HALAMAN UTAMA

Selasa, 18 Julai 2017

Resepi Rojak Mee Berkuah Satay

Salam semuanya..


lama jugak mama tak kongsi apa - apa resepi nak share kat sini kan. ermmm nak share resepi apa ya... 

aaaa mama tau, sekarang ni masih dalam bulan syawal kan.. rasa - rasanya masih ada yang nak buat rumah terbuka ataupun ikut meriahkan ramah - tamah di sekolah anak - anak atau pejabat / tempat kerja masing - masing.. ala - ala potluck gitew 

tak nampak pulak mana mee hoonnya tu.. hahaha

mama hari ni nak share sejenis makanan yang mungkin jarang dihidang di negeri lain iaitu Rojak Mee Berkuah Satay. Ada yang sebut Rojak Dalat tapi Rojak Dalat tak de guna buah nanas, sengkuang & nasi himpit. Resepi ni mama olah sendiri.. mungkin ada sedikit persamaan. Bahan - bahan dan cara membuatnya seperti berikut :

Bahan untuk Kuah Satay : Anggaran untuk 40 orang

1 kg kacang tanah (goreng tanpa minyak, dibuang kulitnya dan dikisar halus)
Sebungkus gula apong (gula nipah) anggaran dalam 350gm
1 cawan gula kasar (boleh kurangkan kalau tak suka terlalu manis)
garam secukup rasa
rempah ratus untuk untuk tumisan
Air 
*Bawang besar/Bakong 2 biji
*Bawang putih 4 ulas
*Bawang Merah 3 ulas
*200 gm cili kering (rendam dalam air panas seketika)
kisarkan bahan bertanda (*)
pastikan kuah sentiasa dikacau supaya bahagian bawahnya tidak hangus / berkerak

cara memasaknya : 

Tumiskan bahan yang dikisar & rempah tumis sehingga naik bau.Perlahankan api, Kemudian masukkan gula apong. kacau hingga gula apong cair (jangan bagi gula hangus tau) nanti pahit... selepas itu masukkan kacang, kacau rata. Bila dah rata masukkan air, jgn terlalu banyak takut nanti kuah terlalu cair. boleh tambah air sekiranya kuah dah menjadi terlalu pekat. Tambahkan garam dan gula sebagai perisa tambahan. masak sehingga kuah kacang masak atau pecah minyak. Sejukkan.

psstt... kuah kacang ni boleh tahan sehingga 3 hari sekiranya disimpan di dalam peti sejuk. Jangan campurkan kuah yang dah di hidangkan dgn yang masih dalam periuk untuk elakkan kuah cepat basi. Kalau tak peti sejuk, jgn bimbang, Yang penting pastikan kuah dipanaskan 2-3 kali sehari. elakkan mengacau kuah ketika kuah sudah sejuk. Ketika panaskan kuah, pastikan kuah yang sudah panas dikacau selalu bagi mengelakkan kuah hangus /hangit di bawahnya. Kuah ni jugak sedap dimakan bersama satay ayam/daging, nasi impit kosong, roti canai, pulut panggang, nasi pulut kuning, lemang, roti kosong, ketupat dan lain - lain lagi.
Bahan untuk isi rojak

1 bungkus mee hoon (ikut sukalah nak jenama apa), rendamkan ke dalam air panas sehingga lembut. Toskan.

2. Timun (ikut banyak mana yg disuka); hiris nipis - nipis kunun bagi senang nak gigit 😀😂

3. Nasi himpit (beli je yang jenis 15 bungkus kecik - kecik tu.. senang sikit)

4. Isi nanas  dipotong dadu

5. Cucur sayur kosong (jgn letak garam nanti tak berapa nak sedap)
cara nak buat cucur sayur yang rangup di luar tapi lembut di dalam, boleh lah guna bahan seperti berikut (ikut berapa banyak nak diguna). sebungkus yis (rendam dalam air suam seketika), sayur kacang panjang dipotong dadu, tepung gandum, tepung penaik, sedikit minyak masak dan sebiji telur ayam. campurkan kesemua bahan bagi kental sikit. Jangan cair sangat k... Goreng dalam minyak sehingga garing. bila cucur dah masak & sejuk sikit bolehlah dipotong kecik - kecik.

6. 1 biji sengkuang dihiris sama macam timun.

7. Kuih cakoi (yang ni option. beli la di pasar Rm1-2 mcm tu dah cukup)

cara hidang tu terpulang dengan kreativiti masing - masing. Nak hidang dalam talam besar pin boleh.. dalam bekas pun boleh..
Selamat mencuba..



Tiada ulasan:

Jadual Solat

Anda mungkin nak baca yang ni..