HALAMAN UTAMA

Jumaat, 31 Mac 2017

Biskut Almond London (Versi Mama Vie)



Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Pejam celik - pejam celik dah tak lama lagi nak masuk bulan Ramadhan. Bagi yang ada buka bisnes biskut, kek, pakaian dan macam - macam lagi sekarang sesuai dah mulakan projek jualan tu. 

Oklah... Kali ni mama nak kongsi resepi biskut yang sering menjadi pilihan sebagai juadah di musim perayaan. Harganya pun boleh tahan. Contoh untuk 2016 biskut ni mama jual 100 biji RM58 - RM60 (masyuk kan?? alhamdudillah). Pelanggan tak komplen tentang harganya sebab maklum sangat kalau di Sarawak (tertama di Mukah), harga kacang almond tu memang mahal (100gm - tak sampai 100 biji RM8-9). Jadi Selamat mencuba.. 


BISKUT ALMOND LONDON (Versi Mama Vie)

 Bahan – bahan
250 gm mentega
1 cawan gula kastor
1 biji telur gred A atau B kalau guna yang gred C perlu 2 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila atau perisa pisang (kalau nak bagi biskut tu lagi harummmm)
2 cawan tepung gandum 
1 cawan tepung jagung 
1 cawan tepung naik sendiri

(ayakkan 3 jenis tepung ni)
3/4 cawan serbuk almond
1 s/k emplex  

Badam yang sudah dibakar (kalau tak nak bakar pun tak pe sbb cara membakar yang mama nak share ni insyallah ranggup kacangnya)
Cawan kertas (jenis berminyak)

Coklat masakan secukupnya - cairkan cara double boiling.
(kalau nak jimatkan penggunaan coklat masakan ni, disarankan untuk campurkan sedikit minyak masak ke dalam coklat yang sedang dicairkan tadi. jangan banyak sangat tau.. nanti coklat terlalu berminyak)

biji badam 

Cara membuatnya
1. Pukul gula dan mentega hingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanilla/ perisa pisang dan kacau/gaul rata .
3. Masukkan semua tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata.
4. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
5. Bubuh badam di tengah - tengah dan buatkan bentuk bujur.
6. Bakar dalam suhu 180 C sehingga masak .
7. Biar sejuk baru celupkan ke dalam coklat cair. 

(yang ni kalau nak ikut cara mama, biskut tu disusun terlebih dahulu dalam cawan kertas, lepas tu ambik dalam 1/2 sudu teh coklat dan tuang perlahan - lahan atas biskut tadi. Lepas tu letaklah hiasan mcm almon cincang ke.. atau mana - mana toping kesukaan. tujuan mama buat cara tu, yang pertama, biskut almond kita taklah terlalu manis jika dibandingkan dengan cara mencelup terus ke dalam coklat yang telah dicairkan tadi. yang keduanya, cara mama tadi lebih menjimatkan penggunaan coklat. Yang ketiga pulak, cara tulah yang mama rasa paling cepat, mudah dan biskut kita lebih kemas sebab tak da kesan sentuhan atas biskut tu. Jadi terpulanglah nak guna cara yang mana ikut kesesuaian dan keselesaan masing - masing ya.. 
8. Sejukkan dahulu baru disimpan. 


pssttt...nak tau macam mana nak bagi biskut tu sedap rangngup tak?? mama ada cara mama sendiri. antaranya;
  
a) Bila nak bakar biskut, guna api yang sederhana kuat tapi kena cek selalu sebab mengikut pengalaman mama, kekuatan haba oven tak semua sama. walaupun oven manual (alah yang dapur kat atas ovennya kat bawahtu..alhamdudillah oven mama jenis tak mengejut kuat habanya) 

b) Selalu tukar posisi talam biskut supaya biskut masak sekata.

c) Petanda biskut nak masak ialah bila biskut tu dah berbau wangi. tapi jgn tutup api dulu sebab perlu cek bahagian bawah biskut tu nak pastikan masak ke tidak. Bila biskut dah berbau wangi, perlahankan api dan tunggu sehingga bawah biskut tu agak gelap sedikit.

