HALAMAN UTAMA

Rabu, 12 Julai 2017

Salam Aidilfitri 2017

Assalammualaikum warrahmatullahi wabarakatuh


Masih dalam mood raya lagi kan? Hari Raya Tahun 2017 pun dah semakin sampai ke penghujungnya. Dikesempatan ini mama ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pembaca blog mama.. Semoga lebaran kali ini membawa memori yang teramat indah buat korang semua. Tahun ni mama dan keluarga sambut raya secara sederhana sahaja. cukuplah kalau raya ni amat bermakna buat anak - anak.. Hmmm apa warna tema baju raya korang tahun ni?? hehehe kalau mama dan keluarga tahun ni kite pakat - pakat tema warna Emeral Green hehehe.. Semoga ceria selalu di samping keluarga dan teman - teman.. 

Buah pauh di tengah bendang
Jadi dagangan di tengah kota
Saudara jauh datang bertandang
Bermaaf-maafan sesama kita

Masak udang dan gulai ketam
Pembasuh mulut kuih keria
Berbunyi mercun berdentum-dentam
Riang gembira di Hari Raya

Sungai disusur sehari-hari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami meyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan


Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban

Disisir diandam dengan cekap
Potong rambut pelbagai gaya
Puasa sebulan sudahlah lengkap
Kita menyambut Hari Raya

Adik tersayang segak bergaya
Mengait kuih di atas para
Suasana riang di Hari Raya
Bermaaf-maafan riang gembira
 


Jom layan koleksi lagu - lagu raya ni....



Ikhlas Daripada 
Mama Vie Serta Keluarga...

Sumber :  Pantun - Selekta
                 Gambar - Google

Tiada ulasan:

Jadual Solat

Anda mungkin nak baca yang ni..