Tak terasa, malam Nisfu
Syaaban kembali lagi... menurut Wikipedia Bahasa Melayu,
Nisfu
Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa
hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada
malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan
lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban
dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan
Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14
haribulan Syaaban.
Malam Nisfu
Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul
Qadar. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi
tidak
tidur pada malam itu sebagaimana yang tersebut dalam sebuah Hadis yang
diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

“ |
Rasulullah
![]() ![]() ![]()
Setelah Baginda
![]() |
” |
Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang
Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku
catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru
akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.- Kredit kepada Wikipedia
untuk maklumat yang lebih lanjut lagi boleh lah lawati blog atau webside yang berkenaan. Semoga apa yang dikongsikan ini memberi manfaat kepada semua. Andaikata sekiranya perkongsian yang mama berikan ini ada silapnya, perbetulkanlah. Segala kelemahan adalah dari mama dan yang baik semuanya dari Allah SWT. Semoga taubat dan doa kita semua diterima. Amin Yarabbal Alamin..
Mama Vie
Tiada ulasan:
Catat Ulasan