d) Mama tak tetapkan berapa lama untuk biskut tu masak. haaa ni ada petua yang mama nak kasi kat korang semua. Tau tak biskut ni bila dibakar sehingga coklat gelap sikit (bukan hitam hangus tau.. coklat gelap je) makin sedap. tak caya? boleh cuba lah.. bandingkan biskut yang dah masak tapi bahagian bawah biskut tu bersih je dengan yang ada kesan coklat gelap, yang mana satu lagi sedap, lemak manis dan insyaallah ranggup sehingga ke kacangnya.   

ok. tu je perkongsian mama tentang biskut ni. Selamat mencuba.. 

 
Mama Vie



Selasa, 21 Mac 2017

Pekerjaan Kedua bagi Penjawat Awam

Sambil mama rehatkan diri tgh hari ni, mama nak cerita sikit berkenaan 'pekerjaan kedua bagi penjawat awam'. Semua orang maklum berkenaan dengan keadaan ekonomi yang sangat ...sangat..sangaaaat mencabar. Mana lagi dengan kenaikan harga barang.. harga minyak.. bukan setakat orang awam, penjawat awam pun terpalit sama. Jesteru mama amat - amat berterima kasih kepada kerajaan  kerana memberi sedikit kelonggaran kepada kami penjawat awam untuk mencari rezeki kedua bagi menampung keperluan isi keluarga TETAPI mesti ikut peraturan dan syarat - syarat yang telah ditetapkan.

Untuk rujukan bersama.

Pekerjaan luar.
154.        (1)           Kecuali setakat yang dia dikehendaki semasa menjalankan tugasnya atau dia diberi kuasa dengan nyata oleh Setiausaha Kerjaaan Negeri untuk berbuat demikian, seseorang pegawai tidaklah boleh —



(a)  Mengambil bahagian secara langsung atau secara tak langsung dalam pengurusan atau perjalanan apa-apa pengusahaan komersil, pertanian atau perindustrian;


(b)  Mengusahakan apa-apa kerja bagi mana-mana institusi, syarikat, firma atau individu dengan mendapat upah;


(c)   Sebagai seorang pakar, memberi apa-apa laporan atau keterangan pakar, sama ada dengan percuma atau dengan mendapat upah;


(d)   Bertugas sebagai seorang wasi, pentadbir atau penerima; atau


(e) Memberi ceramah, membentangkan kertas kerja atau menjadi ahli panel penceramah atau seumpamanya di persidangan, seminar, forum atau bengkel selain apa yang dianjurkan oleh Kerajaan.


(2)           Seseorang pegawai boleh memohon kebenaran bertulis daripada Setiausaha Kerajaan Negeri untuk mengusahakan perkhidmatan-perkhidmatan tertentu daripada jenis yang disebutkan dalam perenggan (1) bagi faedah dirinya atau saudara-maranya atau bagi mana-mana badan yang bukan mencari keuntungan yang dia adalah pemegang jawatan dalam badan tersebut.


(3)           Bagi menimbangkan sama ada kebenaran di bawah perenggan (2) patut diberi ataupun tidak, Setiausaha Kerajaan Negeri hendaklah mengambil perhatian akan tata kelakuan yang ditetapkan dalam Perintah Am 153 dan, khususnya, hendaklah memastikan bahawa dengan kebenaran itu —


(a) pekerjaan luar itu tidak dilakukan semasa waktu kerja pejabat dan semasa pegawai itu dikehendaki menjalankan tugas rasminya;


(b)  aktiviti itu tidak akan dengan apa jua cara berkecenderungan untuk menjejaskan kecekapan dan kegunaan pegawai itu kepada orang awam; dan


(c)  pekerjaan atau perusahaan itu tidak akan dengan apa jua cara berkecenderungan untuk bercanggah dengan kepentingan Jabatan atau menjadi tak konsisten dengan kedudukan pegawai itu sebagai seorang pegawai awam.



emel : mamavieonlineshopping@gmail.com


Pipus Ikan



Mama nak cerita sejenis makanan tradisional Kaum Melanau di Belawai (Belawai ni nama kampung mama dilahirkan). 

