HALAMAN UTAMA

Rabu, 8 Mac 2017

Aduh sakitnya di situ... (Kaki laaa.. ingat apa?? hehehe)

Agak lama jugak tak update blog. Mama baru sembuh sikit dari kaki terseliuh. Aduii... tak terhingga sakitnya.. Lama jugak nak sembuh, maklum kesan kai terseliuh lepas tu kena hempap badan mama yang memang berat ni makin menjadi laa..

Entah kenapa hari tu, mama balik kerja, lenggang punya lenggang, tetiba jatuh kat lobi depan bangunan tempat mama kerja, nasib baik tak ramai yang tengok 😜. yang sadisnya tu kawan mama (waktu tu sibuk jawab teleponnya) sempat ketawakan mama.. haiiihh.. bukan reti nak tolong pun.. hampeh betul.. hahaha.. tapi bila kenang balik peristiwa tu memang lucu la.. yelah.. eksen kunun2 nak pakai heel (1 1/2 inci je pun) sekali terple'ot aa padan muka.. nampak gayanya mama memang tak leh guna heel walaupun seinci la lepas ni. pakai yang tapak rata je.. 😥😥 Pengajarannya kat sini, jalan tu kena tengok betul - betul, tak payah nak berlenggang sangat.. hahaha 😜

4 cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan sakit dan mempercepatkan proses penyembuhan kaki terseliuh. - Info dari blog kesihatan.

1. Tetap melakukan pergerakan seperti berjalan atau bersukan - Kurangkan dan limitkan pergerakkan pada bahagian yang terseliuh supaya ia dapat membantu mempercepatkan proses penyembuhan tisu dalaman. Pergerakkan yang terlalu kerap pada bahagian yang cedera / sakit bukan sahaja melambatkan proses penyembuhan malah menyebabkan ianya semakin membengkak. Bagi mengurangkan pergerakan di tempat terseliuh, digalakkan untuk membalit ditempat yang sakit dengan menggunakan bandage. (Cara ni yang mama gunakan. memang rasa selesa sikitlah..)

2. Menuam tempat terseliuh dengan air panas suam. Tabiat menuam air panas suam di kawasan yang terseliuh boleh meransang pengembangan salur darah. Ini akan mengakibatkan tepat yang sakit itu tadi menjadi kemerahan, urat semakin timbul dan keadaan semakin membengkak. gunakan air sejuk atau Ais untuk mengurangkan kesakitan dan kebengkakan.

3. Berurut. Sememangnya ada dikalangan orang kita yang gemar berurut dengan tujuan untuk mengurangkan kesakitan. Tidak salah untuk menggunakan cara tersebut cuma silapnya untuk kes terseliuh adalah tidak seharusnya tempat yang bengkak tersebut diurut kerana apabila bahagian yang bengkak itu diurut, ianya akan menggalakkan pengumpulan darah serta cecair. hasilnya yang bengkak semakin menjadi bengkak teruk selain ianya akan melambatkan lagi proses penyembuhan.    

4. Meninggikan bahagian yang terseliuh. Yang ni sama macam kaki membengkak semasa hamil. Kita digalakkan untuk meletakkan tempat yang terseliuh tadi tinggi sedikit dengan menggukan bantal atau apa2 alas lain yang dirasakan selesa bagi mengurangkan bengkak dan kesakitan.

sekian. 


Tiada ulasan:

Jadual Solat

Anda mungkin nak baca yang ni..