HALAMAN UTAMA

Isnin, 17 Julai 2017

AKU BUDAK 80/90an - Nostalgia Raya Tahun 80an & 90an

Hai,

Entah kenapa bila terbaca momen - momen dari kawan dalam group whatsapps mama, mama teringat kenangan lama semasa mama kecik - kecik dulu.

Mama dilahirkan pada tahun 1981di Kampung Masjid Baru, Belawai, Tanjung Manis, Sarawak. Tetapi mama dibesarkan di Kampung Bukit Kinyau (kampung ni saya masih boleh katakan perkampungan terpencil sebab apa, kampung tu sampai sekarang masih tiada bekalan asas seperti bekalan air dan Elektrik. nak tengok macam mana rupa kampung tu korang boleh cari sendiri di Google).

 Terlalu banyak kenangan - kenangan manis yang tak boleh dilupakan. Sayangnya mama tiada gambar (ori dari koleksi mama sendiri) untuk dikongsikan. hmm.. tapi tak pe lah.. mama kongsikan sikit - sikit kenangan lama tapi gambar - gambar tu mama ambik dari uncle google k..

Nostalgia Raya 80 an & 90an


Dulu raya keknya hidang macam ni lah. yang peliknya walaupun dah berminggu dihidang tapi keknya tak rosak/berkulat pun. tak macam kek sekarang ni beberapa hari je kalau tak simpan dalam peti sejuk, rosaklah kek tu.
Teringat kat mak dulu suka sangat buat kek dan biskut sendiri. Tak pernah beli di pasar. Bila mak dengan mkcik datang ke rumah buat biskut dan kek ramai-ramai, anak - anak dilarang ke dapur.. sapa degil alamat kena marah lah.. hahaha. datang bukan nak duduk tengok je, mengacau org buat kerja adalah. mana la tak kena marah.

Bila nak 2 - 3 minggu nak raya mula la sibuk cari kad raya yang cantik - cantik untuk dikirimkan kepada ahli keluarga yang jauh dan sahabat handai. Waktu ni la gigih betul nak cari 'ayat power' untuk diisi dalam kad tu. Untuk kekasih special sikit... ada bunyi... hahaha.. lucunya.. Bila terima kad ucapan dari kawan atau saudara, kad tu nanti bolehlah dijadikan hiasan dinding masa raya nanti. Makin banyak kad yang diterima makin meriahla hiasan di dinding tu. Tapi yang BF bagi simpan elok - elok.. 😂😂

Bertuntung/ pelita raya
biasa bertuntung ni dibuat masa mlm tujuh likur (10 mlm terakhir Ramadhan) meriahkan??.. cantik pulak tu.. kat kpg mama suka buat benda ni. tang pelita tu guna tin minuman (yang dibelah 2) ataupun buluh. Yang lagi klasiknya tu guna sabut kelapa. Arwah atuk guna getah selipar buruk yang dipotong sebagai sumbu sebab tu lah yang ni lagi tahan apinya ditiup angin berbanding guna pelita tin. sebab bahan apinya tu guna getah Nostalgia sangat.. Rindu pulak dengan arwah atok.. Al Fatihah buatmu atok.😢 . kampung sebelah kampung akak pulak sampai sekarang buat pertandingan bertuntung..dierang buat pintu gerbang besar2. cantik sangat.. sayang tahun ni mama tak dapat balik kampung. kalau tak boleh jugak nak tengok suasana mcm ni lagi.

bila ada bertuntung.. mainan ni mesti ada jugak.. wajib tu.. hehehe

Baju raya terutama untuk lelaki x da yg slimfit2.. simple dan klasik je. Sekarang jubah sado pun ada


Masa mama masih kecik asal ada je pengumuman tarikh nak puasa atau nak raya, semangat tu memang lain macam je.. semua ahli keluarga yang ada masa tu berkumpul ramai - ramai depan televisyen. masing - masing sibuk teka bila tarikh puasa @ raya. Siap ada yg gaduh2 sebab nak tau siapa teka tarikh yang betul. Bila tarikh dah diumumkan memang bergegar rumah sebab sorakan gembira sapa yang teka betul tu. Berbeza dengan sekarang, tak tengok atau dengar sangat pun tak pe sebab macam tau2 je bila tarikh penting tu..

Kalau dulu lagu raya awal2 bulan puasa dah berkumandang di radio. Mana2 member yang jauh di perantauan mesti jiwa kacau rasa nak balik kampung waktu tu jugak tiap kali dengan lagu raya yang sedih. Contoh macam lagu "Dendang Perantau". Terusik di jiwa...

Bila malam raya, lepas semua nya dah disediakan, mak mulalah bukak 'peti rahsia' dia.. waktu ni lah rasa seronok sangat sebab mlm tu bermulalah badan - badan mama dengan mak bling - bling habis.. hahaha.. macam - macam aksesori yang mak keluarkan. Tapi semua perhiasan tu biasa dipakai hari raya je.. lepas cuti sekolah abis simpan balik la. Mak mama ni, memang suka menabung semata - mata nak beli perhiasan. kata mak, emas ni bukan saja untuk dibuat perhiasan diri tetapi emas jugaklah yang akan bantu bila kita memerlukannya nanti . Lagipun harga emas jarang nak jatuh menjunam. Dulu emas mak kebanyakan jenis 'Emas Paun'. mama sendiri tak lah faham sangat emas tu dalam kategori kod berapa. Tapi dengar - dengar sekarang ramai tauke emas (cina) di Sarawak mencari koleksi emas jenis tu sebab mereka kata emas jenis tu tahan lasak tak mudah kemek dan harganya pun masih tinggi. hmm susah nak cari dah jenis tu sekarang (tu yang mak mama cakaplah). . Betul jugak kata mak, buktinya cuba lihat sekarang ni, harga emas melambung tinggi. mama sendiri pun kurang ada barang kemas emas ni. kalau emas Zhulian tu adalah.. hehehe..tu pun Zhulian sekarang dah mahal jugak.


mama dari dulu sampai sekarang tak jemu- jemu dengar lagu raya klasik. Menusuk kalbu.. tak caya?? cuba dengar dan hayati liriknya..



hmmm.. rindu plak nak tengok iklan - iklan raya lama ni..

Golden Churn @ Cap Beduk 😂😂 (ni nama yang mak mama panggil.. sampai sekarang ooo..)


Perasan tak kek raya dulu - dulu kebanyakkan nya warna hitam berkilat?? ada jugak yang warna coklat.. tapi rasanya lain lain tau.. tapi biarpun warnanya hitam tapi rasanya sedap sangat. Nak resepi kek - kek klasik ni tak.. mama boleh rekemen antara kek yang paling sedap dan boleh dicuba ialah Kek Horliday Inn, kek tamil, kek kukus lapan jam, Kek hati Parek, Kek Belacan, Kek Lumut, Kek Evergreen, Kek Dodol, Kek Pilih Kasih dan Kek Azura (Kek buah)kek - kek yang ni biasa mama rasa. yang lain tu mama tak pasti rasanya lagi tapi insyallah sedappp... satu lagi petua mama, kalau nak rasa kek yang sedap, guna Golden Churn. harga mahal tapi kualitinya memang tak mengecewakan. jangan risau sebab sekarang Golden Churn diiktiraf halal. tak caya cuba tengok salinan akhbar yang mama sertakan ni.. nak resepi kek2 klasik tu klik je kat sini 👉 Koleksi Resepi Kek Klasik Mama Vie 


 
Antara minuman yang sering dihidangkan


Dalam banyak - banyak jenis minuman yang selalu dihidang tu entah kenapa jenis ni jugak yang paling sedap. air ni kalau disarawak dipanggil :aik Lemenet" atau dalam bahasa melanau Belawai nya 'Anum Lemenet'Mama masih ingat bila raya air ni harganya kalau tak silap 60sen je sebotol. Perisa pulak kalau bukan sarsi.. krim soda.. dulu2 botol air ni jugak diguna untuk menahan kain atau plastik lutsinar yang diguna untuk menutup hidangan atas meja. Sapa yang ambik memang nak kena marah lah.. hahaha.. mama masih ingat lagi waktu tu yang paling selalu marah bila air tu di ambik ialah arwak Maknek dengan Pak Ngah.. uiii kecut perut bila terkantoi dengan 2 orang tu.. hahahaha.. rindu plak dengan arwah Maknek.. Al-fatihah..










Cukup setakat ni dulu lah cerita mama. Mungkin juga ada perbezaan suasana dan cara meraikan Hari Raya Aidilfitri di tempat anda semua. Tak salah kalau nak share sama di ruangan komen. Tiada yang lama tiadalah yang baru. Salam Aidilfitri dari Mama Vie untuk semua..

4 ulasan:

palat taik kalat berkata...

yg botol plastik air gas tu, bawah dia ade hitam kan??

Mama Vie berkata...

ye betul.. kalau dicabut 'mangkuk' hitam tu, botol tak boleh berdiri sebab bahagian bawah botol melengkung. mak2 waktu dulu tak buang botol ni.. ada2 je kreativiti yang dihasilkan.

Unknown berkata...

semua kenangan masa kecik2 dulu bila time Raya mesti seronok sbb dapat Duit Raya ..dpt balik kg naik bas

Mama Vie berkata...

sekarang, part pengumuman hari raya & puasa.. sekarang memang masih lagi buat tekaan dengan anak - anak dan kawan. tapi bukan teka tarikhnya.. teka warna baju nya.. pulak.. hahaha..

Jadual Solat

Anda mungkin nak baca yang ni..