Nama makanan yag mama nak perkenalkan ialah PIPUS IKAN. Sangat sedap bila di makan ketika panas samaada dengan nasi putih atau sagu. (nanti kalau mama ada gambar pipus, mama tunjukkan kat sini ya..)

Antara bahan yang perlu ada ialah : (banyak nya tu anggaran sendiri je ya..)
1. Ikan pari (ambik bahagian isi dan hati - asingkan) - nak ikan lain, bolah guna ikan yu atau buntal
2. Secukup rasa garam
3. Secukup rasa serbuk ajinomoto (jangan pakai gula tau 😖😝errrkkk...)
5. Daun nipah

Cara membuatnya ialah dengan menggunakan isi dan hati ikan. ikan yang sering digunakan ialah ikan pari, yu atau buntal (buntal ni yang pakar buang racun boleh buat, kalau tak pakar tak payah, nanti ada yg masok hospital sebab keracunan). Menurut resepi yang pernah diajar oleh kawan sekampung mama, pertama kita perlu rebus isi ikan sehingga betul - betul lembut dan kulit serta tulang mudah ditanggalkan. ambil isinya sahaja. Campurkan garam dan serbuk ajinomoto, ramas atau tumbuk lumat isi tersebut. selepas itu rebuskan pula hati ikan sehingga hati ikan hancur. setelah hancur, toskan airnya kemudian campurkan hati dan isi ikan yag telah ditumbuk lumat tadi. setelah sebati, ambilkan sedikit isi adunan tadi ke dalam daun nipah (daun lain tak pernah rasa lagi. biasa pakai daun ni sahaja) Selepas itu salaikan sehingga isi ikan di atas api yang perlahan sehingga masak/ kering (jangan terlalu kering tau, nanti rasa ikan tu hilang. tak sedap) 

Pipus ni kalau di daerah lain memang tak sama. Kalau di daerah lain ada yang sebut Pipus atau Pipuih. Di Belawai dan Daro isi pipusnya disalai dengan nipis - nipis dan rasanya masih lembut cuma kelemahan nya pipus Belawai tidak dapat disimpan lama kerana mudah basi berbanding dengan pipus yang dibuat di daerah seperti di Mukah, Balingian, Oya, Igan dan lain - lain daerah , pipusnya di salai dengan isi yang banyak (tebal mcm bentuk bantal peluk), kering dan sedikit keras tetapi pipus tahan lama kerana telah disalai dalam tempoh yang agak lama.

Nota : makluat yang mama perolehi adalah hasil daripada cerita yang disampaikan oleh ahli keluarga dan rakan mama. Mungkin ada sedikit perbezaan, namun apa yang mama paparkan adalah sekadar perkongsian. Semoga apa yang mama kongsikan ini dapat memberi pengalaman baru dan ianya dapat dikekalkan sampai bila. Boleh kongsikan maklumat yang mungkin mama lupa nak bagitau. Komen yang elok - elok je k. tq..

psst : 28 - 30 April ni nak diadakan Pesta Kaul Mukah 2017. Macam - macam ada kat situ nanti. kalau dak rasa pelbagai jenis makanan termasuk Pipus ni jomla ke Mukah.





