Sambil mama rehatkan diri tgh hari ni, mama nak cerita sikit berkenaan 'pekerjaan kedua bagi penjawat awam'. Semua orang maklum berkenaan dengan keadaan ekonomi yang sangat ...sangat..sangaaaat mencabar. Mana lagi dengan kenaikan harga barang.. harga minyak.. bukan setakat orang awam, penjawat awam pun terpalit sama. Jesteru mama amat - amat berterima kasih kepada kerajaan kerana memberi sedikit kelonggaran kepada kami penjawat awam untuk mencari rezeki kedua bagi menampung keperluan isi keluarga TETAPI mesti ikut peraturan dan syarat - syarat yang telah ditetapkan.
Untuk rujukan bersama.
Pekerjaan
luar.
|
154. (1) Kecuali setakat yang dia
dikehendaki semasa menjalankan tugasnya atau dia diberi kuasa dengan nyata
oleh Setiausaha Kerjaaan Negeri untuk berbuat demikian, seseorang pegawai
tidaklah boleh —
|
(a) Mengambil
bahagian secara langsung atau secara tak langsung dalam pengurusan atau
perjalanan apa-apa pengusahaan komersil, pertanian atau perindustrian;
|
|
(b) Mengusahakan
apa-apa kerja bagi mana-mana institusi, syarikat, firma atau individu dengan
mendapat upah;
|
|
(c) Sebagai
seorang pakar, memberi apa-apa laporan atau keterangan pakar, sama ada dengan
percuma atau dengan mendapat upah;
|
|
(d) Bertugas
sebagai seorang wasi, pentadbir atau penerima; atau
|
|
(e) Memberi ceramah, membentangkan kertas kerja atau menjadi ahli panel penceramah atau
seumpamanya di persidangan, seminar, forum atau bengkel selain apa yang
dianjurkan oleh Kerajaan.
|
|
(2) Seseorang pegawai boleh memohon
kebenaran bertulis daripada Setiausaha Kerajaan Negeri untuk mengusahakan
perkhidmatan-perkhidmatan tertentu daripada jenis yang disebutkan dalam
perenggan (1) bagi faedah dirinya atau saudara-maranya atau bagi mana-mana
badan yang bukan mencari keuntungan yang dia adalah pemegang jawatan dalam
badan tersebut.
|
|
(3) Bagi menimbangkan sama ada kebenaran di bawah perenggan
(2) patut diberi ataupun tidak, Setiausaha Kerajaan Negeri hendaklah
mengambil perhatian akan tata kelakuan yang ditetapkan dalam Perintah Am 153
dan, khususnya, hendaklah memastikan bahawa dengan kebenaran itu —
|
|
(a) pekerjaan
luar itu tidak dilakukan semasa waktu kerja pejabat dan semasa pegawai itu
dikehendaki menjalankan tugas rasminya;
|
|
(b) aktiviti
itu tidak akan dengan apa jua cara berkecenderungan untuk menjejaskan
kecekapan dan kegunaan pegawai itu kepada orang awam; dan
|
|
(c) pekerjaan
atau perusahaan itu tidak akan dengan apa jua cara berkecenderungan untuk
bercanggah dengan kepentingan Jabatan atau menjadi tak konsisten dengan
kedudukan pegawai itu sebagai seorang pegawai awam.
|
emel : mamavieonlineshopping@gmail.com |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan