit sambil diuli. Jangan terlalu lembik.

Ambil sedikit doh, buatkan dalam bentuk bulat. Jangan besar sangat takut nanti bila dah kembang doh tu jd terlalu besar. Ikut kesesuaian saiz yang kita mahukan. Buatlah sampai habis. Rehatkan dalam 1/2 jam supaya doh mengembang.

Setelah kembang, doh bolehlah digoreng sehingga masak kekuningan. Ketepikan.

Bahan untuk sambal
1 cawan bilis (dikisar halus)
cili kering (ikut banyak mana suka . kalau nak pedas, boleh banyakkan lagi)
3 biji bawang besar (dikisar halus)
3 ulas bawang putih (dikisar halus)
1 cawan minyak masak
sedikit garam
sedikit gula (secukup rasa)
air asam jawa (secukupnya) 

hiasan : hirisan telur dadar kosong & timun muda

Cara Membuatnya:
panaskan minyak kemudian tumiskan bahan kisar (tidak termasuk ikan bilis), setelah tumisan naik bau, kemudian baru masukkan ikan bilis yang sudah dikisar tadi. tumis dengan api perlahan sehingga pecah minyak. Setelah itu masukkan, garam, gula dan air asam jawa. Masukkan sedikit air, Kacau lagi sehingga air sambal menjadi kering dan sambal menjadi sedikt gelap warnanya. Tunggu sehingga sambal suam sedikit baru di letakkan dalam pau tadi.

Untuk proses seterusnya. Belah pau kepada dua bahagian, tapi jangan sampai putus. ikut macam mana rupa pau dalam gambar kat atas tu. Masukkan inti sambal ke dalam pau, selepas itu hiaskan dengan hirisan telur dadar kosong dan hirisan timun. Dah Siap...
Selamat mencuba.


Psst : kalau malas nak buat sambal ikan tu, boleh je guna sambal dalam tin.. nak guna sambal ikan bilis pun boleh.. sambal udang pun boleh... Kalau kat kampung mama, kuih ni digelar kuih Doraemon. Mama pun tak tau kenapa kuih tu namanya Doraemon. mungkin sebab rupanya macam loceng kat rantai doraemon tu kut.. mungkinlah.. hehehehe 😂😂  


Kisah Setia Seorang Sahabat di Malam Raya - SeDih



 

Kisah Setia Seorang Sahabat di Malam Raya - SeDih.. 

sadis...sila baca.. 

Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik kampung. Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar negara.Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak abah dan adik-adik kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita. Apa cerita Naim ye? Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kat aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia.
Dulu masa kecik main sama-sama.Bila dah belajar... lupa kawan! Raiz senyum sendirian. Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.

Bas yang terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kempung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd'! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya. Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah tiang lampu. Seakan macam dikenalinya orang itu. Raiz menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut. 


"Wey! Siut! Aku ingat orang darat mana tadi! Engkau rupanya! Apa kau buat tepi jalan malam-malam camni?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yang terkekeh-kekeh ketawa. 

"Aku tunggu kau baliklah! Wah! Orang UK! Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak?" Naim menepuk-nepuk bahu Raiz. Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. 

"Biasa la! zaman bersedar, manusia pun kena berubah! Mana kau tau aku nak balik?" Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah. Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang. 

"Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je..." tegur Raiz.
 

Naim kelihatan murung.

"Aku memang ada masalah pun. Eh! kau ni terus balik rumah ke?" Naim mengubah topik.
 

 "Cadangnya gitulah!"
 

"Ala! singgahlah rumah aku dulu! Aku dah lama tak borak dengan kau. Banyak benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!" pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja.
 
"Tak apalah, malam ni aku temankan Naim! Pagi esok aku balik la!boleh terus siap untuk sembahyang raya!" kata Raiz dalam hati.
 

"Eh? Kau duduk sorang je ke? Mana mak ayah kau? Raiz kehairanan apabila mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi cahaya pelita minyak tanah! Naim menarik nafas panjang.
 

"Inilah! nasib aku malang betul Iz,lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi kat aku! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga diorang.Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang dibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz mendengar cerita Naim.
 

"Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je!" Naim terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh. Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang.
 

"Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik! Pasal aku tau kau sorang je boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh! Aku cuma tunggu kau balik! Salah ke? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau?Tak peduli aku makan ke, minum ke! sakit ke! matipun diorang mesti tak ambil peduli!" Suara Naim sedikit tinggi. Menunjukkan kemarahannya.

"Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali!" Raiz menyuarakan rasa bersalahnya. 

Naim cuma tersenyum. "Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye! Eh! Minumlah! rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la!". Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering. Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim! 


"Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni!" Suara Raiz sayu dan pilu. 

Naim senyum tawar. "Buat apa kau mintak maaf? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana. Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya,aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki.Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!" 

Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa.  Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur.
 

------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Astaghfirullah! Budak ni kat sini rupanya! Puas kita tunggu dia balik!" Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur.Terpisat-pisat Raiz bangun."Eh? Mak!" terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan ahli keluarganya yang lain. Berpakaian cantik dan kemas. "Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa? Dah takde rumah nak balik?" jerkah ayahnya.
 

"Eh? Kenapa pulak diorang marah ni? Raiz memerhatikan sekelilingnya. Tiada gelas berisi teh... tiada biskut kering! Hanya daun-daun kering yang bertaburan! Di tepinya terpacak batu nisan! Raiz melompat bangun. Raiz pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan,ada dua, tiga, malah berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah.
 

"Eh? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah!
 

"Apa?? Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu!" 

Raiz segera mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. 

Abdul Naim bin Malik.16 September 1975 - 27 Oktober 2003! 

Raiz terpelangah.
 

"Mak! Malam tadi saya jumpa Naim mak!! Kalau dia takde, sapa yang saya
jumpa malam tadi? Bulan puasa pun ada hantu ke?"
 

"Budak ni...bulan puasa mana ada hantu! Naim dah tak ada! Dia meninggal
hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah
mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa
dia, dah tak ada.."terang ibunya dengan suara pilu. 


Raiz tambah terkejut. Terfikirkan pengalaman malam tadi! 'bertemu' arwah Naim di malam menjelang raya.Kalau betul bulan puasa tak ada hantu! apakah yang Raiz temui semalam? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampakan padanya terduduk disisi pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi.

" Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini! ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lah rumah aku ye!" Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah."Terima kasih kerana mengingatkan aku! semoga kau tenang dan aman di sana! 


moralnya: jgn lupa kawan dan rajin2lah bertanya kabar

Jadual Solat

Anda mungkin nak baca yang ni..