Pipus adalah sejenis makanan orang Melanau. Pipus dibuat menggunakan isi ikan dan juga hati ikan. Ikan yang sesuai dijadikan pipus ialah ikan pari. Isi ikan pari perlulah direbus terlebih dahulu sehingga isinya betul-betul masak dan lembut. Isi ikan yang telah masak hendahlah diceraikan dari kulit dan tulang ikan kerana kita hanya menggunakan isi ikan. Isi ikan tadi kemudiannya ditumbuk menggunakan lesung kayu sehingga ia lumat. Kemudian rebuskan hati ikan pari tadi sehingga ia masak dan sehingga hati tersebut hancur. Kemudian campur garam dan ajinomoto kedalam hati pari tadi. Kemudian Isi ikan dan hati ikan digaul sebati sebelum dimasukkan ke dalam daun nipah seperti di dalam gambar. Selepas itu salaikan pipus tadi dibawah api yang perlahan sehingga ia masak. Pipus sedap dimakan bila ia panas dan sesuai dimakan dengan sagu dan air teh

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap
Pipus adalah sejenis makanan orang Melanau. Pipus dibuat menggunakan isi ikan dan juga hati ikan. Ikan yang sesuai dijadikan pipus ialah ikan pari. Isi ikan pari perlulah direbus terlebih dahulu sehingga isinya betul-betul masak dan lembut. Isi ikan yang telah masak hendahlah diceraikan dari kulit dan tulang ikan kerana kita hanya menggunakan isi ikan. Isi ikan tadi kemudiannya ditumbuk menggunakan lesung kayu sehingga ia lumat. Kemudian rebuskan hati ikan pari tadi sehingga ia masak dan sehingga hati tersebut hancur. Kemudian campur garam dan ajinomoto kedalam hati pari tadi. Kemudian Isi ikan dan hati ikan digaul sebati sebelum dimasukkan ke dalam daun nipah seperti di dalam gambar. Selepas itu salaikan pipus tadi dibawah api yang perlahan sehingga ia masak. Pipus sedap dimakan bila ia panas dan sesuai dimakan dengan sagu dan air teh

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap
Pipus adalah sejenis makanan orang Melanau. Pipus dibuat menggunakan isi ikan dan juga hati ikan. Ikan yang sesuai dijadikan pipus ialah ikan pari. Isi ikan pari perlulah direbus terlebih dahulu sehingga isinya betul-betul masak dan lembut. Isi ikan yang telah masak hendahlah diceraikan dari kulit dan tulang ikan kerana kita hanya menggunakan isi ikan. Isi ikan tadi kemudiannya ditumbuk menggunakan lesung kayu sehingga ia lumat. Kemudian rebuskan hati ikan pari tadi sehingga ia masak dan sehingga hati tersebut hancur. Kemudian campur garam dan ajinomoto kedalam hati pari tadi. Kemudian Isi ikan dan hati ikan digaul sebati sebelum dimasukkan ke dalam daun nipah seperti di dalam gambar. Selepas itu salaikan pipus tadi dibawah api yang perlahan sehingga ia masak. Pipus sedap dimakan bila ia panas dan sesuai dimakan dengan sagu dan air teh.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap
Pipus adalah sejenis makanan orang Melanau. Pipus dibuat menggunakan isi ikan dan juga hati ikan. Ikan yang sesuai dijadikan pipus ialah ikan pari. Isi ikan pari perlulah direbus terlebih dahulu sehingga isinya betul-betul masak dan lembut. Isi ikan yang telah masak hendahlah diceraikan dari kulit dan tulang ikan kerana kita hanya menggunakan isi ikan. Isi ikan tadi kemudiannya ditumbuk menggunakan lesung kayu sehingga ia lumat. Kemudian rebuskan hati ikan pari tadi sehingga ia masak dan sehingga hati tersebut hancur. Kemudian campur garam dan ajinomoto kedalam hati pari tadi. Kemudian Isi ikan dan hati ikan digaul sebati sebelum dimasukkan ke dalam daun nipah seperti di dalam gambar. Selepas itu salaikan pipus tadi dibawah api yang perlahan sehingga ia masak. Pipus sedap dimakan bila ia panas dan sesuai dimakan dengan sagu dan air teh.

Cheap Offers: http://bit.ly/gadgets_cheap

Jadual Solat

Anda mungkin nak baca yang ni..